Thursday, December 30, 2010

Entri Terakhir 2010

Sebelum aku teruskan dengan entri cliche tentang azam baru dan apa yang aku telah capai in this 2010, aku nak ucapkan terima kasih kepada dua orang yang benar-benar membuat aku tersenyum hari ini. Di saat aku rasa macam blog aku makin kering kontang tanpa entri berkualiti dan layak ditutup sahaja, mereka datang dengan ucapan yang simple and sweet, sekaligus memberikan aku semangat baru terhadap blog picisan ini oh yeah!

Noriza Muhammad.
Arysha Hanna.

You know who you are, and you must know the simplest thing you have done today really means a lot to me :)

OK, the awesome 2010 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. It was a great year. A very great year. Tak tahu bagaimana untuk menggambarkan kehebatan tahun 2010 ini. There's always ups and downs of course, happiness and sorrow, love-hate situation.. Bak kata Suami, tak seronoklah kalau hidup asyik mendatar je. Asyik nak indah je. Kenalah ada naik turun, baru mencabar, baru namanya kehidupan. Yes, macam mana pun, at the end of the day.. I'm still here, alive, strong, and happy.

There's no where in this world I would rather be..

2011, I will be a lot different. Siapa yang takkan berubah? Semua orang akan berubah. And hopefully I'll change towards a better person. Dan semestinya, ianya merupakan tahun di mana aku akan melangkah setapak lagi ke dunia baru. Bertiga. InsyaAllah.

Suami:
Peliklah. Sejak kahwin kan, saya rasa kewangan saya lebih baik berbanding sebelum kahwin tau. Padahal dah kahwin ni lagi banyak tanggungan. Awak, rumah, bil air bil elektrik.. Belum campur yuran belajar lagi. Tapi saya rasa financial saya macam lebih baik..

Aku:
Iye? Baguslah macam tu :)

Suami:
Hmm.. Maybe sebab saya dapat berkat tanggung anak dara orang kot.

Kelakarlah teori beliau. Teori aku pula, mungkin rezeki yang diperolehi setelah menjalin hubungan yang halal adalah lebih berkat, Wallahualam..

So goodbye 2010, tutup buku lama. Bersedialah dengan buku baru di tangan. Kita lihat bagaimana buku itu akan dicorakkan. Happy New Year! :)







Monday, December 27, 2010

Waiting Outside The Lines

Geez. Masa dengar lagu ini kat radio betul-betul ingat perempuan dewasa yang nyanyi, rupanya budak lelaki 13 tahun laaahhh! So goodbye Justin Bieber T_T. I love this song, I love this kinda of song actually. Lagu-lagu yang motivational. Dengar sambil baca lirik OK, dedicated to all readers :)
Greyson Chance - Waiting Outside the Lines
You’ll never enjoy your life,
living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it’s time for you to seize the day

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
even if it’s just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living blind?

Stuck in my same position,
you deserve so much more
There’s a whole world around us,
just waiting to be explored

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go

The world will force you to smile
I’m here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What’s in you is out there

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

I’m trying to be patient (I’m trying to be patient)
the first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
go ahead and take it

I’m waiting, waiting, just waiting I’m waiting
I’m waiting, waiting, just waiting
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

You’ll never enjoy your life
Living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?


Bila tengok bola :D

Semalam tengok Malaysia lawan Indonesia kat TV bersama Suami. Seronok. Tehehe, rasanya aku seorang je yang seronok. Sebab kelihatannya beliau macam pening kepala layan aku yang lebih banyak bercakap dan ketawa dari tengok bola :p

Nak nak bila berbalas-balas SMS dengan Oyah yang turut menonton di rumah. Dialah yang mulakan dulu, kacau betul -__-

Tengok player Malaysia nombor 16. Nama dia kuna. I pronounced it as k.una. Hahaha. Lawak gila kot.

Bila si Kuna tu jatuh, dia SMS lagi.

Alamak k.una jatuh la, baby OK ke?

Bodo la kau -_-". Lepas tu aku SMS dia pula,

Paling tak boleh blah Ipan dengan Abang Hamka main untuk Indon. Sanggup pakai topeng tuuuuu.. Taknak bagi orang cam..

(**Ipan = anak buah; Abang Hamka = abang ipar)

Dia tanya,

Kenapa Ipan dengan Abang Hamka yang kena -_-"?

Aku balas,

Tak nampak ke player Indon nama Irfan dengan Hamka? Harharhar.

Bila si Safee yang hebat tu jaringkan dua gol, beria-ia aku SMS;

Safee lagi laaaaa!! Rasa nak namakan anak Safee la nanti. Ermm, maybe not.

Oyah siot gila balas,

Jangan la.. Macam minyak sapi.. Nanti panggil, baby sapiiiii.

Haha jahat betul.

Kesimpulannya, walaupun aku bukan kaki bola, game malam tadi memang best lah. Cuma tak best bila ada penonton yang tak pernah bersekolah bawa laser masuk stadium dan mengganggu permainan. Anyway, semua orang tahu kita mendahului dengan tiga gol (3-0), dan 2nd leg akan dibuat di Indonesia Rabu ini. Setiap kali gol memang bergegar satu blok tu dengan jeritan, walaupun Suami kata jeritan aku je dah mengatasi jeritan satu blok T_T. Tahniah buat pasukan Malaysia! Semoga kehebatan itu kekal sampai bila-bila :)



Friday, December 24, 2010

Mimpi & pregnancy check up

Pagi tadi, sambil iron kemeja Suami,

"Yang, malam tadi kita mimpi takut lagi.."

Seriously, sejak kebelakangan ini aku kerap sangat mimpi yang menakutkan. Mimpi yang menampakkan aku berlari dari sesuatu, yang dada akan berdegup kencang, which end up aku bangun pagi dalam keadaan lesu sangat. Suami pun perasan keadaan itu.

"Peliklah awak ni, tidur baca doa tak? Saya tidur tak pernah mimpi apa pun.." ujar beliau.

Nak kata tak baca doa, jarang aku tidur tanpa doa tidur. Ada petanda apa-apa ke eh? Aku ni dahlah susah sikit nak percaya tafsir mimpi bagai ni, balik-balik aku anggap mainan syaitan sahaja. Sudahlah setiap tengah malam aku akan bangun ke bilik air sekurang-kurangnya 3 kali untuk buang air. Lepas dirujuk pada kawan-kawan yang pernah melahirkan, katanya perkara itu perkara biasa untuk ibu mengandung. Ingatkan aku ada masalah pundi kencing ke apa.

Semalam kami ambil cuti untuk buat 2 months pregnancy check up. Suami cadangkan buat di Klinik Kesihatan Kelana Jaya sebab dulu kami buat HIV test kat situ. Sampai-sampai sana, kami diberitahu yang saya tak boleh buat kat situ, kena pergi kawasan Puchong punya klinik kesihatan. Ada ke klinik kat Puchong tu? Penyambut tetamu tu bagi address, rupanya dekat gila dengan rumah. Lebih kurang 1 kilometer agaknya, macam mana boleh tak perasan langsung -___-.

Happy betul ada klinik kesihatan dekat-dekat dengan rumah, Carrefour pun baru siap. Lagi dekat dengan rumah. Seronoklah tinggal di kawasan yang lengkap dengan segala mak nenek kemudahan asas.

OK, untuk panduan kawan-kawan yang lain, in case ada yang tidak tahu, untuk kali pertama buat monthly pregnancy check up di klinik kerajaan, kau kena bawa sekali perkara-perkara berikut:
  • Sijil nikah kau dan suami.
  • Kad pengenalan kau dan suami.
  • Bil elektrik/air atau bil Astro pun boleh (untuk membuktikan kau memang tinggal di situ kot, sebab kau hanya dibenarkan buat check up di klinik kesihatan cawangan tempat tinggal kau sahaja, tak boleh tempat lain).
  • Bukti-bukti yang kau memang mengandung (dokumen/gambar scan baby yang kau pernah buat di klinik swasta untuk pengesahan mengandung dulu). Tapi yang ini kat klinik Puchong tu tak perlu pun, yang klinik Kelana Jaya kena ada pula. Depends kot.
  • Duit RM5 kot, tapi Suami cakap bawak lah lebih sikit.
Aku bagitahu ini bukan apa, sebab kami semalam datang lenggang kangkung macam pergi bersiar-siar, tak bawa apa pun selain IC ingat nak pergi tengok wayang agaknya T_T. Terpaksalah berkejar ke sana sini ambil semua dokumen dan datang semula last-last tak dapat buat pula sebab untuk pregnancy check up kali pertama kena datang pukul 7:30 pagi rupanya. Kata receptionist tu, ada banyak prosedur i.e. check darah, air kencing, scan perut dan sebagainya maka wajib datang awal pagi kalau tidak tak sempat siap semua prosedur. Frust sekejap, nasib baik Suami bagi kata-kata biasa beliau,
"Tak apa, first time kan. Kalau tak buat salah kita takkan belajar apa-apa .."
:)


Tuesday, December 21, 2010

Rezeki Masing-Masing

Pernah tak perasaan/pemikiran sebegini wujud dalam diri kita?

'Dia ni dulu kat sekolah, duduk kelas belakang-belakang je. Tapi sekarang macam lagi berjaya dari aku yang duduk kelas depan-depan..'

'Dia ni masa kat universiti dulu ambil course entah apa-apa, langsung tak gempak. Tapi sekarang kerja dia lagi best dari aku. Gaji lagi besar dari aku.. Bawa kereta mewah lagi..'

'Dia ni dulu English cakap pun tunggang langgang, tapi boleh pula bekerja di syarikat antarabangsa..'

'Dia ni kantoi belajar, kena buang universiti. Buka bisnes sendiri, sekarang lagi kaya dari aku yang berhempas pulas belajar score CGPA banyak-banyak..'

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Setiap orang telah ditetapkan rezeki masing-masing sejak azali lagi. Kita lebih di sini, mungkin kurang di tempat lain. Banyak yang boleh dipelajari dari situasi sebegini:
  1. Do not compare your life to others', you have no idea what their journey is all about.
  2. Jangan menilai orang sebarangan. Kita takkan tahu apa yang akan berlaku pada dia, dan juga pada diri kita sendiri, di masa hadapan.



Monday, December 20, 2010

Bila mengandung...

Hati kena bersih.
Mulut kena cakap yang baik-baik.
Mata kena pandang yang baik-baik.

Ehem. Mata kena pandang yang baik-baik.

Mama: Biasakan pandang orang-orang yang cantik lawa.. Nanti anak jadi cantik lawa.
Aku: Terpaksa la Dikna pandang cermin selalu. Hahaha~
Mama: Perasanlah kau -__-

Balik rumah, selepas ambil Suami di airport yang baru pulang menyabung nyawa di Pulau Perhentian, aku bagitahu dia pula..

Aku: Sayang, Mama pesan kena selalu tengok orang yang cantik lawa. Maknanya kita kenalah pandang cermin selalu. Hehe. Tapi susahlah nak cari sumber orang yang hensem. *mengeluh*
Suami: You're looking at the person now B-)

Huh. Sama perasan je rupanya T_T

Sekarang mood untuk berblogging dah hampir lupus, mungkin lantaran kekurangan idea. Dan mungkin juga untuk mengelak dari bercakap bukan-bukan yang memakan diri.

Aku sekarang macam paranoid semacam, bukanlah apa-apa pun. Nak makan bukan-bukan pun rasa semacam. Kalau lunch tadi makan McDonald atau apa-apa fastfood, bila dah makan mesti rasa tak best, macam bersalah sangat. Mulalah berfikir,

'Kesian Baby tak dapat makanan berkhasiat pun..'

Lalu petang itu mulalah cover dengan minum susu dan makan buah-buahan.

Alhamdulillah, so far selera makan aku masih biasa-biasa sahaja. Tak ada hilang selera ataupun terlebih selera. Cuma aku kena makan tepat pada waktunya tak boleh delay langsung. Pagi, tengah hari, malam. Masih makan nasi separuh, kalau ambil nasi penuh pinggan memang takkan berhabis.

Dua bulan kandungan, morning sickness pun Alhamdulillah belum lagi. Cuma akan rasa mual kalau lambat breakfast or lambat lunch or lambat dinner. Asam/jeruk segala memang aku cuba elakkan, risau darah tinggi sebenarnya. Tahu sajalah kandungan garam dalam benda-benda macam tu. Dan setiap pagi sebelum breakfast aku akan ambil sebiji epal merah dahulu, mungkin sebab itu aku cepat kenyang kot bila makan nasi pula selepas itu. Oh, aku mesti makan nasi setiap pagi. Or at least makan apa-apa yang heavy untuk memberikan tenaga. Tapi lately macam suka roti canai pula. Baru ini masa Suami outstation, pagi tu tak sempat nak sediakan nasi goreng/french toast ke apa, sampai office kedai nasi lemak tutup pula, struggle aku jalan kaki pergi kedai mamak jauh sikit nak beli roti canai. Pagi Ahad semalam pun pagi-pagi aku dah bangun gerak Suami sebab terasa nak makan roti canai. Kalau buatnya terkenankan mamak nanti macam mana?? T_T

Hati ini, selagi boleh berfikiran positif. Dugaan memang banyak, ada sahaja benda yang datang menyakitkan hati, menggugat kesabaran dan sebagainya. But I found that when we just take a deep breath and smile, everything will turn out fine. Aku jadi tak selesa nak join bergosip mengumpat segala, tak selesa bila diletakkan dalam situasi penuh negatif, even terasa hati bila Suami marah-marah pemandu lain ketika memandu..

"Sayang janganlah marah-marah, Baby dengar nanti.."

Namun, sebenarnya Suamilah yang paling banyak membantu. Yang paling banyak bersabar. Syukur Suami rajin membantu dengan kerja-kerja rumah. Sampai kadangkala rasa bersalah pula.

Panjang lagi perjalanan, banyak lagi ilmu yang perlu dituntut dari mereka yang berpengalaman. Memang happy kalau mereka yang dah pernah melahirkan bagi tips-tips berguna. Sekarang ini tengah berfikir-fikir tempat untuk deliver nanti. Swasta atau hospital kerajaan? Masing-masing pun ada pro and cons tersendiri. *sigh*



Thursday, December 16, 2010

Stalker

Linda is having some issues with her friend, Jefrey.
'Having some issues' might be a bit understatement - Linda really hates Jefrey.
But one absurd thing about this situation is, she requested to be friends with Jefrey's wife, Mel in Facebook.
What makes thing funny is, she never know Mel, except that Mel is Jefrey's wife.
Mel accepted her request, as she believed that she got nothing to do with her husband and that girl's issues, regardless the fact that she actually should concern more about Jefrey's past.

Yes, Mel SHOULD concern. Because apparently Linda has something in her mind when she wanted to be friends with Mel.




*sigh*




Get a life, stalker.




Masih

Telefon berbunyi.

(Dah dah tak payah lah nak baca ikut lenggok lagu Wonderpet)

Telefon berbunyi, dengan ringtone yang sangat aku gemari. Ringtone yang dari dahulu hingga kini masih membuatkan hati melonjak lebih dari biasa.

.
.


Sayang, entah kenapa, saya masih lagi rasa bergetar setiap kali dengar suara awak di telefon.
Masih lagi rasa malu-malu bila awak usik sampai ketawa.
Masih rasa happy semacam bila awak usap lembut bahu saya masa jalan-jalan di shopping complex.


Masih lagi..


Taken from his BlackBerry yesterday, at Perhentian Island. Insanely beautiful, isn't it?
Miss you..




Tuesday, December 14, 2010

Getting Over Your Past

Long time ago, this song has became my favourite song ever. Zaman single hati keras. After a not-so-good break up about 2 or 3 years back, rasa tak interested langsung nak involve with a steady relationship. Masa tu rasa macam nak jadi career woman. Rasa macam nak kahwin bila umur dah 32 tahun.
Aku seorang yang tidak mudah melupakan. Memaafkan pun tidak mudah. Namun memaafkan lebih mudah dari melupakan. Jadi apabila ditanya oleh seseorang macam mana aku boleh get over my previous relationship yang telah kuhabiskan masa bertahun-tahun dengan begitu mudah, aku macam nak terketawa. Because you have no idea what I have been through.
Number 1, it might be easier to get over, but not to forget about it. Sebabnya, kau bukan amnesia atau apa. Lainlah kalau kau terhantuk kepala lalu lupa segala kisah silam. Otherwise, kau takkan lupa. Tidak melupakan hubungan lalu bukan bermakna kita masih bergantung (clinging) to the past, macam mana bahagia pun kita sekarang, mustahil kita akan lupa terus hubungan silam. Bukan pakwe silam, aku cakap pasal hubungan silam. Sedikit sebanyak mesti akan terusik di fikiran, "Oh bodohnya aku dulu..". Atau bila suami buat sesuatu yang sangat mengharukan sehingga menitiskan air mata, mesti akan terasa, "Oh Tuhan, terima kasih kerana menamatkan hubungan aku dahulu maka aku boleh jumpa lelaki sebaik dia..". See? Sebab kita memang takkan boleh lupa, maka jangan sesekali kau blame diri kau kalau kau tak boleh lupa kisah silam. Sebab kau hanya manusia normal yang sihat walafiat, bukan yang hilang ingatan.
Paling penting, jangan sesekali berkawan semula dengan bekas kekasih. Punyalah ramai kawan yang lain, dengan bekas kekasih jugalah yang kau nak terhegeh-hegeh sibuk nak berkawan. Don't, because it's complicated and can be very hurtful.
Boleh ke kau SMS dia tanpa mengharapkan dia reply?
Boleh ke kau nak terima dengan hati terbuka bila dapat tahu dia telah jumpa pengganti sedangkan kau masih bersendiri?
Boleh ke kau nak mulakan hidup baru kalau setiap hari kau nak buka page Facebook dia dan baca setiap komen orang lain di status Facebooknya?
Boleh ke kau nak mulakan relationship lain secara ikhlas (bukan untuk tunjuk pada dia dengan harapan dia akan cemburu)?
In fact, boleh ke kau even nak mulakan relationship lain bila setiap hari kau masih lagi keluar bersama (konon sebagai kawan), SMS dengan orang yang sama (konon sebagai kawan) dan sebagainya?
Tiada istilah kawan untuk pasangan yang sudah berpisah. Tapi aku tak kata kau kena jadikan dia musuh kau. Cukuplah sebagai kenalan. Yang kalau terjumpa di mana-mana kau boleh senyum dan tegur, yang kalau tak berjumpa maka kau takkan tahu apa pun tentang dia. Bukan yang sentiasa berhubung, saling berbalas komen Facebook, yang kau cari bila kau tengah sedih kononnya dialah yang paling memahami kau. Macamlah tak ada kawan baik, macamlah tak ada ibubapa. Macamlah tak boleh mengadu pada Tuhan. Berkawan mungkin boleh. Mungkin, setelah kau benar-benar bahagia dengan hidup kau. Itupun aku rasa tidak berapa perlu. Teruskan sajalah hidup kau yang bahagia tu, why bother?
Percayalah, Allah itu Maha Adil. Kalau kau betul-betulkan sematkan dalam diri bahawa segala yang berlaku memang telah ditakdirkan oleh-Nya, kau akan lebih mudah untuk menerima dengan hati yang terbuka. Allah tidak menjadikan sesuatu secara sia-sia. Mungkin dia sengaja mempertemukan kau dengan orang yang salah sebelum dijumpakan kau dengan orang yang betul, supaya kau lebih menghargai kehidupan kau sekarang. Lebih mensyukuri nikmat bahagia. Lebih kuat. Lebih bijak menilai baik buruk sesuatu.
Jangan dipersoalkan betapa kau dibiarkan bersama dengan orang yang salah selama bertahun-tahun. Berapa lama pun kau bercinta tidak menjamin apa-apa, tidak membawa maksud apa-apa. Kalau kau berpisah setelah 5 tahun bercinta, syukurlah, ianya hanya 5 tahun. Bukan 6, bukan 10 tahun. Sedangkan Dia mampu untuk membiarkan kau lebih lama dari itu. Sesungguhnya, Allah yang Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kau.
When Miss Independent walked away,
No time for love that came her way,
She looked in the mirror and thought today,
What happened to Miss No Longer Afraid?
It took some time for her to see,
How beautiful love could truly be,

No more talk of why can't that be me,
I'm so glad I've finally seen...


Monday, December 13, 2010

Rasa Bodoh

Pagi Isnin ini, aku terasa loser.

A complete loser.

Padanlah hati tak tenang je.

"Sayang, hati ni macam tak tenang la.." aduku pada Suami.

"Sebab tak habis bayar hutang PTPTN kot," selamba beliau membalas T_T

Tapi memang betul, kalau hidup berhutang memang hati susah nak tenang. Even ibu mertua pun cakap, pahala amalan kita takkan meningkat selagi masih ada hutang yang belum dilangsaikan.

But, it's not just that.
.
.
.

Bodohlah.

*sobs*

KENAPA AKU HANYA TAHU MAMA DEMAM KUAT HANYA SELEPAS MEMBACA BLOG ADIK????
:'(

Ya.
Aku memang tamak.
Tamak nak mampos.
Aku mahu menjadi kesayangan Mama.
Aku juga mahu menjadi kesayangan mertua.
Juga kesayangan Suami.
Juga kesayangan kawan-kawan.
Aku mahu semuanya.
Aku mahu semuanya KEKAL SAMA tanpa mengira siapa aku kini.

Biarpun sudah berumahtangga, aku masih mahu menjadi orang pertama yang tahu apa-apa berita di rumah Mama. Macam dulu-dulu.
Masih berasa aneh jika tidak diajak bergelak ketawa lepak sana-sini dengan kawan-kawan.
Tak sedar diri.
Tak sedar status bukan lagi seperti dahulu.
Tak sedar untung status yang telah berubah itu menganugerahkan Suami yang sangat menyayangi.

Masih berasa ralat sekiranya tidak dapat bersama-sama Mama di hari-hari penting.
Masih merasakan bahawa AKU PERLU TAHU SEGALA YANG BERLAKU DI RUMAH IBU BAPA.

Tamak. Sedangkan hal rumahtangga sendiri belum terurus sempurna.



Tak kiralah bodoh. Dia ibu aku.
Dan hari ini aku terasa bodoh gila bergembira ke sana sini dalam pada orang tuaku sakit di rumah. Yang aku tidak tahu langsung kerana bertangguh-tangguh menghubungi mereka.



Saturday, December 11, 2010

Facebook tak best

KENAPA FACEBOOK DAH MAKIN TAK BEST NI????!!!

Kenapa bila kita comment kat status/photo orang lain, ayat-ayat yang kita comment tu appear sekali kat profile? Ke kat home pun appear jugak?

Kenapa dah tak boleh tag orang kat status?

Kenapa font makin kecil dan menyakitkan mata tuaku?

Oh dear Mark Zuckerberg, please do something +_+


P/S: Nasib baik tak pernah klik kat new version for profile tu. Kalau tak memang lagi hodoh lah rupanya..



Wednesday, December 8, 2010

Cuti Maal Hijrah semalam

Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah semua. Apakah makna hijrah bagi anda? Hijrah itu luas pengertiannya. Pengertian yang mudah bagi aku adalah berhijrah daripada sesuatu yang kurang baik kepada yang baik, atau yang baik kepada yang lebih baik. Azam baru? Banyak yang ingin aku perbetulkan dalam diri ini. Kalau bukan untuk diri sendiri, untuk Suami. Kalau bukan untuk Suami, untuk anak yang bakal lahir. Kenapa tak buat untuk diri sendiri? Well, jujur aku cakap, aku adalah jenis yang memerlukan sesuatu/seseorang sebagai pendorong, kerana aku sentiasa merasakan diri aku tidak cukup kuat untuk dijadikan sebagai pendorong kepada diri sendiri OMG macam berbelit-belit pula. Namun ianya hanya sebagai permulaan sahaja, dan apabila aku terbiasa dengan sesuatu itu, aku tidak lagi menjadikan sesuatu/seseorang itu sebagai penyebab lagi.

Contoh:
Masa kecil, aku bersembahyang kerana takut dirotani ibu (macam comel je panggil Mama 'ibu' :p). Bila dah besar, walaupun berjauhan dengan ibubapa, Alhamdulillah aku tetap teruskan bersembahyang walaupun tidaklah sesempurna kalian. Sebab apa? Sebab dah sedar tanggungjawab sendiri, dah sedar dosa pahala. Dah sedar Allah adalah penentu segalanya, pemberi rezeki, yang Maha Berkuasa. Kita yang lemah ini yang memerlukan Dia, bukan sebaliknya, maka kenapa kita masih lagi bongkak dan sombong dengan-Nya?

OK enough with the introduction on Maal Hijrah. You guys should know better than this right?

Semalam keluar dengan Suami ke One Utama. Nak cari washing machine. Perlu ke sampai pergi OU untuk beli washing machine? Perlu, sebab kami ada voucher One Utama bernilai RM400 hadiah kahwin daripada kawan bapa mertua. Harus beli washing machine, sebab dah habis duit banyak asyik hantar dobi sahaja hoy hoy kadang-kadang aku basuh tangan lah! Sedap cakap aku pemalas *tiba-tiba terasa*.

Sampai sana, rupanya kedai elektrik ada satu sahaja di situ, dan voucher itu tidak boleh digunakan pula di kedai itu. Hanya kedai yang tertulis One Card sahaja yang entitled for the voucher T__T. Maka kedatangan kami ke OU itu adalah sia-sia belaka. Otakku mula berkira-kira untuk menggunakan voucher itu untuk membeli beg tangan berjenama, sehinggalah kami termasuk ke dalam kedai-kedai bayi dan nampak harga stroller baby sahaja sudah melebihi RM1000 (apakah??), terus rasa nak simpan voucher itu untuk keperluan bayi kelak T__T

Setelah menghabiskan duit makan di Teppanyaki yang tak sedap, kami decide untuk balik sahaja. Dalam perjalanan balik, tiba-tiba teringat voucher ticket wayang percuma di Midvalley dah nak expired (perlu ke asyik ada voucher free??). Maka haruslah memecut ke Midvalley pula. Asalnya nak tengok Harry Potter. Tapi semua pun fullhouse. Begitu juga dengan Rapunzel. Orang zaman sekarang ni tak matang betul lah! Cerita budak-budak macam tu pun nak tengok ramai-ramai! *marah sebab tak dapat tengok*. Last-last book for The Social Network. Cerita pasal asal-usul Facebook.

Masa beli, baru pukul 5 lebih, nak tunggu cerita pukul 9:35 malam -__-. Tak tahu hala tuju, maka dengan penuh perasaan intelektual aku mengutarakan cadangan bernas,

"Jom pergi MPH nak? Kita nak sambung baca Mini Shopaholic lah, kita ingat lagi hari tu baca sampai mana.."

Dasar Melayu subsidi, tahu nak baca free saja. Belinya tidak.

Dan Suami mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan cadangan isterinya yang sangat bijaksana dalam memanfaatkan benda-benda free.

Masuk MPH, buku Mini Shopaholic semuanya sudah dibalut dengan plastik. Saja lah tu tak bagi orang cheapskate macam aku baca free T_T

Bosan.

Tak tahu nak baca apa. Sebab hati dah set nak baca Shopaholic. Sejak mengandung ni memang macam ni, kalau nak itu, nak itu juga. Taknak dah benda lain. *rasanya dari dulu macam ni*

Tengok Suami baca apa.


Apa tu?
OK aku zoom sikit..
FIRST-TIME DAD'S EMERGENCY KIT????
Hewhewhew. A Book for Dad. Terus aku malu sendiri.
Sebab aku hanya membaca majalah gosip artis yang langsung tak merangsang perkembangan otak bayi T__T
Mula terasa bosan melampau, lalu dengan innocentnya bertanya Suami,
"Boleh tak kita nak buka je pembalut plastik Mini Shopaholic tu? Nak keluar nanti kita balutlah elok-elok balik.."
Suami cakap,
"Boleh." Macamkan dia pekerja MPH. Haha. Sebab dia cakap kawan dia pernah kerja kedai buku, memang biasa orang buka plastik tu. Nanti akan dibalut semula.
Dengan perasaan keji, aku pergi semula ke rak buku yang tersusun semua buku Mini Shopaholic tadi. Terasa serba salah. Sambil-sambil fikir tiba-tiba ternampak satu buku di belakang-belakang tu yang tidak berbalut. Yeay! Tak perlu buat perangai tak senonoh seperti yang dirancang tadi.
Lepas geram. Dalam 50 mukasurat jugalah aku sempat baca.
Overall, The Social Network is quite interesting, mesin basuh tak dapat, Mini Shopaholic dah baca sampai page 225 of 440, sampai rumah pukul 1 pagi agaknya, dan end up bangun lambat gila pagi tadi T_T


Monday, December 6, 2010

Link Blog-Blog Keibuan

Maaf pembaca sekelian. Masih lagi in pregnancy mood, yang akan berterusan for like, 9 months? Eheh. Tapi hari ini aku nak minta jasa baik rakan-rakan yang sedang mengandung, atau yang telah melahirkan, atau yang tidak mengandung dan tidak pernah melahirkan namun sangat suka membaca tentang apa-apa berkaitan pregnancy, atau sangat suka membaca tentang cerita ibu-ibu mengandung, boleh tak share dengan saya (eheh, nak minta tolong tiba-tiba guna 'saya') blog-blog atau website-website yang anda rasa berguna untuk saya baca sebagai panduan sepanjang kehamilan ini. I prefer blogs rather than websites, because kalau informasi dari blog-blog ini biasanya berdasarkan pengalaman penulis itu sendiri, dan lebih mudah untuk berkomunikasi kalau aku ada apa-apa nak tanya pada si penulis. Yeah. Easier compare to website biasa.

So far I dah jumpa several blogs yang quite informative and helpful, like:
  1. theKnot by Amie Bahirah (suggested by one of my reader, Fade Hasbi. Sweetlah awak ni :D)
  2. Nurul Menulis Itu Ini by Nurul Jamian
  3. Err.. Alamak, baru tiga jelah rupanya T_T
So girls/mummies/daddies out there, please be a doll and help! Just leave the links/URLs in the comment box, you may leave yours as well if you think your blogs might be helpful :)
Much love,
xoxo :)
P/S: Sekarang ni asyik lapar je memanjang. Tapi bila dah jumpa makanan takde pun nak makan beria-ia sangat. Balik-balik Suami juga yang jadi tukang habiskan makanan. Mungkin aku kena makan secara kerap dalam jumlah yang sedikit kot. Maka haruslah sentiasa ada stok makanan di dalam handbag T_T



Saturday, December 4, 2010

I Could Not Ask For More

The song that really pictures my emotion at this moment..

Every prayer has been answered,
Every dream I have has come true..
:)



Friday, December 3, 2010

There's always a FIRST TIME for everything

Hehe. Rasa nak ketawa bila doktor bagi ini suruh minum selalu..

Kelakarlah. Sebab rasa macam baru je lagi kenal Suami. Rasa macam masih budak-budak remaja je lagi hah hah sudahlah kau perasan je. Macam officemates cakap, "Rasa macam baru je lagi attend wedding korang..". Well, Anlene pun aku tak pernah minum, tiba-tiba dah kena minum Anmum :D

Orang kata, 3 bulan pertama ni kena betul-betul jaga. Sebab kandungan belum cukup kuat lagi di mana risiko untuk berlaku keguguran sangat tinggi. So tak boleh bergerak terlalu aktif, tak boleh terlalu stress.. Pendek kata kena betul-betul jagalah. Kandungan kini berusia 6 minggu 3 hari, MACAM TAK PERCAYA MASA AKU AKTIF GILA NAIK TURUN BOT DI SANDAKAN BULAN LEPAS AKU DAH BERBADAN DUA, OMG T__T. Belum cerita lagi Rabu lepas aku terjatuh terseret di atas jalan tar di hadapan rumah lantaran tersadung kain baju kurung sampai tak boleh berjalan selama sehari even tak boleh bengkokkan kaki pun. Perlu ke aku cuai sebegitu rupa T__T. Syukur tak terjadi apa-apa. Syukur Alhamdulillah.
To be perfectly honest, aku tidak mengalami apa-apa symptom mengandung pun. Doktor pun cakap it's good that aku tidak mengalami muntah-muntah seperti kebiasaanya. Mungkin belum tiba masanya lagi. Mood pun biasa-biasa sahaja. Tak lah terlebih emosi ke apa. Ketawa banyak tu biasalah. Cuma yang aku perasan my menstruation cycle was not as usual, dan aku macam cepat sangat lapar. Asyik mengunyah je. Yang bestnya, setiap kali nak makan apa-apa mesti aku cakap, "Baby yang nak makan la..". Hehe. Padahal masa tu aku langsung tak terfikir yang aku dah pregnant pun. Adakah itu yang dikatakan, thoughts become things? Kalau selalu sangat sebut eventually benda itu benar-benar terjadi? SEBAB AKU SELALU SANGAT SEBUT PERUT AKU ADA BABY BILA TENGOK PERUT BUNCIT KAT DEPAN CERMIN (-__-"). Oh ya, symptom lain menurut Suami, "Padanlah lately macam manja mengada lebih". Tu kira symptom ke? =__=

Walaupun sangat-sangat teruja, I can't help being worried and anxious juga sebenarnya. Macam-macam perasaan bercampur baur. Di keheningan malam yang sunyi (eceh bahasa taknak kalah), ketika kedua-dua kami berbaring mengadap siling, tiba-tiba aku bersuara.
"Awak rasa, awak ready tak.. Saya takut saya tak betul-betul bersedialah.."

Dan seperti biasa, jawapan beliau mesti sangat melegakan hati..
"Janganlah risau.. Setiap benda mesti ada 'kali pertama' nya. Kita belajar sama-sama ok.."

So now, aku taknak fikir banyak sangat, taknak risau tak menentu lagi. Just be positive, cherish every single moment along the journey and smile always. Things gonna be fine, insyaAllah :')
Betapa nak menunjukkan excitednya ada Baby, sampai bergambar pun nak letak tangan kat perut yang masih kempis (kempis keww?) -___-


Thursday, December 2, 2010

Beautiful day - A new phase :)

Hari ini indah.
Paling indah sepanjang hidup.
Rasa macam tak percaya.
Teruja sangat-sangat.
Suami apatah lagi.
Basah pipiku dicium bertalu-talu :">
Dan senyum lebar beliau sepanjang perjalanan ke office.
Tehehe..

Yeah.
It's gonna be a very exciting 9 months!
InsyaAllah.

6 minggu 2 hari. Buah hati pengarang jantung :)

Terima kasih Tuhan.
Kau memang Paling Baik.
Maha Baik.

:)
:)

Monday, November 29, 2010

Q & A

1) Kenapa buat comment moderation? Tak cool lah tapis-tapis comment.
OK. Suatu masa dahulu aku pernah biar comment unfiltered. Maknanya kalau orang komen memang terus masuk dalam comment box below, tak payah aku nak tapis ke apa. But it happened that aku terlepas pandang banyak komen yang dihantar untuk post-post lama contohnya untuk entri Panduan Membayar PTPTN Menerusi Maybank2U ni. Ada komen yang dihantar, sebulan kemudian baru aku baca sebab tak perasan. So I decided to moderate all the comments so that I can keep track and won't miss a thing anymore. Tak ada isu takut ke apa lah.

2) Kenapa kau still accept komen membangkang kau?
This is public blog. OK no, this is of course a personal blog, but when I opened for public to read, that means people are entitled for their opinion as well. Bak kata mamat ini, barulah seronok blogging bila ada macam-macam pandangan, bukan sekadar menyokong kita secara buta-buta sahaja. Cuba aku sengaja buat entri "Aku Taknak Pakai Tudung Dah Sebab Orang Pakai Tudung Bukan Semuanya Baik Pun", patut tak kau sokong secara buta-buta? Kalau kau tak boleh terima pandangan orang, better kau private kan je blog kau. Atau open only for penyokong buta-buta kau sahaja. Tapi bila aku kata aku terima komen membangkang, bukan bermakna aku terima begitu sahaja. Kalau komen itu rasional biarpun tidak sehaluan denganku, aku akan seronok untuk berdebat. Otherwise, there's no use entertaining immature/childish/bitter comments with no acceptable reasons.

3) Follower kau sikit je. Tak gempak langsunglah kau ni.
I don't give a damn about that. Berapa ramai pun follower aku doesn't contribute to my income pun. What matters most is, the readers. Bukan semua followers adalah true followers. There are some of them who followed just so that I follow them back, which sometimes I did if his/her blog is interesting. To me. I have a constant amount of readers everyday, which I appreciate a lot. And not all of them are officially my followers. So, should I care?

4) Kau sombong. Bukan macam seorang blogger terkenal tu, rajin betul singgah balik blog orang yang follow/comment blog dia. Macam itulah baru orang suka.
Actually, when I have plenty of time, I as well dropped by those blogs. And I did dropped a word or two if necessary, only if I really have something to say. Ada juga blog yang isinya gempak gila sampai aku segan nak komen apa-apa, sekadar baca sambil tersenyum dan mengangguk-anggukan kepala. I think that's better than just skrol sepintas lalu dan komen, "Nice entry" or "Cantiklah gambar" or "Hehe.." for the sake of jaga hati mereka dan berharap mereka tak bosan dengan kita dan datang membalas budi dengan datang balik page kita. Memang kadangkala ada juga komen yang pendek tapi bermakna, tapi we can always tell if the comment is really true or otherwise. Sedangkan aku sendiri kurang appreciate komen yang tidak memberansangkan, apatah lagi orang lain. Jangan sekadar nak kumpul komen banyak-banyak tapi berbunyi childish/insincere/sampah. That's definitely not right.
5) Kenapa kau selalu buat entri panjang-panjang? Boringlah.
Just leave. No one ever asked you to stay if you're not interested in it. Itu lebih baik daripada kau jadi si jengkel yang tengok entri panjang, tak baca pun tiba-tiba komen, "Panjangnya entri!". Blah senyap-senyap je boleh tak?
6) Bencilah baca blog kau ni. Sakit mata aku. Kau takyah blogging lagi boleh tak?
Oh dear. Why did you even bother to click on http://www.princessuna.blogspot.com/? Benci-benci pun, hari-hari jugalah kau buka page aku. Ke benci tapi rindu ni? :)
7) Kau taknak ke buat tips-tips macam blogger lain?
Aku tak ada tips yang bagus untuk diikuti pun.
Tips nak jadi pandai? Aku bukan pandai mana pun.
Tips nak jadi cantik? Kahkahkah. Pergilah tanya Hanis Zalikha. Semua tips dia ada. Memang layaklah dia bagi tips, dia kan cantik pandai segala. OK kenapa aku macam bitter? LOL.
8) Pernah join blog contest?
Pernah. Sekali je. Menang nombor 1 pula tu. Tapi sampai sekarang tak dapat apa pun. And I've come to conclusion that those who organize blog contest are usually those crave for popularity with no sincerity. Unless kalau dia tidak meletakkan syarat "Wajib Jadi Follower Dahulu."
9) Jenis blog yang boleh menarik minat kau untuk membaca.
Blog yang berlatarbelakangkan putih dan bertulisan hitam dengan font bersesuaian untuk mata aku yang dah tua ni.
Blog kelakar.
Blog serius dan bijak, bukan konon serius tapi bodoh.
Blog jujur yang tidak hanya memuji diri sendiri.
Blog berbahasa Inggeris.
Blog romantik orang dah kahwin, bukan couple yang masih bersekolah.
Blog cerita pasal bayi dan kanak-kanak.
Blog berbahasa baku dan mudah difahami; bukan yang menggunakan singkatan, ejaan rempit dan sebagainya.
Blog tak banyak gambar syok sendiri lepas tu marah pula bila Anonymous komen dia obses dengan diri sendiri.
Blog yang mengutarakan isu-isu tertentu dan open for public to be debated, bukan yang lantang berkata-kata tapi bila ada orang bangkang dia remove comment tersebut, you're soooo Dr Rozmey oh -__-.
Blog original, bukan yang meniru style blogger lain.
Blog kelakar, kelakar dan kelakar :)
10) So far berapa dah income Nuffnang kau?
Sibuklah. Nak ke aku buat entri pasal cheque Nuffnang lepas tu tayang-tayang OMG macamlah kau seorang je pernah dapat cheque Nuffnang annoying gila la bodoh.


Saturday, November 27, 2010

Over-protective

Lunch hour yesterday, I received a call from Mama,

"Una, telefon rumah dah elok dah. Kau ada call tak?

Sebelum ini telefon rumah rosak, which semua incoming call tak dapat diterima.

I answered,
"Takde pun. Kenapa?"

"Hmm. Takdelah, dah 3 hari kau tak call.."

Oh. Rupanya kena call hari-hari comel betul lah Mama ni T_T

Then I talked to my niece, Asha, yang suruh datang rumah Grandma bawa meraka pergi playground. Tapi aku tahu dia bukan nak jumpa aku sangat pun. Mestilah nak jumpa Ankel Hhhhanis (sebutan Hanis ditekan sikit di permulaannya sambil kembang-kembang hidung *gaya Asha*).

Suami apa lagi, excited lebihlah dia. Pantang ajak pergi rumah Mama. Nak jumpa Asha punya pasal -__-

Sampai rumah Mama, budak-budak tengah tidur rupanya. Tapi dengar je suara nyaring aku semua bangun excited nak pergi playground heh heh.

Biasanya kalau aku bawa budak-budak ke sini, aku akan duduk di bangku, biarkan mereka bermain dan memantau dari jauh sahaja. Kalau terjatuh ke apa baru aku datang. Biasalah, budak-budak harus diajar supaya tough sikit *cakap macam bagus-bagus*.

Tapi, cuba tengok suami aku..
PERLU KE IKUT JE KE SANA SINI??? -__-
Aku cakap pada beliau,
"Biar jelah dia orang main sendiri Sayang oi, possessive betul ikut sana sini"
Beliau membalas,

"Awak ni kan, nanti dia terjatuh ke macam mana?";

"Hah monkey bar tu mana dia sampai nak naik, saya kenalah dukung dia bagi sampai";

"Dia seronoklah saya ada dengan dia.."

Dia ni over-protective sangat kenapa.. T__T

Tapi memang Asha seronok Ankel Hanis ikut dia. Dia kalau dengan Ankel Hanis memang semacam sikit. Gelenyar bak kata orang Kelantan -__-

Eh, kenapa gambar aku takde pun??? Kalau macam tu..
.
.
.
.
.
.
.










Letak gambar ala-ala Myspace boleh tak? Kahkahkah sila jangan terajang monitor.




Friday, November 26, 2010

Kecuaianku

Aku tak tahu apa nak jadi dengan diri aku ni. Kadang-kadang fed up juga dengan sifat semulajadi (semulajadi konon) yang tak boleh nak berubah walau bagaimana kuat aku berusaha ecehceh.

CLUMSY. CARELESS. SLOPPY.

Makan-makan nasi lemak. Habis makan, bungkus cepat-cepat. Terlampau cepat sampai baki nasi lemak tercampak ketika tergesa-gesa membungkus -__-

Kupas bawang. Siap kupas, kaut guna tangan bawa ke sinki (langsung tak ada initiatif inisiatif nak guna mangkuk ke apa). Basuh. Selesai basuh bawa ke dapur luar untuk tumbuk. Jatuh sebiji. Kutip untuk basuh semula. Masa basuh semula lagi 2 biji terjatuh dalam periuk semalam yang belum basuh penuh dengan sisa rendang. Rasa nak mencarut pun ada -__-

Minum air guna cawan plastik. Nak letak atas meja, dah sampai meja tiba-tiba cawan itu terbalik dengan air masih di dalam. Rasanya tadi dah letak elok dah. Tumpah -__-

Memandu. Jumpa selekoh tajam. Nak belok. Dalam pada berhati-hati taknak terselisih dengan kereta sebelah, aku ternaik atas divider bodoh betul bercalar skirting kereta aku T_T

Berselisih faham dengan Suami. Setelah berfikir lama, terasa bersalah. Lalu nak minta maaf. Pusing belakang nak jumpa Suami, terlanggar beliau yang sedang berjalan bawa mangkuk berisi lauk kuah-kuah. Tumpah. Bila masa dia ada kat belakang aku? T_T

Itu satu kes.

Berselisih faham dengan Suami. Setelah berfikir lama, terasa bersalah. Lalu nak minta maaf. Pusing badan nak salam, tersiku muka Suami yang tengah potong kuku di sebelah. Kau rasa dia boleh sabar tak?

Belum masuk kekerapan tersepak bucu katil, terlanggar dinding ruang tamu, terduduk atas cermin mata baru sampai pecah... T_T

Rasa loser gila. Kadang-kadang, di kala emosi tengah tak stabil masa itulah jari nak terkena papercut, masa itulah eye-liner nak tersasar terkena biji mata, masa itulah tangan tergerak cepat sangat tertepis compact powder lalu terjatuh dan pecah.. Rasa nak menangis pun ada......

Aku memang cuailah. Seringkali pergerakan tangan hilang kawalan. Setiap kali makan, terutama apabila berada di majlis-majlis formal, memang aku akan sangat berhati-hati supaya tidak terpercik, tertumpah, terpecahkan pinggan mangkuk ke apa. Kagum betul dengan perempuan yang anggun betul, yang bergerak gracefully secara sempurna tak ada cacat cela pun. Ke sebab aku yang kasar sangat?

Kenapa aku tak boleh jadi macam tu pun? Benci :'(



Wednesday, November 24, 2010

Talking To The Moon

Am I going mad, or this song is too good for real??



Kenapa lagu Bruno Mars mesti best-best?
Kenapa perlu buat aku rasa macam gadis remaja yang jiwang karat?
Kenapa perlu buat aku rasa nak pandang langit malam-malam terkenangkan suami walaupun dia sebenarnya tengah potpetpotpet sapu lantai ruang tamu?
Kenapa?
Kenapa???!!



Monday, November 22, 2010

10 perkara tak penting mana

Blog aku makin boring oh. Sebosan rupa parasku yang kusam sekarang. Boringlah. Terasa nak tukar penampilan kepada sesuatu yang lebih vogue dan tampan.

Penampilan bosanku. Tengok aksi Suami kat sebelah pun tahu aku begitu membosankan T_T


Ah persetankan semuanya. Biar penampilan nampak membosankan, asalkan hati sentiasa suci kahkahkah.

OK perkembangan terkini diriku yang bajet artis orang nak tahu perkembangan.
  1. Badanku makin kembang. That goes without saying.

  2. Oh I have a new passion. It's Entourage! Suami cakap ianya disebut sebagai on-tu-raj. Annoying betul bila tersalah sebut depan beliau -__-. OK OK memang loser baru nak tengok sekarang. Diamlah. Sebab tengok dalam portable hard disk Suami ada dari Season 1 sampai 7, maka aku mengambil keputusan untuk menghilangkan bosan dengan mula menontonnya macamlah tak boleh menghilangkan bosan dengan mengaji Al-Quran ke apa. Mula-mula tengok tak ada subtitle langsung. Sampai stress aku kena dengar betul-betul nak fahamkan dialog. Macam manalah Suami boleh tengok sampai 7 season tanpa subtitle?? Memang orang Amerika agaknya laki aku ni. Melihatkan tekanan perasaan yang aku alami, maka Suami berusaha mencari subtitle untuk semua episod, suwit gilew rasa. Hasil tontonan? Vocabulary kata-kata carutan semakin bertambah syabas Suami, syabbbaassss T_T.

  3. Rumah kami dah ada TV. Tehehe. Tapi tak ada soket untuk cucuk antenna ke apa entah so tak boleh tengok lagi T_T. Maka harus menunggu sehingga hujung minggu ini ada pakcik akan datang tambah soket dan sebagainya. Nanti aku show-off TV baru kami hehehe buruk betul perangai. Eh lupa. Terima kasih ibu bapa mertua yang membuat kejutan tiba-tiba belikan. Sayanglah :)

  4. Gambar atas ni masa kami jalan-jalan cari barang di IKEA. Pakai baju Oyah. Hehe. Perlu bagitahu sebelum dia kecoh kat komen :P

  5. Oh aku pakai baju kurung pergi IKEA bukan sebab dah tak muat baju lain kau ni memang nak kena tampar cakap aku tak muat baju lain, tapi sebab baru balik dari wedding kawan baik Suami who's marrying a former actress Baizura Kahar.

  6. Tak bergambar pun dengan dia, seganlah kena naik pentas segala. Lagipun sentap sebab masa nampak aku dengan gembiranya dia bertanya aku dah pregnant ke belum. Mesti sebab tengok aku gemuk semacam, mesti punyalah! *suka hati akulah nak sensitif tiba-tiba*

    Them. Masa aku kahwin. Saje lah tu taknak kalah letak gambar kahwin yang masih kurus lagi heh heh nasiblah.


  7. Suami sudah tidak malu-malu lagi makan tengah hari di rumah Mama setiap hari Sabtu. Tapi aku pula yang macam segan-segan kalau nak makan di rumah mertua. Tsk.

  8. Kerja aku semakin membosankan :(
  9. Atas bot pun boleh buat aksi bosan (sengaja cakap awal-awal sebelum orang lain melemparkan tuduhan berat cakap aku jiwang karat termenung teringatkan suami di perantauan).


  10. Semalam benar-benar terasa seperti suri rumah tangga. Bangun pagi siapkan breakfast. Kemudian basuh baju, gosok baju Suami untuk pergi kenduri (oh kami memang suka pergi kenduri so tak payah masak hehehe), balik kenduri Suami pergi study kat UTM aku bertungkus lumus memasak untuk hantar pada Oyah di Cyberjaya kau memang kena sayang aku lebihlah Oyah! Lepas drive sorang-sorang ke sekolah Oyah, balik rumah sambung basuh baju lagi (kena basuh separuh-separuh sebab tak muat ampaian). Lepas tu macam isteri mithali tunggu Suami balik untuk makan sama-sama. Oh, Suami tambah nasi dua kali malam tadi :) *kembang hati*

  11. Dahlah. Tak tahu nak tambah lagi. Kang aku reka cerita kau marah pula.

  12. Aku cakap dah, dah lah. (Annoying gila nak juga cukupkan 10 sabar jelah).


Hari ini.

"I am saying, I am getting bored with all these things. I didn't understand what my job description really was. It was totally confusing me. It was not exactly what I’ve expected. Very disappointed.."


*Sebahagian status Facebook Jij yang sangat menepati perasaanku kini :(*



Friday, November 19, 2010

Kalau Aku

Kita selalu cakap, "Kalau aku.."

Sebelum kahwin, kalau dengar kisah rumahtangga yang bermasalah kita mudahnya berkata:
"Kalau aku, dah lama aku tinggal lelaki jenis macam tu.."

Bila bertandang ke rumah orang, tengok kanak-kanak dibiar bebas berlari-lari ke sana sini, kita kata:
"Kalau aku ada anak macam tu, memang dah lama kena lah.."

Masa makan di restoran, datang orang tua bersama kanak-kanak menjual tisu, kita kata:
"Kalau aku takkan bawa anak kecil ikut sama jual tisu.."

Bila seorang kawan menolak untuk kerja yang bergaji besar namun harus berjauhan dengan keluarga, kita cakap:
"Kalau aku jadi dia, aku terima je tawaran tu. Duit tu untuk keluarga juga."

Bila dengar kisah mertua yang suka masuk campur hal rumahtangga anak-anak, kita cakap:
"Kenapa tak berterus terang je? Kalau aku dah lama aku cakap direct je dengan mak mertua aku.."

Bila kawan bercerita tentang bebanan kerja yang melampau, kita kata:
"Kalau aku dah lama cari kerja lain.."

Bila kawan lelaki mengadu sudah bertahun-tahun berkahwin masih tidak dikurniakan zuriat, kita selamba kata:
"Kalau aku, aku dah kahwin lain kot.."

Bila dengar seseorang bersedih mengadu abangnya penagih dadah dan mencuri barang-barang keluarga, kita cakap,
"Kalau aku dah lama report polis, sumbat je dalam penjara habis cerita.."
.
.
.



Semuanya "Kalau aku.."

Kerana bukan kita yang mengalaminya, maka mudahlah kita dengan lantangnya mencadangkan itu ini.

Adakah kita mampu melakukan seperti yang dikata, apabila tiba masanya kita berdepan dengan situasi yang sama?



Wednesday, November 17, 2010

Dua Bulan

Bulan kedua.

Bulan yang banyak berjauhan. A Year Without Rain nyanyian Selena Gomez dipilih menjadi lagu tema setiap kali berpisah-pisahan. Remaja gilew lew kitew ni -__- "

Namun, jarak jauh mencipta rindu. Rindu menyemarakkan cinta.

...

There's a long way to go, Sayang. A very long way.

Harap awak masih belum bosan melayan karenah saya :')

Right beside you, is where I belong...


Tuesday, November 16, 2010

Teratak Cinta Aku

Aku malas so aku tukar layout jadi putih je. Aku tak pandai Photoshop so aku guna je header dari template asal. Nantilah aku buat header, sebab nak reka header ni kena betul-betul ambil masa. Taknaklah guna header yang berlambak kat website lain tu. Lambat loadingnya. Tapi aku rasa macam cool je background semua putih, sebab ramai blogger cool guna background putih maka aku tiru. Orang Melayu kan suka meniru. Hehe..

Aku malas, malas dan malas.

Sekarang aku hanya fikir pasal rumah saja. Asal ada masa (which is most of the time) aku buka website pasal rumah. Interior designing. Best oh. Kalau ada banyak duit.

Yes, if money is not the issue..

Aku kena realistik. Aku bekerja biasa-biasa saja. Suami juga kerja biasa-biasa saja. Malah belajar separuh masa lagi. Maka perbelanjaan harus diatur secara bijak. Nak beli segedebuk semua sekali memang tak mungkinlah. Tak mengapa, kita mula dari bawah :)

Apa yang aku buat, survey dari website. Jalan-jalan IKEA. Ambil gambar, curi idea. Dan cuba cari exactly the same di kedai perabot yang lebih murah. Tapi barangan IKEA juga kadang-kala boleh jadi sangat murah, cantik pula tu. Depends, kalau pandai cari kena pada masanya.

Banyak perkara perlu diambil kira. Dah jumpa yang cantik dan murah, besar sangat lah pula. Rumah kami kecil sahaja, apa perlunya sofa besar sedunia? Suami allergic habuk, kalau rumah berhabuk memang sampai ke malam dia bersin tak berhenti. Oleh itu penggunaan karpet mungkin kurang sesuai.

Seronok merancang itu ini dengan Suami. Rumah yang asalnya kosong, kini diisi satu persatu. Setiap kali perabot baru dihantar memang teruja betul. Senyum lebar Suami memeluk bahuku sambil memerhatikan orang kedai perabot memasang barang-barang. Biar kecil, ini rumah kami. Sekurang-kurangnya tak perlu menumpang rumah ibu bapa atau hidup menyewa. Itu sudah cukup menyenangkan.

Orang boleh berkata apa sahaja. Namun hakikatnya hanya kami yang mengetahui. Bak kata Perempuan Jomblo, rasa dahulu. Walaupun kau seperti sangat matang, dan konon belajar melalui pemerhatian segala, kau takkan benar-benar faham hidup berumahtangga kalau bukan kau sendiri yang melaluinya.

Esok, genap 2 bulan kami hidup berdua, berkongsi tempat tidur, berkongsi almari baju, ketawa bersama, bergaduh merajuk bagai. Baru 2 bulan. Tak payahlah asyik nak tanya perut aku dah ada isi ke belum.



Monday, November 15, 2010

Kisah Biasa Perempuan

Perempuan. Suka bertanya soalan-soalan pathetic seperti;

Awak sayang saya tak?
Awak rindu saya tak?
Awak sayang saya banyak mana?

Bila si dia tak balas, atau lambat balas, mesti nak sentap guna ayat, "Kalau awak betul-betul sayang tak perlu pun nak fikir-fikir boleh terus jawab je.."

Perlu ke perasaan sayang diberitahu setiap hari? Eh tak tak. PERLU KE ASYIK NAK TANYA ORANG ITU SAYANG KAU KE TIDAK? Elok-elok dia sayang terus jadi muak dan hilang rasa sayang. You know what? Sesuatu itu mungkin akan kurang signifikannya jika diberi secara mudah dan berlebihan. Less is more lah.

Perempuan. Selalu nak berfikir sesuatu yang tidak perlu/tidak penting secara mendalam. Bila si dia seperti dingin, atau suram, atau tidak bersemangat seperti selalunya, mesti nak fikir entah apa-apa.

Dia sudah tidak sayang kah?
Aku sudah tidak menggembirakan diakah?
Entah-entah dia dah jumpa orang yang lebih baik.

Kemudian mula mengaitkan kejadian si dia tolong hantar Melah ke asrama, kekerapan si dia berjumpa si Suzie di perpustakaan untuk menyiapkan kerja kumpulan, dan terbayang kata-kata si dia memuji Fiona pandai main boling. Semuanya hanya spekulasi, bukan apa-apa pun. Tapi mesti nak rasa sedih, lalu mula nak buka bunga-bunga cari gaduh minta perhatian, dan akibatnya gaduh besar. Padahal pucuk pangkalnya bukan apa-apa, hanya emosi sendiri. Tak fikirkah mungkin si dia ada masalah keluarga/kewangan/pelajaran atau apa sahaja? Kau sepatutnya menjadi orang yang paling menenangkan hatinya, bukan penambah stress. Haih.

Perempuan. Selalu nak terasa apabila si dia memuji perempuan cantik lain. Or perempuan lain yang cantik. Whatever. Ini aku tak boleh terima. Siapa tak suka perempuan cantik? Aku sendiri suka melihat dan memuji perempuan cantik, apatah lagilah kaum berlawanan. Aku dengan Suami selalu sependapat pasal perempuan cantik. Pernah satu malam kami boleh berbual lama tentang betapa cantiknya Vanida Imran sambil menonton filem Papadom. Menghargai sesuatu yang cantik tidak membuatkan kau bertambah hodoh pun. Biarlah si dia nak puji perempuan cantik pun, kau sendiri tahu dalam hati dia hanya dipenuhi wajah kau kan?

Perempuan. Selalu nak sibuk bertanya kisah silam si dia. Siapa bekas kekasih? Berapa lama bersama? Hadiah apa pernah bagi? Bila si dia enggan bercerita, pandai pula guna ayat, "Ala cerita jelah, Ai open je. Ai boleh je terima..". Tapi bila si dia benar-benar bercerita, mula nak membanding-bandingkan, mula rasa terancam, mula rasa berbaur-baur perasaan. Sedangkan kau sendiri yang memaksa segalanya dibongkarkan.. Girls, please please please do not let your/his past ruin your present happiness. Tak berbaloi kot.

Perempuan yang berkawan baik dengan lelaki, apabila si lelaki bercinta, bertunang atau berkahwin dan mula menumpukan perhatian pada hubungan baru lalu rengganglah sedikit persahabatan itu, mesti nak terasa hati. Mesti nak sentap.

"Sejak kahwin lupa dah aku, aku ni kawan dia bertahun-tahun..".

Haih. Kalau kau benar-benar sahabat yang baik, mesti kau akan lebih memahami situasi dan keutamaannya. Being a true bestfriend, you should just pray for his happiness instead. Unless kalau kau memang menyimpan perasaan lain terhadap kawan baik kau tu.

Perempuan. Bila bergaduh sibuklah nak bercerita canang habis pada orang lain. Ketika itu si dia itulah yang paling buruk, paling teruk, pendek kata memang menyesal lah kau bercinta dengan dia. Bercerita pula penuh berjujuran air mata, dan orang yang mendengar mula mengasihani dan mula berpandangan buruk terhadap si dia, yang deep inside kau tahu dialah yang sangat kau sayangi dan sangat kau mahukan. Tiba-tiba esok lusa sudah berbaik, sudah ketawa bersama, sudah makan bersuap kembali. Dan kau tanpa segan silu menceritakan betapa bahagianya kau pada orang yang sama yang mendengar kisah sedih kau kelmarin. Kau fikir apa yang mereka rasa?

*****************

Perempuan. Kau, dia, aku. Please do not let your emotions cloud your judgement. Be the smartest woman. If you do not appreciate yourself, do not expect others will do it for you.



Harus bersabar

On laptop. Suami ada di sebelah tengah korek telinga ke apa entah. Mula-mula buka Facebook. Oh ada orang tag gambar, gambar masa darjah 5 yang diupload oleh cikgu sekolah rendah. Suami sibuk-sibuk menyempit nak tengok juga, entah bagaimana rupa si isteri ketika kecil. Aku mula berdebar, sambil mengingat semula betapa miserable nya muka aku zaman hingusan dulu. Cuba sorok-sorok. Tapi dah terlambat T__T
Hmmpphh. Sejam beliau tak habis ketawa lagi lepas tengok gambar ni -__-


Tak nampak ke??
OK dengan sebalnya aku zoom lah bagi puaskan hati kau orang *sobs*.

"Yang, cuba tambah penyapu kat belakang. Sebijik macam makcik cleaner. Kahkahkah!"
Sambil ketawa guling-guling berani lagi komen cakap orang lain semua duduk biasa je, aku sorang je taknak kalah posing macam pemain bola.

Patut tak aku mogok tak nak masak selama seminggu? PATUT TAKK???



P/S: Asalnya nak buat entri pasal site visit minggu lepas. Terpaksa post yang ini dulu sebelum Suami post kat
blog dia . Sabar jelah sabar jelah! T_T

Thursday, November 11, 2010

Sangap nak update blog..

Hai hai, what's up what's up you ollss~ Missing me already? Keh keh rasa nak tampar. OK walaupun aku konon keh keh tadi, tapi sebenarnya hatiku sangat sunyi sepi seorang diri di bilik hotel besar ini *sobs*.

Anyway, I'm still here at Sandakan. Baru habis system training and while all other engineers pergi minum-minum sambil bergelak ketawa mentang-mentanglah bos-bos pergi site lain, aku kena bergegas balik hotel sebab tak tahan nak berak. OK maybe too much information. Sekarang di bilik, menonton The Amazing Race sambil menghapdet blog via my old N97 menggunakan wifi Swiss Inn Waterfront yang seperti hidup segan mati tak mahu dan seringkali mengundang kata-kata yang tidak wajar didengari anak kecil. Tapi takpe lah, better than takde.

Well the trip is great (so far), the bosses are great (so far) and the foods are the greatest (as usual). Makan macam gila, syukur Alhamdulillah aku tak allergic pada seafood kalau tak memang suffer betul digoda dengan pelbagai jenis seafood yang segar dan menyelerakan OMG.

Siang pergi site, malam pergi dinner. Balik hotel mulalah aku meroyan kesepian tak biasa doh tidur tak ada orang peluk OK too much information lagi. Rindu tu satu hal, takut tu lagi banyak hal. Tambah-tambah orang kat site rajin la pula cerita bukan-buka tentang 'itu' yang semakin menjadi-jadi di site. Faham-faham jelah apa itu 'itu', takutlah bodoh nak sebut.

Oh, bapa mertua juga ada dalam rombongan Cik Kiah ke Sandakan ini. Dan bos aku asyik la mengganding-gandingkan kami sebagai father-daughter yang sangat sweet, comel gilew kot ada bos macam ni -__-. Ok sementelah bapa ada di sini, maka haruslah aku menjaga perangai dengan lebih tertib contohnya menjadi orang terakhir habis makan setiap kali makan beramai-ramai... Oh bukan sebab aku paling banyak makan, bukan bukan (beria-ia bela diri kenapa?), tapi sebab sangat bersopan santun ketika makan tehehe bodohlah takde sape percaya.

OK dah dah, gambar ada banyak, tapi aku ni orang kampung tak tahu macam mana nak upload gambar kalau blogging pakai phone T_T

Til we meet again, tolong tengok-tengokkan cinta hati aku ye. Kesian beliau hidup terumbang-ambing tanpaku di sisi *hehe seronok reka cerita*.

xoxo


Tuesday, November 9, 2010

Kerja Sampai Mati

ESOK DAKU AKAN TERBANG PERGI TINGGALLAH SAYANG TINGGALLAH PUJAAN BERJUANGLAH ENGKAU SEORANG DIRI TANPAKU DI SISI T_T
OK esok akan bertolak ke Sandakan. Dalam masa yang sama, esok Suami juga akan menduduki peperiksaan akhir semester kehkeh skema sebut. It's final year exam. Bowinknyeww awok nieww skool lagieww! Tapi kesian beliau. Mesti tak tentu arah menjawab peperiksaan tanpaku di sisi bodohlah macamlah kalau aku ada di KL ni aku boleh duduk di sisi beliau masa menjawab soalan nak kena tampar dengan pengawas peperiksaan??
So that's about it. Mungkin akan offline sampai hari Jumaat. Depends. Sebab aku tak bawa laptop pun. Bergantung pada handphone sahaja, so kalau ada wireless connection bolehlah nampak aku lagi esok lusa. Kalau tidak, minggu depan agaknya.

Oh berita baik. Aku mungkin tak perlu meredah sungai banyak buaya selama 5 jam lagi. Mungkin tak perlu ke tapak itu.

Entahlah. Hati sudah tidak seberapa. Sudah hilang minat. Mungkin aku perlukan something new and better.

Terasa nak buat kerja yang lebih menggembirakan. Yang seronok. Yang tak semestinya professional seperti engineer doktor peguam whatsoever.

Yang mudah tapi dibayar tinggi.

Jadi penyanyi kot? Kahkahkah. Suara langsung tak sedap ada hati nak jadi penyanyi.

Jadi pelakonlah. Watak tempelan sekadar orang yang lalu lalang kat belakang pun takpa.

Seronoknya orang yang melakukan sesuatu yang sangat diminati, dan dibayar pula untuk itu.
Contohnya, photographer. Penyanyi. Penari.

Hmm..

Hakikatnya, there's always price for everything.

Ada yang gaji puluh-puluh ribu, tapi terpaksa berkorban kehidupan dan keluarga, berjauhan dengan anak bini. Berjumpa 2-3 bulan sekali dan terlepas saat indah melihat anak membesar di depan mata. Mahu?

Ada yang gaji puluh-puluh ribu, tapi tak bekerja pun sebenarnya. Cuma jadi simpanan pemuas nafsu si tua tak sedar diri. Mahu?

Ada yang gaji puluh-puluh ribu, dan hidup senang lenang juga. Tapi hati tidak pernah tenang. Gaji yang disangka halal, rupanya tidak. Mahu?

Ada yang gaji puluh-puluh ribu, tapi sentiasa rasa tidak mencukupi. Bak kata Mama, kalau gaji kita tak berkat, memang akan sentiasa rasa tidak cukup.

Macam mana nak berkat?
Kau dibayar gaji untuk nilai kerja kau selama 8 jam, dari 9 pagi hingga 5 petang. Waktu rehat dari 12:30 hingga 1:30 petang. Adakah kau betul-betul bekerja seperti selayaknya kau dibayar?

Kau dibayar untuk update blog kah?
Kau dibayar untuk berbalas komen Facebook kah?
Kau dibayar untuk berchatting Yahoo Messenger kah?
Kau dibayar untuk tonton YouTube kah?
Kau dibayar untuk gosip tak tentu masa kah?
Kau dibayar untuk tidur di surau kah?
Kau dibayar untuk mengular sana sini kah?
Kau dibayar untuk masuk jam 11 pagi balik jam 4 petang kah?

Itulah. Kerja tidak sepadan dengan gaji. Kerja tidak ikhlas. Menipu. Mana nak berkat. Mana duit nak cukup. Mana nak happy.

Pedas betul sound diri sendiri @_@

Kau lebih di sini, pasti kurang di tempat lain. Itulah hidup yang telah kau pilih.

Jangan asyik fikir orang lain begini begitu. Orang lain senang kau susah. Orang lain bahagia kau tidak. Sudahlah. Mereka juga sama sahaja sebenarnya. Cuma mungkin kesusahan mereka dari sudut berbeza. Kau mana tahu?



Monday, November 8, 2010

Hujung Minggu

Suatu hari di rumah Mama, ketika sedang makan bersama Suami sambil menyuap Aina dan Asha tiba-tiba Aina bertanya,

"Antina bila nak ada baby?"

Aku jawab,

"Nanti ada la. Aina suka ke?"

"Mestilah suka. Antina kalau nak ada baby kena la buat kerja.." balas beliau gaya orang dewasa.

Serentak aku dan Suami berpandangan, lalu berdebar-debar aku tanya Aina.

"Kena buat kerja apa Aina?"

Selamba muka dia menjawab,

"Buat kerjalah. Macam sapu rumah ke.. Masak ke.. Barulah ada baby.."

Tergelak besar Suami.

Ingatkan dia nak cakap kerja apa -__-".

Bodohlah cuak tak pasal-pasal. Yelah manalah tahu budak-budak zaman sekarang ni advance sangat ke sampai budak 6 tahun pun tahu hal-hal orang dewasa.

Mesti Aina ingat dah kahwin kena buat kerja-kerja macam tu, lepas tu dapat baby. Tehehe.
**********************

So this weekend I spent with my in-laws, keluar dengan mertua ke kedai perabot, and after that my husband and I went to One Utama.. Kawan bapa mertua bagi voucher One Utama at certain amount sebagai hadiah kahwin, so we've decided to use it for a television, selepas mempertimbangkan antara TV dan mesin basuh. Tak apa, TV mungkin lebih penting, lantaran Suami macam dah tak tentu arah sebulan lebih tak tengok bola. Baju boleh hantar dobi tehehe, kalau rajin sikit aku basuh tangan dan Suami tolong jemur.

But of course kena tambah duit sikit lah dari nilai voucher itu. Cari yang sesuai, survey lebih kurang, and aku decide nak balik.

Suami terasa hati.

Dia cakap aku dah tak sama dengan zaman masa bercinta. Dulu kami suka berjalan, suka window shopping, selalu berbincang tentang apa-apa barang dan aku suka bagi pendapat pada barang-barang yang dia suka.

Tapi entah kenapa, bila dah kahwin, bila ke pusat membeli belah dalam kepala hanya memikirkan barang-barang untuk rumah je. Perabot lah, perhiasan rumah lah. Dah macam tak minat pada benda lain. Andd, keluar pun apabila perlu sahaja. Aku lebih suka berada di rumah kot. Or mungkin aku lebih kepada nak berjimat. Bak kata Suami, aku kan Menteri Kewangan untuk rumah itu, dan beliau pula Menteri Kerja Raya hehe. Samy Vellu hehe.

Shopping complex has no longer be my favourite place.

Entahlah. Awal-awal kahwin mungkin.
Letak dua gambar yang sama macamkan satu gambar belum cukup untuk buat orang annoying.
Cinta hati. Satu gambar cukup. Tehehe. Sorang je yang annoying dahlah.


Saturday, November 6, 2010

Beautiful.

Kulit putih bersih. Licin. Tegang.
Pipi nampak penuh, geram.
Senyuman, walaupun nampak letih namun kebahagiaan jelas terpancar.
Alunan langkah, biar berat, tetap nampak mempesonakan.
Tambah-tambah apabila tangan lembut mengusap perut.

Hmmm...

Pregnant women always looked super-beautiful...

*Envy*



Friday, November 5, 2010

Kenapa Kau Perlu Bersyukur?

Pernah tak kau tiba-tiba rasa down gila, rasa paling tak berguna, rasa kau lah paling malang, rasa give up segala. Aku pernah. Kita senang bercakap fikiran kena positif, hati kena berprasangka baik, dan kena bersyukur. Hm. Yeah, kena bersyukur. Tapi apabila tiba masanya dugaan melanda, adakah semudah itu kita memujuk hati? Kalau aku, if its not cursing at the wind, I cried silently *ego*.

Oleh itu entri ini adalah handbook untuk aku berpatah balik untuk baca, bila dilanda kemurungan, down gila, rasa paling tak berguna, rasa kau lah paling malang, rasa give up segala. Fine aku malas nak taip so aku just copy paste ayat pendahuluan tadi.
  1. Aku bersyukur, walaupun tidak secantik model ke apa, wajah aku masih boleh market tehehe diamlah dikira lengkap segala pancaindera. Sempurna sifatnya. Di tempat lain ada yang tidak boleh melihat, tidak boleh berkata-kata...

  2. Aku bersyukur walaupun Mama garang masa kecil dan pernah kurasakan seperti cuma anak tiri, bila besar Mamalah tempat kami bergelak ketawa, tempat menumpang bahu/peha/perut untuk menangis, Mamalah yang dirasakan paling memahami kami..

  3. Aku bersyukur walaupun belajar taklah gempak mana, tapi masih diterima bekerja di kompeni yang elok-elok.

  4. Aku bersyukur, walaupun gaji taklah sampai lima angka ke apa, tapi masih mampu hidup, masih mampu bayar ansuran kereta, masih mampu belanja adik-adik dan anak buah, masih mampu menghulur pada ibubapa walaupun tak seberapa.

  5. Aku bersyukur, walaupun kawan-kawan semua sibuk dengan kerjaya dan hidup masing-masing, hubungan tetap erat dengan adanya teknologi zaman sekarang.

  6. Aku bersyukur, walaupun dalam keluarga ada naik turunnya, pasang surutnya, hubungan kami adik-beradik tetap baik.

  7. Aku bersyukur walaupun gigi aku tak la tersusun mana, tapi masih berani untuk senyum lebar nampak semua gigi. So gambar nampak variety, bukanlah semua gambar pun senyuman sama sahaja nak control gigi punya pasal -____-

  8. Aku bersyukur, setiap pagi dibangunkan di sebelah lelaki yang paling aku cintai, dan paling indah apabila dia turut mencintai aku.

  9. Aku bersyukur, walaupun rumah kami kecil, tapi ITU RUMAH KAMI.

  10. Aku bersyukur, blog aku walaupun bahasanya kasar, tiada tips atau tutorial berguna, tidak banyak gambar-gambar menarik, tapi masih dapat diterima pembaca.

  11. Aku bersyukur ada 70 orang yang sudi 'like' Being Husna Hadzarami di Facebook :')

  12. Aku bersyukur, walaupun aku selalu menyakat/bergaduh berebut selimut/tutup muka dengan rambut panjang dan buat suara garau berlakon jadi hantu untuk menakutkan anak buah, tapi mereka masih mencari aku bila berjauhan, masih memuji aku macam Princess di hari perkahwinan, dan masih melompat-lompat kegembiraan sampai terhantuk kepala di pintu menyambut aku apabila aku datang melawat :')

  13. Aku bersyukur kerana pernah merasa hanger/getah paip/rotan hinggap di badan kerana malas/tipu-tipu sembahyang ketika kecil. So bila besar, walaupun sembahyangku tidak sempurna, aku masih bersembahyang.

  14. Aku bersyukur walaupun muka aku biasanya banyak jerawat, tapi dekat-dekat hari perkahwinan jerawat macam segan-segan pula nak keluar.

  15. Aku bersyukur satu-satunya adik perempuan aku mempunyai saiz badan dan ketinggian yang lebih kurang malah mempunyai cita rasa yang baik dalam berfesyen so sekali sekala apabila terasa nak dress up nampak muda sikit aku pinjam baju/handbag dia tehehe..

  16. Aku bersyukur mempunyai kakak seorang doktor, apabila diri sendiri sakit atau kawan-kawan sakit aku sentiasa ada sumber yang baik untuk dirujuk for advice.

  17. Aku bersyukur kerana tidak terus nakal dan memberontak seperti zaman sekolah. Malah aku bersyukur kerana pernah nakal dan memberontak, membuatkan kini aku lebih kenal siapa kawan siapa lawan.

  18. Aku bersyukur kerana tidak pernah mempunyai sifat ingin tahu/ingin rasa/ingin alami pada sesuatu yang sia-sia seperti dadah, arak, dan sebagainya.

  19. Aku bersyukur Suami jenis tidak memilih makan. Dan suka makan.

  20. Aku bersyukur keluarga mertua sangat baik hati dan menyayangi.

  21. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan orang yang salah sebelum berkahwin, dengan itu aku lebih menghargai kehidupan sekarang.

  22. Aku bersyukur rumah kami terletak di tingkat 4, dan office juga di tingkat 4. TAKDE LIF. Dengan demikian aku boleh bersenam secara tidak langsung T_T

  23. Aku bersyukur walaupun pernah accident ketika ujian JPJ, pernah himpit motor polis sampai dia terjatuh dan terpaksa bawa ke hospital which end up dia asyik SMS je lepas tu dan pernah dilanggar polis dari belakang, aku masih tidak trauma dan boleh lagi memandu ke sana sini.

  24. Aku bersyukur dianugerahkan suara yang kasar/garau so apabila ada orang lelaki call yang tersalah nombor tak pernah pun lepas tu dia call/SMS semula nak berkenalan ke apa sebab dia ingat aku lelaki T_T

  25. Aku bersyukur rakan sekerja semua ibarat adik beradik, maka apabila outstation ke ceruk hutan belantara sana tidak pernah risau atau takut kerana dijaga abang-abang yang baik :)

  26. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang besar dan pernah merasai kehidupan yang susah di mana nikmat makanan memang amat terasa kerana terpaksa berkongsi beramai-ramai.

  27. Aku bersyukur walaupun kaki aku saiz 6, namun masih boleh pakai saiz 5 dan 7. Maka sentiasa ada banyak pilihan.

  28. Aku bersyukur walaupun aku jenis panas baran dan Suami mempunyai ego yang tinggi, beliau sanggup memilih untuk menjadi air sekiranya berlaku perselisihan. Cuba kalau dua-dua keras kepala berebut nak jadi api?

  29. Aku bersyukur aku hanya allergic pada mi kuning, bukan pada nasi. Ataupun ayam. Ataupun daging. Tsk.

  30. Aku bersyukur aku boleh makan durian dan petai. Orang yang tak makan durian dan petai rugi oh! Kurang satu nikmat hidup.

  31. Aku bersyukur walaupun aku orang kampung, aku tidak batak sosial.

  32. Aku bersyukur dibesarkan oleh ibubapa yang suka membaca.

  33. Aku bersyukur hidup dikelilingi orang yang memahami lawak jenaka aku. Mati kebosanan lah aku kalau hidup dengan orang yang tak ada sense of humor langsung tskk..

  34. Aku bersyukur aku hanya ada seorang bapa dan seorang ibu. Tak ada tiri-tiri.

  35. Aku bersyukur terciptanya concealer dapat menutup dark circle bawah mata lantaran kerap membaca dalam gelap @__@.

  36. Aku bersyukur Sophie Kinsella sangat rajin menulis dan mengeluarkan buku-buku baru. She's dammnnn HILARIOUS! Homaigot.

  37. Aku bersyukur nama aku Husna. Yang senang disebut. Dan bermaksud 'Baik'. Cuba kalau nama aku Maxlsizinkjsiakkii?

  38. Aku bersyukur wujudnya Twitter. Sangat sesuai untuk orang yang selalu ada benda nak cakap, dan tetap nak cakap walaupun tak ada orang layan T_T

  39. Aku bersyukur Afiq bagi pinjam Maxis broadband sementara aku belum ada internet di rumah, so boleh update blog dari rumah dan menghilangkan kebosanan sementara Suami pergi gig dengan kawan-kawan T_T. OK aku yang malas nak ikut sebenarnya so jangan nak menyesal sekarang.

  40. Aku bersyukur walaupun kami berlainan citarasa (Suami suka Honey Stars, aku suka Coco Crunch; Suami suka Twister Oren, aku suka Twister Epal; Suami prefer iPhone, i prefer DSLR), tapi beliau tak pernah bosan minta pendapat aku dalam banyak perkara membuatkan aku rasa penting.

  41. Aku bersyukur dilahirkan daripada perut Puan Maimunah, bukan Puan Letchumi atau Puan Christina atau Puan Ah Mui. Maka aku lahir sebagai Muslim.

  42. Aku bersyukur tempat bekerja ada surau yang selesa dan boleh sembahyang pada bila-bila masa tak perlu lagi tunggu giliran atau curi-curi sembahyang seperti yang berlaku di sesetengah tempat.

  43. Aku bersyukur pernah bekerja sebagai cashier di supermarket Big A ketika cuti semester dan dipukau/diperdaya sekumpulan customer Arab ke apa entah sampai terpaksa ganti dengan sebulan gaji. Membuatkan aku lebih berhati-hati dengan perkara melibatkan wang dan orang asing.

  44. Aku bersyukur aku tidak/belum rabun maka tak perlu memakai cermin mata atau contact lense nampak tua doh kalau aku pakai spek!

  45. Aku bersyukur kerana tidak perlu menjadikan shopping sebagai terapi di kala stress. Banyak lagi kot cara yang lebih praktikal dan berkesan. Which doesn't involve money and less bimbotic.

  46. Aku bersyukur walaupun hidup aku biasa-biasa sahaja, aku masih ada 46 perkara untuk disyukuri. Dan mungkin lebih lagi sebenarnya, cuma I'm just too tired to list out everything tonight *yawning*.
So guys, come on. Beat me up, you must have a lot more than this right? So be grateful for what you have, you'll end up having more :)