expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 9, 2010

Kerja Sampai Mati

ESOK DAKU AKAN TERBANG PERGI TINGGALLAH SAYANG TINGGALLAH PUJAAN BERJUANGLAH ENGKAU SEORANG DIRI TANPAKU DI SISI T_T
OK esok akan bertolak ke Sandakan. Dalam masa yang sama, esok Suami juga akan menduduki peperiksaan akhir semester kehkeh skema sebut. It's final year exam. Bowinknyeww awok nieww skool lagieww! Tapi kesian beliau. Mesti tak tentu arah menjawab peperiksaan tanpaku di sisi bodohlah macamlah kalau aku ada di KL ni aku boleh duduk di sisi beliau masa menjawab soalan nak kena tampar dengan pengawas peperiksaan??
So that's about it. Mungkin akan offline sampai hari Jumaat. Depends. Sebab aku tak bawa laptop pun. Bergantung pada handphone sahaja, so kalau ada wireless connection bolehlah nampak aku lagi esok lusa. Kalau tidak, minggu depan agaknya.

Oh berita baik. Aku mungkin tak perlu meredah sungai banyak buaya selama 5 jam lagi. Mungkin tak perlu ke tapak itu.

Entahlah. Hati sudah tidak seberapa. Sudah hilang minat. Mungkin aku perlukan something new and better.

Terasa nak buat kerja yang lebih menggembirakan. Yang seronok. Yang tak semestinya professional seperti engineer doktor peguam whatsoever.

Yang mudah tapi dibayar tinggi.

Jadi penyanyi kot? Kahkahkah. Suara langsung tak sedap ada hati nak jadi penyanyi.

Jadi pelakonlah. Watak tempelan sekadar orang yang lalu lalang kat belakang pun takpa.

Seronoknya orang yang melakukan sesuatu yang sangat diminati, dan dibayar pula untuk itu.
Contohnya, photographer. Penyanyi. Penari.

Hmm..

Hakikatnya, there's always price for everything.

Ada yang gaji puluh-puluh ribu, tapi terpaksa berkorban kehidupan dan keluarga, berjauhan dengan anak bini. Berjumpa 2-3 bulan sekali dan terlepas saat indah melihat anak membesar di depan mata. Mahu?

Ada yang gaji puluh-puluh ribu, tapi tak bekerja pun sebenarnya. Cuma jadi simpanan pemuas nafsu si tua tak sedar diri. Mahu?

Ada yang gaji puluh-puluh ribu, dan hidup senang lenang juga. Tapi hati tidak pernah tenang. Gaji yang disangka halal, rupanya tidak. Mahu?

Ada yang gaji puluh-puluh ribu, tapi sentiasa rasa tidak mencukupi. Bak kata Mama, kalau gaji kita tak berkat, memang akan sentiasa rasa tidak cukup.

Macam mana nak berkat?
Kau dibayar gaji untuk nilai kerja kau selama 8 jam, dari 9 pagi hingga 5 petang. Waktu rehat dari 12:30 hingga 1:30 petang. Adakah kau betul-betul bekerja seperti selayaknya kau dibayar?

Kau dibayar untuk update blog kah?
Kau dibayar untuk berbalas komen Facebook kah?
Kau dibayar untuk berchatting Yahoo Messenger kah?
Kau dibayar untuk tonton YouTube kah?
Kau dibayar untuk gosip tak tentu masa kah?
Kau dibayar untuk tidur di surau kah?
Kau dibayar untuk mengular sana sini kah?
Kau dibayar untuk masuk jam 11 pagi balik jam 4 petang kah?

Itulah. Kerja tidak sepadan dengan gaji. Kerja tidak ikhlas. Menipu. Mana nak berkat. Mana duit nak cukup. Mana nak happy.

Pedas betul sound diri sendiri @_@

Kau lebih di sini, pasti kurang di tempat lain. Itulah hidup yang telah kau pilih.

Jangan asyik fikir orang lain begini begitu. Orang lain senang kau susah. Orang lain bahagia kau tidak. Sudahlah. Mereka juga sama sahaja sebenarnya. Cuma mungkin kesusahan mereka dari sudut berbeza. Kau mana tahu?



7 comments:

  1. agreed.
    contohi na yang bekerja walaupun bos tak ada di pejabat...uit bila nak belanja pae ?hahaha

    ReplyDelete
  2. princ3ofperlu:
    ni orang tengah sound diri sendiri lah! tsk.
    belanja apanya. wedding hari tu tak datang.
    *tiba-tiba bitter*

    ReplyDelete
  3. Okay Husna..pergi buat kerja sekarang!..tutup semua facebook and blog2 tu..dengan tegas aku suruh ko buat kerja..hehehe

    Sometimes aku pon same jugak...selalu sorok2 check facebook..padahal supervisor kats belah duk menjeling sinis..

    ReplyDelete
  4. owh...abg hanis bekerja sambil study ye...
    kak husna ni ngah keje ke x??
    kalau ngah keje leh update blog gak ek??
    boleh bukak fb gak ek??
    boleh skodeng blog org gak ek??
    eh...hihihi

    ReplyDelete
  5. Kau dibayar untuk update blog kah?
    Kau dibayar untuk berbalas komen Facebook kah?
    Kau dibayar untuk berchatting Yahoo Messenger kah?
    Kau dibayar untuk tonton YouTube kah?

    sendiri mau ingt.....:-)

    ReplyDelete
  6. senyaplah korang, pantang nampak aku sound diri sendiri riuh masing-masing tambah garam -__-

    ReplyDelete