Wednesday, September 25, 2013

New Direction #2

I'm resigning.

Heheh tak sampai setahun pun kerja kat sini.

It started one day when I was too stressful, I updated my resume, putting a higher expected salary, and started to find a job through Jobstreet.com. My strategy is to find a job nearby my place, so tak payah nak stress pasal jalan raya pula (knowing that for my position the workload kat mana-mana pun mesti akan sangat stress, so I don't want to add another reason to be stressful everyday).

So what I did in the Jobstreet.com;
1) Login
2) Update your particulars, just add up your new experience with current employer, and increase the expected salary.
3) Search what I want. I tried several keywords; 'Contracts Engineer', 'Project Engineer', 'Procurement Engineer'.. all types of desk engineers (of course, having two kids, who's interested in travelling anymore? So moms, if you have to be an engineer, choose desk engineer please). For my level of working experience, I actually qualified for managerial position but I don't think I'm ready for that, plus, I plan to finish work and be back right on time everyday, mana ada Manager balik on time hari hari -__-
4) Select location: Selangor. If it's through Mudah.my, you can particulary select Puchong tapi situ tak banyak sangat pilihan kerja.
5) For specialization, I purposely select: Engineering-Oil & Gas. Here's what I can be grateful for being in the current company, it gives me chance to enter this industry as stepping stones; you know once you have started with one oil & gas company, you can move forward to another oil & gas company easily (you know I was a Civil Engineer by background, nothing to do with oil & gas). From my experience, this industry usually pays you more than other engineering fields.

Okay why am I beria sangat explain all 5 steps above? Sebab these few days ada terima beberapa soalan yang bertanyakan, macam mana kau boleh senang senang dapat kerja baru hah? Macam mana kau boleh dapat kerja dekat dengan rumah hah? Macam mana nak apply kerja kat Jobstreet hah? All these questions...... *sigh*

Okay, then I started applying. I don't want to be so greedy, so I just filled in three vacancies a week, and then continuing serving as best I can for current company. Ada orang, baru apply kerja, belum dipanggil interview pun, dah malas malas kat company sekarang. Janganlah macam tu, manalah tahu rezeki kau memang tetap kat company sekarang, sampai bila nak bermalas malas kan?

Within a week, satu daripada tiga tu mengena. I went for interview, totally unprepared. TAK ADA MASA NAK PREPARE! I printed out my updated CV and fotostat sijil-sijil in the morning before I went for interview, I studied about the company on my way there through my iPhone, unlike previous interviews I have attended, I didn't rehearse at all! Bertabah jelah, kalau ada rezeki, adalah. I didn't dress well pun, pakai baju kurung dan tudung indon je apa benda entah aku ni -___- My husband sent me, I didn't know how near the company is, so interview pukul 10, pukul 7 lebih aku dah menggelabah suruh Hanis siap cepat sikit HAHA. Turns out it actually took about 15 minutes to arrive... Okay to be fair, that day was 2 days before Aidilfitri so tak banyak sangat kereta, still, dekat kot dengan rumah kan? Best sangat.

The interview went well. Very well in fact. I started to put hopes. Sebab dekat dengan rumah laaaa!!!! The best part is, they didn't even negotiate my ridiculous expected salary :D

So after almost 3 weeks, I got the Offer Letter. Alhamdulillah...

I didn't expect the workload will be less, I didn't expect the job will be more fun (mana ada kerja yang fun, tak kerja barulah fun ye tak?), but this one, at least I don't have to waste so much time on the road (sekarang ni setiap hari 3-4 jam dihabiskan atas jalan tau, sampai rumah pukul 8 hari hari kesian budak budak), jimat minyak, jimat parking (tahu tak sekarang ni parking fees aku RM230 sebulan?? Gila tak gila la parking rates kat Damansara ni), and with better pay of course. Sebenarnya tak elok lompat lompat company in short terms ni, tak cantik dalam CV and tak elok untuk employment record. But this way gaji kau lagi cepat naik tau! Rather than staying at the same company for years. Tapi jangan buat selalu lah, that's what I keep telling myself, for this one no matter what it is I HAVE to stay for at least 2 years, just to keep a good record HEHE. My aim sebenarnya nak kumpul pengalaman kerja in oil & gas industry ni banyak banyak, and nak masuk PETRONAS sebenarnya. Macam best je tengok orang kerja PETRONAS ni, tapi tak tahulah hakikatnya macam mana. Boleh jadi je indah khabar dari rupa kan?

So 1 Oktober 2013 minggu depan, bermulalah perjalanan baru. Alhamdulillah, setakat ini segalanya dipermudahkan. Semoga segalanya berjalan dengan baik. Rezeki dari Allah, untuk anak-anak.

Thursday, September 12, 2013

Never Take Any Chance, Never Assume

I was driving to workplace when I listened to this news on the radio; "A 2-year old boy was killed when his 4-year old brother reversed their father's car and smashed him to the wall"
Mengucap panjang aku. Teori aku, mungkin si bapa keluar rumah, panaskan enjin, masuk semula ke rumah untuk menyelesaikan hal lain tanpa menyedari anak dua-dua berada di luar rumah.
Berlaku pula dalam pada kita semua (atau mungkin cuma aku sahaja) yang masih belum dapat melupakan kejadian menyayat hati budak yang mati ditinggalkan di dalam kereta atas kealpaan ibunya.
How negligence cost you. How clumsiness cost you.
Aku, tak boleh nak berkata apa-apa bila bercakap tentang kecuaian. KECUAIAN BOLEH BERLAKU KEPADA SESIAPA SAHAJA. Kita memang boleh bercakap,
"Gila ke? Takkan anak sendiri boleh lupa? Anak kot?"
"Tak mungkin aku boleh secuai itu."
Kita ni manusia biasa je. Bukannya Nabi, bukannya Tuhan. Kita takkan sempurna. Dalam pada sangat berjaga-jaga, mesti akan ada suatu ketika kita akan tercuai, terlupa, terleka, terambil mudah. Aku sendiri pernah alami saat tercuai macam ini.
Kejadian ini berlaku masa dalam pantang hari itu. Lepas jururawat datang rumah, kami disuruh bawa Adam Muaz ke klinik kesihatan berhampiran untuk check jaundice, memang badan dia agak yellowish masa tu.
So Daddy pun ambil cuti setengah hari, dan kami merancang untuk keluar awal pagi sebelum Ammar Yusuf bangun. Memang taknak bawa dia pun, susah nak jaga dua anak di sana dan bukan elok pun bawa dia ke tempat yang ramai orang sakit tu. Dah bersiap nak keluar tu, tiba-tiba dia bangun. Menangis beria ia nak ikut. Kesian pula. Memang kesian pun, dahlah baru dapat adik baru, ni nak ditinggal-tinggal pula, lagilah dia rasa dipinggirkan nanti. Maka kami pun decide bawalah dia sekali despite of dilarang Mama masa tu.
Di klinik, selepas Adam Muaz diambil darah, kami perlu bawa sample darah tu ke makmal, tak jauh pun dari bilik ambil darah tu. Masa tu juga Adam Muaz menangis nak susu. So aku pun cakaplah, "Abang tolong letak darah ni kat makmal tu eh, B nak pergi bilik menyusu tu kejap" dan terus berjalan laju ke bilik tu.
Tak terfikir pun Ammar Yusuf masa tu nak ikut aku, sebab DAH ASSUME yang Daddy dia akan bawa dia sekali ke makmal darah tu.
Masa tengah susukan Adik tu, memang dengar budak menangis panggil "Mummy... Mummy..." tapi entah kenapa tak rasa macam itu Ammar Yusuf dan tak terdetik pun nak stop breastfeeding dan keluar tengok. Even tak terfikir nak call Daddy tanya pun.
Lepas 15 minit keluar bilik menyusu, Suami cakap,
"Tahu tak Daddy lepas letak darah tadi datang sini balik tengok anak Mummy tengah menangis ketuk-ketuk bilik doktor panggil Mummy?"


Luluh hati aku tengok muka Ammar Yusuf yang masih bersisa air mata masa tu. Walaupun benda tu berlaku dalam masa yang singkat-- Daddy pergi letak darah, dan kembali ke tempat menunggu, tak sampai 5 minit pun-- tapi bersalahnya aku rasa, rasa macam ibu tak guna dah.
It happened because WE ASSUMED. I assumed Ammar Yusuf akan ikut Daddy dia, Daddy dia pula assumed Ammar Yusuf ikut aku, sebab ketika itu memang Ammar Yusuf terkedek kedek belakang aku pun. Teruk gila perasaan aku masa itu. Baru anak dua oi! Tak payah cakaplah macam mana Mama berleter selepas tu.
Selepas kejadian itu, kami terus buat perjanjian. When it comes to our children, DON'T EVER TAKE ANY CHANCE. DON'T EVER ASSUME. JUST ASK.
Means di rumah bila tak nampak anak di depan mata, jangan assume dia ada dalam bilik main elok-elok or anything. Terus cari, your child might be in the bathroom main air baldi, might be in the kitchen main api, might be sleeping in your car that you forgot to bring the poor child in! Lebih baik dikatakan over-protective/paranoid kerana berjaga-jaga, daripada menyesal teruk di kemudian hari. Kalau keluar ke mana-mana dan in case perlu separate (aku bawa Adam Muaz and Daddy bawa Ammar Yusuf), bila terasa macam timbul keraguan, jangan assume yang things gonna be alright, jangan assume Mummy mestilah tahu nak buat apa, jangan assume takkanlah Daddy lupa anak dia. Terus call tanya, no harm asking. No harm reminding. Terutamanya bila keluar beramai-ramai. Kita selalu beranggapan lebih ramai yanga ada, lebih ramai yang akan tengokkan anak kita/lebih terjagalah anak kita. Percayalah, lebih ramai orang di sekeliling kita, lebih mudah kecuaian berlaku. Sebab kita akan cenderung untuk assume anak kita akan ada dengan A, A pula bila tak nampak anak kita dia akan assume ada dengan B, B pula fikir ada pada C. It happens ALL THE TIME.
So parents out there, stop assuming. Bila timbul keraguan dalam hati, bila tiba-tiba teringat dalam hati sesuatu tentang anak kita, terus call pasangan/babysitter etc. Remind our partner. Don't be afraid to annoy your partner, just to be cautious. Sematkan dalam hati setiap masa; better be safe than sorry.