Thursday, September 28, 2017

Sorang Berapa?


Tengah mengadap laptop doing some accounting, suddenly teringat dah lama tak makan aiskrim. The kids are sleeping, definitely a perfect time for a scoop or two hehehe.

Aku buka freezer, keluarkan a tub of ice cream yang sudah lama tak disentuh, ambil sudu dan scoopkan sesudu ke dalam mug.

"Emm.. Sorang berapa ya?" Getusku dalam hati.

And I laughed. Gelak sorang sorang. Dah kahwin dan beranak pinak pun masih berkira 'sorang berapa'. Force of habits. Suddenly it brings back a lot of my childhood memory.

You know, kami adik beradik ramai. 4 lelaki dan 4 perempuan. My mother is a housewife and having 8 children yang sedang membesar, she needs a 'system' so that she can be fair to all of her children, in almost everything, particularly bab makan. We grew up pretty much with Mama's homecook; breakfast, lunch and dinner. Setiap kali masak, Mama memang akan kira dan masak dalam jumlah yang mencukupi untuk setiap anak anak. Jadi setiap kali dah tiba waktu makan, kami akan tengok lauk dan mesti ada seorang yang akan bertanya, "Sorang berapa, Ma?" 😂

"Sotong boleh ambil sorang berapa, Ma?"
"Telur puyuh boleh ambil sorang berapa, Ma?"
"Ayam ni sorang berapa, Ma?"

😂😂😂

Kadangkala untuk mengelakkan pergaduhan, Mama akan letakkan siap siap di dalam dulang, asingkan berapa ketul setiap seorang, dan setiap dari kami hanya akan makan bahagian kami sahaja tanpa ganggu bahagian orang lain. Cukup atau tidak, kenyang atau tidak, itulah bahagian kami. Kami adik beradik pula jenis kuat makan, Mama couldn't afford to buy all the 'side food' untuk menampung nafsu makan kami, jadi untuk minum petang Mama akan bake a bun filled with coconut, or sambal ikan bilis, atau buat kek je. And of course, sudah dibahagikan siap siap seorang dapat berapa biji 😂. The amazing thing about Mama is, she always do it nicely and it is always fair, you know kalau potong tembikai mesti sama saiz, potong kek pun sama saiz, daging sama besar SERIOUSLY HOW DID SHE DO THAT?? Even aku dah besar ni pun masih rasa kagum lagi sebab sampai sekarang aku tak pernah dapat potong tembikai in identical shapes 😑

Bila hujung minggu atau sebulan sekali, Kakna akan balik dari asrama dan akan bawa makanan yang 'extra special', usually a tub of ice cream. Biasanya Kakna akan bahagikan seorang dapat dalam 2 scoops macam itu, dan siapa yang berkelakuan baik akan dapat extra scoop of ice-cream. Sampai besar ni pun setiap kali nak makan ais krim dari tub mesti teringat kenangan tu.

It was really a bittersweet memory, bila aku masuk universiti dan bercerita tentang 'sorang berapa' ni pada kawan kawan, apparently tak ramai yang mengalaminya ketika waktu kecil ala boringnya takde geng yang memahami 😞. Perhaps it happened only in a big family, adik beradik yang ramai betul tak? Gosh I love my siblings. We are so close to each other and for me, my siblings are my bestfriends. We are not perfect, we have so many flaws as many other siblings but we always have each other's back. We were not born in silver spoon, our childhood are full of sweat, blood and tears but those are what make us who we are now. Together, we are still kids, we play and laugh so hard over silly jokes just like when we were young, dan paling best, kami semua berlumba lumba untuk menggembirakan Mama dan Baba. As a mother, sometimes I don't think I can cope with more children, but whenever I think about how much fun we siblings have when we were all grow up, it makes me want more 😍!


Our recent family gathering. Only one nephew was not around. 8 beradik bergabung meletop! 



Monday, September 18, 2017

HforHome: Wainscoting

The first moment we received our house key one year ago, tahu tak apa perkara pertama yang terus terlintas di fikiran aku? Selain monthly commitment yang makin bertambah 😑. Wainscoting! Dah lama weh berangan, setiap kali tengok drama orang putih memang sangat terpesona dengan interior rumah mereka walaupun simple je tapi wainscoting ni memang menaikkan seri secara drastik. Dulu aku tak tahu apa nama dia, dok Google la panelling la wall frame la, at last jumpa this term dan apparently dah ramai kontraktor kat Malaysia yang boleh buat dah.

I straightaway contacted several contractors at that time asking for quotation, and I was so surprised that the prices quoted were way beyond expectation! Sebab I was under impression that materialnya hanya kayu semata je kot apa yang mahal sangat? Then I found out that there are actually places yang jual all the solid woods untuk buat wainscoting ni without workmanship. You know, kita reka sendiri macam mana design wainscoting yang kita mahukan, kita ukur, bagi dimension kat suppliers tu, they'll send the materials and kita pasang sendiri. Memang boleh jimat banyak! Berhari hari jugalah dok study pasal wainscoting DIY and finally I decided to not give it a chance 😕. Tak berani weh nak jeopardize ruang tamu rumah baru buat benda yang kita tak pernah buat dan bukan kepakaran kita betul tak? So I decided untuk lupakan sekejap, kumpul duit dulu dan just go with the flow.

Until recently, lepas siap our kitchen cabinet (will blog about this later inshaaAllah) tiba tiba rasa macam eh dah ada budget! Then I bugged my husband to start with wainscoting pula, H kata nantilah dulu, pasang langsir dulu sebab wainscoting tak penting. WHAT??? THIS IS MY DREAM OF COURSE IT IS IMPORTANT!! 😠 Long story short, kami tetap proceed with wainscoting juga sebab kalau dah pasang langsir karang kena cabut juga sebab wainscoting ni akan involve painting juga, rosaklah langsir nanti. Whatever I said to justify myself.

My husband and I measured our living room area and then managed to obtain 3 quotations from different contractors who are willing to go to Nilai--most contractors only cover Klang Valley so my option was kind of limited. One reputable contractor quoted RM9000, another quoted RM7800, and the last one which I found randomly on Instagram quoted RM5200. Whatttt? I terus buat appointment with the latter on the nearest weekend because he needed to get the actual measurement for final quote. Okay good. Mungkin boleh dapat lagi murah hehehe, I said to myself. One can dream.

Sampai sampai, dia buat ukuran, lukis lukis sikit. Oh, ukuran yang aku bagi by WhatsApp tu salah rupanya. Macam mana entah kami ukur sebelum ini 😑. Lepas kira kira, dia kata harga sepatutnya RM7000. Alaaaaaaaaa. Mahal! Nego nego sikit, finally dapat RM6200.

Harga termasuk:
Supply and install of wainscoting (full wall)
Supply and painting of living room.
Harga cat putih atau cat warna lain pun sama je, so we choose to paint the wall Antique White.


Susah pilih dari color code macam ni, puas godek Pinterest untuk dapatkan gambaran. Masa tu rasa macam tawakal jelah Antique White, kalau tak suka few years later ubah la.

Lepas confirm harga dan dapat official quotation, they needed 50% deposit for preparation of material before coming over for installation.


Kerja mengukur. Senang sebab ada laser tu, itulah benda yang kami tak ada so susah kalau nak DIY. Renyah.


Inilah bendanya.


Lepas ukur, potong kayu, bentukkan frame dan sambungkan.


Frame yang dah disambungkan. Kalau nak DIY dia akan datang in many pieces dan kita perlu bentukkan sendiri framenya.


Lepas tu susun macam ini sebelum tampal dan pakukan pada dinding. Ini bahagian yang aku akan letak sofa nanti.



Depa start dengan wall atas dulu. Mula mula gam kan, lepas gam mereka akan paku untuk lebih kukuh.


Frame besar itulah tempat akan diletakkan sofa nanti. Oh ya before pasang ni you have to plan siap siap mana nak letak sofa, mana nak letak TV. Aku ni pun dah ter-missed out aircond area, mana entah nak letak aircond nanti.


Dari pandangan dapur; sebelah kiri dah siap. Esok sambung bahagian kanan pula.


Okay sambung kerja. Ini bahagian kanan dari pandangan dapur tadi, di sini akan diletakkan TV. 


Di sebelah kanan gambar ini yang ada chandelier itu adalah dining area.


Almost there.


Dah siap pasang sepenuhnya! Belum final touch lagi, aku memang check satu persatu panel tu untuk diperkemaskan menggunakan silicon. Sebab budak budak ni banyak terlepas pandang 😤. Ada yang dah cat pun aku suruh letak semula silicon dan mereka perlu cat semula. Haa kan dah double job.


Macam ni. Nampak kan gap kat tengah tengah tu?


Dan ini, sakit mata aku.


Ini lagilah, depa dah cat before letak silicon. Masa ni I keluar pergi makan, balik sini terus berleter panjang "Kan dah cakap jangan cat selagi tak silicon habis!" 

Memang setiap satu panel tu I belek kiri kanan atas bawah, taknak nampak sikit pun gap. Dah puas hati semua, baru mereka dibenarkan cat.


I chose Jotun Antique White (code 1016).


Masa mula mula depa cat ni I memang nervous sebab nampak cat macam warna simen je. 


Kan? Nampak macam warna simen je kan?

Tapi lepas siap satu dinding baru nampak rupa sebenar, berbunga bunga rasa hati. Alhamdulillah.


Ya Allah puasnya hati dengan warna ni! #dahlamateringin



Panoramic view dari pintu masuk


Panoramic view dari dapur.

After a constant nagging to both the contractor and my husband (tempat luahan perasaan), hasil akhir, memang sangat berpuas hati alhamdulillah. It took 4 days to finish everything from installation (2 days) to painting (2 days). Sebenarnya agak lama juga kalau nak diikutkan, but I have no other wainscoting experience to compare so I just have to live with it.

Masa I posted the photo on my social media last few days memang ramai yang tanya dan minta contact number. Here's the situation. I tak cakap that I do not recommend this contractor; from what I see is they are young (seriously muda semuanya dari bos hinggalah ke pekerja) dan most probably baru dalam business ini so banyak perkara perlu diperbaiki. They need full supervision from the beginning or perhaps memang I sendiri nervous nak tinggalkan takut depa buat tak macam yang I nak. Banyak perkara I perlu tegur, tapi bila ditegur tu mereka akan terus perbetulkan so that's a plus point. The most important thing is, their price is the cheapest among all so that might explains a lot. They have a lot of potential to grow and I really hope that they will improve in future so that they will succeed in this business.

Having said this, if you're looking for a reasonable price for wainscoting (kalau you taknak DIY lah), dan you jenis muka tebal dan berani untuk tegur setiap benda tak habis habis and being seen as a difficult client macam I (I am so different than my husband, my mom and my MIL; they will NEVER do that sebab 'taknak susahkan orang' even dengan maid pun mereka jarang tegur 😑), I can recommend this contractor to you in private.

So, wainscoting done. It's such a dream comes true. Please don't judge me sebab I memang dah lama sangat nak ada wainscoting ni 😂😂. What's next? Oh, pasang langsir as hubby's original plan 😍. See you in the next post!


Thursday, September 7, 2017

My Braces Story

Ada 2 perkara yang aku sangat sangat teringin nak buat/nak ada which kami dah fikirkan sejak pertengahan tahun ini lagi, tapi dalam satu masa hanya boleh pilih salah satu sahaja (cannot be happening at the same time).

1. Get pregnant
or
2. Get braces

Bahaha 😜. Ala tak lawak ke?

Serious weh, tak boleh happen at the same time, sebab aku jenis kalau pregnant gusi sangat kerap berdarah, tak boleh imagine kalau tambah dengan braces during pregnancy, must be miserable! It was a tough decision because my age is catching up (for both things!); tak berapa digalakkan kalau pregnant masa umur dah lanjut, dan tak ada guna nak pakai braces kalau umur dah lanjut. Nasib baik 32 adalah masih muda 😆 #youngatheart #indenial

So, finally I leave pregnancy to Allah (kalau ada rezeki inshaaAllah 😍), and I decided to proceed with braces first. Gigi aku ni, kalau dalam gambar memang nampak biasa je, tapi sebenarnya memang haywire banyak yang berlapis dan it has been so long yang aku rasa insecure dengan gigi aku ni sebenarnya cuma, yelah dulu takde duit nak buat wakakaka! Memang rasa cemburu dengan orang yang bergigi cantik, nak nak masa tengah hot cerita Hero Seorang Cinderella tu mashaaAllah cantiknyaaaaa gigi Fattah Amin! Serious cantik kan gigi dia? Tak sure dia buat veneers or tu memang gigi asal, tapi memang nampak original berbanding gigi Uq*sha, obvious sangat gigi veneers nampak tak real.

My husband dah pakai braces for nearly 4 years now so I think he is quite experienced in this department, H nasihatkan:

1. Carilah dental clinic yang memang buat khidmat orthodontic, bukan dentist biasa. 
2. Kalau boleh klinik yang dekat dengan rumah, sebab senang nak pergi appointment gigi sebulan sekali, dan senang nak pergi in case of emergency kalau bracket tercabut.

So a few months before puasa hari tu kami pergi salah sebuah klinik gigi yang agak terkenal di Puchong, sebab fikirku senang sebab dekat kan. Klinik tu consultation dia charge RM30, masuk dalam klinik tu sama sama dengan H supaya dia dengar sekali. Keluar dari situ H memang unhappy sebab doctor tu nampak inexperienced, dan ulang ulang kali sebut, "I encourage you buat appointment dengan our specialist blaba". Dah tu kenapa bawa kami jumpa you at the first place kalau you tak reti?? Geramnya! Patut dari awal teruslah direct kami ke specialist je tak kisahlah mahal pun, daripada bayar RM30 untuk dengar kau cakap je 😤

Honestly aku taklah kisah sangat pasal harga--no I am still the cheapskate Husna tapi bab gigi ni sebab dekat gila dengan otak, aku memang nak doktor yang I'm comfortable with, yang kita yakin dengan dia. Scary okayyy.

So H recommend his orthodontist, katanya "B akan suka dia" cuma klinik dia located at Damansara, memang jauhlah dengan rumah. Takpelah, jauh pun jauhlah asalkan doktor best. H made a phone call sebab kami nak walk-in je, Dr Jason yang friendly tu suruh datang terus dan katanya consultation free je. Haaaa free je okayyyy? Takyah bayar pun. Hampeh klinik Puchong 😑

So we went there, Ara Dental Studio nama klinik tu, terletak di Ara Damansara guna Waze je confirm sampai depan klinik. It runs by a young Dr Jason, muda 2 tahun dari aku but very experienced and very friendly. My husband pun pasang dengan dia dulu, sangat sangat berpuas hati.

Dr Jason check gigi aku, took some photos and everything dan bagi pilihan sama ada nak pakai atas sahaja atau atas bawah, sebab gigi bawah taklah teruk sangat, even tak cantik tapi taklah severe pun. I decided to wear both up and below, supaya bila dah siap nanti pergerakan gigi akan synchronize atas bawah. Dan paling best, tak payah cabut gigi! Inilah my biggest fear sebenarnya, wuuuu takut cabut gigi 😭 Alhamdulillah ada ruang yang cukup untuk gigi bergerak so Dr Jason kata tak perlu cabuut gigi.


Harga: RM6000 (half-price kalau nak buat atas or bawah sahaja)

Harga termasuk sekali buat moulding, X-ray dan kalau ada brackets tercabut sepanjang kita pakai (very likely to happen at the early stage sebab kita tak pandai nak agak nak kunyah makanan) boleh datang anytime untuk pasang semula.



Ni masa buat mould (acuan) gigi asal. Rasa mint-y acuan tu, macam chewing gum 😋

Lepas selesai kat sini, kami pergi buat X-ray kat another clinic nearby, Dr Jason call doktor kat situ to inform that we are coming, dan bayaran X-ray tu akan ditolak sekali dalam total cost RM6000 tu.



Ni process buat X-ray gigi. Lawak je rasa sebab first time buat.


Sukanya dia 😝



Haa ni hasil x-ray. Selain berlapis, gigi aku macam panjang dan narrow ke dalam, Dr Jason kata nanti dia akan pasang braces in a way that not only gigi akan tersusun, tapi akan masuk ke gusi so that kurang panjang. Hoh boleh ke?? He said it is possible, so tengoklah hasilnya setahun dua lagi.

So total habis untuk hari pertama tu adalah RM250 (moulding and apa entah) dan RM200 untuk x-ray. RM450 daripada RM6000. Nanti hari pasang braces nanti, kena bayar deposit RM1500, lepas tu bayaran bulanan RM250 sampai habis RM6000.

Hari pakai braces

2-3 bulan kemudian which is 2 minggu lepas, baru aku made appointment untuk pasang braces. Sebab nak habiskan sebulan puasa dan sebulan raya dulu makan puas puas kahkah! Tu pun dah ada second thought macam taknaklah buat braces, sebab hati membuak buak nak start TTC new baby huhu. I proceed anywayyy, datang sorang je kali ni drive sendiri. Mengadalah pasang braces pun nak suruh laki ambik cuti.

Proses pemasangan ambil masa sejam, sejamlah mulut aku ngangaaaa je disokong oleh benda alah dalam mulut tu entah apa nama. Brackets dipasang satu satu, lekatkan ke semua gigi dulu sebelum pasang wire. Takde pulak gambar masa pasang, rasa macam nak suruh assistant Dr Jason tu tolong ambil gambar, namun niat itu dibatalkan demi menjaga air muka sendiri.


Dah siap! First send this video to H dan Oyah. Oyah cakap nampak muda tehehehe yelah kau. Kalau selfie memang nampak cantik, tapi bila ambil gambar dari depan...


MACAM SI GIGI RONGAK! 😭

Terus aku insecure nak ambil gambar senyum lebar macam biasa. Senyum tutup mulut je semua gambar aku lepas itu 😭. Masa baru pakai braces tu aku berikrar di hadapan suamiku, "B taknak jumpa siapa siapa pun sepanjang pakai braces ni!", but of course it turns out otherwise. Tiba tiba aku dipilih untuk bagi speech/sharing untuk bukan satu, tapi dua event Cuckoo KENAPA MASA AKU CANTIK TAKDE SIAPA PANGGIL AKU BAGI SPEECH! 😤



First speech; Cuckoo Business Opportunity Meeting.


Senyum tutup mulut kuhkuh. Awkwardnya muka senyum tutup mulut ni, macam tak cukup ceria kehidupan beliau.



Second speech. Cuckoo System Committee Meeting. Ketaq oi bagi speech kat orang orang hebat Cuckoo.


Of course, senyum tutup mulut kakaka. Kena sound dengan Oyah terus "Kak Una tak payahlah insecure sangat sampai senyum tutup mulut! Senyum jelah macam biasa!" Pastu dia ada tambah "Cute jelah pakai braces sebenarnya" tapi mesti korang tak percaya kan dia cakap tu. Aku pun tak percaya 😛. My speech for both events turned out okay je, tak ada siapa highlight pasal braces aku pun kahkah. Or, mungkin depa highlight belakang aku 😷 

Anyway I'm so glad that I took a step to proceed. The first few days aku memang malas nak makan sebab tak selesa makanan lekat kat besi, berat badan turun 3kg okay! Seronok kejap haha. Lepas tuuuuu dah dapat tune cara makan, hamboiii terus lupa diri. Berat badan pun kembali kepada sedia kala, tak guna 😑. Tak sabarnya nak gigi cantik! Secantik gigi Fattah Amin gagaga bye.



Tuesday, September 5, 2017

Nak side income tanpa modal? You should try CUCKOO!

Dah setahun, I think it is safe for me untuk finally explain secara lebih mendalam tentang career in Cuckoo. Apparently it works wonders for me, it works really really well for many of my friends who joined me, and I believe it will work for many of you too.

Cuckoo ni, in my most honest opinion, memang RUGI kalau tak join. Seriously.

Because why?

1. NO registration fee as agent.
I found it ridiculous kalau ada any pekerjaan yang kalau kita nak join, kita perlu bayar dulu. Serious lah wey, even kalau you apply for any jobs through Jobstreet pun, ada tak masa interview tu the interviewer told you that, "Oh nak kerja sini you kena bayar dulu tau!" Belum mula kerja, belum ada gaji dah kena bayar. Merepek kan? Well, no such thing in Cuckoo. No registration fee required.

2. NO minimum sales required every month.
Yes you boleh jual 10 units this month, next month you tied-up dengan your office works so tak dapat focus so you sell zero units. IT'S OKAY. You boleh sambung the other month. You boleh pulun berapa banyak you nak and you'll be rich, and you boleh juga take a rest bila rasa dah mental hahaa tanpa perlu risau kena terminate. No termination in Cuckoo kalau tiada sales. You nak banyak duit, you kerja kuat. You dah penat, you rest sekejap. It's perfectly fine 👌

3. Produk senang jual
Kita nak berniaga secara sambilan/dropship, of course kita akan pilih products yang senang jual kan? Yes Cuckoo is definitely the right choice. Penapis air yang ada air panas, sejuk dan suhu bilik RM80 sebulan siap servis dan warranty sepanjang tempoh sewabeli, mana nak dapat? Penapis udara RM60 sebulan untuk 7 tahun dengan design yang comel cantik siap dengan warranty dan servis untuk 7 tahun, siapa boleh challenge? Cuckoo ni jual keperluan, bukan luxury. Penapis air dan penapis udara adalah keperluan. Semua orang perlukan penapis air dan udara. You jual benda yang semua orang perlukan, you just have to buka mulut or taip something kat your social media, inshaaAllah memang boleh sangkut 1-2 sales setiap kali.

Oh gaji Cuckoo is like this. You jual 1 products, you dapat commission sebulan sewa dari products tu. Basically the calculation is pretty much like this.

Jual 1 = RM74
Jual 5 = RM1000
Jual 10 = RM3800

This is the example given a situation that you sell only the cheapest model of our water purifier. Kalau you jual campur campur dengan model lain, your salary is of course different and more. Senang je kan. Ada a few agents in my team, every month dia jual 2-3 je, so dapatlah dalam RM200-300 enough untuk bayar Astro dan Unifi kat rumah. You get what I mean? YOU DESIGN YOUR OWN INCOME. Kalau rasa next month nak pergi holiday, you jual lebih sikit. Kalau rasa next month nak beli baju Jovian Mandagie, instead of berjimat jimat duit gaji pejabat you tu, you just maintain the same lifestyle tapi juallah 2-3 penapis air. Promote kat orang sekeliling, kawan kawan, sedara mara, cikgu sekolah, you pergi pejabat pos sambil sambil pos barang tu you promote. I PERNAH BUAT TAU! Mula dengan segan, lama lama jadi biasa. Pergi kaunter Digi, sambil berurusan dengan orang Digi tu you tanya la rumah dah pakai penapis air ke belum. Kalau ada flyers lagi senang, just bagi je flyers.

I can do it, you can do it, everyone can do it. 

4. You can grow a team
Ini paling best. In Cuckoo ni you tak perlu naik pangkat pun you boleh build a team. You build a team, you groom them, jaga baik baik, dan Cuckoo akan bagi incentives based on your team's performance. Serious I rasa inilah benda yang paling best dalam Cuckoo yang tak ada di tempat lain, walaupun syarikat pesaing kami. In other organization, you have to be in higher position in order to recruit people and get paid for that, but in Cuckoo you hanyalah sales agent, you sama dengan I, tapi you akan dapat benefit kalau orang yang recruit tu buat sales. You tak ambil duit dari sales team you pun, the group sales incentives come from Cuckoo itself as a reward for your good effort. Kalau tempat lain kan, for example you perform well, kawan you nak join, kawan you pun perform well, you tak dapat apa apa benefit pun, your manager yang kaya sorang sorang. But in Cuckoo, we as sales agent have a fair share. In fact kalau you pandai atur strategy, your income akan lebih banyak dari orang lain yang berpangkat manager! Serious I cakap. Kalau you rasa diri you agak berpengaruh, you biasa buat sales, you biasa guide orang for whatever things pun, you memang sangat rugi kalau you tak utilize and manipulate your talent in Cuckoo.

**********
So far alhamdulillah, ramai yang join I memang tak menyesal. Sebab tak ada apa untuk disesalkan, even kalau you tak dapat jual 1 unit pun (which is impossible!), still tak ada apa yang nak disesalkan sebab you tak keluarkan duit langsung pun. That's the worst scenario, and the best memang banyak. I'm so proud that last month ada two sales agents in my team berjaya reach 5-figure income after only a few months - 1 year in Cuckoo. Paling best, kedua-dua mereka adalah suri rumah je! Yang dapat RM3-5k memang ramai dah, paling koman pun dapatlah RM74-RM300 sebulan. Rezeki Allah memang luas, you just need to have a gut to explore more and keluar dari your comfort zone. Lagi best, you tak sorang sorang pun, we have a very supportive team yang akan tolong and guide you. 

Zaman sekarang semua orang main Facebook, semua orang ada WhatsApp. You memang sentiasa pegang handphone pun anyway, why don't you use it to generate some extra cash betul tak? 

All you need to do is, take a step.



Interested?

Just click below link untuk terus WhatsApp I directly.


I mungkin akan reply lambat sikit (busy tau juggling between being a mom and working at home at the same time!), but I'll do reply eventually, at the same day inshaaAllah. Boleh eh? 😜. Take a deep breath, and do something different today. Do Cuckoo!