Saturday, March 31, 2012

Mimpi #1

Pergi kerja pun tak pernah naik motor, tiba-tiba boleh pergi Pulau Pinang naik motor. Siap bawa anak lagi . Ammar Yusuf berdiri dalam bakul kat depan. Kadang-kadang siap mendepakan tangan, seronok naik motor. Sampai Penang, tanya kawan baik, Nor apa makanan sedap kat situ. Nor (yang sebenarnya orang Terengganu) bagitahu, jangan makan kat satu tempat tu, sebab mahal gila. Lumrah si degil, orang kata jangan makan kat situ, situ juga aku ajak Suami makan. Makan makanan biasa yang sinonim dikaitkan dengan Pulau Pinang; laksa Penang and pesemboq (beria guna loghat utara).

Selesai makan, dapat bil. Gila!! RM1549! Gila ke apa?? Suami bengang, dipanggilnya tauke kedai.

"Gila ke apa makan macam ni je sampai RM1549??!"

Tauke teliti bil. Kira semula guna kalkulator.

"Ohh.. silap ni. Bukan RM1549. Sebenarnya RM2500.."

RM2500.. Laksa Penang dan pesemboq.. T_T

Tak ingat kami bayar ke tidak, tahu-tahu sudah ada atas motor. Kali ini Ammar Yusuf dah tak berdiri mendepakan tangan lagi. Tapi nak dikendong macam bayi bahu lahir di tengah-tengah antara aku dan Suami. Lenguhnya kendong dia macam tu naik motor.

Tengok signboard, alamak lagi 1000km nak sampai Kuala Lumpur. Cramplah tangan macam ni!!
.
.
.
Tiba-tiba Ammar Yusuf menangis. Okay memang menangis. Di alam nyata. Whoaaa mimpi rupanya mimpi rupanya lega LEGAAA TAK PAYAH LAGI KENDONG AMMAR YUSUF ATAS MOTOR SEJAUH 1000KM... T____T

***********


"B ni selalu mimpi pelik-pelik je tau. Lain kali sebelum tidur basuh kaki dulu.. Eh, Abang bawa motor apa masa tu? Motor biasa-biasa ke superbike ke apa?"

-__-

Ya, aku memang sangat kerap mimpi pelik-pelik. Sebab tu kadang-kadang boleh terlajak tidur sampai tak bangun pam susu pun.

Sebenarnya nak juga buat alasan terkena buatan orang. Tapi, tak apalah.



Monday, March 26, 2012

Penyediaan Puree Bagi Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum,

HEHE anak dah nak masuk 8 bulan baru nak cerita pasal penyediaan puree. Okay to be honest, Ammar Yusuf was introduced to semi-solid food when he was 6 months and a half, almost 7 months. Sebab plan asal aku sebenarnya nak bagi exclusive breastfeed (exclusive = susu sahaja tanpa makanan pelengkap) selama yang mungkin, kalau dapat sampai setahun pun lagi baik. Sebab aku selalu percaya susu ibu adalah paling baik, dah lengkap segalanya. In fact dalam Quran pun ada sebut,

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya" (Al-Baqarah: 233)

Taapiii, kesian la pula tengok budak bertuah tu setiap kali kami makan, mulut dia pun akan turut sama mengunyah dan pandangan matanya, ahhh, sangat menusuk kalbu. Pandangan yang seakan-akan bertanya, "Mummy when's my turn? Feed me feed me plish plishhh~~" Ngada okay cakap pelat-pelat.

Maka makanan pertama Ammar Yusuf, carrot puree. Yang dimakan dengan sangat gembira. Trust me. Walaupun tak sedap pun heh heh. Takpe, tak sedap bagi kita tak semestinya tak sedap bagi baby kan? Masa ni la nak improve his taste buds bagi dia rasa semua jenis sayuran.

Okay panjang sangat introduction, padahal nak cerita pasal penyediaan puree saje zZzzZZzzz.. This time is Fuji apple puree yeay!

1) Apples dibasuh dan dibuang kulitnya. Daddy mengalirkan airmata tengok Mummy buat ini, sebab ni apple kegemaran Daddy, "Nanti Mummy potong sikit bagi Daddy ye," pujuk Mummy seperti memujuk adik-adik eh kenapa masuk cerita ni?


2) Then, apples yang dah dibuang kulit dipotong dadu, or segitiga, or sfera mahupun elipse tak kisahlah apa bentuk pun jangan kau stress pula kalau bentuk tak jadi segitiga ke apa. Potong kecil-kecil, supaya bila rebus nanti dia cepat lembut.




3) Rebus dalam periuk selama 5-10 minit. Lagi bagus kalau boleh steam saje untuk mengekalkan nutrientnya. Kalau rebus, letak air sedikit sahaja. Sekadar menutupi apples itu sahaja. Sebab? Yes pandai, supaya tak banyak sangat nutrient yang hilang. I guna air dari water filter instead of air paip, biasalah pasal makanan anak ni tiba-tiba jadi OCD, paranoid sangat kalau cacing masuk perut ke apa entah.




4) Lepas rebus, blend sampai halus. Masa nak blend tu boleh masukkan air rebusan tadi sikit. Sikit je tau. Kalau guna food processor tak perlu masuk air eh? Tak tahu sebab tak pernah guna tssk. Kalau makanan tu memang jenis lembut macam sayur bayam/brokoli ke, tak perlu air. Better.






5) Dah siap blend, masukkan dalam bekas kecil-kecil sebagai stok. Aku guna ice-cube tray seperti di bawah, beli kat Giant RM3.99 dapat dua. Sebelum ni, lepas blend aku tapis dulu, baru masuk dalam ice-cube tray ni. Tapi macam terlampau halus pula. And renyah sikit. Bila cuba pada anak yang tidak ditapis, and dia boleh terima, so that's it. Tak payah tapis :)


6) Simpan untuk disejukbekukan. Kalau bekukan, boleh tahan selama 6 bulan. Tapi takde maknanya nak sampai 6 bulan, seminggu pun tak sampai.




Setakat semalam, inilah stok puree untuk anak bujang. Masa beli ice-cube tray tu kat Giant ada warna pink saje, kalau colorful mesti lagi comel je nampak hewhewhew penting ke nak colorful? -___-
Empat ice cube trays di dalam freezer itu mewakili empat jenis makanan seperti di bawah.


Ololo colorful comelnya, but looks can be deceiving sebab rasa tak seindah rupa heh heh. Takpe, sementara dia belum pandai memilih ni kita ajar dia makan semua yang berkhasiat ni :D
Orange: Carrot puree
Purple: Japanese sweet potato puree (telah dihentikan pemberian, sebab Mama berleter cakap benda ni angin, boleh kembung perut. Sayangnya nak buang sayangnyaaa..)
Green: Spinach puree
Pale yellow: Fuji apple puree

Setiap pagi aku akan bagi 2-3 kiub puree kepada babysitter untuk dipanaskan for my baby. Boleh juga dipanaskan sekali dengan bubur nasi sebagai lauk, atau dipanaskan begitu sahaja.

Nota:
Baby tidak memerlukan perasa tambahan seperti garam, gula, ajinomoto, Maggi cukup rasa dan sebagainya, sebab sistem penghadaman dan buah pinggang bayi belum bersedia untuk memproses semua itu. Anda mungkin akan menghadapi masalah memberi anak makanan berkhasiat jika anak anda diperkenalkan makanan mengandungi gula dan garam terlalu awal.

Ikan bilis mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi. So kalau nak include ikan bilis dalam bubur, kena basuh dengan lama supaya kandungan garamnya berkurangan.

Sehingga 2 tahun, susu ibu masih lagi makanan utama untuk bayi, yang lain-lain ini hanyalah pelengkap sahaja. Bukan sebaliknya.
And yeah, inspired by Dr Halina's blog, I also purchased this application from AppStore. HEHE, senang tak payah nak bawa buku resipi ke dapur, plus resipi dalam ni sangat-sangat senang untuk orang yang tak berapa pandai memasak macam I *shy*


Best tak best tak?? :D


I can't wait to try this. Dah masukkan dalam planner dah. Gonna buy salmon straightaway this evening hewhewhew.


And this. Sebab ada lagi sebiji apple kegemaran Daddy dalam fridge hihihi alala cian Daddy :p


And also this. Okay maybe without the apricot, amboi fancy sangat la pulak makanan budak bertuah ni -__-
Nanti kalau jadi, I'll share the recipe. Tapi err, segan rasanya nak share recipe dengan uols yang of course lagi hebat di dapur ni, umpama orang yang tak cun nak share rahsia kecantikan dengan awek paling hotstuff saje isskk..



Saturday, March 24, 2012

Pumping In The Workplace

Bercakap tentang keperluan untuk dibawa ke pejabat setiap hari, awal-awal dulu setiap hari aku selebet je bawa 2 handbags tau. Satu handbag containing all my personal stuffs like wallet, handphone, cosmetics and such. Satu lagi breastpump bag containing all breastpump kits, cooler bag and storage bottles.

Leceh, sebab breastpump bag tu macam handbag juga kena sangkut di bahu, so kiri kanan bahu ada bag macam kelakar je.

Then I decided to buy a new one, a lot bigger one. Tote bag eh orang panggil? Aku semua pun aku belasah je sebut handbag. So aside of semua personal stuffs, boleh sumbat breastpump kits and storage bottles dalam tu. Cooler bag je asing sebab dah tak muat nak letak sekali.


Better. Satu sangkut kat bahu, satu lagi pegang di tangan sahaja. Looks a bit normal than before :')

Setiap pagi, naik dengan gigih ke tingkat 4 bawa semua barang tu. First thing first, isi icepack Medela untuk disejukbekukan dalam freezer.



My pumping routine at the office;

Kalau tak berapa busy
10:30am
2:00pm
5:00pm

Kalau busy gila
2:00pm
5:00pm

How am I doing it? Before this jadual pam aku is also including lunch hour, means bila jam sudah menunjukkan pukul 12:30, akan ku usir semua lelaki-lelaki di pejabat ini untuk turun makan KAHKAHKAH kejamnya. Yang tengah berjimat cermat taknak makan, pun kena turun. Yang dah kenyang sebab tak henti-henti makan biskut cecah Milo dari pagi sampai tengahari, pun kena turun. HEHE. Aku punya lunch akan ditapau oleh Suami tercinta.

Tapi, rugilah. Sebab lunch hour selalu ada orang nak belanja makan. Diorang bergembira makan best-best, mak duduk office pam susu T_T Ini tak adil! Hence, the new schedule as above so dapatlah turun join the crowd pergi lunch ramai-ramai bila supplier datang belanja makan hewhew.

Pumping ketika bekerja adalah satu cabaran yang agak besar pada awalnya. Awal-awal bekerja selepas cuti bersalin tu aku akan masuk bilik meeting everytime nak pam. Kalau meeting room is occupied, aku tumpang bilik mana-mana bos yang outstation HAHA mesti bengkek je masing-masing :p Masa itu masih pakai Medela Swing, single pump maka memang mengambil masa sikit. 20 minutes each, total jadi 40 minutes. 40 minit lari dari buat kerja, hati jadi serba salah memikirkan keberkatan gaji, dahlah guna elektrik company pula tu. Dan sebab itu juga aku include sekali lunch hour sebab taknak guna banyak sangat waktu bekerja untuk pam.

Tiga bulan kemudian, alhamdulillah dipinjamkan Medela Freestyle idaman kalbu. Aku pam dalam cubicle sahaja tak payah nak masuk bilik meeting lagi; handsfree maka boleh pam sambil buat kerja (tak ada sesiapa perasan pun aku tengah pam hehe tapi kena pasang lagu kuat sikit sebab Freestyle ni kuat juga bunyinya berbanding Swing); double pump, maka 20 minit dah siap; the best part is, the battery is rechargeable so bila pam kat rumah aku fully charge the pump and kat office aku guna battery sahaja so tak perlu pakai elektrik company. Lega sikit hati, tak adalah hati rasa was-was je halal ke tidak susu yang dibagi pada anak ni.

Macam mana pam dalam cubicle? Orang yang lalu lalang tak nampak ke?

Sebelum pam, aku pakailah jacket di depan sebagai cover. Sebab malas nak bawa nursing cover/poncho. Hehe. Memang tak nampak macam tengah pam pun tau. Kadang-kadang masa tengah pam tu ada je engineers yang datang bincangkan apa-apa, dah dekat 10 minit bertenggek kat tepi tu baru perasan yang aku tengah pam sebenarnya.

"Laaahhh hang tengah pam ke awat tak habaq!!"

-__-"


Me in my pumping session. Dari pandangan orang yang lalu lalang kat tepi.


Dari pandangan atas, in case orang belakang busy body menjengah kepala keluar dari cubicle -__-

Awal-awal dulu memanglah jadi bahan jenaka je aku ni. Meeting room tu dah di-rename jadi Pump House, aku dipanggil Pump Engineer. Macam-macamlah, tapi semua tu aku dah prepare emotionally so layankan saje. Lama-lama dah jadi biasa that they couldn't care less about me pumping in the office anymore.

My superiors pun, kalau nak panggil masuk bilik dia, dia akan tanya,

"Husna boleh gerak tak? Sini jap." In case aku tengah pam masa tu.

It is essential to educate/inform your colleagues/bosses about your intention to exclusively breastfeed your baby so you must pump everyday to maintain the supply. And more importantly, you HAVE to prepare yourselves mentally and emotionally, sebab nak buat benda baik memang ada cabarannya tapi inshaAllah akan dipermudahkan jalan oleh Allah SWT.

Regardless how annoying they have been, I can say that my colleagues are rather supportive actually. Sometimes we occasionally talk about pumping too.

"Mahal rupanya pam ni kan? Adik ipar saya ada juga cerita pasal ni.."

"Sehari Hus kena dapatkan berapa banyak? Cukup ke banyak tu je?"

Something like that.

Okay, selepas pam, aku akan terus simpan dalam fridge (yang ni pun dulu jadi bahan ketawa juga, "Korang jangan tersilap minum susu dalam fridge ni pulak, karang ada yang kena panggil Hus Mummy nanti" tumbuk karang baru tahu T_T).


Pukul 5, dah ready nak balik, aku akan keluarkan semua susu dalam fridge tu sekali dengan icepack Medela, masukkan semuanya dalam cooler bag untuk dibawa pulang. MESTI MASUK DALAM COOLER BAG sebab kita perlu kekalkan suhunya sampailah kita simpan semula dalam fridge kat rumah nanti.


Biasanya aku akan penuhkan dalam semua botol yang dibawa, bila dah kat rumah baru bahagi-bahagikan dalam botol lain mengikut sukatan yang diperlukan oleh Ammar Yusuf di rumah babysitter. Sebab kalau dari office nak bahagi siap-siap, banyak pula botol yang perlu dibawa dahlah cooler bag tu boleh muat 4 botol sahaja. Susu ibu yang dipam dalam waktu yang berlainan BOLEH dicampurkan sekali asalkan dalam SUHU YANG SAMA.

Means macam ni. Let say your baby perlukan 4oz sekali minum. Pukul 10 pagi kau pam dapat 3oz. Simpan dalam fridge. Pukul 2 petang pam lagi, dapat 5oz. Simpan dalam fridge sekurang-kurangnya 1 jam supaya suhu susu yang dipam pada pukul 2 tu sama seperti suhu susu yang dipam pada pukul 10 tadi. Lepas suhu dah sama, yang 5oz tu kau tuangkan 1oz dalam botol yang dah ada 3oz. Dapatlah 4oz dalam 1 botol. Tapi aku kat rumah baru bahagikan. Senang.

Alhamdulillah, segala perancangan aku dipermudahkan. Masa mengandung dulu aku runsing juga memikirkan macam mana agaknya nak pam kat office ni, dengan majoritinya lelaki, dengan semua pun perangai gila-gilanya, lainlah kalau duduk dalam bilik sendiri kan (dengan harapan Bos baca lalu bersimpati heee).. Tapi syukur sangat semuanya berjalan dengan baik. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, cewah! Semoga dapat mengekalkan momentum ini sampai Ammar Yusuf 2 tahun nanti, inshaAllah ;)


Friday, March 23, 2012

Pagi Jumaat

I was actually very mad this morning. Biarpun dirasakan tidak berbaloi melayan perkara remeh-temeh dan karenah jelik 'pihak sana' yang tidak tahu erti hormat dan malu, hati yang sakit tidak dapat dinafikan.

Lalu tangan pantas menaip email balas, laju, penuh emosi, segala perkataan yang tidak enak (namun masih wajar digunakan tidaklah seperti carutan mat rempit dan sebagainya) telah dikeluarkan, English yang tunggang terbalik ah abaikan, asal terluah segala terpendam.

Di pertengahan, hati mula terdetik. Otak mula mempertimbangkan kewajaran tindakan. Bimbang memakan diri. Bimbang akan malu sendiri di kemudian hari.

Bukan soal rezeki yang aku risaukan, rezeki itu dari Allah. Kalau bukan di sini, inshaAllah ada juga di tempat lain.

Tapi tidak sanggup rasanya untuk meletakkan diri ini sama seperti mereka. Sebab aku tahu, inilah yang mereka mahukan sebenarnya.

Supaya aku naik hantu.
Supaya aku hilang pertimbangan.
Supaya aku jadi jelik dan tidak tahu malu, sama seperti mereka.

Tidak. Aku tak perlu jadi seperti mereka. Biar diri ini tidak hebat mana, asal tidak jatuh sama rendahnya dengan mereka.

Lalu aku tersenyum sendiri. Hampir sahaja syaitan bersorak meraikan kemenangan. Marah itu kan dari syaitan?


"Jika kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan), ianya menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan jikalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan." (Ali-Imran: 120)

Sabar itu cantik. Sabar itu indah. InshaAllah. And yes, just forgive your enemies, nothing annoys them more :)




Thursday, March 22, 2012

Barely Superhero

Sejak kebelakangan ini, Ammar Yusuf selalu sangat menangis secara tiba-tiba masa tengah tidur.

Menangis kuat pula tu. Tapi mata tetap terpejam. Nightmare agaknya. Daddy hanya menggelengkan kepala, "Anak dengan emak ni, dahlah muka sama, perangai pun sama. Selalu mimpi bukan-bukan."

Ya memang selalu sangat dalam kereta on the way nak pergi kerja aku cerita mimpi ngeri aku pada Suami.

So apa yang aku buat apabila Ammar Yusuf menangis dalam tidur, aku datang peluk sambil tepuk-tepuk bontot dia sambil cakap,

"Mummy sayang Ammar Yusuf, Mummy ada sini.."

Awalnya, aku sendiri tak yakin apa yang aku buat itu boleh menenangkan dia, it's something like, bukan dia faham pun kan? But actually, it works. It really works, most of the time.

Dan perasaan apabila dia tertidur semula dalam dakapan aku dengan mulut aku tetap menuturkan ayat yang sama berulang kali... memang membahagiakan.

Memang best, bila mengetahui ada seseorang yang benar-benar bergantung pada kita. Almost 100% counting on us. Memang best, bila kehadiran kita membuatkan seseorang berasa selamat, dan dilindungi.

Memang best, bila sekali sekala dapat feeling jadi superhero ;)

"Mummy sayang Ammar Yusuf, Mummy ada sini.."






- Posted using BlogPress from my iPhone


Monday, March 19, 2012

How To Boost Milk Supply

Entri dimulakan dengan gambar pengubat stress :D
Dah lama tak cakap pasal breastfeeding kan? So based on hasil pengumpulan maklumat dari pembacaan, cadangan dan pendapat ramai yang aku rasa boleh diterima untuk membantu memperbanyakkan pengeluaran susu, dan juga based on pengalaman sendiri, here you are :)

DO's
Pam setiap 2-3 jam. Lebih kerap breast dikosongkan lebih banyak susu terhasil.
Setiap malam buat Power Pumping selama sejam (hasil dapat dilihat dalam masa 1-2 minggu, ada yang lepas 2-3 hari buat dah nampak hasil). Aku? Tak larat eh nak buat tiap-tiap malam, aku cuma buat seminggu sekali masa lunch hour hari Jumaat. Sebab Jumaat kan lunch break panjang sikit, and there's no guy around ;)
Pam sambil tengok gambar/video anak kesayangan.
Masa cuti kerapkan direct feeding. Dan bila baby tertidur masa menyusu tu, sambung pula dengan mengepam, sebab kadang-kadang baby tertidur sebelum breast kosong sepenuhnya. AND PLEASE DON'T GET DEMOTIVATED KALAU HASILNYA CUMA 0.5OZ SAHAJA. Tak apa.
Please have a heavy breaskfast. Like people say, breakfast like a King, lunch like a Prince, and dinner like a Pauper. Setiap yang kita makan akan jadi susu.
Banyakkan makan kurma.
Lobak putih.
Lauk-lauk mengandungi blackpepper.
Sayur-sayuran hijau.
Minum jus kurma.
Minum air yang mengandungi 'malt' i.e susu, horlicks.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Berurut.
Hati kena sentiasa happy dan positif.
Kerap jenguk group/blog ibu-ibu yang menyusukan, untuk dapatkan tips, peniup semangat dan inspirasi.
Kalau boleh ambil Vitamin C, supaya susu yang terhasil lebih berkualiti disamping membantu mencantikkan kulit uols hewhewhew. Ni Mama yang suruh, siap belikan lagi :p


DON'T's
Nescafe/Kopi/anything with caffeine.
Air sejuk/bikarbonat.
Tidak mengosongkan breast lebih dari 5 jam (kurang masa/malas mengepam).
Tertekan/Stress.
Bergaul dengan orang yang negatif tentang breastfeeding.

Milk booster seperti pills, jamu dan sebagainya adalah LANGKAH TERAKHIR setelah melakukan semua yang di atas. Sebab bagi aku benda tu semua lebih kepada mind set sahaja. Pil-pil itu basically tak membantu memperbanyakkan susu pun, cuma dia memberi tenaga sekaligus membuatkan kita lebih cergas dan kurang stress. Itu yang menyebabkan susu bertambah. Sebab itu bila kita beli pil, mesti penjual akan suruh pam kerap, jangan stress dan minum air banyak juga. Means kalau kita telanlah apa jenis pil milk booster pun, tapi malas pam, sentiasa stress dan kurang minum air masak, tak ada gunanya.

Lepas tu, jangan stress bila tengok stok susu orang lain. Dulu aku sibuk sangat nak kejar stok, sibuk bandingkan diri ini dengan orang lain sampai stress jadinya. Bila stress, mana susu nak ada. So aku selalu tetapkan dalam mind set aku, mungkin itulah rezeki yang Allah dah tetapkan untuk Ammar Yusuf. Dan mungkin jumlah itu sebenarnya dah mencukupi untuk memenuhi keperluan Ammar Yusuf setiap hari.

Sekarang Ammar Yusuf minum 20 oz from 8am-6pm, which is 5oz x 4 botol. Sebab dah start makan kan. Kadang-kadang tak habis pun 5oz tu, tiap-tiap petang ada je lebih 1-2oz macam tu. Bila kat rumah semua direct feeding je. Sampai hari ini pun, aku masih lagi pam hari ini hanya untuk stok esok sahaja. Tapi sekarang kat dalam peti dah boleh ada extra 5oz macam tu, lately macam murah rezeki pula. Alhamdulillah, bolehlah untuk emergency, bolehlah bagi extra untuk Ammar Yusuf bila aku keluar untuk swimming class setiap malam Rabu tu..

Despite of selalu bising kat FB status tanya siapa ada jual milk booster la apa lah, aku tak pernah ambil milk booster pun. During office hour pam 2 kali, sebelum tidur pam sekali dan bangun tidur pam sekali. Mood yang baik dan ceria pun sangat membantu juga. Malas nak ambil berat sangat perkara remeh temeh yang boleh merosakkan mood. Sebab aku fikir, hidup terlampau singkat untuk dibazirkan dengan marah-marah, sakit hati, dan sebagainya. Tak berbaloi langsung.


Ramai yang cakap bila berpuasa, hasil susu akan merudum. I try not to think about it, and this is my production for the first session on my first day of fasting (ada lagi 27 hari nak ganti!). 7oz. Okay lah tu. Rejeki.. Alhamdulillah ;)



Saturday, March 17, 2012

Trial Post

I just purchased this apps, BlogPress which allows me to update blog anytime anywhere via phone saje yeah memang sangat sesuai untuk me yang malas and suka kumpul draft saje hewhew. Before this pakai Blogspot, tapi macam tak berapa best je kalau via phone, it's free anyway tak bolehlah nak compare dengan BlogPress yang berharga $3.99 ni tsk. Phone belum jailbreak, iOS5.1 belum keluar lagi yang jailbreak punya hence, pejam mata jelah beli. Not literally of course, sebab kena buka mata juga untuk key in credit card details, you know. Why am I explaining this??

Okay anyways.. Harap-harap with this apps akan lebih rajin update, tapi dikhuatiri akan lebih banyak juga entri syok sendiri sahaja (macamlah entri sebelum ini berkualiti sangat).

Now dalam kereta on my way back to Puchong from Mama's, Ammar Yusuf kat belakang duduk kat babysitter tengok je luar sebab dia memang suka tengok lampu-lampu so Daddy sengaja lalu Federal Highway sebab Daddy kata situ banyak sikit lampu konon nak bagi Ammar Yusuf seronok sikit. Baru je masuk Federal Highway,

Daddy: Ammar Yusuf tengok tu lampu cantik kan?

Sekali...

Haha baik punya lentok. Penat sangatlah tu seharian tak tidur, tidur pun kejap-kejap saje.

Ammar Yusuf this evening. Suka tengok dia cheerful macam ni, lately asyik moody saje, risau Mummy. Nak tukar bulan orang kata.

Okay dah, sebenarnya saja nak try upload gambar segala guna apps ni hehe. Kthxbye.


- Posted using BlogPress from my iPhone



Friday, March 16, 2012

Because Your Daddy Loves You

You know they say how a child can change you? This time it's not me that I'm going to talk about, it's my husband, Ammar Yusuf's Daddy =)

**********

Setiap pagi selepas bersiap segala, Mummy dengan Daddy selalu akan berebut siapa nak dukung Ammar Yusuf untuk hantar ke rumah babysitter.

"Ala Mummy la dukung, Daddy dah main-main dengan dia tadi."
"Bagi Daddy la, Daddy nak peluk dia." Dan terus angkat T_T. Geram I tau. Lepas tu tiba-tiba Ammar Yusuf yang baru lepas menyusu tu muntah, kena kemeja Daddy. Kahkahkah.

"Takpe sayang, Daddy tak marah. Muntahlah lagi, keluarkan kahak tu. Bagi cepat sembuh ye sayang". Kenapa kalau Mummy tertumpahkan apa-apa kat kemeja Daddy, Daddy tak cakap "Takpelah sayang" juga T_T


Keluar rumah, Daddy akan berhenti di balkoni (balkoni lah sangat), dan bercakap-cakap dengan burung-burung yang berterbangan ewah puitis bahasaku ;p

"Assalamualaikum bird, Ammar Yusuf dah bangun ni. Eh kenapa bird tak pergi sekolah? Cuti sekolah ke? Daddy Daddy Ammar Yusuf nak cuti sekolah boleh tak?" Sekejap jadi bird, sekejap jadi Ammar Yusuf :/
**********

Setiap hari di pejabat, I mean, SETIAP HARI, Daddy akan ingatkan Mummy suruh call babysitter. Tanya Ammar Yusuf tengah buat apa, batuk lagi ke tidak, makan banyak ke tidak hari ini, dah happy macam biasa ke masih moody lagi, etc etc etc.

"Nantilah Mummy call, seganlah asyik call saje nanti macam ganggu Kak Ha je pulak."

Adoi Daddy ni.. :')

**********
Daddy tak boleh dengar Ammar Yusuf menangis. Kadang-kadang baru merengek pun, Daddy dah terus dukung. "Tak sampai hatilah. Dia tak selesa ni," katanya. Kalau kat luar Ammar Yusuf merengek-rengek dalam stroller pun mesti Daddy akan terus angkat. Haih Daddy ni..






**********
Among all, Daddy je yang sanggup biar Ammar Yusuf menggunakan anggota badannya untuk asah gusi. Hehe. Mummy pernah cuba sekali, sakitnya dia gigit adoiii! Keras betul gusi tssk..




Pernah sampai ada kesan kat pipi Daddy kena gigit dengan budak bertuah ni tau! Macam lovebite tu. Tapi err.. mungkinkah sebenarnya lovebite tu bukan dari Ammar Yusuf tapi minah kilang Indon bawah rumah yang selalu tersipu-sipu kat laki aku bila kami balik kerja??! >:(

**********
Kalau keluar makan, usually Daddy akan bagi Mummy makan dulu, sebab Daddy nak main-main dengan Ammar Yusuf (padahal boleh je letak dalam stroller and makan sekali je). Daddy tak suka biar Ammar Yusuf sorang-sorang je tunggu dalam stroller, unless kalau Ammar Yusuf tidur. Kadang-kadang Daddy makan tak habis pun, sebab nak layan Ammar Yusuf tau.
**********
I always think that I'm over-protective towards my son. But trust me, my husband is way too protective than I am!
Daddy tak suka orang panggil Ammar Yusuf dengan nama bukan-bukan.

Daddy tak suka orang cakap merepek-repek tentang Ammar Yusuf, walaupun secara bergurau. Contoh: "Geramnya anak kau ni, rasa nak sepak-sepak je." Maybe I can take it as a joke, but not my husband.

Daddy tak boleh terima kalau Ammar Yusuf 'dibuli'. Ada satu kali tu ada anak jiran bawah rumah, lebih kurang 6 tahun (a bit hyper-active sebab dia pernah pukul doorbell rumah Kak Ha guna penyapu sampai rosak doorbell tu), masa kami nak ambil Ammar Yusuf dari rumah Kak Ha, tiba-tiba dia datang rentap-rentap tangan Ammar Yusuf sambil terjerit-jerit "Yusuf! Yusuf!". Mak dia ada situ tapi ketawa-ketawa je, knowing my husband I cepat-cepat blah takut Daddy termarah budak tu depan mak dia. Masuk rumah, Daddy bising-bising sakit hati parents budak tu tak kawal anak dia. Kali ke dua, kami keluar rumah, budak tu pegang pistol mainan yang ada peluru plastik tu, tiba-tiba dia sedap tembak terkena pipi Ammar Yusuf. Daddy jerkah dia terus. Kalau aku tak tahan tu mau ditendangnya budak tu, dah buatnya peluru tu masuk mata macam mana??! See, don't mess with Ammar Yusuf's Daddy.

Tapii.. Daddy juga yang berulang kali cakap,
"Ammar Yusuf besar nanti dengar cakap Daddy tau, dengar cakap Mummy. Kalau degil sangat Daddy rotan je, takdenya nak manja-manja". Eleh.
Haaa, tengok. Sejak baby lagi dah diajar mengenali hanger. Supaya besar nanti tak terkejut sangat bila hanger ni hinggap kat bontot kalau buat hal dengan Daddy :p
**********
Daddy adalah orang terakhir bersama Ammar Yusuf setiap pagi sebelum pergi kerja (Mummy dah naik semula nak ambil barang-barang untuk ke pejabat, Daddy masih dok lambai-lambai Ammar Yusuf lagi mana tak lambatnya pergi kerja -__-), dan Daddy yang tepat jam 5 petang cepat-cepat ajak Mummy balik lepas tu dalam kereta cakap sorang-sorang, "Ammar Yusuf anak Daddy tengah buat apa tu, good boy tak hari ni.. blablabla.." apa entah Daddy ni -__-
**********
I can see that my husband is trying very best to be a good father. To be someone his son can look up to, seorang yang boleh dijadikan idola oleh anaknya. Kalau tengok drama/movie yang melibatkan watak bapa dan anak yang rapat, mesti akan cakap, "Macam Daddy dengan Ammar Yusuf la tu". Daddy yang basuh baju Ammar Yusuf, basuh semua botol susu Ammar Yusuf setiap malam, siapkan semua barang (breastpump kits, storage bottle, bekalan susu Ammar Yusuf untuk babysitter), semuanya untuk Ammar Yusuf.
Nak pergi mana-mana mesti nak bawa anak. Mungkin orang lain boleh selamba pergi holiday tinggal anak, but not us. Not Daddy. Pergi kerja sekejap pun asyik skype cakap pasal anak, asyik teringat anak.
My favourite guys having a good time watching football match.
Daddy can nurse too ;)
*********************************************
Yes sometimes I do envy their bonding, but on positive notes, I really feel blessed having him as a husband and a father to my son (and my future daughter and my another sons and another daughters HAHAHA). Ammar Yusuf kena sayang Daddy tau, tak perlu takut dengan Daddy tapi mesti kena hormat Daddy, dengar cakap Daddy..

"Any man can be a father. It takes someone special to be a Dad."




Monday, March 12, 2012

Rezeki dan Hikmah Kejadian

Kadang-kadang kita tak sedar kita sebenarnya dah diberi rezeki yang terlebih-lebih daripada apa yang selayaknya kita dapat. Considering dosa yang kita buat. Dan amalan kita yang tak seberapa.

Kufur nikmat.

Bila dilanda musibah, punyalah bersedih pilu marah menyalahkan takdir. Yang secara tidak langsung, menyalahkan Tuhan sebenarnya. Ketika hidup dipenuhi nikmat, ada kita bersyukur dan memuji-muji Pemberi Nikmat?

Sabtu lepas, anak demam. Tengahari tu keluar, Suami kena saman sebab tak pakai seatbelt (aku pun tak pakai seatbelt tapi sebab tengah pangku anak, maka diberi kelonggaran, kata pak polisi). Balik rumah, tengah sedap tengok TV, tiba-tiba imej di skrin jadi berlapis-lapis. Punyalah aku kelip-kelipkan mata ingatkan mata dah rosak, rupanya skrin LCD TV yang rosak T_T

Suami nampak tenang sahaja. Aku pula yang rasa bengang. Macam kenapa malang sangat weekend ni??

"B marah ke?"

"Nak marah kenapa?"

"Yelah. B marah ke Abang kena saman tadi?"

"Bukan marah Abang. Tapi.. Entah. Marah dengan situasi kot. Geramlah. Baik guna duit tu untuk trip Phuket nanti ke.."

"Laa. Abang yang kena saman, B pula yang marah." Tersenyum-senyum pula beliau.
Dan disambung lagi,

"Rezeki tu, kalau dah memang kita punya, susah macam mana pun, at the end of the day tetap akan jadi milik kita. Macam tu juga kalau kita tiba-tiba dapat bonus banyak gila sedebuk pun, tapi dah takdir bukan rezeki kita, tetap bukan rezeki kita. Kena saman, kena repair TV, dan tak mustahil ada lagi perkara lain terjadi yang memerlukan kita berbelanja besar secara tiba-tiba. Sebab Allah dah tetapkan itu bukan rezeki kita. Redha sajalah."

Ironi. Sebab selama ini jika dibandingkan antara kami, biasanya aku yang lebih positif. Aku yang lebih cool. Eheh. In fact dulu aku yang pernah cakap, "Pelik dengan orang yang selalu persoal pasal gaji orang lain. Lainlah kalau gaji kita ni sikit gaji dia akan bertambah. Tak perlulah persoal rezeki orang lain. Rezeki kan Allah bagi. Takkan nak persoal kerja Allah?"

Dan aku juga yang selalu sangat cakap dengan diri sendiri setiap kali sebelum datang kerja, "Allah yang bagi rezeki, bukan Boss, atau sesiapapun." Maka hati akan lebih tenang, dan tak risau apa pun.

Pandai bercakap aku ni, bila dilanda masalah, sama sahaja kufur nikmatnya.

Maka malam itu, TV yang bersiaran double sampai berpinar mata itu kami off sahaja. Digantikan dengan tengok movie secara marathon di laptop, macam zaman hidup berdua dulu. Anak dah tidur, inilah masa untuk bercinta :">



Thursday, March 8, 2012

20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak!

Sangat tertarik dengan post yang di'share' oleh cousin Suami di Facebook sebab setiap patah perkataannya adalah sangat benar tiada yang benar melainkan benar-benar belaka HEHE. Best.

****************
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan? Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
  1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. [We have to, sebab ada someone yang bergantung sepenuhnya pada kita kan?]
  2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! [Eventhough 3 bulan pertama muntah teruk, lepas tu muka sembap, jalan macam penguin, kena naik turun tangga lagi, saiz kasut bertukar, berat badan naik berganda-ganda.. ;)]
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! [Dulu ada budak tu suka buat kelakar tiba-tiba bangun pukul 3 pagi ajak berborak, sekarang tidak lagi. Dah big boy kan, tidur bangun sama macam orang dewasa]
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. [Dulu pun dah sayang Mama Baba, lepas ada anak jadi makin bertambah sayang. Tapi, bila ada anak, masa makin terbatas nak jumpa kerap macam dulu :( Doesn't mean I love them less right?]
  5. Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit. [Biarlah Mummy ambil semua sakit Ammar Yusuf tu. Biarlah Mummy je yang rasa. Ammar Yusuf kecil lagi :(]
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. [Selama ini tak berapa peduli apa orang nak kata pasal aku, but when it comes to my son, you better think twice before doing it].
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.[Especially kalau anak tu jenis suka tengok cermin T_T]
  9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan happy bila anak kita poo-poo! [Dulu basuh berak anak buah siap pakai mask tutup hidung kahkahkah buruknya perangai :p]
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita.
  11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. [OH THIS IS TOTALLY US LOL!! :)) Sejak ada anak punch card asyik merah sahaja. But traffic jammed is a major contributor tu *suddenly so defensive*]
  12. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
  14. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya. [Ehem.. Ehem.. Daddy, 7 more to go kekeke :D]
  15. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. [Juga kalau tengok ibu bapa lain marah anak di khalayak ramai pun, kita jadi macam tak sampai hati tengok anak tu and mesti akan cakap dalam hati, 'Aku takkan buat macam tu pada anak aku']
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
  17. Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! [Tiba-tiba kenal semua jiran tetangga siap tahu nama anak masing-masing lagi :p]
  18. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. [Couldn't agree more. Nothing is more important than you, kuih pau kegemaranku :')]
  19. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**


Sumber: Wonderful Life.my



Wednesday, March 7, 2012

Ammar Yusuf Loves Mirror

You know how my baby loves looking at himself at the mirror. Trust me, he really does T_T.

Bila dia macam restless, bawa depan cermin. Terus okay.
Pagi-pagi, bawa depan cermin. Memang seronok.
Bila tengah menangis teresak-esak, bawa depan cermin. Kali ni tak menjadi. Hanya suka tengok diri sendiri di dalam cermin masa sedang gembira :/
Daddy used to call Ammar Yusuf's image in the mirror as Amir Yusuf. Example: "Hai Amir Yusuf, eh awak pun bangun awal jugak samalah macam Ammar Yusuf ni.."
Apa entah Daddy ni, scary kot bagi nama kat budak dalam cermin -__-
Di rumah Nenek Subang.
Di atas playgym. Sekejap-sekejap akan berhenti kat sini perhati muka sendiri. So full of himself :B
Amboi cheeky betul muka! :'D
Even cermin dalam kereta T______T
This video is a proof, how he is so attached to a mirror. Adoi jangan besar nanti bawa cermin ke mana-mana sudah. Kalah Mummy nanti.





Friday, March 2, 2012

Jatuh.

Pukul 2.30 alarm berbunyi.

Bangun, ambil bantal tidur letak mengiring di tepi sebagai border.
Mamai-mamai pergi ruang tamu, pam susu dalam keadaan mata terpejam.
.
.
.

Buka mata, dah lebih 30 minit rupanya pam, dah penuh 2-2 botol. 9 oz. Syukur Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk Ammar Yusuf, walaupun cukup-cukup untuk bekalan hari esok sahaja.

Ambil wudhu, solat Isyak (sebab malam itu keletihan, pukul 9 dah tertidur).

Ingat nak sambung solat hajat untuk Baba.

Ketika tahiyat akhir, terdengar suara si kecil merengek-rengek. Hmm. Dah lapar agaknya, sebab dia pun sama-sama tertidur awal juga. Aku habiskan solat macam biasa, tidaklah tergesa-gesa ke apa memandangkan Suami ada bersama anak. Biasanya kalau anak terbangun tengah malam Suami akan tepuk-tepuk sampai tertidur semula. Kecuali kalau dah lapar sangat, atau dah berak.

Tengah berdoa, tiba-tiba.. DUNGGGG!!!! Diikuti tangisan keras Ammar Yusuf.

Anak jatuh katil ANAK JATUH KATIL!! Meluru aku lari ke bilik sebelah sampai tercampak telekung segala, kelihatan Suami tengah dukung peluk anak sambil tak henti-henti minta maaf.

"Daddy minta maaf sayang Daddy tak sedar Daddy minta maaf."

Segera aku ambil Ammar Yusuf dari dakapan Suami, masih lagi meraung sambil tepuk-tepuk bahu aku. Sama ada terlampau sakit, atau terlampau terkejut. Aku tak boleh nak fikir apa, macam-macam soalan menerpa di benak. Macam mana dia boleh jatuh? Dia melintas atas border ke dia lalu tepi border tu? Kepala jatuh dulu ke badan? Jatuh meniarap ke telentang? Argggghhh!!

Maka malam itu, kami bertiga tidur bawah sahaja, atas tilam Mickey Mouse di ruang tamu, berpelukan.

Pagi tadi, lantaran rasa bersalah, hati dah consider nak ambil Emergency Leave sahaja. Nak habiskan masa dengan anak. Tapi pagi tadi dia dah ketawa-ketawa, dah lasak macam biasa, dah berborak macam tiada apa yang berlaku.


"Ammar Yusuf ni Superbaby tau Mummy. Mestilah kuat."
Lesson learnt:
  1. Kalau nak tidur atas katil, pastikan bantal diletakkan sekeliling dia, bukan satu side sahaja (like what I used to do).
  2. Tak cukup dengan border atas katil, letak juga bantal or kusyen atas lantai sekeliling katil, in case dia lepas juga border tu dan terjatuh, dia jatuh atas bantal or kusyen. Taklah sakit.
  3. Biasakan baby tidur dalam baby cot/crib. Aku tak prefer ni sebab leceh nak menyusu malam-malam kena angkat dia, plus kami memang suka dia duduk satu katil dengan kami. Macam best. Boleh peluk, boleh usap kepala, boleh cium bila terjaga dan bahagianya bila ada tangan kecil peluk lengan kita selalu :')
  4. Paling senang, ramai-ramai tidur di bawah sahaja, lagi selamat.