expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 24, 2012

Pumping In The Workplace

Bercakap tentang keperluan untuk dibawa ke pejabat setiap hari, awal-awal dulu setiap hari aku selebet je bawa 2 handbags tau. Satu handbag containing all my personal stuffs like wallet, handphone, cosmetics and such. Satu lagi breastpump bag containing all breastpump kits, cooler bag and storage bottles.

Leceh, sebab breastpump bag tu macam handbag juga kena sangkut di bahu, so kiri kanan bahu ada bag macam kelakar je.

Then I decided to buy a new one, a lot bigger one. Tote bag eh orang panggil? Aku semua pun aku belasah je sebut handbag. So aside of semua personal stuffs, boleh sumbat breastpump kits and storage bottles dalam tu. Cooler bag je asing sebab dah tak muat nak letak sekali.


Better. Satu sangkut kat bahu, satu lagi pegang di tangan sahaja. Looks a bit normal than before :')

Setiap pagi, naik dengan gigih ke tingkat 4 bawa semua barang tu. First thing first, isi icepack Medela untuk disejukbekukan dalam freezer.



My pumping routine at the office;

Kalau tak berapa busy
10:30am
2:00pm
5:00pm

Kalau busy gila
2:00pm
5:00pm

How am I doing it? Before this jadual pam aku is also including lunch hour, means bila jam sudah menunjukkan pukul 12:30, akan ku usir semua lelaki-lelaki di pejabat ini untuk turun makan KAHKAHKAH kejamnya. Yang tengah berjimat cermat taknak makan, pun kena turun. Yang dah kenyang sebab tak henti-henti makan biskut cecah Milo dari pagi sampai tengahari, pun kena turun. HEHE. Aku punya lunch akan ditapau oleh Suami tercinta.

Tapi, rugilah. Sebab lunch hour selalu ada orang nak belanja makan. Diorang bergembira makan best-best, mak duduk office pam susu T_T Ini tak adil! Hence, the new schedule as above so dapatlah turun join the crowd pergi lunch ramai-ramai bila supplier datang belanja makan hewhew.

Pumping ketika bekerja adalah satu cabaran yang agak besar pada awalnya. Awal-awal bekerja selepas cuti bersalin tu aku akan masuk bilik meeting everytime nak pam. Kalau meeting room is occupied, aku tumpang bilik mana-mana bos yang outstation HAHA mesti bengkek je masing-masing :p Masa itu masih pakai Medela Swing, single pump maka memang mengambil masa sikit. 20 minutes each, total jadi 40 minutes. 40 minit lari dari buat kerja, hati jadi serba salah memikirkan keberkatan gaji, dahlah guna elektrik company pula tu. Dan sebab itu juga aku include sekali lunch hour sebab taknak guna banyak sangat waktu bekerja untuk pam.

Tiga bulan kemudian, alhamdulillah dipinjamkan Medela Freestyle idaman kalbu. Aku pam dalam cubicle sahaja tak payah nak masuk bilik meeting lagi; handsfree maka boleh pam sambil buat kerja (tak ada sesiapa perasan pun aku tengah pam hehe tapi kena pasang lagu kuat sikit sebab Freestyle ni kuat juga bunyinya berbanding Swing); double pump, maka 20 minit dah siap; the best part is, the battery is rechargeable so bila pam kat rumah aku fully charge the pump and kat office aku guna battery sahaja so tak perlu pakai elektrik company. Lega sikit hati, tak adalah hati rasa was-was je halal ke tidak susu yang dibagi pada anak ni.

Macam mana pam dalam cubicle? Orang yang lalu lalang tak nampak ke?

Sebelum pam, aku pakailah jacket di depan sebagai cover. Sebab malas nak bawa nursing cover/poncho. Hehe. Memang tak nampak macam tengah pam pun tau. Kadang-kadang masa tengah pam tu ada je engineers yang datang bincangkan apa-apa, dah dekat 10 minit bertenggek kat tepi tu baru perasan yang aku tengah pam sebenarnya.

"Laaahhh hang tengah pam ke awat tak habaq!!"

-__-"


Me in my pumping session. Dari pandangan orang yang lalu lalang kat tepi.


Dari pandangan atas, in case orang belakang busy body menjengah kepala keluar dari cubicle -__-

Awal-awal dulu memanglah jadi bahan jenaka je aku ni. Meeting room tu dah di-rename jadi Pump House, aku dipanggil Pump Engineer. Macam-macamlah, tapi semua tu aku dah prepare emotionally so layankan saje. Lama-lama dah jadi biasa that they couldn't care less about me pumping in the office anymore.

My superiors pun, kalau nak panggil masuk bilik dia, dia akan tanya,

"Husna boleh gerak tak? Sini jap." In case aku tengah pam masa tu.

It is essential to educate/inform your colleagues/bosses about your intention to exclusively breastfeed your baby so you must pump everyday to maintain the supply. And more importantly, you HAVE to prepare yourselves mentally and emotionally, sebab nak buat benda baik memang ada cabarannya tapi inshaAllah akan dipermudahkan jalan oleh Allah SWT.

Regardless how annoying they have been, I can say that my colleagues are rather supportive actually. Sometimes we occasionally talk about pumping too.

"Mahal rupanya pam ni kan? Adik ipar saya ada juga cerita pasal ni.."

"Sehari Hus kena dapatkan berapa banyak? Cukup ke banyak tu je?"

Something like that.

Okay, selepas pam, aku akan terus simpan dalam fridge (yang ni pun dulu jadi bahan ketawa juga, "Korang jangan tersilap minum susu dalam fridge ni pulak, karang ada yang kena panggil Hus Mummy nanti" tumbuk karang baru tahu T_T).


Pukul 5, dah ready nak balik, aku akan keluarkan semua susu dalam fridge tu sekali dengan icepack Medela, masukkan semuanya dalam cooler bag untuk dibawa pulang. MESTI MASUK DALAM COOLER BAG sebab kita perlu kekalkan suhunya sampailah kita simpan semula dalam fridge kat rumah nanti.


Biasanya aku akan penuhkan dalam semua botol yang dibawa, bila dah kat rumah baru bahagi-bahagikan dalam botol lain mengikut sukatan yang diperlukan oleh Ammar Yusuf di rumah babysitter. Sebab kalau dari office nak bahagi siap-siap, banyak pula botol yang perlu dibawa dahlah cooler bag tu boleh muat 4 botol sahaja. Susu ibu yang dipam dalam waktu yang berlainan BOLEH dicampurkan sekali asalkan dalam SUHU YANG SAMA.

Means macam ni. Let say your baby perlukan 4oz sekali minum. Pukul 10 pagi kau pam dapat 3oz. Simpan dalam fridge. Pukul 2 petang pam lagi, dapat 5oz. Simpan dalam fridge sekurang-kurangnya 1 jam supaya suhu susu yang dipam pada pukul 2 tu sama seperti suhu susu yang dipam pada pukul 10 tadi. Lepas suhu dah sama, yang 5oz tu kau tuangkan 1oz dalam botol yang dah ada 3oz. Dapatlah 4oz dalam 1 botol. Tapi aku kat rumah baru bahagikan. Senang.

Alhamdulillah, segala perancangan aku dipermudahkan. Masa mengandung dulu aku runsing juga memikirkan macam mana agaknya nak pam kat office ni, dengan majoritinya lelaki, dengan semua pun perangai gila-gilanya, lainlah kalau duduk dalam bilik sendiri kan (dengan harapan Bos baca lalu bersimpati heee).. Tapi syukur sangat semuanya berjalan dengan baik. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, cewah! Semoga dapat mengekalkan momentum ini sampai Ammar Yusuf 2 tahun nanti, inshaAllah ;)


8 comments:

  1. best best! rajinnya pump hehe..kita sekali jeh pump dlm sehari sik baik anta suri 6jam jeh so klu anta 6-7oz biasa dh cukup.. stock pun ada la dlm 10oz jeh huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak taknak kena rajin pam Is, dah anak bujang tu minum banyak! Hee. Untunglah 6 jam saje. Tapi memang sikit eh Suri minum? Makan banyak la kot ni? Dah big girl katakan :D

      Delete
    2. hehe baby boy mmg kuat minum kot..suri biasa minum 2kali jeh kt nursery..time anta mmg dh kenyang, pastu sekali minum dlm 3oz tp ptg smpai umah jeh terus melalak nak susu hihi..tambah2 skrg dh mkn kan so mmg pesan kat bs bg air msk gak so kira cukupla kot :)

      Delete
  2. Segan nak pam kat meja..malu :'(..Sebab kat Kelate masih tak meluas lagi psl bf ni. Lagipun, kalau nak pam, bila nak setting, nak kena selak baju n biar kena dengan tempatnya. Haha..tak boleh nak main agak2 letak.Takkan nak selak depan officemate kan? Tak leh buat kerja depa nanti.hehhe. Fyi, saya takde cubical pon. huhu..So, terpaksa pam kat surau/bilik meeting.Tak kisah lah, janji boleh pam. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak takde cubicle ke! Kalau kita pun memang takde choice la, kena masuk meeting room. Memang masa nak setting tu jelah berdebar sikit, tengok line clear baru boleh buat hehe. Tak apalah, janji boleh pam kan :)

      Delete
  3. kagum okay ngan u.

    i kalau pump, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang aje. huhu. Kalau weekend, satu hari penuh bagi direct feeding aje, nnti sampai mengamuk2 Isa sebab susu tak cukup. T_T.

    suka baca cerita u psl BF, EBM semua ni. rasa motivated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala janganlah macam tu, I pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang jugak tau! Mana ada stok sangat pun dalam fridge. Kalau kat office tak pam, alamatnya kena bangun tengah malam la pam susu.

      Same goes to me, kalau weekend memang totally direct feeding. Kalau dapat pam sekali pun mujur sangat.

      Thank you! I pun suka baca your blog, sharing our motherhood experience ;)

      Delete
  4. yess!! dah lama i tunggu cerita ni. mmmm mencabar jgk yek u nk pump ni. i pump kt surau je. malu2 nk pam kt cubic hehe.. anyway, teruskan update ! luv ur blog .

    ReplyDelete