Wednesday, December 20, 2017

Cinta Anak Anak

Cuti sekolah sudah masuk minggu yang keempat, dan sepanjang 4 minggu inilah aku bersama anak anak selama 24 jam, 7 hari seminggu, setiap minit, setiap saat haha. Kesabaran aku memang berada pada tahap yang tinggi, begitu juga dengan tahap kefahaman aku tentang keperluan emosi anak anak aku. Cinta dan kasih sayang aku terhadap mereka semakin menebal, rasa kasih dan simpati pada mereka seperti melimpah limpah. Ada suatu perasaan yang timbul dalam hati, "Apalah yang telah aku lakukan pada mereka suatu ketika dahulu.."

Sebab untuk pertama kalinya, aku rasa seperti aku baru benar benar memahami apa sebenarnya yang mereka lalui setiap hari dan apa sebenarnya yang mereka mahukan selama mereka membesar ini.

Waktu bekerja dulu, 8 jam di pejabat kita rindukan anak anak dan bertekad balik ini nak sayang sayang sahaja, nak hug hug sahaja, nak manis manis sahaja. Balik rumah, sudah tentu semuanya tidak semudah seperti disangka. Seriously ya Allah, everyday I back home from work I was constantly torn between nak manjakan anak atau nak mendisiplinkan anak. You faham kan? Kita sampai rumah pukul 6-7pm, anak perlu tidur selewat lewatnya pukul 10pm jadi kita hanya ada 3 jam bersama mereka. 3 jam itu, bukan aku boleh 100% tengok anak saja. Kita perlu uruskan rumahtangga juga, kalau malam tu perlu memasak lagilah, dah korbankan masa dengan anak lagi bila kita di dapur. Lepas masak nak hidang, kemudian nak bersihkan pula dan kita as human being, we need to rest too. So adakah 3 jam itu aku spend 100% dengan anak anak? No, unfortunately no 😥

Waktu itu anak anak tidak sentiasa in their best behaviour, it makes us frustrating sometimes sebab kita dah bernekad taknak lagi marah marah bila balik kerja, tapi kelihatannya anak seperti tidak bekerjasama dengan perancangan kita. Aku cuba memahami yang mereka mungkin acts out just to get our FULL attention, tapi ketika itu aku sendiri gagal untuk memahami, sebab kita sendiri dah penat sebenarnya. Badan penat, otak penat. Susah sangat nak balance, dalam fikiran aku ketika itu jika kami tidak mendisiplinkan anak, siapa lagi yang akan mendisiplinkan mereka?

Waktu sekolah tadi mereka ada belajar tentang disiplin tak?
Atau main main sahaja?
Di sekolah tadi sudah puas main, di rumah pun mahu main bersepah sepah jugakah?
Mereka tidak fahamkah Mommy Daddy baru saja pulang bekerja, Mommy Daddy penat?

Reality is, we don't know what happened in their daily life. We didn't know.

Hakikatnya, mungkin mereka baru sahaja melalui the worst day in their life (as per their perspective). Mereka sebenarnya sangat sangat tertunggu tunggu kepulangan kita, dan sudahpun merancang pelbagai 'aktiviti' untuk dilakukan bersama sama kita. Mereka belum berada pada tahap umur yang boleh memahami kepenatan kita, no, mereka memang tidak faham. Hati mereka penuh dengan keterujaan, eagerness to see us, to be with us, and they are full of expectation that we are going to be exactly as what they want us to be. 100% attention for them.

Itulah yang aku nampak pada anak anak aku, dan aku yakin itulah perasaan semua kanak kanak yang ditinggalkan seharian oleh ibu bapa mereka untuk keluar bekerja.

Anak anak aku adalah anak anak yang sangat dibiasakan dengan keluarga yang lengkap, mereka mahu BOTH Mommy dan Daddy ada dalam kehidupan harian mereka. That is children in general actually, cuma mungkin ada sesetengah kanak kanak dah biasa tanpa salah seorang bila salah seorang sentiasa kerja luar, but not my children. Serious, apa apa pun mesti nak dua dua ada. Sebab itu sampai sekarangpun kami masih tidur berempat 😂

So Mommy yang berada 24 jam bersama mereka ni, I have the privilege of TIME. I have enough time to discipline them and even enough time to spoil them whenever I want without feeling any guilt that I might be overdoing it. Waktu siang hari, aku nampak depan mata aku yang anak anak memang ternanti nanti kepulangan Daddy mereka. Sebab hari mereka biarpun ada Mommy, tetap tidak lengkap tanpa Daddy. Alangkan ada Mommy pun mereka seperti itu, apatah lagi bila sepanjang siang mereka bersama orang lain, di daycare sekolah, atau bersama babysitter. Hati anak anak memang penuh dengan kerinduan dan cinta mereka pada kita ibubapanya, hati suci mereka yang polos itu memang tertunggu tunggu untuk bercerita apa yang mereka main tadi, cerita kelakar yang mereka tonton di televisyen, atau apa apa sahaja yang bagi aku tidaklah penting tapi bagi mereka sangat penting dan RUGINYA DADDY TAK ADA.

Bila aku bawa jalan jalan, mesti akan ada salah seorang anak aku akan cakap, "Rugi kan Daddy tak ikut?". Padahal pergi Tesco je pun haha.
Bila aku bawa pergi keluar makan, mesti si Yusuf atau Muaz akan cakap, "Lain kali kita datang sini dengan Daddy sekali nak?"

Begitu sekali hati anak anak teringatkan ibu bapa. Kalau kita selalu dengar kasih ibu bapa terhadap anak anak tiada tandingan, aku rasa besar lagi kasih anak anak kecil pada ibu bapanya. Mereka benar benar ikhlas, mereka tiada agenda tersembunyi, mereka menyayangi tanpa syarat, mereka mengagumi dan mendambakan kita despite segala kelemahan dan kekurangan kita dalam membesarkan mereka. Merekalah pencinta yang sebenar.

Dan bila Daddy pulang bekerja, aku nampak sendiri karakter anak anak tiba tiba berubah. Tiba tiba jadi hyper, terutama Adam Muaz. Siang hari dialah yang tidak putus bertanyakan Daddy sampai perlu video call, bila Daddy balik tiba tiba nak marah marah Daddy tanpa sebab. Kadang kadang Daddy frust juga, sudahlah penat, anak anak tunjuk perangai pula. Tapi sebenarnya ianya berlaku disebabkan apa yang anak harapkan tidak berlaku. Mereka expect Daddy sampai rumah hanya layan mereka sahaja 100%, Daddy akan tinggalkan perkara lain dan terus bermain main dengan mereka, sedangkan Daddy perlu mandi, rehat, makan. Daddy needs to rest too, but they didn't seemed to understand. For kids their age, you have to know that THEY WOULD NOT UNDERSTAND.

Aku nampak semuanya, and it really gives a reflection of what have been going on the whole years when I was a working mom. Sedih gila perasaan itu, sedangkan aku jaga sendiri anak dan tahu apa yang berlaku pada anak sepanjang siang hari itu. Apatah lagi ketika sebelum ini di mana kami berdua tidak tahu pun apa yang berlaku setiap hari dalam kehidupan anak anak. Entah apa yang mereka hadapi setiap hari, mungkin terkencing dalam seluar dan dimarahi, mungkin berebut mainan, mungkin tak cukup makan, kita tak tahu.

Parents, especially yang kedua duanya bekerja, please please please try your very very best to spend time with your children sebaik sahaja pulang dari bekerja. Bila waktu itu anak berkelakuan tidak seperti yang kita harapkan, fahamilah yang ianya terjadi disebabkan perasaan dan hati mereka terluka dengan ketidakhirauan kita. Anak anak kecil, mereka belum mempunyai vocabulary yang cukup untuk menjelaskan soal hati dan perasaan. Mereka hanya tahu meluahkan perasaan mereka secara perbuatan, dan itulah yang biasanya membuatkan kita hilang sabar. Janganlah sampai setiap kalipun anak anak perlu buat perangai then only they will get our full attention, yang mana ketika itu perhatian yang mereka terima bukan lagi dalam bentuk belaian dan kasih sayang.


Thursday, December 14, 2017

3rd Pregnancy Journal Begins

Assalamualaikum,

As some of you might know, I'm currently in my second trimester of my third pregnancy alhamdulillah. My husband and I have always wanted to have more children, tapi asyik bertangguh je nak make plan for it sampai Adam Muaz pun dah lebih 4 tahun. But of course, semua itu memang takdir Allah;

Mungkin sebelum ini kami memang belum bersedia untuk menambah ahli keluarga. Bersedia tu dari banyak segi, tapi paling penting untuk kami adalah persediaan mental dan emosi. Kami ada pelbagai perancangan untuk anak anak dan setiap anak memerlukan perhatian yang berbeza. Mungkin itu juga menyebabkan perancangan untuk memiliki seorang lagi anak itu agak tergendala. 

My mom cakap kalau nak tambah anak, tambah sekarang, kalau tidak jangan tambah lagi sebab kesianlah nanti anak kecil lagi kita dah tua dah. Kakna pun cakap, kalau pregnant masa umur dah lanjut nanti akan sangat sangat penat sampai rupa pun dah macam kain buruk bergerak 😆. Jangankan orang tua, masa aku muda muda mengandung anak pertama kedua dulu pun selalu rasa macam kain buruk, letih dan langsung tidak berseri!

Alhamdulillah, my first trimester is over now. Pregnant kali ini alahan lain macam, first time among my three pregnancies, aku alah bau!! Seriously tak boleh bau goreng gorengan terutama ayam goreng; I even stop makan ayam terus sebab entah rasa macam tak boleh bau ayam langsung walaupun dalam sup tomyam ke apa. Kalau makan nasi, memang ikan atau telur menjadi pilihan. Otherwise memang aku tak makan nasi terus, tak lalu sangat makan nasi pun anyway. Selera makan banyak, tapi taknak nasi. So makanlah bihun sup, pizza.. Haaa pizza memang banyak ya Allah, setiap minggu mesti ada sekali dua makan pizza. I know I knowww memang tak elok sebab fast food, tapi pizza la yang paling menyelerakan buat masa ini... 😞

3 bulan ini, memang jaranglah masak. Dalam seminggu ada la sekali dua aku masak bila dah boring sangat makan luar, tapi memang punyalah tahan nafas bila part tumis tumis tu ya Allah loyanyaaaaa! Rumah sentiasa tutup tingkap sebab tak tahan bau jiran masak, boleh moody seharian bila terbau benda masak masak ni 😷. Paling kesian, tak boleh bau peluh Suami! Tapi hanya bila dia balik kerja atau balik gym je, waktu tu jelah yang berpeluh pun. Kesian okay kalau tak boleh bau suami langsung, macam mana nak hug hug kiss kiss dahlah setiap kali pregnant aku memang memerlukan belaian yang berlebihan 😍

Masa 8-9 weeks hari itu aku dah buka buku pink kat klinik kesihatan dah. Bestnya klinik kesihatan Puchong sekarang, sangat sistematik dan laju sebab dia extend banyak partition dalam satu bilik so 5-6 orang pesakit boleh masuk sekaligus dan dilayan oleh 5-6 nurses yang berbeza. Pemeriksaan pun dibuat dengan sangat terperinci siap buat saringan breast cancer lagi. Aku sukalah klinik kerajaan, ada orang tak suka kena check banyak sangat, buang masa la kena minum air gula pun merungut, tapi aku suka check up yang dibuat dengan mendalam, baru rasa secure dan yakin dengan kandungan kita inshaaAllah.


First scan at 8 weeks plus. Walaupun anak ketiga, perasaan bila ada another soul dalam badan kita is just surreal... 

Alhamdulillah banyak perkara dipermudahkan, senang sekarang sebab I work at home. Kerja sendiri, bila bila boleh rehat baring baring, anak anak pun dah agak besar dah pandai uruskan diri sendiri so bila Mommy rasa loya or penat I just cakap dengan anak anak that I need a rest. Mereka pun faham je, so pandailah main sama sama berdua tak ganggu Mommy. Syukurlah juga sebab depa dua beradik, boleh main sama sama and entertain each other without depending on Mommy the whole time. I really have a good rest for the past 3 months, H balik kerja je terus take over anak anak dan suruh Mommy rest.

Oh my husband is really an angel, sentiasa berpesan pada anak anak supaya bagi Mommy rehat, Mommy ada baby dalam perut, jangan bagi Mommy marah, jangan buat Mommy penat. Seriously bila orang cakap, "Ala anak sulung je yang suami beria-ia jaga, dah masuk anak kedua ketiga keempat takdenya boleh manja manja", I feel sorry that you have that kind of experience. Because for me, I can see that my husband lebih loving, compassionate dan lebih banyak bersabar as we grow older. Mungkin bila dah berusia financial makin stabil, pengalaman pun makin banyak so boleh lebih bertenang uruskan masalah, zaman muda muda dulu kan banyak benda tak tahu, banyak perkara baru nak belajar so we tend to get frustrated easily. Now suami lebih memahami kita, sangat appreciate hidup berkeluarga dan lebih memanjakan kita. Alhamdulillah despite letih pregnant dah tua ni, banyak perkara dipermudahkan when you have a very supportive husband 💗

Second trimester, loya masih belum hilang. Malah alahan teruk pada bau juga masih belum berakhir. It's okay, lain anak memang lain alahannya tapi this one despite mudah sangat pening dan loya, aku tak pernah muntah pun lagi. I really make sure I eat well, makan sikit tapi kerap, sentiasaaaaa makan sebab aku taknak muntah! So far memang method itu berjaya, kami juga sentiasa pastikan fridge sentiasa penuh dengan buah buahan. My favourites are oranges and mangoes, so sentiasa perlu ada buah buahan ini. 

Setakat ini belum buat apa apa persediaan lagi, awal lagi kan. Alhamdulillah for everything, syukur sangat atas anugerah Allah ini. Memang Allah sebaik baik Perancang, sebab kami percaya memang sekaranglah waktu yang tepat untuk semua ini. Ya Allah permudahkanlah segalanya, semoga semuanya baik baik sahaja.



Monday, November 27, 2017

Hidup Tenang Tanpa Hutang

Satu perkara yang aku dah nampak keburukannya semenjak kecil dan memang berazam untuk tidak terjebak dengannya;

Hidup berhutang.

And I'm so glad that my husband is also at the same page. Baru baru ini kami berbual panjang tentang banyak perkara, tentang keluarga, tentang masa depan, tentang hidup kami yang tidak kaya tapi sungguh tidak stress when it comes to financial. Then we came to a conclusion; kami berdua berfikiran sama, kami anti-hutang.

 Kami pakai credit card dan undeniably kami memang fully utilized our credit cards untuk banyak perkara, tapi kami tiada tunggakan credit card. Tak pernah terfikir nak bayar minimum payment. Siapa kita nak tipu dengan bayar minimum payment? Guna credit card sebab kita tak suka nak pegang wang tunai yang banyak, dan credit card memang sangat convinient sebenarnya. Cepat dan mudah contoh macam untuk isi minyak, servis kereta and then boleh collect point juga. Tapi gunalah hanya apabila kita yakin mampu nak bayar terus selepas itu. Kami elak guna easy-payment plan, kalau mampu swipe lump sum terus, swipe jelah kenapa nak pilih bayar bulan bulan juga. Sengaja berhutang apabila tak perlu, memang kami akan elak selagi boleh.

Setiap kali dapat gaji, perkara pertama yang dilakukan adalah selesaikan semua financial commitment. Bila dapat bonus, perkara pertama adalah selesaikan secara lump sum hutang besar. Hutang pendidikan memang dah lama kami selesaikan walaupun hanya bergaji sederhana sebelum ini. Yang tinggal sekarang hanya kereta (akan selesai tak lama lagi) dan hutang 2 buah rumah yang kami bayar lebih dari sepatutnya setiap bulan. 

Matlamat kami sekarang adalah selesaikan loan rumah jauh lebih awal dari sepatutnya. Nampak susah nak pendekkan loan 30 tahun ke 7-10 tahun, tapi tidak mustahil. Hanya dengan bayaran extra RM100 sebulan pun dah boleh pendekkan jumlah tahunan, apa lagi kalau letak RM1000, RM2000 extra dari sepatutnya. Bayarlah lebih, call your bank and ask how to reduce the principal. Tahu tak kalau beli rumah, first 10 years tu you hanya bayar interest je dan hanya sedikit principal yang berkurang. You bayar lebih, you akan tingkatkan principal dan kurangkan bayaran interest. Buat apa saja saja nak bayar interest, jadilah bijak. Sayang duit.

Hati aku ni, rasa sayang sangat kalau ada duit lebih, tapi tak guna untuk cuba selesaikan hutang lebih cepat. Peliklah bila ramai rakan sebaya malah ada yang lebih muda dah kantoi CCRIS/CTOS sebab credit card, sebab pinjaman pendidikan, sebab hutang kereta. Belum kira berhutang dengan orang persendirian lagi. Hutang ni sangat memakan diri, ada yang berhutang dengan kawan dan keluarga tapi berlengah bayar dengan alasan nak utamakan hutang lain yang konon lebih penting, tapi mereka tak sedar dengan berlengah hutang itulah menyebabkan rezeki semakin sempit.

Hidup berhutang ni, pahala amalan kita takkan meningkat selagi hutang tak diselesaikan. Tersekat kat pertengahan je, tak meningkat regardless betapa besar amalan kita. Sebab kita berhutang dengan manusia, hanya akan selesai apabila dilangsaikan atau dihalalkan. Bukan boleh selesai hanya dengan bertaubat.
Nak masuk syurga pun tersangkut sebab ada hutang tak selesai, apatah lagi bila orang yang meminjamkan itu tak redha.
Hidup berhutang, hati tak tenang, hubungan sesama manusia jadi renggang. 

Aku ada kenal someone yang sangat tidak bahagia dengan suaminya, tapi tak boleh nak bercerai sebab suami ada buat personal loan dengan jumlah yang besar guna nama isteri. Si isteri bimbang kalau bercerai, suami tak bayar pun loan tu. Sampai begitu sekali hutang memakan diri. Belum lagi kes cerai berai disebabkan lelaki terlalu banyak hutang. Sikit sikit nak hutang, rasa sesak sikit mesti nak hutang orang. Adik adik kalau nak cari suami tu, elakkan lelaki yang sentiasa selesaikan masalah dengan cara berhutang.

Tak cukup duit bayar kereta bulan ni, tak apa boleh pinjam orang.
Tak cukup duit nak kahwin, tak apa personal loan kan ada.
Dan juga jenis yang setiap masa menyalahkan kerajaan dan PTPTN yang menipu kononnya, tapi tak pernah cuba bayar pun PTPTN. Dah pinjam, bila tiba masa kena bayar nak marah marah pula. Orang seperti ini tak mustahil dia adalah jenis yang suka pinjam duit dengan kawan, bila tiba waktu kena bayar hutang kawan itu pula yang salah dan dimarahi.

Dari awal lagi dah nampak betapa sempit pemikiran dan tak ada inisiatif untuk bekerja keras supaya mampu hidup selesa tanpa menyusahkan orang lain.

Biarlah nampak tak kaya, tapi hidup bebas hutang. Nak beli kereta mahal ke bercuti keluar negara ke, biarlah hutang lain dah diselesaikan. Nak beli iPhone X, kumpullah duit dan bayar lump sum jangan asyik nak guna ansuran kad kredit. Mula mula satu barang guna ansuran, lama lama sampai 10 barang pun semua guna ansuran kad kredit. Dari RM200-300 je ansuran dah jadi RM2000-RM3000 setiap bulan. Barang dah rosak pun hutang tak habis bayar lagi. 

Dapat extra money like bonus atau increment gaji, aim untuk kurangkan hutang. Cuba tetapkan mindset macam itu. Dari awal bulan lagi atur kewangan elok elok, so boleh nampak gaji kita cukup atau tidak untuk tampung semuanya. Ada orang, setiap bulan pinjam dengan orang RM300-RM400. Jumlah tu memang fixed setiap bulan dan walaupun dia bayar kemudiannya it's just so irritating sebab obviously gaji dia tak cukup RM300-RM400 setiap bulan takkan tak boleh manage lagi? Kurangkanlah perbelanjaan, ikatlah perut sikit bukan hanya tahu selesaikan masalah dengan hutang. It's like, berhutang RM300-RM400 ni dah dimasukkan dalam monthly planning hidup dia, bermula dengan segan sampai muka dah tak rasa apa apa sebab terlalu biasa berhutang. Apa nak jadi ni? Takkan tak ubah cara itu? Keluarga makin besar, komitmen makin bertambah, takkan tak sedar that dia perlu ubah sesuatu selain hanya berhutang?

Boleh tidur lena ke malam bila hidup banyak hutang ni? Nak pergi reunion kawan kawan pun segan takut terjumpa kawan yang you selalu berhutang, nak angkat telefon pun takut bank call minta hutang. Hidup tak tenang, jiwa kacau, rezeki makin sempit, rumahtangga kacau bilau. Tell me, ada ke rumahtangga yang bahagia bila suami/isteri gemar berhutang? Kerat jarilah, takkan ada. Sebab tak ada keberkatan.

Jadikan BEBAS HUTANG sebagai matlamat hidup. Usia macam kita ni memang susah untuk totally debt-free, sebab kita mestilah ada kereta dan rumah yang generally tak mungkin kita boleh beli cash. Tapi jangan sesekali buat hutang jahat (bad debt); personal loans, credit card, hutang dengan orang, apa lagi hutang Along. DON'T EVEN START IT! Even hutang kereta dan rumah tu pun, cuba selesaikan dalam tempoh yang lebih singkat. Jangan bagi bank untung banyak sangat, fikir satu je--SAYANG DUIT. Aku memang sayang duit. Sayang nak bagi bank ambil banyak, itu duit kita, penat lelah kita, ada ramai orang yang lebih layak dapat duit kita tu daripada bagi bank; anak anak, ibu bapa kita, adik beradik yang lebih memerlukan.

So kalau you guys ada berhutang dengan orang tak kiralah hutang lama atau baru, stop running away. Contact the person now, kalau tak mampu nak bayar sekaligus, bincangkan plan bayaran ansuran. Hutang RM200 pun boleh bayar ansuran, RM20 sebulan pun ada je orang yang boleh accept the deal, ASALKAN YOU BAYAR HUTANG DIA. Itu je sebenarnya. Ramai penghutang malu nak proposed bayaran ansuran, takut nampak miskin sangat. You berhutang pun orang dah tahu keadaan kewangan you macam mana, nak malu apa? Lari dari hutang lagilah memalukan.




Wednesday, November 1, 2017

Overly Attached Daddy

I selalu cakap dengan my husband, kalau nak ugut denda anak ni biar dengan sesuatu yang kita mampu dan dah bersedia akan buat kalau anak memang tidak mendengar kata.

Contohnya kalau nak suruh anak kemas toys jangan guna ugutan macam,

"Kalau tak Daddy buang semua"

Sebab, KITA TAKKAN BUANG. Hamboi dah kita yang beli guna duit titik peluh sendiri takkanlah kita nak buang hanya sebab anak tak kemas! So kalau nak ugut guna toys, boleh guna ayat macam,

"Kalau Daddy yang kemas, semua ni Daddy akan simpan dalam stor dan takkan dapat main lagi"

Haa, so far guna cara ini memang berkesan, dan dalam stor kami memang ada dah toys yang tersimpan lama hasil ugutan. Menyesal tak sudah anak anak. Berkesan kan?

Kalau dalam kereta pula jangan guna ayat macam,

"Duduk diam diam, kalau naughty Daddy tinggal tepi jalan"

Sebab, obviously kita takkan tinggal anak tepi jalan! Duh 💁

Something like that. Taapiiii... husband aku ni bila marah, dia selamba je ugut dengan something yang aku dengar pun akan rolling my eyes. Sebabnya, aku tahu dia takkan sanggup buat!

Malam tadi, Ammar Yusuf did something yang buat Daddy dia marah. Memang bengkek la Daddy dia. So Daddy dia cakap,

"Malam ni Abang sleeps sorang sorang kat depan, Daddy Mommy dan Adik sleep dalam bilik!"

Aku dengar macam nak tergelak je, eleh Daddy tu mana la boleh tidur kalau tak cukup korum 4 orang! Tahu tak kami masih tidur berempat bukan hanya kerana anak anak taknak tidur sendiri, tapi Daddy ni haaa yang tak boleh tidur tanpa anak anak! 😆 Waktu sebelum tidur kami memang menyeronokkan, sebab waktu itu kami akan berbual bual, cerita apa yang berlaku siang tadi, apa yang menyeronokkan, apa yang menyedihkan dan kemudian kami akan bermaaf maafan dan group hug. Waktu tidur kami is like our family meeting where we can wrap up apa yang berlaku pada hari ini. Memang ada terfikir juga sampai bila nak tidur berempat, tapi haish malaslah pening pening fikir. We just want to enjoy the moment while it lasts and apparently cara itu memang membuatkan bonding kami anak beranak sangat kuat.

So, yes. Daddy ugut macam itu, siap keluarkan tilam dan bantal segala letak di ruang tamu untuk Ammar Yusuf seorang. Lepas tu Daddy tanya pula Adam Muaz,

"Adam nak sleep dengan Abang ke dengan Mommy Daddy?"

Without hesitation, Adam Muaz cakap nak sleep dengan Abang kahkahkah!

Geram dengan ugutan yang tidak berjaya, Daddy buat keputusan untuk lebih 'menakutkan' anak anak, Daddy tutup semua lampu (biasanya kami tinggalkan lampu dapur menyala) supaya suasana jadi gelap gelita dan beliau juga merancang untuk buat suara hantu mengilai namun aku pantas melarang. You cannot show your desperation in front of your kids okay?! 😤

Maka berbaringlah kami berdua di dalam bilik, gelap gelita pandang siling sambil kedengaran suara budak dua orang tu bercakap cakap dan berketawa ketawa di ruang tamu. Langsung tak takut 😆😆. Memang gelak dalam hati je aku, itulah ugut dengan benda yang tak mampu buat lagi.

"Hmm... diorang ni taknak ke sleep dengan Daddy?" Daddy mula bersuara, separuh menyesal.

"Itulah Daddy dah berapa kali B cakap kalau nak ugut biar dengan benda yang kita akan buat betul betul dan kita mampu buat. Sekarang kan dah boring takde anak anak?" aku mula berleter.

"Hmmm.. kalau dengar diorang ketawa lagi Daddy nak pergi depanlah. Daddy akan cakap Daddy nak baring tengah tengah supaya diorang tak main main dah"

Terus terburai ketawa aku. Sudahlahhhhhh!! Nampak sangat alasan nak join anak anak!!

Tapi tunggu beberapa minit, dah takde dengar ketawa ketawa pula. Daddy was running out excuses to join them so he suddenly grabbed his pillows nak bawa ke depan,

"Daddy, tak payahlahhhh. They will never learn kalau kita yang mengalah!"

Daddy stopped and think, "Betul juga tu.." 

Daddy letak bantal, dan mengintai sambil pura pura marah,

"Abang buat apa tuu tak tidur lagi??"

Dengar suara Daddy, terus Ammar Yusuf datang dan salam, "I'm sorry Daddy..."

Huh, anak beranak sama je, ego besar masing masing. Dua dua anak sulung kan, masing masing nak tunggu pihak satu lagi mulakan, lawak betul. It was a happy ending last night anyway, and I hope Daddy now have learn a big lesson 😂 


My overly attached boys 💗


Tuesday, October 31, 2017

Our KUMON Journey



Hi, sejak I posted kat Instagram a few months back about KUMON ni, memang ramai betul yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang buku KUMON ni.

Okay before that I nak cerita sikit. I started bagi my kids buat latihan menulis untuk subject Matematik ni since they were 3 years old. Alah masa tu belajar main main je, cara pegang pensel, then tracing numbers and alphabets. I beli banyak buku latihan untuk anak anak ni sebenarnya, cuma dulu masih bekerja di luar so tak dapat nak fokus sepenuhnya dan pembelajaran itu taklah berlaku secara rutin.

After a while I nampak Yusuf dah boleh mengira, dah boleh tambah tolak nombor besar besar dah so masa tu happy la rasa macam berkesan rupanya apa yang aku ajar. But then I realized, dia hanya boleh mengira secara fizikal sahaja. You know, guna jari ataupun kena draw. Contoh 9+8, dia akan draw 9 bulat bulat dan 8 bulat bulat lepas tu campurkan kedua duanya. Lepas ditegur, he improved to only draw 8 sahaja, 9 tu dah memang ada dalam otak. Still, masih perlu draw atau guna jari.

It was slow, bukanlah nak paksa jadi cepat sangat tapi pengiraan melalui lukisan memang membuang masa dan tenaga, lama lama dia jadi penat dan malas. Betul, sebab perkara yang mudah pun jadi susah. Kalau finger-counting pula adalah terhad pada 20 jari sahaja (termasuk jari kaki), haa kalau nombor besar besar macam mana?

One day I learn about KUMON. KUMON ni menggalakkan penggunaan otak secara maksimum. You know, because our brain capacity is unlimited! Especially otak anak kecil, depa lagilah senang faham dan senang serap ilmu jadi sayanglah kalau tidak digunakan sebaiknya. I Googled, I study dari Youtube, I survey KUMON class near me... Masa tu kuatnya perasaan nak hantar anak anak ke KUMON class lepas habis school. But something suddenly stopped me. Rasa belas kasihan. Kesian okay anak anak kecil lagi dah nak hantar ke kelas tuisyen! Gila ke aku nak jadi parents macam tu 😩 

Later I found out that KUMON exercise sheets tu ada dibukukan dan dijual di kedai buku rupanya. I decided to challenge myself, I'm going to teach my children myself. I can do this! 💪💪.

Esoknya kami ke Popular IOI Mall, cari sendiri buku KUMON. Tak jumpa, kami tanya cashier counter if there's KUMON section here, somebody came and guided us to KUMON section dalam tu. OMG, banyak okayyyyy series dia nak start dari mana ni! I focused on Mathematics, I focused on my children's age.

So we started with this:


Aku nampak ini, "Oh mungkin we should start from very basic". Tapi I tengok isi kandungannya, macam too basic for Ammar Yusuf. So I opted this only for Adam Muaz.


Kalau you confused, kat belakang ni ada some guidance on each series yang related. So boleh nampak anak you kat stage mana, lepas ini perlu beli buku apa, etc.


Okay I zoom sikit. Currently kami berada di series yang warna hijau. Adam Muaz sedang buat My Book of Simple Addition, Ammar Yusuf pula bermula dengan My Book of Addition.

Okay let me show you a peek of what's inside of these books, starting with My Book of Simple Addition.


Untuk page permulaan tu memang very basic, just to introduce numbers to the kids. Belajar aturan nombor, belajar tulis nombor melalui tracing. I think it is suitable for kids as early as 3 years old.


Buku ni nombor paling besar adalah 30. Lepas habis belajar aturan nombor, kita tengok dia ingat ke tidak dengan cara 'Find the missing numbers' ni.


Lepas tu it advances to basic addition. Bermula dari nombor kecil plus 1, hingga ke nombor besar. Tapi untuk peringkat awal ni semuanya plus 1 saja, you know just to get an idea of what's addition is all about.


Then it started to get serious. Lepas buat banyak pages sebelum ini, your children akan dapat buat addition ni dengan budah sebenarnya. This is current page for Adam Muaz. Besau kemain tulisan 😂

Now let's move to Ammar Yusuf's book pula.


My Book of Addition. I chose this because of the age range stated above. Suitable for 5, 6 & 7 years old eventhough dia tulis kat bawah tu that this book is to help your child learn how to add the numbers 1 through 9 only. 1 to 9 nampak macam sikit sangatkan untuk budak 6 tahun yang dah biasa kira huruf besar besar, but since my intention is nak ubah cara Yusuf ni mengira, I think I better start small.

I wasn't wrong anyway. This is the best book for him to start.


First page, alahai tambah 1 je. Takpe, sabar je buat. Awal awal ni Yusuf macam boring because it wasn't challenging. Tapi lama lama huruf makin besar, and it 'forces' him to use his brain more.


Bermula dari nombor yang kecil hingga maksimum nombor 9, your children will learn to count using ENTIRELY his brain throughout the exercise. I tak pernah nampak dia guna jari, tak perlu lagi nak melukis lukis. Yeah there were few mistakes sebab Yusuf ni tend to be clumsy, but he improved A LOT in only a few weeks! 

KUMON method ni, modus operandinya adalah soalan yang berulang ulang sampai anak kita jadi very familiar with the questions dan cekap untuk terus jawab tanpa perlu kira pun. You have to remember that our brain is limitless, there are so much potential in our children yang kita masih belum discover lagi and kita jangan underestimate their capability. 

Alhamdulillah I memang puas hati sangat dengan buku KUMON ni, I dah beli banyak buku latihan before and this is the best so far. Masa peringkat permulaan tu memang agak mencabar sikit walaupun soalannya senang, sebab kita nak switch method anak kita daripada guna physical-counting ubah ke brain-counting. But as time goes by, it gets easier dan anak anak pun jadi seronok untuk buat latihan. Seriously sekarang ni anak anak I buat latihan TANPA DISURUH! Sebab depa dah dapat rentak, dah dapat momentum, dah tahu cara yang betul, pantas dan tidak memenatkan. They really enjoy doing it even for Adam Muaz yang selama ini perlu dipujuk pujuk untuk buat latihan alhamdulillah.

Okay price-wise, perhaps a little bit pricey compared to usual exercise books. I beli dalam range harga RM31 ke RM35.90 setiap satu, tapi be smart lah. I beli masa Merdeka sales dapat 20%, lepas tu guna Popular membercard dapat additional 10%, so beli banyak pun takdelah sampai ratus ratus. I beli banyak lagi sebenarnya KUMON series, you know just for fun. 



Antara buku 'fun' yang aku beli 😝. Skema betul have fun dengan buku ni, but indeed, my kids are really having fun with these books. Dah habis buat dah pun semua, rasanya 2-3 hari je kot depa siapkan 1 buku sebab terlalu menyeronokkan sangat 😂😂 #nerdalert

So that's about it. Kalau you guys pergi kedai buku untuk beli ni make sure tanya kat mana KUMON section sebab ramai yang PM I kata tak jumpa pun kat banyak kedai buku. Perhaps ianya tersorok somewhere, or merely sold out due to high demand. Kalau tak jumpa sangat boleh order je kat MPH online, I ada jumpa juga a few KUMON series dalam tu.

Hope this post helps, good luck with your KUMON journey! 💗





Friday, October 6, 2017

IRIS - Impian Jadi Kenyataan

Lumrah manusia, kita semua suka perkara yang cantik, kita suka tengok perempuan cantik, teringin nak memiliki orang yang elok rupa paras, bijak pandai pula tu, tambah lagi dengan gaya yang elegant. Tapi kita sedar diri, benda yang cantik dan bagus luaran dalaman kadangkala hanya boleh dilihat, tapi tidak mampu dimiliki.

April lepas, masa Cuckoo launch promo Good Plan model King Top RM60 untuk 7 tahun, ramai yang tanya dan berharap promosi yang sama untuk Icon.

Sebab model Icon ni memang semua orang suka.
Semua orang dah lama mengidam, semua orang teringin.

Sebab ianya cantik, canggih dan 'intelligent'.

Tapi, mahai.... 😔



Inilah si mahal tu.

Icon harga sewabeli RM120, kalau beli outright (cash) lagilah, RM4452

Mahal, tapi paling cantik, paling canggih, paling elegant dan sebagainya. Semua ciri ciri idaman ramai, tapi terbantut lantaran tekanan harga. 

GOOD NEWS!!

Kini semuanya bukan hanya angan angan semata! 

You boleh memiliki penapis air yang cantik, canggih, sophisticated, dengan design hampir menyerupai Icon dan tank capacity yang sama, dengan harga hanya RM75 sebulan 😱

Memperkenalkan, IRIS!


Inilah dia si cantik, canggih, sophisticated dan elegant namun sangat humble dan down-to-earth sebab harganya yang sangat berpatutan 😂


Serious aku excited wehh, serious memang tak sangka Cuckoo akan keluarkan model persis Icon dengan flexible payment plan macam ini. RM75 sebulan untuk mesin yang cantik, tangki yang besar dan canggih pula, memang sangat menepati ciri ciri yang dah lama diangankan oleh segenap pelusuk masyarakat 😝


SAMA MACAM ICON KAN? Cuma beza pada warna interface sahaja. Features dalaman hampir menyerupai Icon, ada beza sikit sahaja tapi perbezaan itu adalah tolerable dan ramai yang tak kisah pun sebenarnya.

Memang best sangat promo ni, aku tak tahulah promosi macam mana lagi yang boleh dibuat untuk mengatasi promo IRIS RM75 sebulan ni sebab ini dah best sangat dah. Pembeli senang nak beli, penjual senang nak jual. Julai lepas bila promo King Top RM60 tu habis, ramai yang baru nak tanya dan menyesal tak grab, now Cuckoo buat new promo (which of course for limited time only), hopefully ramai yang cepat cepat grab this opportunity.

Just fikir benda basic je;
Air minum adalah keperluan. You tak pakai penapis air pun you still perlu dapatkan air minum dari sumber lain. Masak ke, beli mineral botol botol ke... sebab you takkan boleh hidup tanpa air minum. Now you ada option untuk dapatkan air minum dengan cara yang lebih mudah dan selesa. Ada air panas, sejuk dan suam lagi. Janganlah berkira untuk keperluan, make your life easier so that you can spend your time focusing to other important matters in your life.

RM75 sebulan.
RM2.50 sehari.

Tunggu apa lagi? Boleh klik link di bawah untuk terus whatsapp Husna ya 😄



Monday, October 2, 2017

Membentuk Anak Jadi Kuat dan Berani Tanpa Menyakiti Orang Lain

Jadi emak ni memang dilema sungguh. Kita nak ajar anak kita jadi baik, dalam masa yang sama nak anak kita jadi kuat dan berani juga. Macam mana kita nak bentuk anak kita menjadi seorang yang kuat, berani tanpa menjejaskan anak orang lain, dan menjadi seorang yang baik, lembut dan sabar tanpa membiarkan diri dijejaskan orang lain?

You know what I mean?

Anak anak aku ni, aku nampak mereka adalah dua kanak kanak yang suka berkawan, suka bermain dan sangat berpandangan baik pada orang lalu menyebabkan diri sendiri sering berada dalam keadaan tidak bersedia apabila disakiti. Kids will always be kids, tapi kalau balik balik budak yang sama je menyakiti anak aku, shouldn't I be worried?

Adam Muaz selalu sebut nama budak seorang ni, rakan sekelas yang aku namakan A sajalah.

"A tolak Adik sampai jatuh"
"A baling color pencil kat kepala Adik"

Dan paling kerap,

"A cekik Adik"

Cekik tu sampai tak boleh bernafas dan terbatuk batuk bila dilepaskan tau. I don't know about you, but I believed this is bad.

Honestly aku tak suka nak jadi emak yang menjengkelkan yang sikit sikit nak mengadu pada cikgu, tapi at one point aku perlu juga bertanya. Sebab aku tahu ada kemungkinan Adam Muaz hanya mahukan perhatian dan aku sedar Adam Muaz memang agak manja juga, tapi as a mother kalau you dah dengar cerita yang sama berulang kali dan hanya nama yang sama saja disebut, is it wrong for me to investigate? No kan.

So I asked the teacher, and apparently the teacher memang terus bersetuju yang A has been picking up on Adam Muaz quite frequently. Tapi yelah,

"Kadang kadang saya tak sempat nak larang, tengok tengok dah jatuh dah Adam Muaz. A tu memang lain macam sikit". Aduh 💆

So I decided to teach my children how to be, you know... harsh. We role-playing at home; Mommy jadi A, now Mommy cekik Adam Muaz, apa yang Adam Muaz perlu buat? Adam Muaz tolak tangan dia kuat kuat tau. Lepaskan leher dari dicekik tu lepas itu tolak A kuat kuat sampai dia jatuh. Daddy lagilah, suruh tumbuk muka A terus! 😱. Daddy dah lama geram sebenarnya. After a while, lama aku termenung fikir tentang pendekatan itu. Salah sebenarnya. It was wrong, I know. We should teach our children to be patient and compassionate, we should not teach our children to be violent. But really, macam mana you nak ajar your children to be strong without being violent at the same time? There's a thin line between that and it is NOT easy! Masa itu dalam hati aku rasa kecewanya dengan ibu bapa lain, you know kita nak anak kita jadi baik tapi BOLEH TAK YOU GUYS TOLONG AJAR ANAK ELOK ELOK  DAN JANGAN MENGGANAS KAT ANAK ORANG LAIN? Together we can make world a better place don't you think??

However, before my kids go savage to other people's children in the name of self-defense, I decided to contact A's parents. Because I have seen Adam Muaz mengamuk juga and things get very ugly, it will be devastating if he does that to other kids 'sebab Mommy Daddy ajar buat macam itu' 😑. I didn't know which one is the parent, so I sent a text in school's WhatsApp group.

"Assalamualaikum, maaf ganggu. Siapa A's mom harap boleh hubungi saya personally ya. Thank you"

Within few minutes, A's mom WhatsApp-ed me.

"Ya, saya A's mom. Ada apa ya?"

One thing I learnt, if you think that you're about to start a confrontation, NEVER PUT IT IN WRITING. So I decided to give her a call. I talked to her nicely, I apologized many times if I was being a pain but I just want the bad things to be stopped immediately. She was being a little bit defensive (it was expected and understood) but she promised to investigate.

Tomorrow, A didn't come to school.

The next day at night before we went to sleep Yusuf suddenly told me.

"Haa lupa nak bagitau Mommy. Tadi ayah A datang school nak jumpa Adik."

"Hah betul ke? Lepas tu?" I asked, obviously feeling so surprised.

"Aah ayah A datang, panggil Adik, lepas tu ayah A suruh A minta maaf"

"A minta maaf tak?" 

"Tak pun, tapi ayah dia yang minta maaf."

I looked at my husband and both of us looking shocked, obviously we both never see that coming. A few days after that masa H hantar anak anak ke sekolah terserempak dengan A's father lagi, and again, he apologized to my husband. It feels soo good and we were soo relieved that things are working that way, it takes a stronger person to apologize than to attack actually. 

Looking at that situation, we decided to give our children a very long lecture about how their behaviour will affect Mommy and Daddy as parents, 

"Pergi school belajar elok elok. Main elok elok. Jangan kacau kawan, jangan buat kawan sakit. Jangan buat kawan sedih. Sebab kalau Abang Adik buat macam itu nanti Mommy dengan Daddy terpaksa jumpa parents kawan untuk minta maaf.. Malu tau kalau anak naughty. Kesian Mommy Daddy.."

It works well, at least for now. I couldn't protect them all the time, so I know I still have to teach them how to be strong and stand for themselves. Perhaps some of you might think that I was being over-protective a little bit too much, manjakan anak dan sebagainya, "Eleh tak boleh sentuh langsung anak dia", but if you see how I teach my children a lesson if I caught them doing naughty things to other kids, even you will be scared too 😤. Nevertheless, I pray hard that my children will grow up being a good person, you know stronger physically and mentally but full of compassion at the same time. Sebab I sedar, as much as kita sedih anak kita dibuli orang, lebih sedih lagi kalau anak kita jadi pembuli sebenarnya. There must be something wrong with us if our children grow up being a violent person and enjoy hurting others. Nauzubillahiminzalik.


Thursday, September 28, 2017

Sorang Berapa?


Tengah mengadap laptop doing some accounting, suddenly teringat dah lama tak makan aiskrim. The kids are sleeping, definitely a perfect time for a scoop or two hehehe.

Aku buka freezer, keluarkan a tub of ice cream yang sudah lama tak disentuh, ambil sudu dan scoopkan sesudu ke dalam mug.

"Emm.. Sorang berapa ya?" Getusku dalam hati.

And I laughed. Gelak sorang sorang. Dah kahwin dan beranak pinak pun masih berkira 'sorang berapa'. Force of habits. Suddenly it brings back a lot of my childhood memory.

You know, kami adik beradik ramai. 4 lelaki dan 4 perempuan. My mother is a housewife and having 8 children yang sedang membesar, she needs a 'system' so that she can be fair to all of her children, in almost everything, particularly bab makan. We grew up pretty much with Mama's homecook; breakfast, lunch and dinner. Setiap kali masak, Mama memang akan kira dan masak dalam jumlah yang mencukupi untuk setiap anak anak. Jadi setiap kali dah tiba waktu makan, kami akan tengok lauk dan mesti ada seorang yang akan bertanya, "Sorang berapa, Ma?" 😂

"Sotong boleh ambil sorang berapa, Ma?"
"Telur puyuh boleh ambil sorang berapa, Ma?"
"Ayam ni sorang berapa, Ma?"

😂😂😂

Kadangkala untuk mengelakkan pergaduhan, Mama akan letakkan siap siap di dalam dulang, asingkan berapa ketul setiap seorang, dan setiap dari kami hanya akan makan bahagian kami sahaja tanpa ganggu bahagian orang lain. Cukup atau tidak, kenyang atau tidak, itulah bahagian kami. Kami adik beradik pula jenis kuat makan, Mama couldn't afford to buy all the 'side food' untuk menampung nafsu makan kami, jadi untuk minum petang Mama akan bake a bun filled with coconut, or sambal ikan bilis, atau buat kek je. And of course, sudah dibahagikan siap siap seorang dapat berapa biji 😂. The amazing thing about Mama is, she always do it nicely and it is always fair, you know kalau potong tembikai mesti sama saiz, potong kek pun sama saiz, daging sama besar SERIOUSLY HOW DID SHE DO THAT?? Even aku dah besar ni pun masih rasa kagum lagi sebab sampai sekarang aku tak pernah dapat potong tembikai in identical shapes 😑

Bila hujung minggu atau sebulan sekali, Kakna akan balik dari asrama dan akan bawa makanan yang 'extra special', usually a tub of ice cream. Biasanya Kakna akan bahagikan seorang dapat dalam 2 scoops macam itu, dan siapa yang berkelakuan baik akan dapat extra scoop of ice-cream. Sampai besar ni pun setiap kali nak makan ais krim dari tub mesti teringat kenangan tu.

It was really a bittersweet memory, bila aku masuk universiti dan bercerita tentang 'sorang berapa' ni pada kawan kawan, apparently tak ramai yang mengalaminya ketika waktu kecil ala boringnya takde geng yang memahami 😞. Perhaps it happened only in a big family, adik beradik yang ramai betul tak? Gosh I love my siblings. We are so close to each other and for me, my siblings are my bestfriends. We are not perfect, we have so many flaws as many other siblings but we always have each other's back. We were not born in silver spoon, our childhood are full of sweat, blood and tears but those are what make us who we are now. Together, we are still kids, we play and laugh so hard over silly jokes just like when we were young, dan paling best, kami semua berlumba lumba untuk menggembirakan Mama dan Baba. As a mother, sometimes I don't think I can cope with more children, but whenever I think about how much fun we siblings have when we were all grow up, it makes me want more 😍!


Our recent family gathering. Only one nephew was not around. 8 beradik bergabung meletop! 



Monday, September 18, 2017

HforHome: Wainscoting

The first moment we received our house key one year ago, tahu tak apa perkara pertama yang terus terlintas di fikiran aku? Selain monthly commitment yang makin bertambah 😑. Wainscoting! Dah lama weh berangan, setiap kali tengok drama orang putih memang sangat terpesona dengan interior rumah mereka walaupun simple je tapi wainscoting ni memang menaikkan seri secara drastik. Dulu aku tak tahu apa nama dia, dok Google la panelling la wall frame la, at last jumpa this term dan apparently dah ramai kontraktor kat Malaysia yang boleh buat dah.

I straightaway contacted several contractors at that time asking for quotation, and I was so surprised that the prices quoted were way beyond expectation! Sebab I was under impression that materialnya hanya kayu semata je kot apa yang mahal sangat? Then I found out that there are actually places yang jual all the solid woods untuk buat wainscoting ni without workmanship. You know, kita reka sendiri macam mana design wainscoting yang kita mahukan, kita ukur, bagi dimension kat suppliers tu, they'll send the materials and kita pasang sendiri. Memang boleh jimat banyak! Berhari hari jugalah dok study pasal wainscoting DIY and finally I decided to not give it a chance 😕. Tak berani weh nak jeopardize ruang tamu rumah baru buat benda yang kita tak pernah buat dan bukan kepakaran kita betul tak? So I decided untuk lupakan sekejap, kumpul duit dulu dan just go with the flow.

Until recently, lepas siap our kitchen cabinet (will blog about this later inshaaAllah) tiba tiba rasa macam eh dah ada budget! Then I bugged my husband to start with wainscoting pula, H kata nantilah dulu, pasang langsir dulu sebab wainscoting tak penting. WHAT??? THIS IS MY DREAM OF COURSE IT IS IMPORTANT!! 😠 Long story short, kami tetap proceed with wainscoting juga sebab kalau dah pasang langsir karang kena cabut juga sebab wainscoting ni akan involve painting juga, rosaklah langsir nanti. Whatever I said to justify myself.

My husband and I measured our living room area and then managed to obtain 3 quotations from different contractors who are willing to go to Nilai--most contractors only cover Klang Valley so my option was kind of limited. One reputable contractor quoted RM9000, another quoted RM7800, and the last one which I found randomly on Instagram quoted RM5200. Whatttt? I terus buat appointment with the latter on the nearest weekend because he needed to get the actual measurement for final quote. Okay good. Mungkin boleh dapat lagi murah hehehe, I said to myself. One can dream.

Sampai sampai, dia buat ukuran, lukis lukis sikit. Oh, ukuran yang aku bagi by WhatsApp tu salah rupanya. Macam mana entah kami ukur sebelum ini 😑. Lepas kira kira, dia kata harga sepatutnya RM7000. Alaaaaaaaaa. Mahal! Nego nego sikit, finally dapat RM6200.

Harga termasuk:
Supply and install of wainscoting (full wall)
Supply and painting of living room.
Harga cat putih atau cat warna lain pun sama je, so we choose to paint the wall Antique White.


Susah pilih dari color code macam ni, puas godek Pinterest untuk dapatkan gambaran. Masa tu rasa macam tawakal jelah Antique White, kalau tak suka few years later ubah la.

Lepas confirm harga dan dapat official quotation, they needed 50% deposit for preparation of material before coming over for installation.


Kerja mengukur. Senang sebab ada laser tu, itulah benda yang kami tak ada so susah kalau nak DIY. Renyah.


Inilah bendanya.


Lepas ukur, potong kayu, bentukkan frame dan sambungkan.


Frame yang dah disambungkan. Kalau nak DIY dia akan datang in many pieces dan kita perlu bentukkan sendiri framenya.


Lepas tu susun macam ini sebelum tampal dan pakukan pada dinding. Ini bahagian yang aku akan letak sofa nanti.



Depa start dengan wall atas dulu. Mula mula gam kan, lepas gam mereka akan paku untuk lebih kukuh.


Frame besar itulah tempat akan diletakkan sofa nanti. Oh ya before pasang ni you have to plan siap siap mana nak letak sofa, mana nak letak TV. Aku ni pun dah ter-missed out aircond area, mana entah nak letak aircond nanti.


Dari pandangan dapur; sebelah kiri dah siap. Esok sambung bahagian kanan pula.


Okay sambung kerja. Ini bahagian kanan dari pandangan dapur tadi, di sini akan diletakkan TV. 


Di sebelah kanan gambar ini yang ada chandelier itu adalah dining area.


Almost there.


Dah siap pasang sepenuhnya! Belum final touch lagi, aku memang check satu persatu panel tu untuk diperkemaskan menggunakan silicon. Sebab budak budak ni banyak terlepas pandang 😤. Ada yang dah cat pun aku suruh letak semula silicon dan mereka perlu cat semula. Haa kan dah double job.


Macam ni. Nampak kan gap kat tengah tengah tu?


Dan ini, sakit mata aku.


Ini lagilah, depa dah cat before letak silicon. Masa ni I keluar pergi makan, balik sini terus berleter panjang "Kan dah cakap jangan cat selagi tak silicon habis!" 

Memang setiap satu panel tu I belek kiri kanan atas bawah, taknak nampak sikit pun gap. Dah puas hati semua, baru mereka dibenarkan cat.


I chose Jotun Antique White (code 1016).


Masa mula mula depa cat ni I memang nervous sebab nampak cat macam warna simen je. 


Kan? Nampak macam warna simen je kan?

Tapi lepas siap satu dinding baru nampak rupa sebenar, berbunga bunga rasa hati. Alhamdulillah.


Ya Allah puasnya hati dengan warna ni! #dahlamateringin



Panoramic view dari pintu masuk


Panoramic view dari dapur.

After a constant nagging to both the contractor and my husband (tempat luahan perasaan), hasil akhir, memang sangat berpuas hati alhamdulillah. It took 4 days to finish everything from installation (2 days) to painting (2 days). Sebenarnya agak lama juga kalau nak diikutkan, but I have no other wainscoting experience to compare so I just have to live with it.

Masa I posted the photo on my social media last few days memang ramai yang tanya dan minta contact number. Here's the situation. I tak cakap that I do not recommend this contractor; from what I see is they are young (seriously muda semuanya dari bos hinggalah ke pekerja) dan most probably baru dalam business ini so banyak perkara perlu diperbaiki. They need full supervision from the beginning or perhaps memang I sendiri nervous nak tinggalkan takut depa buat tak macam yang I nak. Banyak perkara I perlu tegur, tapi bila ditegur tu mereka akan terus perbetulkan so that's a plus point. The most important thing is, their price is the cheapest among all so that might explains a lot. They have a lot of potential to grow and I really hope that they will improve in future so that they will succeed in this business.

Having said this, if you're looking for a reasonable price for wainscoting (kalau you taknak DIY lah), dan you jenis muka tebal dan berani untuk tegur setiap benda tak habis habis and being seen as a difficult client macam I (I am so different than my husband, my mom and my MIL; they will NEVER do that sebab 'taknak susahkan orang' even dengan maid pun mereka jarang tegur 😑), I can recommend this contractor to you in private.

So, wainscoting done. It's such a dream comes true. Please don't judge me sebab I memang dah lama sangat nak ada wainscoting ni 😂😂. What's next? Oh, pasang langsir as hubby's original plan 😍. See you in the next post!