Tuesday, October 31, 2017

Our KUMON Journey



Hi, sejak I posted kat Instagram a few months back about KUMON ni, memang ramai betul yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang buku KUMON ni.

Okay before that I nak cerita sikit. I started bagi my kids buat latihan menulis untuk subject Matematik ni since they were 3 years old. Alah masa tu belajar main main je, cara pegang pensel, then tracing numbers and alphabets. I beli banyak buku latihan untuk anak anak ni sebenarnya, cuma dulu masih bekerja di luar so tak dapat nak fokus sepenuhnya dan pembelajaran itu taklah berlaku secara rutin.

After a while I nampak Yusuf dah boleh mengira, dah boleh tambah tolak nombor besar besar dah so masa tu happy la rasa macam berkesan rupanya apa yang aku ajar. But then I realized, dia hanya boleh mengira secara fizikal sahaja. You know, guna jari ataupun kena draw. Contoh 9+8, dia akan draw 9 bulat bulat dan 8 bulat bulat lepas tu campurkan kedua duanya. Lepas ditegur, he improved to only draw 8 sahaja, 9 tu dah memang ada dalam otak. Still, masih perlu draw atau guna jari.

It was slow, bukanlah nak paksa jadi cepat sangat tapi pengiraan melalui lukisan memang membuang masa dan tenaga, lama lama dia jadi penat dan malas. Betul, sebab perkara yang mudah pun jadi susah. Kalau finger-counting pula adalah terhad pada 20 jari sahaja (termasuk jari kaki), haa kalau nombor besar besar macam mana?

One day I learn about KUMON. KUMON ni menggalakkan penggunaan otak secara maksimum. You know, because our brain capacity is unlimited! Especially otak anak kecil, depa lagilah senang faham dan senang serap ilmu jadi sayanglah kalau tidak digunakan sebaiknya. I Googled, I study dari Youtube, I survey KUMON class near me... Masa tu kuatnya perasaan nak hantar anak anak ke KUMON class lepas habis school. But something suddenly stopped me. Rasa belas kasihan. Kesian okay anak anak kecil lagi dah nak hantar ke kelas tuisyen! Gila ke aku nak jadi parents macam tu 😩 

Later I found out that KUMON exercise sheets tu ada dibukukan dan dijual di kedai buku rupanya. I decided to challenge myself, I'm going to teach my children myself. I can do this! 💪💪.

Esoknya kami ke Popular IOI Mall, cari sendiri buku KUMON. Tak jumpa, kami tanya cashier counter if there's KUMON section here, somebody came and guided us to KUMON section dalam tu. OMG, banyak okayyyyy series dia nak start dari mana ni! I focused on Mathematics, I focused on my children's age.

So we started with this:


Aku nampak ini, "Oh mungkin we should start from very basic". Tapi I tengok isi kandungannya, macam too basic for Ammar Yusuf. So I opted this only for Adam Muaz.


Kalau you confused, kat belakang ni ada some guidance on each series yang related. So boleh nampak anak you kat stage mana, lepas ini perlu beli buku apa, etc.


Okay I zoom sikit. Currently kami berada di series yang warna hijau. Adam Muaz sedang buat My Book of Simple Addition, Ammar Yusuf pula bermula dengan My Book of Addition.

Okay let me show you a peek of what's inside of these books, starting with My Book of Simple Addition.


Untuk page permulaan tu memang very basic, just to introduce numbers to the kids. Belajar aturan nombor, belajar tulis nombor melalui tracing. I think it is suitable for kids as early as 3 years old.


Buku ni nombor paling besar adalah 30. Lepas habis belajar aturan nombor, kita tengok dia ingat ke tidak dengan cara 'Find the missing numbers' ni.


Lepas tu it advances to basic addition. Bermula dari nombor kecil plus 1, hingga ke nombor besar. Tapi untuk peringkat awal ni semuanya plus 1 saja, you know just to get an idea of what's addition is all about.


Then it started to get serious. Lepas buat banyak pages sebelum ini, your children akan dapat buat addition ni dengan budah sebenarnya. This is current page for Adam Muaz. Besau kemain tulisan 😂

Now let's move to Ammar Yusuf's book pula.


My Book of Addition. I chose this because of the age range stated above. Suitable for 5, 6 & 7 years old eventhough dia tulis kat bawah tu that this book is to help your child learn how to add the numbers 1 through 9 only. 1 to 9 nampak macam sikit sangatkan untuk budak 6 tahun yang dah biasa kira huruf besar besar, but since my intention is nak ubah cara Yusuf ni mengira, I think I better start small.

I wasn't wrong anyway. This is the best book for him to start.


First page, alahai tambah 1 je. Takpe, sabar je buat. Awal awal ni Yusuf macam boring because it wasn't challenging. Tapi lama lama huruf makin besar, and it 'forces' him to use his brain more.


Bermula dari nombor yang kecil hingga maksimum nombor 9, your children will learn to count using ENTIRELY his brain throughout the exercise. I tak pernah nampak dia guna jari, tak perlu lagi nak melukis lukis. Yeah there were few mistakes sebab Yusuf ni tend to be clumsy, but he improved A LOT in only a few weeks! 

KUMON method ni, modus operandinya adalah soalan yang berulang ulang sampai anak kita jadi very familiar with the questions dan cekap untuk terus jawab tanpa perlu kira pun. You have to remember that our brain is limitless, there are so much potential in our children yang kita masih belum discover lagi and kita jangan underestimate their capability. 

Alhamdulillah I memang puas hati sangat dengan buku KUMON ni, I dah beli banyak buku latihan before and this is the best so far. Masa peringkat permulaan tu memang agak mencabar sikit walaupun soalannya senang, sebab kita nak switch method anak kita daripada guna physical-counting ubah ke brain-counting. But as time goes by, it gets easier dan anak anak pun jadi seronok untuk buat latihan. Seriously sekarang ni anak anak I buat latihan TANPA DISURUH! Sebab depa dah dapat rentak, dah dapat momentum, dah tahu cara yang betul, pantas dan tidak memenatkan. They really enjoy doing it even for Adam Muaz yang selama ini perlu dipujuk pujuk untuk buat latihan alhamdulillah.

Okay price-wise, perhaps a little bit pricey compared to usual exercise books. I beli dalam range harga RM31 ke RM35.90 setiap satu, tapi be smart lah. I beli masa Merdeka sales dapat 20%, lepas tu guna Popular membercard dapat additional 10%, so beli banyak pun takdelah sampai ratus ratus. I beli banyak lagi sebenarnya KUMON series, you know just for fun. 



Antara buku 'fun' yang aku beli 😝. Skema betul have fun dengan buku ni, but indeed, my kids are really having fun with these books. Dah habis buat dah pun semua, rasanya 2-3 hari je kot depa siapkan 1 buku sebab terlalu menyeronokkan sangat 😂😂 #nerdalert

So that's about it. Kalau you guys pergi kedai buku untuk beli ni make sure tanya kat mana KUMON section sebab ramai yang PM I kata tak jumpa pun kat banyak kedai buku. Perhaps ianya tersorok somewhere, or merely sold out due to high demand. Kalau tak jumpa sangat boleh order je kat MPH online, I ada jumpa juga a few KUMON series dalam tu.

Hope this post helps, good luck with your KUMON journey! 💗





1 comment:

  1. Haritu terfikir nak hantar my aisyah to kumon, tapi ended up hantar art class kat global art. Coz i thought maths boleh ajar sendiri..which i'm currently doing bit not too consistent. Byk buku kumon ni kat borders the curve damansara. Expensive books they are

    ReplyDelete