Sunday, February 28, 2010

Entri paling banyak gambar pernah saya buat, harap boleh memberi 'sesuatu' kepada kita semua..









So apa lagi alasan kita yang hidup serba selesa dan mempunyai masa yang cukup terluang ini?
Oh Husna, kau memang lemah... *sob sob*





Saturday, February 20, 2010

Kisah Klasik Masa Silam

Borak2 dengan Mama, Baba dan Kakak aku tadi. Aku yang paling kecil lah. Jadi anak manja lah tadi.........

Dah blahh! Manja kejadahnya, bila bukak cerita pasal masa kecil2, dah tentulah aku yang menjadi bahan ketawa. Segalanya bermula bila Baba tanya pasal satu teka-teki dalam majalah apa entah, then masuklah cerita masa kecil2 dulu. Dulu kami adik beradik suka saling bercerita dan main teka-teki. One day Mama bagi satu soalan..

"Dalam rumah ni, apa benda yang paling lama??"

Kakak2 dan abang2 aku teka macam2lah termasuk periuk nasi, rak buku lama dan pelbagai lagi. Aku yang masa tu masih kecil tanpa rasa bersalah menyebut, "Baba la yang paling lama..." Kakak abang aku semua ketawa tapi Mama cepat2 tutup mulut aku, "Kau ni karang Baba dengar terasa pula.." Jawapan teka-teki itu adalah kerusi rotan di rumah kami ni, yang wujud sejak zaman bujang Baba lagi. Haha.. Sedap je aku teka Baba jawapannya. Kecil2 lagi dah mulut lepas.. Nak rahsia2 konon, rupanya Baba dah tau. Punyalah Baba ungkit sampai sekarang..

Dulu masa aku kecil mulut becok betul, kadang2 Mama malas nak layan. Masa aku darjah satu Mama kena isi satu borang apa entah, borang buku teks rasanya. Pekerjaan ibu ditulis suri rumah. Aku dengan muka penuh curiosity bertanya, "Suri rumah tu apa Ma?". Mama yang keletihan pun menjawab, "Suri rumah tu permaisuri". Aku percayalah. Bila di sekolah cikgu tanya ibu kerja apa, aku dengan yakinnya menjawab, "Permaisuri".. Balik rumah punya bising mulut aku marah Mama sebab tipu aku.. T_T

Then dulu masa aku umur 6 tahun, Man baru 4 tahun. Aku teringin nak bawa Man naik basikal aku tapi Mama tak bagi sebab aku bawa basikal gila punya laju. Last2 aku bawa anak patungku. Aku dulu ada satu anak patung gemok gila, nama dia Ucop Bol, rempit tak nama? (-_-"). Aku kepit kat carier belakang basikal dan bawa laju gila keliling kampung. Dua tiga orang jugalah yang menegur, "Bawa adik jalan2 ke??". Aku hanya tersenyum bangga. Bila dah besar macam ni barulah aku tahu betapa memalukannya perbuatan aku tu T_T

Dah2 cukuplah kisah silam yang memalukan. Tapikan.. Kalau nak kira kisah masa kecil yang memalukan, aku rasa Oyah la juaranya. Kejadian ngeri itu berlaku masa aku Tingkatan Dua dan Oyah pula berumur 6 tahun. Aku masa tu tengah tunggu bas bersama rakan2 nak pergi sekolah. Ketika itu, biasalah Tingkatan Dua memang permulaan zaman tunjuk cool/control ayu/bajet best/dan sebagainya. Zaman baru nak kenal dunia. Zaman baru nak start menggeletis bagai. Aku masa tu tengah ketawa2 dengan kawan-kawan, tiba2 dari jauh nampak Baba jalan kaki pegang tangan Oyah ke arah kami, sebab sebelah bus stop tu ada tempat menjual suratkhabar. Nak beli paper la tu. Aku ok je. Bila dah dekat baru aku nampak Oyah pakai something macam anting2 kat telinga dia. Bila dekat lagi barulah jelas kelihatan, anting2 itu adalah penyepit baju yang warna-warni yang orang guna untuk sidai kain tu.. Dah lah panjang bersambung2 pula tu! Waaa~~!! Cuba bayangkan budak kecik rambut kerinting pakai penyepit baju bersambung2 kat telinga. Gila jatuh kemachoanku di depan rakan2..! T__T Baba pula boleh selamba bawa dia jalan2 macam tu, dah malas nak layan agaknya. Dulu pernah juga Baba bawa Oyah jalan2 naik motor, dengan Oyah pakai gaun pink tapi pakai songkok T_T Sabar jelah aku..

Dah2, nak packing ni. Esok dah la flight pagi. Nasib baik Ja kesayanganku sudi bangun awal di hari Ahad untuk menghantarku ke airport.

Gambar untuk hari ini;


Wedding Atenk & Lynn lagi. This time majlis di pihak Atenk pula. Seryes aku lupa majlis beliau hari ni. Ingatkan esok sebab last week pun Lynn buat on Sunday. Hanya teringat bila tiba2 dapat sms dari Atenk, "Una, datang tau majlis aku hari ni!". Aku datang dengan Ja (perlu ke pakai baju sama dengan ai??) since Encik Hanis ada kelas petang tadi.

Beliau habis kelas awal pula, so ajak minum2 kat Oldtown Taman Melati.
Encik Hanis: Kau asal kau nampak cantik je terus masuk blog kan? Tak fikir muka aku buruk ke, gambar aku separuh ke...

**Sila baca dialog Encik Hanis dengan gaya bapak2 yang berleter anak tak lulus periksa**





Thursday, February 18, 2010

Macam2 nak cerita ni.. Kalau penat baca boleh sambung esok je ok.

Guys, promote kejap. Saya sekarang sedang membaca novel baru KakNa beli, False Impression by Jeffrey Archer. Mama yang beria2 suruh saya baca ni, saya baru baca 2 chapters, gila la saspen!! Berdebar2 betul saya, tak makan pun tak apa sebab nak tau apa yang terjadi selanjutnya. Ok below saya write down summary kat belakang buku ni ok..

An old lady is brutally murdered the night before 9/11..

A New York banker receives a woman's left ear in the morning post..
A top-notch lawyer works for only one client.. but never charges a fee..
A professional young woman steals a Van Gogh.. but she isn't a thief..
An Olympic gymnast is paid a million dollars.. but has no bank account..
An honours graduate inherits a fortune.. but works as a temp..
A Japanese steel magnate gives $50 million to a woman he's only met once..

... and a senior FBI agent is trying to work out the connection between these seven apparently innocent individuals..

See, summary belakang pun dah menarik kan? Korang bacalah ni, seryes tak rugi! Mama dalam pada kena memasak membasuh bagai, boleh habiskan baca novel ni dalam 2 hari je sebab thrill sangat dengan jalan cerita. Mama memang suka cerita2 macam ni. Tengoklah favourite shows beliau, CSI, NCIS, Criminal Minds.. Semua pun yang siri penyiasatan. Padanlah saya kalau nak kelentong apa2 memang tak pernah berjaya, sebab Mama dah belajar cara2 menyiasat dari cerita2 kat TV rupanya (T_T).

Ok tadi balik kerja saya bawa Kakak, Oyah, Aina & Aicha pergi playground. Oyah & Kakak ikut untuk teman saya berjoging. Encik AJ Nismihan yang selalu kutuk saya tak joging, silalah kagum dengan kesungguhan saya sekarang. Heh heh..

Kiri: Saya yang baru sampai, semangat je lebih. Kakak dah kena tinggal kat belakang. Keh keh.
Kanan: Oyah tengah buat senaman kaki kot. Tak tau apa jadah nama benda tu.

Kiri: Ni namanya cycling machine. Tak machine mana pun, punya kuat bunyi besi dia berpusing.
Kanan: Benda ni namanya vibrator. Memang bergegar semua lemak2 la naik atas ni. Erm.. Gegaran tu dilakukan secara manual. Maknanya aku la gegarkan sendiri (T_T)

Kiri: Kakak sangat bersemangat di atas treadmill (betul ke eja?)
Kanan: Saya yang hanya bersemangat selama 5 minit. Lepas tu manjang main je (-_-")


Kami! Kasut Adidas ku yang baru dipakai sebanyak 5 kali masih terserlah ke'baru'annya. Heh heh :P


Balik2 joging, sedang saya melepak2 bergosipan dengan my sisters, suddenly my boss call.

Boss: Husna, this Monday you habis meeting kat KK tu pukul berapa ya?
Saya: Meeting petang tu start 2.30, habis around 5 kot. Kenapa?
Boss: Ok macam ni, you sms me your fullname together with your IC number. I nak purchase your flight ticket to Kuching this Monday evening. You kena pergi sana tau, i need you to see somebody there. Flight ticket you balik KL on Tuesday tu kira burn je laa...

Ok here's the thing, saya ada dua meeting di KK next week on Monday, pagi dan petang. Then saya dah beli tiket from KK to KL on the next day. Tak kisahlah burn tiket tu pun, everything is claimable. Tapi saya tak pernah pergi Sarawak, ALONE evenworse! Ok no, its not going to be worse, please don't exaggerate. Ok2 chill. Cepat2 saya mesej Encik Hanis bagitahu, because he just came back from Kuching this evening so beliau mungkin dah tahu selok belok Kuching tu serba sedikit. Boss pula awal2 dah cakap, "Nak ajak Hanis teman boleh je, but on his own cost la.. Hehehe.." Boss pandai bergurau rupanya (-_-"). Nevertheless, nobody will pick me up there. So Encik Hanis dah contact dengan orang taxi kat sana to fetch me from the airport on Monday. Entah siapa la pakcik taxi tu, dah jadi kawan Encik Hanis pula sekarang. Alaaa.. Dah la dengar cerita Sarawak ni tak besttt.. Orangnya tak friendly, nak cari makanan halal pun susah.. Ceh, belum pergi lagi dah assume macam2..





Tuesday, February 16, 2010

One step at a time, i'm overwhelmed with gratitude :)

Ok, a quick update memandangkan Aina tengah bertenggek kat tepi tunggu turn nak main game Dora the Explorer (-_-")

Last Sunday saya, Oyah dan Encik Hanis travel to Muar untuk attend wedding Lynn and Atenk. Malas nak cerita banyak, sila baca blog Chepah untuk keseluruhan gambar dan cerita. One thing for sure, Lynn sangat cantik as usual :)

Gambar2 tambahan;
Kiri: Oyah yang dah mula menunjukkan tanda2 akan melangkah bendul.
Kanan: Me with Lynn the beautiful. Sumpah baju pink tu buat aku nampak gemok gila okk!
Cik Husna: Ai makan comot ke?
Encik Hanis: Yu comot macam mana pun tetap nampak cantik di mata ai :D

And... The next day.. Ehem.. Encik Hanis ajak join Family Day keluarga beliau (betul ke ayat aku ni??). Kalau dah nama Family Day tu, dah tentulah satu family sanak saudara semua ada! Gila nervous betul saya.. Considering how ignorant he is in this matter all this while, being invited to join his family's event is something extraordinary for me. Unlike most couple these days, bukanlah satu kebiasaan pada kami untuk sesuka hati berkunjung melepak di rumah keluarga masing2 sebelum ada apa2 ikatan. Sebab pernah terjadi pada salah seorang kawan rapat saya yang kerap sangat berkunjung ke rumah keluarga teman lelakinya, mungkin niat beliau untuk berkenal-kenalan secara rapat, sekali rupa2nya perbuatan itu kurang disenangi ibu lelaki tersebut without she knowing it. Trauma la dengar cerita tu.. (T_T). Hmm.. No comment kot.. By the way, the moment he called me, pukul 930 pagi..

"Ish, baru bangun ke? Siap cepat. Saya nak bawa awak balik kampung ni, ada family day"

Saya balas, "Kejap2, nak bangun." Dalam keadaan terpisat2 saya mumbling, "Oh, saya mimpi rupanya.. Nasib baik.."

"Awak tak mimpi laaaaahhhh! Tak percaya cuba cakap dengan Nadia, dia yang cakap dengan Umi tadi"

Well, Nadia adalah adik perempuan beliau, umur 20 tahun, cantik, pandai menjahit, sudah berpunya. Eh kenapa saya bagitahu ni? Hikhik :D

Lepas saya cakap dengan Nadia terus saya kelam kabut gerak Oyah untuk tolong saya cari baju. Hampir saja saya nak suruh Oyah menyamar jadi saya untuk menghadiri majlis tu. Tapi memikirkan kalau tiba2 parents Encik Hanis berkenan pula dengan Oyah yang sangat ayu dan lemah gemalai, terbayang2 saya terpaksa ganti tempat Oyah ambil SPM sebab dia dah ganti tempat saya jadi engineer, terbayang pula tiba2 Encik Hanis panggil Oyah Sayang dan panggil saya Kak Una.... Aaaaaaahhh.. Saya pun pergi jelah sebagai diri saya yang sebenarnya.. Tak prepare apa2 pun.. Betul2 saya menjadi diri sendiri ketika itu. Eh tipu, kalau betul2 nak jadi diri saya yang sebenar biasanya hari2 cuti macam tu pukul 12 tengahari pun masih belum mandi lagi. Macam buat hal pula pergi rumah orang tak mandi..

Apa2 pun, saya bahagia sangat sekarang :) I don't expect much to be perfectly honest, but what i have received is way better than what i've expected. I feel soo blessed.. Thank God. For the moment i've decided to just go with the flow, enjoy every single moment contentedly, and cherish the love wholeheartedly...



*Pehal lak aku senyum sorang2 ni?? Duhh.. Tak macho betul..*


Saturday, February 13, 2010

Eating is my middle name. Iskk.. (T_T)

Yeah, selepas berlalu seminggu yang agak tense (hell yeah, aku tiap2 minggu pun konon sangat stress), tadi Kakna ajak lunch date beramai2. Beliau bagi 3 pilihan. Chili's, TGI Friday's, or Victoria Station. Saya dah terkinja2 cakap nak Victoria Station sebab tak pernah lagi makan situ. Yang lain dah biasa dah. Cehhhh.. Mungkin dah terkeliru dengan kedai mamak Maulana sebelah office yang menjadi tempat lunch tiap2 hari tu dengan Chili's/TGI Friday's, dah kena mandrem dengan mamak agaknya. Tapi disebabkan keadaan trafik di tengah2 bandar tidak mengizinkan, last2 kami pergi TGI je, at Wangsa Walk. Apa tu? Tak pernah dengar ponnn.. Kakna dah sound, "Kau ingat Wangsa Walk tu tak gempak ke?" Maka pergilah 2 kereta. Dulu masa saiz badan Oyah masih munasabah, kami boleh je ramai2 sumbat dalam MPV Kakna, sekarang terpaksa naik kereta asing2. Keh keh :P (Mesti anda rasa sangat teringin nak hadiahkan saya sebuah cermin supaya sedar diri kan?)

Aksi gedik minta penampar begini sangat harus dilakukan di masa terluang.

The girls with the kids. Makan sampai lupa diri. Heh heh :P

Gambar makanan? Tak payah lah. Macamlah aku sorang je yang pernah pergi TGI Friday's sampai nak tunjuk gambar makanan bagai.. Habis makan kami beramai2 ke kedai buku Popular. Gempak jadahnya Wangsa Walk, MPH pun takde. *Ayat cari pasal dengan Kakna.* Kami kalau hangout ke mana2 memang sangat wajib singgah ke kedai buku. Best tau! Tapi this time saya tak beli apa2 pun, sebab baru2 ni ada sampai parcel ke rumah, Kakna baru beli 6 buah novel secara online dari MPH. Gila sampai juling2 mata buntangku membaca tiap2 malam. Nasib baik ada kakak yang rajin membeli buku. Nak harapkan saya? Apalah sangat gaji saya yang tak seberapa tu, jangankan nak beli buku, nak beli BlackBerry pun tak mampu. Eh macam tak ada kaitan je :P

Nampak tak selipar pink Aicha yang besar gaban tu? Kakna terlupa nak bawa selipar dia asalnya, kalau nak didukung sentiasa budak berumur 3 tahun ni macam tak masuk akal pula, lenguh cik kak oi! So terpaksalah beli selipar baru. Tak ada saiz. Belasah jelah! Dari jauh jalan dah nampak selipar. Haha..

Pikatlah hatiku? Mungkin ayat yang lebih sesuai adalah "Sepaklah diriku"

So tadi lepas ke Wangsa Walk saya ke Jusco pula. Nak cari hadiah untuk wedding Atenk dan Lynn esok. Gila la saya thrill betul dengan perkahwinan ni! Sebagai orang yang bersama2 menyatukan mereka 5 tahun dahulu, setelah pelbagai rajuk nangis, gelak tawa.. Akhirnya... Tsskk.. Sebak hatiku.. Sweeeeet sangat dua-dua orang ni! Saya merancang nak menulis warkah panjang lebar untuk kedua-dua kawan baik saya ni sempena perkahwinan mereka, tapi sekarang rasa ngantuk pula. Esok nak kena bangun pagi, nak gerak awal dari rumah. Ikut jadual mereka nikah pukul 9 pagi esok. Macamkan aku ni tok kadi pula nak sibuk2 ada kat sana masa nikah. Tahniah guys! You are sooooo meant for each other! :)

Lots of love,
Una.

(Sejak bila pula aku ada kata2 penutup macam ni? Adakah dengan niat nak menunjukkan my softer side? Haha.. Dah2. Kalau macam ni sampai esok pun tak habis lagi taip..)


Thursday, February 11, 2010

The best is yet to come :)

Hari ni birthday Boss. Party planner diketuai Abang Zack sejak semalam lagi dah merancang. Tapi tak beria mana la, bak kata Sha, "Kalau kita beria2 sangat kantoi la kita tak buat kerja, asyik main je." Haha.. Sengal minah ni.. Makanan2 semua basically diuruskan oleh Abang Zack dan orang2 admin yang diketuai Kak Ziela secretary bos. Saya? Apa lagi? Jadi tukang makan laaa :) Selain tu saya juga disuruh tulis kata2 kat whiteboard.

Mula2 Encik Hanis yang tulis sebab semua orang cakap tulisan beliau di whiteboard nampak cantik (ayat bodek supaya dia tulis, semua orang malu2 nak tulis). Sha pula lukis gambar belon. Sekali Abang Zack datang, terus kutuk tulisan Encik Hanis. Kutuk gila2 pulak tu. Lepas tu Abang Zack konfiden je padam dan tulis yang lain. Lagi la tak cantik! (-_-") Bila tengok semua orang sangat disable, saya pula ditolak2 untuk tulis. Aku ni dah la tangan bengkok. Memang haram tak kreatif langsung! Duhh. Tapi konfiden kena ada la kaann.. Hasilnya..


Ni pun puas kena kutuk.
Kenapa B dia gemok?
Kenapa S tak sama besar?
Kenapa A tangkai panjang sangat?
Pengkritik tetap: Abang Zack, Encik Hanis, Sha.. (Nak je aku tumbuk sorang2..)
Bos Safian yang pakai baju jalur2. Sampai tutup lampu bagai nak buat surprise. Masa ni gelap gila sebenarnya tau. Camera flash yang membuatkan suasana nampak terang..
Perlu ke Abang Zack, Encik Lan and Encik Hanis pakai baju sama? (-_-")
Apa2 pun, Happy Birthday Boss!

Ehem2.. Dengar cerita bonus keluar esok? :) Then Tan Sri nak bagi angpau lagi kaann..? Ngeh3..
Yesterday i have finished all my tasks, tasks yang makan masa berbulan2 lantaran karenah pelbagai pihak dan prosedur yang merumitkan. Rasa lega gila lepas submit. The moment i present everything to the boss, lama betul he let me stay and borak2.. He seemed happy with everything yang dah selesai. Beliau himself rasa lega. Seryes sakit kepala aku cakap kaauu.. Stress macam apa je.. Now everything on my part almost dah settle, so sekarang turn site engineer la berhempas pulas. Saya mungkin ada banyak task lain bos nak bagi, and kena tolong2 my manager la. Whatever pun, rasa makin bersemangat je. My boss cakap once in a while beliau akan hantar saya to the site for a week macam tu, to learn, to observe, so that my value will be higher. Senyum lebar saya masa tu :) Sonok la! Saya suka pergi site.. Ni yang makin excited ni :D





Tuesday, February 9, 2010

Melancholic

When the happiness is slowly fading..
When the hero gives in..
When she finally realized the fairytales lovestory is no longer exist..
.....


Well, it was raining very heavily outside.
I drove my way home empty-heartedly.
The wipers are broken i could barely see in front.
But i couldn't care much of it.



Tears stream down my face...



Is everything will get better if i stay..?





.....
Ok enough crying.
Got a lot better things to do.

Saturday, February 6, 2010

Sabtu yang best! :)

Biasanya hari Sabtu memang hari yang menjengkelkan untuk bekerja. Yelah, semua orang sedap berehat2 di hari minggu kita masih kena bangun pagi untuk bekerja. Nak buat macam mana. Tuntutan kerjaya. Cehh..

Taaapiii... Hari ni sangat best! Bos Ruslan bagi kasut Crocs laaa :) Oyah sila jangan jeles. Ai ada Crocs ori tauu~! :P Asalnya beliau beli untuk his wife. Tapi sayangnya tak muat. Try pada Sha since she's in the same size as my boss' wife, size 8 mind you. Sha pun tak muat. Macam ketat je. So dah memang rezeki saya la kot. Kaki saya saiz 6, longgar sikit but bila berjalan ok je la. Memang biasa saya dengar dari pemakai2 Crocs macam Abang Zack & Encik Hanis, kalau nak beli Crocs kena beli one size larger baru selesa. So mine now is two sizes larger, agak longgar tapi ok la..

Seronok ni :)

Dulu pernah nak beli before fly to Sandakan, konon untuk pakai masuk hutan. So carilah around KLCC sana dengan Encik Hanis. Mabuk agaknya nak pakai Crocs masuk hutan. Tapi i cancel when i finally came to my sense that wearing Crocs in the jungle is totally absurd. Duhh.. Then i changed my mind to Dr. Cardin or Black Hammer shoes, better untuk aktiviti2 lasak macam tu. Tapi rasa sangat maskulin pula pakai kasut brand macam tu.. Tak beli pun lagi, mahal gila! Tunggu ada duit sikit nanti kot. Masuk site pun sekali sekala, berbaloi tak nak beli kasut mahal2??

Dari sehari ke sehari nak beli, tapi tak ada masa nak keluar sangat la. Orang kata Crocs ni super-confortable, but somehow kalau nak cakap pasal kasut yang comfortable ni i prefer Clarks. Boleh pakai dengan baju kurung. Tapi Oyah cakap cikgu2 dia ramai pakai Crocs dengan baju kurung. Apakah?? Ke memang biasa cuma aku yang tak tahu??

Anyway, this is my new shoes. Thanks boss! Patut la masa habis meeting semalam beliau tiba2 tanya saya pakai kasut saiz berapa :P

Ok selingan jap.

Encik Hanis dalam proses nak quit smoking sekarang. He bought one type of chewing gum at the pharmacy, quite costly i think, that he can chew whenever he feels like smoking. Even so, he's still struggling to death to resist the temptation, especially masa lepas makan. Kesian pula tengok, but it is for his own good. Macam lemah je nak buat kerja dok sangap sangat dengan benda alah tu. Korang ada good suggestion tak on how to overcome his addict of smoking? And biasanya ambil masa berapa lama ya baru boleh totally recover? (Sebut recover macam penyakit membawa maut je. Tapi betul what? Merokok membawa maut tauu!). Evenmore with this kind of working environment, memang susah sikit nak berhenti. Just bayangkan almost everyone dalam company ni smoking. Kan sini lebih lelaki dari perempuan.. *sigh*


Friday, February 5, 2010

Kisah licik semasa kecil (untuk bacaan 12 tahun ke atas sahaja)

Semalam lepas Maghrib Kakna datang rumah bersama2 anak-anak lelaki beliau untuk jemput Aina dan Asha. Masuk-masuk rumah je all the boys berkerumun depan laptop main game. Kakna apa lagi, "Korang ni dah sembahyang belum ni? Mummy cakap apa tadii??!" Bertempiaran anak-anak dia lari ke bilik air untuk ambil wudhu'. Ipan je yang jalan lenggang lenggok sambil mengomel memuncung. "Hari ni dah dua kali dah Ipan sembahyang..."

Tiba-tiba teringat zaman kami kecil2 dulu. Dulu Mama garang, seryes garang. Sebut je apa yang aku tak pernah rasa. Hanger? Rotan? Pembaris? Getah paip? Semua aku dah rasa bro. So korang boleh bayangkan betapa garangnya mama dan betapa nakalnya aku ni T_T. Aku memang rebel, betul. Mama cakap antara anak-anak perempuan akulah yang semasa kecil paling tak mendengar kata dan paling petah melawan. Ingat lagi dulu pernah aku kena rotan lepas tu aku konon-konon berdoa (tapi cakap kuat-kuat), "Ya Allah, jumpakan lah saya dengan ibu kandung saya.. Saya nak ibu kandung saya.." (-___-). Maka tak hairanlah segala benda alah pernah hinggap di tubuh gebu aku ni. Ngeh2.. Gebu la sangat.. Jangan kata Mama, Baba yang sangat penyabar dan softspoken tu pun pernah rotan aku, sebabnya aku main-main air kat rumah jiran sampai habis satu tong besar air simpanan, masa satu kampung tengah musim kemarau tak ada air. So boleh bayangkan la betapa buasnya aku sampai baba pun hilang sabar T_T

Ok balik pada cerita pasal sembahyang tadi. Aku sejak umur 5 tahun dah diajar bersembahyang. Masa tu apalah yang aku tahu tentang sembahyang, sekadar ikut orang lepas tu mulut terkumat kamit bunyi 'psst psssst'. Sebab aku tengok orang sembahyang ada bunyi macam tu so aku ikut je la. Bila umur 8-9 tahun Mama kalau nampak aku mengadap TV atau terbongkang main Brick Game (korang ada tak game ni dulu?), memang tak ada lain la Mama tanya. "Dah sembahyang ke belum?" Kalau 8 kali lalu memang 8 kali la soalan tu saya dengar. Tapi memang takkan pernah sampai 8 kali la, sebab masuk kali ketiga je memang merasa la penangan hanger kat belakang.

One day aku main askar-askar dengan abang yang tua 2 tahun dari aku. Ala game yang susun askar kecil2 pastu serang tu. Dari pagi sampai dekat pukul 3 aku duduk dengan dia, tak berganjak pun. Tiba-tiba Mama tanya abang dah sembahyang ke belum. Dia muka selamba cakap dah. Padahal masa tu aku yakin gila dia belum lagi, sebab sepanjang masa dia dengan aku. Lepas Mama tanya dia, Mama tanya aku pula. Aku dengan berdebar-debar mengangguk. Mama percaya lah! Gila teruja betul! Rasa macam kagum dengan abangku yang ketika itu menjadi idolaku.

So dari situ aku yang nakal/rebel/licik ni mulalah guna idea tu setiap kali Mama tanya. Tapi yang peliknya kalau aku la yang tipu mesti tak berjaya. Ada sekali tu Mama tau pula susunan telekung aku tak berubah pun, memang mendapat la aku. Menyesal tipu, tapi kejap je laa.. Lepas tu aku dah pandai sikit. Kalau Mama suruh sembahyang je aku akan duduk lama dalam bilik then ubah kedudukan telekung. 2-3 kali berjaya la. One day Mama tanya lepas tu siap cek lengan, telinga, dahi, rasa basah ke tak, bila kering je memang kantoi la aku tak ambil wudhu' dan tak sembahyang. Memang biru betis gebuku kena cubit lepas tu kann.. Masa tu jiwa memberontak aku berkata, " Selagi kesan biru ni tak hilang, aku takkan cakap dengan Mama..." Demikian pendirian tegas budak 8 tahun. Memang banyak lagilah trick kejiku gara-gara malas sembahyang, siap pakat2 dengan adik aku lagi, "Man kalau Mama tanya cakap aku dah sembahyang tauu!" So bila Mama tanya cepat je aku jawab, "Dah la, tak caya tanya Man". So konon ada saksi, Mama percayalah. Entah apa-apa aku ni. Bila fikir balik sekarang daripada aku sibuk memerah otak fikir macam mana nak mengelat, siap kumpul alibi bagai, kan senang kalau aku sembahyang je, bukan susah pun kan?? Bukan ambil masa lama pun kaann? Tapi yang bagusnya, seawal umur 7 tahun aku dah tahu semua bacaan dalam sembahyang. So one day Mama suruh aku sembahyang depan beliau, dan baca kuat2 setiap bacaan, sekadar untuk memastikan yang aku tahu semuanya. Bahagian tu Mama nampak agak berpuas hati. Heh heh..

Bila masuk sekolah menengah, aku dah pandai fikir sendiri. Maybe sebab dah baligh kot, dah faham dosa tanggung sendiri. So dah tak perlu tunggu kena sergah dengan Mama baru nak sembahyang. Mama pun dah tak payah nak cari bukti betul ke aku dah sembahyang. Masa di universiti duduk rumah sewa borak-borak dengan housemates, ramai rupanya yang macam aku ni, tipu-tipu sembahyang masa kecil. Dan banyak lagi trick-trick yang tak terfikir oleh otak kecil aku dulu. Haha.. Teruk, aku tahu. Adik-adik jangan ikut tau contoh tak baik ni.. :P

Sembahyang itu satu kewajipan, bukan satu pilihan yang boleh dibuat bila senang dan boleh ditinggal bila sibuk. Aku bukanlah baik sangat, ada kalanya terlepas juga waktu sembahyang. Tapi selagi boleh cukupkanlah 5 kali sehari semalam, bukan susah pun. Aku pelik dengan orang yang boleh tidur lena dengan seharian tak sembahyang, tak takut ke kalau kau terus tertidur buat selama-lamanya. Matilah engkau tanpa solat. Huhu.. Ngeri. Kalau ikut hukum, anak perempuan kalau dah 10 tahun masih tak bersolat dah wajib dirotani, manakala anak lelaki 7 tahun. So fahamlah aku kenapa saya kena rotan masa kecil dulu (selain dari sebab aku langgar anak jiran naik basikal. Dah nampak aku nak lalu, yang kau pandai sangat mendepakan tangan halang-halang kenapa? Kan dah penyek kena lenyek.. Haha.. Tebal muka Mama pergi rumah Cik Limah minta maaf..)

Aku teruk, aku jauh dari sempurna, aku penuh cacat cela yang perlu diperbaiki. Tapi tak salah untuk kita saling ingat-mengingati kan? :)


P.S: So kalau dah kahwin nanti, anak2 takkan boleh nak tipu-tipu sembahyang, sebab Mummy dia ni dah tau dah semua trick-trick licik. Keh keh keh..