Friday, October 30, 2015

About Loving Yourselves


I read this and I felt a sudden pinch in my heart.

Why, woman? Why did you do that to yourself?

Banyak betul baca kisah sebegini, kisah pasangan yang mana seorang lebih 'berusaha' berbanding seorang lagi. The ugly truth is, in a relationship, there's always one person who loves more than the other, and the one who loves less, controls the relationship. Now think again, sekarang ni you berada dalam kelompok mana?

For me, it doesn't mean that you should love your partner less, but it's about loving yourselves more. It's just sad that ramai wanita yang terlalu devoted untuk mencintai hingga mengorbankan diri. Perasan tak, kalau baca luahan hati isteri tentang suami yang jahat/curang/kaki pukul/pemalas/kedekut dan sebagainya, almost always mesti ada ayat isteri yang berbunyi lebih kurang, "Segala perbelanjaan rumah, saya yang tanggung", atau "Dah banyak kali saya tangkap dia main cinta dengan perempuan lain, saya maafkan"... nampak tak?

Pengorbanan yang sebenarnya tidak perlu. Yang mendorong untuk diambil kesempatan. Yang jarang sekali dihargai. Apa sahaja tanggungjawab suami dan isteri yang telah ditetapkan dalam agama, mestilah ada sebab musababnya. Tanggungjawab suami, cuba biar suami yang laksanakan. Kita hanya membantu jika perlu, bukan kita ambil terus tanggungjawab itu.

Cuba sayang diri itu lebih sedikit. Apa yang aku nampak, wanita yang 'mahal', yang menghargai diri sendiri dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, biasanya memang akan menghasilkan hubungan suami isteri yang lebih menarik dan jarang sekali ditindas atau diambil kesempatan berbanding wanita yang 'terlalu mudah memberi', terlalu selfless dan tiada keyakinan diri.

Don't stuck yourselves in abusive relationships. That's not love. Bila kita rasa kita sentiasa tidak memuaskan hati pasangan, bila kita constantly risau akan ditinggalkan, bila bersama dengannya membuatkan kita rasa rendah diri dan insecure, bila nisbah kesedihan mengatasi kegembiraan, bila menyayangi seseorang membuatkan kita rasa sangat pathetic, tidak dilindungi dan menyebabkan kehidupan kita sangat sempit dan susah; no, that's not love.

Love is; when you see the best of you inside his eyes, when you feel like you're the smartest, the prettiest and the happiest person when your partner is around, that's true love. True love will lift you up instead of bringing you down, true love akan mendorong kita untuk maju dan berjaya (dunia akhirat). You never question or wondering if your other half really loves you, because you just know and you really feel it in your heart. You know, and you feel. You never have to choose between trying harder or giving up; you tak rasa pun yang you berusaha lebih daripada your partner and you never question yourselves if it's really worth it, because you have feel the same from your partner too.

Everyone deserves all the love in the world. Start with loving yourselves; you cannot expect people to love you and treat you right, if you are not doing the same thing to yourselves first. 


Thursday, October 29, 2015

Dinner With Colleagues

Tahu tak siapa golongan yang paling penting dalam hidup kita (after your family, of course)? 

Yes, your colleagues! It is very important to have a good relationship with your colleagues, because you spend most hours in your day with them. Bayangkan kalau kita tak baik dengan rakan sekerja, sekurang kurangnya 8 jam sehari kau kena mengadap dia, tak ke stress kehidupan?

Alhamdulillah, tiga tempat yang aku pernah dan sedang bekerja sekarang (maybe 4 kalau termasuk internship), I have a very close relationship with all my colleagues and I am still keeping in touch with most my former colleagues (I am still in their WhatsApp group!). Sebenarnya ini perkara asas kehidupan je, berbuat baiklah dengan semua orang tak rugi pun.

At my current workplace now, geng aku ada lapan orang yang mana mostly sebaya 18 tahun hahaha yelah yelah gurau pun tak boleh, okay mostly sebaya 30 tahun, cuma ada seorang bawah umur (25), Yaya dan seorang terlebih umur (rahsia), Kak Wan.


All 8 of us.

Once in a while after office hours, kami akan plan untuk dinner/hangout together release tension, eleh once in a while konon padahal baru 2 kali je tahun ni hehe.  And ada sekali kami 4 orang ambil cuti, pergi Sunway Lagoon best gila!

So petang semalam, 4 of us decided to go out having a dinner. Plan buta buta je dari last week, sekali lepas lunch gaji masuk daripada plan nak makan je and bawak bekal air terus tukar order air mahal kahkah. Kesian kami ni, warga jimat cermat :p

Lepas pusing pusing tak tahu nak makan mana, we settled for NY Steak Shack IOI City. None of us pernah makan kat sini so there we go, prinsip utama bila hangout adalah cuba restoran yang tak pernah cuba, barulah boleh merasa benda baru tak adalah ulang ulang benda yang sama je boring.



Pilih menu. They all chose ribeye steak tak salah, and I chose lamb chop. Air aku ambil banana milkshake chocolate sedap gila.



Sebelum makan. 14 kali juga kami panggil waiter untuk tolong ambil gambar kahkah harap mereka bersabar.



Konon konon kami plan nak cuba dua restoran; satu untuk dinner and satu lagi untuk dessert, hmmmmphh takde maknanya! Kat sini je dah sangat sangat kenyang! Sampai masing masing minta tolong sesama sendiri untuk habiskan makanan masing masing padahal bukan order banyak pun. Main course dengan air je..

Lepas makan, jalan jalanlah. Dah lama tak jalan dengan kawan kawan. Seronok rasa.



Me and Ayuni. Tahu tak sejak aku kerja sini, tak kurang 5 orang pernah cakap yang kami ni seiras. Paling kelakar pernah ada satu kali dulu aku jalan masuk satu department, tiba tiba ada orang tanya,

"You tadi ada datang kan? Eh tadi macam baju warna lain..."

Yekeeee samaaaaa. Untunglah kalau sama, maknanya aku sama skinny dengan Ayu la kahkahkah janganlah geli.



Maafkanlah kami warga tua yang gila bergambar ni. Bukannya selalu dapat kebebasan begini *sobs*.

Balik balik orang yang sama je pegang kamera dan jadi watak gergasi paling besar dalam gambar, lalu kami dimarahi dan membuat keputusan untuk bergilir gilir jadi monopod untuk selfie.


Gergasi Ayu.


Puteri raja bahaha nasiblah blog aku :)))


Gergasi Rina berbadan dua.


Gergasi Kak Wan. Paling comel.

It was a very fun evening for all of us. Should've done this more in future, sekali sekala melepaskan tekanan bekerja seronok juga kan? ;)


Friday, October 23, 2015

Plan

Someone once told me, hidup ini mesti ada plan. Mesti ada perancangan. Kalau tidak macam mana kita nak jadikan hari ini lebih baik dari semalam?

Aku memang jenis merancang. Tidak boleh tidak, aku perlu merancang. Aku rasa kita semua memang begitu. Bangun pagi, otak aku dah terus 'bekerja' dan mengatur apa yang mahu dibuat untuk hari ini. Solat Subuh, mengaji sikit, iron pakaian aku (pakaian H memang aku dah iron siap siap untuk seminggu, pakaian aku tidak boleh begitu, kerana fesyen ke tempat kerja berubah mengikut emosi), mandi, mekap, tukar diaper anak, dan turun.

Otak aku memang sentiasa merancang, sentiasa fikir apa mahu buat selepas ini. Kadangkala masa drive pun aku sudah fikir apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja sampai ke pejabat, nak start dengan kerja yang mana satu, mana yang lebih penting, siapa yang perlu aku hubungi first thing in the morning. Kadangkala I get carried away sampai hilang fokus apa yang di depan mata, ianya disedari Suami juga terutama ketika memandu. Aku kelihatan seperti mengelamun lalu tak perasan bonggol di depan, or ada orang melintas. Bahaya. 

Orang perempuan begitulah, risau macam macam. Itulah inilah. So far dalam kepala otak aku sekarang tengah fikir:

1. New house. Our biggest project for the moment; process to buy, layak ke tidak, downpayment macam mana, okay ke rumah tu, etc. Bimbang tak layak, or kalau layak pun loan lepas 80% je. Our plan now is to buy another 2-3 small houses/flats/apartments dalam masa 5 tahun ini, as investment. Atau beli untuk anak anak. Entah tengok macam mana. Sounds too ambitious kan? Tak apa. Aim for the sky, tak dapat sky, at least dapat puncak gunung pun alhamdulillah dah.

2. Berat badan. Kena kurus sebelum majlis kahwin Oyah bahahaha big deal. Yelah badan godang ada hati beli baju size S, minta H tolong zipkan dia pun tak sampai hati nak cakap tak muat. Sekarang aku cuba puasa Isnin Khamis dan boikot semua fast food, yelah selain menggemukkan, rambut aku gugur teruk! Blame the fast food.

3. Potty training Adam Muaz. Penting. Sebab nak reduce cost diaper tahun depan. Every cent counts okay. Nak beli rumah lagi 3 biji kan :p

4. Health screening. Rasa macam terlalu ambil mudah kesihatan diri. Asyik bertunda je nak buat health screening. Pap smear pun tak buat lagi apa daaa. Hari itu office ada buat free health screening tapi basic jelah. Check blood pressure, kandungan gula dalam badan, kolesterol (which I scored so bad, takut!). Bukan orang gemuk je boleh tinggi kolesterol tahu, orang biasa biasa (tak nak perasan kurus) pun boleh ada kolesterol yang tinggi. Badan rasa tak berapa sedap lately, macam senak sana sini. Itulah tak berpantang betul betul dulu, sekarang dah mula rasa kesannya. Akak dah tua :(

5. Gym registration. Haa ni related to point 2 and point 4 above. Tengok body H dah macam makin best lately sejak join gym, cemburu pula. Mana boleh husband sorang badan cun cun, kita pun kena badan cun cun juga! Tapi kena beli training pants dulu, hari tu tengok kat Mitsui training pants Nike RM139 je rasanya rugi pula tak beli. Kena ada appropriate gym attire, barulah bersemangat!

6. Home-schooling Adam Muaz. Ini memang agak merisaukan. Sebab si Muaz ni betul betul tak berminat dengan buku! Unlike his brother, dia ni langsung tak berminat. Dia akan concentrate for 10 seconds je kot before he gets restless. Kena study sikit macam mana nak menarik minat dia. Bukan nak suruh dia jadi super genius pun (kalau jadi pun syukur juga alhamdulillah), tapi biarlah ada basic sikit before nak sekolah nanti.

7. Decorating our house now. Yelah nak beli rumah banyak banyak, rumah yang ada jangan diabaikan. Walaupun kecil tapi itulah rumahku syurgaku, rumah pertama kami sebaik sahaja mendirikan rumahtangga, banyak kenangan dan nostalgia yang meninggalkan pelbagai--- okay okay I think you got it. Dah boring dengan keadaan sekarang 5 tahun tak berubah langsung. Nanti kita cerita lagi pasal ni.

Banyak lagi plan sebenarnya, spiritually lagilah banyak tapi taknaklah cerita segan nak cakap bab agama secara mendalam aku ni bukannya pandai sangat bimbang pula tersalah sampai. Too many things in mind, but I love doing this. The feeling of kicking the bucket out once the plan has been accomplished, is indescribable. Aim for the sky and be grateful at the same time. Syukur alhamdulillah. Semoga dipermudahkan.


Wednesday, October 21, 2015

No TV Policy

Sudah dua hari kami memulakan 'No TV Policy' di rumah. Semuanya bermula sejak aku terbaca tentang betapa TV sangat merosakkan otak anak anak. Yelah anak anak aku tu terlalu suka cerita berunsurkan superhero, Ironman lah, Spiderman lah, Ultraman lah.. Semuanya cerita merepek yang tak ada moral value pun. Kalau Big Hero 6 tu aku boleh terima lagi tengok ulang ulang, sebab banyak pengajarannya.

'No TV Policy' atau 'polisi tidak boleh menonton TV' ini memang elok, tapi parents kena usaha untuk menjadi lebih rajin daripada biasalah. Sebab anak anak aku ini sudahlah tidak dibiasakan dengan gadget, so now tak ada gadget, tak ada TV, maka kita kena rajin sikit untuk buat aktiviti untuk mengisi masa lapang mereka. Kejam sangatlah kalau kita larang tengok TV kemudian kita biar mereka terkontang kanting terpinga pinga tak tahu nak buat apa while kita sedap main handphone. Eh.

Untuk 2 hari ini, rutin kami sebaik pulang bersama anak anak; selepas solat Maghrib kami akan mulakan dengan aktiviti mewarna. Kerja mewarna ni, dengan Ammar Yusuf memang senanglah sebab itu memang minat dia. Terlalu suka mewarna dia ini!


Dah banyak aku tengok improvement dia dalam mewarna ini. Dia sudah semakin fokus, sudah pandai bermain dengan warna, skill mewarna juga semakin 'bertujuan', ada direction. Sebelum ini memang dia belasah je warna tak ikut garisan pun kan.

Tapi untuk Adam Muaz agak susah sikit. Sebab dia ni, akan malu malu nak buat benda yang dia nampak abang dia hebat buat. Aku sebenarnya masih blur lagi apa yang boleh menarik minat Adam Muaz ni. Masih mencuba dan mencari lagi. Lain anak kan lain minatnya.

Selepas 30-45 minit mewarna atau selepas selesai 1 muka surat bersaiz A3 tu, mereka akan stop dan kami perlu memikirkan aktiviti lain pula sementara nak tunggu waktu tidur. For now, we settle for Lego activity.


Bina rumah menggunakan Lego. Bina robot. Bina aeroplane. Bina apa apa sahaja. Aktiviti Lego ini agak menarik minat Adam Muaz juga. Kami berdua memang perlu sentiasa kreatif untuk ajak dia main. Ikut jalan cerita dia. Guide jalan cerita dia. Contohnya bila nampak dia bina Lego block bentuk square, buat buatlah tanya,

"Haaa Mummy tau. Adik mesti tengah buat rumah Daddy kan?"

Selalu bila aku tegur camtu, mesti dia akan angguk angguk senyum senyum sebab dia pun baru tahu apa yang dia sedang buat hahaha.

Dua aktiviti ini sudah cukup untuk occupy sejam dua waktu malam. Yelah, kami kan working parents, masa yang ada untuk anak anak hanyalah dari pukul 7 sampai 10 malam. 3 jam itulah yang kami sedang cuba manfaatkan sepenuhnya. 

Around 9.45 malam, kami sudah mula mengemas dan bersedia untuk tidur. Pukul 10 dah tutup lampu, dan baring ramai ramai. Sebenarnya pukul 10 tu kira agak lewat juga, nanti Ammar Yusuf dah sekolah aku nak cuba biasakan tidur paling lewat pukul 8.30 atau 9 malam.

Masa baring baring sementara nak tutup mata itu, masa itu kami gunakan untuk tanya anak anak, "How's your day?". Masa tu Ammar Yusuf akan bercerita hari ini dia makan apa, bergaduh ke tidak dengan Adik. Adik Muaz hanya akan bersetuju je dengan Abang dia. Dengan Adik ni kita tak boleh tanya,

"Tadi Adik makan apa?"

Kita kena tanya soalan yang beserta pilihan jawapan,

"Tadi Adik makan fish ke chicken?" 

Baru dia akan bercerita. Kalau Ammar Yusuf tak payah cakaplah, orang tak tanya pun dia akan bercerita haha! Biasalah anak anak, seorang banyak mulut seorang berat mulut.

Baru 2 hari kami enforced the policy, dah rasa seronok dan nampak perbezaannya, terutama dari segi family bonding. Anak anak ada lebih banyak perkara untuk diceritakan. Anak anak lebih fokus pada kita. Sebab tak ada TV kan, barulah mata pandang kita.

Tapi aktiviti yang dijalankan itu mungkin perlu diubah ubah, maybe by weekly or fortnightly. Sebab anak anak aku ni jenis cepat bosan. Mungkin boleh diselang seli dengan Play-Doh activity...




 ....atau buat anything crafty, atau main basketball. Aku dah plan nak beli basketball net tu pasangkan ke dinding dan main dalam rumah. Kalau buat aktiviti membaca memang leceh sikit, anak anak aku bukannya minat membaca! Bolehlah buat, tapi nanti Mummy akan jadi monster and anak anak akan tidur dalam keadaan sedih. Taknaklah begitu, paling penting bagi aku untuk anak anak tidur dalam keadaan gembira.

Aku tak plan nak hapuskan terus TV dalam rumah ini, berpada padalah. Mungkin kita benarkan menonton TV masa hujung minggu sahaja, or 2 hari seminggu. Something like that. Dekat rumah pengasuh, it's beyond my control lah. Tak adillah nak suruh pengasuh pun buat perkara yang sama. Kita buat mana yang boleh jelah. Something is better than nothing.

Jadi parents ni, banyak perkara yang aku tak tahu, semuanya perlu try and error. Aku tak sempurna, aku kan ibu yang bekerja bukan ibu yang menjaga anak sendiri, tapi aku harap aku boleh buat yang terbaik dengan segala kemampuan dan masa yang aku ada. H memang support apa saja cadangan aku. Penting tau support dari Suami ni. Sebab anak anak ni dia perlukan kedua dua ibu bapa, susah nak berhasil kalau salah seorang je yang buat.




Tuesday, October 20, 2015

Mirror Fight

Despite of his neat-freak-ness, H wasn't actually the type of person who takes a lot of time getting ready everyday. Five years of marriage, I can honestly tell that he never own a hair comb, because he never comb his hair! He never used hair gel, hair cream, hair spray whatsoever. Every morning he will just using his fingers setting his hair a bit, and he's ready to go. I envy him sometimes, so easy yet he still looked presentable.

Until one freaking day, when he decided to change his hairstyle....


From this simple look....


.....to a Harvey Specter haircut amboi diaaa...


Me trying to kiss my own Harvey Specter hahaha janganlah geli :p

I have to agree that this style suits him well and happy to see the change, until when I realized that I no longer have the dressing table all for myself... T__T

This morning when I was taking my own sweet time getting dressed, putting on my make up and styling my shawl in front of a mirror in our bedroom, I saw this Harvey Specter came behind me and impatiently asked,

"Are you done yet?" What's with this dressing police.....

"Gunalah cermin kat luar tuuu.." I replied, rolling my eyes. We do have another big mirror in the living room anyway, biasanya memang beliau akan guna cermin luar tu.

"Leceh siap kat sana, nak kena bawa barang barang ni pergi depan pulak," kata beliau. What barang barang? It's only sikat dan krim rambut while I have to bring all my cosmetics over there not to mention the brooches, needless...

"Why are you taking so long? Dari Subuh tadi siap tak ready lagi?" leter beliau.

"I'm the only girl in the house of course I take a lot of time to get ready!" I'm so not gonna give in, I'm a lady and I can have as much time as I want.

"That's the point! You're the only girl in the house so you have to obey the majority!" he said, laughing cynically like he's already won the argument.

"Fine, fine.." I annoyingly moved away, dah siap pun anyway.

Pergi ruang tamu, tengok kat cermin besar nampak shawl aku macam singkat sangat pula. Trying to adjust in front of that mirror, macam tak puas hati. Masuk balik bilik pergi depan cermin.

"Excuse me," I said, moving him a little bit so that I can have some space.

He looked at me and said in an annoying tone, "Looks like someone has violated our mirror agreement"

Hahahaha. Mirror what? Sejak bila entah ada mirror agreement. Totally make my day.


Perempuan ni siap bukan main lama, bila ambil gambar still guna filter effect juga :p

Morning!


Sunday, October 18, 2015

Huru Hara Pagi Ahad

Ammar Yusuf ni jenis tak betah duduk rumah. Kalau hari cuti memang dia dah hint hint ajak jalan jalan dah.

Contoh hint:

"Mummy... Abang lapar... tapi nak makan yang kat jalan jalan tu". Maksudnya nak makan dekat mall, padahal masa tu dia baru habiskan sepinggan penuh nasi -___-"

Tapi Sabtu adalah hari house chores. Pagi pagi akan mula dengan basuh baju, masak, mandikan anak, lunch, lap perabot, vakum rumah. Kalau lepas siap semua tu mood baik and anak anak behave, jom keluar. Kalau kau buat hal, duduklah rumah je. So semalam si Yusuf buat hal, bila mood dia dah baik, Mummy pulak takde mood. Last last Daddy je keluar bawa dua anak bujang tu pergi dinner. Bagi isteri manja ni me-time bertenang sikit hehehe...

Pagi Ahad, around 7.30 Daddy dah nak keluar pergi gym. Sambil cakap sorang sorang (sebab Mummy tengah mamai and anak anak tengah tidur lagi).

"Daddy pergi gym dulu. Nanti Abang dengan Adik bangun, mandi, Daddy balik gym kita pergi jalan jalan okay?"

Okay.

Mummy bangun, bagi anak anak makan roti dengan banana seorang satu dulu. Ajak anak anak mandi, Adam Muaz memang senang menerima arahan. Ajak dia lembut lembut kiss kiss, senang je dia ikut mandi. Daddy balik gym, si Yusuf tak mandi lagi.

Selesai mandikan Adik, cuba ajak Abang mandi. Cakap lembut lembut, tak jalan. Cakap garang garang, lagilah dia keraskan hati. 

"B mandi jelah eh?" I said to my husband. Itu petandanya aku tak boleh tunggu dan Daddy jelah yang kena mandikan Ammar Yusuf tu nanti. Sebab jenis aku ni, bila aku dah mandi and dah siap, tak mungkin aku akan mandikan anak dah. Aku takkan basuh berak anak pun in the event tiba tiba anak berak masa aku dah siap. Basahlah skirt and tudung iols nanti hahah. Orang lelaki senang, dah siap siap pun boleh je buka jeans pakai boxer je mandikan anak hehe sabar jelah laki aku dapat wife camni. 

H ajak Yusuf mandi. Yusuf ni dengan dia memang kena banyak bersabar. Diva satu macam. Kena cakap lembut lemah gemalai setiap masa and semua nak kena ikut jadual dia je. Lepas cakap elok elok pun tak jalan, H hilang sabar. Dia ambil semua toys Ammar Yusuf sekali dengan tricycle, Lego, coloring books segala dia ambil letak kat luar, konon konon nak buang.

Aku biar je drama tu sambil lilit shawl haha. Huru hara kat ruang tamu dengan jerit pekik. Ammar Yusuf jerit jerit jangan buang tapi bila disuruh mandi taknak juga. Memang saje nak cabar bapa dia. 

Last last aku cakap dengan dia,

"Awak kalau tak mandi Mummy tinggal tau. Dengan Mummy awak jangan main main, Mummy cakap Mummy buat tau"

Dia diam je baring atas katil.

Aku rileks je. Aku pergi ruang tamu, isi air dia dalam botol penuh penuh. Aku letak atas meja makan, ada banana 3-4 biji.

"Kita tinggal dia," I seriously said to his father.

"Dia ingat kita main main. Kita tinggal je dia. Penuhkan botol air dia. Kalau dia lapar ada banana."

H looked at me with puzzled face, 'Biar betul bini aku ni?' Maybe that's what he said dalam hati.

Aku memang dah make up my mind. Dia degil, kita tinggal je dia kat rumah sejam dua bagi pengajaran sikit. Sediakan air dan makanan, buka tingkap separuh bagi udara masuk, tutup pintu dapur so dia tak main apa apa yang bahaya.

Meanwhile, aku bagi dia amaran lagi. Pergi mandi, or we'll leave you. Dia dah nampak tergugat sikit. Aku bersiap je dengan tenang. Masukkan baju spare anak anak dalam beg, langsung tak marah or tinggi suara dengan dia.

Semua orang dah siap and nak capai beg ignoring him, tiba tiba dia buka baju and seluar, "Abang nak mandi Mummy. Abang nak mandi"

I smiled, behind him. Terus H bawa dia pergi toilet, watching him taking shower. Budak ni dah boleh mandi sendiri, tapi kena diperhatikan bab sabun badan dan gosok gigi.

Tak sampai 5 minit, dah siap pun semua.

Dalam kereta....




Macam tak ada apa apa yang berlaku kan? Macam keluarga bahagia yang bangun je tidur si emak cakap "Anak anak ku sayang, mari mandi dan pergi jalan jalan!" Dan disambut oleh anak anak serentak, "Baik emak!" Kahkah. A good example of how pictures can be deceiving.

So how's your Sunday? ;)




Wednesday, October 14, 2015

Number 3 Talk

To be completely honest, my pregnancy experiences were not as 'beautiful' as many other people's. I always envy those people yang sangat bertuah having the pregnancy glow, sarat mengandung tapi perut je naik while lengan peha semua maintain slim and steady.

I wasn't so lucky to have pregnancy glow, in fact I actually hated my body when I was pregnant. My body was expanding all over, kembang segala! Nasib baik kaki tak bengkak and aku tak pernah ada stretch mark. Still, memang keyakinan diri langsung tak ada, regardless how many times H tried to convince me that I actually looked beautiful. Well, it must be the hormone.

Kadang kadang boleh menangis depan wardrobe bila dah tak ada baju yang muat untuk dipakai-- the problem with me was, I didn't like wearing maternity clothes. During my pregnancy time last 4-5 years, baju mengandung di butik ibu ibu di pasaran memang mostly tak menarik dan old-fashined unless kau beli online dari overseas that would cost the bomb! So I just wore my usual clothes which are strechable, mostly dresses and I only bought several pairs of maternity pants.

Just to recap some of my pregnancy moments (all from Instagram);







(Sorry muka Ekin kena censored sebab dia dah pakai tudung sekarang hihi).

Everytime mengandung, memang rasa taknak dah pregnant lagi lepas ni, kadang kadang bila tengok diri sendiri depan cermin memang ada la terfikir "Apa la aku buat ni, buruk benau la rupa aku mengandung, why do I sign up for this...." Sorry if I'm being too honest here but that was what I really felt at that moment. Alhamdulillah H has been so supportive throughout that period melayan hormon mengandung aku.

Tapiiiiii, itu duluuuu. Sekarang tidak lagiiiii HAHAHA sembangggg! Semua tu hormon je! Hormon!

Recently I've been bugging my husband about having another baby. H on the other hand, is trying to be realistic (pffft what realistic -__-"). H wants to have more children, only when we (all 4 of us) are ready.

His justifications;
1. We're not emotionally and mentally ready. Financially inshaaAllah tak ada masalah, tapi dengan 2 orang ini pun dah huru hara cepat hilang sabar asyik rasa nak marah je. Berilah sedikit masa untuk tempoh bertenang dulu.

2. He wants all 4 of us untuk enjoy jalan jalan dulu, maklumlah kahwin tak sampai beberapa bulan dah pregnant, then bersalin, then pregnant lagi, then ada anak kecil lagi. Basically tak sempat nak honeymoon sangat. Sekarang ni kami baru nak rasa seronok anak dah besar sikit, boleh jalan sendiri, boleh pergi banyak tempat to have fun. Kalau ada anak kecil kan limited sikit. H kata kalau rapat sangat jarak umur anak, nanti kesian Ammar Yusuf membesar takde pergi mana mana pun sebab tak habis habis nak tunggu adik adik membesar dulu. H memang banyak berfikir 'bagi pihak' Ammar Yusuf. My husband and Ammar Yusuf ni macam ada special bonding, sebab kedua-duanya merupakan anak sulung and he wants his eldest son to grow up having a better life experience than him...

3. Rumah kami tinggi and it's a walk-up apartment, takde lif. Walaupun anak anak dah boleh jalan sendiri, bila balik dari mana mana dan kedua duanya tertidur di dalam kereta, kedua duanya masih perlu didukung untuk dibawa naik ke atas. Thus, it's either tunggu dah duduk landed house, or tunggu at least Ammar Yusuf dah besar yang tak perlu didukung langsung.

My justifications;
1. There are a lot of cute maternity dresses available nowadays.
1. I'm 30 this year. It's a perfect time to have another baby, by the time I'm 40, my youngest child will be 9 years old and it will be fine. Kalau tunggu 3-4 tahun lagi, I'll be pregnant when I'm 35 and it's already considered a high risk pregnancy. Kan?

2. I wish to have a girl. And my plan is, if my third child turns out to be a boy, I want to try for the last time having another child and retire after that regardless if the fourth is a boy or a girl. So the third one must be fast so that I still have time for the fourth! *catching breath*

3. I have a minor fibroid in my uterus. Aku takut kalau lambat sangat pregnant nanti fibroid tu membesar dan tak boleh pregnant lagi wuwuwuuu sedihnya. Tak tahulah scientifically betul ke tidak teori aku tu, tak pernah tanya doktor pun. Tapi itulah yang aku fikir.

4. Okay I won't lie. One of my reason to have another baby is because.... I want to be slimmer than now. Ironic, isn't it? Yes, breastfeeding, girl! Breastfeeding works wonders to reduce weight!! My weight increased massively eversince I stopped breastfeeding! T______T

Hmm..

Well....

Obviously H's justifications are more logical and reasonable. Deep inside, I actually agree with him. We are indeed, not ready. We are tired most of the time that we're losing patience easily. I want my children to grow up happy and full of sweet memories, and I want them to have it all. I still have a lot of plan for both my children yang belum dapat dilaksanakan lagi; Adam Muaz masih belum potty train, Ammar Yusuf masih belum bersekolah (we need to see the routine first), Adam Muaz masih belum start home-schooling lagi unlike his brother at his age, kami masih tidur hug hug kiss kiss empat orang lagi, patut dah ajar 2 orang tu tidur di bilik sendiri tapi kami yang tak ready! #clingyparents.

Adam Muaz masih sangat manja, Ammar Yusuf juga masih sangat manja, in fact emak depa pun masih sangat manja OMG.... T___T

I guess it's fairly obvious why H insisted that he needs more time :/

Tak apalah. Kami berdua datang dari keluarga yang besar. Mudah mudahan murah rezeki. InshaaAllah, aamiin..





Monday, October 12, 2015

School for Ammar Yusuf

Assalamualaikum!

Ammar Yusuf will be 5 next year (2016), so for the past few days we have been studying about potential school for him. For his school, we're looking for a place that practices Islamic approached and speaks English i.e. Islamic montessori. Hasil pencarian kami (which doesn't take so much time pun hehe), inilah sekolah yang menepati ciri ciri yang kami mahukan.

The Little Caliphs Program
Brainy Bunch Islamic Montessori
Genius Aulad
Children Islamic Centre (CIC)

Dan SEMUA sekolah yang disenaraikan di atas ini terdapat di kawasan perumahan kami, dekat je dengan rumah! Jadi kami kecilkan skop pencarian; kalau boleh yang boleh sekali dengan daycare up to at least 6.30pm (I can only manage to fetch him kalau keluar office on time, maybe around 6.10pm boleh sampai, just to be safe 6.30pm will be okay), dan paling penting, kami mahu sekolah yang landed (ada bangunan sendiri / terletak di kawasan perumahan), bukan shop lot. Tak bestlah shop lot. Sebab anak aku ni dahlah duduk apartment, kalau boleh nak dia bersekolah di tempat yang dia boleh pijak tanah, main main kat luar (but still dalam pagar la), kalau shop lot macam terperuk je dalam kelas, kesian dia.

So we came up with this list.


Sejak dari awal lagi memang aku dah interested dengan The Little Caliphs Program (LC) tu, in fact sejak few months back when I discover this school lagi. Sebab dia memang menepati setiap yang kami nak, and even better, the monthly fees is reasonable too. Paling murah compare to yang lain lain. RM420 is considered okay, sebab tak banyak beza dengan upah yang kami bagi babysitter dia sekarang pun.

We made appointment straightaway, and went to see the school last Saturday. The school looks good, the teachers seemed child-friendly and the programs that they presented to us are quite impressive too. I know, it's too early to judge, but I pray to Allah that everything will go smoothly as planned. Ammar Yusuf pun nampak excited, we went to see the classroom, the syllabus, etc. and explained to Ammar Yusuf that this is going to be his school, that he should listen to his teacher, and he will be doing everything by his own there.

Risau juga, sebab anak anak aku ni manja and Ammar Yusuf tends to be bossy sometimes. Dari habis pantang lagi dia dah dijaga oleh Kak Ha yang segala kehendak dituruti, tak pernah bertukar langsung. Macam manalah agaknya. Secara jujurnya, matlamat utama aku menyekolahkan anak ini, lebih kepada pembentukan peribadi dia, belajar bergaul, belajar berdisiplin, to understand that world doesn't revolve around him only, tengok dunia luar dan belajar berdikari. It is more to assist me to educate him, because we know that everything begin at home, you know, a child who's only educated at school, is an uneducated child.

19th December nanti akan ada briefing for parents, aku pula yang berdebar HAHA. Anak sulung katakan, haih dah besar dah anak aku. How time flies!




Friday, October 9, 2015

Self-reminder

Assalamualaikum.

Kadang kadang perhatikan orang bercakap seolah olah dia boleh nampak masa depan dia, sebab dia cakap macam pasti sangat benda itu takkan terjadi pada diri sendiri.

Kita boleh cakap besar sekarang, angkuh, sebab belum jadi. Bukan mahu minta ditimpakan benda itu pada dia, tapi tak sedar ke bila bila je Allah boleh terbalikkan situasi dan kita kena alami juga perkara yang sama.

Kita bercakap berpada padalah, jangan ikut emosi. Jangan emosi pada benda yang tak berkaitan dengan kita, contohnya suami jiran kita main kayu tiga, kita punya emosi mengalahkan jiran kita tu sendiri sampai nak bermasam muka dengan suami jiran tu siap ajak ramai ramai boikot orang tu pula. Perangai 'sisterhood' yang tak semena mena ni menjengkelkan juga. Kadang kadang orang tu dah get over and move on, kita pula yang berlebih-lebihan ungkit segala benda supaya orang itu tidak lupa apa yang berlaku.

Orang buat salah dengan kita, itu adalah tanggungjawab dia dengan Allah. Dia akan dibalas atas perbuatan dia. Apa yang kita balas pada orang yang buat kita tu, itu adalah tanggungjawab kita pula dengan Allah. Dan kita juga akan dibalas atas perbuatan kita. Jangan guna alasan dianiaya untuk kita menganiaya orang lain pula.

Kita hidup ada peraturan, peraturan dunia tak apa lagi dilanggar kalau tak ada orang tahu;
peraturan Allah, kita nak tipu siapa?






Thursday, October 8, 2015

Perkara Terakhir

Suddenly received a Facebook private message from H.


Bergetar juga jantung baca the first three words tu.....

I think by now ramai dah tahu yang Facebook has created a link called Legacy Contacts, which the function lets you to appoint a digital executor to your social media account for when you pass away.


Aku sebenarnya dah pernah beberapa kali juga bagi aku punya Facebook password to my husband. Bukan Facebook je, semua laman sosial la (simply because the passwords for most my social medias are basically the same). Tapi H bukan take note pun rasanya, sebab everytime aku tanya pun, mesti dia tak dapat ingat apa password aku -___-". Cuba kalau aku yang dapat semua password dia, mahu setiap masa stalk apa dia buat kahkah. Aku rasa aku tahu je passwords dia, because it's damn easy hehe, men are so predictable :p Tapi tak pernahlah try login guna password dia, tak perlu pun, sebab kalau aku nak buat aku ambil je handphone dia and stalk depan depan dia HAHA.

It's good that Facebook initiates this kinda thing. I remember last few years one of my friend's wife passed away, later he post a Facebook status asking how to delete his wife's Facebook account. It was so sad for everybody but I couldn't remember how this thing been sort out at that time. It makes me thinking of a lot of things.

Pernah tak aku mengeluarkan status Facebook/Twitter sesuatu yang menyinggung perasaan orang lain?
Pernahkah aku blog tentang sesuatu yang melukakan perasaan orang lain?
Pernah tak aku berkongsi apa apa artikel/kenyataan yang tidak berasas / tidak bermanfaat dan berunsurkan gosip dan fitnah?
Pernah tak aku berkongsi gambar aku atau orang lain yang dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna? (will improve on this, slowly but surely inshaaAllah)

Jika pernah, adakah perkara perkara di atas masih berada di laman sosial, atau sudah dibuang?

Takut kan? Zaman sekarang ni segalanya di hujung jari je. Kadang kadang kita terlalu ikut perasaan dan meluahkan kata kata yang tak sepatutnya di laman sosial, berlawan bergaduh menerusi blog, come on. You couldn't be that childish, right? Kita bermasalah dengan seorang sahaja, but we let the whole world to know the situation. Kita nak malukan orang, padahal kita sebenarnya memalukan diri sendiri.

Kadang kadang kita terlalu ghairah berkongsi, langsung tidak mempedulikan sensitiviti dan maruah orang lain. Atau langsung tidak menyelidik sama ada 'ilmu' yang disebarkan itu benar atau tidak. Mudahnya klik icon 'Share'. Tak semena mena sudah terlibat dengan ajaran sesat.

Sebarkanlah perkara yang baik baik, sebarkanlah ilmu yang berguna dan bermanfaat, agar kenangan terakhir yang ditinggalkan di laman sosial kita adalah perkara yang baik baik.



Wednesday, October 7, 2015

Sekotak Pensel Warna

I bought my children a Luna colored pencil yesterday. Eheh. Big deal.




My children both have a gazillion boxes of colored pencil already, semuanya pemberian orang. Dari nenek mereka lah, dari goody bags birthday party orang lah, hehe untunglah mak bapak rajin pergi event. But suddenly last couple of nights Ammar Yusuf requested pensel warna jenis yang panjang tu. Yelah, dia pun dah besar, tak best dah nak guna pensel warna jenis yang kontot tu. For this kind of thing, I don't mind buying at all. Lainlah kalau minta toys, 2-3 bulan minta pun belum tentu Mummy beli heheh.

When I was coloring with Ammar Yusuf (he loves it when I take part in his coloring activity), I can't help reminiscing my childhood memory for a while. Back in 1990's when I was in Standard 1, brand Luna ni kira yang paling bestlah. Warnanya terang dan cantik, bersinar sinar hasil kerja yang diwarnakan oleh pensel warna Luna. And of course, it was the most expensive colored pencil in the market. Untuk masa itulah. Anak orang kaya je pakai pensel warna Luna ni, or at least that was what I said to myself at that time.

My family wasn't doing so well when I was in primary school, kami semua dibesarkan dalam keadaan yang serba susah. Aku rasa zaman sekolah rendah aku adalah zaman hidup kami yang paling susah, kalau sekali sekala teringat zaman itu memang bergenang air mata mengenangkan betapa susahnya Mama besarkan kami dulu :(. Obviously, we really couldn't afford having a Luna colored pencil, in fact, I didn't have a colored pencil at all (I think that might be the beginning of my lack of interest towards Pendidikan Seni subject).

Nak dijadikan cerita, masa peperiksaan akhir tahun, aku dapat nombor 1 dalam kelas. Thinking back, aku rasa sebenarnya masa tu aku tak faham pun pasal numbering tu; tahu tak dari Darjah 1 sampai Darjah 3 aku dapat nombor 1 dalam kelas, aku langsung tak pernah pergi Majlis Anugerah Cemerlang tu. I really couldn't be bothered about that, or maybe I just didn't understand.

Anyway, knowing of my 'achievement', one of my aunt bought me a colored pencil as a gift (thanks Mak Jah!). It wasn't Luna, I can't remember the brand but it was so pretty I still remember the purple box with flowery design around it and I didn't even want to share with my siblings haha. Of course I won't, I earned that with all the sweat and tears okayyy? ;)

The next day (I already at Standard Two this time), I proudly brought the colored pencil to the classroom and anxiously waiting for Pendidikan Seni subject. Subject which in usual circumstances I would hate. Tiba je waktu Pendidikan Seni, berdebar debar aku keluarkan pensel warna tu dari dalam beg sekolah dan letakkan di atas meja. Kawan sebelah menjeling jeling. Datang seorang budak lelaki yang agak kepoh, aku rasa nama dia Azizan kot, tak ingat. Aku ingat lagi muka budak ni, dia memang jenis happy and outgoing, I remember ada sekali tu dia reply "You're welcome" after our English teacher said "Thank You" for his help on something, lepas tu teacher beria-ia puji "Pandainyaaaa Azizan cakap You're Welcome, you all should learn from him" dan dalam hati aku rasa sedih sebab aku pun tahu cakap You Are Welcome, only that I have a very low self-esteem to say it to people T____T

Anyway, this Azizan boy came to my desk, and shouted to the whole classroom, "Waaaaaahhhh cantiknya color diaaaaaaaa! Korang tengok ni! Cantik kannnn??" The whole class gathered at my desk and looking at my colored pencil with full of amazement. I was so proud and shy at the same time I thought my cheek was burning red haha. Dengan adik beradik bukan main kedekut, tapi bila di sekolah kawan cakap nak pinjam, bangga aku angguk anggukkan kepala tanda memberi kebenaran. Budak budak kan seronok nak nampak cool depan kawan kawan... Ala bukan selalu aku ada benda yang best dalam kelas, kasi chance lah :p

That, was one of the best moment in my life when I was at primary school. The fact that I still remember that moment already indicates how significant it was to me. Kita memang akan ingat perkara yang memberi impak besar dalam hidup kita kan?

Itulah kisah sekotak pensel warna. Bila mengenangkan betapa pensel warna memberi kesan pada seorang kanak kanak, rasa macam nak je beli berkotak kotak pensel warna dan hadiahkan pada kanak kanak yang less fortunate. It would be great, right? Maybe I should do that, I will, inshaaAllah.

:)



Tuesday, October 6, 2015

Further Check Up Adam Muaz

These past few days has been so tiring.

Adam Muaz masih belum sembuh sepenuhnya, dia masih ada demam sikit tapi taklah tinggi, latest temperature last night was 37.7 degree Celcius. Demam itu satu hal, tapi dia punya bengkak tonsil tu masih besar lagi, lepas tu sekeliling lidah naik banyak sangat ulser. Dah 2 hari yang dia tak makan langsung, tapi alhamdulillah masih boleh terima susu. So dia minum susu jelah throughout the day. Kesian okay, sebab bila nampak orang makan, dia nak. Suap sekali, dia menangis sakit. Maknanya dia memang nak makan, tapi sakit and tak boleh makan. Sedih tau.

So yesterday after work, we decided to bring him to the hospital. Before this pergi klinik biasa je. I suggested KPMC, H disagreed. 

"Nanti dapat doktor selenge hari tu lagi macam mana?"

Dulu kami pernah ke situ, ada one Chinese doctor tu, muda lagi I think maybe he was just slightly older than us je, punyalah selenge. Dia repeat apa yang aku cakap je, macam tak convincing langsung ayat dia. Benda yang dia cakap tu tak payah ada medical background pun boleh cakap. Tapi itu jelah doktor KPMC yang selenge, doktor yang lain lain okay je. Still, H didn't want to take any chance. He suggested Hospital Az-Zahrah. I asked which one is nearer, Az-Zahrah or Hospital Putrajaya, sebab Az-Zahrah ni ramai orang so sama juga kena menunggu, so finally we opt for Hospital Putrajaya. At least it's a lot cheaper.

Adam Muaz looked fine and happy last night. maybe because all our attention is only for him, sebab abang dia kami tinggalkan di rumah pengasuh. Tak sukalah bawa anak yang sihat ke hospital, nanti elok elok sihat jadi sakit pula. We waited for 2 hours (as expected), and finally got to see the doctor. Nice Indian lady, so soft and helpful. She answered every single thing yang kami tanya. Seperti dijangka, she prescribed us with an antibiotic. Something yang kami tak suka nak bagi, sebab antibiotik ni WAJIB dihabiskan, kalau tak habis dia akan kacau sistem pertahanan badan anak in future. Kalau rasa takkan mampu nak habiskan antibiotik, jangan mulakan langsung. That's my principal. Had some disagreement with H about that many times, I understand his concern, he wants our child to get better soonest possible, but I was trying to be realistic here, kita takkan mampu habiskan antibiotik (you know, because of it taste and smell), even kalau kami mampu bagi anak kami, aku tak yakin Kak Ha boleh bagi. Yelah, kita parents dia bolehlah paksa kepit badan dia kepala dia whatsoever, Kak Ha tu tak sampai hati! Lembut hati Kak Ha tu. Kami je yang garang hehe.

Then the kind doctor advised us to monitor the other symptoms.

"Kalau BCG dia jadi merah, his tongue jadi too pinkish, and badan dia naik rashes, please come again immediately."

"Tu symptoms untuk apa doktor?" I asked, expecting answers like dengue, or perhaps chicken pox.

"Itu adalah tanda untuk penyakit Kawasaki"

I was seriously trying my best not to laugh. Come on, kelakar kan nama tu?

"This is the first time we heard about that disease, doctor," said H, obviously he is more polite than this Husna :p

Doktor kata penyakit tu dah banyak menular among kids nowadays, tapi taklah bahaya kalau kita dapat trace awal. I Googled it after that, just to educate myself.
Kawasaki disease is an illness that involves the skin, mouth, and lymph nodes, and most often affects kids under age 5. The cause is unknown, but if the symptoms are recognized early, kids with Kawasaki disease can fully recover within a few days. Untreated, it can lead to serious complications that can affect the heart. Kawasaki disease is most common among children of Japanese and Korean descent, but can affect all ethnic groups.
After a constant argument, we finally started the antibiotic last night, and again this morning. Satu hari 4 kali, dan setiap kali bagi kena ambil 12.8ml. Punyalah banyak. The first two sessions seemed okay. Harap Kak Ha dapat memberikan kerjasama, and more importantly, harap harap Adam Muaz boleh bekerjasama dengan Kak Ha. 


Thursday, October 1, 2015

Bila Anak Tak Sihat

Sudah 2 hari bergelar suri rumah sepenuh masa. Adam Muaz tak sihat. Demam panas sejak Selasa malam. Semalam lagilah, dengan aku sendiri pun tak sihat. Entah rasa mencucuk cucuk bawah perut dan memulas di pinggang, macam mild contraction pun ada. Hmmph aku ni sebenarnya ada fibroid dalam rahim, entah bila aku nak jumpa pakar untuk follow up check up, ambil mudah je aku ni. Surat rujukan doktor dah ada. Tapi itulah, bila rasa sakit, berkobar kobar buat appointment dengan gynae, bila dah tak sakit, appointment yang gynae cancel tu pun aku tak minta tukar date lain.


Adam Muaz ni bila tak sihat, dia manja. Memang nak melekat dengan aku je. Bertabah betul semalam pergi supermarket dukung dia dengan tangan sebelah lagi pegang bakul isi barang. Kena beli barang nak masak, fridge dah kosong. And nak kena beli yoghurt banyak banyak juga, dia demam tonsil bengkak besar guli sampai nampak seketul kat bawah tekak tu dari luar. Dah macam halkum aku tengok. So kena banyak makan benda sejuk je.

Semalam masak sup ikan merah, lunch dia makan banyak. Happy Mummy tengok. Lepas tu makan pisang 2 biji, yoghurt mangga sebekas. Lepas tu makan ubat, tidur. Dia tidur banyak masa demam ni. Lemah kot badan. Dinner tu, dia makan sesuap je. Lebih pada nak minum susu je. Sakit sangat kot tonsil bengkak tu. Around 10 malam makan ubat, suhu turun sekejap. Dia aktif masa ni, sebab rasa okay kot.

Pukul 3 pagi badan dia panas balik, pukul 6 dia bangun minta susu, minum sikit, muntah. Badan panas sangat, bersihkan badan dia kat toilet (kesian menangis sejuk), tukar baju, sambung minum susu, habis dia minum. Pukul 7 pagi tadi masa aku kat dapur tengah masak nasi goreng untuk Daddy dia, tiba tiba dengar suara dia kat belakang panggil "Nak Mummy". Huh. Ingatkan dah tidur.

Belum sempat nak pimpin dia masuk bilik balik, burrrrr muntah lagi. Kesian betul. Sedih aku tengok dia. 2 hari dah panas badan macam tak surut pun, kalau berterusan sampai esok, aku nak bawa pergi hospital je. Takut denggi sebenarnya, nauzubillahiminzaalik. Risau, sebab jerebu teruk ni mengundang macam macam penyakit. Kita orang tua pun tak tahan, apa lagi la kanak kanak.

Tadi dia tidur sejam, bangun bangun cakap "Nak banana". Tapi makan 2 suap je. Sakit agaknya. Lepas tu minta susu. Liquid jelah dia boleh telan, kesianlah. Nanti aku cuba bagi yoghurt lagilah. Or roti yang lembut lembut ke. Susah hati bila anak sakit yang takde selera makan ni. Bab makan ni penting sangat untuk aku, aku rasa sama juga dengan ibu ibu yang lain. Kebahagiaan seorang ibu kan bila anak berselera makan kan?

Tadi Adam Muaz tanya,

"Mummy, Daddy mana?"

"Daddy work, Sayang"

Then dia tanya Abang pula.

"Abang pergi rumah Ibu," jawabku, dan sambung. "Adik je duduk rumah dengan Mummy. Suka tak?"

"Suka!" ceria dia jawab. 

"Mummy suka tak?" dia tanya aku pula.

Kids. So pure and innocent. Mestilah Mummy suka. Apa saja untuk anak Mummy.. Tapi Mummy nak Adik sihat, makan banyak macam selalu. Adik kan suka makan, sedihlah bila Adik tak lalu makan ni :(