expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, October 18, 2015

Huru Hara Pagi Ahad

Ammar Yusuf ni jenis tak betah duduk rumah. Kalau hari cuti memang dia dah hint hint ajak jalan jalan dah.

Contoh hint:

"Mummy... Abang lapar... tapi nak makan yang kat jalan jalan tu". Maksudnya nak makan dekat mall, padahal masa tu dia baru habiskan sepinggan penuh nasi -___-"

Tapi Sabtu adalah hari house chores. Pagi pagi akan mula dengan basuh baju, masak, mandikan anak, lunch, lap perabot, vakum rumah. Kalau lepas siap semua tu mood baik and anak anak behave, jom keluar. Kalau kau buat hal, duduklah rumah je. So semalam si Yusuf buat hal, bila mood dia dah baik, Mummy pulak takde mood. Last last Daddy je keluar bawa dua anak bujang tu pergi dinner. Bagi isteri manja ni me-time bertenang sikit hehehe...

Pagi Ahad, around 7.30 Daddy dah nak keluar pergi gym. Sambil cakap sorang sorang (sebab Mummy tengah mamai and anak anak tengah tidur lagi).

"Daddy pergi gym dulu. Nanti Abang dengan Adik bangun, mandi, Daddy balik gym kita pergi jalan jalan okay?"

Okay.

Mummy bangun, bagi anak anak makan roti dengan banana seorang satu dulu. Ajak anak anak mandi, Adam Muaz memang senang menerima arahan. Ajak dia lembut lembut kiss kiss, senang je dia ikut mandi. Daddy balik gym, si Yusuf tak mandi lagi.

Selesai mandikan Adik, cuba ajak Abang mandi. Cakap lembut lembut, tak jalan. Cakap garang garang, lagilah dia keraskan hati. 

"B mandi jelah eh?" I said to my husband. Itu petandanya aku tak boleh tunggu dan Daddy jelah yang kena mandikan Ammar Yusuf tu nanti. Sebab jenis aku ni, bila aku dah mandi and dah siap, tak mungkin aku akan mandikan anak dah. Aku takkan basuh berak anak pun in the event tiba tiba anak berak masa aku dah siap. Basahlah skirt and tudung iols nanti hahah. Orang lelaki senang, dah siap siap pun boleh je buka jeans pakai boxer je mandikan anak hehe sabar jelah laki aku dapat wife camni. 

H ajak Yusuf mandi. Yusuf ni dengan dia memang kena banyak bersabar. Diva satu macam. Kena cakap lembut lemah gemalai setiap masa and semua nak kena ikut jadual dia je. Lepas cakap elok elok pun tak jalan, H hilang sabar. Dia ambil semua toys Ammar Yusuf sekali dengan tricycle, Lego, coloring books segala dia ambil letak kat luar, konon konon nak buang.

Aku biar je drama tu sambil lilit shawl haha. Huru hara kat ruang tamu dengan jerit pekik. Ammar Yusuf jerit jerit jangan buang tapi bila disuruh mandi taknak juga. Memang saje nak cabar bapa dia. 

Last last aku cakap dengan dia,

"Awak kalau tak mandi Mummy tinggal tau. Dengan Mummy awak jangan main main, Mummy cakap Mummy buat tau"

Dia diam je baring atas katil.

Aku rileks je. Aku pergi ruang tamu, isi air dia dalam botol penuh penuh. Aku letak atas meja makan, ada banana 3-4 biji.

"Kita tinggal dia," I seriously said to his father.

"Dia ingat kita main main. Kita tinggal je dia. Penuhkan botol air dia. Kalau dia lapar ada banana."

H looked at me with puzzled face, 'Biar betul bini aku ni?' Maybe that's what he said dalam hati.

Aku memang dah make up my mind. Dia degil, kita tinggal je dia kat rumah sejam dua bagi pengajaran sikit. Sediakan air dan makanan, buka tingkap separuh bagi udara masuk, tutup pintu dapur so dia tak main apa apa yang bahaya.

Meanwhile, aku bagi dia amaran lagi. Pergi mandi, or we'll leave you. Dia dah nampak tergugat sikit. Aku bersiap je dengan tenang. Masukkan baju spare anak anak dalam beg, langsung tak marah or tinggi suara dengan dia.

Semua orang dah siap and nak capai beg ignoring him, tiba tiba dia buka baju and seluar, "Abang nak mandi Mummy. Abang nak mandi"

I smiled, behind him. Terus H bawa dia pergi toilet, watching him taking shower. Budak ni dah boleh mandi sendiri, tapi kena diperhatikan bab sabun badan dan gosok gigi.

Tak sampai 5 minit, dah siap pun semua.

Dalam kereta....




Macam tak ada apa apa yang berlaku kan? Macam keluarga bahagia yang bangun je tidur si emak cakap "Anak anak ku sayang, mari mandi dan pergi jalan jalan!" Dan disambut oleh anak anak serentak, "Baik emak!" Kahkah. A good example of how pictures can be deceiving.

So how's your Sunday? ;)




6 comments:

  1. hahaha..jadi mak2 ni kena keras hati kan..
    sometimes rasa nak buat jugak gitu
    tapi memang betul cakap garang2 lagi depa ignore.huhu.
    salu terpekik2 pagi2..
    lepas ni nak kena ugut mcm ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Compare to my husband, I lagi keras hati rasanya. Itulah diorang ni cakap garang garang lagi dia jadi degil, so kenalah cakap lembut sentiasa. Kalau ada banyak masa tak apa lagi..

      Delete
  2. Kite same la kak husna.. kalo da siap nk kua pastu anak2 berak memang bapaknye la yg basuhkan.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kalau kat mall pun macam tu. Nasib baik both memang anak lelaki, senang sikit kerja emak :p

      Delete