Friday, December 6, 2019

Print Gambar Menggunakan Photobook

Hi!

Baru sekejap tadi aku upload di Instagram Story tentang Photobook, punyalah ramai orang tanya! Mula mula gigih lagi reply dan copy paste jawapan hahaha, lama lama penat juga macam ini maka terpaksalah update blog #tiber. Betullah, ikutkan sebenarnya malas nak promote Photobook sebab bukan depa bayar aku pun hahaha #berkira, tapi demi peminat followers yang aku sayangi, aku gigihkan jugalah explain kat sini. Kalau tak sayang lagi aku ini tak tahulah 😌


So, ramai yang pernah dengar pasal Photobook ini kan? Tapi berapa ramai yang sudah guna servis print gambar yang best ini?


Kami everytime balik dari holiday atau ada any special event in our family, I make it a point that we must print it in Photobook. Kenapa? Laa kenapa apa pula, untuk kenanganlah. Nothing beats hardcopy photos, regardless dah ada macam macam social media sekarang kan. We loved to see it on our hands, even anak anak pun setiap kali balik holiday akan remind Mommy untuk print Photobook, secara tak langsung ia menjadi antara sebab mereka mudah bekerjasama bab bergambar (kecuali Maryam, bila nak mula bekerjasama hah?? 😤).


Koleksi Photobook kami. Sebenarnya ada beberapa percutian yang belum dibukukan lagi, sebab tak cukup gambar! Can you believe it? Even aku pun tak percaya bila dah balik holiday nak bukukan gambar, gambar tak cukup! Minimum gambar yang diperlukan untuk dibukukan adalah 20. Macam tak percaya je yang kami kurang bergambar masa bercuti, takkanlah aku mithali sangat langsung tak pegang phone masa bercuti 😝

So ramai yang tanya buat sendiri ke orang buatkan ke, buat kat website ke, harga berapa, macam mana nak buat, boleh ke tolong buatkan sebab Kak Una buat nampak begitu cantik sekali (last sekali adalah rekaan semata kakaka). Okay jom kita tengok macam mana nak buat, kesian betul adik adik aku ini. Tak tahu buat Photobook rupanya. Kakak aku yang warga emas pun tahu buat Photobook (harap harap Kakna tak baca).

First. Download apps Photobook. Ada yang kata boleh buat kat website, tapi aku tak pernah cuba. Selama ini memang buat guna apps sahaja ikut jelah jangan banyak cakap #tibergarang.


Dah masuk kat apps Photobook itu, klik Projects. Klik START A NEW PROJECT.


Then akan keluar banyak pilihan album dengan pelbagai saiz ini. Bukan hanya album, ada canvas print, calendar, eh macam macam lagilah. Tapi yang lain itu aku tak pernah cuba. Dari dulu sampai sekarang, aku hanya pilih Simple Books. Sebab mudah nak susun kat rak buku, compact size dengan hardcover dan paling penting mestilah sebab itu paling murah bahaha 😆. So klik Simple Books.


Simple Books ada pelbagai saiz, I choose 6" x 6" and klik NEXT. Harga di situ tulis RM29 kan, itu adalah harga untuk 20 pcs pertama. Selepas 20 pcs, harga adalah RM1 setiap satu. Tapi sepanjang aku print Photobook ini, tak pernah lagi bayar RM29 tu, sentiasa ada discount code sempena sale Hari Raya la, sale 11/11 la, or Photobook bagi saja saja tanpa sebab haha. Sebab itu kena ada apps Photobook, everytime ada discount code akan keluar notification, masa itu aku akan print mana mana gambar yang belum di-print-kan.


Then pilih gambar dari phone. Kalau boleh buat album khas siap siap dalam phone asingkan mana gambar yang nak dimasukkan di dalam Photobook, senang nanti tak payah nak pilih pilih, just select all je.

Lepas dah pilih gambar, boleh arrange mana yang nak di atas, mana yang nak di bawah. Drag je guna jari. Nampak tak atas sekali tu ada tiga jenis box kan, itu adalah bentuk macam mana gambar kita di-print-kan nanti. 

Pilihan pertama itu boleh dipilih kalau you guys nak gambar itu ikut bentuk asal sama ada potrait atau landscape. Kiranya kalau pilih ini, gambar takkan terpotonglah.


Pilihan kedua, adalah bentuk square yang ber-frame. Kalau pilih ini, semua gambar jadi square dan ada frame putih di tepi.


Pilihan ketiga, bentuk square tapi TANPA frame.

Biasanya aku pilih yang ketiga, sebab bila print gambar nampak cantik dan penuh. Tapi keburukannya adalah sesetengah gambar akan terpotong sebab nak ikut bentuk square itu.


Kalau pilih jenis square, in case gambar itu adalah potrait (memanjang) you guys boleh klik pada gambar itu untuk edit bahagian mana yang kita nak crop.


Drag je ke atas ke bawah, ikut mana yang kita nak fokus untuk printkan.

Gambar boleh juga di-delete atau ditambah later in case berubah fikiran, so jangan risau.

Okay lepas dah pilih semua gambar, dah edit crop mana yang perlu, boleh klik NEXT.


Kat sini boleh masukkan title. Usually title ini aku letak tempat percutian dan tarikh so that boleh keep track sesuatu peristiwa. Title akan appear at the back page of the album.


Seperti ini.

And to proceed, click NEXT.


Okay di sini dia suruh kita pilih jenis kertas. Aku selalu pilih yang free itu je, Premium Silk Paper. Good enough for me. Settled pilih kertas, klik simbol troli kat atas tu untuk 'Add to cart'.


Ini last step, bahagian payment. Kat sinilah you guys kena masukkan Voucher Code itu. Voucher code itu selalulah dapat, kadang beli barang kat Tesco pun boleh dapat kupon Photobook, or maybe boleh Google je Photobook Voucher Code. Sometimes boleh jumpa. Dia akan tolak terus RM29 tu, and kita just bayar postage RM8 je. Sometimes ada juga yang kita kena bayar RM1 or RM3 (tak termasuk postage), so bila dapat murah murah macam itu you guys grab la terus untuk print gambar. Sometimes ada jual kat apps Fave juga, macam hari itu my sister printkan album saiz besar untuk letak kat rumah Mama, murah je dapat kat Fave.

Bab kualiti, I think it is safe to say that the quality is OKAY. Depending kat gambar you juga, kalau snap dari phone yang rendah resolution-nya, maka gambar taklah cantik sangat. Or gambar yang you dah pernah edit, size gambar akan jadi kecil so bila print jadi tak cantik sangat. So far dalam banyak banyak album yang aku print, ada satuuuu je yang aku tak happy.


Inilah dia. Padahal aku tak pilih pun jenis ada frame macam ini, tiba tiba sampai jadi macam ini. Macam upset la dahlah front cover itu gambar ramai ramai, bila ada frame macam ini jadi semakin kecillah nampak semua orang. Memang berleterlah aku masa dapat ini.



Dalamnya pun sama, frame tebal macam ini. Membazir je print macam ini, kita kalau boleh nak sepenuh-penuhnya kertas itu dengan gambar kita, tak cantik bila ber-frame macam ini. And album inilah satu satunya album yang tak ada tulis title kat belakang, walaupun masa aku beli semua itu dah siap letak dah!

Tapi nak bising bising pun, benda free haha! Daripada 10 album, satu ini sahaja yang tak cantik takpelah aku redhaaaaa 😭. Nanti aku nak print semula album untuk event itu.

Itulah review ikhlas aku untuk Photobook, review tak berbayar mestilah ikhlas dari hati hahahaha. Overall, recommended ke tak? Mestilah recommended! Better than print gambar 4R, sebab gambar semua dah dibukukan siap siap tak perlu nak cari album dah, saiz pun dah standardized so bila seragam macam itu cantik je tersusun kat rak buku. Hope it helps 😉