Wednesday, November 30, 2011

Dealing With Competitive Parents

I just being a mother for almost 4 months thus haven't experienced this kind of situation (at least it doesn't show too obviously pheww thank God). A situation where you have to deal with competitive parents.

I got it that it's normal to enjoy our child's achievement, especially for new parents; the excitement is of course overwhelming. But there's a thick line between being excited/proud and trying too hard to out do everyone else.

"Anak akulah yang paling comel"
"Anak aku paling cepat belajar"
"Anak aku paling banyak baju cantik"
"Anak aku paling dan paling dan terpaling blablablabla.."

If there's not much thing to boast around anymore, the other parents are the next victim.

"Kalau nak bagi anak cepat pandai, belikan dia permainan blablabla. Tengok macam anak aku."
"Eh, dah 8 bulan pun belum boleh berjalan ke? Mesti kau tak ajar dia blablabla. Anak aku si Boy tu 8 bulan dah berlari tau."
"Masa mengandung dulu aku makan blablabla, sebab tu anak aku otak bagus. Masa pregnant dulu kau tak makan ke?"

Macam-macam lagilah. Kalau niat untuk berkongsi ilmu penjagaan tidak mengapa, tapi biasanya kita boleh nampak jika seseorang itu lebih kepada menghakimi, membanding-bandingkan dan cuba menimbulkan persaingan.

I love all babies. I was growing up surrounded with babies (little brothers/sister and then nephews/nieces after that) thus when I was married and having a baby myself, the necessity of comparing and competing between other parents has never come across my mind.

Sebab aku tahu, all babies are unique and develop at their own pace. Lain baby lain perkembangannya. Tak pernah rasa pun nak compare between babies especially knowing that I am a new mother myself I understand that I have to be very careful in giving opinion to other new mothers as we are in the same boat. We are still learning.

So, if a new parent comes to me and says something like, "Eh salahlah cara dukung tu, meh sini I tunjuk the right way," usually what I did instead of becoming defensive, I just smile and said, "Really? Maybe you're right" thus giving them a satisfaction and pleasure of feelings, "See? I'm the best mother of all'. You ARE the best mother of all. Whatever makes you happy. (But please don't cross the line, I have my own limits too).

For Ammar Yusuf, let's just enjoy every moment together and live it to the fullest. Setiap orang ada kelebihan masing-masing, ada rezeki masing-masing. Allah Maha Adil kan?

"Slowly Sayang, there's no rush. One step at a time, Mummy got your back."
:)



Tuesday, November 29, 2011

Kasih Yang Penuh

Setiap kali berlaku gangguan emosi, berkali-kali aku ingatkan diri sendiri betapa bertuahnya aku pada hakikatnya.

Anak, jantung hati.


Keceriaannya benar-benar penghapus duka.


Dia, membuatkan aku rasa hidup aku ada hala tujunya.
Ada sebabnya. Ada matlamatnya.


Anakku, pengikat kasih penyatu cinta.


Hadirnya, membuatkan segala permasalahan lain seperti, tidak penting. Tidak signifikan.

Sayang, Mummy tak janji dapat besarkan Ammar Yusuf dengan kemewahan, tapi Mummy akan usahakan supaya Ammar Yusuf tak rasa apa-apa kekurangan pun.

Kita tetap akan hidup mewah, mewah kasih sayang, mewah gelak tawa..

Mummy sayang Ammar Yusuf, dunia akhirat. Me and you, against the world.



Saturday, November 26, 2011

My Breastfeeding Journey - Part 2

I'm actually a type of a woman who give up easily, fickle-minded and sadly, a lazy bum the type who always hope things to be good without even have to work hard :/. So when I planned to breastfeed Ammar Yusuf exclusively for 2 years, I need an inspiration. Like when I was studying, I would select one good-looking boy at the class (if any) to motivate me to go to the class everyday and to study hard so that I don't look silly during presentation LOL okay you got what I mean.

So, this is my inspiration....
Stok susu perahan or Expressed Breast Milk (EBM) cousin Suami SAIKO SUNGGUH MELIHATNYAAAA T__T. Kakak Shahrinaz is my breastfeeding idol (eceh), and makcik-makcik Suami pun selalu contohkan dia kalau nak galakkan kita terus breastfeeding after back to work ni. Macam-macam kita belajar dari dia dulu tau ;) Kakak pakai Medela Freestyle, the most expensive breastpump tak mampu den T_T Eh Kakak, sorry kita ambil gambar dari Facebook Kakak without permission, hope you don't mind :D

Physical preparation:

No. 1: A good breastpump

Please jangan berkira untuk dapatkan electric breastpump yang bagus, any brand can do as long as it is an electric one. Kalau kau jenis kuat semangat dan kuat tenaga then it is OKAY to go for the manual one which is a lot cheaper. Sebab based on my observation, those yang pakai manual breastpump tend to give up breastfeeding easily in a month or less. Manual breastpump ni aku maksudkan yang mesin manual tu tau, bukan your husband do it manually for you. Using his bare hands :/
As mentioned here, I bought Medela Swing. Which I have a love-hate relationship with at first, but loving it ultimately now :') Review on this later.
Set yang aku beli tu exactly macam gambar kat atas, tapi storage bottles tu I dapat 7 bottles. Yang macam handbag tu is the bag to carry all these thang to the office THANKGOD TAK ADA TULIS 'BREASTPUMP BAG' KE APA KAT LUAR.

No.2: Feeding bottles

Botol untuk minum HEHE like you don't already know :p
I choose Tommee Tippee sebab comel lepas tanya merata-rata kedai baby which bottle has the softest teats they all recommend Tommee Tippee. Kenapa kena cari botol jenis berputing lembut? Supaya bila di siang hari baby tak rasa sangat beza hisap dari botol dengan direct feeding from Mummy di malam hari. Plus, ada jenis baby bila dah biasa dengan botol susu, dia taknak dah minum direct dari breast ibunya which is so sad. Apa yang lebih menyedihkan bila anak refuse our breast sekaligus refuse dari peluk-peluk dengan kita kan? Lagi sedih sebab terpaksalah pam untuk stok siang malam instead of siang sahaja :( Tapi Ammar Yusuf tak ada masalah tu pun, semua benda dia ngap je masuk mulut, termasuklah pipi Daddy :/

No.3: Storage bottles/bags

Yes, untuk penyimpanan susu. For health and hygienic reason, gunalah botol/bag yang BPA-free. Sebab setiap perkakas (botol/puting/breastpump kit/caps) perlu di sterilize dulu sebelum digunakan untuk membunuh kuman, sebab perut baby masih belum cukup kuat untuk adapt dengan kuman segala. Bukan macam perut kita. Makan tak basuh tangan pun steady lagi eh. Kalau guna bekas plastik sebarangan bukan semua yang boleh tahan suhu 100°C during sterelizing.
Ni sterelizer aku kat rumah tu, brand Little Bean. Datang sekali dengan pemanas susu. Price: RM169. You can get it cheaper somewhere else, kalau pandai cari. Mula-mula masukkan 90ml air (or agak-agak je asalkan tak lebih dari paras yang ditetapkan), lepas dah basuh bersih botol/puting, breastpump kits, susun, tutup dengan penutup, tekan button putih tu, tunggulah sampai dia bunyi. Then switch off the plug, keluarkan semuanya dan keringkan.
Tak semestinya kena beli sterelizer, kalau nak jimat guna saje cara orang dulu-dulu. Lepas basuh botol rendam dalam air panas menggelegak (suhu 100°C). But this is the best way untuk orang yang pemalas sibuk bekerja macam aku kehkeh sibuk bekerja konon ;p

No. 5: Bottle warmer/Pemanas susu

Not my picture, but mine is exactly like this.

Beli 1 set sekali dengan strelizer tu. Senang. Keluarkan susu dari peti ais (pastikan susu yang dah dicairkan, bukan yang beku dalam freezer tu), masukkan dalam warmer ni dan tunggulah dalam 5-10 minit. Lepas air dalam warmer tu dah cecah suhu 40-45°C, dia akan maintain je suhu tu sampailah kita switch off. Dekat pemanas tu ada temperature indication untuk panaskan susu, or bubur, etc. Susu mesti dipanaskan dalam range suhu 40-45 darjah Celcius. Tak boleh kurang or lebih.

Nak guna cara tradisional pun boleh. Macam orang dulu-dulu rendamkan botol susu dalam air suam je. Tapi sebab aku tak pandai agak suhu air dan paling penting nak memudahkan pengasuh, aku belilah benda ni. Aku dulu paranoid sangat, sanggup buat apa sahaja untuk memudahkan pengasuh so that dia rasa tak terbeban dan secara tak langsung boleh tumpukan sepenuh perhatian pada anak aku :')

Itu sahaja kot. Persedian fizikal ni memang penting, tapi tak guna juga beli barang gempak habis kalau mental tak kuat.

Persediaan Mental

Fikiran kena selalu positif, dan kuat. Positif untuk mengingatkan diri sendiri bahawa kita mahu yang terbaik untuk anak, dan kuat untuk menghadapi pandangan orang sekeliling setiap kali kau nak pam susu kat office. Nanti aku cerita.

Okay dah panjang berjela, rupa-rupanya baru cakap pasal persediaan. Nak sambung Part 3 ke macam mana ni? Sambung sini terus jelah ye sebab bukan selalu aku ada mood macam ni :)

Apa-apapun, PENTING aku nak ingatkan;
  1. Please train anak untuk minum dari botol selewat-lewatnya seminggu sebelum kau kembali bekerja. Aku? Sehari sebelum bekerja baru sibuk-sibuk nak ajar, manalah budak tu nak terima. Tips: Kalau nak train, suruh Suami/orang lain yang susukan and you Mummy, pergi jauh-jauh sikit dari baby. Sebab baby ni dia dah recognize your scent/smell, bila dekat dengan badan you dia takkan nak benda lain selain your nenen tssk.
  2. Please mula pam/buat stok susu selewat-lewatnya sebulan sebelum bekerja. Aku dulu buat 2 minggu sebelum, sekarang ni dah terkejar-kejar nak cukupkan stok. Pam yang hari ni untuk stok esok sahaja.
Basic info untuk tempoh hayat penyimpanan susu (rasanya semua dah tahu kot):
Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Di dalam peti sejuk bawah (kurang 4 °C), tahan sehingga 5 hari
Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

ALERT!!! Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.

Aku punya takde pun sampai 3 bulan, yang pam masa berpantang hari tu tak sampai sebulan dah habis tssk tssk kesian. Setiap kali pam aku labelkan haribulan dan berapa oz, aku letak setiap botol 2oz sebab susu yang dah dipanaskan kena dihabiskan paling lama 2 jam kot, kalau tak habis kena buang. Perut baby bukan boleh terima banyak-banyak pun, so 1 botol 2oz aku rasa mencukupi.

Sebelum bekerja, aku dah pergi rumah babysitter tu untuk berkenal-kenalan (nak minta tolong baru nak berkenalan dengan jiran, duh.). Kak Ha nama panggilannya, orang Kelantan, sangat baik hati. Orang Kelantan ni memang baik-baik rasanya. Aku pun orang Kelantan. Eh ada orang tanyakah? Kehkehkeh. Aku dah explain serba sikit tentang anak bujangku, tentang rutin menyusu dia, cara tidur dia, cara nak guna pemanas susu segala. Walaupun mungkin dia dah tahu, rasanya tak salah untuk kita jelaskan juga. Kak Ha tak letak harga pun, dia kata tengok dulu dia jaga elok ke tak, risau letak-letak harga sekali kita tak berpuas hati pula susah juga katanya. Baik kan?

Hari pertama, aku tinggalkan 5 botol berisi 2oz susu setiap satu, maknanya total 10oz lah untuk bekalan dari jam 8 pagi - 6 petang. Pukul 5 petang Kak Ha dah telefon cakap susu dah habis. Nak dijadikan cerita, Suami ada meeting di luar dengan bos sampai pukul 6.30 petang, menangis aku dalam kereta sepanjang balik ke rumah bayangkan anak menangis tak cukup susu *sobs*.

Hari kedua, aku tambah 6 botol berisi 2oz. Total 12 oz. Aku tanya Kak Ha cukup ke dia minum, Kak Ha bagitahu setiap kali minum Ammar Yusuf macam tak cukup dan Kak Ha kena cepat-cepat panaskan 1 botol lagi, dan botol kedua dia minum separuh. Aku dah faham sikit. Ammar Yusuf minum tak kerap, tapi sekali minum agak banyak.

Next day (tak ingat hari ke berapa), aku increase jadi 2.5oz x 6 botol = 15oz. Tapi 15 oz ni setiap kali aku ambil dia petang tu, dia tengah menyusu botol terakhir. So aku rasa better aku reduce the number of bottle but increase the amount of milk on each bottle.

And recently, aku bagi 3oz x 5 botol = 15oz juga tapi setiap kali aku ambil, Ammar Yusuf baru bangun tidur dan tepat pada masanya untuk dia menyusu. So aku bagi direct feeding saja.

Lain baby lain keperluannya. So kena try and error dan selalu tanya babysitter perkembangan penyusuan anak, in case kena tambah sukatannya. So far amount tu masih mencukupi, dan aku perlu bersedia untuk increase to 4oz when he's already 4 months. Tak tahu mampu ke tidak entah, tapi aku kena yakin dan positif, susu sentiasa cukup. Allah kan Maha Hebat, mesti cukup punya.

Dah panjang sangat kot, sengal dah jari nak taip huhu. Sambung lain kali lah ye? I'll write about cabaran mengepam susu di pejabat, yang mana majoriti officemates adalah kaum Adam. It is totally a real challenge, trust me T_T




P/S: Baby yang minum susu ibu tidak memerlukan jumlah yang banyak seperti susu formula. Dulu aku pernah cuak juga bila kawan (formula-feeding mom) cakap anak dia yang sebulan pun dah minum up to 4oz, rasa macam BIAR BETUL?? Anak aku yang gomok tu cukup ke 2.5-3oz je?? Bila baca blog pasal breastfeeding, baca buku, baru tahu fakta itu. Lega rasanya :')


Wednesday, November 23, 2011

My Breastfeeding Journey - Part 1

Alert: Entri ini adalah sangat panjang. Kalau baca masa office hour boleh menyebabkan anda dilayangkan surat amaran sebab entri ini mungkin mengambil masa 2jam 15 minit untuk dihabiskan :/

When I found myself pregnant last year, I was so excited that I started preparing myself with (almost) everything on pregnancy and baby stuffs. Breastfeeding was one of the topic which amazed and frightened me at the same time. I've heard quite a few horrifying stories about bleeding nipples/nipple crack, breast engorgement and cases where they find themselves do not have enough milk supply for the baby.

Sebelum bersalin, punyalah semangat aku berazam nak breastfeeding that aku kumpulkan segala mak nenek ilmu pasal penyusuan, beli breastpump beria-ia (taklah semahal Medela Freestyle tapi still, beria-ialah juga), nursing bra segala. Motivation aku satu, aku nak anak aku sihat untuk jangka masa panjang. NAK ANAK YANG SIHAT. Sebab aku dah tengok contoh terdekat di depan mata. I was breastfed when I was a baby, my husband wasn't. Dan perbezaan tahap kesihatan dan antibodi kami sangat ketara di mana aku begitu gagah perkasa sihat dan 'sihat' (tehehe) - I think the last time I caught a fever was last year (Alhamdulillah) while my husband on the other hand, tidaklah sakit teruk ke apa tapi sangat mudah dijangkiti demam, batuk dan selesema setiap bulan. Setiap bulan T_T.. Dah tu bilanya aku nak bermanja T__T

Sepanjang tempoh mengandung, Suami sangat selalu ulang-ulang cakap, "Nanti baby kita breastfeed ye Sayang, kesian dia kalau jadi macam Abang ni.. Breastfeed tau. Tak apalah Abang sanggup berkongsi" KAHKAHKAH okay langsung tak kelakar.

Dengan segala persediaan (fizikal) sebelum bersalin, aku rasa aku dah cukup bersedia dan yakin akan dapat menyusukan anak secara ekslusif untuk 2 tahun. Cakap macam senang.

Tapiiii, bila dah bersalin, and dah start breastfeeding, there's one thing I can say; Please please please lengkapkan diri dengan persediaan mental melebihi persediaan fizikal. Sebabnya, di peringkat awal kelahiran;
  1. Breastfeeding sangat menyakitkan.
  2. Breastfeeding memenatkan.
  3. Breastfeeding membuatkan kita kelihatan kurang bergaya/selekeh T__T

Sebab berdasarkan apa yang aku lihat, those are the reasons why new mothers decided to change to formula. No offense, tapi bagi aku, apalah sangat apa yang kita lalui, berbanding faedah yang diperoleh anak sepanjang hayat? When it comes to breastfeeding, it is vital to educate ourselves with FACTS and not only HEARSAY. Kalau nak cakap pasal kebaikan breastfeeding ni memang sangat-SANGAT banyak. In fact I've blogged about it months before I give birth to my son. [Click here.]

Ok beberapa perenggan di atas hanyalah introduction sahaja. WHAT?? Esok jelah sambung zZzZz. HEHE sorry, memang sejak jadi mak-mak ni kecenderungan untuk berleter panjang lebar sangat tinggi heh heh nasiblah.

Continue.

I've learnt that sebaik sahaja baby dilahirkan, susu kita adalah dalam bentuk colostrum yang berwarna kekuningan and it has high concentration of calcium, potassium blablablabla and paling penting adalah kandungan antibodi yang sangat tinggi untuk protect newborn dari viruses etc (aku Google sajanya pun). Maka sebaik sahaja Ammar Yusuf lahir, aku dah menggelabah tanya mana baby mana baby sebab ingatkan colostrum tu kena bagi cepat-cepat takut dia habis or berubah jadi susu biasa HAHAHA sengal ke apa macamlah doktor/nurse tu tak tahu buat kerja. Bersalin di hospital kerajaan yang sangat menekankan penyusuan ibu juga sangat membantu (I heard that private hospital bagi formula milk pada newborn oh Tuhan it really broke my heart :'( ). Selepas dimandikan, Ammar Yusuf dibaringkan di sebelahku dan diajar menyusu. To my amazement, the first attempt to breastfeed him went very well (belum sua lagi mulut Ammar Yusuf dah macam Tweety Bird tunggu nenen), sampai jururawat sekeliling ketawa cakap, "Pandainya dia cari susu.. Pandainya dia..." HAHA comel betul ingat balik. And I was cried at the moment :')
Nak cerita pasal how I handle nipple crack and breast engorgement, tapi rasanya tak perlu sangat kot.
Nipple crack - Aku pakai Medela Purelan 100 (dah cerita kat sini kot) dan juga teknik menyapu lebihan susu di sekeliling nipple. Alhamdulillah, lepas seminggu everything is fine (provided that you teach the baby to latch properly during feeding. Otherwise sampai tahun depan pun takkan baik luka tu T_T). And Alhamdulillah, ianya hanya luka sahaja, tidaklah sampai berdarah.

Breast engorgement - Aku alami sekejap je, everytime it happened I'll pumped the milk out, and Alhamdulillah it recovered.

Masa nipple tengah luka, setiap kali baby menangis sumpah aku rasa ngeri sangat nak menyusu. Everytime nak masukkan dalam mulut baby tu aku akan getap bibir kuat-kuat untuk tahan sakit and divert my mind to other things (bila tengah sakit aku memang suka divert mindset to something else before receptor yang bawa signal sakit tu sampai ke otak, dengan harapan otak tak dapat proses perasaan sakit tu hewhewhew). Sampai satu tahap menitis air mata aku menyusukan dia sebab sakit sangat, dengan sakit jahitan bersalin kat bawah tu lagi.. Anak lelaki kan memang sangat kuat menyusu. Tapi aku tak sampai hati nak bagi susu formula, sebab aku tahu once dah mula bagi susu formula aku akan losing determination untuk menyusu badan secara ekslusif. Kesian dia nanti :(

Maka paksakan sahaja, tahan sikit penat, tahan sikit sakit. Sakit bersalin boleh tahan, takkan sakit menyusu tak boleh kan? Kataku pada diri sendiri eceh. Suami merupakan pendorong kuat-the biggest supporter, Mama, Umi (ibu mertua), even both my dad and my father-in-law juga sangat-sangat supportive pasal breastfeeding ni.

Masa Ammar Yusuf kena jaundice, ketika itulah kemuncak nipple crack aku. Sakit tak terperi, dengan keadaan tak selesa bermalam di hospital, luka jahitan belum betul-betul sembuh lagi.. Tapi masa itu aku tak fikir apa dah, sebab aku terlalu tak sampai hati tengok dia dijemur bawah lampu tu, setiap kali tiba masa untuk menyusu aku fikir takpelah Mummy sakit sikit, asalkan baby (masa tu belum bagi nama lagi) sembuh cepat. Sebab susu ibu boleh membantu cepat sembuh, kan? Alhamdulillah memang sekejap je jaundice tu, petang ni masuk wad pagi esok dah boleh balik. Syukur Alhamdulillah.

Kadang-kadang timbul keraguan susu aku ni cukup ke tak? Sebab bila pam tengok alahai sikitnya la yang keluar. Masa seminggu dua selepas bersalin tu, pam dua-dua belah paling banyak pun dapat 1.5oz je. Then I Googled, I read the Breastfeeding 101 book given by my bestfriend, then only I know that Infant Stomach Capacity for 1 day old baby (newborn) hanyalah sebanyak setengah sudu besar sahaja, dan untuk seminggu paling banyak pun 1.5oz sekali minum. So baru rasa lega.

Sepanjang tempoh berpantang (kebetulan berpantang masa bulan puasa dan Hari Raya so jumpa ramai orang), banyaaakkk sangat 'nasihat' yang aku terima pasal penyusuan ni. Ada yang memang berdasarkan fakta, dan ada juga yang boleh diragui kebenarannya.

"Bagilah susu tepung sikit, anak kau tak cukup susu tu. Tak kesian ke?"

"Selang seli lah dengan air masak, baru bersih perut dia. Ni kalau susu je penuh dalam perut macam mana perut dia nak bersih?"

"Kalau makcik dulu, hancurkan sikit pisang ke, bubur ke, masuk dalam susu. Baru pekat. Baru kenyang sikit dia."

Tapi aku budak skema, aku ikut cakap doktor saja. Dan aku sangat-sangat ikut ayat-ayat dalam poster yang boleh dilihat tertampal di merata-rata dinding hospital kerajaan: BAYI BERUSIA BAWAH ENAM BULAN TIDAK MEMERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN LAIN SELAIN SUSU IBU, WALAUPUN AIR MASAK. Maka nasihat-nasihat yang aku terima, aku hanya mengiyakan sahaja, bimbang jika dibalas dengan hujah akan mengundang konfrontasi pula tssk.

Tapi nasihat Mama dan Umi aku ikut. Mama suruh aku makan vitamin C, makan Fish Oil, minum susu, makan benda-benda berkhasiat.. AKU YANG MAKAN BUKAN BAGI BABY YANG MAKAN. Barulah susu yang terhasil jadi susu yang benar-benar berkualiti. Yang paling mereka selalu cakap, "Makan banyak tau, jangan nak skip-skip makan nak cepat kurus punya pasal..". My son eats what I eat. Itu yang aku selalu tanamkan dalam diri. Maka terpaksalah aku makan banyak, anak punya pasal (kehkehkeh daripada mengandung sampai dah bersalin guna anak sebagai alasan untuk makan banyak :D).

Alhamdulillah selama 2 bulan cuti berpantang, aku berjaya memenuhkan perut si comel dengan breastmilk and only breastmilk. Timbul pula keraguan lain, boleh ke aku nak terus breastfeed apabila mula bekerja nanti?

To be continued...



Monday, November 21, 2011

Err.. Hello?

Aku memang suka menulis. Hobi aku menulis. Masa 8 tahun, aku pernah buat pertandingan menulis cerpen dengan Kakak. Kakak punya cerita rasanya lagi best, dah nama pun dia Kakak, mestilah dia lagi terror (terror as hebat, bukan terror as in terrorist). Cerpen pertama aku bertajuk Akibat Tamak. Mengisahkan budak yang bawa bekal makanan yang banyak ke sekolah tapi taknak kongsi dengan kawan-kawan masa rehat, akhirnya tak sempat habiskan makanan lalu ditahan pengawas sebab lambat beratur masa perhimpunan lepas rehat T__T. Cerpen Kakak? Tak ingat pula. Rasanya bertemakan cinta. Kakak kan dah nak jadi anak remaja masa tu hewhewhew.

Hobi terbawa-bawa sampai ke besar. Ke universiti. Masa belajar sambil bercinta dulu kalau perasaan tak berapa betul mulalah tulis surat hantar ke boyfriend HAHAHA orang zaman batu ke apa macamlah tak boleh SMS or email or Myspace ke apa.

Bila dah kerja, sebelum ada kereta pergi kerja naik tren dan bas. Bosan-bosan menunggu aku akan karangkan sesuatu menerusi applikasi Notes dalam handphone cap ayam ni, berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling; kebengangan tengok mamat Indon duduk kangkang buat bodoh je bila ibu mengandung berdiri sebelah dia dalam tren, driver bas yang kurang adab menjerit-jerit pada orang tua yang bertanya arah tujuan bas itu, dan bermacam-macam lagi.

Ya. Aku memang suka menulis. Mengarang.

Boleh terima tak penjelasan panjang lebar aku ni? Yang pucuk pangkal sebenarnya adalah untuk justify kenapa aku kembali berblog. Tssk. Panjangnya cerita susah susah explain macamlah ada orang kisah.

Banyak benda nak share, but mostly ada yang dah share dengan kawan-kawan melalui message di Facebook, di Facebook status.. Tapi kan, ermm.. Kemungkinan besar entri-entri selepas ini menjurus kepada satu golongan sahaja; wanita, khasnya kaum ibu. Sebab aku dah plan nak cerita pasal apa selepas ini (hewhewhew semangat betul sampai dah tahu nak tulis apa). List tak ikut turutan kepentingan.

My Breastfeeding Journey
Review: Medela Swing Breastpump
Petua menguruskan badan HAHA perasan betul
Barang Yang Hakikatnya Tidak Perlu Dibeli Untuk Newborn

Itu sahaja kot. Orang kata kalau nak buat comeback, jangan gelojoh sangat cerita semua benda nak tunjuk hebat. Biar nampak tak hebat tapi sebenarnya cool (berfalsafah) HAHA tolong jangan tampar aku.
3 months 17 days Muhammad Ammar Yusuf. Ada kawan cakap gambar ini Ammar Yusuf macam dah nampak slim. Hakikat sebenar beliau adalah seperti di bawah:


Makan Daddy! Lengan Michelin tetap ada nyumnyumnyum~~


Eh eh. Eh eh. HAHA

Daddy (once he saw this photo) said,"Ceh. Mummy ni dah ada anak sorang pun nak posing macam anak dara."



Mungkin aku perlu ambil gambar berposing dengan diapers dan botol susu. Baru nampak macam ibu anak seorang :/