Saturday, July 2, 2011

Catatan 36 Minggu 4 Hari

Assalamualaikum.


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمي


Zikir untuk memudahkan bersalin. Terima kasih Kak Sofiah dan Waie!

Selain itu, perbanyakkan membaca surah Yasin. Dan minum air selusuh (?). Aku tak pernah pun minum air selusuh. Memang kena minum untuk senang bersalin ye? Bila nak kena mula minum?

Hobi aku sekarang adalah membaca dan mendengar pengalaman orang bersalin. Ada yang membuatkan aku berasa tenang dan lega, dan ada juga yang membuatkan aku kecut perut dan ngeri tssskk.

Orang cakap, hati dan perasaan juga memainkan peranan dalam memudahkan urusan bersalin. Hati kena gembira, ceria dan positif. Jangan takut, jangan stress. Semua ini aku cuba tanamkan dalam hati. Tak mudah, tapi taklah susah mana. Permainan minda sahaja. Hmm. Permainan minda.

Perut makin memberat ke bawah, kalau dapat tahan buang air kecil lebih dari 15 minit sudah cukup bagus. Memang kerap benar. Tapi dalam keadaan duduk perasaan itu agak berkurangan. Aku sekarang akan mengambil makan malam sebelum Maghrib, sebab lagi lewat makan, lagi kerap aku akan bangun buang air.

Sejak kebelakangan ini, keputihan (discharge) semakin menjadi-jadi. Dirujuk pada nurse ketika pemeriksaan rutin, katanya itu adalah normal sebab bayi semakin berat menekan ke bawah dan juga disebabkan perubahan hormon. Apabila aku baca di laman web untuk ibu mengandung, tabiat mengambil kafein juga menyumbang pada keputihan berlebihan. Ya, setiap pagi aku akan minum Nescafe, macam ketagih ke apa entah. Memang tak elok pun, nanti bayi lahir hyperactive orang kata. Sekarang aku sudah berhenti mengambil kafein, diganti dengan minum air madu pemberian ibu mertua. Rakan-rakan pejabat menyakat, "Happy je Husna dapat 'madu'.." -__-

Sekarang makan pun dah kurang, tak boleh masuk banyak. Mungkin perut aku sudah penuh dengan baby, portion untuk menyimpan makanan makin kurang. Teori sendiri, entah betul entah tidak. Heh.

Jalan pun mengengkang dan termengah-mengah. Naik tangga apatah lagi. Setiap tingkat kena berhenti 10-15 saat sebelum menyambung pendakian. Keletihan memang ketara, sebelum pukul 10 malam sudah terlena di atas sofa di depan TV. Dan sering dipimpin Suami masuk ke bilik. Aku tanya, "Kenapa tak dukung kita masuk bilik? Tak romantik pun :(". Suami jawab, "Boleh juga, tapi nanti awak masuk ambulan nak bersalin, Abang pun masuk ambulan jugalah sebab patah pinggang." Sampai hati T__T

Orang kata bila sarat mengandung, muka akan jadi glowing semacam. Mungkin bukan pada aku. Sebab muka aku nampak lesu sahaja. Cuma jerawat macam segan-segan je nak tumbuh, itu sahaja yang best maka muka agak bersih jugalah berbanding biasa HEHEHE.

Barang-barang keperluan selepas bersalin juga Alhamdulillah hampir lengkap. Kami mulakan dengan barangan yang paling costly, seperti breastpump set contohnya. Aku beli breastpump jenama Medela Swing. Iya, Swing aja. Tak jadi beli Medela Freestyle. Suami ikutkan apa yang aku mahu sahaja, dan aku rasa berdasarkan review yang dibaca, Medela Swing juga tidak kurang bagusnya. Masing-masing ada kelebihan kan? Aku beli itu sekali strelizer & bottle warmer di kedai ini. Ingatkan susah sangat nak jumpa, rupanya sehala dengan jalan balik ke rumah dari office setiap hari. Kalau nak tahu harga semuanya dah ada sekali di situ. Tapi bila dah beli tiba-tiba jumpa yang lagi murah kat tempat lain sabar jelah sabar jelah! Bukan nak berkira sangat dengan baby, tapi hal-hal perbelanjaan ni kena realistik jugalah. Banyak lagi perkara lain yang memerlukan perbelanjaan besar selepas baby dilahirkan nanti. Macam Project Manager aku cakap, nak kena bersedia dengan insurans lagi, sebab kalau (Nauzubillah) baby sakit ke demam teruk ke, senang-senang melayang RM4000-RM5000 sekali admit. Melainkan kalau kau nak pergi klinik kerajaanlah, tapi kita tak boleh jangka apa yang boleh berlaku kan? Buatnya anak sakit tengah-tengah malam?

Barang-barang lain rasanya OK sudah, ada sedikit sebanyak nak kena beli. Baju-baju baby Mama cakap jangan beli banyak sangat size Newborn, sebab baby cepat je membesar, lepas seminggu dua dah tak muat. Jadi kami beli saiz 3-6months dan ada juga yang saiz 6 months juga. Comel sangat baju baby geram betul aku!

Begitu juga pampers, jangan beli banyak sangat saiz Newborn. Beli sekadar untuk stok seminggu dua sahaja. Orang cakap, purata baby pakai pampers sehari dalam 7 keping. So pandai-pandailah budget. Aku ni memang ikut sahaja nasihat yang berguna. Kejap tadi aku dan Project Manager aku sama-sama tengok iklan jualan murah di suratkhabar The Star, buat perbandingan harga pampers. HEHE. Beliaulah yang ajar aku, bila dah ada anak ni rajin-rajinlah buka suratkhabar tengok iklan jualan murah barangan bayi. Untuk pampers dan susu formula kita kena bandingkan antara Giant, Tesco dan Carrefour. Setiap bulan ketiga-tiga pasaraya besar ini biasanya akan berlumba-lumba buat promotion/discount harga pampers, dan mesti akan ada salah satunya yang paling murah. Sedikit pengurangan harga membawa makna yang besar tau! Nanti bila anak dah besar dan dah mula minum susu formula, lagilah makan belanja besar. Mahal tau susu tepung tu!

OKlah dah panjang sangat kot ni. Entri ni aku dah taip semalam lagi masa lunch hour, tapi lepas halfway rasa malas pula nak sambung HEHE tak elok perangai suka sangat buat kerja halfway. Ada apa-apa idea tak dari para pembaca yang berpengalaman pasal barangan bayi ni? Comments and recommendation are welcomed! Thank you.

Wassalam.


P/S: Sekarang ni memang dalam langkah berjaga-jaga. Asal rasa sakit perut je mulalah rasa berdebar, takut dah mula contraction. Hmm. Macam tak percayalah, sekejap je masa berlalu..




9 comments:

dalila165 said...

insyaALLAH kak una..
dd doakan..
baby akan lahir sihat & selamat..
amin :D

ZalinZalina said...

Hai Husna...ye la..kalau masa pregnen banyak minum kafein , anak lahir nanti memang hyperaktif macam anak 1st kak ina dulu, memang kak ina minum kopi tiap2 hari...ditakdirkan memang hyperaktif dan kulitnya gelap sikit...takpe la kan...asal sihat dan sempurna :D

Husna Hadzarami said...

didi:
Thans dear.
Nanti kalau ada dengar baby menangis kat rumah sebelah tu faham2 jelah ye! =)


ZalinZalina:
Alamak betul ke?
Erm.. Takpe Kak Ina, biasanya budak hyperactive ni otak dia bagus (hehe menyedapkan hati sendiri :p)
Asalkan sihat dan sempurna dah cukup bagus :)

RADDIAHTUL NUR said...

hehehe.. k atul dulu suke minum tea.. anak hyperaktif jugak... biasa laa budak2 kan... cuma nak pesan laaa... pampers2 beli yg murah2 jek.. sbb newborn nie asyik berak jek... n prepare tisu basah banyak sikit... bju2 pun jgn beli newborn byk sgt... time k atul dulu pun byk beli bju newborm... tp sib baik adam xbesar leh pakai lme... so mane leh berjimat kite berjimat.. k atul suke tgk kat the star klu ade pampers murah2... susu, xd maknanya.. sume harge standard... hahahah.. melainkan penghabisan stok...

Sofiah Jasni said...

una,
ms akk nk bsalin hr tu..misi tu tnye ade minum air selusuh x..kakak akk ade bg air tu tp akk xminum..misi tu pesan jgn minum air tu dekat2 nk bsalin ni..ade risiko2 tertentu kpd baby..

doa byk2..insyaAllah sumenye akan slamat..
byk2 bc zikir (doa nabi nuh) tu, insyaAllah.
take care tau..

*anggaran berat baby bape skrg?

Husna Hadzarami said...

RADDHIATUL NUR:
Hehe, kita beli Drypers Newborn, murah kot tu. Nak try dulu elok ke x. Hopefully dpt bg exclusive breastfeeding, jimat sikit duit susu. Sihat pun sihat :)


Sofiah Jasni:
Yeke? Air selusuh ni bukan ke air biasa yg dibaca2 doa je? Ke ada campuran bahan2 lain? Tak tau la :(
InsyaAllah kak, akan ikut nasihat akak. Berat baby masa baru nak masuk 8 bulan hari tu 1.61kg, sekarang x tau pulak berapa. Risau jugak kalau besar sgt..

Sofiah Jasni said...

tula..akk pn xphm..dr segi doa n utk kekuatan dalaman, mmg ok la kut
tp misi tu kte ade kes baby lemas sbb si ibu minum air tu..ntah la..akk kurg pasti..xtnye lbih2 sbb mmg akk xminum n bile die ckp cmtu trus xsmpn pape dlm kpl..mmg xminum lgsg pn..
utk kepastian leh tnye pd yg pakar..

skrg dh 9 bln kn?
dulu akk lg 2mggu nk bsalin,berat baby 2.7kg
so dh leh agk berat die dlm lingkungan tu smpai 3kg je..last2 die lahir 3.02kg
baju newborn pn besar lg utk die..kih3

Nora Karim said...

una... good luck... akak doakan semuanya selamat.. bersalin mmg la sakit... tapi masa nak push tu pikirkan benda2 yang best la... dpt baby comei... (seronoknya nak dpt baby baru... xcited!), husband ada kat sisi masa kita teran baby... yg penting kita kena ingat... dosa2 terhapus... so... berseronoklah!! :-)

Husna Hadzarami said...

Sofiah Jasni:
Takpelah, x minum kot air tu. Kita ingat nak scan lg sekali for the last time utk tgk anggaran berat baby, tp Suami ckp kalau scan and tau baby berat sgt pun apa kita blh buat kan? So redha je la skrg. Risau kena operate je sebenarnya :(


Nora Karim:
Thanks Kak! Ye, setiap kesakitan tu menghapuskan dosa. Provided kita x byk merungut la kan, habis semua pahala nanti tsskk :'(