Sunday, March 22, 2020

Bila Tiada Pilihan

Hari kelima tempoh kuarantin. Sejak semalam hati aku rasa sebak betul. Rindunya kat Mama Baba. Sepanjang tempoh kuarantin ini, setiap hari call cakap dengan Mama. Tanya masak apa, tanya semua orang sihat ke, ada tanda tanda sakit ke, tanya barang dapur cukup ke. Hati aku entahlah, rasa ralat dan sesal kerana selama ini tak ambil kesempatan pulang ke rumah Mama Baba dengan lebih kerap, seminggu sekali at least. Padahal kerja sendiri saja pun, masa kita atur sendiri, flexible kan.

Bulan Ogos tahun ini, masuk tahun keempat aku bekerja dari rumah. Sepatutnya sudah biasa, sepatutnya tak adalah susah sangat nak menjalani tempoh kuarantin ini. Tapi sungguh, berbeza sangat bekerja dari rumah yang kita tahu bila bila kita boleh keluar, dengan bekerja dari rumah yang kita tahu kita langsung tidak boleh keluar.

Padahal rutin kita sama saja. Tanpa arahan kuarantin ini pun ada masanya 3-4 hari aku tidak keluar juga. Tapi sebelum ini kita tahu apabila kita bekerja, walaupun dari awal kita dah plan nak masak apa apa, bila tiba masa ada urgent things yang perlu dibuat atau simply tiba tiba dah tak ada mood nak masak, boleh terus keluar saja makan di luar. Boleh ambil udara sikit. Release tension sikit, cuba makanan baru sikit. It feels good when we know that there will always be a Plan B for everything. It's like we always have 'safety net' for everything we are doing, you know?

Seperti larangan masuk ke Masjidil Haram buat sementara waktu ini. Selama ini alhamdulillah kami sekeluarga memang dah mampu untuk pergi dan kita tahu bila bila masa kita boleh pergi cuma kita tak pergi lagi for many reasons. Nak pergi ramai ramailah. Nak tunggu Maryam stop breastfeedinglah. Nak tunggu anak besar sikitlah. Macam macam lagilah. Tapi bila tahu Masjidil Haram ditutup dan kita tidak lagi boleh pergi walaupun kita mahu, Allah.. sedih sangat! Sebab selama ini kita rasa bila kita finally ready to go, the place will always be there, tak ke mana pun.

Like there was one time I know someone yang never ready to have kids, she was in fact did not even like children. Suddenly dia dapat tahu yang rahimnya bermasalah dan dia takkan boleh mengandung, she cries so bad that people asked, "I thought you don't want to have a baby?" She said that the feeling is so different bila dia tahu dia tak boleh ada anak, walaupun selama ini dia tak bersedia pun untuk ada anak. 

It is so different when we feel like we always have a safety net, that we always know apabila suatu hari nanti kita ubah fikiran, kita masih boleh dapat apa saja perkara yang pada awalnya kita tak rancangkan pun. Kita selalu ambil mudah pada perkara yang kita rasa kita sentiasa ada pilihan. 

Kita kerja sambil lewa, sebab kita rasa kerja macam mana pun hujung bulan tetap dapat gaji.
Kita bertangguh buat perkara yang penting, sebab kita rasa esok masih punya masa.
Kita lalai dan leka, kerana kita rasa kita sentiasa ada masa untuk bertaubat.
Kita jarang tanya khabar ibu bapa, sebab kita seolah olah rasa mereka hidup sampai bila bila.

Aku betul betul berdoa apabila semua wabak ini berakhir, kita semua telahpun menjadi manusia yang jauh lebih baik dari sebelumnya.




Thursday, March 19, 2020

Best Tak Kerja Dari Rumah?

Hari kedua perintah kawalan pergerakan sempena mengawal COVID-19, menyaksikan rata-rata rakyat Malaysia bekerja dari rumah. Scroll timeline Facebook dan Instagram, geli hati aku tengok gelagat kawan-kawan yang cuba untuk bekerja di rumah tapi sentiasa dikelilingi anak-anak. Senang tak kerja dari rumah? 😆

Rasa macam impossible boleh buat kerja. Rasa macam senang lagi kerja di office. Lebih fokus siapkan kerja, lunch hour boleh rehat, habis rehat boleh sambung kerja. Rasa penat boleh sandar kejap berbual bual dengan rakan sekerja topik orang dewasa. Nak ke toilet, pergi jelah takde yang nak mengikut haha! Betul tak?

2 tahun pertama aku bekerja dari rumah, my husband masih full time kerja di pejabat. So urusan dengan anak anak hampir 90% akulah yang buat. Kita bukan stay-at-home mom ya, kita work-at-home mom. Combination seorang ibu yang bekerja dan suri rumah, memang workload dia ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana. Awalnya rasa susah betul, tapi aku selalu ingatkan diri sendiri yang susah mana pun kerja ini,  susah lagi kerja sebelumnya. Kena bersyukurlah jangan kufur nikmat.

Time-management is EVERYTHING. Kita ini ibu mereka kan, at one point kita dah boleh susun jadual dah, waktu ini mereka akan buat apa, bila waktu anak anak akan tidur siang,  bila yang anak anak mesti main bersama, kalau anak anak meragam itu boleh tahu dah apa sebabnya. We sort out the problem (lapar, tak puas tidur, nak perhatian etc), uruskan mereka dan apabila mereka sudahpun kenyang dan boleh bermain sendiri, kita boleh segera buat kerja sambil monitor anak. Bila mereka dah penat kita tidurkan, dan bolehlah 100% fokus buat kerja. Kerja bukan hanya kerja yang menjana pendapatan, tapi housechores juga. Tapi aku bab housechores aku taklah gunakan energy aku habis-habisan sangat, panggil maid harian saja. Kerja yang tak value-added seperti housechores janganlah dipeningkan kepala, kita sub je pada orang lain. Bukan kita malas, anggaplah yang kita berkongsi rezeki dengan maid itu 😌

Dengan team aku yang sangat besar ketika itu mashaaAllah, tak menang tangan dibuatnya. Tapi buat satu persatu selesaikan perkara kecil dulu. Bila stress, Whatsapp je husband luah perasaan haha. Kita mesti nak kena berbual dengan orang dewasa juga kan. Husband balik je kerja terus menggalas separuh bebanan urusan anak anak alhamdulillah.

Susah sangat kerja dari rumah, tapi bagi aku kesusahan itu berpadanan dengan apa yang kita terima. Susah-susah pun, ‘boss’ kita adalah orang yang kita sangat sayang hehe. ‘Boss’ kita very demanding and needy, tapi kita juga yang kawal ‘boss’ kita.


Sekarang ini boss besar kita yang di tengah itulah 😏

InshaaAllah, sehari dua lagi aku percaya you guys akan mula biasa dengan rutin anak anak. Keep them occupied,  sebelum nak mula buat kerja pejabat yang dibawa ke rumah itu make sure semua orang dah wangi dan kenyang. Itu yang paling penting bagi aku untuk ibu yang bekerja dari rumah. Kita dan anak anak mesti wangi means dari awal pagi lagi dah mandi dan sikat rambut. Mesti sikat rambut, otherwise rasa rimas je melihat. Dan KENYANG.

Anak anak yang bersih, kemas, wangi dan kenyang akan lebih cooperative, sebab mereka selesa. Kita sendiri wangi, bersih dan kenyang, lebih gembira untuk mulakan tugasan harian. Pakai perfume walaupun dalam rumah ya. Take care of these two things first, inshaaAllah slowly you guys boleh jadi work-at-home mom yang awesome!