Monday, January 27, 2014

Talking Ammar Yusuf



Chipsmore 

Ammar Yusuf : Mummy nak biskut Chipsmore lagi. 
Mummy : Esok pulak lah. Banyak dah Abang makan. 
Ammar Yusuf : Abang nak biskut Chipsmore lagi laaaa. 
Mummy : Biskut Chipsmore dah habis (tipu sunat) 
Ammar Yusuf : (diam) 

Tengah hari tu, nak ajak mandi (budak ni kalau dengan aku memang susah nak mandi, asal nak mandi je huru hara satu rumah)

Mummy : Jom la Abang, kita mandi.. 
Ammar Yusuf : Abang dah mandiiii (bila masa entah dah mandi) 
Mummy : Okay jom mandi, lepas mandi boleh makan biskut Chipsmore! Haaa nak tak? 
Ammar Yusuf : Biskut Chipsmore dah habis la…. Dah habissss… 

Penipuan memakan diri T__T 

Pampers

Daddy masuk rumah, tangan kanan pegang plastik nasi bungkus, tangan kiri pegang plastik Libresse. 

Ammar Yusuf : Daddy beli nasi ke? 
Daddy : Ye, Daddy beli nasi. 
Ammar Yusuf : Daddy beli nasi dengan pampers Mummy ke? 

Ni siapa ajar hah?! >_<

Sifat memerhati (observant) 

Khamis petang, sebaik sahaja ambil anak anak dari rumah Kak Ha, masuk je kereta, terus dia tegur; 

“Daddy dah potong rambut ke?” 

Whoaaaa okay ini memang aku kagum, sebab aku sendiri pun kadang kadang tak perasaan bila laki aku potong rambut hehe. 

Esoknya pula, masa nak mandi, dia nampak botol shampu Loreal Mummy. 

“Itu Mummy baru beli ke?” 

Sebab before this Mummy pakai Dove….. Benda kecil macam tu pun…. 

Kata berlawanan

Ammar Yusuf : Mummy ambilkan fire engine Abang please (fire engine tu ada sejengkal je dari dia  kot -___-) 
Mummy : Laa, Abang ambil la sendiri. Dekat je tu. 
Ammar Yusuf : Mummy la ambil.. 
Mummy : Abang laa.. Abang kan rajin. 
Ammar Yusuf : Abang kan tak rajin. 
Mummy : Abang kan good boy. 
Ammar Yusuf : Abang kan tak good boy. 

Huh kalau berbalas balas dengan dia sampai esok pun tak habis -____-" 

Bela diri

Dalam perjalanan ke taman permainan, 

Mummy : Abang, nanti kalau friend tolak Abang, Abang cakap terus dengan dia, “Don’t push!” tau. 
Ammar Yusuf : (diam) 
Daddy : A’ah. Kalau ada orang tolak tolak Abang, Abang cakap “Jangan tolak saya!” tau. Abang jangan biar je friend tolak Abang tau. 
Ammar Yusuf :(masih diam lagi) 
Mummy : You have to stand for yourself. Baru friend tak berani buli Abang. 
Ammar Yusuf : (Perlahan pegang bahu Mummy) Abang taknak marah friend eh..? Abang nak main dengan friend eh..? (dengan muka penuh pengharapan mengharapkan pengertian). 

Alahai anak Mummy ni :’) 

Carseat 

Petang semalam, dari Subang Mummy, Daddy dan Adam Muaz balik bertiga je, sebab Ammar Yusuf nak ikut Atok dia pergi Mydin. So letaklah Adam Muaz dalam carseat. Malam tu tunjuk gambar ni kat dia. 



Mummy : Abang tengok, Adik duduk kat carseat Abang. 
Ammar Yusuf : Adik sleep ke? 
Mummy : Aah. Boleh tak lepas ni Adik duduk carseat Abang? 
Ammar Yusuf : Boleh! (mata bersinar sinar senyum lebar habis) 
Mummy : (Impressed sebab biasanya dia susah nak bagi barang dia kat Adik) Betul ke? Nanti Abang duduk mana? 
Daddy : Abang duduk sebelah Adik sini ke? Jaga Adik? (sambil tunjuk ruang sebelah Adik dalam gambar)
Ammar Yusuf : (Dengan muka sangat ceria) Abang nak duduk depan! 
Mummy : Dah agak dahhhhh..

**********

Haaihh.. Teringat dialog dengan dia ni memang buat Mummy tersenyum sorang sorang je... :')




Thursday, January 23, 2014

Home Project 2014

We are going to paint our boys' room!!

I know right, dah lebih 3 tahun kahwin baru nak sibuk cantikkan rumah. Yelah, I kahwin terus pregnant lepas tu bersalin lepas tu pregnant lagi hehehe itu jelah kerja kau.

We have planned to paint (the entire house) for so long, and we actually nak guna khidmat tukang cat yang cat rumah my parents-in-law tu je, tak terfikir pun nak cat sendiri. Tapi nak tunggu uncle tu available punyalah lamaaaa, masa Abah mertua aku tanyakan uncle tu, ada 4 rumah lagi in queue. After a while, I asked H,

"Abang tak minat ke nak cat sendiri je rumah kita?"

"Hah? Boleh je kot" (He doesn't really have experience in painting)

"Kita buat sama sama la, bukan besar sangat rumah kita tu should be okay la" (And I too, have almost zero experience in painting, except once I helped Kak Na to paint her apartment, about 10 years back if I'm not mistaken, I still remember that I almost pass out after that :/)

So we have decided to give it a try, and the poor victim is... the boys' room hehe. Well it's not really their room anyway since they never sleep there, it's more to guest room kot.

First thing first, the color. I'm thinking of going to the most traditional color for boys; blue. But you know what, there are too many types of blue!! Selepas berpinar mata tengok contoh bilik untuk setiap jenis biru, now I'm stuck with these three.

Dark Blue



Electric Blue




Teal





Yeah semuanya warna gelap, because the furnitures inside the room are all in wooden color, exactly like the color of furnitures in the first picture above. H on the other hand, is not really a big fan of dark color, "Nanti gelap la nampak bilik tu," he said. Ala gelap pasang jelah lampu :p 

I'm also not really into different colors of wall in the same room, like some people buat 2 dinding warna lain, 2 dinding lagi warna lain or warna yang sama cuma tone yang berbeza. I nak satu warna je untuk setiap dinding, pilih satu warna pun dah sakit kepala, apa lagi nak pilih color combination, mau migrain aku. Yeah I'm such a boring person like that, and knowing myself, I'm not really good at color combination. So better safe than sorry. I'm thinking of painting the same color for the whole room, and letak perhiasan i.e lampu/jam dinding/wall sticker yang berlainan warna for some contracts. But, I don't know, like what H said, "Nanti pergi kedai cat mesti B jadi fickle minded balik". He's marrying me for 20 years already zzzz -__-

Dah baca banyak blog (tak ada pengalaman mengecat kenalah study dulu), and I learn that it would be freaking tiring (walaupun tengok The Apartment macam senang je, even awek awek cun skinny bimbotic pun boleh cat sendiri je semua). Banyaknya nak kena buat, nak kena bersihkan dinding, nak kena lekat masking tape sekeliling, nak kena cat 2 lapis... Nervous, but sangat excited at the same time!

Takpe, try satu bilik dulu, kalau tak okay, bahagian lain panggil jelah tukang cat HAHA belum apa apa dah ada second thought. Hope everything goes well. Besides swimming, this can be our next healthy activity too, who knows? ;) 





Wednesday, January 22, 2014

Nampak

Kes 1 

Malam pertama selepas nikah, anak buah aku Alaina Izzahdurra ketuk pintu bilik. Aku buka, dia menangis ajak teman pergi bilik air. Aku temankan. 

Selesai buang air, masih menangis. 

“Perempuan tu ada lagi…” 

Meremang gila. Aku tak tanya apa apa and just pujuk dia back to sleep. Siap offer nak tidur dengan Antina ke tak (HAHA of course she refused seeing her Uncle Hanis was there too :p). Nevertheless, it was freaking scary, and when I told my mom, she said that was not the first time Aina saw ‘something’ like that. 

Kes 2 

H was in the kitchen washing the dishes and I tengah iron baju di bilik belakang, when suddenly Ammar Yusuf run hastily to the kitchen holding his raisin bowl. 

H: Kenapa ni? 
Ammar Yusuf: Abang takut tu.. (tunjuk ke ruang tamu) 
H: Tak ada apa laaa, nanti Daddy teman Abang. 

Dan dia kembali ke ruang tamu, dari dalam bilik kedengaran dia marah marah, “Ish tak payah la, tak payahhhh..”. I berhenti menggosok sekejap dan jenguk ke depan, dan nampak dia sedang hulurkan mangkuk kismis dia menghala ke sofa. 

“Awak nak kismis ke? Nak ke?” 

There was nobody there T____T 

Kes 3

This happened to my younger sister last week. 



I’m not gonna get into details for this one, sebab aku sendiri belum get over benda ni bila bangun awal pagi untuk bangun susu :'(

Kes 4 

Pagi tadi, Ammar Yusuf masih tidur masa kami dah bersiap nak hantar both our sons to the babysitter’s. Masuk kereta, just after H puts him in the babyseat, he woke up. Buka je mata terus menangis sambil tunjuk tunjuk sebelah dia. “Ni…. ni… Abang takutttt… Angkat Abang…..!”

And we end up like this all the way to Kak Ha’s house. 


 **********
Aku harap, ianya bukanlah apa apa, dan kalau pun betul ianya adalah apa yang aku fikirkan, aku harap ia berlaku hanya untuk sementara waktu sahaja. Selagi ‘dia’ tidak sampai ke tahap mengganggu kehidupan kami. Dan aku berdoa sungguh sungguh, agar aku tidak dimasukkan dalam golongan yang diberi ‘anugerah’ seperti ini sampai bila bila pun. Nauzubillah. ‘Mata sejuk’, orang tua tua cakap. 

Have you guys encountered this kind of situation? And how do you deal with it?


Monday, January 20, 2014

Riadah #2: Dataran Putrajaya

Selepas beberapa hari dengar Ammar Yusuf sebut “Nak naik gelongsor dengan friend” (siap berlakon berbual kat telefon “Hello, friend ke? Nak naik gelongsor ke?” -__-), maka Ahad semalam kami pun bawalah budak yang dah makin seronok nak berkawan ni pergi beriadah. 

Sebenarnya Sabtu petang dah bawa pergi Alamanda ingat nak main kat indoor playground situ, because that’s the nearest to our place; kat Sunway Pyramid pun ada juga tapi a bit smaller compare to Alamanda. But unfortunately Alamanda’s playground was closed due to construction. Punyalah patah hati aku. I feel sorry for him because sepanjang jalan ke Alamanda dia dah excited ulang ulang sebut nak main gelongsor. Dia nampak okay je, Mummy Daddy yang lebih lebih rasa bersalah siap pergi Secret Recipe bagi je dia nak makan and minum apa (all this while kami masih control his sugar intake to avoid him being hyperactive and also for his health but it’s just our choice). 

So Ahad tu, kiranya nak compensate laa, just to make him happy, just to let him get loose and be free for a while. After some Googling, we headed to Dataran Putrajaya, knowing that there’s a small playground near Masjid Putra (it is located downstairs next to Souq, just use the stairs/escalators next to the mosque). 

Kami sampai ke Dataran Putrajaya tu dalam pukul 6 petang, whoaaa dah lain! Ramainya oranggg! The last time we were here was last year January (exactly one year!), masa Ammar Yusuf baru je nak pandai berjalan. Masa tu taklah seramai ini. 



Dulu tak ada pun perkhidmatan sewa benda benda ni, pengunjung yang naik benda ni semuanya bawa sendiri dari rumah je. Ramai kan? 

First thing first, pergi playground dulu. 

The playground is quite okay, it’s kinda different from other playgrounds we used to go, sebab berbentuk kapal kot. Budak budak tengok nampak macam best la. 






There are 5 slides and 3-4 jongkang jongket. Kira okaylah untuk budak yang hanya nak main gelongsor kan hehe. 



Would be a lot more fun kalau Adik dah pandai jalan. Takpe, there’s always next time. For the time being, Adik jadi mandur jelah. 


Gambar emaknya tak banyak, sebab emak pakai tudung indon maka keyakinan diri berada di paras sifar (I tak pernah suka tudung awning ni, makes me looks older but maybe it’s just me). 

About half an hour there, nampak Abang macam dah boring je, we decided to go upstairs back to Dataran Putrajaya. It was so much fun here!









Kejar 'bubbles' :')


Sini ada juga orang main layang layang. Seronok anak Mummy :')



Daddy ajak pergi to the other side, sebab dari jauh nampak ada bubbles besar besar yang tengah trending sekarang tu, but halfway there Ammar Yusuf stopped us. “Nak naik car,” katanya sambil tunjuk kereta kereta mainan kat situ. Kami tanya betul ke nak naik, because hari tu pernah kat The Curve dia kata nak naik, bila dah bayar dia takut pulak sebab benda tu gerak laju kot. Akak yang jual tu cakap boleh cuba dulu, tengok dia nak ke tak, kalau okay baru bayar. So nice of her (maybe due to high competition there, punyalah banyak orang yang sewakan benda ni kat situ!) 

“Berapa ni?” I asked. 

“RM10 untuk 20 minit” 

“Alaaa dah nak Maghrib la Abang” I said, looking at my son. 

“10 minit pun boleh, RM5” kata akak tu. Hoh cakaplah RM5 for 10 minutes dulu, ni cakap yang mahal dulu pulak. 


Sebab dah nak dekat pukul 7, kami ambil je whatever car available, end up with this one. Tak cantik T__T 





As long as he’s happy :’) 

Overall, it was a great riadah for all of us. Semua orang happy, even Adik pun okay je duduk dalam stroller walaupun kadang kadang dia rasa geram nak kejar kat Abang hehe. Sekali sekala kami dukung dia bawa dekat dengan Abang, Abang kan idola dia :p 



Masuk kereta, menyusu, terus tidur. Sedap kot kena udara nyaman petang petang. 


Cuma satu je yang aku rasa perlu diperbaiki berkenaan aktiviti di Dataran Putrajaya ni. Perhaps they should allocate/limit 1 space just for those cycling thing (as in the above picture, tak tahu apa benda nama dia). Sebab situ most yang naik benda mengayuh tu budak/remaja like 12-15 years dan mereka kayuh benda tu sangatlah laju, almost hit my son one time masa Ammar Yusuf lari lari kejar bubbles tu. Sebab situ ramai babies/toddlers yang baru nak belajar berjalan, yang lari lari secara bebas, kalau kena langgar dengan benda tu boleh terpelanting juga rasanya. Itu jelah the downside of that place, other than that, everything is great. Sesuai untuk aktiviti riadah satu keluarga. I’ve already planned bila anak anak dah besar sikit nak beli roller blade sorang sepasang (including both Mummy Daddy hihi) and main kat sini. Should be fun!


Monday, January 13, 2014

Dealing with Siblings Rivalry

Persaingan sesama adik beradik ni, aku rasa semua orang pernah melalui keadaan ini, tak kira berapa pun usia kita. Sibling rivalry starts even before the second child is born, and continues as the kids grow and compete for everything from toys to attention. We as parents, we have to admit that eventhough that we love all our children equally, it’s not easy to give the equal attention to each and every child. But of course we tried and still trying. Anak yang kecil memerlukan lebih perhatian kerana mereka masih bergantung sepenuhnya pada kita, tapi dalam masa yang sama anak yang lebih besar tetap terus membesar dan tetap memerlukan perhatian juga.


Masa Adam Muaz baru lahir dulu, Ammar Yusuf tidaklah nampak ketara sangat bersaing untuk perhatian. Mungkin sebab ketika itu Adam Muaz masih kecil, rutinnya hanya menyusu, tidur, bangun sekejap, menyusu, tidur. For the first few months after he was born, Adam Muaz memang bayi yang sangaaaaaat mudah dijaga. Masa pantang dulu tak pernah sekali pun aku berjaga malam jaga dia, sebab dia memang tak pernah meragam malam malam seperti mana newborn yang lain. Maka, perhatian kami berdua pada Ammar Yusuf langsung tak berubah, malah mungkin melebih perhatian kami pada Adam Muaz. Sebab bila Adam Muaz tidur, kami akan baring dengan dia, peluk peluk dengan dia, main dengan dia, baca buku dengan dia.. So tak pernahlah ada isu yang dia nak berebut kasih sayang dengan adik dia tu.



Tapi sekarang, Adam Muaz tu ya Allah lasaknya! Tengah fasa mengesot, merangkak dan memanjat kan. He really keeps me on my toe for God sake! He’s so fast, so curious and can be quite handful sometimes that I tend to get so nervous if I don’t see him right in front of me! It is a lot easier if H is around, but whenever he is not (for weekend classes/working on Saturday), I find it quite hard for me to really allocate my attention equally to both of them no matter how hard I try to. Baru anak dua dah kelam kabut hadoii..

Maka sejak 2 bulan kebelakangan ini, memang dah nampak agak ketara persaingan dua beradik ni. Atau lebih banyak pada Abang yang cuba nak bersaing dengan Adik.

Bila Adik mula merangkak dan aku bersorak tepuk tangan bagi sokongan, tiba tiba Abang pun bangun dan buat posisi merangkak sambil panggil, “Mummy tengok Abang, tengok, Abang pun pandai merangkak laa..” T__T

Bila Mummy datang bawa makanan Adik dan panggil Adik datang nak suap makan, Abang pun akan datang sekali “Abang nak, Abang pun nak Adik porridge. Boleh tak?” (The cutest thing he always said when asking for something, mesti ada ‘Boleh tak?’ kat belakang. Really melt my heart). Masa Adik baru mula ambil solid food dulu langsung dia tak minat makanan Adik. So since dah tahu Abang memang akan join Adik makan, I sekarang memang akan prepare lebih sikit porridge Adik, aku okay je dia nak makan. Sebab healthier takde garam atau sebarang serbuk perasa kan. Maka setiap kali tiba giliran Adik makan, memang akan suap kedua duanya sekali, walaupun Abang baru je selesai makan sebelum itu. Just to make him happy.

Baru baru ini Adik cakar lengan aku yang memang sakit betul sampai aku terjerit sikit. Terus Abang datang, “Mummy tak payahlah kawan dengan Adik dah, Mummy kawan dengan Abang saje ye?” sambil usap usap lengan aku T__T

There’s one time I was scrolling my Instagram timeline when he was with me, and he stopped me at this photo.


And said, “Mummy tak kiss Abang pun, Mummy kiss Adik saje” T__T 
(Of course there's several snaps where I kissed him too, but it's just funny to put the same pose in one collage -__-)

Sampaikan satu masa, masa tengah main main dengan dua beradik tu, tiba tiba Abang cakap, “Mummy, ni Adik tau (sambil tepuk tepuk dada sendiri). Yang itu Abang (sambil tunjuk Adik)” Mesti dia ingat kalau dia jadi Adik, Mummy akan lebih sayangkan dia. T__T

It’s just too heartbreaking, really. And honestly dah banyak kali aku rasa gagal mengagihkan kasih sayang dan perhatian yang sama rata, gagal menjadi ibu yang baik. Kadang kadang dia buat sesuatu yang menaikkan darah aku, bila dah marah baru sedar yang dia sebenarnya nak tarik perhatian je. He is a lot closer to his father obviously, even kalau kena marah pun dia menangis panggil Daddy je. I feel like at my wits end for more than hundred times, sometimes I think of something a mother shouldn’t ever think of, I’m just so vulnerable.

Tak ada sehari pun yang berlalu tanpa aku berazam untuk lebih bersabar dan lebih berhati terbuka untuk menerima bahawa dia sedang membesar dan sedang cuba mengenali diri dia sendiri. I’m not a supermom, but I won’t ever give up. Apa yang aku buat sekarang adalah baca lebih banyak parenting websites, banyakkan beristighfar bila bersama dia, banyakkan membaca Al-Quran. I also planned to take one day off and going out for a date with him, just the two of us. Tapi ni kena tunggu mak dah confirm la, sekarang under probation cannot take leave :( Dah imagine dah bawa dia pergi playground macam JKids at Paradigm Mall tu ke, pergi makan pizza (asal lalu Pizza Hut je dia sebut “Abang suka makan pizza”), pergi shopping kasut; he loves shoes nowadays, hari tu masuk Converse terus pergi kat rak kasut budak, grabbed one pair and insisted to try it on “Kasut Abang laaa, kasut Abang -__-.


Terus beli dan terus pakai -___-

Satu perkara penting yang aku perasan, kalau dalam sehari tu kami banyak fokus pada dia, tak tinggikan suara pada dia, compliment and acknowledge apa yang dia buat (kemas toys selepas main, habiskan sayur dalam nasi goreng, share toys dengan Adik), dia juga akan jadi sangat penyayang pada Adik, dan sangat behave. So apa yang aku boleh simpulkan, peribadi anak memang dibentuk oleh kita sendiri. Kalau kita bersabar dengan anak, dia juga akan lebih bersabar pada orang di bawah dia. Kita nak dia sayang Adik, kita kena curahkan kasih sayang sepenuhnya pada dia. Bila kita kerap sangat marah dia, tak mustahil dia akan membesar holding a lotof resentment towards his little brother. Sebab dengan adik sahaja yang dia rasa dia lebih berkuasa. Every child is unique in their own way, you have to really KNOW your child.

Belajar, dan terus belajar. Itu yang aku akan terus buat. Terus mencuba. I hope he wouldn’t take too long to realize how much I love him and how much he means to me...


Monday, January 6, 2014

Tips Memilih Pekerjaan

Is your job too stressful? The working environment is too bad? You salary is too low compare to your workload? Your salary is really high but your superior is killing you everyday? Too stressful to the extent that you are thinking of quitting and opt for other job even if they offer less salary than what you currently earn?
Okay since I am now an expert in switching job (HAHA), here I have list down things that you have to consider when you’re in the middle of finding a new job. But first, bear in mind that no job can makes you happy all the time. Even if you do something that you really like, the stress is always there. So what you can do is to choose the one yang lebih banyak benda yang best berbanding benda yang tak best. Maksudnya, kegembiraan bekerja di situ mengatasi tekanan yang dihadapi.
But the big question is, how do we know? Macam mana kita nak tahu bekerja di situ banyak kelebihan berbanding kekurangannya? Kita belum bekerja di situ macam mana kita nak tahu kan? Unless kalau kau ada kenalan yang berada di situ, atau pun yang pernah bekerja di situ, that’s a different story.
So here it is. Dua kategori penting dalam pemilihan kerja,
Pertama, perkara yang anda berkuasa untuk pilih
Dan kedua, perkara yang anda tiada kuasa untuk pilih
Perkara yang anda berkuasa untuk pilih;
1) GAJI
2) Benefit
3) Working hours
4) Traveling distance
Ini semua something yang boleh ditentukan oleh you sendiri, perkara yang ditetapkan masa interview, perkara yang anda sudah sedia tahu sebelum melangkah masuk ke tempat itu, pendek kata, it’s all your choice.
Perkara yang anda tiada kuasa untuk pilih;
(Atau dalam erti kata lain, perkara yang kau tidak tahu dan kau ibarat memperjudikan nasib la, it can be better than now, but it can be worse too)
1) Your boss
2) Your colleagues
3) Your workloads
Dear readers. Dengar ye, macam mana tertekan pun dengan pekerjaan kita sekarang, bila kita nak tukar kerja lain, always, ALWAYS make sure, perkara yang anda berkuasa untuk pilih itu adalah sangat sangat strong dan lebih baik dari sekarang.
1) Gaji lebih baik.
2) Faedah-faedah (bonus/medical benefits/annual increment) lebih baik.
3) Working hours lebih baik (contohnya sebelum ini you kerja 6 hari, carilah kerja yang kerja 5 hari)
4) Tempat kerja lebih dekat dengan rumah.
Sebabnya, perkara yang anda berkuasa untuk pilih itulah yang akan menentukan you gembira atau tidak.
You feel so stress with your boss, you feel so stress with your colleagues, you’re thinking of quitting and you decide to choose any other job doesn’t matter if it comes with a lower pay, you just want to escape from that company, escape from all the stress and pressure..
BIG. MISTAKE. EVER.
Your new boss can be better, CAN BE WORSE.
Your new colleagues can be better, CAN BE WORSE.
Your new workloads can be better, CAN BE WORSE.
And you are now stuck in that situation, WORSE THAN BEFORE because your salary now is even lower/your workplace is even farther/your new working hours is even longer than before/you're overloaded and stress you out even worse.
Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. How miserable.
But if you choose a new career with a strong/better in salary, benefits, working hours and nearer to your home, even if you might be facing a worse boss/colleagues/workloads;
At least gaji you tinggi that you don’t have to be stress at home with your bills - even better when you can spend more to release your stress,
you tak stress bila you or your family sakit (due to a better medical benefits that cover your family as well),
you ada lebih banyak masa dengan family due to shorter working hours,
and you tak stress mengadap traffic jammed sebab tempat kerja you sekarang lebih dekat dengan rumah.
Percayalah, dengan segala kelebihan yang you sendiri dah pilih tu, benda tu akan menutupi segala tekanan lain di pejabat.
Ini memang apa yang berlaku pada I, based on my own experience. Before this dahlah kerja stress, balik tu nak mengadap 2 jam punya traffic jammed kau gila? It becomes hormonal you know. You jadi marah marah, jadi moody, rambut gugur, period jadi tak betul. Kesian anak anak, kesian your husband, kesian kat diri you sendiri lah.
Now, stress kerja tu of course lah ada, tapi bila balik rumah jalan smoooooth je 20 minit dah sampai rumah, you’re no longer working on Saturday so that you can spend more quality time with your children, gaji lebih baik that you can contribute more to your family and your parents….. rasa macam stress tu taklah seberapa, the stress is a lot more manageable. Boleh kata setakat ini macam tak terkesan langsung dengan tekanan kerja, alhamdulillah. Stress macam mana pun kat office, balik rumah macam lupa habis apa yang berlaku. Tak terbawa bawa seperti sebelum ini. Setiap hari rasa nak bekerja dengan lebih baik supaya dapat kekal lama di sini, because it’s not easy to find a job with no traffic jammed that comes with a handsome paycheck, isn’t it?
When it comes to your career, never follow your heart because by doing so you are actually putting your future at risk. Be responsible, think twice and be wise. Kerja dimana mana pun memang ada masalahnya yang tersendiri, so whatever that is up to you to choose, choose wisely.


Thursday, January 2, 2014

Penakut

Siapa yang pernah dan masih hidup bersama aku, memang dah sedia maklum betapa aku adalah seorang yang sangat menjengkelkan kalau diajak tengok cerita hantu. Aku pernah tengok cerita hantu kat wayang, Khurafat kot which is almost 3 years ago, yang mana 2 jam aku di dalam tu tanpa aku tak nampak langsung rupa hantu tu macam mana, means hampir setiap masa aku pejamkan mata dalam tu HAHAHA.
 
H and my little sister, Oyah knows me best. Even cerita Hantu Kak Limah yang dah 16 kali ulang kat TV tu pun aku masih tutup mata bila scene Kak Limah tiba tiba ada ada berbaring sebelah Awie tu huuuu scary.
 
Aku memang super-penakut. Apa pun tak berani. Tapi Mama, adalah orang yang paling membosankan kalau tengok cerita seram. Because she never scares! Orang terjerit jerit sorok belakang bantal, Mama boleh rilek je muka tak berperasaan duduk paling depan tak takut apa -___-
 
It reminds me of myself, about 5 years ago. Masa tu kat Kolej Mawar, UITM Shah Alam. Eh don’t worry, ini bukan cerita hantu.
 
My laptop was stolen after only one month I bought it. One freaking month. I was so devastated because you know I didn’t come from a wealthy family and buying a laptop with my own study loan is really a big deal for me. I was so determine to get the laptop back, that myself together with my whole bestfriends started searching at the whole building, knocking doors at each and every room at the whole floors shamelessly asking for permission to open each and every strangers’ wardrobe looking for that precious laptop (there’s no word to describe how I love my bestfriends for that) and as everyone else has already anticipated, it was all end up with a big disappointment.
 
I was not going to give up yet, that I started to print out flyers (about 100 pcs of them, using my bestfriend’s printer T__T) begging the thief to return it, even promised not to report after him/her, and again, together with my bestfriends, kami tampal flyers tu di setiap tingkat, setiap lift, setiap pintu tangga, setiap blok Kolej Mawar tu. I even put my mobile number in case the thief wished to see me outside, one to one whatever, but of course I didn’t receive any from the thief, only kata kata semangat daripada mereka yang bersimpati, dan ada juga yang cuba berkongsi cerita yang sama dan memberi idea lain seperti laporkan pada polis dan sebagainya.
 
It was one week after, that I received another SMS from a stranger, quite interesting and definitely something new for me. It was something like this:
 
“Awak, kumpulkan 7 biji batu,letak dalam satu bekas. Lepas solat, awak baca Yasin, setiap kali tiba ayat ‘Mubin’, awak ulang semula baca dari mula. Selesai baca, tiup batu batu tu, dan masukkan dalam peti sejuk. Orang yang mencuri tu akan mengalami kesejukan melampau, sampai dia pulangkan barang awak. Tapi sebenarnya kena buat sebaik sahaja sedar kehilangan tu. Lagi cepat lagi berkesan”
 
It was already a week after I lost it, but nevermind I just give it a try. So hampir setiap malam, selepas solat isyak aku akan baca Yasin, dan setiap kali sampai ayat ‘Mubin’, aku berhenti dan ulang semula dari awal. You should know this, dalam surah Yasin, ada 7 ayat yang ada ‘Mubin.’ So it’s like aku ulang baca surah Yasin sebanyak 7 kali, tahu tak betapa panjangnya surah Yasin tu? But I never mind that at all, I just read, and read, so religiously. Tak cukup dengan itu, aku bangun tengah malam buat Solat Hajat juga, it was so easy. When we are so determine to get something, segala benda kita sanggup buat kan.
 
Nak dijadikan cerita, dalam seminggu dua tu kecoh kat Kolej Mawar tentang orang minyak. Ada yang kata pernah nampak dengan mata sendiri, ada yang kata kawan dia nampak. Everybody was so scared, bila dah malam tak ada orang langsung yang berani keluar bilik. Except one person, it was me. ME!
 
Tahu tak aku boleh keluar pergi bilik air pukul 1 pagi basuh baju, then boleh pergi ampaian untuk jemur pula. Dah lah orang cakap benda tu tunggu kat ampaian T____T Masa tu tak rasa pun nak tunjuk hebat ke apa, but I really feel nothing, I didn’t feel scared at all! I feel so calm and so peaceful instead. Sedangkan selama ini aku adalah orang paling penakut di dunia.
 
What I’m trying to say is, bila hati kita dipenuhi perkara yang baik, bila kita jaga solat, bila kita beramal perkara yang baik, bila kita ‘takut’ dengan perkara yang sepatutnya, kita takkan peduli dan rasa takut langsung dengan perkara perkara lain. And that explains kenapa Mama (dan mak mak anda pun) tak takut pun hantu, tak terkesan pun dengan cerita cerita hantu, sebab dia jaga amalan dia, jaga solat, buat solat sunat, rajin mengaji…. Perkara perkara yang mungkin aku tak berapa jaga sekarang. Sebab tu dah kembali jadi si penakut 
 
I didn’t get my laptop back anyway, maybe because one week gap is quite too late for me to start. Or maybe Allah have a better plan for me for not granting my wish (adik aku yang motornya dicuri dalam bulan yang sama, dan terus amalkan baca Yasin 7 kali tu, berjaya dapat semula motor dia! How amazing). But I learnt a very valuable lesson, something I never heard before. And I’m truly grateful for that.
 
As for now, I’m going to put extra efforts to get closer to Allah and rearrange my priority in life. He’s already blessed me with too many wonderful things in my life, yet I’m still whining about what to wear, what to eat, why this person doesn’t like me-- all those petty matters. Let’s start small, one step at a time. Semoga Allah permudahkan perjalanan kita.