Wednesday, September 28, 2016

Marketing, Cara Aku

Assalamualaikum, hi.

Semenjak dua post terakhir aku di blog ini, memang ramai betul yang berminat nak tahu apa sebenarnya yang aku buat dan bagaimana caranya supaya mereka juga boleh keluar dari zon selesa (or perhaps, zon tepu) mereka. Ada yang berminat untuk turut sama berkecimpung dalam bidang yang sama (most of them straightaway send their details to register as part of our Cuckoo team), ada juga yang sekadar ingin tahu dan berkongsi beban di dada betapa mereka tiada lagi hati dan keinginan untuk bekerja di tempat di mana mereka bekerja sekarang.

Truth is, kerja buat sales ni, tidaklah mudah tapi taklah susah sangat pun. It's the matter of you want to do it or not. Sebab zaman sekarang ini zaman teknologi, ada macam macam cara untuk dapatkan pendapatan tanpa perlu keluarkan modal pun. Boleh start dengan dropship apa apa product, atau jadi agent. Like seriously, dalam sehari berapa banyak kali you mengadap Facebook, Instagram, WhatsApp, so while you're at it, why not making some money out of it?

Aku suka bila orang tanya, aku okay sahaja berkongsi mana yang aku tahu, sebab aku juga banyak belajar dari orang lain. Aku ni sangat kerdil, memang rasa tidak layak untuk bercerita dengan orang tapi bila orang tanya, walau dalam hati perasaan segan menimbun nimbun, tapi tak eloklah aku abaikan sahaja. Kedekut ilmu namanya. Ilmu yang aku dapat pun bukannya berbayar pun, percuma sahaja semuanya tidak perlu bayar ratusan atau ribuan dan menjerit jerit dalam dewan #eh. Aku banyak belajar dari golongan mediocre yang walaupun masih muda, income sudah lama melebihi lima angka; I love successful mediocre people, bukan orang muda dan berjaya tapi lahir dari keluarga berada. Like it or not, perjalanan hidup mereka of course lah berbeza dengan kita (walaupun mereka selalu claim yang mereka berusaha sendiri tanpa bantuan ibu bapa), itu yang membuatkan aku tak terbuka hati untuk rasa inspired by them. Rasa macam, tak selari dengan kehidupan aku.

So, marketing cara aku. Aku mula berjinak jinak dalam online business ni beberapa tahun lepas lagi. Masa itu aku jual barang baby, masih ingatkah Babypow Patch? Hehe, sekejap je buat itu, untung dalam few hundreds, something personal happened dan aku deactivated Facebook maka terkubur jugalah perniagaan dropship aku tu. Then, I joined my SIL jual Tissa Advance Hair Tonic. I gained few hundreds every month jual hair tonic tu, seronok sangat dapat duit poket sambil sambilan. Masih lagi aktif sampai sekarang, cuma marketing je tak berapa aktif sangat. Then I joined Cuckoo, this time, I take it very seriously. I really focus on it, I marketing gila gila and when I think I'm ready for it, I quit my job. Alhamdulillah, best decision ever. Bila ada few agents register under me, aku ajar marketing sepertimana yang aku pernah buat, selebihnya memang bergantung pada usaha masing masing. Nak buat marketing ni ada banyak cara, sama ada online ataupun offline. And I think I've tried many of it, dan setiap daripadanya inshaaAllah mesti akan ada hasilnya. So sini aku nak share sikit apa yang aku buat, benda ni aku dah share dengan ramai orang yang tanya and macam letih juga taip satu persatu kat 20 orang berlainan, so I think I better jot it down here untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba.

1. Direct selling

It takes serious guts to do this, but it's free! Marketing secara face to face, berdepan, eye to eye. Untuk ini, halangan terbesar adalah MALU. Aku memang bermula dengan malu. Ketika itu aku masih bekerja, yelah aku ni dahlah muka jenis attitude (sombong) pastu pakai melawa pergi office, malu kot nak approach orang untuk jual penapis air. 'Mesti depa ingat aku takde duit, mesti orang ingat aku ni macam desperate je'. Itulah perasaan aku masa awal awalnya. Orang sekeliling nampak aku promote macam confident je, tapi dalam hati siapa yang tahu huhuhu. Aku pula jenis tak reti ayat berbunga bunga, straight forward je tanya, "Ey ni nak tanya, rumah you dah ada penapis air? Ni haaa I ada jual meh sini sat nak tunjuk. Ha dah ada? Okay kalau dah ada you kena cuba penapis udara ni, bagus tau tak blabla". Alhamdulillah most people yang I approach secara berdepan ni baik baik belaka takde bahan aku depan depan HAHA isn't it always the situation? Masuk department lain hantar task, aku buat marketing. Masuk meeting room dengan bosses, aku buat marketing. Officemate entah department mana tegur masa nak balik, aku buat marketing. Meeting dengan suppliers/subcon pun aku berniaga juga sambil sambilan hahaha sempatttt, dengan jiran jiran pun aku market, jumpa jiran baru kat rumah baru pun aku market. Lama lama kita jadi biasa, dah tak malu dah, dah tak segan dah. Kita jual penapis air, bukan jual dadah so nak takut apa haha. So first step, BUANG RASA MALU.

2. WhatsApp group

Dalam masa yang sama, aku market kat semua WhatsApp group yang aku ada. Group department, group office yang beratus dalam tu entah siapa aku tak kenal, group office lama, group family, group sekampung, group universiti, group sekolah rendah etc. Semuaaaa. I keep the wording short and sweet, takde ayat bunga bunga. Straightforward je AKU ADA JUAL SOMETHING SOMETHING, HARGANYA SOMETHING SOMETHING, KALAU BERMINAT BOLEH PM. Haa, bila kau dah market kat WhatsApp group ni, kau bersedialah untuk terima pelbagai jenis feedback. 

Orang yang perlekehkan kau sebab dia jual barang competitor.
Orang yang perlekehkan kau sebab dia PAKAI barang competitor.
Orang yang perlekehkan kau saje saje walaupun dia bukan competitor dan tak pakai pun barang competitor kau ni kenapa -_____-"

Memang ada kawan hampeh macam ni hahah sabar jelah aku. Anggap jelah ini cabaran dalam berniaga, biasalah tu bila kau dah start doing something else apart of your existing job, akan wujud satu perasaan tercabar/tertampar dalam diri kawan kau tu, yang kau dah take one step further to improve yourselves tapi dia masih di takuk lama. Anggap jelah macam tu. Kau akan nampak ada kawan yang tak semena mena rendah rendahkan kau, tanya macam macam yang kau boleh sense dia bukan nak beli pun, just to demoralize you in front of all other people, toksah layan. Kau explain apa yang patut, and back off je as he/she is not worth your precious time. Apa apa pun, kau kena stay calm and composed. Jangan marah marah, jangan naik angin. Rileks je. Kau advertise bukan semata nak suruh orang beli, tapi lebih kepada nak orang TAHU yang kau ada benda ini.

Dan kalau ada yang menunjukkan interest, kau terus sambung by PM dia. Jangan cakap banyak banyak kat group, nanti orang lain tak selesa. Private message only to those yang related sahaja. 

3. Facebook Messenger

Haa ni best. Percuma, senang dan tak malu sangat hewhewhew. Tengok friendlist Facebook kau. Ramai kan? Apa gunanya kawan Facebook ramai ramai kalau tak boleh buat depa beli barang kau hahaha! Friendlist aku ada 1200 something, aku send Facebook Messenger to EACH AND EVERY ONE OF THEM personally huhu lenguh tangan aku copy paste. Dah separuh jalan baru perasan yang kita boleh broadcast message je wuwuwu buat penat je copy and paste one by one starting dari kawan yang bermula huruf A sampai ke Z. Seriously, daripada 1200 lebih tu, adalah 12-13 orang yang end up ambil product aku. 1% je, okaylah tu, better than nothing. Motif aku masa promote ni sebenarnya lebih pada nak bagi awareness je, dan kalau ada yang nak beli kira bonuslah. Marketing through Facebook Messenger ni berkesan in long term basis. Once you've done with your advertisement, you'll encounter this kinda feedback;

Orang yang memang dah lama nak tahu pasal your product, so you come in handy terus dia sign up dengan you yeay alhamdulillah (inilah golongan 1% tu hihi).
Ada yang being so courteous, dia akan reply 'Noted', atau 'Ok' atau just tanda thumbs up. That's good enough.
Ada yang totally ignore you.

But keep being optimistic. Sebab ada je kemungkinan yang reply 'Noted, 'Ok', thumbs up or even ignored you tu akan datang balik few weeks later to ask you about the products. Ada juga yang tak beli pun, tapi dia dengar ada family/friend dia cari product yang kita jual tu and terus recommend us to the potential buyer. It happened to me many times. So what I'm trying to say is, keep doing your marketing. Beli tak beli tu belakang cerita, asalkan orang aware that you are selling the product. Kalau dia tak beli pun ada kemungkinan dia akan bawa orang lain beli dengan you. You diam diam, takkan nak expect orang magically datang cari you nak beli barang kan?

4. Facebook Ads

Dah habis approach semuaaa orang whom you related to (your family/friends, your husband's family/friends, your families' friends, your friends' family/friends etc), then only you can opt for Facebook Ads. Marketing yang berbayar. Ni adalah cara yang paling senang, tapi paling costly but inshaaAllah kalau pandai utilize every setting in this tool, inilah yang akan jadi your main source to generate your income. The first time I learn how to use Facebook Ads masa tu untuk jual Tissa Advance Hair Tonic, aku belajar basic steps dari Google je. Masa itu aku tahu adik dan adik ipar aku sangat pakar Facebook Ads, but do I ask them straightaway how to do it? No. Aku tak blindly tanya. Aku cuba sendiri dulu, godek godek dan cuba fahamkan setiap setting dia sendiri. Dah siap semua, dah cuba run the ads, nampak tak berapa berhasil, baru aku tanya Oyah dan Fadzli apa yang silapnya. What I'm trying to say is, kalau boleh kita usaha untuk cuba dulu sebelum bertanya. Sebab trust me, memang ada few people yang straightaway suruh aku ajar, "Weh ajarlah aku macam mana nak buat Facebook Ads", I told the person to create a Facebook page for the product first, then dia tanya lagi "Ajarlah aku macam mana nak buat Facebook page.." Alahai janganlah macam tu, kalau you jenis tak main Facebook, atau makcik makcik yang tak berapa kenal IT then it's okay and understandable, tapi you orang muda yang mengadap Facebook almost every hour in your life kot, cubalah dulu. Cuba buat dulu. Aku suka guide orang, seriously. But only if he/she's the type yang memang sudah mencuba, yang rajin, yang tak mudah putus asa, yang tidak banyak merungut, yang bersungguh mahu mengubah kehidupan. Kita tak boleh harap orang ubah hidup kita, kita sendiri yang kena ubah hidup kita.

Facebook Ads memang powerful, tapi kena betul betul pandai guna. You have to be creative too, yelah dalam Malaysia ni ada beratus (if not beribu) orang jual product yang sama dan most probably guna Facebook Ads juga, so bayangkan bila ratusan orang guna setting yang sama, iklan itu akan jadi stagnant, tepu. Dahlah tepu, mahal pula tu. Aku pernah je mengalami saat iklan tepu ni, langsung takde feedback, sampai aku kena stop dulu iklan dan tukar setting baru laju balik. I spend around RM2k for Facebook Ads monthly, and I make sure that my income will be at least triple of that amount barulah boleh selesa berbelanja. 

_____________________

Ini adalah cara yang aku sudah praktikkan in the past few months, ada banyak lagi cara sebenarnya untuk buat marketing; ada yang memerlukan cost, ada yang percuma je. We just have to learn and try, if we never try, we never know. Paling basic, kena buang rasa malu. Aku rasa kalau first step kau dah terkepit kepit tersipu sipu "Malulah Husna...", seriously, aku surrender. Benda ini aku dah cuba untuk banyak benda, daripada jual hair tonic, tolong husband promote AIA Public Takaful sampailah buat Cuckoo ni, so far memang berkesan dan menyeronokkan sebenarnya. I love doing that, I love talking to people, it's like embracing the side of me I never known. Macam tak percaya aku sebenarnya boleh je buat sales, sebab seriously masalah terbesar aku bukanlah malu, tapi ego. I am a woman with ego and pride, tapi nak layankan ego besar apanya kalau bekerja diarah arah dipijak pijak orang, itu lagilah mencemar ego bagi aku.

I'm no marketing expert, but I'm so grateful that I'm surrounded with a business-minded and a very positive people around me. Rugilah kalau tak mencuba, banyak sangat peluang untuk dapatkan duit lebih sekarang ni, mulalah dengan dropship apa apa product. Get out of your comfort zone, do something different, starting today :)



Wednesday, September 14, 2016

All or Nothing


Totally. 

Kalau nak buat sesuatu biar buat betul betul berhasil, buat yang paling baik. Kalau tidak jangan buat langsung. Aku rasa aku hidup dengan prinsip itu sahaja selama ini. Kalau rasa hari ini mahu bercantik cantik, biar betul betul cantik. Jangan cantik separuh separuh, jangan cantik tersegan segan. Biar cantik yang orang tengok whoaaaaa is that a princess or an angel kahkahkah over betul perumpamaan.

It's all, or nothing.

So it has been around 2 weeks since I started my 'career' as surirumah. Sebenarnya dari awal lagi aku dah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal, yang jadi surirumah ini akan ada tekanannya yang tersendiri. So untuk tidak kalah sebelum berjuang, aku perlu ada jadual dan perancangan. Setiap hari aku dah ada mental-plan on what I'm going to do today/tomorrow, and I'll make sure that we (my children and I) stick to the schedule.

Bangun pukul berapa, breakfast apa, mandi pukul berapa, lunch pukul berapa, apa aktiviti anak hari ini. Wajib tidur awal, so haruslah dinner awal. Supaya esok boleh bangun dengan penuh bersemangat. I need my beauty sleep, it's crucial for my skin and emotion for tomorrow so I make sure that my children sleep early too.

It's all, or nothing.

Dah jadi surirumah ini, aku recall balik segala perkara yang aku harap sangat aku dapat lakukan kalau aku jadi surirumah. Now my wish is granted, so takkan aku nak jadi surirumah ala kadar sahaja? Oh no no. So tanpa membuang masa aku terus buat rombakan peti ais kahkahkah itu je rupanya. Restock segala mak nenek barang masakan, setiap masa harus ada ayam, ikan, daging etc dan WAJIB ada buah buahan. Sebelum makan, anak anak harus makan buah terlebih dahulu. Dah alang alang aku yang masak, I'll make sure masakan itu adalah bebas bahan terlarang; ajinomoto ke bahan perasa ke kiub ayam ke. Semua yang instant instant aku tolak tepi. Minyak masak pun sekali pakai je tak recycle dah macam kat kedai makan tu entah recycle berapa banyak kali. Bahaya! Iyalah, selama ini kita tak dapat nak kawal apa yang masuk dalam perut anak kita kan, so dah kita ambil alih ni biarlah kita buat yang lebih baik dari sebelumnya. Macam tak ada makna sahaja makan di rumah tapi tidak healthy. Tapi tidaklah begitu strict sangat, sebabnya hari Sabtu dan Ahad adalah hari aku bebas dari aktiviti memasak dan kerja rumah, ingat surirumah tak perlu off-day kah? Please. So Daddy yang baik hati akan bawa makan di luar jadi ada kelonggaran di situ. Aku sendiri juga perlukan comfort food untuk lebih gembira ;)

Jadual TV anak juga dikawal sepenuhnya. Si Muaz agak culture-shock sedikit, sebab di rumah babysitter dia itu dah macam TV-addict, sepanjang masa tengok TV sahaja kecuali waktu tidur. Dah duduk dengan Mummy, it's my rule now. Pagi dan tengahari bolehlah tengok TV, karang tak bergerak pula kerja rumah aku. Pukul 3 sampai Maghrib aku off terus. Tapi perlu ada aktiviti lain, kasihan pula off TV semata dan biar mereka terpinga pinga tiada tujuan hidup. So Mummy kena ajak anak anak bermain ke, drawing ke, itu kalau tak tidurlah. Aku tak paksa tidur, tapi perlu buat aktiviti yang menggunakan akal dan tenaga supaya mereka penat dan tertidur sendiri. Aktiviti hari ini adalah berjual beli, si Yusuf susun semua toys dia dan dia jadi penjual guna lebihan duit kertas Kidzania hari itu. Kalau ada Yusuf memang menarik sedikit, sebab dia itu kreatif dan akan generate banyak idea permainan, adiknya hanya mengikut sahaja. Nanti aku plan nak beli sketch book saiz besar itu, untuk mereka melukis dengan lebih puas hati.

Untuk melakukan semua ini, memang sangat penting untuk kita semua stick to schedule. By 12noon tu patut sudah siap makan tengahari dan bersantai santai sahaja. Bukan baru nak masak atau nak mandi. Nanti anak anak grumpy kelaparan dan busuk masam, Mummy pun stress sebab jadual lari. Aku perlu anak anak untuk kenyang, wangi dan tidur tengahari supaya boleh focus on Cuckoo, nak jawab orang PM, nak jawab WhatsApp. Bila bersama anak anak takkan aku nak pegang handphone sahaja kan? Apalah maknanya jasad ibu di depan mata tapi jiwa ibu tidak bersama anak anak. Wow berfalsafah pula.

My mom is worried. Recently Mama meluahkan kerisauannya yang aku mungkin akan jadi surirumah yang gemuk dan tidak menawan lagi seperti sebelumnya kahkahkah macamlah dahulu begitu menawan :p. Mama suruh aku sentiasa watch out my weight, jangan gemuk jangan gemuk jangan gemuk! Wah saspen aku mendengarnya. Aku faham kegusaran Mama itu, tapi aku tidak nampak bilakah masanya yang aku boleh melakukan seperti yang dibayangkan oleh Mama iaitu suri rumah yang bersenang lenang makan dan tidur semata amboi, you totally underestimate your daughter T___T. Aku bangun awal sama seperti ketika bekerja, malah kehidupan aku duduk di rumah ini sebenarnya sangat memerlukan aku sentiasa bergerak, macam tak cukup kaki dan tangan, sentiasa ada perkara yang perlu dibuat. Hidup aku jauh lebih aktif di rumah berbanding di pejabat, serious weyyy. Aku penat, tapi kepenatan yang terasa sangat berbaloi dan hidup seharian terasa sangat bermakna. Tadi masa lipat baju macam biasa Ammar Yusuf akan datang tolong, dia tanya apa entah tak ingat, aku jawab "Okay nanti Mummy buatkan." Dia pandang aku dan cakap, "Mummy ni baik lah". You sweet-talker :') Segalanya baik baik sahaja setakat ini, harap harap aura positif ini berterusanlah selama yang mungkin.



Sunday, September 11, 2016

Penang Trip Day 3: Bukit Bendera

Hello assalamualaikum! Okay sudah masuk hari ketiga di Penang. Pukul 7 pagi budak budak sudah bangun, tidur awal kan semalam. Kami bersiap lebih kurang, terus turun untuk bersarapan.



Breakfast at Hard Rock Hotel ni, bagi aku biasa biasa sahaja. Tiada yang istimewa, okay sahaja namun haruslah bersyukur, alhamdulillah mengenyangkan.
 

Selesai bersarapan, tukar pakaian mandi dan terus menuju ke pantai bersama peralatan bermain pasir.


Peralatan pasir yang dibeli di Teluk Cempedak hampir 2 tahun lepas, ketika itu merasakan seperti sangat overpriced, tak sangka akan sangat menggunakannya di merata tempat. Nasib baik berbaloi :D


Si bapa tarik ajak bergambar. Cintaku seluas lautan, tajuk gambar ini. Allah, maaf andai mengundang kejengkelan di hati pembaca :p


Anakku Yusuf, semenjak bayi sangat menggemari pantai.


Dua orang yang bersifat sama, kepala angin. Di masa lain sangat kerap berkelahi namun di masa ini, sangat mengasihi.



Adik beradik, berdualah dan saling melengkapi antara satu sama lain di mana sahaja sehingga hujung nyawa.



Cintanya aku pada tiga lelaki ini ya Allah, Kau sahaja yang tahu.


Daddy dan Adik bermain air, Yusuf dan Mummy sambung main pasir. Yusuf ini, suka main berteman. Kerana setiap 'permainan'nya ada jalan cerita dan memerlukan seseorang untuk mendengar.


Keluarga kecilku. Masih berempat. Mungkin akan bertambah, mungkin sahaja akan kekal berempat, Allah sahaja yang tahu.





Saling mengasihilah dikau tiga beranak. Agar dapat bersama melindungi si wanita yang lemah di sini. Tiba tiba.

Selesai bermain pasir, matahari hampir mula menunjukkan garangnya, kami balik ke hotel untuk sambung bermain di kolam air. Main sepuas-puasnya, dan naik ke bilik bersiap untuk check-out.


Selepas check-out. Gambar mandatori bersama signature guitar ini.



Terima kasih Hard Rock Hotel, Penang. Nice experience, indeed.

Daripada Hard Rock Hotel, kami terus menuju ke Bukit Bendera. Segalanya hanya berpandukan Google Maps dan Waze sahaja, tiada pemandu pelancong diperlukan. Makan tengahari di kawasan makan berhampiran sini sahaja.


Beratur untuk membeli tiket, seorang sahaja perlu beratur bawa siap siap MyKad dan MyKid.

Harga tiket
Dewasa: RM10
Kanak kanak (4-6 tahun): RM3



Sudah naik cable car! Ini adalah kali pertama untuk aku dan anak anak sebenarnya (kahkah kesian!), dalam fikiran aku membayangkan cable car ini seperti cable cari di Genting Highlands tu. Yang tergantung gantung di udara itu. Boy was I wrong.



Dapat gerabak paling belakang, jadi bolehlah nampak pergerakan keretapi ke atas. Gayat juga melihat, bagaikan menaiki roller coaster! Over Mummy ni tau. Tapi kanak kanak kelihatan seronok sekali.


Sudah di atas! Bergambar di tebing tinggi ini bagaikan berada di Cameron Highlands, except that we were not looking at the tea farm :/


Adam Muaz sedang tidak berpuas hati dengan si bapa. Biasalah dua orang ini. Persengketaan di mana mana.


Yeay sampai pun sini! Sampai di sini banyak lagi rupanya tempat untuk didaki, nasib baik Mummy pakai selipar sahaja. 



Anak anak di usia ini memang kami biar berselipar sahaja, senang untuk dibawa ke tandas. Kalau pakai kasut pasti mengundang perasaan tidak gembira di dalam hati setiap kali anak perlu ke tandas, mahu tanggal kasutlah, tukar seliparlah, kasut tersekat di dalam seluarlah -____-". Tak apa biar tidak bergaya, asalkan hati mulia. #prinsiphidupbarucipta



Entah apa gaya budak ini.


Penat mendaki, Daddy juga yang dicari, biarpun baru tadi berkelahi. Mummy awal awal lagi sudah lari. Mummy wanita lemah tidak mampu memikuli. 

Nak juga rhyme mohon dimaafi kahkahkah okay okay tak sambung dah.


Astaka Bukit Bendera. Belakang itu ada The Owl Museum tapi kami tak masuk pun.


Kami di Jambatan Cinta. Nama jambatan hanyalah rekaan Mummy janganlah percaya. Sepertinya mahu mencadangkan kepada suami untuk meninggalkan memori cinta kami dengan menyangkutkan kunci mangga di pagaran ini, tapi tak mengapalah. Kita sematkan dalam hati sahajalah. #jimat.


Lalu di sini, dipanggil panggil pula untuk menonton 5D Cinema dan Mini Toy Museum.



Untuk kedua dua ini, bayaran masuk adalah seperti di gambar atas.

Dewasa: RM10
Kanak kanak: RM4

Kami ditanya umur anak berapa, laju sahaja aku cakap Abang 4 tahun Adik 3 tahun. Terus dapat percuma. Nasib baik Ammar Yusuf berbadan kecil. Aku pandang Daddy dengan pandangan 'Nak ke masuk ni macam tak best je tak payahlah ye tak payah tak payahhhh' belum sempat aku membuka mulut, Daddy terus cakap "Masuk jelah, RM20 saja pun" dan terus menghulurkan bayaran. Owkay.


Naik tingkat atas dulu, ada Mini Toys Museum. Budak budak ini, biarpun sudah puas menghabiskan masa di Toys Museum yang besar semalam pun mahu teruja juga.



Apa punya Spiderman ini langsung tidak seperti yang sebenar.


Captain America boleh tahan juga.


Ironman.


Stormtrooper.


Minions.


Ammar Yusuf Hulk.

Selesai di sini, kami turun ke tingkat bawah dan diberi cermin mata khas ununtuk menonton 5D cinema. Cerita tentang Jin dan Aladdin. Agak menakutkan juga bila kerusi itu bergerak gerak seakan akan menaiki roller coaster, kuat aku pegang anak anak sebab kerusi itu tidak dipasang seatbelt pun silap hari bulan boleh terjatuh. It was a new experience for the kids, and it was fun too! 

Habis di sini, kami terus turun dari sini dan bersedia untuk pulang. Beratur punyalah panjang untuk menaiki keretapi sampai anak anak mula hilang sabar. Ini cerita masa hari biasa, kalau pergi pada hujung minggu entah macam mana lagi sesaknya. Selepas berjaya turun, Daddy bawa kami semua keluar dari Penang menaiki feri. Tiada gambar di dalam feri sebab tiada apa yang menarik pun, dan anak anak juga tidaklah terlalu teruja. Mungkin suatu hari nanti kita naik feri yang lebih menarik, ataupun naik cruise ke ewah ewah! Daddy kata tunggu anak besar sedikit, baru berbaloi untuk dibawa menaiki cruise; Daddy pernah naik cruise sekali menerusi company trip, katanya agak tidak sesuai untuk bawa anak sekecil ini. Kami ni jenis suka bawa ke tempat yang anak anak akan pasti menikmatinya, bukan sekadar pergi menjejakkan kami tapi tidak berseronok di tempat itu. What's the fun in that, right? Tak apa, masukkan sahaja dalam wishlist kami.

Secara keseluruhannya, percutian di Pulau Pinang ini sangat menarik dan menyeronokkan untuk kami sekeluarga. Banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati, tapi dengan apa yang kami telah lawati ini agak memadai dan mencukupi untuk meninggalkan kenangan manis buat kami. Iyalah, badan kita juga ada hadnya, kalau mahu sumbat semua tempat nanti kita tidak dapat bergembira pula. There will always be a next time, inshaaAllah. Thank you Penang!









Thursday, September 8, 2016

Penang Trip Day 2: Toys Museum and Hard Rock Hotel Penang!

Hi! Okay kena sambung cepat cepat sebelum cerita basi dan aku hilang mood.

Hari kedua, selesai sahaja bersarapan kami terus check-out Hotel Royal Penang, dan menuju ke Toys Museum! Sebenarnya kalau diikutkan itinerary asal, terlalu banyak tempat untuk ditujui tapi bukan semuanya sesuai untuk kanak kanak. Jadi untuk kebahagiaan sejagat, kami hanya memilih apa yang menggembirakan anak anak sahaja. Mereka gembira, kami lagilah dua kali ganda akan gembira. Itulah betapa penyayangnya kami ini huahuahua.

Sampai sampai, eh. Ini seperti berbeza dengan di dalam blogs yang kami pernah baca.


Dari pandangan hadapan.

Bayaran masuk:
Dewasa: RM26
Kanak kanak (bermula 2 tahun): RM19

Jumlah keseluruhan: RM90 T___T

Hampir sahaja aku menyuruh Ammar Yusuf dan Adam Muaz menyamar seperti kanak kanak 1 tahun 11 bulan, tapi memikirkan ketidaklogikan situasi tersebut, aku pendamkan sahaja niat aku. H kata tak apalah teruskan sajalah, sudah sampai pun. Apatah lagi apabila melihat kedua dua kanak kanak ini sudahpun terlonjak lonjak keseronokan, haih tidak mengapalah bukannya selalu.


Yang seronok pastilah real size toys ini. Jarang dijumpai kan. Ada Superman.


Ada Ironman.



Ini kegemaran terkini mereka, Mike Wazowski dan Sully!


Ada The Dark Knight. Adam Muaz takut Joker tu. "Baduk," katanya. Begitu Kelantanese.


Hampir pitam beliau ketika berjumpa Spiderman besar ini. Obsesi terhadap Spiderman memang sangat sukar dibendung.


Spiderman lagi.


Masih lagi Spiderman. Tidak tentu arah dibuatnya.



Si Abang lebih bertenang. Sudah dewasa katakan.


Mummy dan Abang bersama 'Baduk'. Adik mungkin sedang melarikan diri ketika ini. "Takuk baduk!" (Takut badut -____-")


Di belakang belakang baru nampak Captain America. Histeria lagi si Adam Muaz. Teruja bukan kepalang.



Bersama watak Star Wars entah apa nama.


Me taking photo of my husband doing selfie.



Nampak Ultraman kecil kecil yang sudah ribuan ada di rumah ini pun tetap mahu teruja.


Ammar Yusuf mahu melihat dengan lebih dekat, lalu meminta si bapa mendukungi beliau.



Si bapa ini.... macamlah dia seorang sahaja yang ada anak, diciumnya budak besar itu bertalu talu.


Another public display of affection caught -____-" Tapi apalah yang mahu dihairankan, kerana aku juga begitu kehkehkeh.


Dua beradik berbincang tentang jet pejuang.


Bukan patung besar itu yang menjadi tarikan, iguana di bawah itu yang lebih menarik perhatian.





Feeding their interests and curiosities. 


Ada lebih kurang 5-6 lorong sebegini. Boleh tahan besar muzium ini, tapi masih juga rasa harganya agak keterlaluan.




Adam Muaz kata itu Mimi Mouse. Lalu dimarahi Abangnya. "Orang Mickey Mouse!" Terpaksa Mummy campur tangan. "Kalau girl nama dia Minnie Mouse lah". Minnie Mouse juga boleh dijadikan tajuk perkelahian.


They LOVEEE thiss! Mummy juga. Best lah Toys Story.


"Daddy Daddy, ini yang selalu kat dalam handphone Daddy tu kan?" Duh. Memang pun! Sepanjang di Penang ini si bapa sangat gembira kerana berjaya menangkap banyak Pokemon yang 'rare' katanya dan beberapa kali dijeling tajam oleh si isteri yang tidak memahami.

Lebih kurang 30 ke 40 minit, habislah perjalanan mengelilingi muzium ini sambil Mummy di dalam hati masih belum habis mempertimbangkan kewajaran RM90 dihabiskan di sini. Mujur Daddy yang belanja, tapi melihat keseronokan anak anak melihat perkara yang jarang dapat ditemui di tempat lain ini, I think it's kinda worth it. Bawalah anak anak ke sini jika berkesempatan, duit boleh dicari, pengalaman itu yang lebih penting cewah!

Dan hampir pukul 3 petang selepas makan tengah hari, kami terus ke destinasi penginapan kami yang kedua. Hard Rock Hotel Penang yeay!


Masuk masuk si Muaz terus susun selipar atas rak TV HAHAHA tak sampai hati pula nak larang. Berdaulat sungguh selipar sampai kena susun sebaris dengan air minum.


Aduh emaknya.... Harap pembaca dapat bersabar :p


One for the album. Pandai Daddy setting RE Camera. Really love this photo :)


Masa check-in tadi kanak kanak dua orang ini dapat buku mewarna setiap seorang, sangat teruja masing masing!


Well, Adam Muaz pastilah hanya teruja selama 2 saat sahaja, sebab mewarna adalah kegemaran Ammar Yusuf.




Tidak puas hati selagi tidak dihabiskan kesemuanya. Kalau diturutkan kehendaknya, alamatnya sampai dinihari nantilah kita akan terperuk di dalam bilik hotel.





Hard Rock Hotel
Deluxe Hill View with breakfast = RM514 nett.

Biliknya memang cantik, tapi saiznya aku rasa biasa biasa sahaja untuk harga sebegitu. Aku bandingkan dengan Legoland Hotel yang berharga lebih RM100 sahaja, tapi saiz 2 kali ganda dari bilik ini. Keistimewaan Hard Rock Hotel ini sudah tentulah waterpark-nya!


Bersedia untuk berbasahan.


Pandangan dari atas jambatan.







Sudah tidak lagi takutkan air. Dulu Ammar Yusuf ini sangat trauma kalau air laju datang dari atas kepala, sampaikan nak shampu pun susah!


Emaknya yang gagah perkasa.



My fearless son. Slide kanak kanak ke slide budak besar ke selamba je dia beratur naik. Tengok di atas alahai dia seorang je yang kenit beratur di situ sampai beberapa kali budak besar beri laluan pada dia :')



Mummy juga turut serta menumpang keseronokan. Adalah 18 kali juga turun naik gelongsor ini HAHAHA seronok okayyy.


Si sulung juga telah banyak mengatasi ketakutan dan lebih adventurous kali ini.


Si bapa yang cemburu melihat keseronokan kami, turut sama mempergunakan anak untuk mengaburi mata pihak lain :))


Anak yang dipergunakan. Hakikat sebenar, si kecil inilah yang mempergunakan kami tanpa batasan, sebab naik gelongsor bersama orang dewasa lebih lajuuuu, sebab orang dewasa lebih berat HAHAHA. Adam Muaz kalau naik sendiri di pertengahan jalan perlu mengesot sampai ke bawah sebab terlalu ringan sampai tak bergerak T___T


Geram je tengok budak ini posing macam macam.


Abang dan Adik.


Mummy dan anak anak.


Mummy dan Daddy. #tiljannah.


Penat dan puas hati.


Balik bilik, sambung mandi dalam bath tub di dalam bilik air pula. Selesai semua mandi, Daddy ajak keluar jalan jalan cari makan, hmmphh memang tak ada maknanya lah. Adam Muaz belum apa apa sudah pengsan keletihan. Ammar Yusuf pula lebih gembira tinggal di bilik sambung mewarna, Plan dengan Daddy kalau anak dua dua dah tidur nanti nak pergi tengok live band berdua, ini lagi satu angan angan mat jenin. Lepas dinner belum pukul 9.30 Mummy dah sama sama pengsan dengan anak anak HAHAHA. Penat sangat hoi! Tapi sangat sangat seronok, Sambung part 3 esok ya, hari terakhir di Pulau Pinang.