Wednesday, September 14, 2016

All or Nothing


Totally. 

Kalau nak buat sesuatu biar buat betul betul berhasil, buat yang paling baik. Kalau tidak jangan buat langsung. Aku rasa aku hidup dengan prinsip itu sahaja selama ini. Kalau rasa hari ini mahu bercantik cantik, biar betul betul cantik. Jangan cantik separuh separuh, jangan cantik tersegan segan. Biar cantik yang orang tengok whoaaaaa is that a princess or an angel kahkahkah over betul perumpamaan.

It's all, or nothing.

So it has been around 2 weeks since I started my 'career' as surirumah. Sebenarnya dari awal lagi aku dah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal, yang jadi surirumah ini akan ada tekanannya yang tersendiri. So untuk tidak kalah sebelum berjuang, aku perlu ada jadual dan perancangan. Setiap hari aku dah ada mental-plan on what I'm going to do today/tomorrow, and I'll make sure that we (my children and I) stick to the schedule.

Bangun pukul berapa, breakfast apa, mandi pukul berapa, lunch pukul berapa, apa aktiviti anak hari ini. Wajib tidur awal, so haruslah dinner awal. Supaya esok boleh bangun dengan penuh bersemangat. I need my beauty sleep, it's crucial for my skin and emotion for tomorrow so I make sure that my children sleep early too.

It's all, or nothing.

Dah jadi surirumah ini, aku recall balik segala perkara yang aku harap sangat aku dapat lakukan kalau aku jadi surirumah. Now my wish is granted, so takkan aku nak jadi surirumah ala kadar sahaja? Oh no no. So tanpa membuang masa aku terus buat rombakan peti ais kahkahkah itu je rupanya. Restock segala mak nenek barang masakan, setiap masa harus ada ayam, ikan, daging etc dan WAJIB ada buah buahan. Sebelum makan, anak anak harus makan buah terlebih dahulu. Dah alang alang aku yang masak, I'll make sure masakan itu adalah bebas bahan terlarang; ajinomoto ke bahan perasa ke kiub ayam ke. Semua yang instant instant aku tolak tepi. Minyak masak pun sekali pakai je tak recycle dah macam kat kedai makan tu entah recycle berapa banyak kali. Bahaya! Iyalah, selama ini kita tak dapat nak kawal apa yang masuk dalam perut anak kita kan, so dah kita ambil alih ni biarlah kita buat yang lebih baik dari sebelumnya. Macam tak ada makna sahaja makan di rumah tapi tidak healthy. Tapi tidaklah begitu strict sangat, sebabnya hari Sabtu dan Ahad adalah hari aku bebas dari aktiviti memasak dan kerja rumah, ingat surirumah tak perlu off-day kah? Please. So Daddy yang baik hati akan bawa makan di luar jadi ada kelonggaran di situ. Aku sendiri juga perlukan comfort food untuk lebih gembira ;)

Jadual TV anak juga dikawal sepenuhnya. Si Muaz agak culture-shock sedikit, sebab di rumah babysitter dia itu dah macam TV-addict, sepanjang masa tengok TV sahaja kecuali waktu tidur. Dah duduk dengan Mummy, it's my rule now. Pagi dan tengahari bolehlah tengok TV, karang tak bergerak pula kerja rumah aku. Pukul 3 sampai Maghrib aku off terus. Tapi perlu ada aktiviti lain, kasihan pula off TV semata dan biar mereka terpinga pinga tiada tujuan hidup. So Mummy kena ajak anak anak bermain ke, drawing ke, itu kalau tak tidurlah. Aku tak paksa tidur, tapi perlu buat aktiviti yang menggunakan akal dan tenaga supaya mereka penat dan tertidur sendiri. Aktiviti hari ini adalah berjual beli, si Yusuf susun semua toys dia dan dia jadi penjual guna lebihan duit kertas Kidzania hari itu. Kalau ada Yusuf memang menarik sedikit, sebab dia itu kreatif dan akan generate banyak idea permainan, adiknya hanya mengikut sahaja. Nanti aku plan nak beli sketch book saiz besar itu, untuk mereka melukis dengan lebih puas hati.

Untuk melakukan semua ini, memang sangat penting untuk kita semua stick to schedule. By 12noon tu patut sudah siap makan tengahari dan bersantai santai sahaja. Bukan baru nak masak atau nak mandi. Nanti anak anak grumpy kelaparan dan busuk masam, Mummy pun stress sebab jadual lari. Aku perlu anak anak untuk kenyang, wangi dan tidur tengahari supaya boleh focus on Cuckoo, nak jawab orang PM, nak jawab WhatsApp. Bila bersama anak anak takkan aku nak pegang handphone sahaja kan? Apalah maknanya jasad ibu di depan mata tapi jiwa ibu tidak bersama anak anak. Wow berfalsafah pula.

My mom is worried. Recently Mama meluahkan kerisauannya yang aku mungkin akan jadi surirumah yang gemuk dan tidak menawan lagi seperti sebelumnya kahkahkah macamlah dahulu begitu menawan :p. Mama suruh aku sentiasa watch out my weight, jangan gemuk jangan gemuk jangan gemuk! Wah saspen aku mendengarnya. Aku faham kegusaran Mama itu, tapi aku tidak nampak bilakah masanya yang aku boleh melakukan seperti yang dibayangkan oleh Mama iaitu suri rumah yang bersenang lenang makan dan tidur semata amboi, you totally underestimate your daughter T___T. Aku bangun awal sama seperti ketika bekerja, malah kehidupan aku duduk di rumah ini sebenarnya sangat memerlukan aku sentiasa bergerak, macam tak cukup kaki dan tangan, sentiasa ada perkara yang perlu dibuat. Hidup aku jauh lebih aktif di rumah berbanding di pejabat, serious weyyy. Aku penat, tapi kepenatan yang terasa sangat berbaloi dan hidup seharian terasa sangat bermakna. Tadi masa lipat baju macam biasa Ammar Yusuf akan datang tolong, dia tanya apa entah tak ingat, aku jawab "Okay nanti Mummy buatkan." Dia pandang aku dan cakap, "Mummy ni baik lah". You sweet-talker :') Segalanya baik baik sahaja setakat ini, harap harap aura positif ini berterusanlah selama yang mungkin.



No comments: