Sunday, September 11, 2016

Penang Trip Day 3: Bukit Bendera

Hello assalamualaikum! Okay sudah masuk hari ketiga di Penang. Pukul 7 pagi budak budak sudah bangun, tidur awal kan semalam. Kami bersiap lebih kurang, terus turun untuk bersarapan.



Breakfast at Hard Rock Hotel ni, bagi aku biasa biasa sahaja. Tiada yang istimewa, okay sahaja namun haruslah bersyukur, alhamdulillah mengenyangkan.
 

Selesai bersarapan, tukar pakaian mandi dan terus menuju ke pantai bersama peralatan bermain pasir.


Peralatan pasir yang dibeli di Teluk Cempedak hampir 2 tahun lepas, ketika itu merasakan seperti sangat overpriced, tak sangka akan sangat menggunakannya di merata tempat. Nasib baik berbaloi :D


Si bapa tarik ajak bergambar. Cintaku seluas lautan, tajuk gambar ini. Allah, maaf andai mengundang kejengkelan di hati pembaca :p


Anakku Yusuf, semenjak bayi sangat menggemari pantai.


Dua orang yang bersifat sama, kepala angin. Di masa lain sangat kerap berkelahi namun di masa ini, sangat mengasihi.



Adik beradik, berdualah dan saling melengkapi antara satu sama lain di mana sahaja sehingga hujung nyawa.



Cintanya aku pada tiga lelaki ini ya Allah, Kau sahaja yang tahu.


Daddy dan Adik bermain air, Yusuf dan Mummy sambung main pasir. Yusuf ini, suka main berteman. Kerana setiap 'permainan'nya ada jalan cerita dan memerlukan seseorang untuk mendengar.


Keluarga kecilku. Masih berempat. Mungkin akan bertambah, mungkin sahaja akan kekal berempat, Allah sahaja yang tahu.





Saling mengasihilah dikau tiga beranak. Agar dapat bersama melindungi si wanita yang lemah di sini. Tiba tiba.

Selesai bermain pasir, matahari hampir mula menunjukkan garangnya, kami balik ke hotel untuk sambung bermain di kolam air. Main sepuas-puasnya, dan naik ke bilik bersiap untuk check-out.


Selepas check-out. Gambar mandatori bersama signature guitar ini.



Terima kasih Hard Rock Hotel, Penang. Nice experience, indeed.

Daripada Hard Rock Hotel, kami terus menuju ke Bukit Bendera. Segalanya hanya berpandukan Google Maps dan Waze sahaja, tiada pemandu pelancong diperlukan. Makan tengahari di kawasan makan berhampiran sini sahaja.


Beratur untuk membeli tiket, seorang sahaja perlu beratur bawa siap siap MyKad dan MyKid.

Harga tiket
Dewasa: RM10
Kanak kanak (4-6 tahun): RM3



Sudah naik cable car! Ini adalah kali pertama untuk aku dan anak anak sebenarnya (kahkah kesian!), dalam fikiran aku membayangkan cable car ini seperti cable cari di Genting Highlands tu. Yang tergantung gantung di udara itu. Boy was I wrong.



Dapat gerabak paling belakang, jadi bolehlah nampak pergerakan keretapi ke atas. Gayat juga melihat, bagaikan menaiki roller coaster! Over Mummy ni tau. Tapi kanak kanak kelihatan seronok sekali.


Sudah di atas! Bergambar di tebing tinggi ini bagaikan berada di Cameron Highlands, except that we were not looking at the tea farm :/


Adam Muaz sedang tidak berpuas hati dengan si bapa. Biasalah dua orang ini. Persengketaan di mana mana.


Yeay sampai pun sini! Sampai di sini banyak lagi rupanya tempat untuk didaki, nasib baik Mummy pakai selipar sahaja. 



Anak anak di usia ini memang kami biar berselipar sahaja, senang untuk dibawa ke tandas. Kalau pakai kasut pasti mengundang perasaan tidak gembira di dalam hati setiap kali anak perlu ke tandas, mahu tanggal kasutlah, tukar seliparlah, kasut tersekat di dalam seluarlah -____-". Tak apa biar tidak bergaya, asalkan hati mulia. #prinsiphidupbarucipta



Entah apa gaya budak ini.


Penat mendaki, Daddy juga yang dicari, biarpun baru tadi berkelahi. Mummy awal awal lagi sudah lari. Mummy wanita lemah tidak mampu memikuli. 

Nak juga rhyme mohon dimaafi kahkahkah okay okay tak sambung dah.


Astaka Bukit Bendera. Belakang itu ada The Owl Museum tapi kami tak masuk pun.


Kami di Jambatan Cinta. Nama jambatan hanyalah rekaan Mummy janganlah percaya. Sepertinya mahu mencadangkan kepada suami untuk meninggalkan memori cinta kami dengan menyangkutkan kunci mangga di pagaran ini, tapi tak mengapalah. Kita sematkan dalam hati sahajalah. #jimat.


Lalu di sini, dipanggil panggil pula untuk menonton 5D Cinema dan Mini Toy Museum.



Untuk kedua dua ini, bayaran masuk adalah seperti di gambar atas.

Dewasa: RM10
Kanak kanak: RM4

Kami ditanya umur anak berapa, laju sahaja aku cakap Abang 4 tahun Adik 3 tahun. Terus dapat percuma. Nasib baik Ammar Yusuf berbadan kecil. Aku pandang Daddy dengan pandangan 'Nak ke masuk ni macam tak best je tak payahlah ye tak payah tak payahhhh' belum sempat aku membuka mulut, Daddy terus cakap "Masuk jelah, RM20 saja pun" dan terus menghulurkan bayaran. Owkay.


Naik tingkat atas dulu, ada Mini Toys Museum. Budak budak ini, biarpun sudah puas menghabiskan masa di Toys Museum yang besar semalam pun mahu teruja juga.



Apa punya Spiderman ini langsung tidak seperti yang sebenar.


Captain America boleh tahan juga.


Ironman.


Stormtrooper.


Minions.


Ammar Yusuf Hulk.

Selesai di sini, kami turun ke tingkat bawah dan diberi cermin mata khas ununtuk menonton 5D cinema. Cerita tentang Jin dan Aladdin. Agak menakutkan juga bila kerusi itu bergerak gerak seakan akan menaiki roller coaster, kuat aku pegang anak anak sebab kerusi itu tidak dipasang seatbelt pun silap hari bulan boleh terjatuh. It was a new experience for the kids, and it was fun too! 

Habis di sini, kami terus turun dari sini dan bersedia untuk pulang. Beratur punyalah panjang untuk menaiki keretapi sampai anak anak mula hilang sabar. Ini cerita masa hari biasa, kalau pergi pada hujung minggu entah macam mana lagi sesaknya. Selepas berjaya turun, Daddy bawa kami semua keluar dari Penang menaiki feri. Tiada gambar di dalam feri sebab tiada apa yang menarik pun, dan anak anak juga tidaklah terlalu teruja. Mungkin suatu hari nanti kita naik feri yang lebih menarik, ataupun naik cruise ke ewah ewah! Daddy kata tunggu anak besar sedikit, baru berbaloi untuk dibawa menaiki cruise; Daddy pernah naik cruise sekali menerusi company trip, katanya agak tidak sesuai untuk bawa anak sekecil ini. Kami ni jenis suka bawa ke tempat yang anak anak akan pasti menikmatinya, bukan sekadar pergi menjejakkan kami tapi tidak berseronok di tempat itu. What's the fun in that, right? Tak apa, masukkan sahaja dalam wishlist kami.

Secara keseluruhannya, percutian di Pulau Pinang ini sangat menarik dan menyeronokkan untuk kami sekeluarga. Banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati, tapi dengan apa yang kami telah lawati ini agak memadai dan mencukupi untuk meninggalkan kenangan manis buat kami. Iyalah, badan kita juga ada hadnya, kalau mahu sumbat semua tempat nanti kita tidak dapat bergembira pula. There will always be a next time, inshaaAllah. Thank you Penang!









No comments: