Wednesday, March 31, 2010

Its always easy to say than done.

Sekarang saya masih di office, saja stayback sebab internet kat rumah macam &#$*@. Lagipun nak siapkan beberapa kerja yang tertangguh akibat kehabisan ink printer siang tadi. Eleh padahal tertangguh sebab kau sibuk bergambar mentang mentang baru dapat topi CIDB baru.


Perlu ke pakai safety helmet dalam office? Ignore saya yang macam makcik kerja government.


Hari ni hati tak berapa nak tenteram. Entahlah.. Saya dah buat kesalahan besar, yang saya rasa susahnya untuk dimaafkan. Entahlah.. Dua kali dah ni cakap entahlah.. Asalnya saya tak rasa bersalah pun - ego for nothing. But thinking back maybe i have been reacted too much. I just intended to be honest at the beginning, but somehow the honesty cost me terribly now. Entahlah.. Ok sekali lagi aku cakap entahlah korang lempang ramai ramai.


Biasanya bila kita marah dengan seseorang kita memang akan nampak segala yang tak baik je pada dia kan? Lupa habis segala kebaikan yang dia pernah buat pada kita. Lupa atau sengaja membutakan hati? Sengaja membutakan hati untuk mengelakkan perasaan bersalah dan sebagainya. Kan?


Satu nasihat Baba yang saya ingat sampai sekarang: Kalau seseorang tu ada 99 keburukan dan 1 kebaikan, pandanglah kebaikan dia. Dan kalaupun diri kita ni ada 99 kebaikan dan 1 keburukan, pandanglah keburukan kita tu. Dengan itu kita akan sentiasa merendah diri dan sentiasa berpandangan baik pada orang.


Saya memang tak pernah lupa kata kata Baba tu, tapi susahnya nak amalkan. Teruk la saya ni (T_T)



Tuesday, March 30, 2010

Tekanan darah tinggi, beware! (Entri skema berbentuk kesihatan)

Atas keprihatinan Abang Zack terhadap kami, hari ni beliau bawa OMRON Blood Pressure Monitor untuk memeriksa blood pressure kami. Saya dah biasa check kat rumah, maklumlah Mama memang sangat concern pasal blood pressure ni, sebab Mama dan Baba dua dua pun ada masalah tekanan darah tinggi.


Ramai yang ambil mudah tentang tekanan darah tinggi, mungkin nampak tak segempak sakit jantung yang boleh attack bila bila and mati, or kencing manis yang boleh menyebabkan kaki terpaksa dipotong. Ngerinya (T_T). Saya risau juga ni, family saya dah ada dua orang meninggal sebab kencing manis. So saya harus kawal pemakanan mulai sekarang. Tapi penyakit darah tinggi pun bahaya wooo! Boleh stroke, and lead to heart attack tau!


So far my blood pressure can be considered as normal je. Encik Hanis pula low blood pressure, which also dangerous. Boleh caused sudden death masa tidur tak salah saya. Sedap je aku memandai mandai bagi teori medikal ni. Mentang mentang kakak doktor. So tadi Sha dengan lasernya cakap, "Cepat cepat la kahwin, kang tak sempat lak." Boleh tahan juga minah ni. Tapi saya turut menambah lauk, "Wasiat jangan lupa". Hampir sahaja kedua dua kami ditumbuk si Anep (nama rempit Encik Hanis saya. Sebutan Anep tu perlu ditekankan supaya kerempitan lebih terserlah. Contoh: Aneppppp). Sha pula high blood pressure, sama je dengan Abang Zack. Maklumlah, orang dah lanjut usia.

Lebih lebih mamat ni, sampai pakai termometer bagai. Semangat muka Sha berlakon jadi nurse. Haha..
Tolonglah ignore lengan paus saya. Benci aku.
Kali keenam Sha check. Sebab 5 kali sebelum ni lupa nak ambil gambar dia..


Perlu ke tiga tiga gambar ada makcik baju hitam tu?
Perlu ke saya dengan Encik Hanis sama sama pakai baju pink?

Tapi betul la, sejak kerja ni memang sangat tak aktif. Nasib baik office tingkat 4 dan tak ada lif. Adalah juga exercise. Malam tadi macam nak nangis fikir macam mana nak kuruskan badan. Bertuah betul orang yang makan apa sahaja tapi tak gemuk pun :(








Saturday, March 27, 2010

Entri yang ditaip dengan pantas menjelang Earth Hour lagi 23 minit maklumlah pakai streamyx bukan broadband eh panjang lak melalut.

Seperti yang ditaip panjang pada tajuk, kalau ikut jam di laptop saya lagi 23 minit towards Earth Hour. Saya sebagai environmentalist tegar sangatlah menyokong langkah ini. Masa dengar Fly FM semalam adalah seorang pemanggil yang telah berjaya menunjukkan ketidakberapapandaian beliau dengan mengatakan, "I do not support Earth Hour because i don't think by switching off electricity for one hour would bring any significant to our environment".. Duh, rasa nak tampar. Kalau 100 orang fikir macam kau macam mana? Kalau 1000 orang? Kalau 10000000 orang? Tak ke significant? Tak faham ke dengan phrase, doing something is better than nothing? This is the least you can do, takkan susah sangat? Adoy laa...


Saya bukanlah mampu nak buat apa sangat, tapi saya cuba juga menyumbang apa yang boleh untuk memelihara alam semulajadi kita hambik kau ayat cikgu Kajian Tempatan. Contohnya kalau beli 2-3 barang kecil kecil, saya jarang ambil plastic bag sebab boleh je dimuatkan dalam oversize bag saya. Hah sebab itulah saya sangat adore oversize bag, sangat membantu kan?? Kalau pagi pagi beli nasi lemak bawah office tu saya takkan ambil plastic, alah bawah office je there's no harm kau pegang je nasi lemak yang dibalut dengan suratkhabar tu tanpa plastic bawa naik atas bukan jauh pun. Buang sampah merata? Huh memang pantang betul kalau nampak orang buang sampah merata, no civic minded okk! Kalau berlaku depan mata rasa nak suruh orang tu kutip balik je walaupun tak kenal.


Kalau fotostat or print something saya lebih suka guna depan belakang, supaya tak membazir kertas tak lah botak gunung ganang kat dunia ni habis pokok semua ditebang untuk dijadikan kertas. Sampai pernah satu ketika saya terguna rough paper (kertas yang dah digunakan one side), untuk print document penting for my boss dan sia sia kena sound. "Husna lain kali kalau nak bagi apa apa copy for me print la atas kertas baru, jangan jimat sangat" (T_T). Beria ia jimat macamkan kau ada share je dalam company ni. Lainlah kalau aku ni sedara bos ke.. Nak jadi sedara bos kenalah kahwin dengan sedara bos, jadilah cousin ipar. Sedara bos yang paling dekat dan masih bujang sekarang adalah..... Adi!! *pengsan*

Comel kan beliau? :D Gambar dicuri dari blog Encik Hanis.


Ishh aku ni merepek memang nombor satu. No offense ye Adi! Heh heh. Adi ni baik tau, rajin membantu, selalu senyum, sporting dan ada banyak rumah sewa. Perlu ke maklumat ni? (-_-")


Dah dah ingatkan nak taip sikit je last last panjang pula. Lagi 5 minit nak start Earth Hour. Korang tutup kipas lampu tau!


Friday, March 26, 2010

Cik Husna & Encik Hanis VS BroFramestone & Khaizarien

Aku bukan jenis rajin join blog contest bagai ni, mostly sebab tak ada masa sangat dan kebanyakan penganjur suka nak paksa jadi follower baru boleh join so aku tak berapa nak join sangat lah. But this is exceptional... Sebab aku memang dah follow this blog, and sebagai sokongan kepada BroFramestone yang sampai dah tag aku for this contest on Facebook, so here i am. Heh heh. Check it out, Sweet Couple Contest!
Sila klik blog BroFramestone untuk maklumat lanjut ye adik adik.


Nama pasangan:

Muhammad Hanis Bin Roslan (walawei bagi nama penuh tak boleh blah)
Detik mula berkenalan:

Haha. Ok belum papehal dah gelak.

Detik perkenalan kami bermula di hari pertama aku bekerja di sini. Well, we're officemates kalau ada yang belum tahu. Encik Hanis memakai kemeja pink gilalah jambu dah la muka memang jambu olololo comelnya. Ok itu tipu. Masa nak pergi makan Encik Hanis jalan depan aku dan Adi jalan belakang (perlu ke ada Adi dalam drama ni?) then aku cakap, "Macam bodigad pula ada orang protect depan belakang, yang depan ni macam kuat je" Dan beliau menjawab "Mestilah kuat!". Perlu ke cerita ini?

Aku sangkakan beliau seorang yang pendiam until one day aku, Encik Hanis dan Adi (kenapa ada Adi lagi?) pergi meeting di TNB dan kemudian turut mengular ke The Mines eh bukan mengular bos, pergi cari laptop baru untuk engineer cun baru masuk (aku la tu hehe). Di dalam kereta tu baru aku nampak his true colors, yang asyik cakap merepek repek dan buat aku pecah perut ketawa. Dem, hilang kemachoanku sebagai budak baru. Contohnya bila mendengar radio lagu Saleem ke Iklim ke (eh Saleem tu bukan ke penyanyi kumpulan Iklim entahlah), tajuk lagu tu aku tak ingat tapi ada lirik berbunyi, "Mencintaimu satu kewajipan..". Ada sesiapa boleh tangkap tak lagu apa? Tiba tiba Encik Hanis bising, "Sembahyang la satu kewajipan! Ada pula mencintaimu satu kewajipan!" Haha.. Cakap macam ustaz, suruh jadi imam sikit kasi tengok!

Masa tu aku takde kereta lagi dan naik tren je, manakala Encik Hanis yang tinggal di Subang juga naik tren dari Stesen Kelana Jaya kot dia parking kereta kat sana untuk mengelakkan jalan jem. So hari hari kami jalan kaki dari ofis ke Puduraya ambil LRT dari situ. Banyaklah kenangan masa jalan kaki tu termasuklah Encik Hanis tergelincir depan Puduraya memang kelakar gila disebabkan terlampau kelakar aku pun bayarkanlah tiket LRT untuk petang itu. Encik Hanis untuk cover malu cakap, "Kalau macam ni nak jatuh hari hari lah, boleh awak bayarkan hari hari." Aku balas, "Ye, next time jatuh tu biarlah guling guling dan penuh stunt, bukan setakat tiket LRT je, installment kereta awak pun saya sanggup bayar".

Dah dah. Banyak lagi soalan contest nak jawab ni.


Detik dilamar:


Haha. Taknak la cerita! Tak boleh tak boleh. Takpelah tak menang pun. Haha.. We do not have exact date for this to be frank, sebab segalanya berlaku naturally. Tapi supaya nampak macam best ada anniversary dapat hadiah bagai macam budak budak remaja, we agreed to set the date on 1st May 2009. Ni baru lamaran sebagai girlfriend je, not as a wife.. yet.. Sebenarnya rasa macam lebih awal lagi, ala belasah jelah.


5 perkara yang pasangan anda ada dan orang lain tiada:
  1. Hidung mancung beliau kalau diperhati betul betul sebenarnya bengkok sikit, gara gara disiku teruk masa main bola. Dah 10 tahun kenal baru perasan.

  2. Main gitar. Aku suka lelaki pandai main gitar :)

  3. Speak full English bila berbincang perkara serius, termasuklah ketika bergaduh.

  4. Lepas makan beliau akan kemas sendiri meja tersebut. Contohnya kalau makan McD habis je makan beliau akan lipat semua wrapper burger fries segala and buang sendiri dalam tong sampah (sambil berleter panjang aku makan sepah sepah, bagiku biarlah pekerja McD itu yang kemas nanti dia orang takde kerja pula :P)

  5. Jarang shopping taaaapii, sekali shopping hambik kau harga dia nak terduduk aku tengok. Ke orang lelaki memang semua macam tu?
Crocs yang aku pegang tu dia punyaaa.. Betolll..


Slogan:
BroFramestone & Khaizarien merupakan pasangan yang comel dan sangat seiras tambah tambah lagi bila pakai baju merah sehati berdansa asalnya aku ingat dah kahwin rupanya belum so cepat cepat la ye jangan biar aku langkah bendul pula (eh dah lebih 50 patah perkataan ke ni?) Dan Mereka tidak boleh mengalahkan pasangan Cik Husna & Encik Hanis. Yeah!!

Dengan ini Kami ingin mengistiharkan perang ke atas pasangan BroFramestone & Khaizarien. Undilah kami pada 01 – 04 April 2010.
.......
Eh eh ada kena mintak undi bagai ke? Aku pakai copypaste je dari blog Bro tak perasan pula ada undi. Ni yang ai segan ni.. Hukhuk .. *Terbatuk lak*.


Thursday, March 25, 2010

Khidmat kawan kawan diperlukan, sila standby sampai hujung tahun ini.

Ok, i must say that apa yang kawan kawan teka in the previous post are almost correct kot. But no matter how much i want to reveal every detail to you guys, i still have to wait for the exact confirmation (which is soon to be made, oh i'm scared!). Tak boleh nak cakap apa sangat for now, until segalanya sudah ditetapkan upon genuine agreement between our parents. Apa la aku merepek seryes dah tunggang langgang dah English lama sangat tak practice. Dah tu pejadah nya nak speaking bagai cakap Melayu je kan senang.

Apa apa pun, i can't help freaking out initially (in fact until now), because i did not quite expected everything to be happened this soon (oh ayat 'this soon' mungkin tak berapa nak betul considering that i'm already 25). Gila saya freak out, cepat je nak naik angin especially bila tengok Encik Hanis rilek je. Banyak kali dah beliau sound suruh saya bertenang. Saya yang memang cuak, or orang lelaki memang jenis selamba mak enon je? Kan dah tak pasal pasal mak enon glemer, orang Melayu memang macam tu sedap je petik nama orang 'Acah mak enon' 'Minah rempit' 'Mulut macam joyah" etc. Kesian kat orang nama Enon, Minah dan Joyah tak pasal pasal jadi bahan. Kenapa mesti Minah, kenapa tak guna nama macam Pamela ke.. Hmm.. Sedap juga sebut Pamela Rempit.. OMG dah dah, selalu nak terpesong lari topik.

Saya excited of course, bila excited saya mula plan macam macam, bila dah plan macam macam mulalah jadi tak tentu hala. Apa apa pun buat benda yang perlu dulu. Kursus kahwin pun tak pergi lagi ni, Encik Hanis sedap la dah pergi masa belajar dulu. Terpaksa saya berpasangan gay dengan bestfriend forever saya Nurshazliza Shamsudin (perlu ke nama penuh?) berpegangan tangan pergi kursus (T_T).

Daannn.. Yang paling saya suffer is, DIET! OMG its so killing me to resist food at this moment. Tu lah kauuu, dulu lagi taknak diet. Sekarang ni baru nak sibuk sibuk. Nasihat untuk kawan kawan yang tak habis habis berazam nak diet, mulakanlah dari sekarang jangan nak tunggu dah nak terberak baru nak gali lubang (ayat sinis bos Sabah bila naik angin, sangat menusuk kalbu). Apa lagi eh. Ada orang advice belilah majalah perkahwinan, situ ada checklist apa yang perlu dibuat. Tapi pasal checklist saya tak risau sangat, sebab my bestfriend Waie dah volunteer nak tolong buatkan checklist. Terbaik la Waie ai sayang yu lebih la meh sini cium sikit :D

Ada lagi tak siapa siapa nak volunteer tolong saya? Any info pasal wedding yang boleh tambah ke? Or cara mudah untuk kurus seperti Pamela Anderson ah Pamela lagi. Bukan kurus pun dia. Dah la aku ni kalau sebut Pamela Anderson memang tak bayang benda lain-oh God please stop me.

Nampak tak betapa freak out nya saya? Taip pun dah entah apa apa.






Tuesday, March 23, 2010

Ke'thrill'an yang tak dapat dibendung lagi.

Gosh. Ini memang mengejutkan. Tiba tiba rasa tak cukup masa, tiba tiba rasa langsung tak bersedia. Tiba tiba rasa takut, nervous. Tak lama dah laaaaaaaa~~! Malam tadi macam tak boleh nak tidur. Ke ini memang normal untuk orang yang akan.....


Ok ok chill, jangan bagitahu lagi.


Sabar ye kawan kawan.. Will be announced later, bila tiba masanya..


*But i can't help having a big smile on my face*


:D


Sunday, March 21, 2010

Saya semakin open minded atau otak dilanggar rosak? (ayat Sin Chan)

Tadi saya online facebook. Oh lupa nak cakap, saya sudah active kan semula Facebook account. Heh heh. Sebab hidup seharian tanpa Facebook adalah sangat x%3s*&#.

So bila log in, tengok bahagian friend request... Alahai.. Dulu saya pernah membebel pasal friend request kat entri ini. And tadi bila tengok balik satu persatu... Ala malasnya nak check beria. So dengan hati terbuka dan gembira saya approve je lah semua. Beria-ia nak tapis tapis bagai macamkan kau ni artis je.


Bila fikir semula sejak kebelakangan ini rasa macam terbuka sangat je fikiran. Comment moderation saya dah lama buang. Entah, mungkin bila umur makin meningkat rasa macam malas nak semakkan fikiran dengan hal remeh temeh. Cuma haraplah jangan ada yang berniat keji dan mengambil kesempatan atas keterbukaan saya ni. Tapi kalau betulpun ada yang merancang untuk add saya di Facebook dengan niat untuk stalk/kutuk terbuka/cari pasal/bagi hadiah misteri, silakan je lah. Dah tak terkuasa dah nak melayan. Suka hati anda lah. Kalau anda memilih untuk tidak mahu matang, saya dah tak boleh buat apa lagi lah kan.

Satu pertanyaan, kenapa lately terima dua tiga invitation dari blogger yang minta kita jadi Fan dia di Facebook? Trend terkini ke tu? Alahaiii..

Pertanyaan kedua, pejadah aku post sampai dua entri hari ni?? Macam rajin je kau orang nak baca banyak banyak entri aku sehari kannn..




P.S: Lenguhnya klik button 'Confirm' untuk semua request (T_T)




Beautiful Blogger Award

Owkayy.. Beautiful blogger they said. Terasa tidak layak pula. Anyway terima kasih kepada dua gadis cantik menawan kalbu Chepah dan Bungakopi di atas penganugerahan ini. Ni apahal skema sangat ayat aku? Ok jangan hirau sebab saya sekarang tengah miong (bak kata orang Johor yang pada awalnya saya terkeliru ingatkan sebutannya meow).

Rules and regulations:1) Thank & link the person that gave you the award.
2) Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
3) Contact the bloggers and let them know they’ve won the award.
4) State 7 things about yourself.



So now its time to follow the rules.

7 things about myself:
  1. Tinggi saya 161cm dan berat 53kg. BMI ideal tapi badan saya tak nampak ideal pun. Mungkin istilah ideal bagi saya adalah bentuk badan seperti Nicole Shhhzzzgger whatever-it-sounds (malas nak google ejaan betul nama minah Pussycat Dolls ni)
  2. Malas mekap. Teringin nak pakai eye liner tapi bila saya try pakai semua orang nampak mata saya macam nak terkeluar biji mata sebab besar sangat. So forget it.
  3. Kids-lover. Yeah, dulu saya selalu nak pegang budak budak yang berselisih dengan saya di shopping complex until the spread of H1N1 saya dah stop sentuh sentuh sebarangan takut mak dia marah in case saya terjangkitkan virus itu kepada anak kecilnya (T_T)
  4. Fast yet clumsy driver. Jangan terkejut tengok kereta saya yang calar balar merata.
  5. Senang mengalirkan airmata, especially kalau baca paper tentang budak mati kena dera, kemalangan maut satu keluarga, kes kes anak derhaka.. Ah bencilah! Sebab tu saya tak suka baca paper.
  6. Die-hard-fan Fly FM Pagi Show. Rasa tak lengkap hidup kalau pagi pagi tak dengar suara gila Phat Fabes, Ben and Nadia. Macam dah kena mandrem.
  7. Kasar. Baik dari segi suara, tingkah laku, tapak tangan (eceh nak bagitahu rajin buat kerja rumah la ni :P) dan sebagainya.
Ok now i pass this AWARD to all female bloggers yang membaca entri ini. Mana boleh pilih 15 je? Kalau saya ada 15ratus bloggers yang saya rasa cantik macam mana?
Beauty is in the eye of the beholder :)


Thursday, March 18, 2010

Entri kosong, sekosong fikiran saya, sekosong jiwa saya. Ah drama lagi. Blah la. Fed up aku.

I have posted something this evening, but i feel bad about it and i removed from the list. I don't know how to describe the situation, everything went so fast today. When i realized, i suddenly feel so much pain like i'm carrying a heavy burden inside. Everytime i close my eyes try to recollect myself, i feel like a sudden shock and my heart beats superfast within. I don't know. Well, things happened. Entah apa aku cakap ni dah berkarat sangat my English.


Ok basically i am fine. I'm losing focus a bit but i'm fine. Thanks kepada yang sangat rajin email tanya kenapa dan bagaimana. Dan juga yang tanya soalan tak berkaitan contohnya macam mana nak buat Work Programme/CPM guna Microsoft Project. Kau ni kan time time aku tengah bermuram durjana ni la kau minta aku ajar benda yang susah tu (T_T). Ok macam ni. Akak tak la terer mana, sikit sikit boleh la tapi memang susah la nak ajar through email ni. Maybe kita boleh meet somewhere and kita boleh seriously look into that. Make sure somewhere tu adalah tempat yang ada wifi, dan ada coffee yang sedap, and ada brownies.. And tempat tu ada bunyi bunyi macam Setapak.. Tak dapat lagi? Duh lambatnya tangkap esok jela sambung.


Dalam pada tengah sedih ni sempat pula balas email macam mana nak buat Curriculum Vitae (CV) yang elok dan menarik perhatian bukan si mata keranjang tapi menarik perhatian company company untuk memanggil kita untuk ditemuduga. Macamkan kau director company besar je nak nasihat orang pasal CV. Ok cakaplah apa apa pun tapi niat saya cuma nak tolong mana yang boleh je. Tips pasal CV tu diberikan oleh kawan baik saya Mr. K, oh i ada mention him in my blog somewhere kena korek yang dulu dulu punya untuk baca. Beliau sekarang merupakan engineer hebat di TNB dan sudah bertunang. Eh perlu ke information ni? Apa apapun sangat berkesan tips itu, dalam masa 3 bulan menganggur saya dipanggil temuduga sebanyak lebih 10 kali kot. Tapi kalau nak harap CV je gempak tapi kau datang interview dengan apa pun tak bersedia tak guna juga kan? *sound diri sendiri*. Tapi boleh je jadi CV kau gempak, kau dah sangat bersedia, still kau tak dapat juga jawatan tu. Kenapa ye? Apa lagi yang silap? Jangan lupa, rezeki dah ditetapkan Tuhan, so don't question too much la ye dik.


Oh back to the first paragraph, saya dalam keadaan baik sekarang. Saya harap dia juga begitu. Hati saya keras macam batu saya pun tak sangka. Concrete Grade 30 pun tak keras macam ni. Ah bodoh la, benci betul drama bagai ni. Benci betul situasi yang after we evaluate the situation, we found out that we are actually the one to be blamed. Ah whatever. By the way saya dah deactivated facebook account sebelum sempat mengapprove 145 friend requests.. To whom it may concern.





Tuesday, March 16, 2010

Tag dari Dila. Rajin pula aku nak jawab..

1. Adakah anda rasa HOT???
Langsung tak. Saya rasa COOL :D
2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
3. Cerita pasal gambar?
Skema kan? Desktop office punya kot. Takkan nak letak gambar camwhore saya pula. (Kalau klik enlarge kantoi saya tengah blogwalking blog avid gunner)
4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Kat Sandakan. Panggil pizza delivery sampai pintu bilik hotel tapi tak bagi tip pun kat despatch tu. Gila bengkek muka mamat tu. Haha.
5. Lagu terakhir anda dengar?
Lefthanded - Pada syurga di wajahmu. (Gila lagu zaman 80an. Kenapa la aku tak tipu je konon dengar lagu Mariah Carey supaya nampak lebih moden dan kebaratan.. Duhh)
6. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
Antina. Which is a short form of Auntie Una. Anak anak buah aku je panggil ni. Korang jangan cari gaduh panggil aku Antina, walaupun gaya percakapanku macam makcik makcik (dan bentuk badan juga)
7. Tag lagi 8 org
Alahai, ni yang malas ni. Ok, selamba aku petik nama ni:
No. 1 - Waie
No.2 - Sha
No. 3 - Oyah
No.4 - Chepah
No.5 - Nana
No. 6 - Farah
No.7 - Feeda
No. 8 - Cik Akma
8. Siapakah org no.1 kepada anda?
Heheh. Bestfriend dari sekolah. Geng buat benda sengal contohnya pergi rumah Aidil jerit panggil nama Aidil dengan suara nyaring lepas tu lari laju laju takut mak Aidil keluar. Lepas tu kan dah dah kalau nak cerita sampai esok tak habis..
9. Katakan sesuatu mengenai org no.5
Bila nak turun KL ni? Pesal tak update blog? Bila nak kahwin (okay ni dah kira main kasar)
10. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Alexandro Rodriguez, atau lebih dikenali sebagai Rodi. Haha. Sila jangan rebut rebut dengan Umut ye..
11. Bagaimana pula dengan no.4
Mohd Nazir bin Daut. Wah boleh pula aku tahu nama penuh tunangan orang. Heh heh.
12. Pesanan kepada orang no.6
Hidup baik baik sayang.. :) (Awww, ai memang suwit kann? :p)
13. Kata2 cinta untuk orang no.2
Dengar je lah lagu Bandar Tasik Selatan kegemaran Abang Zack. Banyak kot kata kata cinta kat situ. Keh keh.
14. Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
Satu je yang aku nampak. Dua dua perempuan. Can i make it anymore obvious?? Tapi No.7 tu lebih kepada gaya hidup maskulin. Percayalah.
15. Berikan 5 perkara yg anda tau tentang org yg mentag anda
Oren adalah kaler kegemaran beliau.
Tapak tangan mesti lembut, sebab selalu basuh baju guna mesin basuh kat hostel :D
Student UUM.
Ambik course law. Gempak weh minah ni.
Peminat ZahirilAdzim (macam salah je spelling) Sebab ada 2-3 kali kot dia mention nama mamat ni dalam blog.
16. Persamaan antara KAMBING dan LEMBU
Dua dua aku suka kalau buat steak. Duhh, terliur lak bayangkan lambchop Chili's. Ada sesiapa nak belanja tak? Kau belanja makan, aku belanja wayang :D (ni sudah lebih, ajak ke wayang pula)
17. Perasaan anda wat tag ni?
Sejuk. Orang orang office ni dah biasa duduk London kot. So aircond mesti paling maksimum sejuk.


Monday, March 15, 2010

Days out yang fun! :) (Harap la adik adik tak bagitahu ibu bapa saya drive macam gila bawa mereka di kala hujan lebat)

Well, semalam ada kursus Green Card at CIDB. Green Card ni adalah kad yang wajib dimiliki oleh semua yang terlibat dalam bidang construction. Green Card ni macam kad perlindungan la, something like insurans kalau terjadi apa apa di site. Site kan tempat berbahaya, macam macam boleh berlaku, dan kematian di construction site adalah perkara biasa yang didengari. Kalau ada Green Card ni if anything happened to us, adalah pampasan yang family kita akan dapat. Tak salah saya kalau sampai meninggal dunia dapat RM21,000 (duh sikitnya dapat), kalau kecederaan kekal dapatlah RM18,000. Sempat juga saya berkata kepada Encik Hanis sambil tersenyum manis, "Nanti awak letak la nama saya sebagai pewaris awak tau~~". Dan beliau dengan heartless menjawab, "Kang ada yang bunuh aku pulak nak dapatkan RM21,000". Oh darling you're so mean (T_T).

Kursus itu diselangi juga dengan gambar dan video mengerikan juga yang melucukan untuk menghilangkan ngantuk para peserta. Saya seryes tersengguk sengguk mengantuk tau. Encik Hanis di sebelah pula sibuk main wifi. Abang Adi kat belakang je yang menumpukan perhatian, sebab dari mula sampai habis beliau asyik ketawa je. Mungkin beliau keliru perbezaan mendengar kursus Green Card dan menonton gelanggang Raja Lawak. Sebenarnya kursus ni sepatutnya masa di universiti dulu dah ambil, tapi kenapa entah saya tak pergi dulu. Ke sebab tak ada duit ye? Rasanya dulu universiti buat masa hujung hujung sem, dan kena bayar RM50 waktu itu dirasakan sangat banyak. Huhu patheticnya saya di zaman student dulu. *sob sob*

Ok then habis kursus Encik Hanis ajak hangout dengan adik adik beliau. His parents is on holiday to Indonesia, so as the eldest in the family beliau haruslah menjaga kebajikan adik-adiknya (rasa macam abang penyayang pula ayat ni). By the way Encik Hanis ni anak sulung dari 6 beradik. Bawah dia ada 4 adik perempuan dan yang bongsu lelaki. Isn't that fab having soo many sisters? Macam kawan kawan je semua adik adik beliau, sebab tinggi dan saiz badan sama sahaja.. Dan of course bila saya join mereka, saya bukan sahaja paling besar dari segi umur, malah dari segi saiz badan juga (T_T)


Mula mula makan dulu. Tidak ragu ragu lagi saya la makan paling banyak. We were having the famous meatball at Ikea. Saya suka betul meatball ni, korang yang belum rasa tu sila silalah cuba. Seryes thumbs up!
Lepas tu pergi The Curve main game at the game arcade there. Betul ke nama tempat main DAYTONA bagai tu game arcade? Belasah je lah. Dan kami buat sticker gambar dalam booth ambil gambar kat situ. Seryes masing masing muka sangat gila okk masa tu, dan sangat sangat fun! Saya nak upload di sini tapi kecil halus mak aih, pakai kanta pembesar Encik Ruslan pun tak nampak agaknya. Oyahku sayang nanti kita buat gambar suwit suwit ye untuk kita dua. Dulu saya pernah cari tempat ni dengan Oyah, sebab macam fun je. Eh betul ke dengan Oyah, ke dengan adik lain? Ke dengan kekasih lama? Ouh betul la dengan Oyah. Betul ke eh? Ke dengan adik angkat oh guys please stop me.. Jadah bila pula aku ada adik angkat (-_-")

Girls just wanna have some fun. Terasa muda ai kat sini. Heh heh. Guys, meet my boyfriend's sisters..
And this one together with his one and only little brother :)

Lepas makan kami ramai ramai tengok Alice in Wonderland, which i fall asleep at the first half of the story, buang karan betul (-_-"). I think cerita tu best je, tapi sebab kami dapat seat depan sakit tengkuk dan penat gerak kepala dari kiri ke kanan baca subtitle (maklumlah tipikal Melayu dialog I Love You pun nak kena baca subtitle), ingat nak pejam mata kejap je last last tertidur pula. Duhh..
Eh, kenapa tak ada satu pun gambar Encik Hanis? Nasib la kena jadi cameraman. Haha..





Saturday, March 13, 2010

Believe in the Law of Attraction, have faith in whatever you are doing and keep on moving!

Ok. Secara tak sengaja terprivate kan blog seharian semalam. Actually i'm trying to adjust my blog layout so saja biar private sekejap, bila nak public kan semula tiba tiba internet down pula. Duhh. Anyway thanks to those yang tinggalkan message di Facebook dan email tanya kenapa private blog. Terharu ai tau. Ingatkan tak ada orang baca :P

19 March 2010 ni, genap setahun saya kerja di sini. So gaji bulan ni adalah naik lagi sikit. Tak banyak pun, tapi syukurlah. Cukuplah untuk belanja Mama jubah baru, bagi Kakak blouse baru, belanja Oyah tengok wayang, bawa budak budak jalan jalan.. Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya. (Teringat kawan sekolah dulu cakap, "Pejam mata pejam mata dah nak habis Form 5 dah kita kan?". Lamanya pejam mata.. Haha).

Bila ingat balik, tak sangka saya betul betul teruskan apa yang saya dah mulakan.

Habis diploma dulu saya pernah buat gila nak tukar course tau. Seriously lepas habis final exam diploma saya dah nekad nak ambil course lain kalau nak sambung degree. Nak tukar ke something i love more, like Degree in Mathematics? (Wujud ke course ni?) Ironinya, bila keluar result saya dapat Dean's List pula. So Mama cakap dah tak ada sebab dah nak tukar course dan jangan mengada-ngada nak buat hal (T_T)

Then habis sem 4 masa Degree saya kena undergo Industrial Training. Konon taknak berpanas berhitam duduk site kalau kerja dengan contractor, saya dengan pandainya apply praktikal dengan consultant as Design Engineer eventhough saya sangat lemah in Reinforced Concrete Design subject.. Serious minggu pertama saya di consultant company tu hari hari saya balik moody gila dan nangis dengan Mama cakap nak berhenti praktikal and ambil cuti sem. Gila betul. Sebab saya benci design! Taaapii.. Saya teruskan juga, belajar betul betul, bermuka tebal bertanya mana yang tak tahu (sampai ada senior di situ sound, "Kau kat universiti tak pernah belajar design ke hah?") siap selongkar kotak buka semula buku buku sejak diploma dulu. Dalam 10 minggu sahaja saya menjalani praktikal, saya dah jadi sangat sangat suka design dan bila masuk sem baru siap boleh ajar kawan kawan lagi :)

Bila dah grad, saya nekad nak kerja dengan consultant. Sebab saya kan dah suka design. Saya hanya hantar resume pada consultant company sahaja, tapi masalahnya saya nak gaji besar. Sengal. Dalam bidang engineering, susah nak jumpa consultant company yang offer gaji besar or at least reasonable dengan taraf hidup di Kuala Lumpur ni. Lagipun saya nak kerja yang dekat dengan rumah. Almost 3 months saya menganggur memilih punya pasal. Bila dah lama sangat menganggur, saya mula apply dengan contractor pula. Last last sekarang saya kerja dengan contractor, and it is a Class A Contractor..

Mula mula kerja apa pun saya tak tahu. Totally lain dengan consultant company. Dan site jauh pula (T_T). The moment i joined this company, kami baru je memenangi kontrak projek Kinabatangan ni. So maknanya saya berpeluang belajar handle projek betul betul dari mula. Syukur ramai yang sudi membantu. Masalah? Of course ada. Kau perempuan. Kau bekerja dalam bidang dikelilingi lelaki. Diumpat didengki mestilah ada. But thank God it was not among the technical team. Kalau tak mesti susah nak kerja. Memang biasa didengari perempuan dalam bidang teknikal dan perempuan dalam bidang office management jarang boleh ngam. Pesal entah. Di office saya berkawan pun dengan lelaki sahaja, so bergosip pasal artis/fesyen/mekap sudah tentu jarang sekali. Tak kuasa ai tau. Buang masa. Tapi tak semua macam tu. Contohnya saya dengan Kak Farahiyah secretary Bos Ruslan tak ada masalah pun, sebab dia best! So tak boleh la nak kata semua secretary/receiptionist/kakak kerani memang jaki dengan engineer perempuan dan tak ada kerja lain selain mengumpat dan bergosip, sebab bukan semua pun macam tu. Semuanya bergantung pada individu sendiri, bukan pada pekerjaan mereka. Betul tak??

Duhh.. Panjang pula cerita. Lately rajin betul taip panjang panjang. Macam kau orang rajin je nak baca kan.

Motif entri ini, jangan mudah mengalah dalam apa pun yang kau buat. Kadang kadang kita rasa macam tak mungkin kita mampu nak habiskan course ini, tak mungkin kita mampu nak bekerja dalam bidang ini, tak mungkin kita layak nak tergolong dalam Top 10 Malaysian Idol, tak mungkin dan tak mungkin.. Itulah silapnya. Thoughts become things. Apa yang kau fikir itulah yang kau dapat. Cakaplah benda benda positif, benda benda baik walaupun dirasakan mustahil. Percayalah, tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni. Fikir kena baik, hati kena bersih. Okay :)


Tuesday, March 9, 2010

Barang baik punya :D

Jam saya dah dekat sebulan habis bateri. Saya ni dah la jenis malas nak pening pening tau. Dulu masa jam lama habis bateri, saya terus beli jam baru. Scientific calculator habis bateri pun saya macam nak beli calculator baru. Then one day tayar kereta bocor, saya kena marah dengan Encik Hanis bila saya tanya, "Mahal tak nak beli tayar baru? Tayar kereta saya bocor la".. Memang kena sound gila gila dengan orang office, "Dah tu kalau enjin kereta rosak nak beli kereta baru?" Macamkan gaji kau puluh puluh ribu kaann (-_-")

Jam saya yang buat hal. Ye, memang besar dan kelelakian. Saya suka! Tengok semua engineers pakai jam pattern ni nampak macam cool je. Saya terikut ikut pula..

Duh, duduk office ni saya asyik nak terikut ikut je. Abang Zack beli iPhone, saya dah terliur tengok. Tak lama lepas tu Rohan pula beli BlackBerry, saiko rasanya. Rasa macam nak jual je my N97 kat Mudah.my. Ke ada siapa sesiapa nak beli? Ni saya beli original Zitron dari Nokia outlet tau, bukan dari kedai kedai sebarangan yang kurang diyakini kualitinya. Baru pakai 4 bulan kot. Basically elok je. Pakej ini termasuklah:
  1. Warranty NOKIA sampai Oktober 2010
  2. 2 chargers (satu anda letak kat rumah satu lagi letak la kat office atau rumah kawan tempat anda selalu lepak tak reti reti nak balik)
  3. Car charger
  4. Handsfree
  5. CD Ovi (saya tak pernah guna ni tak tau macam mana nak guna, kot la korang tau guna)
  6. Gambar-gambar saya gaya budak budak remaja perempuan zaman sekarang - ambil sendiri buat muka comel mulut muncung dan mengecilkan mata yang semua gambar pun muka sama je konon gaya itulah paling comel. Haha. Ok that was sarcastic.

Apa lagi eh, pendek kata apa yang saya dapat masa beli tu saya bagi sekali lah even paperbag original Nokia kaler biru tu pun saya ada lagi. And saya boleh bagi sekali dengan CAPDASE pouch genuine leather warna hitam yang saya baru beli berharga RM80. Asalnya masa beli tu dapat sekali pouch original Nokia, tapi tercicir dalam kapal terbang laaa (T_T). Ala lagipun pouch Nokia tu tak best, dia just sarung je ke dalam and ketat gila bila nak keluarkan phone. Kalau ada orang call memang esok je la baru dapat jawab call sebab susah nak keluarkan. Ok now kita cakap pasal harga. Ehem.. Kalau saya jual RM1500 ada buyer tak? Heh ni dah macam seryes nak jual ni, asalnya nak cerita pasal jam je tadi.. Ok la tu RM1500, saya beli RM2450 tau! Dah kurang dekat RM1000 dah ni (T_T). N97 ni best tau, saya kalau tak ada this kind of smart phone saya tak tahu macam mana nak arrange hidup saya. Eceh macamkan kau busy macam Perdana Menteri. But its true, all my meeting schedules, my financial management plan, to-do lists, and even what i have planned for my wedding (i mean, for 15 years later) semua saya harapkan handset ni. Boleh baca Microsoft Office, boleh main internet wireless merata, even boleh update blog bagai through this. Kalau anda selalu sesat macam saya, i mean sesat jalan ye bukan sesat akibat bergaul dengan golongan rosak akhlak, dalam ni saya dah install sekali Garmin GPS yang boleh membantu anda ke arah jalan yang benar. Hambik aku promote. Apa lagi eh, tak pandai lah nak cerita cerita lebat ni. Just come and see to believe la. Heh guna ayat mamat jual kereta..

So kalau ada yang interested boleh la email ye.. Nak nego pun boleh, bodek la sikit cakap aku kurus ke, mana tahu mood baik boleh la kurang seringgit dua. Heh heh :D


Sunday, March 7, 2010

Terbang lagi..

I'm flying again.

Yeah saya harus ke Kota Kinabalu lagi petang ni. My flight will be at 6.45 p.m this evening, kali ni Encik Hanis agak baik hati untuk menghantar sampai ke airport. Kebetulan beliau tak ada kelas hari ini. So takde lah saya terlepas flight lagi macam last time yang menyebabkan saya terpaksa bayar denda RM300. Nasib baik masa tu baru lepas Chinese New Year dapat banyak angpow, so tak terasa sangatlah bayar denda. Tapi terasa rugi jugalah. Kalau tak, tambah lagi RM200 boleh beli oversize totebag Guess yang diidam-idamkan. Yes, saya memang suka oversize beg. Boleh isi semua benda dalam tu, sinki dapur Mama je tak muat.

Well, this time pergi tak lama pun. Ada emergency meeting at consultant's office tomorrow morning. Habis meeting terus fly balik KL. Duhh.. Macam ulang-alik dari Kampung Batu ke Batu Caves je..

Pernah tak terjadi pada anda, dalam keadaan anda kelam kabut nak keluar tiba tiba baru perasan baju terkena kotoran, seperti kesan tumpah susu botol Aicha? Grr.. Senyap je budak ni lepas tumpahkan susu kat baju aku..


Saturday, March 6, 2010

When the Mr. Right turns to Mr. Very Wrong...

Di sini saya nak share tips, eceh, macam bagus bagus je nak bagi tips bagai. Tapi sesuatu terjadi pada rakan rapat saya yang mendorong kepada penulisan ini, sebagai panduan kepada pembaca yang lain juga.

Bila anda putus cinta, anda akan rasa sangat down betul tak? Apalah soalan ni, mestilah sangat down. Yeah, rasa macam banyaknya anda dah berkorban untuk dia, rasa macam tertanya tanya kenapa dia tidak menghargai anda dan sebagainya. Kadang kadang anda akan rasa macam sangat tak berguna dan mulalah menyalahkan diri sendiri (seperti saya dulu yang sangat lame. Duhh..)

Sebenarnya perasaan itu normal sahaja. Tidak hanya dalam percintaan je, dalam kerjaya pun kalau something goes wrong kita akan jadi begitu juga. Itu adalah kerana anda dah meletak harapan tinggi pada perkara itu, dan terlupa dengan hakikat bahawa manusia hanya merancang dan tidak berkuasa menentukan apa apa. Please please please janganlah menyalahkan diri sendiri. Sebaaab, dengan demikian anda akan rasa lebih teruk lagi. Macam mana sempurna pun anda, kalau dia ditakdirkan pergi (ayat laser: kalau memang dia dah nak curang), dia tetap juga akan pergi meninggalkan anda.

Then biasanya anda akan menangis beria-ia, macamkan dia pulang ke alam barzakh yang nak ditangiskan bagai (sound diri sendiri). Tapi tak apa, menangislah semahu mahunya, asalkan anda sudah menetapkan satu tempoh untuk berkabung dan berhenti. Cakaplah pada diri sendiri, "Aku akan menangis selama seminggu. Hujung minggu ini aku harus berhenti menangis sebab aku perlu bangun semula untuk mencari boyfriend baru yang lebih kacak dan sasa". Bottom line is, tidak salah untuk menangis, tapi tetapkanlah satu tempoh di mana anda wajib berhenti berkabung dan bangkit semula membina hidup baru.

Selalu sangat saya jumpa orang, especially girls yang ditinggalkan kekasih cakap macam ni, "Susah sangat nak lupakan dia, dialah lelaki terbaik yang pernah aku kenal, dialah yang paling memahami aku, dialah yang paling bla bla bla bla.." Sedarlah cik adik sayang, kalau dia baik hati dan memahami anda, dia tidak akan tergamak melukakan hati anda. Ayat "You deserve someone better" yang dikeluarkan oleh teman lelaki ketika memutuskan hubungan itu adalah sangat lame okay. Just admit that you already have someone else, and get lost! Huh emo pula. Please.. He was just no more into you so he did not want to be seen as guilty. Remember, THERE'S SOMEONE WHO WILL MAKES YOU HAPPIER THAN THE ONE YOU BROKE UP WITH, EVEN IF YOU THINK IT IS IMPOSSIBLE. Saya dulu fikir macam tu juga, konon my ex was irreplaceable. See me now? I am undeniably happier tau! :) Even when i bumped into my ex with his new girl, i can even give a big smile and say hello. Because saya dah tak rasa apa apa pun pada mereka berdua. So why bother?

Bila anda baru putus cinta, percayalah akan ada dua tiga lelaki yang tiba tiba datang menagih cinta. Yang saya perasan ada tiga jenis:
  1. Lelaki yang dah lama setia menunggu kamu.
  2. Lelaki yang tak pernah tunggu kamu pun tapi sekadar mencuba nasib menangguk di air keruh.
  3. Lelaki yang betul betul kamu baru jumpa or kawan baru.
Berhati hatilah dengan lelaki jenis kedua. Dulu masa saya baru putus cinta adalah jumpa lelaki lelaki jenis macam ni, in fact ada yang dah ada girlfriend pun. Mulalah cerita girlfriend dia tak baguslah, tak memahamilah. Mungkin benar, tapi why on earth kau nak burukkan girlfriend kau depan aku? Nanti entah entah kalau aku jadi dengan kau in case terjadi apa apa between us, kau buruk burukkan aku pula depan wanita lain. So please janganlah mudah terpedaya. Perempuan ni bila baru putus cinta, kecenderungan untuk menerima lamaran lelaki lain secara tangkap muat sangat tinggi. Motif:
  1. Nak tunjuk pada ex-boyfriend yang dia dah get over him very quick atau nak tunjuk bahawa dia masih hot cepat betul dapat pengganti.
  2. Disebabkan sudah terbiasa hidup berteman, dia takut sunyi kalau hidup seorang. So grab lah sesiapa sebagai pengganti. Lelaki malang ini dinamakan rebound.
Please my dear, jangan terlalu tergesa gesa cari pengganti. Dulu saya masa putus cinta saya selalu ingatkan diri, "Jangan nak tambah watak dalam masalah ini. Elok elok watak ada dua orang, nak tambah jadi tiga orang pula. Kan tambah masalah je nanti". Percaya tak, hanya selepas dua tahun berpisah dengan lelaki yang 5 tahun menjadi kekasih saya, barulah saya terima lamaran lelaki lain. DO NOT LET YOUR EMOTION CLOUDS YOUR JUDGEMENT!

Satu lagi, bila kita single, especially for ladies, kadangkala or most of the time kita akan dipandang semacam kalau kita berbaik baik dengan lelaki. Macam saya dulu, dalam 5 tahun saya ada boyfriend, elok je saya kawan dengan si Abu. Girlfriend Abu pun ok sangat dengan saya. Bila saya dah single, girlfriend Abu tiba tiba jadi possessive semacam kalau Abu berketawa dengan saya seperti biasa. Percaya tak sepanjang saya single dulu adalah dua tiga kali saya dapat email/sms sound saya konon nak rampas boyfriend mereka. Oh please.. So single ladies out there, anda sangat perlu jadi lebih kuat physically and emotionally, sebab dugaan banyak gila aku cakap kaaauu..!

Motif entri ini, sekadar berkongsi pengalaman sendiri dan juga pengalaman rakan rakan rapat. Satu yang orang susah sangat nak buat: Rukun Iman keenam, PERCAYA PADA QADA' DAN QADAR. Apalah yang hendak ditangiskan, kalau dah dia memang ditakdirkan dengan kau, dia tetap untuk kau. Dan apalah yang hendak digembirakan sangat, kalau dah tertulis bahawa dia bukan untuk kau, macam mana konon bahagia pun kamu berdua, dia tetap bukan untuk kan. Ingat ni ye Cik Husna!

So babe, just go with the flow, jangan sedih sedih. Life is too short, janganlah disia siakan dengan air mata. Sayang je.. Hidup memang macam tu, dulu kita terjelupuk jatuh menangis hiba, hari ini pula kita berdiri megah ketawa riang. Esok? Nobody knows. Inilah kehidupan okay!

P.S: Sorry ambil masa anda lama sangat, heh heh :P






Friday, March 5, 2010

A mother's love is patient and forgiving when all others are forsaking. It never fails or falters, even though the heart is breaking..

Malam semalam saya ada buat salah dengan Mama. Satu jelah saya cakap, kalau kau ada buat salah dengan ibu kau, hidup kau takkan aman. Betolll... Dan saya sangat merasai kesakitan itu hari ini. Atas suatu sebab, Mama berjauh hati dengan saya. Kalau berjauh hati je takpe, ni berjauh tempat tidur juga. Sanggup beliau tidur dalam bilik bacaan Baba dan tinggalkan saya sendirian (T_T). Oh mind you, Baba sekarang di Kelantan, mungkin esok lusa baru balik. Maknanya Mama tidur seoranglah, perkara yang sangat jarang dilakukan oleh beliau.

Bangun pagi, tengok Mama tak ada di sebelah. Tahulah saya Mama masih terasa hati dengan saya. Mengalir airmata menyesali kesilapan lalu. Mulalah saya menyalahkan diri. Satu perangai saya yang sangat menjengkelkan, i tend to carry all the blame myself if anything goes wrong in my life. Semua pun nak carry sendiri, semua pun nak fix sendiri, until one day i realized that i took myself too hard that i find myself suffocating.. Fuhh!

On the way to work, teringat kata-kata saya yang tidak disangka mengguris hati Mama semalamnya. Mengalir air mata lagi. Teruklah saya ni. Mama adalah satu-satunya insan yang tak pernah berhenti menyayangi saya. Teruk macam mana pun saya, tak pernah Mama kata dah bosan dengan saya dan nak cari anak lain (seperti lelaki lelaki hampeh yang konon bosan dengan karenah teman wanita padahal dia dah memang ada awek lain). Kenapa saya masih sanggup melukakan hati Mama.. *sob sob*

Di tempat kerja, mood saya macam tahi. Macam-macam berlaku hari ini. Supplier inverter buat hal, yang memungkinkan saya terpaksa redesign all the works from the beginning. Bukanlah saya yang design, of course la consultant yang kena. Tapi saya sebagai orang yang mengendalikan segala civil and structural works dari mula sangatlah terkena tempiasnya. Bos marah-marah, bukanlah pada kami, tapi kami juga turut terasalah. Dalam hati saya berkata, 'Inilah akibatnya buat Mama kecil hati, kan huru hara kerja segala'.. Tak habis-habis lagi rupanya..

Habis kerja, on the way balik macam-macam saya fikir untuk pujuk Mama. Mulanya terfikir untuk beli cheese cake kat Secret Recipe, Mama sangat sangat sangat suka cheese cake. Tak makan nasi pun tak apa kalau dah dapat cheese cake. Tapi bila membayangkan kalau saya dah beli, letak atas meja makan, dan sampai ke pagi Mama tak sentuh, mesti saya semakin sedih menangis sampai bengkak mata basah lencun bantal yang dah sememangnya banyak peta. So tukar lain. Mungkin saya perlu singgah First Lady at Carrefour Wangsa Maju dan belikan Mama jubah baru? Tapi bila membayangkan kemungkinan Mama tak sudi memakainya... Alahai... Seryes kabur pandangan saya dengan air mata tak nampak dah depan.. Sudahlah hujan lebat (cliche betul memandu dalam hujan lebat dengan air mata berjujuran). Saya memandu di lane tengah sahaja tadi, tiba-tiba saya mendengar hon kuat gila dari Harrier di lane kanan, beam light juga dinyalakan. Kereta saya tersasarlah! Pantas saya pusing stereng ke kiri, hampir sahaja terlanggar motor yang memang laju di situ.. Gila berdegup kencang dada saya.. Bulat terus mata, air mata dan hingus yang keluar sepanjang 2 cm turut dilap. Kalaulah terjadi apa-apa tadi, tak sempat nak minta maaf dengan Mama...

Sampai rumah, lama saya di garaj dengan enjin terpasang, memikirkan cara untuk meminta maaf buat kesekian kalinya. Hiba hati mengenangkan baru minggu lepas saya minta maaf, minggu ni buat dosa lagi. Mesti Mama dah bosan dengan saya.. Tiba-tiba pintu terbuka, dan nampak Mama melambai suruh masuk. Berdebar-debar saya melangkah masuk..

"Kau balik lambat ni dah makan la ni kan? Mama tak masak tau hari ni, ada sayur goreng je" dan lepas tu cakap entah apa lagi pasal air masuk di dapur rumah yang under renovation tu.

Tengok Mama yang sangat lain dari malam semalam, terus saya mengambil peluang,

"Ma, Dikna minta maaf pasal semalam..."

"La pasal apa pulak ni?" tanya Mama selamba.

"Ala minta maaf la Ma, tak kiralah pasal apa-apa pun" tak pasal-pasal air mata jatuh laju pula.

"Menangis pulak dah budak ni.. Dah dah, pergi Maghrib cepat. Dah nak habis waktu dah ni"

Sambil mengesat air mata,

"Ma lepas sembahyang kita pergi Tesco nak? Dikna nak beli hanger.."

"Hanger buat apanya, kan bersepah-sepah hanger kat rumah ni. Membazir betul lah kau ni" leter Mama. Belum nampak lagi beg besar Nike yang saya baru beli kat Mid Valley kelmarin. Saja beli untuk bawa pergi outstation. Lagipun hundred something je, ok lah tu. Asalnya nak beli oversize totebag Roxy, tapi hati rasa semacam je dengan barangan Roxy ni. Mungkin sebab Oyah punya beg sekolah dan pencil case pun Roxy kot. Macam comel dan nakal je rasa dah tua-tua ni pakai Roxy.. (Dah dah. Boleh tak sebut perkataan nakal tanpa diulangi dengan lagu please please please kamu jangan nakal? Boleh tak?)

"Ala Dikna nak beli yang sama kaler dengan dalam almari tu. Cantik sikit susun baju kalau hanger sama kaler"

"Mengada-ngadalah kau, Mama sibuk ni"

Tengok-tengok di tangan beliau ada novel rupanya, A Prisoner of Birth by Jeffrey Archer.

(-_-")

Itulah, jangan sesekali melukakan ibu anda. Percayalah, hidup anda takkan pernah bahagia. Takkan buat lagi dah.. *sob sob* :(


Thursday, March 4, 2010

When you awake alive in the morning, thank God for it :)

Hari ni saya bermula dengan baik seperti biasa. Bangun awal, siap-siap, mekap-mekap, mekap juga Aina dan Aicha yang bertenggek tunggu giliran kat tepi saya depan meja mekap (sabar je la aku tiap-tiap pagi macam ni), hantar Aina ke tadika. Segalanya berjalan dengan baik walaupun Aina pakai Crocs pink dia sebab kasut sekolah tertinggal kat rumah Kakna (-_-").

Sampai-sampai office beli nasi lemak Kak Ina, naik office buat air. Buat air untuk Encik Hanis sekali, walaupun dia selalu komplen saya buat air ikut selera saya je.

Style Cik Husna
- Letak Milo packet 3 in 1, and letak air panas menggelegak separuh cawan. Barulah terasa kepekatan Milo tersebut.

Style Encik Hanis
- Letak Milo packet 3 in 1, letak air panas menggelegak separuh cawan, and campur air sejuk sampai penuh cawan.

Duhh.. Apa pun tak rasa.. Tawar hebeh bak kata orang Terengganu (betul ke? Macam pernah dengar je kawan Terengganu cakap). Dulu selalulah dia berleter, "Dia ni buat air ikut tekak dia je.." sebab saya memang buat ikut cara saya. Sekarang malas nak dengar bising-bising, saya ikutkan jelah selera beliau..

Our new pantry. Abang Zack request microwave dengan peti sejuk. Sekali kena sound dengan Bos, "Korang jangan nak berlagak ye.. Tak pernah-pernah ada orang request microwave". Last-last peti sejuk je approved. Haha.. Nasib baik Abang Zack yang kena :P
Then seperti biasa ada technical meeting with all the engineers.. Tiada dalam gambar adalah Anuar a.k.a Gary, our Electrical Engineer yang berada di site sekarang. Dengar cerita beliau nak memohon kerakyatan Sabah, memandangkan beliau baru join group SAYA BANGGA SAYA ORANG SABAH di facebook (-_-")

Clockwise: Cik Husna, Abang Zack (Project Manager), Abang Naim (System Engineer) dan Bos Ruslan (Project Director).

Cik Husna dengan tegasnya menegakkan, "Tidak tuan-tuan, Lady Gaga lagi famous dari Zaiton Sameon. Jangan terpedaya dengan hujah Encik Hanis. Dia tu peminat Zaiton Sameon."
Kalendar Encik Hanis di atas CPU beliau. Awwww...! Terharu ai taauu...


Keh keh keh :P


Wednesday, March 3, 2010

Meet my childhood sweetheart.. Jejak Kasih ni :)

Dalam keheningan malam semalam, tiba-tiba aku terjerit penuh thrill. Awwwwww, kekasih lama!!

Presenting....
......
......
UCOP BOL! :)


Kesian.. Tengoklah, hidung dah hilang, mulut dah berjahit, butang baju dah tinggal satu, rambut dah keras.. Bau? Please, you don't wanna know..
Aku rasa tengahari tadi anak-anak Kakna bawa datang kot. Few years back one of her children pernah ambil Ucop Bol ai ni bawa balik rumah diorang. Dah lama sangat dah, tak sangka boleh berjumpa lagi :)
Yang paling thrill gila bila Aina tiba-tiba tanya,
"Kenapa Antina ambik gambar Ucop Bol?"
Waaaaahh.. Anak-anak buah pun panggil Ucop Bol laaaa~~!!! Yelah, manalah tahu bila dah bertukar tuan, nama pun ditukar kepada nama yang lebih moden dan millenium seperti Pierre Malyqueszinkky Jeffreyy seiring dengan zaman mereka yang lebih sofistikated. Tak sangka nama yang old school ini masih lagi mendapat tempat di kalangan anak-anak muda zaman sekarang :)

The day ai bawa Ucop Bol naik basikal petang-petang, i was exactly at Aina's age now.. :)

Excited betul aku, heh heh.. Macam tak sangka anak patung yang menjadi bahan mainan semasa umur 6 tahun kini menjadi bahan mainan anak-anak buah pula. Mungkinkah Ucop Bol mampu bertahan sampai anak-anak aku pula, iaitu 15 tahun lagi? (Lambatnya aku nak kahwin.. Duhh). Tapi kenapa dulu aku rasa budak Ucop Bol ni besar gila sekarang nampak halus je???

Ok kepada yang tak tahu hujung pangkal kisah si tampan Ucop Bol, sila baca post panjang lebar ini..




Tuesday, March 2, 2010

You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Entri tak berkaitan dengan tajuk, cuma saya baru baca ayat di atas ni on my HANDBOOK 2010, rasa macam best lak :)

Okay, previous post actually extracted from the email sent by my Sabah boss, Encik Latif. Gila insaf baca. Saja nak share dengan kawan-kawan.

So last week memang hectic sangat, minggu tender kan. On Saturday pukul 11 malam baru balik, tu pun ramai lagi yang stay kat sana masa saya nak balik tu. Sunday tu saya rilek je la kat rumah macam konfiden je tender dah siap. Sekali dapat dua sms dari my big boss pasal tender. Rupa-rupanya sms tu semua orang dah dapat 2 jam awal, saya je dapat lambat.. Kelam kabut saya siap capai baju tudung jeans and terus keluar. Apa pun tak iron. Nak keluar tu berselisih dengan Mama.

Mama: Kau nak pergi mana ni?
Saya: Office, bos suruh datang. Tender tak siap lagi rupanya.
Mama: (sambil tengok saya atas bawah) Kau keluar macam ni je ke?
Saya: Yelah, kenapanya?
Mama: Dengan baju kedut2nya, muka tak mekapnya. Pakai la bedak sikit kalau taknak mekap punnnn... Malu la sikit Hanis tengok kau macam tak mandi je..
Saya: Ala dah lambat la Ma, Hanis tak datang pun. Dikna dah call tanya tadi.

Apalah Mama ni. Tak engineer la mekap-mekap. Ye tak? Kata saya dalam hati sambil menggeleng-gelengkan kepala. Padahal memang dah malas nak menjaga kecantikan. Bak kata Encik Hanis, "Awak ni masa nak tackle saya dulu bukan main cantik lagi. Sekarang manjaaaaang comot." Alah, dia tu dari dulu comot sampai sekarang saya tak ungkit pun. Itulah, orang perempuan ni kalau dah sayang tu memang menerima seadanya, tak mengenal paras rupa. Tapi lelaki?? Dengan penuh emosi tak pasal-pasal terus saya start enjin kereta dan memecut laju. Tapi sempat pula berhenti sekejap bila Pakcik Jamal jiran sebelah rumah angkat tangan dengan senyuman lebar, "Nak pergi office sekejap, ada kerja sikit. Biasalah cik, minggu tender". Rajin pula saya menjelaskan, rasanya dia tak tanya apa-apa pun tadi (-_-")

Sampai-sampai, tengok-tengok kereta Encik Hanis dah cantik parking kat depan office. Tipu betul la, tadi cakap taknak datang! Saya dah la betul2 comot ni (T_T). Ah, nasib lah. Buat tak tahu je saya masuk dan terus buat kerja. So stayback la saya sampai 2 pagi. Lepas dapat panggilan bertalu-talu dari Mama, saya pun balik. Encik Ruslan, Abang Zack dan Abang Naim stay sampai pagi. Kalau saya lelaki boleh je stayback. Betul tak?


Selendang hitam yang saya pakai tu adalah selendang desperate kalau malas nak iron tudung. Jarang saya pakai ke ofis, selalunya dipakai kalau tiba-tiba Mama ajak pergi Giant beli barang dapur.

Encik Hanis: Macam makcik2 je awak ni.
Cik Husna: Eleh awak tu rambut kembang macam cendawan.
Encik Hanis: Tumbuk nak?
Kalau bos tengok gambar2 yang penuh semangat berpasukan ni, memang confirm tahun depan boleh dapat bonus 6 bulan :)
Ermm.. Betul la, macam makcik2 pula bila tengok diri sendiri dalam gambar (T_T).
Takpe, biar nampak tua, asalkan jiwa muda :D
Ni gambar tadi, Encik Hanis suruh letak. Kenapa entah. Dia rasa dia hensem kot dalam gambar ni.

Lepas bertungkus lumus kat office ni, after submission yesterday bos bagi cuti half day dan additional 1 day annual leave. Yeay!

Oleh itu semalam saya masuk office lepas lunch lah. Tapi still kena bangun awal sebab kena hantar Aina ke tadika dan pukul 11 kena ambil dia. Ermm.. Saya rasa Aina ni kena buli dengan rakan sekelas la. Ke aku yang conscious lebih bila dia macam tak happy dah nak pergi tadika? Lepas tu selalu ada kesan conteng2 crayon kat tudung sekolah dia. Takkan la dia nak conteng sendiri kat atas kepala? Biasanya pagi-pagi on the way pergi kerja saya akan drop Aina kat tadika, lepas dia turun kereta saya hanya akan tengok dia sampai masuk dalam kelas baru saya gerak jalan. Tapi esok saya ingat nak sama2 turun hantar dia sampai pintu kelas la. Nak tengok sikit siapa yang buli dia. Lepas tu nak sound budak tu. Boleh tak macam tu? Or i just being over-protective towards my kid?