expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 30, 2010

Tekanan darah tinggi, beware! (Entri skema berbentuk kesihatan)

Atas keprihatinan Abang Zack terhadap kami, hari ni beliau bawa OMRON Blood Pressure Monitor untuk memeriksa blood pressure kami. Saya dah biasa check kat rumah, maklumlah Mama memang sangat concern pasal blood pressure ni, sebab Mama dan Baba dua dua pun ada masalah tekanan darah tinggi.


Ramai yang ambil mudah tentang tekanan darah tinggi, mungkin nampak tak segempak sakit jantung yang boleh attack bila bila and mati, or kencing manis yang boleh menyebabkan kaki terpaksa dipotong. Ngerinya (T_T). Saya risau juga ni, family saya dah ada dua orang meninggal sebab kencing manis. So saya harus kawal pemakanan mulai sekarang. Tapi penyakit darah tinggi pun bahaya wooo! Boleh stroke, and lead to heart attack tau!


So far my blood pressure can be considered as normal je. Encik Hanis pula low blood pressure, which also dangerous. Boleh caused sudden death masa tidur tak salah saya. Sedap je aku memandai mandai bagi teori medikal ni. Mentang mentang kakak doktor. So tadi Sha dengan lasernya cakap, "Cepat cepat la kahwin, kang tak sempat lak." Boleh tahan juga minah ni. Tapi saya turut menambah lauk, "Wasiat jangan lupa". Hampir sahaja kedua dua kami ditumbuk si Anep (nama rempit Encik Hanis saya. Sebutan Anep tu perlu ditekankan supaya kerempitan lebih terserlah. Contoh: Aneppppp). Sha pula high blood pressure, sama je dengan Abang Zack. Maklumlah, orang dah lanjut usia.

Lebih lebih mamat ni, sampai pakai termometer bagai. Semangat muka Sha berlakon jadi nurse. Haha..
Tolonglah ignore lengan paus saya. Benci aku.
Kali keenam Sha check. Sebab 5 kali sebelum ni lupa nak ambil gambar dia..


Perlu ke tiga tiga gambar ada makcik baju hitam tu?
Perlu ke saya dengan Encik Hanis sama sama pakai baju pink?

Tapi betul la, sejak kerja ni memang sangat tak aktif. Nasib baik office tingkat 4 dan tak ada lif. Adalah juga exercise. Malam tadi macam nak nangis fikir macam mana nak kuruskan badan. Bertuah betul orang yang makan apa sahaja tapi tak gemuk pun :(








11 comments:

  1. nak btunang ke sabtu ni? baru perasan cik hanis pakai baju pink pudar

    ReplyDelete
  2. wah..bj sedondon ye...hehhe

    aah...zella pon slalu gurau2 manja kat mama jgn letak garam byk2 bila masak...nanti org yg mkn msti ada darah tinggi mcm mama hahahha

    ReplyDelete
  3. Hahha..kelakar lak tengok gambar2 di atas. Betol2 berlakon la korang ni..Hahha!

    Saya pon low blood pressure.. Huhu :(

    Alahai, gemuk tang mana la Una oii...Dah cantik dh tu..ngam2 soi bak orang cina kata...Heheh..

    ReplyDelete
  4. Una nak bertunang sabtu ni ke??
    [merujuk kpd bungakopi] =P

    ReplyDelete
  5. okeylah tu. lalu tangga.. lif x de pun x pe. dah bakar byk kalori tu!

    gambar tu betul2 mcm doktor, nurse dan pesakit.

    ekekekek

    ReplyDelete
  6. eh...aku baru nak tulis pasal diabetes kat blog..
    sha dengan abg zack umo berapa...?

    ReplyDelete
  7. kak una! siyes ar tunang sabtu nih!!

    ReplyDelete
  8. Bungakopi:
    nanti bagitau.

    zella:
    mama zella pun darah tinggi ke?
    zella la masak, jaga kesihatan mama :D

    Bro Framestone:
    boleh. bayar la :D

    Arifah:
    huhu pah ni. org gemok laaa :(
    low blood pressure kena banyakkan makan hati, paru dan organ dalaman yg lain.

    sI tEDI:
    betul. nasib baik blh exercise kat situ.

    Adila Ady:
    hehe.. sha tu sebaya encik hanis. 27.
    abg zack lak.. ermm.. 50 kot.
    haha.. x la, he's 35 :)

    f.a.r.a.h:
    nanti ai gtau k :)

    ReplyDelete
  9. Husna dengki.. sy baru 25 la.. tak caya tgk birthday profile sy kat FB :P

    ReplyDelete
  10. Datuk Z:
    perasan!
    kira baik la saya letak 35 tau, tak reveal pun umur abg yg sebenarnya iaitu 50 tahun.

    ReplyDelete