expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 15, 2010

Days out yang fun! :) (Harap la adik adik tak bagitahu ibu bapa saya drive macam gila bawa mereka di kala hujan lebat)

Well, semalam ada kursus Green Card at CIDB. Green Card ni adalah kad yang wajib dimiliki oleh semua yang terlibat dalam bidang construction. Green Card ni macam kad perlindungan la, something like insurans kalau terjadi apa apa di site. Site kan tempat berbahaya, macam macam boleh berlaku, dan kematian di construction site adalah perkara biasa yang didengari. Kalau ada Green Card ni if anything happened to us, adalah pampasan yang family kita akan dapat. Tak salah saya kalau sampai meninggal dunia dapat RM21,000 (duh sikitnya dapat), kalau kecederaan kekal dapatlah RM18,000. Sempat juga saya berkata kepada Encik Hanis sambil tersenyum manis, "Nanti awak letak la nama saya sebagai pewaris awak tau~~". Dan beliau dengan heartless menjawab, "Kang ada yang bunuh aku pulak nak dapatkan RM21,000". Oh darling you're so mean (T_T).

Kursus itu diselangi juga dengan gambar dan video mengerikan juga yang melucukan untuk menghilangkan ngantuk para peserta. Saya seryes tersengguk sengguk mengantuk tau. Encik Hanis di sebelah pula sibuk main wifi. Abang Adi kat belakang je yang menumpukan perhatian, sebab dari mula sampai habis beliau asyik ketawa je. Mungkin beliau keliru perbezaan mendengar kursus Green Card dan menonton gelanggang Raja Lawak. Sebenarnya kursus ni sepatutnya masa di universiti dulu dah ambil, tapi kenapa entah saya tak pergi dulu. Ke sebab tak ada duit ye? Rasanya dulu universiti buat masa hujung hujung sem, dan kena bayar RM50 waktu itu dirasakan sangat banyak. Huhu patheticnya saya di zaman student dulu. *sob sob*

Ok then habis kursus Encik Hanis ajak hangout dengan adik adik beliau. His parents is on holiday to Indonesia, so as the eldest in the family beliau haruslah menjaga kebajikan adik-adiknya (rasa macam abang penyayang pula ayat ni). By the way Encik Hanis ni anak sulung dari 6 beradik. Bawah dia ada 4 adik perempuan dan yang bongsu lelaki. Isn't that fab having soo many sisters? Macam kawan kawan je semua adik adik beliau, sebab tinggi dan saiz badan sama sahaja.. Dan of course bila saya join mereka, saya bukan sahaja paling besar dari segi umur, malah dari segi saiz badan juga (T_T)


Mula mula makan dulu. Tidak ragu ragu lagi saya la makan paling banyak. We were having the famous meatball at Ikea. Saya suka betul meatball ni, korang yang belum rasa tu sila silalah cuba. Seryes thumbs up!
Lepas tu pergi The Curve main game at the game arcade there. Betul ke nama tempat main DAYTONA bagai tu game arcade? Belasah je lah. Dan kami buat sticker gambar dalam booth ambil gambar kat situ. Seryes masing masing muka sangat gila okk masa tu, dan sangat sangat fun! Saya nak upload di sini tapi kecil halus mak aih, pakai kanta pembesar Encik Ruslan pun tak nampak agaknya. Oyahku sayang nanti kita buat gambar suwit suwit ye untuk kita dua. Dulu saya pernah cari tempat ni dengan Oyah, sebab macam fun je. Eh betul ke dengan Oyah, ke dengan adik lain? Ke dengan kekasih lama? Ouh betul la dengan Oyah. Betul ke eh? Ke dengan adik angkat oh guys please stop me.. Jadah bila pula aku ada adik angkat (-_-")

Girls just wanna have some fun. Terasa muda ai kat sini. Heh heh. Guys, meet my boyfriend's sisters..
And this one together with his one and only little brother :)

Lepas makan kami ramai ramai tengok Alice in Wonderland, which i fall asleep at the first half of the story, buang karan betul (-_-"). I think cerita tu best je, tapi sebab kami dapat seat depan sakit tengkuk dan penat gerak kepala dari kiri ke kanan baca subtitle (maklumlah tipikal Melayu dialog I Love You pun nak kena baca subtitle), ingat nak pejam mata kejap je last last tertidur pula. Duhh..
Eh, kenapa tak ada satu pun gambar Encik Hanis? Nasib la kena jadi cameraman. Haha..





14 comments:

  1. hahha! rugi je bayar tiket wayang..

    ReplyDelete
  2. emmmm... tak tau beza ner kakak, adik ikut urutan...

    p/s: Una Dol tak termasuk ya...

    ReplyDelete
  3. lantak hang la una. nanti kalau tak pandai masak mesti kena kuntau dengan adik2ipak hang.
    tapi yang bestnya kalau depa dapat terima seadanya hang ni mesti hidup happy giler. yelah, lebih fun.
    erk, kalau setakat nak pi masuk booth ambik gambar giler2dengan oyah tak payah ler. gambar bebas korang dekat chesterfield dalam rumah pun dah cukup stylo dah. kot tak muat booth lagi satu hal.
    ops, dah terlajak pulak.
    erkk dah la kot.

    ReplyDelete
  4. Arifah:
    walaupun dah tengok kat wayang terpaksa juga download :(

    Sha Syalizz:
    jangan la segan nak cakap ai sama saiz dengan adik2 :D

    AJ Nismihan:
    brader ni kalau tak kutuk aku tak sah.
    tu la, budak budak ni dah la terer masak.
    adeyyy

    ReplyDelete
  5. ala una, mengusik jer. saja suka nak sakat hang. kang kalau aku buat onar lebih2dekat oyah mau kena bubuh kau--kau punya dengan dia.
    eh lupa lak nak bagi tau, template baru hang nih dah senget sikit. header dah pi ke kanan sangat lah. dah tak ada alingment header dengan body post dan side bar. soh budak contractor kelas A ammend sikit. erk budak tu macam hang jer. wakaka
    alahai
    kena lagi.

    ReplyDelete
  6. eh yeke?
    kenapa dekat pc aku elok je alignment semua?
    kenapa kenapa?
    ke dekat pc aku je elok ni?
    alaaaaa~~

    ReplyDelete
  7. eeee, yang boy tu comel laaa. single tak?

    hahaha, dialog org baru putus cinta. tak kira umur, main sebaaaat je.

    ReplyDelete
  8. uu banyak nyer adik...green card terbaik hehehe dapat topi free

    ReplyDelete
  9. i gi taklimat green card dulu, bapak ngeri gamba yg die display. huhu. siap ade putus kepal bagai.

    ReplyDelete
  10. zella pon br je dpt green card tu...tp boss wat kursus tu kat opis je...kedekut! hehehhe tp yg best nyer mr.chandra tu kelakar so xngantuk sgt la heheh....

    lor...rugi je tgk wayang tp tdo hehehhe


    out off topic jap--->kat sogo zella tgk la guess oversized hb,btul kata husna,mmg smua design boring giler...klu kat butik plak byk btul hb yg ade button2 entah ape2 nth...haish....

    ReplyDelete
  11. humaira hadzarami:
    you know you're too BIG for him kan? kan?

    Lee_85:
    tapi rule sekarang habis kursus tak dpt topi terus.
    kena tiga kali datang utk apajadah baru dpt topi.
    tah pape.

    f.a.r.a.h:
    ye, sangat ngeri.
    tak pasal pasal aku jadi takut nak bawak kereta,
    walaupun semua accident yang tunjuk tu kat site bukan kat jalanraya..

    zella:
    ok la tu buat kat ofis je.
    takyah susah susah datang sana.
    memang rugi pun rasa.
    tak pasal pasal encik hanis disuruh download. hik.
    aah kan? kita suka ada satu tu beg besar bunga bunga kaler hitam and purple kot.
    tapi kawan kita beli untuk hantaran kahwin lak.
    taknak la sama dengan dia (T_T)

    ReplyDelete
  12. Betol la Una, header kau dah senget..

    ReplyDelete
  13. amboi.. enjoy die reramai ek.. nk join gak leh,...

    1st time jejak sinie....

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  14. noorulhana:
    kalau laptop/desktop yang widescreen nampak ok je la kakna.
    dah try dengan org office semua.
    tapi memang miserable kalau tengok dari monitor yg square..

    Bro Framestone:
    hello welcome!
    thanks for visiting :)

    ReplyDelete