Tuesday, December 6, 2016

Petua Hilangkan Gagap Anak

Amboi tajuk nampak sangat nak bolot keyword Google search engine 😜

Rasanya sebelum ini aku pernah cerita kerisauan aku dengan Adam Muaz yang gagap kan. Gagap dia bukan sikit sikit tau, dia gagap yang bila nak cakap tu macam struggle nya sampai senget senget kepala dia tarik. Kesian okay. Lagi kesian sebab si Yusuf tu cakap banyak dan laju, kadang Muaz ni tengah struggle nak cakap abang dia terus potong dan ini membuatkan dia sangat kecewa sampai mengamuk balik barang. Ayat dia bila marah memang kesianlah dengar,

"Abang ni asyik cakap laju je!"

"Abang ni asyik cakap banyak je!"

Eh bila marah tak gagap pula? 😅

Sebenarnya aku dah realized dia ada masalah gagap ni masa dia baru belajar bercakap lagi, seawal setahun lebih tu. Aku pernah cakap dengan H sekali, tapi yelah masa itu macam terlalu awal nak decide yang it's either dia memang gagap or dia cuma tak tahu nak cakap apa. Few months later memang aku dah rasa kuat dalam hati yang dia gagap; masa itu most my family members cakap perhaps it was just a phase in his development but no it's not. Usually aku memang dengar dan hadam je nasihat orang tua but this time I know it's not, I'm his mother afterall, kita boleh nampak dan boleh rasa.

Then aku study macam macam pasal gagap ni, or orang putih cakap stuttering/stammering. Banyak jugalah petua yang aku terima, paling kejam dia suruh pi lempang anak tu confirm hilang gagap. Duh, aku lempang kau baru tahu. Ramai yang advise, bila anak nampak gagap nak sebut satu perkataan tu, kita potong terus cakap dia.

We tried that for some times, tapi tak berhasil malah kesannya lebih teruk sebab dia jadi lagi rendah diri dan taknak bercakap dah. Then kami survey pasal speach therapy and we made some call to several hospitals yang provide this kind of service, seriously panjang gila queue! Seingat aku, aku call pada July tahun lepas, dia suruh call balik on this year February untuk set appointment. Bukan datang buat rawatan on February tau, call untuk set appointment je. So kami cuba cara lain;

1. Sabar tunggu dia habis bercakap sambil urut dada/belakang

Ini memang aku dan H praktis pada dia. Setiap kali dia nampak macam susah nak cakap sesuatu, sama ada aku atau H akan terus datang kat dia dan urut urut belakang dan dada dia. Petua ni aku tak pernah jumpa pun, tapi H kata dia pernah baca somewhere ini antara caranya so kami pun buat je macam itu.

2. Banyak menyanyi

A child who sings is a happy child. So kami memang biar je dia menyanyi, mostly dia ikut lagu lagu dari Didi and Friends tu. Bila menyanyi dia akan lebih berkeyakinan diri, lebih gembira. Then masa abang dia nak ihtifal tu sebelum, semasa dan selepas hari kejadian abang dia menyanyi siang malam 😭😭 so Muaz pun terikut hafal sekali.

3. Encourage anak untuk bercakap

Selalu kalau kami sekeluarga bersama memang si Yusuf tu akan memonopoli perbualan, mak nenek tu memang 😤. So setiap malam sebelum tidur kami akan bergilir gilir bercerita, dimulakan dengan Mummy/Daddy, kemudian Abang dan akhir sekali Adik. Setiap orang dapat giliran masing masing so setiap kali sampai giliran sendiri tiada interruption dibenarkan. Masa ini memang Adik akan cuba bercakap dan bercerita, tak kiralah apa apa pun dan yang lain akan dengar. Dengan cara itu dia boleh bercakap dengan tenang, dia lebih berkeyakinan untuk bercakap dan vocabulary pun bertambah.

4. Melompat


From my Insta Stories.

Jumping kids are healthy kids. Tahu tak melompat ini banyak kebaikannya jangankan budak budak, malah untuk orang dewasa pun! Melompat boleh menguatkan otot abdomen, membaiki pengadaman, mengurangkan stress dan depression, meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan metobilism dan macam macam lagilah. Sepatutnya kena lompat atas trampoline, tapi sebab rumah kecil kami tak ada trampoline we resorted to jumping on the bed. Sejak aku duduk rumah memang hampir setiap hari aku biar anak anak melompat atas katil, benda ini seronok untuk dia so tak adalah si Muaz tu rasa terpaksa ke apa kan. Everyday he will jump at least for 15-20 minutes dengan bersungguh sungguh, seronok sangat dia melompat haha rasanya aku masa kecil pun suka melompat atas katil kot 😂. Bila cuti sekolah, Ammar Yusuf pun akan sama sama melompat sekali so it double the fun la. Aku rasa melompat ni memang bagus and brain-stimulating, elok untuk perkembangan otak anak. Dan bonus point, it consumes their energy so lepas melompat biasanya akan berakhir dengan depa tertidur kepenatan wah wahh bagusnya senang Mummy nak buat benda lain 😅 Cumanya setiap kali melompat tu memang kita perlu ada sekalilah, kena ada full adult supervision, bahaya takut terbabas jatuh dah jadi masalah lain pula.

Kesannya, alhamdulillah sekarang ini memang dah hilang terus gagapnya, serious dah laju bercakap, mengomel dan berleter just like his brother 😐. Syukur sangatlah. Kesian kalau berterusan gagap, dah sekolah nanti takut affect his self-esteem dan orang ejek, lagipun tengok dia struggle untuk bercakap ni memang meruntun hatilah. Selain perkara di atas memang kami banyak berdoa minta Allah hilangkah gagap, even mak mertua dan adik ipar pergi umrah awal tahun ini pun kami minta mereka doakan sekali. Bersungguh depa doakan balik je dari umrah terus tanya dah hilang ke gagap Adik? Huhu. Masa itu belum hilang lagi, mungkin Allah nak kita berusaha lagi dan nak Mummy belajar lebih banyak ilmu lagi supaya boleh kongsikan pada orang lain. Alhamdulillah.


Friday, December 2, 2016

Cerita Pekerjaan Zaman Muda

Baru baru ini aku berbual dengan Oyah tentang zaman remaja kami. Well aku dan Oyah beza 8 tahun so zaman remaja aku adalah zaman kanak kanak beliau lah sebenarnya. Masa itu kami sedang bercerita tentang jenis pekerjaan yang pernah kami cuba buat selepas habis belajar.

During my semester break masa buat diploma dulu aku pernah bekerja sebagai cashier di sebuah pasaraya, Big A nama dia. Nak kata pasaraya kecil tidak juga, tapi tidaklah sebesar Giant, Tesco dan seangkatan dengannya. Masa itu aku bekerja hampir 10 jam sehari, dan gaji aku sebulan tidak pernah lebih RM600. Kalau difikirkan sekarang hoih gila punya underpaid macam itu pun aku sanggup kerja! Kerja situ aku kawan dengan seorang cashier berbangsa India yang selalu berleter sebut "Tak erti (tak reti)", contoh ayat dia, "XX tu tak erti susun barang ke? Banyak kali I ajar pun tak erti" 😅 dan seorang salesgirl jual liquor berbangsa Cina yang even worse bahasa Melayunya dan asyik salah sebut perkataan. Contoh yang aku ingat sampai sekarang, ada satu hari tu dia bising bising tangan dia digigit nyamuk, tapi ayat dia, "Sekarang banyak monyet kan? Monyet gigit tangan I" sambil tunjuk bekas gigitan nyamuk HAHAHA cute betul. Kerjanya fun saja, bos pun fun. Until one day aku terkena something like pukau ke kebodohan ke apa dengan pelanggan berbangsa Arab, sales hari tu short RM500-RM600 macam tu. Sebulan gaji. Menangis terduduk aku, penat tahu tak? Memang bila tengok CCTV aku terkena betul masa itu. Nasib baik masa itu ada seorang cashier seorang lagi (Chinese man) baik hati, dia volunteer tanggung separuh the losses, maybe dia kesian kat aku kot huhu but still, it's a lot of money to pay. 

Banyak kenangan lain yang entah kenapa aku boleh je ingat sampai sekarang walaupun taklah penting sangat pun sebenarnya. Antaranya ada sekali bos aku datang tengok aku keluarkan duit dari wallet, dia terus berleter dia kata kenapa tak susun duit dalam wallet, susunlah ikut gambar Agong tu, susun ikut warna dan sebagainya. Dari situ aku belajar untuk organize wallet aku dan baru sedar "Aahkan selama ni pakai sumbat je duit dalam ni". Sampai sekarang setiap kali susun duit dalam wallet memang tiba tiba terkenang rupa bos aku masa tu. Then, antara lain yang aku ingat ada satu masa tu kawan aku datang nak ajak lunch sama sama, sampai sampai je dia tanya "Awak takde sweater ke apa ke nak pakai?" Sebab dia malu nak jalan dengan pekerja pasaraya Big A bodonya tak suruh pun datang huu kenapa aku ingat benda ni? Sebab benda memalukan kot entah.

Then on the next semester break, aku cuba bekerja di farmasi Guardian pula. Masih dengan gaji barely RM700. Ini pun sekali lagi terkena dengan pelanggan. Ingat lagi kes ni, masa itu aku di cashier counter tengah tulis sticker bintang warna oren yang selalu dilekat untuk promotion items tu, masa ralit menulis tu rupanya ada orang datang curi 2 botol besar vitamin worth like RM200-RM300, semua ini kantoi di CCTV, keesokan harinya. Vitamin pun nak curi KAU NI DAH KENAPA? Rupanya memang banyak kes macam itu, biasanya pencuri ni datang 2-3 orang, seorang tukang curi dan selebihnya tukang alih perhatian dengan buat buat tanya barang pada promoter Guardian yang lain. Nasib baik aku tak disuruh ganti dengan gaji sendiri, mungkin sebab bukan entirely my fault kot. 

Dan masa kerja sini aku berkenalan dengan sorang mamat Australian-Arabian ni. Bapak dia orang Ostrolia mak dia orang Arab and he was kinda good looking seriouslah tak tipu. I was in a relationship at that time tapi yelah kali pertama ada mat saleh nak kawan dengan kita rasa thrill la sikit. Aku masa tu baru umur 20-21 mana reti fikir sangat kahkah. Hari hari dia tunggu nak ajak lunch (he owns a cybercafe upstairs). Balik rumah sambung pula dengan SMS sampai gaduh dengan pakwe masa itu, sebenarnya masa tu aku excited sebab first time ada kawan yang aku boleh converse in full English. It was like a challenge for me, rasa betul betul nak cabar diri sendiri berani ke tak engkau nak memalukan diri sendiri dengan English kau yang berterabur tu 😂😂. Satu yang bagus orang putih ni, diorang ni bila nampak kita struggle nak berbual in English, dia tunggu sampai kita habis cakap without any interruption dengan muka manis je dan dia takde malukan sebutan English kita yang salah tu, so memang sangat membantu meningkatkan keyakinan diri kita untuk berbahasa Inggeris. Sebulan dua tu setiap kali berSMS dictionary memang sentiasa kat tangan kahkah. Sekejap je kawan dengan dia, habis semester break terus lost contact dah lagipun Mama tak kasi dah kawan dengan dia sebab dia cakap mak dia Muslim Syiah huhu. Dulu taklah paham sangat, sekarang baru paham apa bezanya dia dengan kita.

Sebenarnya kenapa aku cerita benda benda ini?

Sebab even though aku rasa masa muda aku ni banyak buat mistakes, dan dah lalui macam macam kekecewaan (mostly dari segi wang ringgit kena scam) tapi tahu tak apa yang aku sesalkan? Aku sesal sebab aku rasa aku patut cuba lebih banyak benda ketika usia muda; aku rasa rugi sebab tak pernah cuba bekerja di fastfood restaurant, aku rasa rugi tak cuba bekerja sebagai room service/cleaning lady kat hotel, aku rasa yang aku patut cuba tolong orang berniaga di pasar malam, macam macam lagilah. Sebab setiap pekerjaan kita tu akan membawa kita untuk mengenali pelbagai jenis orang, akan buat pengalaman hidup kita lebih berwarna warni tidaklah dull dan membosankan, dan membuatkan kita lebih memahami perasaan orang lain. Contohnya masa kerja di Guardian tu kami perlu warwarkan kempen Breast Cancer Awareness dan kena distribute flyers sambil jelaskan tentang kempen kita dan tarik orang untuk donate for the campaign. I was sooo embarrassed to do it at the beginning sebab kena approach stranger kan sebab ramai yang tak layan, buang flyers kita, tolak balik flyers itu ke muka kita. Malu memang malu walaupun lama lama dah biasa pun still rasa sedih juga bila ditolak tanpa belas kasihan. So sekarang bila lalu dekat orang yang distribute flyers aku memang akan ambil untuk jaga hati (dan memudahkan kerja dia) atau aku tolak dengan baik "It's okay miss, thanks ya" and I won't ever buat buat tak nampak padahal dia dah cakap depan muka kita dah. Sedih okayy orang layan kita macam itu 😞 

Oyah punya pengalaman lagilah, sementara tunggu results SPM dia pernah bekerja buat direct selling ketuk dari office ke office jual pelbagai jenis barang. Bila dapat masuk office tu dia kena pergi from one cubicle to another pula dan ulang cakap benda yang sama. Kau bayangkan bila kita dah cakap dengan orang depan mestilah yang belakang dah dengar sekali kan? So bila sampai turn kita cakap pada orang belakang tu kita belum buka mulut dia dah "Ah taknak taknak," Tebalnya rasa muka huhu. Tapi aku bangga dia pernah buat kerja itu, even Mama pun bangga sebab Mama kata Oyah tiap tiap minggu jadi penjual yang paling banyak buat sales hehe. Even Oyah sendiri macam tak percaya yang dia pernah berani buat kerja macam itu dulu.

H pula masa muda muda dulu pernah bekerja di one garment outlet yang terkenal jugalah di shopping mall. Dia cerita kadang kalau letih sangat, bila ada customer fussy jenis minta tukar size baju banyak kali, depa yang promoter ni akan masuk dalam store, kira sampai 10 dan keluar balik saying, "Takdelah saiz tu encik" 😂. So sekarang bila kami pergi ke outlet yang sama untuk beli pakaian dan minta saiz baju yang diinginkan, bila budak promoter tu masuk bilik belakang, memang kami akan rasa nak tergelak sambil kira 1 sampai 10, tengok sama ada taktik tu masih digunapakai tak sampai sekarang 😂😂

Setiap pekerjaan yang dibuat dan setiap manusia yang dipertemukan dengan kita ada fungsi masing masing dalam membentuk peribadi dan perwatakan kita. What doesn't kill us makes us stronger, right? Nasihat Kak Una kalau ada adik adik yang baca post ini, cubalah bangun dan buat sesuatu yang di luar comfort zone kita. Cabar diri sendiri, selagi ianya bukan perkara yang memudaratkan, cubalah. Cuba libatkan diri dalam pelbagai jenis pekerjaan sementara masih muda. Cuba satu persatu, cipta pengalaman sendiri, sebab aku rasa orang yang pernah buat bermacam pekerjaan ni adalah sangat menyeronokkan to be with, sebab orang jenis ini memang banyak perkara boleh diperbualkan, dan biasanya lebih bijak dalam menangani masalah.

You gotta be bad, you gotta be bold, you gotta be wiser
You gotta be hard, you gotta be tough, you gotta be stronger
You gotta be cool, you gotta be calm, you gotta stay together
All I know, all I know, love will save the day