Tuesday, July 26, 2016

Husband The Bestfriend

I had a lunch with a sweet friend of mine yesterday. She was one of my blogger friend ('was' because she doesn't blog anymore) turns a good friend now. That's what I love about being a blogger, kita kenal ramai orang not only among other bloggers but also my blog readers (whom I rather call my friends), ada yang dah jadi close friends sampai lupa yang perkenalan kita bermula hanya di medial sosial sahaja.

This beautiful friend of mine, is one of the toughest woman I ever known. Her husband passed away last year and she still manages to smile everytime she talks and even in all her photos in IG. But of course those are all on the outside, dalam hati siapa yang tahu kan? I love to share things with her, I love to hear her stories sebab setiap kali meluangkan masa dengan Hani ni memang membuatkan aku memandang kehidupan ini dari perspektif yang berbeza, buat aku lebih menghargai setiap saat bersama orang orang yang tersayang because, you know, life is too short to be angry or to keep hatred in our heart.

Along the conversation, suddenly she said, 

"Sunyi sebenarnya.." and she continued, "Walaupun family I selalu cakap kalau ada apa apa nak cerita bagitau je diorang, tapi, tak sama..."

I think I understand what she's trying to say and I said, "I know, sebab kita ni nak cerita benda remeh temeh. Benda entah apa apa yang berlaku dalam hidup kita seharian. Takkan kita nak cerita benda benda macam itu dengan family, dengan kawan kawan. Memang husband je yang sesuai untuk dengar.."

Sebenarnya masa aku cakap tu, aku sendiri baru tersedar tentang perkara itu. Baru aku sedar betapa remehnya perkara yang aku kongsikan dengan H setiap malam sebelum tidur juga setiap kali kami berdua berdiri di hadapan cermin untuk bersiap siap setiap pagi, dan betapa tak mungkinnya aku nak share benda macam itu dengan orang lain even kawan baik mahupun adik beradik. Lumrah orang perempuan ni memang suka bercakap, sebab dengan bercakap akan membuatkan kita rasa lega, kita rasa didengari dan kita rasa tidak berseorangan, dan biasanya apa yang kita rungutkan itu bukan kita harapkan penyelesaian dari suami kita pun, but we just want to express our feelings, we want to let it out, we want to feel the companionship.

Baru baru ini dengar Mix FM there was a satu topic says, 'Should we treat our partner the way we treat our friends?'. Kebanyakan pemanggil berkongsi that the way mereka bersama dengan kawan baik adalah berbeza dengan pasangan (which I agreed), but I have to disagree when they say, "Dengan kawan kita lebih bebas, kita lebih kasar, lebih jadi diri sendiri...". Well hello? Should it be the other way round? Dengan suamilah yang kita boleh jadi diri sendiri; kita dah tidur sebantal makan sepinggan mandi sebilik kau nak cover cover control control ayu apa lagi? I am a lot more myself when I am with my husband. Aku ada sangat ramai kawan baik, but I can safely say that my husband is my real bestfriend. The one I can be childish with, the one I can say stupid things without being judged, the one who has seen my worst but still loves me nonetheless. Aku seronok berkongsi segala benda dengan H walau sekecil kecil perkara pun, aku memang jenis meluahkan perasaan dan aku memang sentiasa pilih H untuk menjadi pendengar. He is the best listener (even if he pretends to listen -___-") and it makes me feel so much better every single time.


For me, feeling lonely when you lose a husband is completely normal, but feeling lonely when you still have a husband is definitely the worst.


Tuesday, July 12, 2016

Hati Mama Sebenarnya....

Beberapa hari sebelum raya hari tu, aku dan Oyah sleepover kat rumah Mama. Saje je, dah lama tak tidur sana macam anak dara dan betul betul spend masa dengan my parents. Walaupun selalu je datang sana tapi bila datang dengan husband dan anak anak kita bukan boleh fokus sangat kat parents kan, so since H pun bagi keizinan (malah encouraged me to have some me-time before Raya, thanks baby!) aku pun apa lagi teruslah ambil peluang! ;)

It feels soo good to be home, really. Dah kahwin almost 6 tahun kan, rasanya tak ada sekali pun yang aku tidur di sana seorang diri (without husband dan anak anak), so rasa macam seronok sangat. Kami berbaringan 4 orang di lantai; Mama, Kakak, Oyah dan aku while Baba sorang boboy baring atas katil haha kesian. We stayed up until around 2am, berbual bual, berkongsi cerita, even Baba pun join sekali perbualan kami tapi taklah sampai pukul 2 pagi. Around 5am, Mama Baba kejut bangun sahur OMG how I missed having a sahur at that place!

So between the conversation, I casually teased my mom,

"Ma lepas anak anak Mama dah kahwin, ada rasa rindu tak kat anak anak?"

You know my mom is not the type of mother yang jenis lovey dovey, yang cakap I love you or I miss you, yang jenis peluk kita bila kita sedih and say everything we want to hear when we were down, no she is not that kind of mother. Mama adalah jenis yang hati keras, in fact sepanjang 25 tahun aku hidup sebumbung dengan Mama dulu, I only saw her crying once, when I was 12 I think. Mama bukan jenis merajuk kalau anak dah lama tak balik, Mama takkan call cakap "I miss you kenapa dah lama tak balik rumah Mama?" ke apa sebaliknya she will just call us cakap "Esok Mama masak something something kalau nak rasa datanglah sini" I think that is the way she's trying to say how much she misses us. Bila kita sedang bersedih, jangan expect Mama akan cakap "Sampai hati dia buat macam itu kat anak Mama yang innocent dan baik ni blablabla" TAKDE MAKNANYA. Mama akan cakap benda yang betul, Mama akan cakap hakikat sebenar, yang biasanya bukan benda yang kita nak dengar. Mama will talk some sense to us, bagi 'tamparan realiti', suruh kita jadi perempuan kuat, jadi perempuan yang berdikari, bangun dari kesusahan dan kesedihan dan berdiri semula dengan gagah.

Mama memang jenis selamba rock je, Mama hidup susah dari kecil dan bila berkahwin pun masih hidup susah juga sebab anak kecil deret deret kan so Mama memang sangat tough, dan kami dibesarkan untuk jadi perempuan yang tough juga. Kami anak perempuan semuanya jenis keras hati, berdikari, tapi dalam hati ada taman tiada siapa yang tahu kekeke. Mungkin, begitulah juga hati Mama. Bila kami dah besar ni baru Mama dapat rasa dimewahkan oleh anak anak itupun Mama langsung tak pernah meminta minta malah bila aku bagi duit every month pun Mama boleh tanya "Kau cukup ke duit nak belanja ni kan anak dah sekolah/dah nak Raya/nak pindah rumah baru?" adoi please dong, Ma. Mama cute sangat dan membuatkan kami adik beradik berlumba lumba nak buat Mama Baba happy.

So, when I asked that question,

"Ma lepas anak anak Mama kahwin, rindu tak kat anak anak?"

Aku sebenarnya expect Mama akan bagi jawapan yang keras juga, seperti,

"Ah takdenya nak rindu rindu korang dahlah selalu je muncul kat rumah aku ni" ataupun

"Nak rindu apanya, seronok apa tak payah dah nak masak banyak banyak untuk korang" hahahaha that's possible okayyy. Mama memang bukan jenis jiwang jiwang.

Sekali Mama jawab,

"Mestilah rindu.... Nanti anak anak kau dah besar nanti, kau tahulah macam mana perasaannya......."

Semua orang terdiam.

Sedih gilaaaaaaaaaaaaaaaa....... Menyesal aku tanya....... =((((((


Monday, July 11, 2016

Cerita Raya 2016

Nak juga update cerita raya kat blog walaupun dah post gambar berderet deret kat Instagram and Facebook kekeke. Blog ni penting, macam diary. Kalau nak rewind balik kenangan lama memang aku search kat blog je senang, kalau kat IG tu lebam ibu jari nak scroll gambar lama lama unless kalau letak hashtag. Tak kuasa. Eh panjangnya explain :p

Raya tahun ni agak tak bersedia sangat. Dahlah baju raya aku semua beli last minute, duit raya pun tak sempat tukar so terpaksa keluar kat ATM RM40 sebanyak 10 kali untuk duit raya anak anak buah T__T. Duit raya parents dengan adik adik tak payah risau sebab duit RM50 senang je nak dapat.

Raya Pertama

So first raya ni, pagi raya kami beraya di Kampung Batu dulu. Dah 2 tahun dah pagi raya di Kampung Batu rasa bersalah pulak aku, tahun depan nak pagi raya kat Sungai Merab (kampung husband) pulak lah. Kahwin dekat dekat pun ada dilema juga tahu tak, dilema nak berpagi raya kat mana haha. Nak juga drama berebut pagi raya taklah gurau je.


Our raya theme this year is supposed to be nude color, tapi susah nak jumpa baju melayu ready made warna nude so we settled for sand color. Baju aku beli last minute, semua baju raya aku beli last minute sehari dua sebelum raya herghhh tiap tiap tahun macam ni! H dah berleter "Tahun depan beli baju B dululah, kitorang ikut je color baju B.." tapi susah juga sebab aku selalu berubah fikiran haha so memang kena beli baju melayu dulu baru beli baju aku. Perks of being the only girl in the house.

I don't really like the baju to be honest, aku panggil baju ni baju nenek haha. Yelah dahlah corak harimau, pastu tangan kembang kembang ingat ni zaman Saloma ke apa?! I bought this at Bangi Sentral, masa tu dah give up dah malas nak cari ingat nak pakai jelah apa yang ada, dah nak masuk kereta tu tengok butik depan kereta aku parking tu gantung baju nenek ni eh matching kot ni dengan baju Melayu the boys hah belasah jelah.


Nenek tengah gubah bunga. 

Baju by Bianca Mimosa, harga RM500 offer 70% sebab last day kedai buka sebelum cuti panjang katanya, so dapat RM150. Eleh ye ye je harga asal RM500, ada ke orang nak beli baju nenek ni harga RM500 -____-". 

Raya pertama tu, kami awal awal dah plan nak datang rumah Mama pagi pagi, cepat cepat salam mohon ampun lepas tu bergambar family cepat cepat, sebab based on previous experience rumah Mama ni pukul 10 saudara mara dah datang beraya, sebab Mama kan kakak sulung so memang adik adik Mama datang sini dulu. Tapi nan hadooo, pukul 10 baru kami adik beradik sampai, 10 minit kemudian orang dah datang beraya non-stop sampai tengah hari. Alhamdulillah tetamu ramai datang, tetamu kan pembawa rezeki :')


Disebabkan tetamu tidak putus putus, kami membuat keputusan untuk bergambar jelah dengan siapa yang ada depan mata. Masa gambar ini diambil pun kat ruang tamu bahagian sebelah tu ada ramai tetamu tengah makan HAHAHA. Hampir sahaja kami nak minta tolong tetamu ambilkan gambar =))) Bila tengok je gambar ni, adik lelaki aku sorang marah, "Kenapa ambil gambar masa aku tengah basuh gelas kat dapur?!". Kakak aku sorang lagi pun bising, "Orang tengah potong ketupatlah masa ni!". Mama Baba pun sedang berbual dengan tetamu so kesimpulannya dalam gambar ini adalah semua warga curi tulang =)))))

Dalam pukul 1, ingatkan nak terus ke Sungai Merab, sekali anak anak aku tidur pula. H cakap bagi diorang puas tidur dulu baru geraklah. Nanti meragam pula. So we girls decided untuk beraya di rumah jiran sahaja, kebetulan salah seorang anak jiran aku tu baru bersalin so kira melawat newborn baby sekalilah.


Jiran dari kecil membesar sama sama. Cantik cantik depa ni! Makan Nasi Dagang kat sini, sedap gila rasa macam taknak bangun je dari meja makan =))

Around pukul 2 petang, kami terus gerak untuk beraya dengan family husband pula.


Gambar lengkap satu keluarga. H ada 6 adik beradik and he is the eldest one, on my husband's side baru ada 3 orang cucu. Mungkin tahun depan akan bertambah lagi.............. #berangan.


Bersama adik adik ipar. Hoi berlengasnya muka nenek!


Sisters again.


Bersama saudara mara belah bapa mertua. 



Ammar Yusuf sejak bersekolah memang sangat sangat suka berkawan. Sebelum ini orang datang nak berkawan dengan dia pun dia malu, sekarang ni dia pula yang approach kawan sebaya untuk bermain :')




Malam tu pergi beraya dengan Nek Tua yang merupakan kakak kepada arwah nenek H. Masa raya inilah waktu terbaik untuk kita mengenali saudara mara kita dengan lebih dekat. Kalau belah aku memang mostly straightforward je, belah husband ni nak kena faham betul betul ini siapa, sebab kadang boleh keliru dia ini nenek kepada bapa saudara yang merupakan anak angkat kepada mak tiri hahaha macam itulah. Kena tulis notes kat dalam handphone about who is who and what is the relationship hehe. 

Raya Kedua

Raya kedua seperti biasa kami akan beraya dengan saudara mara (ke bau bau bacang entah??) di kawasan Sungai Merab Luar. Yang sini aku tak kenal sangat tapi memang setiap tahun kami akan ronda ronda satu kampung sini so dah boleh tahu rumah ini masak spagetti rumah sana masak lauk Minang pedas gila tapi sangat sedap then rumah satu lagi itu masak laksa hahaha. Tak senonoh perangai fikir makan je.


Cousin belah ibu mertua ni memang terlalu ramai perempuan so faham faham jelah kegilaan bergambar tu macam mana.


Eceh eceh eceh.


Untuk beraya di kawasan ini memang lesson learnt; anak anak kena pakai yang paling selesa sebab tahun tahun lepas budak budak ni pakai smart smart memang meragam sepanjang masa sampai kena masuk kereta duduk dalam aircond! Diva sangat. Tapi memang panas pun raya kali ni, nasib baik anak anak aku pakai selesa, walaupun si Ammar Yusuf tu masih juga naik ruam merah penuh kat leher sampai at one time kena buka baju, still they were so happy this time! Memang raya kali ini kami beli banyak T-shirt and short pants je untuk baju casual anak anak, takpelah nampak macam anak apek pun asalkan selesa dan kami pun happy nak beraya puas puas ;)


Budak budak ni semua K-Popers, dan ini adalah posing terkini untuk K-Pop sekarang zzZZzz layan je aku -___-"


Coincidentally in green. Baju raya last minute yang tak plan pun nak beli, teman si Oyah pergi Jakel tengah tunggu tu tiba tiba dengar orang Jakel jerit jerit bagitahu ada Happy Hour untuk row yang aku tengah berdiri tu. Harga kat price tag, RM280. Harga Happy Hour, RM150. Ambil tak try pun terus pi bayar. Nasib baik muat -___-"

Raya Ketiga

Eh tak panjang sangat ke sambung terus ke raya ketiga ni? Malas pula nak buat entri raya banyak banyak :p

Raya ketiga kami decide nak berkumpul di rumah Mama lagi, sebab tauke bunga api (Moman) dah balik so terkinja kinja la anak aku tu nak main bunga api.


With our baby nephew, Akid yang selalu malas nak layan Antina.


Eh tadi kata anak yang terkinja kinja?? I was wearing a wrapped kebaya yang dipadankan dengan skirt yang dah lama sangkut kat almari tak pernah pakai sebab macam over sangat untuk pakai pergi kerja haha. My most uncomfortable outfit, sebab satin shawl ni panas dan buat telinga rasa pekak and wrapped kebaya ni kalau tak ikat dengan kemas akan membuatkan kita nampak gemuk pendek sabar jelah.


So much fun!


Ni entah mercun apa, tapi dia macam tembak ke udara 20 das macam itu. Buat serentak dengan adik beradik, awesome gila!


Our first family potrait for Aidilfitri 2016. Tu pun Baba takde (dah tidur) dan family Lah 3 beranak tak dapat datang. Memang susah nak dapat complete family photo ni kalau dah adik beradik berderet deret kan? Gambar ini pun, after all the sweat, blood and tears T____T. Susah gila nak atur warga kenit kenit tu duduk setempat.

Raya Keempat

Sambung beraya lagi. Cuti panjang kann. Untuk beraya ni kami tak ada specific target, mana yang invited or open for guests kami datang je dulu inshaaAllah. Bukan nak diva sangat tunggu jemputan baru nak datang, tapi kalau boleh taknaklah serbu je rumah orang, takut tuan rumah tak bersedia untuk menerima tetamu nanti menyusahkan tuan rumah pula kan?


Super love this kurung. Also bought at Bianco Mimosa for 70% discount, sebab dia kata ni stok lama punya.  Berapa entah last price hari tu, RM120 tak salah. Cutting best kain best, berbaloi sangat beli ni! Aku ni bukan jenis ikut trend sangat; aku ikut apa yang cantik bila aku pakai, bukan cantik bila model pakai huhu. Macam tahun ni nampak macam trend printed dress tapi bila aku cuba nampak macam menggeleber sangat, perhaps tak cantik dengan badan aku yang sangatlah pear-shape ni, aku so taknaklah ikut. Tak kisahlah stok lama pun, sayang nak beli baju mahai mahai, aku suka beli murah tapi banyak boleh buat tukar tukar hehe.


Favourite aunties and cousins.


What girls do best ;)

Raya Kelima

Raya kelima ni dah malas nak bergambar sebab baju raya dah habis so pakai baju recycle sebab crowded sangat dan Adam Muaz pulak buat hal je sepanjang masa sebab mengantuk grrr. Open house at my Aunt's, Cik Zam. Makanan semua homemade and it was the bomb! Sedap gilaaaaaa nasi kerabu nasi lemak kambing bakar and jeruk mangga dia buat aku mengulang ulang macam perempuan mengandung! Nasib baik takde orang usap usap perut buncit aku sambil tanya "Ada isi ke?" #jangancaripasal.


Recycle baju kebaya zaman belajar 10 tahun dulu. Takyah nak kagum sangat, aku zaman belajar dulu lagi gemuk dari sekarang so mestilah muat kuikuikui.

Selamat Hari Raya Aidilfitri to all my friends here, mohon maaf atas salah silap dari segi percakapan, perbuatan mahupun penulisan. Kalau ada yang buat open house tu jangan lupa jemput aku datang, inshaAllah nampaklah muka aku kat buffet table nanti hahahaha bye.