Thursday, October 4, 2018

BIG WHY, dan Perancangan Berhenti Kerja




I received this kind of message at least once a week. Banyak lagi sebenarnya, tapi tak terdaya nak scroll semula cari sebab kebanyakannya datang dari strangers. Jujurnya, setiap kali terima private message/WhatsApp sebegini, sayu rasa hati. Perasaan wanita wanita ini memang sangat aku fahami. Hidup dalam rat race, berlari dalam bulatan tak keluar keluar tapi terpaksa terus berlari disebabkan desakan komitmen. Rasa diri tak ada nilai. Rasa diri tak berguna. Rasa kita bukan ibu yang baik. Bukan isteri yang baik. Bukan anak yang baik.

Been there. Done that.

Banyak yang aku tak reply. Sebabnya, masa itu aku tak tahu nak reply apa. Situasi setiap orang adalah berbeza, and as much as I strongly believed segala rezeki datang dari Allah swt, I think it will be kind of irresponsible if I just say "Berhenti je kerja, nanti Allah bagi rezeki lain". I don't think that is the idea of having faith in Him, sebab kebergantungan pada rezeki Allah swt harus disertai dengan usaha yang bersungguh sungguh. Doa tidak putus putus, usaha juga tidak putus putus, keyakinan juga perlu tinggi. Harus bersedia dengan segala kemungkinan, hati kena cekal, jiwa kena kental.

Semuanya bermula apabila you tahu what is your BIG WHY.

BIG WHY ini dalam erti kata lain, sebab terbesar. Bila you dalam kesempitan dan you betul betul nak escape dari kesempitan itu, pernah tak you buat this exercise di mana you tanya diri you sendiri KENAPA secara berulang ulang sehingga dapat jawapan yang tidak perlu dipersoalkan lagi?

Kenapa aku nak berhenti kerja?
Sebab kerja aku terlalu stress dan membuatkan aku rasa diriku tak berguna.

Kenapa bila kerja stress aku perlu resign?
Sebab bila stress, aku jadi marah anak anak, aku lepas geram kat husband. Aku dah taknak lagi jadi perempuan sebegitu.

Kenapa aku taknak jadi perempuan sebegitu?
Sebab aku rasa suami dan anak anak semakin jauh denganku. Kasihan mereka, disebabkan tekanan kerja, aku jadi begini. Aku nak baiki hubungan aku dengan anak anak, dengan suami.

Kenapa aku nak baiki hubungan dengan anak anak dan suami?
SEBAB KELUARGA AKU ADALAH SEGALANYA.

Habis. Full stop. This is your BIG WHY. Reason yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Reason yang jika dipersoalkan pun, sudah tiada jawapan lagi. Itulah BIG WHY.

Satu yang aku pasti, kebanyakan wanita yang sangat sangat sangat mahu meninggalkan pekerjaan itu, biasanya mereka bencikan pekerjaan itu. Perhaps they liked the job, but the surroundings/environment make them 'sick'. Perhaps they liked the environment, but the job itself is 'killing' them. Perhaps they liked the job and the environment, but the pay is far from worth it. Tak berbaloi dengan masa. Tak berbaloi dengan tenaga yang dicurahkan. Tapi kebiasaannya adalah situasi pertama. Jaranglah ada orang yang benci pekerjaan, selalunya layanan pihak atasan/surroundings yang membuatkan mereka rasa terlalu demotivated dan hilang self-worth. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Apa persediaan yang aku lakukan untuk berhenti kerja?

1. Identify your BIG WHY and start to make plan for it.

Ini sudah dijelaskan di atas. 

Okay aku cerita pengalaman aku sendiri sajalah ya. Sebab memang itu sajalah yang aku boleh kongsikan secara jujur, aku tak boleh nak bercakap bagi pihak orang lain atau bercerita perkara yang tidak aku alami sendiri. For me, bila BIG WHY aku very strong, ianya akan push diri sendiri secara kaw-kaw tau, bukan main main, bukan ala kadar, bukan takut takut.

Aku benci pekerjaan lama aku.
Aku ada pelbagai perancangan untuk keluarga, tapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan aku bekerja di situ.
Pekerjaan lama aku membuatkan aku bagai hilang pedoman haha.
TAPI, aku tak boleh simply tinggalkan pekerjaan itu. 
Sebab aku ada komitmen besar, ada hutang yang perlu dilangsaikan.
SO, aku perlu ada plan.
Aku perlu cari pekerjaan lain so that I can escape from this misery, AT LEAST SEKADAR CUKUP BAYAR HUTANG.

Tahu tak, betapa stressnya aku ni sampai tahap yang macam nak apply kerja jadi cashier supermarket tau! Sebab masa tu aku rasa biarlah jadi cashier je asalkan aku dah tak bekerja di tempat itu lagi. Dan gaji cashier CUKUP untuk bayar semua komitmen aku. Nampak tak betapa aku nak lepaskan diri dari belenggu itu, sampai sanggup kerja supermarket je daripada jadi engineer konon.

2. Listkan segala komitmen dan hutang. HANYA KOMITMENT DAN HUTANG SAHAJA.

If you know me, sejak dahulu lagi aku memang ada financial management yang sangat utuh. Wow utuh. So segala jenis hutang dan komitmen memang dah siap sedia tersenarai. Hutang itu seperti loan rumah, loan kereta, loan PTPTN, credit card dan personal loan. Komitmen bulanan pula adalah seperti personal insurance/takaful, sumbangan untuk parents, bil telefon, emm apa lagi eh. Lebih kurang itulah rasanya. So listkan semuanya dalam one Excel sheets, masuk kan sekali passive income hasil rumah yang disewakan, so perbelanjaan bulan yang aku harus ada adalah dalam RM2000-RM3000.

2. Cuba buat sesuatu yang boleh dapat gaji cukup untuk bayar komitmen dan hutang sahaja.

So aku cari pekerjaan yang cukup untuk tampung komitment RM3000. Dalam masa yang sama aku masih juga bekerja dan buat savings sedikit demi sedikit. Orang cakap kalau nak berhenti kerja, perlu ada simpanan bersamaan dengan 6 bulan gaji sekarang. Gaji terakhir aku sebelum berhenti kerja rasanya dalam RM4500. So aku sepatutnya ada simpanan RM27,000 sebelum berhenti. But I didn't have it. Masa aku berhenti kerja, aku tiada pun savings 6 bulan gaji sekarang. Takpe, aku taknak fikir pasal itu nanti jadi stress so aku terus berusaha buat pekerjaan sampingan yang boleh rasanya boleh dapat tampung hutang sahaja.

Mula mula aku cuba tolong my sister-in-law jual product hair tonic. Bagus okay product tu, sampai sekarang masih ada return customer yang ulang beli that product tapi aku dah tak larat nak buat dah haha, aku pass semua customers ke kakak ipar aku je. Untuk hair tonic tu, setiap sebotol yang terjual, aku untung dalam RM30. So jual 10, untung RM300. Kena jual 100 sebulan baru dapat RM3000. Aku start dengan introduced kat blog dulu. Macam rasa segan segan lagi. Aku borak dengan my sister, masa tu Oyah jual Cuckoo guna FB ads (bongok gila masa ni tak terus tanya dia macam mana commission jual Cuckoo hahahahaha), the idea of Facebook ads memang interesting for me sebab boleh jual pada strangers. Yelah sebab aku segan segan kan. Aku terus buat Facebook page khas untuk product itu, godek godek buat FB ads sendiri, agak menjadi so dapatlah jual banyak tapi taklah sampai 100 botol sebulan. Seronok sangat dapat side income. You know untuk orang yang dah ada fixed income tetiba dapat lagi side income tanpa perlu tinggalkan pekerjaan lama, happy tau.

Tapi penat, sebab berapa banyak pun yang dijual, dapat basic commission saja. Tak larat nak jual sampai 100 botol sebulan, baru aku approached Oyah tanya pasal Cuckoo hahaha sampai sekarang menyesal sebab lambat start 😂. Commission plan Cuckoo ni best, sebab jual satu product contoh dapat RM98. Jual 10 bukan dapat RM980, tapi dapat RM3980. Dapat bonus RM3000 so aku terus buntang mata sebab takyah jual sampai 100 pun hahahaha. Masa tu, target aku nak RM3000 je kan so kagumlah jual 10 pun dapat achieved target siap ada extra RM980 lagi. This time, AKU BUAT ALL OUT. Dah takde segan segan. Takde malu malu. TOTALLY OUT OF MY COMFORT ZONE. Serious weh aku approach semuaaaaaa orang yang aku kenal, online mahupun offline. Offline tu maksudnya secara berdepan, physically. Ingat aku ni semulajadi sales-oriented ke? NO! Masa tu aku masih bekerja so semuaaaa orang aku approached tau.

Dengan colleagues aku promote.
Dengan bos aku promote.
Dengan bos department sebelah aku promote.
Dengan staff department sebelah pun aku promote kahkah padahal selama ini tak pernah bercakap pun. 

Aku target RM3980 saja. Tapi bulan pertama, hanya dari ketidakmaluan itu, aku dapat gaji bersih Cuckoo hampir RM7000 😱. Tak salah aku dalam RM6800 haaaaaa gemuruh jiwa semangat membara aku tengok payslip!

Sebab pada saat itu aku tahu, inilah titik tolak untuk aku finally boleh pertimbangkan untuk berhenti kerja. Ya Allah perasaan apabila kau akhirnya nampak sinar untuk keluar dari kesengsaraan tu... kau bayangkan selama ini kau berada dalam perigi buta yang gelap gelita sebab ditutup dari luar, tiba tiba nampak sinar cahaya dari atas. Itulah perasaan aku dulu. Akhirnya nampak jalan.

Sebab itu aku cakap, mula mula aim untuk sekadar bayar hutang. Jangan tamak. Bersihkan hati betulkan niat. Yang kau nak berhenti kerja sebab apa. Masa itu jujur aku bagitau ni, berulang kali aku doa "Cukuplah aku dapat tampung hutang je, tak perlu kaya raya pun ya Allah." Sebab aku merancang untuk hidup sederhana sahaja. Tak pernah berniat untuk kaya pun.

3. Perbincangan jujur dan transparent dengan pasangan

INI PALING PENTING. Bila dah ada plan, walaupun belum cukup lengkap dan tak tahu what the future holds, ajaklah husband duduk kat meja makan, duduk depan laptop/buku nota. Present kat dia what is your plan. Tunjuk dengan jujur segala beban hutang yang you tanggung. Part ni memang ramai orang perempuan susah nak buat, sebab nature kaum wanita ni memang sangat berbelas kasihan, rasa macam malu/tak patut/segan/takut nak bincang dengan suami pasal duit. Taknak menyusahkan suami katanya. Excuse me, siapa lagi yang you nak susahkan kalau bukan your husband?? Sebab dalam rumahtangga ni, there's no such thing as susah sorang sorang, HARUS SUSAH SAMA SAMA sebab bila senang definitely akan rasa bersama sama. Kenapa bila susah taknak bersama sama?? In marriage, one person collapse, keseluruhan institusi rumahtangga itu akan collapse sebab suami isteri merupakan satu pasukan yang sama. Tiada one-man show dalam rumah tangga. So kena sentiasa bersama sama. Suamilah yang paling perlu tahu segala masalah you, segala bebanan you. Aku cakap dengan jujur apa perancangan aku, aku inform yang kerja yang aku nak buat ni tiada fixed income, mungkin ada ups and downs, dan aku perlukan dia untuk sokong aku.

Suami aku, dari awal even masa aku tak ada back up plan pun dia memang dah suruh aku berhenti je kerja. Dia mampu, tapi katanya hidup taklah boleh mewah. Tapi dia mampu. Dan gaji beliau ketika itu dalam RM5000. Sedih okay bayangkan dia tanggung segalanya dengan gaji RM5000. So bila aku bentangkan perancangan untuk berhenti kerja tu, my husband support habis habisan la. Support tu bukan hanya sekadar di mulut tau, tapi dari segi fizikal contoh bila aku tengah buat sales atau mengadap laptop untuk strategize, husband tolong tengokkan anak anak walaupun dia sendiri baru balik kerja je masa tu. Bila aku busy sangat sampai tak masak, dia belikan je makanan kat luar. Pernah sebulan makan luar je sebab terlalu busy. Bila aku stress macam nak menangis aku cerita dengan dia walaupun dia ketika itu belum buat join Cuckoo lagi, dia akan bagi ideas dan sama sama brainstorming dengan aku. Banyak sangat yang husband aku buat to show how much he supports me, huuu taip ni pun rasa bergenang air mata sobs 😭

4. Kawal perbelanjaan dan give more to your loved ones

Apabila you dah keluar dari pekerjaan itu dan buat pekerjaan lain yang possibly income lebih rendah dari sebelumnya, kawal perbelanjaan. Contoh aku dulu, bulan pertama aku dapat RM6800 tu, aku masih ada gaji dari pekerjaan tetap aku so total gaji Cuckoo tu aku terus buat full settlement for one of my debt. That's why aku suruh buat in Excel sheets. Dalam aku punya list of hutang kan, aku buat juga 1 column untuk anggaran tarikh/tahun hutang itu aku patut selesaikan. Ya Allah bila dapat tick-off satu hutang tu perasaannya.... haih tak tahu aku nak cakap macam mana. Tambah tambah bila kita berjaya langsaikan jauh lebih awal daripada yang sepatutnya.

Aku memang spend very wisely tau. Berapa yang aku dapat untuk bulan itu, aku gunakan untuk bayar hutang dan komitmen, buat belanja belanja sikit dan selebihnya semuaaaa aku gunakan untuk bayar hutang lain dengan bayar secara big amount. Contoh bila aku dapat RM7000, aku bayar hutang/komitment dalam RM3000, aku belanja belanja dalam RM1000, lagi RM3000 aku bayar pula hutang lain so that principal hutang itu berkurangan secara drastik. Ada orang sayang duit so dia buat savings je, aku pula jenis buat apa menyimpan banyak kalau hutang masih banyak? Bukankah melangsaikan hutang itu lebih penting berbanding mempunyai simpanan yang banyak?

Satu persatu hutang aku selesaikan. Even loan rumah yang sepatutnya duration 30 tahun pun aku aim nak selesaikan dalam 5 tahun, best tau ada perancangan macam ni, buat kita sayang nak berbelanja lebih lebih sangat. I do reward myself once in a while, belanja family tu kerap juga sebab itukan punca rezeki, tapi kaki aku ni sentiasa on the ground. Sentiasa berpijak di bumi yang nyata, alhamdulillah tak pernah lagi terbang terawang awang sampai lupa jalan pulang, walaupun pada satu tahap tu aku dah achieved hampir RM30k gaji bersih. 

Bila dah hampir debt free, barulah aku start buat savings secara massive. Simpanlah duit, we never know what the future holds. Simpan je untuk diri sendiri, untuk anak anak. Paling penting, kecil atau besar duit ni, pastikan ada allocation untuk parents. Dari zaman bekerja sampailah sekarang, alhamdulillah memang 10% dari gaji aku memang untuk parents. Ni you buat without failed okay, even masa gaji aku RM2000 pun, RM200 tetap untuk parents. Kalau you boleh bagi more than 10% pun just go for it. Tak pernah lagi aku dengar orang jadi miskin sebab asyik bagi parents, malah yang miskin jadi semakin kaya adalah. Betul tau, jangan missed bahagian parents,

5. Once decided, JANGAN PANDANG BELAKANG

Yes, jangan fikir dah what if what if. Once you dah buat 3 perkara di atas, teruskan melangkah. Jangan pandang belakang, jangan fikir kalaulah kalaulah. You dah buat decision yang besar, MAKE IT WORTH. Buat sampai you rasa "BERBALOI BETUL AKU BERHENTI KERJA". Sebab pekerjaan itu 'merosakkan' you, you buat sampai diri you akhirnya dah 'DIPERBAIKI'. Plan and plan, tengok muka anak anak selalu, merekalah your BIG WHY. Aku buat semua ini supaya mereka bahagia. aku buat semua ini supaya AKU SENDIRI BAHAGIA. Be positive! Terutama bila you dalam bidang sales ni, memang tak boleh ada ruang untuk negavity. Once you start being negative, mesti rasa macam rezeki tu susah je nak dapat. Doa banyak banyak, jangan sesekali rasa menyesal. Always remind yourselves kenapa you buat that decision at the first place.

I realized bila aku berada dalam bidang ini, aku dah tiada masa lagi untuk fikir hal yang remeh temeh. Otak aku sentiasa fikir macam mana aku nak improve myself, macam mana nak improve our way of life. Now that I have a very big team, otak aku sentiasa fikir macam mana nak improve their lives too. Alhamdulillah dalam hati dan fikiran aku, tak pernah lagi rasa nak kembali ke kehidupan dahulu, tak pernah terdetik pun rasa menyesal buat keputusan ini. Pandang depannnnn je, jangan hilang focus. Plan, plan and plan. Lepas plan tu, berdoalah agar semuanya dipermudahkan. You plan, Allah plans, and Allah is The Best Planner. Dugaan tu memang ada, jangan ingat perjalanan aku smooth all the time. Memang ada hiccups here and there. Tapi bangkitlah semula, teruskan melangkah.

Yang penting, always be humble.
Rezeki yang kita ada sekarang bukanlah disebabkan kita ni hebat sangat.
Rezeki yang kita dapat adalah hasil doa ibu bapa kita.
Rezeki yang kita dapat ini adalah hasil pengorbanan suami yang memahami.
Rezeki yang kita dapat ini adalah hasil dari bahagianya anak anak bersama kita.

Aku tahu situasi kita semua berbeza, aku harap apa yang aku kongsikan ini bermanfaat sedikit sebanyak to all of you yang dah lama memikirkan cara untuk keluar dari pekerjaan sekarang. I feel you, I really am. Take one step now, jangan hanya memendam rasa tanpa ambil langkah yang mengubah hidup kita. You cannot change your life until you change something in your daily routine. Start doing something different now 💪💪



Sunday, August 12, 2018

Jiwa Blogger


Nuffnang. Bloggers mesti tahu apa ni. Tadi masa menyusukan Maryam tiba tiba teringat pasal Nuffnang, pastu terus cuba cuba login akaun nasib baik masih ingat password. Dah 2-3 tahun tak login akaun! Untuk yang tidak tahu, Nuffnang ni adalah medium untuk bloggers dapat duit based on campaign yang dia tumpang kat blog kita and berapa ramai blog visitors. Kat Nuffnang ni kita akan nampak berapa ramai orang yang baca blog. Dalam gambar ni adalah count untuk hari ini. Total Uniques adalah berapa ramai yang klik blog kita, Total Views adalah jumlah daripada unique visitors tu berapa ramai pula yang re-visit at the same day. Masa zaman hardcore berblogging 5-6 tahun lepas, unique visitors sehari lebih kurang 800-1000 orang. Dah hardcore pun masih tak popular kahkah, bloggers yang popular unique visitor biasanya puluhan ribu sehari tau. 

 8 tahun blogging, ada a few thousands juga yang aku pernah cash out kan dari Nuffnang. Paling banyak dulu sehari Nuffnang masuk RM10, punyalah seronok. Sebulan jadi RM300. Masa tu kerja gaji RM2000, dapat RM300 duit extra memang best sangat. Jadi makin bersemangat update blog, nak dapat duit punya pasal hahaha tak ikhlas betul. 

Tapi nak make sure orang datang blog kita bukannya asal you update je, blog content kena best. Dulu aku rasa content blog aku very humorous, seriously bila baca balik dulu dulu rasa macam wow tingginya sense of humour aku dulu 😅. Sekarang bila blogging balik, struggle nya nak keluarkan ayat yang funny dan catchy, rasa macam bosan je baca what happen to me?? #aging. Dulu everyday check Nuffnang tengok berapa orang visit blog aku HAHAHA, yelah dah hari hari update blog kan. Pastu siap paksa adik beradik share post kat blog aku supaya lebih ramai visitors ya Allah 😝😝 Best tau bila orang baca apa kita tulis, pastu bila ada orang komen rasa bunga bunga je. Tu kalau komen yang elok elok la. Bukannya takde komen yang teruk teruk tapi mestilah aku tak approve dan aku anggap je orang yang komen tu jeles dengan aku wekk 😜 

Walaupun tak seberapa, tapi bestnya bila hobi kita mendatangkan duit. I love to write, I got it from my father. I think all my sisters are good at writing too. Ingatkan dah tak aktif blogging, dah takde dapat duit dah. Sekali tengok tadi ada RM306.74 whoaa sape yang masih rajin buka blog aku yang sendu ni. Ni hasil untuk 2-3 tahun tau, bukan untuk sebulan wakakak 😂 

 Those were the days, teringin sangat nak aktif balik. This time bukan sebab duit dah, tapi hanya supaya aku ada kenangan di hari tua. Sekarang pun, bila baca post 5-6 tahun lepas boleh ketawa balik, ada juga post yang boleh mengalir air mata juga membacanya. Kenangan sungguh. Tapi itulah. Masa. Dah tak ada masa. Kerja aku hampir 100% menggunakan handphone dan laptop. Bila macam tak busy sangat, rasa macam tak patut pula nak masih pegang handphone or mengadap laptop untuk benda lagho. Kesianlah anak anak. Mungkin aku akan cuba curi curi masa untuk berblogging bila anak anak dah tidur #gigih. No excuse! I love blogging. Are you still with me?


Tuesday, August 7, 2018

Maryam Helena

Perghh last update bulan April! 4 bulan dah berlalu.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, untuk yang tidak tahu, saya sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan tersangatlah comel dan digilai ramai jejaka (3 orang, to be specific--Daddy, Ammar Yusuf dan Adam Muaz 😝😝) and protected fiercely by her overprotective Mommy hmmm geramnyaaa sambil taip teringat si comel tu #obsessivemother.


Maryam Helena Muhammad Hanis. Day 1.

Mengandungkan Maryam bagi aku, was the hardest pregnancy compared to the other two. Kemungkinan besar atas faktor usia, dan mungkin juga faktor pemakanan tapi third pregnancy inilah yang aku paling jaga makan actually. Entahlah kenapa. Memang susah, sakit dan sangat memenatkan. Tapi bak kata suamiku, takkanlah Allah nak bagi susah je berpanjangan, setiap kesusahan pastilah akan diganti dengan kesenangan yang berganda ganda jika kita bersabar cewah sekarang pandailah kau cakap 😆. Difficult roads often lead to beautiful destinations, kan? 

Sebabnya, biarpun mengandungkan Maryam sangatlah susah bagi aku, tapi melahirkan Maryam alhamdulillah sangat dipermudahkan. Maryam lahir ketika kandungan aku hanya 38 minggu, bermula dengan blood show dan mild contraction pada pagi itu, terus ke hospital, checked dah 2cm dilated, warded terus dapat bilik first class at Hospital Putrajaya, dilated 6-7cm pun masih steady, contraction 10cm of course la sakit macam nak mati sebab tak sempat ambil epidural tapi sekali push je terus keluar kepala, Mommy curi nafas (dah pandai sebab praktis banyak kali kot ikut Youtube HAHAHA) terus keluar semua ya Allah. Hanya 2.73kg, paling kecil berbanding abang abang. Nevertheless, syukur alhamdulillah.

Berpantang pun mudah, aku pantang di rumah sendiri saja, book confinement lady untuk 15 hari, makan minum semua sekali dalam pakej. Tukang urut tu bagus, makanan sedap, tapi sorry aku tak dapat nak recommend dia sebab syarikat tu banyak bad reputation dan baru je viral recently. Still, syukur juga despite their reputation, aku dijaga dengan baik sebenarnya. Takut kalau aku recommend you guys dapat confinement lady yang tak best, naya.

Jahitan episiotomy sembuh sepenuhnya dalam masa yang singkat, mungkin sebab banyak rest maklumlah anak teruna lagi dua orang dijaga oleh husbandku SEBAB BELIAU DAH RESIGN DAN SAMA SAMA KERJA DARI RUMAH WUHUUUU! Best okay bila husband dah join buat benda yang sama dengan kita, banyak perkara dipermudahkan. Maryam is an easy baby, a real little miss diva sebab tidur mesti nak ber-aircond! Geram je. Geramlah budak ni dkhwrghhhh geram angatt!


Maryam today. 

Lagi 2 hari genaplah 2 bulan. Masih perangai diva sebab hanya akan sleep bila didukung dan yang dukung tu perlu berdiri dan berjalan hamboii banyak cantikkkk geramnyaaa Mommy! Haha maaflah, orang tua baru dapat baby memang macam ni, obsess lain macam kahkah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, life couldn't get any better than this dan aku bersyukur atas segala kurniaannya. Maryam lahir pada bulan yang sama aku promoted as manager, dan bulan itu juga my team ranked 3rd nationwide, nombor 3 daripada ratusan managers Cuckoo di seluruh Malaysia! 👏👏👏 Memang happy sangat sangat sebab... yelah ingat senang ke nak manage team dalam masa yang sama tengah nak adjusting hidup sebagai ibu anak tiga wuhuuu susah tau kadang rasa nak menangis je tapi suami dan anak anak adalah sumber kekuatanku. Tengok muka Maryam rasa kasih mencurah curah, terus rasa empowering sangat yelah Maryam my strong girl dari dalam perut Mommy dia dah terpaksa rasa macam macam ubat (Mommy warded 4 hari pada usia kandungan 35 minggu due to hemorrhoid trauma, serious trauma sampai sekarang bila teringat lagi scary dari sakit bersalin). 

Maryam good girl, anak solehah. Maryam lahir pada waktu yang sangat sesuai pada saat Mommy, Daddy dan abang abang dah memang bersedia. Sebab itu Maryam sangat disayangi semua, abang abang memang peminat fanatik Maryam hahaha adik dia jelah paling comel di dunia. Abang abang panggil Princess. Dah 2 bulan pun masih Princess lagi, entah entah sampai awak 30 tahun abang abang masih panggil Princess hahaha. 

Sayangnya Mommy kat Maryam ni, tak tahu nak gambarkan macam mana dah. Maryam cry pun Mommy rasa cute sangat, hati Mommy sentiasa cair dan berbunga bunga je tengok Maryam ni, rasa tak sampai hati mengenangkan betapa helpless-nya Maryam. Tak boleh bayang bila ada orang yang tergamak buat bukan bukan pada seorang bayi, sebab bayi kan sangat helpless. Sedih baca berita bayi lain yang diperlakukan dengan kejam oleh penjaga yang tak berhati perut. Allah lindungilah Maryam ya. Jagalah Maryam.

Dahlah, terus rasa emo pulak, nak pergi tengok Maryam yang dah 2 jam tidur tu. Nanti aku sambung lagi. Best sebenarnya blogging ni, dalam banyak banyak medium bersosial, blog lah yang bagi aku paling dekat di hati. Tapi malangnya, masa sangat mencemburui kita. Serious, tak cukup masa sangat untuk buat semua. But I love this busy-ness, I love this hectic life; rasa hari hari aku sangat 'penuh', sampai tiada lagi ruang untuk perkara yang tidak penting. Akan aku cuba untuk menulis di sini dengan lebih kerap, inshaaAllah. 


Tuesday, April 10, 2018

Quality of Life

Sejak lebih setahun bekerja dari rumah, sejak usia kian meningkat, sejak sekian lama aku spend masa hanya dengan orang yang penting di sekeliling aku, pandangan aku terhadap kehidupan sangat sangat berubah. Di hadapan mata kita semakin terbentang luas apa sebenarnya yang penting dalam hidup kita, apa sebenarnya yang patut kita 'benarkan' untuk masuk dalam hati dan fikiran kita, apa sebenarnya yang buat hidup kita lebih bahagia.

Prinsip hidup kami adalah, living life to the fullest, dan ianya bermaksud menikmati hidup kita pada masa kini sebaik mungkin tanpa terlalu risau akan masa depan.

Talk about our future, like we had a clue...

Exactly, we don't have a clue.

My husband and I, we have made a lot of mistakes, hanya kerana terlalu fikir masa depan. Actually, that mistake is not really a mistake as I believed at the end of the day, apa yang kami laburkan itu pastilah ada hasilnya, namun along the way, kami menjadi tidak bahagia. Kami penat, kami stress, kami tidak menikmati kehidupan. Along the way, anak anak juga semakin membesar, maka mereka juga membesar dalam keadaan kami penat, kami stress, dan tidak menikmati kehidupan.

Berbaloi tak? Sungguh, tak berbaloi.

Berhempas pulas korbankan segalanya demi kesenangan pada hari tua is seriously overrated.

Dari dulu aku selalu cakap dengan my husband, "I tak suka prinsip bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Bukankah lebih baik jika bersederhana sederhana dari dahulu hingga ke kemudian hari?"

Sederhana, cukup makan pakai, dan bercuti melihat tempat orang 2-3 bulan sekali. Kalau tidak bercuti pun, jalan jalan tempat dekat dekat pun sudah cukup menggembirakan anak anak 
Itu lebih baik daripada ikat perut untuk kumpul harta yang hanya boleh dinikmati pada hari tua, entahkan sempat nak merasa entahkan tidak malah berpotensi menjadi punca perbalahan anak anak pula.

Dulu, kami berlumba lumba beli rumah, sampai ada 3 buah rumah milik sendiri. Kemuncaknya adalah rumah besar dan cantik yang ketika itu dibeli dengan mengambil kira tempat kerja aku yang berdekatan dengan rumah tersebut, around 30-45 minutes journey. Perancangan itu asalnya memang cantik sebenarnya, nampak indah sahaja. Namun siapa sangka, aku berhenti kerja dan akhirnya bekerja dari rumah sahaja, sedangkan suami pula bekerja di tengah bandar metropolitan sana. We put a lot of thoughts in that, initially we still want to live there sebab rumah tu memang cantikkkk dan sangat menepati kriteria yang kami inginkan dalam sesebuah rumah, we tried to rationalize our decision, but really the disadvantages outweigh the benefits BIG TIME! Jauh dengan office husband, jauh dengan family besar kami yang memang rapat dan setiap minggu pun perlu berketemuan... It becomes utterly pointless to live there, unless kalau aku sanggup berkorban. You know, husband keluar awal pagi balik lewat malam (dah office jauh kan?), you di rumah uruskan anak anak seorang diri dalam masa yang sama you pun bekerja dari rumah, husband balik kepenatan dan perlukan rehat, tiada masa nak main dengan anak anak dah, again you perlu uruskan anak plus husband yang kepenatan, dan dalam masa yang sama you sendiri kepenatan fizikal dan mental ya Allah aku taip ni pun dah rasa exhausted sangat! And of course, dah tak dapat lagi balik rumah Mama on weekdays seperti kebiasaan, rugilah kerja sendiri tapi tak dapat jenguk parents selalu 😭

 Having said that, the house now seems to be our mistake. Of course semua orang kata property investment tak pernah rugi, in future mesti akan menguntungkan kita. But I don't like the word 'in future'. Aku nak bahagia sekarang, aku nak hidup yang gembira sekarang, aku nak anak anak aku membesar dengan gembira bermula sekarang. Bukan in future baru boleh gembira. 

Dalam masa yang sama, rumah yang kami duduki sekarang (juga, rumah sendiri) adalah apartment tanpa lif (walk-up apartment). Tingkat paling atas, penthouse kononnya kahkah. I am now heavily pregnant, husband pula terlibat dalam kemalangan main bola 😑, maka untuk naik tangga setinggi 5 tingkat is almost impossible untuk 2 orang tua kurang upaya ini. Demi quality of life, we finally decided to sell our beautiful #HforHome, and at the same time we rent a condo with a high end security and facilities, fully furnished with all brand new furnitures and nicely decorated, yang kami hanya perlu bawa baju dan toys anak anak sahaja. Keputusan yang ternyata menyelesaikan banyak masalah dan kami boleh mulakan hidup baru in a peace of mind, but of course tidak berapa dipersetujui oleh ibu bapa kami pada permulaannya.

Dah ada rumah sendiri, kenapa nak menyewa?
Memanglah sekarang ada duit, kan elok kalau simpan untuk anak anak nanti dah besar nak masuk universiti etc.
Sabarlah, takkan tak boleh susah sikit. Nanti dah settle jual rumah tu belilah rumah lain.

Ya, semua itu point yang memang valid dan tidak salah (ermm.. we DO have our own savings please, we're not that clueless), tapi untuk memperoleh semua itu akan mengambil masa yang lama dan in the mean time hidup kami akan berjalan tanpa kualiti langsung! Kami penat, kami akan marah marah, kami stress dan kesannya ditanggung oleh anak anak nanti. Nak menangis tahu tak hari hari naik turun tangga uruskan anak anak masa suami accident hari tu 😭 

Bukankah tujuan kita bekerja adalah untuk memperbaiki kualiti hidup? Apalah maknanya duit yang banyak, jika hidup kami berjalan tanpa kualiti? Itupun kalau duit banyak, pernah tak kita imbas balik diri kita, bekerja sampai lewat malam setiap hari, adakah kita sudah kaya raya sekarang? Almost always, jawapannya tidak. Sebab kita mengabaikan satu aspek yang sangat penting, quality of life.

I don't want to be that person anymore.

Carilah hidup yang berkualiti.
Buatlah apa sahaja jika ianya membuatkan hidup you lebih gembira.

Benda itu nampak seolah olah merugikan, tapi sebenarnya bila you buat, takdelah rasa rugi sangat pun sebenarnya. Takdelah jadi miskin pun bila you memilih untuk spend sikit 'beli' kebahagiaan. Bila you tak penat, you boleh spend more time with your kids. Bila you tak stress, hubungan you suami isteri pun lebih bahagia. Bukankah keharmonian keluarga dan rumahtangga tu akan menjana rezeki yang lebih baik pada kita?

We are a lot lot happier now, preggy Mommy la yang paling happy sebab tak penat langsung 😂😂 Paling best bila orang datang melawat dah tak perlu lagi nak naik tangga macam dulu. Kesian tau kalau parents dah tua tua kena mendaki tangga naik rumah kami, or orang muda yang kena dukung baby naik rumah kami. Kadang rasa bersalah je tengok, but we like to have people coming over. We really love having guests at our home, sebab setiap kali tetamu datang terasa macam rumah kami dirahmati dan semakin dimurahkan rezeki. Seriously, raikan tetamu with an open heart, inshaaAllah Allah akan balas dengan rezeki yang berlipat kali ganda 💗




Wednesday, February 14, 2018

Cerita Setakat Awal Tahun Ini

Assalamualaikum!

Perghh last update 20th December! Di manakah azam baruku yang konon nak berblogging dengan lebih kerap pada tahun ini?! 😁

This year is so hectic mashaaAllah, but I feel so blessed though. Ammar Yusuf dah masuk darjah 1, alhamdulillah segalanya berjalan dengan sangat lancar semenjak hari pertama lagi. Dia sukaaa sangat pergi school, betul weh! Lainnya karakter dia sejak join taekwondo tahun lepas; entah, nampak macam lebih berani, lebih berkeyakinan diri, yelah taekwondo kan bercampur dengan budak budak besar, kalau tadika tu semua budak sebaya je kan. Bila dah biasa bercampur dengan bigger kids, dia macam langsung takde rasa intimidated masuk darjah 1 ni. It's like a usual school days je for him. Memang hari hari dia looking forward nak pergi school, ada ramai kawan, share bekal dengan kawan. Haaaa dia bawa bekal setiap hari ke sekolah tau, so far belum pernah missed lagi tapi bekal ringan ringan jelah. Sebab Yusuf sekolah petang, so sebelum pergi school tu memang dah lunch siap siap kat rumah, sejak school ni makan pun bersungguh sungguh or mungkin Mommy masak sedap kot kahkah diamlah. Pencapaian hebat Mommy tahun ini, Mommy belum pernah lagi missed memasak setiap hari weekdays cepat tepuk tangan cepatttt!! 😆😆 Sebab nak anak kenyang ke sekolah kan, anak je yang boleh mengubah diri seseorang betul tak??

Taaapiiii, memang weekdays je Mommy masak, that's my rule ☝. Sabtu Ahad memang takkan ke dapur, off-day for Mommy please. Sabtu Ahad adalah hari untuk jalan jalan dan enjoy outside foods. Fair for everybody kan? Daddy pun okay je, sebab seronok kot hari hari balik kerja dah terhidang nasi, mithali betul isteri Daddy tahun ni bahahaha apa ni entri pertama tahun baru asyik eksyen je 😆. Seronok sebenarnya dapat update blog, rindu tau nak taip panjang panjang camni!

Adam Muaz pula, tahun ni we decided to just homeschool him. Sebab utamanya adalahhh, sekolah tadika dia sekolah pagi, aku tak laratlah nak hantar dia ambik dia pastu hantar Abang pulak, letih okayyy mak buyung nak naik turun tangga banyak kali sehari! Dia baru 5 tahun pun, kami sekolahkan dia tahun lepas just for his exposure sementelah Abang pun masih ada di situ. Based on my observation, dia lebih banyak belajar bila homeschool kot, entah, macam lebih cepat pick up walaupun Teacher Mommy garang macam singa! Maybe sebab kita fokus kat dia seorang setiap hari kan.

Jadual harian memang padat, now that we're about to send them for swimming class pulak. Sementara masih bertenaga dan berkemampuan ni, nak manfaatkanlah sepenuhnya untuk pendidikan dan aktiviti anak anak. Tengah study mana tempat yang sesuai, sebab kami nak swimming school yang memang mesra budak. Ada 1 school tu, belum apa apa dah beralasan, "You know ah, kids 4-5 years ah, banyak main main tau. Dia orang belajar sekejap je dah taknak belajar dah. Kita boleh ajar, tapi budak bukan semua boleh ikut." Huh, apahal kau? Kalau tak boleh cope dengan budak budak janganlah open for kids! 😤 

Letihnya Tuhan saja yang tahu, setiap hari pukul 9-10pm aku dah terlelap dah. Letih, tapi seronok sangat. Of course la kehidupan seharian aku bukan bulan bintang semata mata, banyak je hari yang mana aku rasa frust dengan anak anak, frust dengan diri sendiri yang tak dapat nak capai target yang telah ditetapkan, frust dengan dapur gas hahaa, tapi tak apa, there's always tomorrow. Itu yang aku selalu cakap dengan diri sendiri. Bangun pagi, today is a new day. Alhamdulillah masih bernafas, alhamdulillah masih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan semalam. Always aim to have a better day that yesterday. We should always strive to be a better person kan?

On my pregnancy, alhamdulillah I am now at my 22nd week, berat badan naik tak banyak sangat so far. My sisters pun cakap this pregnancy aku tak segemuk dulu huhu benci. Maybe sebab busy kot. Dulu walaupun keluar bekerja, sampai office duduk depan komputer je 8 jam. Now memang takdelah masa nak bersenang lenang sangat, macam rasa bersalah je nak berbaring baring bila dalam kepala terlalu banyak perkara dan perancangan untuk dilakukan. Aku banyak rehat masa first trimester dulu je, sebab kerap pening dan tak tahan dengan banyak bau bauan. Harap harap total kenaikan berat badan biasa biasa jelah, sebab my previous pregnancies both berat badan aku naik 20kg tau! Walaupun berjaya buang semua tu balik, tapi bukan senang pun. This time aku makan banyak je padahal, pendek kata memang tak berhenti la makan. Especially manis manis, memang craving benda maaaaanis je kali ini haishhh memang nak kena control la. Asyik teringin je! Harap harap tak membulat sangat, sebab ramai yang cakap bila dah anak 3 ni susah dah nak turun berat badan. Lemak dah tepu!

Fuh banyaknya ceritaaa. Laju je aku taip dari tadi takde berhenti ambil nafas pun haha. Excited sangat, harap korang boleh bersabarlah ya dengan keterujaan aku 😁. Nanti aku update blog lagi, thanks for reading!