Thursday, October 4, 2018

BIG WHY, dan Perancangan Berhenti Kerja




I received this kind of message at least once a week. Banyak lagi sebenarnya, tapi tak terdaya nak scroll semula cari sebab kebanyakannya datang dari strangers. Jujurnya, setiap kali terima private message/WhatsApp sebegini, sayu rasa hati. Perasaan wanita wanita ini memang sangat aku fahami. Hidup dalam rat race, berlari dalam bulatan tak keluar keluar tapi terpaksa terus berlari disebabkan desakan komitmen. Rasa diri tak ada nilai. Rasa diri tak berguna. Rasa kita bukan ibu yang baik. Bukan isteri yang baik. Bukan anak yang baik.

Been there. Done that.

Banyak yang aku tak reply. Sebabnya, masa itu aku tak tahu nak reply apa. Situasi setiap orang adalah berbeza, and as much as I strongly believed segala rezeki datang dari Allah swt, I think it will be kind of irresponsible if I just say "Berhenti je kerja, nanti Allah bagi rezeki lain". I don't think that is the idea of having faith in Him, sebab kebergantungan pada rezeki Allah swt harus disertai dengan usaha yang bersungguh sungguh. Doa tidak putus putus, usaha juga tidak putus putus, keyakinan juga perlu tinggi. Harus bersedia dengan segala kemungkinan, hati kena cekal, jiwa kena kental.

Semuanya bermula apabila you tahu what is your BIG WHY.

BIG WHY ini dalam erti kata lain, sebab terbesar. Bila you dalam kesempitan dan you betul betul nak escape dari kesempitan itu, pernah tak you buat this exercise di mana you tanya diri you sendiri KENAPA secara berulang ulang sehingga dapat jawapan yang tidak perlu dipersoalkan lagi?

Kenapa aku nak berhenti kerja?
Sebab kerja aku terlalu stress dan membuatkan aku rasa diriku tak berguna.

Kenapa bila kerja stress aku perlu resign?
Sebab bila stress, aku jadi marah anak anak, aku lepas geram kat husband. Aku dah taknak lagi jadi perempuan sebegitu.

Kenapa aku taknak jadi perempuan sebegitu?
Sebab aku rasa suami dan anak anak semakin jauh denganku. Kasihan mereka, disebabkan tekanan kerja, aku jadi begini. Aku nak baiki hubungan aku dengan anak anak, dengan suami.

Kenapa aku nak baiki hubungan dengan anak anak dan suami?
SEBAB KELUARGA AKU ADALAH SEGALANYA.

Habis. Full stop. This is your BIG WHY. Reason yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Reason yang jika dipersoalkan pun, sudah tiada jawapan lagi. Itulah BIG WHY.

Satu yang aku pasti, kebanyakan wanita yang sangat sangat sangat mahu meninggalkan pekerjaan itu, biasanya mereka bencikan pekerjaan itu. Perhaps they liked the job, but the surroundings/environment make them 'sick'. Perhaps they liked the environment, but the job itself is 'killing' them. Perhaps they liked the job and the environment, but the pay is far from worth it. Tak berbaloi dengan masa. Tak berbaloi dengan tenaga yang dicurahkan. Tapi kebiasaannya adalah situasi pertama. Jaranglah ada orang yang benci pekerjaan, selalunya layanan pihak atasan/surroundings yang membuatkan mereka rasa terlalu demotivated dan hilang self-worth. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Apa persediaan yang aku lakukan untuk berhenti kerja?

1. Identify your BIG WHY and start to make plan for it.

Ini sudah dijelaskan di atas. 

Okay aku cerita pengalaman aku sendiri sajalah ya. Sebab memang itu sajalah yang aku boleh kongsikan secara jujur, aku tak boleh nak bercakap bagi pihak orang lain atau bercerita perkara yang tidak aku alami sendiri. For me, bila BIG WHY aku very strong, ianya akan push diri sendiri secara kaw-kaw tau, bukan main main, bukan ala kadar, bukan takut takut.

Aku benci pekerjaan lama aku.
Aku ada pelbagai perancangan untuk keluarga, tapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan aku bekerja di situ.
Pekerjaan lama aku membuatkan aku bagai hilang pedoman haha.
TAPI, aku tak boleh simply tinggalkan pekerjaan itu. 
Sebab aku ada komitmen besar, ada hutang yang perlu dilangsaikan.
SO, aku perlu ada plan.
Aku perlu cari pekerjaan lain so that I can escape from this misery, AT LEAST SEKADAR CUKUP BAYAR HUTANG.

Tahu tak, betapa stressnya aku ni sampai tahap yang macam nak apply kerja jadi cashier supermarket tau! Sebab masa tu aku rasa biarlah jadi cashier je asalkan aku dah tak bekerja di tempat itu lagi. Dan gaji cashier CUKUP untuk bayar semua komitmen aku. Nampak tak betapa aku nak lepaskan diri dari belenggu itu, sampai sanggup kerja supermarket je daripada jadi engineer konon.

2. Listkan segala komitmen dan hutang. HANYA KOMITMENT DAN HUTANG SAHAJA.

If you know me, sejak dahulu lagi aku memang ada financial management yang sangat utuh. Wow utuh. So segala jenis hutang dan komitmen memang dah siap sedia tersenarai. Hutang itu seperti loan rumah, loan kereta, loan PTPTN, credit card dan personal loan. Komitmen bulanan pula adalah seperti personal insurance/takaful, sumbangan untuk parents, bil telefon, emm apa lagi eh. Lebih kurang itulah rasanya. So listkan semuanya dalam one Excel sheets, masuk kan sekali passive income hasil rumah yang disewakan, so perbelanjaan bulan yang aku harus ada adalah dalam RM2000-RM3000.

2. Cuba buat sesuatu yang boleh dapat gaji cukup untuk bayar komitmen dan hutang sahaja.

So aku cari pekerjaan yang cukup untuk tampung komitment RM3000. Dalam masa yang sama aku masih juga bekerja dan buat savings sedikit demi sedikit. Orang cakap kalau nak berhenti kerja, perlu ada simpanan bersamaan dengan 6 bulan gaji sekarang. Gaji terakhir aku sebelum berhenti kerja rasanya dalam RM4500. So aku sepatutnya ada simpanan RM27,000 sebelum berhenti. But I didn't have it. Masa aku berhenti kerja, aku tiada pun savings 6 bulan gaji sekarang. Takpe, aku taknak fikir pasal itu nanti jadi stress so aku terus berusaha buat pekerjaan sampingan yang boleh rasanya boleh dapat tampung hutang sahaja.

Mula mula aku cuba tolong my sister-in-law jual product hair tonic. Bagus okay product tu, sampai sekarang masih ada return customer yang ulang beli that product tapi aku dah tak larat nak buat dah haha, aku pass semua customers ke kakak ipar aku je. Untuk hair tonic tu, setiap sebotol yang terjual, aku untung dalam RM30. So jual 10, untung RM300. Kena jual 100 sebulan baru dapat RM3000. Aku start dengan introduced kat blog dulu. Macam rasa segan segan lagi. Aku borak dengan my sister, masa tu Oyah jual Cuckoo guna FB ads (bongok gila masa ni tak terus tanya dia macam mana commission jual Cuckoo hahahahaha), the idea of Facebook ads memang interesting for me sebab boleh jual pada strangers. Yelah sebab aku segan segan kan. Aku terus buat Facebook page khas untuk product itu, godek godek buat FB ads sendiri, agak menjadi so dapatlah jual banyak tapi taklah sampai 100 botol sebulan. Seronok sangat dapat side income. You know untuk orang yang dah ada fixed income tetiba dapat lagi side income tanpa perlu tinggalkan pekerjaan lama, happy tau.

Tapi penat, sebab berapa banyak pun yang dijual, dapat basic commission saja. Tak larat nak jual sampai 100 botol sebulan, baru aku approached Oyah tanya pasal Cuckoo hahaha sampai sekarang menyesal sebab lambat start 😂. Commission plan Cuckoo ni best, sebab jual satu product contoh dapat RM98. Jual 10 bukan dapat RM980, tapi dapat RM3980. Dapat bonus RM3000 so aku terus buntang mata sebab takyah jual sampai 100 pun hahahaha. Masa tu, target aku nak RM3000 je kan so kagumlah jual 10 pun dapat achieved target siap ada extra RM980 lagi. This time, AKU BUAT ALL OUT. Dah takde segan segan. Takde malu malu. TOTALLY OUT OF MY COMFORT ZONE. Serious weh aku approach semuaaaaaa orang yang aku kenal, online mahupun offline. Offline tu maksudnya secara berdepan, physically. Ingat aku ni semulajadi sales-oriented ke? NO! Masa tu aku masih bekerja so semuaaaa orang aku approached tau.

Dengan colleagues aku promote.
Dengan bos aku promote.
Dengan bos department sebelah aku promote.
Dengan staff department sebelah pun aku promote kahkah padahal selama ini tak pernah bercakap pun. 

Aku target RM3980 saja. Tapi bulan pertama, hanya dari ketidakmaluan itu, aku dapat gaji bersih Cuckoo hampir RM7000 😱. Tak salah aku dalam RM6800 haaaaaa gemuruh jiwa semangat membara aku tengok payslip!

Sebab pada saat itu aku tahu, inilah titik tolak untuk aku finally boleh pertimbangkan untuk berhenti kerja. Ya Allah perasaan apabila kau akhirnya nampak sinar untuk keluar dari kesengsaraan tu... kau bayangkan selama ini kau berada dalam perigi buta yang gelap gelita sebab ditutup dari luar, tiba tiba nampak sinar cahaya dari atas. Itulah perasaan aku dulu. Akhirnya nampak jalan.

Sebab itu aku cakap, mula mula aim untuk sekadar bayar hutang. Jangan tamak. Bersihkan hati betulkan niat. Yang kau nak berhenti kerja sebab apa. Masa itu jujur aku bagitau ni, berulang kali aku doa "Cukuplah aku dapat tampung hutang je, tak perlu kaya raya pun ya Allah." Sebab aku merancang untuk hidup sederhana sahaja. Tak pernah berniat untuk kaya pun.

3. Perbincangan jujur dan transparent dengan pasangan

INI PALING PENTING. Bila dah ada plan, walaupun belum cukup lengkap dan tak tahu what the future holds, ajaklah husband duduk kat meja makan, duduk depan laptop/buku nota. Present kat dia what is your plan. Tunjuk dengan jujur segala beban hutang yang you tanggung. Part ni memang ramai orang perempuan susah nak buat, sebab nature kaum wanita ni memang sangat berbelas kasihan, rasa macam malu/tak patut/segan/takut nak bincang dengan suami pasal duit. Taknak menyusahkan suami katanya. Excuse me, siapa lagi yang you nak susahkan kalau bukan your husband?? Sebab dalam rumahtangga ni, there's no such thing as susah sorang sorang, HARUS SUSAH SAMA SAMA sebab bila senang definitely akan rasa bersama sama. Kenapa bila susah taknak bersama sama?? In marriage, one person collapse, keseluruhan institusi rumahtangga itu akan collapse sebab suami isteri merupakan satu pasukan yang sama. Tiada one-man show dalam rumah tangga. So kena sentiasa bersama sama. Suamilah yang paling perlu tahu segala masalah you, segala bebanan you. Aku cakap dengan jujur apa perancangan aku, aku inform yang kerja yang aku nak buat ni tiada fixed income, mungkin ada ups and downs, dan aku perlukan dia untuk sokong aku.

Suami aku, dari awal even masa aku tak ada back up plan pun dia memang dah suruh aku berhenti je kerja. Dia mampu, tapi katanya hidup taklah boleh mewah. Tapi dia mampu. Dan gaji beliau ketika itu dalam RM5000. Sedih okay bayangkan dia tanggung segalanya dengan gaji RM5000. So bila aku bentangkan perancangan untuk berhenti kerja tu, my husband support habis habisan la. Support tu bukan hanya sekadar di mulut tau, tapi dari segi fizikal contoh bila aku tengah buat sales atau mengadap laptop untuk strategize, husband tolong tengokkan anak anak walaupun dia sendiri baru balik kerja je masa tu. Bila aku busy sangat sampai tak masak, dia belikan je makanan kat luar. Pernah sebulan makan luar je sebab terlalu busy. Bila aku stress macam nak menangis aku cerita dengan dia walaupun dia ketika itu belum buat join Cuckoo lagi, dia akan bagi ideas dan sama sama brainstorming dengan aku. Banyak sangat yang husband aku buat to show how much he supports me, huuu taip ni pun rasa bergenang air mata sobs 😭

4. Kawal perbelanjaan dan give more to your loved ones

Apabila you dah keluar dari pekerjaan itu dan buat pekerjaan lain yang possibly income lebih rendah dari sebelumnya, kawal perbelanjaan. Contoh aku dulu, bulan pertama aku dapat RM6800 tu, aku masih ada gaji dari pekerjaan tetap aku so total gaji Cuckoo tu aku terus buat full settlement for one of my debt. That's why aku suruh buat in Excel sheets. Dalam aku punya list of hutang kan, aku buat juga 1 column untuk anggaran tarikh/tahun hutang itu aku patut selesaikan. Ya Allah bila dapat tick-off satu hutang tu perasaannya.... haih tak tahu aku nak cakap macam mana. Tambah tambah bila kita berjaya langsaikan jauh lebih awal daripada yang sepatutnya.

Aku memang spend very wisely tau. Berapa yang aku dapat untuk bulan itu, aku gunakan untuk bayar hutang dan komitmen, buat belanja belanja sikit dan selebihnya semuaaaa aku gunakan untuk bayar hutang lain dengan bayar secara big amount. Contoh bila aku dapat RM7000, aku bayar hutang/komitment dalam RM3000, aku belanja belanja dalam RM1000, lagi RM3000 aku bayar pula hutang lain so that principal hutang itu berkurangan secara drastik. Ada orang sayang duit so dia buat savings je, aku pula jenis buat apa menyimpan banyak kalau hutang masih banyak? Bukankah melangsaikan hutang itu lebih penting berbanding mempunyai simpanan yang banyak?

Satu persatu hutang aku selesaikan. Even loan rumah yang sepatutnya duration 30 tahun pun aku aim nak selesaikan dalam 5 tahun, best tau ada perancangan macam ni, buat kita sayang nak berbelanja lebih lebih sangat. I do reward myself once in a while, belanja family tu kerap juga sebab itukan punca rezeki, tapi kaki aku ni sentiasa on the ground. Sentiasa berpijak di bumi yang nyata, alhamdulillah tak pernah lagi terbang terawang awang sampai lupa jalan pulang, walaupun pada satu tahap tu aku dah achieved hampir RM30k gaji bersih. 

Bila dah hampir debt free, barulah aku start buat savings secara massive. Simpanlah duit, we never know what the future holds. Simpan je untuk diri sendiri, untuk anak anak. Paling penting, kecil atau besar duit ni, pastikan ada allocation untuk parents. Dari zaman bekerja sampailah sekarang, alhamdulillah memang 10% dari gaji aku memang untuk parents. Ni you buat without failed okay, even masa gaji aku RM2000 pun, RM200 tetap untuk parents. Kalau you boleh bagi more than 10% pun just go for it. Tak pernah lagi aku dengar orang jadi miskin sebab asyik bagi parents, malah yang miskin jadi semakin kaya adalah. Betul tau, jangan missed bahagian parents,

5. Once decided, JANGAN PANDANG BELAKANG

Yes, jangan fikir dah what if what if. Once you dah buat 3 perkara di atas, teruskan melangkah. Jangan pandang belakang, jangan fikir kalaulah kalaulah. You dah buat decision yang besar, MAKE IT WORTH. Buat sampai you rasa "BERBALOI BETUL AKU BERHENTI KERJA". Sebab pekerjaan itu 'merosakkan' you, you buat sampai diri you akhirnya dah 'DIPERBAIKI'. Plan and plan, tengok muka anak anak selalu, merekalah your BIG WHY. Aku buat semua ini supaya mereka bahagia. aku buat semua ini supaya AKU SENDIRI BAHAGIA. Be positive! Terutama bila you dalam bidang sales ni, memang tak boleh ada ruang untuk negavity. Once you start being negative, mesti rasa macam rezeki tu susah je nak dapat. Doa banyak banyak, jangan sesekali rasa menyesal. Always remind yourselves kenapa you buat that decision at the first place.

I realized bila aku berada dalam bidang ini, aku dah tiada masa lagi untuk fikir hal yang remeh temeh. Otak aku sentiasa fikir macam mana aku nak improve myself, macam mana nak improve our way of life. Now that I have a very big team, otak aku sentiasa fikir macam mana nak improve their lives too. Alhamdulillah dalam hati dan fikiran aku, tak pernah lagi rasa nak kembali ke kehidupan dahulu, tak pernah terdetik pun rasa menyesal buat keputusan ini. Pandang depannnnn je, jangan hilang focus. Plan, plan and plan. Lepas plan tu, berdoalah agar semuanya dipermudahkan. You plan, Allah plans, and Allah is The Best Planner. Dugaan tu memang ada, jangan ingat perjalanan aku smooth all the time. Memang ada hiccups here and there. Tapi bangkitlah semula, teruskan melangkah.

Yang penting, always be humble.
Rezeki yang kita ada sekarang bukanlah disebabkan kita ni hebat sangat.
Rezeki yang kita dapat adalah hasil doa ibu bapa kita.
Rezeki yang kita dapat ini adalah hasil pengorbanan suami yang memahami.
Rezeki yang kita dapat ini adalah hasil dari bahagianya anak anak bersama kita.

Aku tahu situasi kita semua berbeza, aku harap apa yang aku kongsikan ini bermanfaat sedikit sebanyak to all of you yang dah lama memikirkan cara untuk keluar dari pekerjaan sekarang. I feel you, I really am. Take one step now, jangan hanya memendam rasa tanpa ambil langkah yang mengubah hidup kita. You cannot change your life until you change something in your daily routine. Start doing something different now 💪💪



3 comments:

Anis Azalea said...

Ini adalah pengakuan paling jujur pernah saya baca untuk berhenti kerja. Saya dah melaluinya. Memang sukar. Inspired me to write my own story. Haha. Ada blog tapi nak cerita hal sebenar sangat payah.

Kepada yang nak berhenti kerja di luar sana, bacalah kisah ini.

mumbra99 said...

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman, mmg terlalu berat nk mulakan langkah pertama, sgt berat. Mcm2 dlm kepala.
Kalau hidup sebtg kara mmg dh lama berhenti tp bila dh ada tggjwb ni takut itu dan ini.
Saya harap Allah permudahkan jln saya... bismillah...

Nes Shahira said...

Assalam, kepada penulis entry ni, hugs dari jauh for your wise opinion and advice..
sy sedang alami skrg sedikit sebanyak buka minda dan beri sy keyakinan untuk buat keputusan.. thanks again sis