Sunday, August 12, 2018

Jiwa Blogger


Nuffnang. Bloggers mesti tahu apa ni. Tadi masa menyusukan Maryam tiba tiba teringat pasal Nuffnang, pastu terus cuba cuba login akaun nasib baik masih ingat password. Dah 2-3 tahun tak login akaun! Untuk yang tidak tahu, Nuffnang ni adalah medium untuk bloggers dapat duit based on campaign yang dia tumpang kat blog kita and berapa ramai blog visitors. Kat Nuffnang ni kita akan nampak berapa ramai orang yang baca blog. Dalam gambar ni adalah count untuk hari ini. Total Uniques adalah berapa ramai yang klik blog kita, Total Views adalah jumlah daripada unique visitors tu berapa ramai pula yang re-visit at the same day. Masa zaman hardcore berblogging 5-6 tahun lepas, unique visitors sehari lebih kurang 800-1000 orang. Dah hardcore pun masih tak popular kahkah, bloggers yang popular unique visitor biasanya puluhan ribu sehari tau. 

 8 tahun blogging, ada a few thousands juga yang aku pernah cash out kan dari Nuffnang. Paling banyak dulu sehari Nuffnang masuk RM10, punyalah seronok. Sebulan jadi RM300. Masa tu kerja gaji RM2000, dapat RM300 duit extra memang best sangat. Jadi makin bersemangat update blog, nak dapat duit punya pasal hahaha tak ikhlas betul. 

Tapi nak make sure orang datang blog kita bukannya asal you update je, blog content kena best. Dulu aku rasa content blog aku very humorous, seriously bila baca balik dulu dulu rasa macam wow tingginya sense of humour aku dulu 😅. Sekarang bila blogging balik, struggle nya nak keluarkan ayat yang funny dan catchy, rasa macam bosan je baca what happen to me?? #aging. Dulu everyday check Nuffnang tengok berapa orang visit blog aku HAHAHA, yelah dah hari hari update blog kan. Pastu siap paksa adik beradik share post kat blog aku supaya lebih ramai visitors ya Allah 😝😝 Best tau bila orang baca apa kita tulis, pastu bila ada orang komen rasa bunga bunga je. Tu kalau komen yang elok elok la. Bukannya takde komen yang teruk teruk tapi mestilah aku tak approve dan aku anggap je orang yang komen tu jeles dengan aku wekk 😜 

Walaupun tak seberapa, tapi bestnya bila hobi kita mendatangkan duit. I love to write, I got it from my father. I think all my sisters are good at writing too. Ingatkan dah tak aktif blogging, dah takde dapat duit dah. Sekali tengok tadi ada RM306.74 whoaa sape yang masih rajin buka blog aku yang sendu ni. Ni hasil untuk 2-3 tahun tau, bukan untuk sebulan wakakak 😂 

 Those were the days, teringin sangat nak aktif balik. This time bukan sebab duit dah, tapi hanya supaya aku ada kenangan di hari tua. Sekarang pun, bila baca post 5-6 tahun lepas boleh ketawa balik, ada juga post yang boleh mengalir air mata juga membacanya. Kenangan sungguh. Tapi itulah. Masa. Dah tak ada masa. Kerja aku hampir 100% menggunakan handphone dan laptop. Bila macam tak busy sangat, rasa macam tak patut pula nak masih pegang handphone or mengadap laptop untuk benda lagho. Kesianlah anak anak. Mungkin aku akan cuba curi curi masa untuk berblogging bila anak anak dah tidur #gigih. No excuse! I love blogging. Are you still with me?


1 comment: