Tuesday, August 7, 2018

Maryam Helena

Perghh last update bulan April! 4 bulan dah berlalu.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, untuk yang tidak tahu, saya sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan tersangatlah comel dan digilai ramai jejaka (3 orang, to be specific--Daddy, Ammar Yusuf dan Adam Muaz 😝😝) and protected fiercely by her overprotective Mommy hmmm geramnyaaa sambil taip teringat si comel tu #obsessivemother.


Maryam Helena Muhammad Hanis. Day 1.

Mengandungkan Maryam bagi aku, was the hardest pregnancy compared to the other two. Kemungkinan besar atas faktor usia, dan mungkin juga faktor pemakanan tapi third pregnancy inilah yang aku paling jaga makan actually. Entahlah kenapa. Memang susah, sakit dan sangat memenatkan. Tapi bak kata suamiku, takkanlah Allah nak bagi susah je berpanjangan, setiap kesusahan pastilah akan diganti dengan kesenangan yang berganda ganda jika kita bersabar cewah sekarang pandailah kau cakap 😆. Difficult roads often lead to beautiful destinations, kan? 

Sebabnya, biarpun mengandungkan Maryam sangatlah susah bagi aku, tapi melahirkan Maryam alhamdulillah sangat dipermudahkan. Maryam lahir ketika kandungan aku hanya 38 minggu, bermula dengan blood show dan mild contraction pada pagi itu, terus ke hospital, checked dah 2cm dilated, warded terus dapat bilik first class at Hospital Putrajaya, dilated 6-7cm pun masih steady, contraction 10cm of course la sakit macam nak mati sebab tak sempat ambil epidural tapi sekali push je terus keluar kepala, Mommy curi nafas (dah pandai sebab praktis banyak kali kot ikut Youtube HAHAHA) terus keluar semua ya Allah. Hanya 2.73kg, paling kecil berbanding abang abang. Nevertheless, syukur alhamdulillah.

Berpantang pun mudah, aku pantang di rumah sendiri saja, book confinement lady untuk 15 hari, makan minum semua sekali dalam pakej. Tukang urut tu bagus, makanan sedap, tapi sorry aku tak dapat nak recommend dia sebab syarikat tu banyak bad reputation dan baru je viral recently. Still, syukur juga despite their reputation, aku dijaga dengan baik sebenarnya. Takut kalau aku recommend you guys dapat confinement lady yang tak best, naya.

Jahitan episiotomy sembuh sepenuhnya dalam masa yang singkat, mungkin sebab banyak rest maklumlah anak teruna lagi dua orang dijaga oleh husbandku SEBAB BELIAU DAH RESIGN DAN SAMA SAMA KERJA DARI RUMAH WUHUUUU! Best okay bila husband dah join buat benda yang sama dengan kita, banyak perkara dipermudahkan. Maryam is an easy baby, a real little miss diva sebab tidur mesti nak ber-aircond! Geram je. Geramlah budak ni dkhwrghhhh geram angatt!


Maryam today. 

Lagi 2 hari genaplah 2 bulan. Masih perangai diva sebab hanya akan sleep bila didukung dan yang dukung tu perlu berdiri dan berjalan hamboii banyak cantikkkk geramnyaaa Mommy! Haha maaflah, orang tua baru dapat baby memang macam ni, obsess lain macam kahkah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, life couldn't get any better than this dan aku bersyukur atas segala kurniaannya. Maryam lahir pada bulan yang sama aku promoted as manager, dan bulan itu juga my team ranked 3rd nationwide, nombor 3 daripada ratusan managers Cuckoo di seluruh Malaysia! 👏👏👏 Memang happy sangat sangat sebab... yelah ingat senang ke nak manage team dalam masa yang sama tengah nak adjusting hidup sebagai ibu anak tiga wuhuuu susah tau kadang rasa nak menangis je tapi suami dan anak anak adalah sumber kekuatanku. Tengok muka Maryam rasa kasih mencurah curah, terus rasa empowering sangat yelah Maryam my strong girl dari dalam perut Mommy dia dah terpaksa rasa macam macam ubat (Mommy warded 4 hari pada usia kandungan 35 minggu due to hemorrhoid trauma, serious trauma sampai sekarang bila teringat lagi scary dari sakit bersalin). 

Maryam good girl, anak solehah. Maryam lahir pada waktu yang sangat sesuai pada saat Mommy, Daddy dan abang abang dah memang bersedia. Sebab itu Maryam sangat disayangi semua, abang abang memang peminat fanatik Maryam hahaha adik dia jelah paling comel di dunia. Abang abang panggil Princess. Dah 2 bulan pun masih Princess lagi, entah entah sampai awak 30 tahun abang abang masih panggil Princess hahaha. 

Sayangnya Mommy kat Maryam ni, tak tahu nak gambarkan macam mana dah. Maryam cry pun Mommy rasa cute sangat, hati Mommy sentiasa cair dan berbunga bunga je tengok Maryam ni, rasa tak sampai hati mengenangkan betapa helpless-nya Maryam. Tak boleh bayang bila ada orang yang tergamak buat bukan bukan pada seorang bayi, sebab bayi kan sangat helpless. Sedih baca berita bayi lain yang diperlakukan dengan kejam oleh penjaga yang tak berhati perut. Allah lindungilah Maryam ya. Jagalah Maryam.

Dahlah, terus rasa emo pulak, nak pergi tengok Maryam yang dah 2 jam tidur tu. Nanti aku sambung lagi. Best sebenarnya blogging ni, dalam banyak banyak medium bersosial, blog lah yang bagi aku paling dekat di hati. Tapi malangnya, masa sangat mencemburui kita. Serious, tak cukup masa sangat untuk buat semua. But I love this busy-ness, I love this hectic life; rasa hari hari aku sangat 'penuh', sampai tiada lagi ruang untuk perkara yang tidak penting. Akan aku cuba untuk menulis di sini dengan lebih kerap, inshaaAllah. 


2 comments:

  1. Alhamdulillah mabruk to you & your family. Macam experience PH juga. After 2 boys dapat girl memang obsess haha..

    Sedap namanya. Moga sihat dan sentiasa dilindungi-Nya ye Maryam.

    ReplyDelete
  2. inspiringnya process bersalin.. moga saya mcm tu jugak.teringin nak try gov hospital kali ni <3

    ReplyDelete