Thursday, January 24, 2019

Botol Air Tupperware


Hari ini Ammar Yusuf tertinggal botol air di sekolah. AGAIN. Ini kali kedua; kali pertama dulu memang hilang terus tak jumpa jumpa dah. So my husband and I are expecting the same for the second one. Bengang betul kami suami isteri, sebab kedua duanya botol air Tupperware 😫😫 Maka bisinglah Daddy meleteri kecuaian Abang, Daddylah paling geram sebab Daddy yang beli! Cantik pula tu botol air tu. Masa tu Ammar Yusuf tak cakap apa sangat, dia just cakap "Kalau cikgu jumpa mesti cikgu akan tolong simpankan". Jawapan yang aku rasa dia sendiri pun tak yakin.

Dah hampir masuk waktu tidur, aku jengah bilik anak anak bujang aku. Usually every night I'll try my best untuk baring dengan the boys, to recap their days dan bertanya soalan rutin sebelum tidur iaitu apa perkara best yang terjadi hari ini dan apa perkara tak best yang terjadi hari ini. Dimulakan dengan Adam Muaz, perkara best hari ini adalah boleh pakai jacket Abang masa pergi buat passport HAHAHAHA TU PUN BEST KE?! Amende entah Adam Muaz ni suka betul kalau dapat pakai jacket, perhaps because Malaysia ni cuaca panas so peluang untuk pakai jacket itu jarang berlaku 😝 Fast forward, bila tiba giliran Ammar Yusuf, aku mulakan dengan apa perkara yang tak best berlaku hari ini. Belum sempat dia jawab, aku dah terus teka, "Paling tak best hari ini mestilah kena marah sebab hilangkan botol air kan?"

Dia diam, dan kemudian bersuara,

"Abang geram betul.."

He stopped for a few seconds.

"Geramlah tertinggal botol air tu, Abang sedihlah Abang boleh lupa botol air tu. Geram betul Abang..."

Terdiam Mommy. Tak jadi nak berleter lagi. It just occurred to me that dia pun actually TAKNAK benda itu terjadi. Sedihlah dengar. Sedih sebab kita orang dewasa ni bila anak buat silap, kita selalu anggap yang they couldn't care less and tak rasa apa apa pun hilangkan barang orang dewasa. Cuai. Tak hargai barang. Mentang mentang bukan beli guna duit dia. Sedangkan hakikatnya, anak anak sebenarnya turut sama upset seperti kita. Perasaan mereka sama je macam kita, kita rasa geram dia hilangkan barang, dia pun sebenarnya geram dengan diri sendiri sebab hilangkan barang. Perhaps sekali sekala kita boleh berlebih kurang dengan kesilapan anak anak. Cut themselves some slack. If you find it necessary to give them some lectures, do it moderately and when the messages have already been delivered, we should stop and acknowledge that they might have already learnt the lesson. Sedih sebenarnya dengar anak menyalahkan diri sendiri, anak rasa diri sendiri tak guna. Sedangkan kita orang dewasa pun selalu buat mistakes, tertinggal barang berulang kali, apa lagi kanak kanak seusia dia. We all should learn to be a little bit lenient untuk perkara yang tidak disengajakan. Kita tak suka ianya berlaku, tidakkah kita terfikir yang anak anak juga TAK suka ianya berlaku? 



Saturday, January 19, 2019

Maryam Budak Baik

Maryam Helena adalah satu satunya anak yang kami suami isteri jaga sendiri hampir 100% (once a week only when Mommy is attending a weekly meeting, Grandma jaga). Ramai yang cakap, "Bertuah Maryam, Mommy dah tak kerja. Sepanjang masa boleh lekat dengan Mommy.". The truth is, akulah sebenarnya yang bertuah, kerana dianugerahkan Maryam Helena yang alhamdulillah bukan sahaja sangat adorable malah mudah dijaga dan sentiasa 'bertolak ansur' dengan jadual Mommy yang busy siang malam ni.

Seawal 2 bulan Maryam dah ikut Mommy masuk meeting, pergi event. Dulu bila ada meeting/event panjang yang tak dibenarkan bawa anak, susah betul hati rasa sebab Maryam taknak botol susu, so mesti Mommy akan balik sekejap separuh hari untuk susukan Maryam. Now alhamdulillah Maryam dah boleh terima susu dari botol walaupun tidaklah sepenuhnya, tapi a lot better than before.



Bila Mommy ada urgent work to do at home, Maryam kena belajar to play on her own pusing sana sini tengok ceiling main bubbles air liur haha. Selalu bila aku buat kerja di hadapan laptop, Maryam aku baringkan di sebelah aku ataupun letakkan di atas katil dan walaupun mata aku mengadap laptop, dari ekor mata boleh nampak Maryam pandang je Mommy dan bila Mommy toleh je ke arah dia, terus dia senyum lebar awwwww what a sweetheart sampai cair hati Mommy terus tinggal semua kerja 😂


Geramlah.


Cheeky sangat muka macam ni macam mana Mommy nak buat work macam ni?!

Bila Maryam tidur Mommy akan terus bangkit siapkan kerja satu persatu, lepas buat kerja rumah terus buka laptop laju laju reply and attending my teammates' needs, when it's all done tengok Maryam masih sleep buka excel sheets pula untuk merangka future plans. Selesai semua baru nak baring baring tengok social media Maryam dah bangun, bila dalam hati aku baru nak "Alaaa dah bangun kee" cepat cepat aku remind myself betapa Maryam dah terlalu lama bertoleransi untuk aku, kenapa aku diberi betis mahukan peha pula? 

Bila tengok Maryam yang diam je bersabar tunggu Mommy siapkan kerja, teringat abang abang dulu ditinggalkan 8-10 jam apabila Mommy keluar bekerja 😔 Lama sebenarnya mereka bersabar dan tunggu je kita datang jemput dengan harapan bila dah bersama, kita akan spend masa dengan mereka. Kita rasa kita berkorban untuk anak anak, hakikatnya anak anak sebenarnya yang berkorban untuk kita. So bila balik kerja tu bermainlah dengan anak anak, spend masa sepenuhnya dengan anak anak. Janganlah jadi parents yang terlalu demanding dahlah tinggalkan mereka berjam jam, bila balik kerja masih nak demand mereka untuk be on their best behaviour sementara kita nak uruskan perkara lain pulak lagi. Berapa banyak me-time yang kita nak lagi astaghfirullahalazim.


Maryam Helena kesayangan semua. Thank you for being such an angel, my darling baby girl. Maryam lahir dalam bulan yang sama Mommy dinaikkan pangkat. Juggling between a new career path and having a newborn baby at the same time can be so overwhelming but you make it so smooth and easy. Having you is very empowering. Mommy nak Maryam jadi strong and resilient macam Mommy, dalam masa yang sama we have to know our limits tak perlu pun buat semua benda sendiri. You know, of course we can do everything but don't you think it is a lot better if somebody else is doing it for us? 😉 You have to know how important self-love is. Start with loving yourself first, and the rest will follow 💖



Thursday, January 17, 2019

Happy New Year?

Entah mengapa terasa ingin berblogging walaupun tidaklah ada cerita yang menarik sangat pun. Fuyyo last update bulan Oktober tahun lepas! 😲

Apa khabar semua?

(Sepi...)

Apa khabar semuaaa??!

(Sepi dan aku sendiri....)

APA KHABAR SEMUAAAA???!!!

Allahu terima jelah kenyataan 😆😆😆😆

Sudah masuk tahun 2019. Tahun depan dah 2020. Mana kereta terbang mana?? Tahun ni Ammar Yusuf sekolah pagi dan petang, Adam Muaz pula sekolah pagi sahaja. So waktu pagi adalah waktu aku ber'me-time' bersama Maryam hahaha takda maknanya me-time. Waktu tanpa Abang dan Adam, waktu itu jugalah nak mandikan anak nak breakfast nak siapkan lunch. Paling pack waktu pukul 11-1pm sebab masa tu the boys dah balik and bersiap siap untuk ke sekolah petang pula so memang sibuklah. Lepas pukul 2 agak tenang, sebab Adam Muaz dah start layu mata nak sleep, Maryam pun sama so bolehlah  punch card masuk 'office' eceh bajet sangat. Wow begitu tiada idea kah sehingga menceritakan jadual harian yang begitu ordinary ini? 😝 Sabarlah dahulu sementara aku warming up ini, bila jarang bercerita memang akan dilanda writer's block begini 💆.

Anyway haa, just nak cerita baru baru ini aku dilanda stress yang sangatlah, overwhelming. Dah lama tak rasa stress sebegitu semenjak bekerja dari rumah ni. But that day was so, what should I say, so exhausting! Betullah, perasaan negatif ni memakan diri betul. Terus hari itu berlalu dengan sia sia sebab dimulakan dengan perkara yang mengganggu perasaan kan. What I did was,

1. Talk to someone. 
I talked to my sister, of course. She is way younger than me but she makes a lot more sense than many other older people I know.

2. Take wudhu and read Quran. 
Baca sekali the tafsir. Very calming mashaaAllah.

3. Make a checklist. 
Yes, I notice listing down what you should be doing really helps to ease your mind. Whenever I feel like I'm all over the place, mesti hari itu adalah hari yang aku tiada checklist. So yes, I atur semula checklist.

So esoknya aku bangun pagi, dan buat satu persatu dari list yang aku sudah sediakan beforehand. Seriously terus hilang stress and I'm back to my old-contented self because the truth is, perasaan negatif boleh masuk ke dalam diri/jiwa/fikiran kita kerana diri/jiwa/fikiran kita ada 'ruang' untuk negativity itu. You know what I'm saying? Sebab diri/jiwa/fikiran kita belum cukup 'penuh'. So dari awal lagi kita perlu 'penuh' kan diri/jiwa/fikiran kita dengan perkara yang baik, yang berfaedah, yang buat kita move forward even if it is just house chores. If we fail to plan, we fail to plan. Always plan, always have a checklist, always have goals. It really helps us to focus, and disebabkan kita focus, kita tiada ruang lagi untuk masukkan perasaan yang tidak best dalam diri.


My vision board 🙌

That's about it for now, I'll TRYYYY my best to update more often, emm it's actually more to for my own memory than for people to read but who am I kidding, having 2-3 readers would definitely makes me happy too 😚