Tuesday, June 29, 2010

Senyumlah, senyumlah ah haii cik mek molek (sambil goyang gerudi M. Daud Kilau)

Just now i browsed through my friend's page at Facebook. Kawan saya ni terkenal dengan senyuman lebarnya, but lately i perasan gambar dia banyak yang senyum tutup mulut. The smile suits her just nice, but somehow i prefer her big smile. Senyum lebar atau senyum tutup mulut, mana satu pilihan hati? Heh pasal senyum pun boleh jadi topik.


Okay ni pandangan peribadi saya sahaja. Saya suka tengok orang yang senyum lebar, or senyum yang nampak gigi. Sebab bagi saya senyum lebar nampak lebih lively and outstanding berbanding orang lain. Lebih menghidupkan gambar. Senyum lebar boleh membuatkan orang yang tak cantik pun boleh nampak cantik, provided gigi dia cantik la.


Saya sendiri bukan jenis bergigi cantik. I mean tak tersusun cantik macam Lisa Surihani OMG she's gorgeous goddammit! Jeles jeles. Masa belajar dulu dah bertekad nak buat braces bila dah kerja tapi asyik bertangguh je plus takut (dengar cerita sakit masa mula mula pakai) plus belum cukup duit lagi, mahal doh buat braces ni.
Pernah saya suarakan pada Oyah, "Family kita ni takde pun yang gigi betul betul tersusun kan?"


Oyah cakap, "Eh tak jugak, Lah punya gigi tersusun la"


*Lah = Adik lelaki saya, second last. Abang kepada Oyah. Adik kepada Man. Man tu adik bawah saya. Oh takyah pening pening. Saya, 16 25 tahun. Man, 23. Lah, 21. Oyah, 17.


Ye ke? Tak perasan pula gigi dia cantik ke tak. Struggle aku browse Facebook dia nak cari gambar dia yang nampak semua gigi. Dapat yang ni je..

Susahnya nak cari gambar dia loosen up macam ni. Sebab kebanyakan gambar dia semuanya control hensem..

Seperti ini,



Takpun yang ni..
OMG you look so gay brother -_-".

Tapi cuba aku yang senyum tutup mulut..
Me & Oyah

Dem, pipi aku je dah penuh satu gambar. Pernah satu hari my boss lalu dan tegur ai, "You ni Husna asyik makan je." Saya jawab la, "Eh mana ada makan boss" Rupanya pipi aku tebal sangat sampai dia ingat ada makanan dalam mulut waaaaaa~~~!! :((
Ehem ehem. Ada yang rasa nak tampar monitor tak? Wakaka!
Sementara muda haruslah mencuba pelbagai perwatakan. Boring la kalau dari kecil asyik jadi budak baik je. Tapi memang jahanam la kalau manjang kau asyik jadi si jahat je. Oh gambar di atas adalah ketika aku membawakan watak gedik. Macam control ayu gila syall. Benci tengok gambar senyum tutup mulut. Tapi orang cakap masa nikah nanti kena senyum tutup mulut kan? Tak boleh la senyum eksaited macam ni..

Eh tengah cari cari gambar nak tunjuk muka aku senyum lebar terjumpa lak gambar ni.
Saya dan adik adik. Dari kiri cepat jalan! Ok seryes seryes, dari kiri: Husna si nampak muda, Man, Lah and Oyah.

So kesimpulannya, senyum nampak gigi lebih ceria, manakala senyum tutup mulut nampak lebih ayu dan matang. But not to me la kot. Kalau aku yang senyum tutup mulut nampak gedik hell macam minta penampar -_-


Monday, June 28, 2010

Senarai perkara cool untuk wanita

Suatu petang di rumah Kakna. Eh bukan suatu petang, petang semalam je pun.

Imran: Antina, Antina kerja apa?
Saya: Engineer (sambil baca paper)
Imran: (Senyum lebar pandang Irfan) Antina sini kejap repair komputer kitorang ni.
Saya: Eh, Antina bukan engineer repair komputer. Antina engineer buat bangunan.
Irfan: Kan Ipan dah kata, Antina tak tahu punya. (Lalu blah hentak hentak kaki)


Damn. Terasa LAME gila di situ. Sangat tak cool okay mengaku tak tahu repair komputer di depan anak buah! Tapi nak buat macam mana?? Masa belajar dulu saya pernah pandai pandai buka CPU cabut hard disk bagai, last last ada wayar putus ke apa entah terus rosak komputer. Habis duit hantar kedai repair. Oh kenapa aku tak pandai repair CPU? Kenapa aku tak cool??


Ni below saya list down several things yang nampak macam simple, tapi tak semua perempuan boleh buat. So siapa yang boleh buat benda benda ni dikira agak cool la. Or budak budak sekarang eja KEWL. Bukan hot or HAWT oh annoying gila guna ejaan ini. Ini dari pandangan aku yang tak cool langsung la, kalau korang rasa "Ek eleh macam ni pun nak cakap cool, nenek aku pun boleh buat" korang punya pasal la tak suruh pun korang sependapat dengan aku. Eh tiba tiba garang.


So ladies and gentlemen, presenting.... *drum rolls*. SENARAI PERKARA REMEH TAPI KALAU ORANG PEREMPUAN PANDAI BUAT MEMANG COOL LA DAN BOLEH BERLAGAK DENGAN ANAK BUAH! (Panjangnya tajuk esok je lah sambung).


  1. Repair CPU macam yang aku bebelkan tadi. Memang cool la girls yang pandai repair komputer. Aku ni kalau tengok orang perempuan cabut cabut skru di CPU dan bersihkan kipas pun dah kagum kot -_-"
  2. Cabut ink printer or scanner or fax machine dan tukar yang baru. (Ni kalau tak tahu memang aku luku kepala. Eh adakah nak cakap aku cool sebab pandai tukar ink? Keh keh)
  3. Tayar kereta kau pancit dan kau selamba berhenti tepi jalan, keluarkan tayar spare dan tukar sendiri takyah tunggu ejen insurans datang pun macam aku buat hari tu. Tapi dah alang alang ada ejen insurans, gunakan je la sepenuhnya. Tak la kotor hitam tangan ai~~ (sambil buat gaya bimbo)
  4. Pandai bawa motor. Aku pernah pandai bawa motor masa kawan dengan mat rempit di tingkatan 3 eh kantoi pernah geng rempit. Tapi sejak jadi gadis ayu sekarang langsung tak pandai (wakaka!)
  5. Kalau kereta rosak kau tahu je apa yang rosak, or at least tau makna terms overhaul, allignment lari, chamber and entah apa apa lagi.
  6. Kau pandai cari movie yang cantik gambarnya dan download guna torrent siap dengan subtitle lagi. Eh, is it what we call piracy? Heh. Adik adik kalau cerita Melayu tu download je la, takyah buang masa tengok kat wayang. Unless kalau cerita Afdlin Shauki. Best!
  7. Pandai guna Adobe Photoshop, superimposed dan sebagainya secara sempurna.
  8. Bila mak kau cakap sinki tersumbat, kau selamba ambil apa tools yang patut, buka saluran bawah sinki tu, buang segala yang menyumbat di situ dan pasang semula. Cool gila!
  9. Fully utilized the smartphones. Sebab aku perasan girls ni suka pakai smartphones, tapi beli mahal mahal kau cuma guna untuk call, sms, ambil gambar, dan wireless internet sahaja. Kan banyak lagi benda berguna yang boleh digunakan dalam tu..
  10. Pandai guna DSLR.
  11. Pandai guna 4WD, especially off-road. Rasanya lelaki pun ramai yang kantoi ni.
  12. Well-versed on the most updated gadget in town.
  13. Travel sana sini seorang diri. Macam kawan aku ni.
  14. Kau cantik, menarik, tertarik dan juga the boomm. Tapi sikit pun tak canggung makan bersila di rumah kampung siap minta sambal belacan dan ulam ulaman lagi.
  15. Selamba say hi pada ex-boyfriend di majlis keramaian. Especially kalau dia bawa partner. Kau tegur sekali the partner. Ni memang KEWL brother, KEWLL.
  16. Tahu nama setiap pemain bola yang masuk World Cup, or at least star untuk setiap negara. Or at least tahu Wayne Rooney tu dari negara mana dan main position apa. Or at least kenal la mana satu Wayne Rooney. Bukan macam aku yang refer mamat ni sebagai Si Takde Leher -_-"

Okay 16 je la dulu. Kalau korang ada tambahan boleh ketengahkan, dan kita perdebatkan. Wah wah orang lain punya pandangan manjang kau nak berdebat kan? Kaki gaduh betul.

Sunday, June 27, 2010

Surat untuk kawan baik. Please baca sampai habis :(

This entry is dedicated to the girls whom we have been bestfriends like.. forever.


2-3 hari ni adalah hari yang sangat panjang untuk aku. 2-3 hari ini memang aku balik lewat malam buat tender, so 2-3 hari ini adalah hari yang sangat tak terurus and even last Friday night aku tidur pakai baju kurung je lantaran terlampau letih. Oh, hari Jumaat aku memang pakai baju kurung, dan Jumaat lepas aku pakai dengan selendang hitam emergency sebab malas nak iron tudung lagipun-- OMG please takde siapa interested nak tahu kau pakai baju apa.


Semalam pun aku balik lambat, tender punya hal lagi lagipun gaduh dengan Hanis aku nangis sampai mata bengkak, terasa masin sikit donat yang aku makan sebab campur dengan air mata eh apahal nangis nangis pun sempat makan donat lagi??


Dah la semalam tidur lambat, hari ni awal awal pagi (pukul 8:30 pagi adalah sangat awal untuk hari Ahad) Mama dah gerak bangun suruh pergi rumah Kakna sebab Kakna on-call dan abang ipar aku kena pergi Tanjung Malim tiba tiba. So siapa nak jaga anak anak mereka 5 orang tu? Siapa? Siapaaaa??? Oh sangat annoying tanya orang ramai siapa nak jaga anak banyak kali. Dalam keadaan terpisat pisat aku bangun capai tudung indon dan terus drive ke rumah kakak aku. Aku duduk sana sampai pukul 3- sempat la juga cebok Asha berak 2 kali- sebab rasanya lebih afdal bawa budak budak balik rumah Mama je senang takyah aku nak masak apa apa.


Sampai rumah Mama baru teringat cheque gaji belum masukkan dalam bank lagi, duit dalam purse dah la tinggal RM8.25 je. Kalau bank in cheque hari ni lepas 3 hari la baru boleh cash kan. Shit, aku nak makan apa dengan RM8.25?? Terpaksalah minta duit Hanis, eh tapi aku gaduh dengan dia tak macho la minta duit dia. Takpelah, mungkin aku perlu berpuasa. Takpun makan je la biskut kering cecah Milo pagi petang kat office tu (harap harap kekasih baca dan bersimpati heh heh aku memang licik dan keji).


Dalam pukul 6 baru sampai rumah. Pukul 8:45 malam, tiba tiba rasa nak on handphone maxis. Dah dekat sebulan tak on, malas nak on sebab handphone tu cepat habis bateri penat betul nak cas lagipun semua orang contact di nombor Celcom je sekarang. Little that i realized that none of you have my Celcom number. On je handphone tu ada dua SMS. Buka.


Message No.1:

Mahukan video panas? Taip ON PANAS dan hantar ke...

Wtf siapa nak membazir duit request video panas dari handphone?? Kan boleh je download dari internet? Bukak Google taip je Ariel Peterporn--- oh i better stop here.


Message No.2:

Salam una, jgn lupe dtg umah aku pkol 12tghari ni tau -ely.


I was like.. OMAIGOD OMAIGOD!! THE GATHERING! MACAM MANA BOLEH LUPA NI!!! DAMN IT! DAAMN!! (T____T)


We're supposed to have lunch together at Ely's house. Something like girls' party. Or slumber party day version. 6 of us. They have put so much efforts in this, even Ely sanggup masak for us! They purposely throw the party sementara masih bujang lagi. Dah la rumah masing masing dekat gila! 5 minit je jalan kaki. And I.WAS.JUST.TOO.DUMB.THAT.I.FORGOT.ABOUT.THIS.


Girls, i know this is probably the lamest excuse you might ever heard. But i'm going through a very hectic life at the moment-be it my career or my personal life. I don't even have time for myself. Muka kusam gila, mata lagi hitam dari mata panda-- Okay cut the craps. Bottom line is, i totally missed the date, which is today. Silly me. You might not buying it, but eversince i stop wearing my watch (sebab habis bateri and takde masa nak pergi tukar bateri poyo lah kau manjang takde masa), i tend to miss the date almost everyday. Pernah aku beria ia pakai baju kurung siap sound Encik Hanis suruh pergi sembahyang Jumaat lagi, padahal hari tu hari Rabu. I'm truly sorry.. Aku memang nak sangat join korang.. Makan makan, cerita cerita, ketawa ketawa.


If only you know how much i miss you.. All of you.. I'm sorry :(
GENG BAS SEKOLAH. Geng sejak darjah 1 doh. Aja sorang takde masa ni, sebab baru lepas bersalin. Yang kat sini semuanya masih single. Ni masa hari raya 2 tahun lepas kot. Masa tu aku memang single. (Ni apahal emphasize pasal single 2-3 kali?) Perlu ke posing macam gambar keluarga ambik kat studio?
Ni anak Aja. Sekarang dah setahun lebih dah, comel gila! Aku kalau ada anak lelaki nanti nak jodohkan dengan anak Aja la. Tak kisah la dia tua setahun pun, moden sikit perempuan lagi tua dari lelaki.


(Entri nampak tak serius. Tapi aku serious hell sekarang rasa nak mencarut sambil tumbuk dinding bertubi tubi. Yes, i was too coward to call you girls - Ely, Adah, Mas, Aja, Ina..)






Friday, June 25, 2010

Mencintai apa adanya..

Suatu petang sambil jalan jalan di Mid Valley..

Cik Husna: Tak suka la dia buat macam ni sampai bila saya nak tahan bla.. bla.. bla.. (menceritakan kekecewaan dan kesedihan tentang seorang yang berkait dengan rapat dengan saya)

Encik Hanis: Sabar la. Nanti dia berubah la tu.

Cik Husna: Dari dulu dia macam tu, bila besar jadi makin teruk je saya tengok tau.

Encik Hanis: Dia akan berubah. Percayalah cakap saya. Dia akan berubah bila dia jumpa seorang perempuan yang dia betul betul sayang..

Cik Husna: *Diam*

Encik Hanis: *Diam jugak*
Cik Husna: *Senyum lebar* Awak berubah sebab saya ke?

Encik Hanis: Eh tolong sikit. Saya berubah sebab diri sendiri lah!

Cik Husna: Ala malu la tu malu la tu hahaha.

Encik Hanis: Ish, betul la saya takdenya nak berubah sebab perempuan. Eh jom masuk ZARA *ubah topik*


Hahaha..


Okay biasa dengar kan orang cakap mencintai seadanya? Adakah bermakna menerima segala kebaikan dan keburukan? Memang itulah maknanya nak fikir makna apa lagi. Tapi adakah bermakna kita tidak perlu berubah dengan beranggapan, "Kalau dia sayang aku dia kenalah terima aku macam ni" ??


Oh adik adik tolonglah jangan lurus sangat dalam hal ini.


Bagi saya ayat mencintai seadanya tu sangat subjektif maknanya. Kalau kau jenis malas mandi dan bau kau sangat hapak, tiba tiba kau ditakdirkan jatuh cinta, adakah kau tetap nak berpegang pada pendirian 'AKU TETAP TAKNAK MANDI SEBAB KALAU DIA SAYANG AKU DIA KENA TERIMA AKU SEADANYA TERMASUKLAH BAU BADANKU YANG HAPAK DAN DIHURUNGI LALAT'?


World doesn't revolve around just you, man. Patutkah Mila terasa hati bila kekasihnya Mahmud menegur sifat panas barannya dengan beranggapan jika Mahmud ikhlas mencintai maka Mahmud perlu menerimanya seadanya termasuklah membiarkan sahaja kelakuan buruknya? Patutkah Rozita yang kaki clubbing mengabaikan teguran Ramli yang suruh dia stop clubbing dengan alasan sebelum bercinta lagi Ramli dah tahu tabiat buruk dia tu so takyah la tiba tiba nak suruh berubah. Patut tak? Patut taaakk?? Taak.. Taakk.. Taaa....k.. (Wah siap ada echo.. Konon menjerit dalam gua..)


So kawan kawan. Dan juga diri sendiri. Kalau kita ditegur kerana sikap kita yang keterlaluan dan teguran itu ke arah kebaikan dan tidak memudaratkan, tak salah untuk kita menerimanya dengan hati terbuka dan cuba berubah. Kita ditegur supaya kita menjadi lebih baik, maknanya kita ditegur kerana dia sayangkan kita. Macam ibu bapa yang tegur kita la. Kau berani nak cakap dengan Mak kau, "Mak mana boleh tegur, Mak kenalah terima Along seadanya"?


Tapi kalau boyfriend kau tegur, "Yu ni asyik pakai baju kurung je, cubalah pakai skirt pendek sikit. Barulah bangga ai jalan dengan yu. Yu taknak ke buat ai bangga? Demi cinta kita?".. Kau jangan teragak agak menghadiahkan sekeping pelempang buat beliau. Baru boyfriend, boleh je lempang jangan takut tak cium bau syurga ke apa. Kalau suami kau yang suruh macam tu, erm.. Tak tahu lah nak cakap apa.. Bawak bawak la mengucap sikit cik abang ye..

Monday, June 21, 2010

HIV test today

Pagi pagi..
Cik Husna: Awak, Khamis ni kita ambil cuti tau, buat HIV test.
Encik Hanis: *diam*


Tiba tiba dia dial nombor siapa entah, cakap cakap, marah marah. Oh call lawyer dan bank rupanya. Ni mesti isu beli rumah ni. Punyalah lembap gila lawyer dan bank buat kerja, dari bulan 12 sampai sekarang tak dapat lagi kunci rumah. Mau tak naik angin laki aku. Tinggal 2 bulan lebih je. Terhegeh hegeh betul diorang ni buat kerja, cari pasal la kalau tak dapat rumah before kahwin dah tu nanti nak duduk mana? Taknaklah aku buat hal duduk rumah family lagi lepas kahwin.


Tengah hari..


Encik Hanis: Lepas lunch ni kita pergi Kelana Jaya, buat HIV test.
Cik Husna: Eh? Ok. *Malas nak tanya banyak, orang tengah garang. Kang tak pasal pasal aku lak kena marah*


So lepas minta izin dengan our CTO, kami pun memecut ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Okay tak memecut pun, merangkak rangkak jalan jem sdkgrmlrsswtcdg.


Sampai Kelana Jaya, awal lagi so pergi makan dulu di Giant. Terjumpa cousin Encik Hanis. Berkenal kenalan.


Cousin: Muka Kak Husna ni macam Umi Abang Hanis la..

*Umi = bakal ibu mertua


Haha.


Dah pukul 2, kami terus ke klinik yang terletak dekat je dengan Giant. Masuk klinik, mak aih ramainya orang. Takpe, ambil nombor dan isi borang dulu. Then kena bayar RM5. Memang kena bayar eh? Ingatkan free. Lama lagi nak sampai giliran. Terdapat juga pasangan lain yang turut sama menunggu giliran. Kebanyakan teman wanita terlentok di bahu teman lelaki. Takpe lah, tulang leher longgar kot. Kena ada support.


Bosan gila. So bermulalah aktiviti ala ala remaja. Ambil gambar sendiri. Encik Hanis cukup tak suka aktiviti ini.

Eh kekasih hilang sebelah mata pula. Terpaksa ambil sekali lagi. Heh heh. Lagipun muka aku macam minta penampar.


"Ok ready? Usha sikit sekeliling ada orang nampak tak. Malu je orang tengok orang tua tua macam kita ambil gambar sendiri" Sempat pula aku berpesan.


"Eh eh ada orang lalu la!" Encik Hanis yang sememangnya menjaga imej konon hensem tiba tiba berteriak. Satu klinik dengar. Daripada orang tak tahu aku ambil gambar sendiri terus semua orang tahu. Doktor dalam bilik pun turut sama menjengah kepala untuk tengok apa yang terjadi. Ok tu tipu.

Kan dah jadi hantu makcik cleaner -_-". So terpaksalah ambil sekali lagi ye bang.
Pehal muka aku tembam gila?? Encik Hanis dalam dilema sama ada nak buat muka control hensem atau muka takut nak kena ambil darah.

Okay okay sambung cerita. Lepas tunggu bukan main lama lagi dah la klinik tu panas takde aircond ai ni mana la biasa panas panas ni maklumlah dah biasa duduk London, akhirnya tiba giliran diambil darah. Saya seperti biasa terpaksalah memujuk Encik Hanis, "Sikit je sayang, tak sakit pun. Jangan la takut, saya ada". Wakaka. Blog aku sukati aku la nak tukar watak. Padahal aku yang menggelabah ingatkan dia ambil darah guna picagari tu rupanya tebuk sikit je kat jari. Heh heh bikin malu je.
Darah yang keluar banyak ni je. Setitik je dia ambil buat testing. Hehe. Cuak lebih je.

Lepas ambil darah, kena tunggu result pula. Tunggu lagi. Tunggu sampai tertidur. Nasib baik tulang leher kuat, kalau tak terlentok di bahu Encik Hanis mau aku kena kutuk balik dengan couple lain tadi sedap aku kutuk orang.


Last last dapat result. Macam ni je???



Tertulis di situ ayat yang mengesahkan anda dah buat saringan HIV. Ingatkan ada tulis macam result negative positive ke. Tak puas hati. Kami sama sama pergi tanya di kaunter dan dijelaskan, "Ye dik, memang macam tu je tak ada apa dah". Hehe. Tak malu pun. Malu bertanya sesat jalan tau~~




Sunday, June 20, 2010

Sebab tu la saya malas nak cakap pasal persiapan kahwin..

Entri ini sebagai menjawab pertanyaan rakan rakan tentang persiapan kahwin saya, sebab biasanya apabila ditanya mesti saya akan jawab macam nak taknak je. Kenapa? Sebab saya taknak stress. Kenapa stress pulak? Chill la babe, don't worry be happy. Chill palotak kau. Ok lets go through the list one by one.


1) Catering

Belum ada, dan tinggal 2 bulan lebih je lagi omaigosh omaigosh sempat ke?! Perihal catering memang sangat memeningkan. Asalnya saya nak ambil je mana mana catering dari majalah pengantin or website ke, and even dah buat test food merata pun, tapi semuanya ditolak oleh Baba. Sebab Baba nak ambil catering Pakcik Tahir our neighbour selang beberapa buah rumah je dengan alasan pakcik tu orang masjid, kita kenal dia dan makanan mesti bersih. Lagipun makanan dia sedap sedap bukan macam lauk kenduri lain yang ala kadar je, itu saya tak nafikan. Tapi saya jadi susah hati bila Baba belum betul betul confirmkan dengan dia. Memandangkan hal catering ditaja sepenuhnya oleh Baba so baik aku diam je jangan nak banyak bunyi. Kang Baba berubah hati taknak taja, aku ni ada ke duit nak tanggung sendiri 8-10ribu? Hah jawab jawab. InsyaAllah okay kot. Cuak la (T_T)


2) Pelamin

Korang tau aku takkan bersanding kan? Tapi aku ada cakap nak juga ada pelamin untuk sesi bergambar kan? Korang rasa berbaloi tak untuk ambil pelamin berharga RM1300 semata mata untuk bergambar? Sebab tiba tiba rasa nak ambil yang RM500 lebih je. Simple je la, sekadar cukup syarat ada background untuk bergambar. Ke bagi korang takpe lah mahal sikit bukan selalu kahwin ni. Sedap kau cakap kan. Meh sini duit.


3) Barang hantaran

This is the best part. Boleh tak masa beli cincin last week tiba tiba saya cakap dengan Encik Hanis, "Sayang, boleh tak kita takyah buat barang hantaran ni? Awak bagi saya cheque untuk duit hantaran, cincin dan mas kahwin, saya bagi awak Al-Quran. Maya Karin pun nikah bagi Al-Quran je". Heh heh bajet best guna contoh artis. Sebabnya saya dah pening la nak fikir barang apa yang saya nak jadikan hantaran. Nak letak set mekap, saya mana mekap sangat so membazir je, dah la bukan murah. Handbag dan kasut ok, tapi saya dah penat la nak jalan jalan cari yang sesuai. Then nak fikir decoration lagi. Encik Hanis setuju je memandangkan dia pun mengalami masalah yang sama. He agreed to remove barang barang hantaran from the list and increase the amount of wang hantaran. However dia suruh bincang dengan Mama dulu. Malam tu saya nekad bagitahu Mama, dan seperti dijangka Mama memang tak setuju pun. Setelah habis berbincang Mama cakap okay kalau ibu Hanis setuju. Okay, that's not gonna be easy. Last last supaya tak jadi conflict ke apa, kami sepakat untuk adakan juga barang barang hantaran sebagai adat sahaja, but reduce to 5 berbalas tujuh instead of 7-9 as before. Deal. Dia beli apa yang dia suka, saya beli apa yang saya suka, then later we exchange. And semalam Mama dah belanja telekung for my hantaran. Heh heh :)


4) Baju nikah

Saya mengalami sindrom down, eh bukan, sindrom pasrah sahaja dengan tailor saya. Kami pernah bertelagah pasal baju nikah saya, and for some reasons saya hilang kepercayaan pada dia. However dia dah halfway done my nikah outfit. So now pasrah je lah. Apapun outcome nya, itulah yang akan saya pakai di hari nikah nanti..


5) Outfit untuk majlis bertandang

Takde lagi. Encik Hanis pun tak cakap apa apa. Untuk tidak menambahkan stress, saya pun diamkan sahaja hal itu. Biar dia uruskan je, sibuk je aku ni belah dia punya pun nak masuk campur.


6) Kad kahwin

Tak siap lagi. Tunggu final confirmation dari belah Encik Hanis. On my side macam dah okay je map semua. His mom minta jangan letak ayat BISMILLAH dalam kad tu, sebab nanti orang buat sambil lewa je buang buang or mungkin boleh terpijak ke apa. Tak pasal pasal kita yang tanggung dosa. Good point there, auntie. Ramai Muslims yang overlook perkara tu.


7) Doorgifts

For VIP guests, dah confirm nak buat macam mana. For ordinary guests sahaja yang asyik berubah ubah fikiran. Rasa tak sampai hati pula nak double standard. Tapi kalau semua nak buat seperti VIP lingkup la aii~ So masih dalam perbincangan lagi.


8) Photographer

Seperti yang digembar-gemburkan oleh Encik Hanis di sini, kami sepakat untuk mengambil Lan sebagai our OC. Lan ni kawan Encik Hanis, so takde lah saya segan nak minta itu ini seperti mengambil gambar dari plan view, sambil berlari, berbaring dan sebagainya untuk mendapatkan shot yang menarik. Heh heh. Cakap lebih je minah ni, sekali depan kamera jadi kaku keras kejung. Tapi tak bayar deposit lagi ni. Duit lagi. *sigh* Then i'm thinking of having a videographer as well, worth it tak ye? And ada cadangan yang cantik dan affordable tak? Erm.. I mean, below RM1000 per session?? ... Ok takyah nak buat pandangan annoying, cakap je takde..


9) Borang nikah, HIV test, tok kadi dan sebagainya.

This is crucial. HIV test kami plan akan buat sama sama this week. Borang yang lain lain tu saya kena tunggu Encik Hanis buat dulu baru saya boleh bergerak. Ni aku tengok laki aku tu buat selamba je tak nampak buat apa apa pun lagi. Waaaaaa~~~ Dia taknak kahwin ke? Dia dah ubah fikiran nak kahwin dengan orang asli ke???


10) Diet

Ahhhhh! Benci aku bila fikir pasal diet ni. Takde berdiet apa pun. Tapi tadi timbang berat badan turun 2 kilo. Bila tengok dari luaran takde apa yang berubah pun. Mama tadi suruh saya try satu korset ni, baru cuba pakai 10 minit dah naik biru jugalah muka susah nak bernafas. Tak boleh bayang kena pakai sehari suntuk omaigod..


11) Skill memasak?

Senyap la kau. Ni pun nak tanya. Ubah topik.


12) Perhiasan bilik pengantin

Tak beli apa lagi. Tengah cari masa yang sesuai untuk keluar cari cadar pengantin. Kalau boleh taknak la cadar yang ropol ropol come on la ketinggalan zaman betul fesyen tu. So nak cari yang plain sahaja, memandangkan langsir di bilik pengantin nanti berbunga bunga vintage English style gitu. Selain itu saya terfikir nak letak scented candle sebagai penyeri, dan juga hiasan bunga segar, dan juga frame besar yang mengandungi photo collage me and him. Wah wah kena ambil pre-wedding photoshoot la ni. Duit macam dah tinggal RM4.80. Macam mana ni??



----
Banyak lagi rupanya kan. Stress! Sebab tu saya taknak ulas sangat pasal ni, kalau boleh taknak fikir langsung la.. Tau tau dah siap cantik tunggu disarungkan cincin. Ehem ehem. Tinggi angan angan kaauu~




Friday, June 18, 2010

Untung jadi Mama..

Anda perasan tak, dalam kehidupan ni kita selalu refer sesuatu sebagai kepunyaan ibu kita. Tak tahulah kau orang macam mana, tapi saya perasan dalam family saya Mama memang selalu dapat nama atas kebanyakan benda.


Bilik parents saya = Bilik Mama.
Rumah family saya = Rumah Mama.
Almari baju parents = Almari Mama walaupun share dengan Baba.


Banyak lagi lah, tikar Mama, kerusi Mama, katil Mama, dapur Mama. Kebanyakan barang yang kepunyaan bersama memang Mama lah yang dapat nama.


Untung jadi orang perempuan ni. Even perkataan ibubapa pun, ibu juga yang didahulukan. Cuba kalau bapaibu, langsung tak sedap kan?


Dalam family saya, Mama lebih banyak berleter berbanding Baba. Mama yang banyak merotani anak anak berbanding Baba. Tapi Mama jugalah yang pertama sekali dicari kalau ada apa apa masalah berbanding Baba. Kalau result exam gempak, Mama lah yang pertama sekali dihubungi. Kalau result teruk gila pun, Mama juga yang dicari. Masa kecil gaduh dengan adik beradik, kalau nak ugut mesti, "Aku bagitau Mama, padan muka kau" takde pun nak ugut bagitahu Baba. Putus cinta dengan boyfriend kapel 4 tahun, cari Mama. Boyfriend baru kenal tak sampai setahun ajak kahwin, cari Mama juga. Kena puji dengan bos and naik gaji, terus call Mama. Kena marah dengan bos tapi taklah sampai kena turun gaji, terus call Mama juga. Mama itu, Mama ini. Mama, Mama dan Mama. Mana Baba?


Entri ini bukan bertujuan apa apa, bukanlah bertujuan menidakkan peranan Baba dalam kehidupan kami, cuma terdetik bila dengar anak buah cakap,

"Esok Ipan datang rumah Grandma lagi tau"


Hehe. Sampai ke cucu pun sebut rumah Grandma. Kesian kat Baba. Penat keluar duit sediakan rumah and segala galanya, Mama juga yang dapat nama. So guys out there, biasa biasakan lah diri jadi second choice bila dah kahwin nanti ye. Heheh.. Bias nampak Husna kali ni. Ok ok next time akan buat entri pasal Baba pula :D


P.S: Love Mama and Baba equally :)




Wednesday, June 16, 2010

Membakar lemak dengan bermain Twister

Malam kelmarin main Twister dengan anak anak buah. Game yang sangat menyemputkan buah pinggang. Ok mari kita tengok step by step permainan ni walaupun orang lain dah lama main benda ni kau je yang ketinggalan sukati aku la nak cerita jugak.


Apa yang diperlukan adalah tapak permainan, spinner dan juga penjaga garisan. Watak penjaga garisan adalah optional- terpaksa diwujudkan sebab dua budak perempuan ni tak tahu main tapi nak main juga.

Tapak permainan dan penjaga garisan. Pehal Ashaa macam orang besar besar pakai towel kat kepala selepas mandi??
Spinner. Saya pusing abang Halim! (dialog Roda Impian dulu dulu, macamkan Halim Othman tu abang kau)


Lepas tu bahagikan team. Sila bahagikan sama rata, orang dewasa dan budak budak. Jangan 2 orang dewasa lawan 2 kanak kanak. Tapi kalau orang dewasa tu bersifat keanak-anakan macam Oyah takpe.


Seperti yang dilihat dalam gambar di atas, Team 1 terdiri daripada Si Orang Dewasa Pra-Matang (Oyah) dan Si Stress Kalau Tak Dapat A Dalam Peperiksaan (Imran). Team 2 pula terdiri daripada Si Baru Baligh (Abang) dan Si Seluar Koyak Tapi Tak Pakai Spender(Ipan). Jangan lupa untuk melantik seorang pengadil untuk memusingkan spinner. Oh dah ada pengadil rupanya - Si Jelita (Antina heh heh :D)


Kelihatan kapten kedua dua pasukan sedang meng'O Som' untuk menentukan giliran. Macam biasa Oyah main tipu lalu menang. Eh bukan ke towel tu Ashaa yang pakai kat kepala tadi?


Pengadil memulakan permainan dengan memusingkan spinner.
Jeng jeng! Jarum spinner menunjukkan Left Hand di bulatan hijau. So Oyah selaku pemain pertama haruslah meletakkan tangan kiri di bulatan hijau. Haha padan muka jauh nak capai.


Ni dia. Aksi paus kuak lentang. See? Anggota badan lain tidak dibenarkan menyentuh tapak permainan. Terasa nak biarkan aksi ini bertahan selama sejam sebelum memusingkan spinner tapi tak sampai hati pula.

Seterusnya pengadil akan memusingkan spinner secara bergilir gilir mengikut team, sampai jadi macam ni.


Atau macam ni (masa ni Oyah dah surrender dan diganti dengan penjaga garisan tadi. Eh adakah maksudnya saiz badan Oyah menyamai dua penjaga garisan? Wakaka!)

Pendek kata, siapa yang tak larat dan collapse dikira kalah la. Best tau main ni, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengeluarkan peluh.


Tapi memang hiruk pikuk la satu rumah.


"Adik kau jangan kentot tau muka Acu kat bontot kau ni!"
"Antina cepat la pusing, Abang tak tahan dah ni!"
"Ipan seluar koyak ke?? Eeeeeeeee geli laaa!!"


HAHAHAHA. Siapa la yang malang kena lalu tangan bawah kangkang Ipan.


Gambar selingan:


Selepas seminggu tak berjumpa. Pehal aku macam makcik kerja government? Pehal aku yang nampak eksaited lebih?? Adakah beliau dah tawar hati selepas ternampak orang asli rambut kerinting mandi bogel di sungai Gua Musang????


Tuesday, June 15, 2010

Is it normal, or it's just me?

Setiap kali beratur nak bayar barang di kaunter, saya mesti dah bersedia awal awal dengan duit or credit card di tangan walaupun ada 2-3 orang lagi di depan saya. Saya cepat rasa segan kalau biar cashier or orang belakang saya tunggu kalau dah kat depan kaunter baru nak terkial kial cari wallet dalam handbag.


Lepas tu selalu rasa bersalah nak bayar guna duit besar. Kalau dah terpaksa bayar guna RM50 untuk barang berharga RM3.50 memang berulang ulang kali la saya minta maaf tak ada duit kecil. Tah pape.


Setiap kali berjalan menuju ke parking kereta saya mesti akan bersedia dengan kunci kereta di tangan dengan ibu jari di punat merah. Pesanan Abang Zack masa saya beli kereta dulu yang saya masih ingat sampai sekarang: Biasakan diri buat macam tu, in case ada orang attack kita dari belakang before kita sampai ke kereta kita boleh terus tekan butang merah tu so alarm kereta akan berbunyi dan menarik perhatian orang lain seterusnya menakutkan penyerang.


Saya pernah ada image-conscious yang melampau. Sebelum call orang saya akan susun ayat dulu termasuklah membetulkan grammar dan sebagainya sebelum mendial. Takut jatuh imej kalau salah cakap or tergagap gagap. Tapi tu dulu. Sekarang ni nak call Mat Saleh pun belasah je tak fikir ayat apa pun. Konon English bombastik.


Di dalam kapal terbang, saya selalu segan nak bangun untuk ke toilet. Takut bila saya dah halfway berjalan ke toilet tiba tiba orang depan bangun dan terus masuk toilet maka tersipu sipu lah saya nak patah balik ke tempat duduk. Tah pape kan tu pun nak segan. Tapi tak la sampai biru muka tahan berak. Kalau terpaksa sangat aku lari je ke toilet, bergegar kapal terbang.


Whenever i feel out of place like sitting with a bunch of people i'm not very close, sometimes i tend to say something nice but unnecessary for the sake of pleasing people and to fit the crowds. Usually i'll end up regretting it..


Walaupun saya jenis taknak kalah kalau berdebat or berbalah, tapi saya sangat mengelak berdebat dengan orang yang bodoh. So kalau saya rasa berdebat dengan seseorang itu hanya membuang masa, saya akan biarkan dia menang dan bergembira. Ayat biasa untuk mengelak, "Apa apa je la kau" or, "Yeah, whatever".


Saya selalu bercakap dengan cermin untuk meningkatkan keyakinan diri. Because i used to have a very low self-esteem ketika di zaman persekolahan dulu especially sekolah rendah. Kalau ada kuiz yang kena angkat tangan untuk jawab biasanya saya tahu semua jawapannya, tapi tak ada keyakinan diri nak angkat tangan. Kesiannya.. (T_T)


Saya tak pernah suka zaman sekolah saya. Especially sekolah menengah. Still working on it.


Saya memang mudah rasa bersalah dan sifat ni sangat membencikan. Let say saya balik office dalam kekenyangan, tiba tiba Mama tanya, "Dah makan belum? Mama masak nasi ayam hari ni". Mesti saya akan cakap belum makan. Taknak kecilkan hati mama. Last night lepas gosok gigi dah nak baring tiba tiba Mama masuk bilik, "Eh taknak minum peach tea ke? Mama terbuat lebih lak. Banyak kat dapur tu". Sambil senyum saya bangun pergi dapur minum peach tea walaupun dah gosok gigi dah. Tak sampai hati nak cakap taknak.


Paling teruk, saya fickle minded. Semalam hantar kain baju nikah, cakap nak buat kurung moden konon nak simple. Balik rumah tiba tiba rasa nak kebaya labuh. Then call tailor suruh tukar. Esoknya cakap nak kurung moden balik. Supaya taknak rasa bersalah dengan tailor, tanamkan pada diri sendiri yang kita ni customer sukati kita la nak buat apa. Boleh tak macam tu?


*sigh*







Saturday, June 12, 2010

Ashaa vs Baby girl

Perhatikan gambar di bawah.

Watak dalam gambar:

Baju hijau: Kakna
Baju gown putih: Ashaa
Kena bedung dengan napkin: Baby girl anak Abang Sepul

Cuba tengok riak muka Ashaa.
....


Tak nampak? Okay aku zoom sikit.


Korang rasa apa yang ada dalam fikiran Ashaa yang tengah senyum paksa tu? Haha.






Friday, June 11, 2010

World Cup 2010 (taknak kalah cakap pasal bola)

Morning semua! Yu ols apa khabar? --Hello? Bimbo okayy sebut yu ols. Aku sejak sekolah lagi annoying betul dengar perkataan you all. Orang Melayu suka betul you all we all.. Sebut you je kan senang, tak pun sebut la you guys, or you girls, or kalau nak skema lagi guna all of you. Kan sedap sikit mendengarnya. Oh sangat tak baik memulakan hari Jumaat marah marah macam ni. PMS agaknya. Eh betul lak. Memang PMS.


World Cup 2010 bermula hari ni. Saya sokong negara mana? Zimbabwe main tak? Okay to be perfectly honest i'm not really into this football thang. Haha 'thang' tuu. Cool tak guna slang negro? Everythang. All these thang. Terus rasa nak nyanyi lagu Ommaaaiigosshh (OMG ~ Usher ft. Will.I.Am). Ni nak cerita pasal World Cup ke pasal negro?? Manjang nak melencong sdkrlmdddllrpq-- carutan pertama di hari Jumaat.


World Cup 2010 bermula, maka akan busy lah semua suami suami, teman lelaki, bapak bapak, abang abang, mamak maple, tahi judi dan juga tidak ketinggalan gadis gadis yang nak tunjuk cool tiba tiba suka bola padahal selama ni tak pernah tengok bola ataupun jenis macam saya yang tengok bola kalau ada Christiano Ronaldo main je. Ataupun Fabregas. Ataupun Raul Gonzalez. Oh tak Raul dah tua tapi sangat cool setiap kali menjaringkan gol dia akan cium cincin kahwin dia-- terus rasa nak belikan Encik Hanis cincin supaya dia boleh cium setiap kali menjaringkan gol masa main futsal oh so sweet kan? Sukati aku la nak tulis apa kau diam.


Saya tak ikut sangat bola sepak ni, but i do recognized several names of football players la kot. Biasanya yang hensem handal bermain la. Hehe. Eh tapi betul kan, pemain bola ramainya yang hensem hensem. Kenapa la tak jadi model ataupun pelakon je. Lepas tu tak kira la hensem atau tak mesti dapat girlfriend cun cun.. Patutlah Encik Hanis dapat saya. Hahahahaha. Ok tak kelakar langsung.


Dah taknak cakap pasal bola. Terasa aneh bila aku cakap pasal bola. Macam artis seksi yang cakap, "Calon suami ai mestilah seorang yang beriman dan memahami kerja ai". Aneh kan?


Lewat malam semalam, he texted me.


'Awak hari ni tak ingat org pun'
(Aah la. Satu hari tak contact dia langsung. Saya tunggu dia yang sms dulu sebenarnya, dia kan masuk site dalam hutan takde coverage so kalau dia dah sms tu maknanya dah keluar site la. )

'Kita tunggu awak sms dulu la..'


'Yela. Dah makan?'


'Tak lalu makan. Dari tadi terbaring je pandang henfon :('
(Ayat power untuk menunjukkan betapa aku tunggu sms dari dia heh heh)


'Sambil pegang ayam goreng kat tangan?'
(Okay very funny. Tahu pula aku tak pernah tak lalu makan)


'Do you miss me?'
(Ubah topik)


'More than you ever know..'




........
*Sob sob*
Orang yang lagi 3 bulan nak kahwin memang macam ni kot :'(







Thursday, June 10, 2010

Header baru dan semangat baru selepas berbual dengan bos :)

Header dah tukar! Inilah hasil copy and paste dalam Ms Word, convert to pdf, convert to JPEG, upload dalam Picnik.com, ubah itu ini and done. Ye, saya tak pandai LANGSUNG guna Adobe Photoshop whatsover (T_T). Memang sangat loser okayy apatah lagi bila tengok blog kawan kawan yang gempak gila edit gambar guna Photoshop. Asalnya nak guna paint je sebab tengok header Hanis Zalikha cantik je dia buat guna paint je ah dia tu tangan lemah gemalai kau tu tangan keras macam jantan memang jahanam la lukisan. Ada hati nak samakan dengan Hanis Zalikha. Pfftt.


So biarlah yang ini dulu, nanti kalau ada masa atau dah tak tahan sangat rasa macam nak lempang monitor tengok header aku posing bajet cun di sebalik langsir katil berharga RM40,000 di Harvey Norman tu nanti aku tukar la header lain. Kau orang sabar dulu dengan yang ini ye. Kalau tak boleh sabar buat buat la tak pandang header sambil baca content. Heheh.


Tadi jumpa bos untuk tunjuk dokumen, dokumen apa?? Ada la, sibuk je tu pun nak tau. Then bos tanya pasal persiapan kahwin, saya tersipu sipu la cakap persiapan tak buat apa apa lagi sebab takde duit so kalau boleh nak pinjam 20ribu-- tak tak tipu je. Saya cerita je la sikit sikit lebih kurang.


Then bos cakap,


"Dengar cerita nak tidur rumah bakal mertua hujung minggu ni? Mak mertua nak ajak ikut pergi kuliah Subuh kat surau kan?"


OMG ni pun bos tau?? Itulah kesan sampingan apabila bos anda berkawan baik dengan bakal mertua. *Malu ai tauuu* (sambil buat aksi macam gambar kat header OMG rasa nak tampar).

*Annoying tak ada dua OMG dalam satu perenggan?*



Then bos tanya macam macam, tanya background family, parents dulu kerja mana, yang best bila bos cakap,


"You ikut muka siapa? Your mother must be pretty kan?"


Adakah maksudnya, "Your mother must be pretty because you are pretty"??


Hahahaha..


....



Tak puas hati nampak??
:D






Tuesday, June 8, 2010

Welcome onboard, little princess! :)

Balik kerja lari lari turun kereta di kala azan Maghrib. Masuk rumah kecoh kecoh,

"Dikna puasa ni! Dikna puasa ni!"
Baba yang baru lepas ambil wudhu' nak ke masjid pun sama sama ke dapur mengiringi saya,

"Cepat cepat bagi kurma, Husna nak buka puasa ni!" Oh Baba memang comel :)



Heh heh. Hari ni hari kedua berpuasa ganti. Hati lebih tenang entah mengapa. Ingatan terhadap kekasih yang jauh di perantauan terus hilang apabila melihat wajah tenang si kecil. No no no, bukan Ashaa ye. Ladies and gentlemen,

I GOT A NEW NIECE!!! :D


Terlompat lompat macam gila kami adik beradik apabila diberitahu kakak ipar telah selamat melahirkan bayi perempuan lewat petang tadi. Oh FYI, abang saya ada 5 orang anak sebelum ini. Yang sulung je perempuan dan 4 lagi lelaki. So kelahiran baby girl ni sangat dinanti-nantikan. So Ashaa sila ke tepi sikit, Ashaa dah tak hot lagi. Heh heh.


Saya yang baru lepas berbuka macam tak menyempat nak pergi melawat. Waktu melawat sampai pukul 10 malam sahaja, tapi nak kena pergi beli hadiah for the new born lagi. So berkejar kejarlah ke pasaraya terdekat (mana lagi Giant Batu Caves tu je la) dan grab je la apa yang ternampak di depan mata tak sempat nak memilih sangat. I bought a big hamper for the baby while for the rest of the kids saya belikan a bar of chocolate seorang. Yela kesian pula kalau tak bawa apa apa untuk abang abang dan kakak baby.
Sarung tangan dan kaki baby sangat mengujakan. Rasa nak beli banyak banyak buat collection :D


Presenting... *Drum rollss* The new princess! Ashaa watch out! Haha.. Belum bagi nama lagi, lepas 7 hari baru Abang Sepul reveal the name.. Oh its the nurse' hand anyway.


Ni je gambar yang sempat diambil. Abang Sepul cakap baby baru lahir tak boleh ambil gambar malam malam, siang je boleh. Pesal tah, klasik betul abang aku ni (-_-"). Gambar atas ni pun Oyah curi curi ambil before nurse bawa masuk bilik for breastfeeding. Thrill sampai tak mampu digambarkan dengan kata kata. Teruja la.. Alahai..


Daaannn.. Bermulalah mesej mesej standard yang ditaip dengan mata bergenang setiap kali lepas tengok baby depan mata..


"Awak.. Abang Sepul baru dapat baby girl. Comel sangat!"

"Yeke?"

"Awak.. Kita pun nak baby girl jugak.."


Duhh.. Taktau nak sabar pompuan ni.. (-_-")




Wednesday, June 2, 2010

Canopy & make up artist

Wah! Hasil blogwalking semalam aku berjaya mendapatkan canopy berwarna baby pink yang diidam-idamkan dengan harga yang sangat berpatutan! Heh heh. All these while kalau minta canopy selalunya dibagi warna pink terang mantreng (pinjam ayat indon Mama lagi) which is a complete NO-NO for me. Thanks to blogger Nurulhuda from spreadmyhappiness for your help! :)
So the colour of my canopy would be similar like this:
Very soft pink kan? I like! :)

Semalam ada appointment dengan make up artist. It happened that her studio located just nearby my house so senang je la nak pergi. Oh anyway I will be hiring Emma Pesona for my solemnization and reception. Actually untuk majlis bertandang pun aku nak hire dia je tapi nak kena discuss dulu dengan bakal suami lah. For me Kak Emma ni seemed trustworthy la juga, based on her website la. Aku ni entah pesal kalau nak pilih make up artist aku tengok juga alamat website dia. Contohnya di antara:
abc123.blogspot.com
dan
abc123.com
Bagi aku abc123.com is more convincing, nampak lebih stabil kerana memiliki laman web sendiri instead of blogspot. Heh teori entah pape.

Ok below I list down the current price per session for several make up artist yang aku dah tanya sendiri dan make up yang dihasilkan oleh mereka sangatlah gorgeous adoyaii...

Nurul Shukor - RM1300 (tanya directly masa di pameran pengantin)
Saidatulnisa - RM1000 (terpikat tengok dia mekap my cousin tapi mahal laaa!! Ai tak mampu.. *sob sob*)
Sue Cantik - RM900 (Sue Cantik is indeed a 'HE', mind you)
Ian Sham - RM700
Awin SeindahWajah - RM700 Nurin - RM500 (1 session RM500, 2 session RM1000 so memang takde diskaun ye adik adik)Emma Pesona - RM500 (tapi ambil 2 session jadi RM850, kalau 3 session RM1250. Ok la kot kan?)Raja Feena - RM450 (2 session = RM800. Cantik dia make up, tapi tak ambil sebab dia tak boleh set kan pengantin lelaki sekali dah tu sape nak pakaikan laki aku lipstip??)
Banyak lagi sebenarnya yang cantik cantik mekapnya, depends pada rajin atau tak je kau nak survey. Ada yang aku jumpa tu memang cantik jugalah tapi terlampau junior dalam bidang persolekan ni so aku jadi was was jugalah nak mengambilnya. Tah pape kan pemikiran aku ni, macam mana la adik adik yang baru habis belajar nak cari makan kalau semua orang fikir macam aku.. Ishh..
Aku ni jenis jarang mekap, so aku taknak la during my wedding disolek secara merepek macam macam warna sampai berubah gila. Ya, berubah gila gila macam orang gila. Walaupun rupa asal memang tak cantik dan perlu dicantikkan, tapi tak boleh terima la kalau banyak sangat warna pada muka. Berubah kepada lebih cantik gojes takpe, ni berubah jadi menakutkan. Aku tak kisah disolek tebal, dah nama pun kahwin kan. Bayar mahal mahal takkan nak solek nipis je, tapi biar hasilnya walaupun tebal tapi nampak macam... effortless... Macam, not even trying.. Macam mana eh nak cakap.. Macam mekap artis hollywood la, natural je.. Wah tinggi angan angan kau nak macam artis hollywood! Ceh..


Tuesday, June 1, 2010

Panduan bayar PTPTN menerusi Maybank2U

Ye anda tak salah blog, ni memang blog Husna Hadzarami yang langsing. Atas kesedaran insaniah dan kemanusiaan, hari ni saya nak share panduan untuk membayar PTPTN dengan lebih convenient, aside of potong duit gaji or bayar melalui ATM. Mudah, pantas dan efisyen. Kalau yang dah tahu tu boleh tambah info di mana perlu, yang tak tahu lagi boleh la ambil tahu sekarang supaya dah takde alasan lagi untuk kau orang bermalas malasan nak bayar. Ceh cakap banyak macamkan aku ni pegawai PTPTN.


*Gambar gambar kat bawah memang kecil, so haruslah klik pada gambar untuk tumbesaran. Setiap penerangan adalah untuk gambar di bawahnya. Jangan confuse.

First sekali, pergi ke website Maybank la apa lagi. Login macam biasa. Kalau yang belum register tu kena register dulu kot. Tapi takkan la korang dah umur macam ni tak register lagi. Gila laser ayat. Heh.


Dah login, tengok pada Quick Link di sebelah kanan tu. Biasanya memang akan appear Bill Payment dulu, so just click Go.


Lepas click Go tu, appear macam macam pasal payment kat bawah tu kan? Kau klik je pada link yang pertama sekali tu: Make one-off payment.


Then, adik adik tengok pada View all payees by category, select Education & Education Loans and click Continue.


Next, select PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan.


And this is the confusing part, actually not that confusing tapi benda ni lah yang selalu ditanya oleh rakan rakan korang ingat aku ni kaunter pertanyaan PTPTN?? grrr..


Ok you see below. Amount tu letak la berapa yang kau orang nak bayar, kalau boleh biarlah amount yang sama dengan surat yang anda terima dari PTPTN lepas grad hari tu. Lebih takpe tapi jangan kurang, sebab tak berbaloi dengan cukai perkhidmatan yang mahal wtf tu.

Next, masukkan IC number tanpa sengkang. Contoh IC aku 900414145xxx. Eh muda lagi aku rupanya :D


Then, Letter of Offer No. tu adalah Nombor Pinjaman yang locate kat sebelah kanan surat yang korang dapat dari PTPTN pasal pembayaran balik tu. Kalau korang tak ada surat tu atau tak pernah terima macam saya ni yang lepas setahun grad baru terima, anda boleh call HOTLINE PTPTN : 03 - 2092 7788 dan request Letter of Offer No. ataupun No. Pinjaman anda. Mana mana satu pun boleh digunakan untuk buat pembayaran ok.

Bila dah masukkan semua, anda kena masukkan TAC number tau. Yang ni semua orang tau kot, sebab kalau nak topup online ke bayar bill online ke memang kena request TAC number. Kalau ada gak yang tak tahu jangan malu jangan segan tolonglah tanya sebab malu bertanya memang akan sesat jalan..


Done!


Bila dah bayar kan, you can always monitor your payment dan baki yang perlu dibayar dengan melayari website PTPTN, click on button E-FES (button atas sekali belah kanan bawah Trexx Zone) dan masukkan IC and No. Pin (sama macam Letter of Offer No.). Biasanya baki akan dikemaskini selepas 3 hari anda membuat pembayaran.


Hope this post boleh membantu anda. Kat sini saya nak pesan la, tolong la bayar PTPTN dengan segera, at least RM60 a month will makes a different tauu! Sebab cukai perkhidmatan akan meningkat setiap bulan based on the balance on the account tau. Lagi lambat bayar lagi tinggi jumlah yang perlu dibayar tak takut ke dik non!


Saya ni lepas setahun baru dapat surat pembayaran balik dan baru tahu ansuran bulanan berapa. Untuk tahun pertama bermula Jun 2009 sampai Mei 2010, saya kena bayar RM63.53 setiap bulan (which i haven't pay at all sebab lambat dapat surat ceh alasan padahal boleh je check kat website), tahun kedua (Jun 2010 - Mei 2011) saya kena bayar RM79.78. So disebabkan saya dah terlepas satu tahun, saya campurkan kedua-duanya untuk dibayar setiap bulan (RM63.53 + RM79.78 = RM143.31 tapi saya genapkan je RM150).


Kesiankan jadi mangsa PTPTN, betul betul macam along. Potong leher betul. Tu la dulu taknak belajar pandai pandai, kan tak dapat biasiswa. Parents pula sederhana sahaja, tak mampu nak tanggung pakai duit sendiri dengan adik beradik ramai lagi yang masih belajar, dan yang paling disesalkan, pehal la aku tak apply pinjaman MARA je??? Walaupun sikit, tapi at certain CGPA, kita tak perlu bayar semula in the end. Macam Encik Hanis la. Best betul dia. Sedih ai tauu. *sob sob*


So adik adik belajar la pandai pandai ok, jangan pakai PTPTN. Kalau tak dapat biasiswa pun apply la pinjaman MARA. And for those yang buat diploma pakai PTPTN, nanti sambung degree please stop pakai PTPTN. Sampai mati pun tak habis bayar. Take my words.