expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 15, 2010

Is it normal, or it's just me?

Setiap kali beratur nak bayar barang di kaunter, saya mesti dah bersedia awal awal dengan duit or credit card di tangan walaupun ada 2-3 orang lagi di depan saya. Saya cepat rasa segan kalau biar cashier or orang belakang saya tunggu kalau dah kat depan kaunter baru nak terkial kial cari wallet dalam handbag.


Lepas tu selalu rasa bersalah nak bayar guna duit besar. Kalau dah terpaksa bayar guna RM50 untuk barang berharga RM3.50 memang berulang ulang kali la saya minta maaf tak ada duit kecil. Tah pape.


Setiap kali berjalan menuju ke parking kereta saya mesti akan bersedia dengan kunci kereta di tangan dengan ibu jari di punat merah. Pesanan Abang Zack masa saya beli kereta dulu yang saya masih ingat sampai sekarang: Biasakan diri buat macam tu, in case ada orang attack kita dari belakang before kita sampai ke kereta kita boleh terus tekan butang merah tu so alarm kereta akan berbunyi dan menarik perhatian orang lain seterusnya menakutkan penyerang.


Saya pernah ada image-conscious yang melampau. Sebelum call orang saya akan susun ayat dulu termasuklah membetulkan grammar dan sebagainya sebelum mendial. Takut jatuh imej kalau salah cakap or tergagap gagap. Tapi tu dulu. Sekarang ni nak call Mat Saleh pun belasah je tak fikir ayat apa pun. Konon English bombastik.


Di dalam kapal terbang, saya selalu segan nak bangun untuk ke toilet. Takut bila saya dah halfway berjalan ke toilet tiba tiba orang depan bangun dan terus masuk toilet maka tersipu sipu lah saya nak patah balik ke tempat duduk. Tah pape kan tu pun nak segan. Tapi tak la sampai biru muka tahan berak. Kalau terpaksa sangat aku lari je ke toilet, bergegar kapal terbang.


Whenever i feel out of place like sitting with a bunch of people i'm not very close, sometimes i tend to say something nice but unnecessary for the sake of pleasing people and to fit the crowds. Usually i'll end up regretting it..


Walaupun saya jenis taknak kalah kalau berdebat or berbalah, tapi saya sangat mengelak berdebat dengan orang yang bodoh. So kalau saya rasa berdebat dengan seseorang itu hanya membuang masa, saya akan biarkan dia menang dan bergembira. Ayat biasa untuk mengelak, "Apa apa je la kau" or, "Yeah, whatever".


Saya selalu bercakap dengan cermin untuk meningkatkan keyakinan diri. Because i used to have a very low self-esteem ketika di zaman persekolahan dulu especially sekolah rendah. Kalau ada kuiz yang kena angkat tangan untuk jawab biasanya saya tahu semua jawapannya, tapi tak ada keyakinan diri nak angkat tangan. Kesiannya.. (T_T)


Saya tak pernah suka zaman sekolah saya. Especially sekolah menengah. Still working on it.


Saya memang mudah rasa bersalah dan sifat ni sangat membencikan. Let say saya balik office dalam kekenyangan, tiba tiba Mama tanya, "Dah makan belum? Mama masak nasi ayam hari ni". Mesti saya akan cakap belum makan. Taknak kecilkan hati mama. Last night lepas gosok gigi dah nak baring tiba tiba Mama masuk bilik, "Eh taknak minum peach tea ke? Mama terbuat lebih lak. Banyak kat dapur tu". Sambil senyum saya bangun pergi dapur minum peach tea walaupun dah gosok gigi dah. Tak sampai hati nak cakap taknak.


Paling teruk, saya fickle minded. Semalam hantar kain baju nikah, cakap nak buat kurung moden konon nak simple. Balik rumah tiba tiba rasa nak kebaya labuh. Then call tailor suruh tukar. Esoknya cakap nak kurung moden balik. Supaya taknak rasa bersalah dengan tailor, tanamkan pada diri sendiri yang kita ni customer sukati kita la nak buat apa. Boleh tak macam tu?


*sigh*







12 comments:

  1. Yeah..me too dear..!! banyak persamaan la kita...

    ReplyDelete
  2. same juge di sini!!!heheh...

    feel free to visit mine-http://eyemeria.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. kak una..bab image conscious, beratur kat kaunter sama dgn i. bab duit kecik tuh tak la. i x rasa bersalah pon if bg toll teller duit kecik. haha. tapi i pon ade rase tak suke bila org tunggu i. rse mcm guilty gile. kalau dalam plane, i tak suke bgn2 bkn sebab org pandang, sebab nnt i pening. haha

    ReplyDelete
  4. huhu,refleksi diri memang camtuh..sume ada tabiat memasing...

    ReplyDelete
  5. Whenever i feel out of place like sitting with a bunch of people i'm not very close, sometimes i tend to say something nice but unnecessary for the sake of pleasing people and to fit the crowds. Usually i'll end up regretting it.. same lah...hahaaa~

    ReplyDelete
  6. memang susun ikut benda yang paling ringan kepada yang paling berat yer?

    anyway, semua orang ada peribadi yang berbeza. Bagi aku, peribadi hang di huruf atas tuh cukup indah. Boleh tak kalau aku nak cakap yang aku nak didik Sufia jadi macam tuh?

    Hehe. Take it as compliment. I mean to your parent la, sebab dapat didik budak haru biru nih :) hua ha ha

    Anyway, sifat segan dan menghormati tuh bagus. Or should i say it great? dan lagi satu sifat takut menjadi beban orang. Itu pun cukup bagus.

    aku tak lah sebagus hang, tapi yang paling nak sama adalah bab makan. kalau dah kenyang pun kalau tiba2 balik rumah mak kata ada makanan; selamba badak la aku menyelit2makanan baru masuk dalam perut. siap nak kena defreg lagi tuh.

    p/s: ni mesti la tulih yang baik2kan. entah apa jadahnya yang buruk bukan kita tau, tapi one good things adalah; kita tau apa kebaikan kita, dan kita boleh ajak yang lain untuk menjadi yang baik juga; insya'Allah. That is great :)
    (ah sudah, ni puji lebih2kaang dah tak wasatiah pulak budak una nih)

    ReplyDelete
  7. hahahha...

    zella pun camtu gak...
    slalu fkir sblm buat ape2
    contohnya sblm kata xnk kpd mereka2 yg minta tlg wlupn sblm ni zella mintak tlg,smuanya buat donno je or kwn2 yg ajak keluar wlupn zella dh penat giler tp still tunjuk muka happy nak tlg or keluar same2...

    slalu rs bersalah lebih2 lg kat org...
    takut org kecik ati kat kite...
    hurm...

    husna...xpela...customer always rite hahahahha

    ReplyDelete
  8. ramai lak geng. boleh take team la macam ni :D

    Arifah:
    bangga la sama dengan pah. lagi best kalau sama dari segi kecantikan :D


    Cik Birder:
    nanti ada masa aku singgah okay.


    f.a.r.a.h:
    kenapa tak sama sepenuhnya? kalau tak ada chance la yu dapat boipren pemain bola macam ai :D


    Ahmad Tajuddin Abdullah:
    oh. betul tu.


    Ir.Ladybird:
    aah. contoh: bila orang2 tu cakap dia minat Tomok, aku terpaksa la cakap konon2 ada dengar lagu Tomok. padahal tak pernah tahu pun. duh.


    AJ Nismihan:
    kau demam ke hari ni? sweet semacam je ayat.
    biasanya laser je komen2 kau, haha.
    yg atas ni takde la benda baik pun, takyah la kau didik baby Sufia jadi macam aku.
    pening kepala kau nanti.
    papepun thanks ye abg AJ, terharu ai :D


    zella y:
    aah la betul la!
    perlu ke ada dua 'la' -_-"
    betul tau, kadang2 bila org yg berat nak tolong kita tiba2 mntak tolong, rasa mcm nak buat bodoh je taknak tolong tapi selalu tak sampai hati..
    huhu..

    ReplyDelete
  9. ala, tak salah aku berlaku jujur dalam kata-kata kan.

    sememangnya pun, komen aku dekat sini dan mana-mana pun adalah perkara yang aku nak korang tau dan faham, bukan untuk buat hiasan tari kosong yang tak ada makna.

    dan itu termasuklah carut-carut pasal hang dekat blog [STOP ADN STARE] si f.a.r.a.h punya. wua ha ha :)

    ReplyDelete
  10. hahahha..una ni sokmo gitu..(hah, dah terkeluar plak slank I).

    ReplyDelete
  11. point no 1 dan no 2 normal lah...aku pun sama..bleh tak aku tny,kenapa tak suka alam persekolahan...?selalu kena buli ke..?

    ReplyDelete
  12. Adila Ady:
    takde la kena buli. cuma aku terlampau rebellious and menyusahkan parents aku kot.
    my school time was a big regret, sebab fikir balik kalau aku usaha sikit mesti boleh kerja lagi best dari sekarang. eh kerja sekarang tak best ke? kalau kerja tempat lain tak dapat la kenal Hanis. heh heh..

    anyway kau boleh baca lebih kurang kat entri ni:

    http://princessuna.blogspot.com/2010/05/zaman-sekolah-yang-tak-berapa-best-tapi.html

    ReplyDelete