expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 21, 2010

HIV test today

Pagi pagi..
Cik Husna: Awak, Khamis ni kita ambil cuti tau, buat HIV test.
Encik Hanis: *diam*


Tiba tiba dia dial nombor siapa entah, cakap cakap, marah marah. Oh call lawyer dan bank rupanya. Ni mesti isu beli rumah ni. Punyalah lembap gila lawyer dan bank buat kerja, dari bulan 12 sampai sekarang tak dapat lagi kunci rumah. Mau tak naik angin laki aku. Tinggal 2 bulan lebih je. Terhegeh hegeh betul diorang ni buat kerja, cari pasal la kalau tak dapat rumah before kahwin dah tu nanti nak duduk mana? Taknaklah aku buat hal duduk rumah family lagi lepas kahwin.


Tengah hari..


Encik Hanis: Lepas lunch ni kita pergi Kelana Jaya, buat HIV test.
Cik Husna: Eh? Ok. *Malas nak tanya banyak, orang tengah garang. Kang tak pasal pasal aku lak kena marah*


So lepas minta izin dengan our CTO, kami pun memecut ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Okay tak memecut pun, merangkak rangkak jalan jem sdkgrmlrsswtcdg.


Sampai Kelana Jaya, awal lagi so pergi makan dulu di Giant. Terjumpa cousin Encik Hanis. Berkenal kenalan.


Cousin: Muka Kak Husna ni macam Umi Abang Hanis la..

*Umi = bakal ibu mertua


Haha.


Dah pukul 2, kami terus ke klinik yang terletak dekat je dengan Giant. Masuk klinik, mak aih ramainya orang. Takpe, ambil nombor dan isi borang dulu. Then kena bayar RM5. Memang kena bayar eh? Ingatkan free. Lama lagi nak sampai giliran. Terdapat juga pasangan lain yang turut sama menunggu giliran. Kebanyakan teman wanita terlentok di bahu teman lelaki. Takpe lah, tulang leher longgar kot. Kena ada support.


Bosan gila. So bermulalah aktiviti ala ala remaja. Ambil gambar sendiri. Encik Hanis cukup tak suka aktiviti ini.

Eh kekasih hilang sebelah mata pula. Terpaksa ambil sekali lagi. Heh heh. Lagipun muka aku macam minta penampar.


"Ok ready? Usha sikit sekeliling ada orang nampak tak. Malu je orang tengok orang tua tua macam kita ambil gambar sendiri" Sempat pula aku berpesan.


"Eh eh ada orang lalu la!" Encik Hanis yang sememangnya menjaga imej konon hensem tiba tiba berteriak. Satu klinik dengar. Daripada orang tak tahu aku ambil gambar sendiri terus semua orang tahu. Doktor dalam bilik pun turut sama menjengah kepala untuk tengok apa yang terjadi. Ok tu tipu.

Kan dah jadi hantu makcik cleaner -_-". So terpaksalah ambil sekali lagi ye bang.
Pehal muka aku tembam gila?? Encik Hanis dalam dilema sama ada nak buat muka control hensem atau muka takut nak kena ambil darah.

Okay okay sambung cerita. Lepas tunggu bukan main lama lagi dah la klinik tu panas takde aircond ai ni mana la biasa panas panas ni maklumlah dah biasa duduk London, akhirnya tiba giliran diambil darah. Saya seperti biasa terpaksalah memujuk Encik Hanis, "Sikit je sayang, tak sakit pun. Jangan la takut, saya ada". Wakaka. Blog aku sukati aku la nak tukar watak. Padahal aku yang menggelabah ingatkan dia ambil darah guna picagari tu rupanya tebuk sikit je kat jari. Heh heh bikin malu je.
Darah yang keluar banyak ni je. Setitik je dia ambil buat testing. Hehe. Cuak lebih je.

Lepas ambil darah, kena tunggu result pula. Tunggu lagi. Tunggu sampai tertidur. Nasib baik tulang leher kuat, kalau tak terlentok di bahu Encik Hanis mau aku kena kutuk balik dengan couple lain tadi sedap aku kutuk orang.


Last last dapat result. Macam ni je???



Tertulis di situ ayat yang mengesahkan anda dah buat saringan HIV. Ingatkan ada tulis macam result negative positive ke. Tak puas hati. Kami sama sama pergi tanya di kaunter dan dijelaskan, "Ye dik, memang macam tu je tak ada apa dah". Hehe. Tak malu pun. Malu bertanya sesat jalan tau~~




3 comments:

  1. kahkahkah. buat HIV test macam nak buat apa je. haha. ;) kak una, tapi i nampak u mcm da kurusss. ;)

    ReplyDelete
  2. aku dulu result depa seal, tak boleh bukak selain dari orang pejabat agama yang di beri kuasa. tapi tak lama, dalam 5 minit jer terus dapat result. itu tak ambik kira dengan masa menunggu aku yang juga tak sampai lima minit. Ok, ini Ipoh dan bukan Kelana Jaya.
    Sebelum ijab dan qabul, rajin-rajin la lentok kepala tuh, kot2mana tau makbul kepala teleng sampai bila2kan.
    orang kata, kalau ada jodoh tuh muka seiras. dan sebab tu tak ada orang kata muka aku seiras Aishwaria Rai kan. huhu, aku paham.

    Untuk EN Hanis, aku ucapkan tahniah sebab berjaya beli rumah sebelum kawin. Bagus tuh. Dan harap2hari ni boleh tepon bank dan lawyer balik, kasi depa tak senang duduk selagi tak siap urusan.

    p/s: pi ambik test hiv pun kena sedondon yer?
    lagi satu, awat orang balik ari site seminggu tuh lebih kurang putihnya dengan orang yang dok dalam aircond pejabat jer nih? kompius

    ReplyDelete
  3. f.a.r.a.h:
    tak kurus pun sebenarnya.
    kamera trick je tu.
    tssk.


    AJ Nismihan:
    eh kenapa aku punya takde pun tulis result?
    just macam verification aku dah ambik test tu je.
    takde benda lain pun.
    ke kena datang lagi ambik result lak?

    p/s: sedondon jadah lak. aku warna light brown, dia pinky. putih ke dia? kau tak tengok depan depan kot.

    ReplyDelete