Thursday, June 10, 2010

Header baru dan semangat baru selepas berbual dengan bos :)

Header dah tukar! Inilah hasil copy and paste dalam Ms Word, convert to pdf, convert to JPEG, upload dalam Picnik.com, ubah itu ini and done. Ye, saya tak pandai LANGSUNG guna Adobe Photoshop whatsover (T_T). Memang sangat loser okayy apatah lagi bila tengok blog kawan kawan yang gempak gila edit gambar guna Photoshop. Asalnya nak guna paint je sebab tengok header Hanis Zalikha cantik je dia buat guna paint je ah dia tu tangan lemah gemalai kau tu tangan keras macam jantan memang jahanam la lukisan. Ada hati nak samakan dengan Hanis Zalikha. Pfftt.


So biarlah yang ini dulu, nanti kalau ada masa atau dah tak tahan sangat rasa macam nak lempang monitor tengok header aku posing bajet cun di sebalik langsir katil berharga RM40,000 di Harvey Norman tu nanti aku tukar la header lain. Kau orang sabar dulu dengan yang ini ye. Kalau tak boleh sabar buat buat la tak pandang header sambil baca content. Heheh.


Tadi jumpa bos untuk tunjuk dokumen, dokumen apa?? Ada la, sibuk je tu pun nak tau. Then bos tanya pasal persiapan kahwin, saya tersipu sipu la cakap persiapan tak buat apa apa lagi sebab takde duit so kalau boleh nak pinjam 20ribu-- tak tak tipu je. Saya cerita je la sikit sikit lebih kurang.


Then bos cakap,


"Dengar cerita nak tidur rumah bakal mertua hujung minggu ni? Mak mertua nak ajak ikut pergi kuliah Subuh kat surau kan?"


OMG ni pun bos tau?? Itulah kesan sampingan apabila bos anda berkawan baik dengan bakal mertua. *Malu ai tauuu* (sambil buat aksi macam gambar kat header OMG rasa nak tampar).

*Annoying tak ada dua OMG dalam satu perenggan?*



Then bos tanya macam macam, tanya background family, parents dulu kerja mana, yang best bila bos cakap,


"You ikut muka siapa? Your mother must be pretty kan?"


Adakah maksudnya, "Your mother must be pretty because you are pretty"??


Hahahaha..


....



Tak puas hati nampak??
:D






10 comments:

FAA said...

kahkahkahkahkah!!! ayat tuh da disalah anggap! sian bos u kak una. kesian. ;))

kak una!! sila tuka header ye? saya kesakitan mata melihat aksi anda!!!

free2ping said...

Kongsi post blog baru atau lama dgn semua org! Ping blog anda di Free2Ping! Cuma klik button "Ping Your Blog" @ http://free2ping.blogspot.com

En iLHAM said...

sudah mau kahwin ya..
tahniah
semoga berbahagia sampai ke syurga yer
salam singgah dari saya
singgah blog saya plk yer

Anonymous said...

header tu tak ada masalah apa, cuma rasanya lebih baik header yang lama dari header sila-tanpa-saya-laju-laju di atas.
hua ha ha
eh, suka hati hang la nak buat header apa, ni blog hang. macam hang cakap, you welcome no unfriendly visitor. if they like it; stay, kalau tak, berambus.

apapun, aku tak tengok header bila mula baca entry (erk releben tak?)
kuang kuang kuang

tidor rumah mertua nak solat subuh skali yer?
jangan lepas kawin tak buat sudah.

erk, encik gua musang dah balik dari anis tak? erk macam tebalik jer aku tanya nih.


pesanan: jangan tanya bos pasai apa dia tension kalau muka dia sememeh jer dalam beberapa minggu kedepan. itu maknanya pasukan worldcup dia kalah la tuh (releben tak? macam sengal le pulak nih)

Husna Hadzarami said...

ni tak puas hati pasal header aku ke pasal aku pretty? kehkehkeh.

En iLham:
thanks. blog kau best ke?

Nurulhuda|Adlie said...

header comel walaupun terpaksa bersawah padi sebelum mendapatkan nya, hehe.. :)

cikmemy said...

erk...rase macam masuk blog org lain la....ok.akak memang cantik......(belanje makan!hahaha)

Cik Akma said...

ehh ayat kat header tu adee kat fb wahhh gituuu~ :D ade likee arituu :D
btw nicee!

Anonymous said...

eh, betul la una sebiji mcm Marylin Monroe.. =p

Husna Hadzarami said...

Nurulhuda|Adlie:
hehe. bersawah padi membanting tulang.
tapi macam simple sangat kan?
thanks anyway huda :)


cikmemy:
yea, ladylike gitu.
kau memang, puji tak ikhlas (padahal ada orang ckp cantik dah cukup bagus, haha)


Cik Akma:
heh, thanks.
best kan ayat tu? dah lama plan nak letak kat header :)


jij Abdul Hamid:
ni memang kompem ai belanja makan :D