expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 28, 2010

Senarai perkara cool untuk wanita

Suatu petang di rumah Kakna. Eh bukan suatu petang, petang semalam je pun.

Imran: Antina, Antina kerja apa?
Saya: Engineer (sambil baca paper)
Imran: (Senyum lebar pandang Irfan) Antina sini kejap repair komputer kitorang ni.
Saya: Eh, Antina bukan engineer repair komputer. Antina engineer buat bangunan.
Irfan: Kan Ipan dah kata, Antina tak tahu punya. (Lalu blah hentak hentak kaki)


Damn. Terasa LAME gila di situ. Sangat tak cool okay mengaku tak tahu repair komputer di depan anak buah! Tapi nak buat macam mana?? Masa belajar dulu saya pernah pandai pandai buka CPU cabut hard disk bagai, last last ada wayar putus ke apa entah terus rosak komputer. Habis duit hantar kedai repair. Oh kenapa aku tak pandai repair CPU? Kenapa aku tak cool??


Ni below saya list down several things yang nampak macam simple, tapi tak semua perempuan boleh buat. So siapa yang boleh buat benda benda ni dikira agak cool la. Or budak budak sekarang eja KEWL. Bukan hot or HAWT oh annoying gila guna ejaan ini. Ini dari pandangan aku yang tak cool langsung la, kalau korang rasa "Ek eleh macam ni pun nak cakap cool, nenek aku pun boleh buat" korang punya pasal la tak suruh pun korang sependapat dengan aku. Eh tiba tiba garang.


So ladies and gentlemen, presenting.... *drum rolls*. SENARAI PERKARA REMEH TAPI KALAU ORANG PEREMPUAN PANDAI BUAT MEMANG COOL LA DAN BOLEH BERLAGAK DENGAN ANAK BUAH! (Panjangnya tajuk esok je lah sambung).


  1. Repair CPU macam yang aku bebelkan tadi. Memang cool la girls yang pandai repair komputer. Aku ni kalau tengok orang perempuan cabut cabut skru di CPU dan bersihkan kipas pun dah kagum kot -_-"
  2. Cabut ink printer or scanner or fax machine dan tukar yang baru. (Ni kalau tak tahu memang aku luku kepala. Eh adakah nak cakap aku cool sebab pandai tukar ink? Keh keh)
  3. Tayar kereta kau pancit dan kau selamba berhenti tepi jalan, keluarkan tayar spare dan tukar sendiri takyah tunggu ejen insurans datang pun macam aku buat hari tu. Tapi dah alang alang ada ejen insurans, gunakan je la sepenuhnya. Tak la kotor hitam tangan ai~~ (sambil buat gaya bimbo)
  4. Pandai bawa motor. Aku pernah pandai bawa motor masa kawan dengan mat rempit di tingkatan 3 eh kantoi pernah geng rempit. Tapi sejak jadi gadis ayu sekarang langsung tak pandai (wakaka!)
  5. Kalau kereta rosak kau tahu je apa yang rosak, or at least tau makna terms overhaul, allignment lari, chamber and entah apa apa lagi.
  6. Kau pandai cari movie yang cantik gambarnya dan download guna torrent siap dengan subtitle lagi. Eh, is it what we call piracy? Heh. Adik adik kalau cerita Melayu tu download je la, takyah buang masa tengok kat wayang. Unless kalau cerita Afdlin Shauki. Best!
  7. Pandai guna Adobe Photoshop, superimposed dan sebagainya secara sempurna.
  8. Bila mak kau cakap sinki tersumbat, kau selamba ambil apa tools yang patut, buka saluran bawah sinki tu, buang segala yang menyumbat di situ dan pasang semula. Cool gila!
  9. Fully utilized the smartphones. Sebab aku perasan girls ni suka pakai smartphones, tapi beli mahal mahal kau cuma guna untuk call, sms, ambil gambar, dan wireless internet sahaja. Kan banyak lagi benda berguna yang boleh digunakan dalam tu..
  10. Pandai guna DSLR.
  11. Pandai guna 4WD, especially off-road. Rasanya lelaki pun ramai yang kantoi ni.
  12. Well-versed on the most updated gadget in town.
  13. Travel sana sini seorang diri. Macam kawan aku ni.
  14. Kau cantik, menarik, tertarik dan juga the boomm. Tapi sikit pun tak canggung makan bersila di rumah kampung siap minta sambal belacan dan ulam ulaman lagi.
  15. Selamba say hi pada ex-boyfriend di majlis keramaian. Especially kalau dia bawa partner. Kau tegur sekali the partner. Ni memang KEWL brother, KEWLL.
  16. Tahu nama setiap pemain bola yang masuk World Cup, or at least star untuk setiap negara. Or at least tahu Wayne Rooney tu dari negara mana dan main position apa. Or at least kenal la mana satu Wayne Rooney. Bukan macam aku yang refer mamat ni sebagai Si Takde Leher -_-"

Okay 16 je la dulu. Kalau korang ada tambahan boleh ketengahkan, dan kita perdebatkan. Wah wah orang lain punya pandangan manjang kau nak berdebat kan? Kaki gaduh betul.

9 comments:

  1. SUMPAHHH SEMUA AKU KANTOI!
    BETAPA TAK KOOL NYAA AKU. HUAAA~

    ReplyDelete
  2. alamak xboleh la nak berlagak sebab kantoi la wat perkara2 mcm kat atas tu...

    tp ai tau repair photostat machine kat opis miahahahah

    ReplyDelete
  3. walamak!! i ada dalam list cool la.

    ok, let's see...

    1. i tau tuka tayar and cabut ink.
    2. i boleh betulkan sink tersumbat
    3. i boleh guna DSLR. hahaha
    4. i travel sorang2.
    5. i tau pemain bola.

    yeahh. i cool!

    (sila sepak saya) haha.

    chopp! i tau panjat pokok!!

    ReplyDelete
  4. AISHA SAAD:
    heh heh.
    so start hari ni kena la belajar one by one.
    selain jadi cool, kau boleh increase your life skill. eceh.


    zella y:
    ok kira hebat jugak la ni pandai repair photostate machine.
    kita kalau mesin tu rosak manjang nak terajang je sebab geram sgt. heh.


    f.a.r.a.h:
    memang cool gila minah ni.
    meh pakai sunglass sikit tunjuk kat ai muka cool yu!
    haha..
    tau panjat pokok tak kira cool la brader.
    tp mungkin la kwn2 yu (monyet, cimpanzi dll) akan rasa yu cool kot. wakaka!

    ReplyDelete
  5. OMG!
    saya tau tukar ink je...tayar kereta ari tu, baru je nak berlagak cool tukar sendiri tiba2 lak orang datang tolong tukarkan....hehhehehehe

    ReplyDelete
  6. erk,,
    ada sikit jela
    sikit okey,,sikit
    T____T

    ReplyDelete
  7. zahidah dihaz:
    nasib baik tau tukar ink.
    takde kena luku kepala :D
    ala tayar kereta tu call je org insurans.
    kita bayar dia kan~
    (ayat org malas :P)


    nadirah nor:
    kau ada yang mana?
    cakap cakap.


    Hapiz Rahman:
    aku ke cool?:P

    ReplyDelete
  8. Una..aku kalo pasal repair2 kete ni memang fail la..Kalau kete aku rosak aku just dial number husband aku jer..pepandai la dia tukar kan..is that what husband should do, no?

    ReplyDelete