Sunday, January 31, 2010

Birthday Abang & Adik. Entri ni panjang tauuu~

So we had a very great party yesterday. Birthday party ok? Korang jangan ingat aku pergi clubbing berparti lak. Ok it was a celebration for my nephews' birthday, Abang and Adik. Since 2-2 orang ni lahir pada bulan yang sama, so tiap2 tahun pun Kakna buat sekali je parti untuk 2-2 orang. Lebih ekonomi katanya. This year for the first time buat kat rumah Kakna, selama ni buat kat rumah Mama je..


Sebelum parti macam biasalah tugas tetap makcik2 tiap2 tahun adalah tiup belon and siapkan goody bag. Nasib baik la Mama dan Kakna dah beli alat khas untuk masukkan angin dalam belon, before this memang sampai kebas pipi kami tiup berpuluh2 bijik belon.. Seminggu terjuih je bibir..

Apasal pakcik makcik nampak gembira, budak2 nampak blur je? Mungkin mereka belum lagi belajar cara2 beraksi licik di depan kamera..
My first nephew yang makin tinggi, Abang. Perlu ke beliau buat muka macam sireh?? Background belakang dua budak perempuan tengah bergaduh. Ada yang menangis nanti aku tarik rambut 2-2 orang..


Gila sampai buncit perut langsing ai ni makan tau, tak sedar diri betul.

Meet my beautiful Mama.. And needless to introduce my baby sister, Oyah.
I bought the boys a new pair of roller blade each. Kalau ikut plan asal saya nak beli barang kecil2 dalam jumlah yang banyak macam stickers, chocolates, stationaries dan sebagainya lepas tu buat game macam treasure hunt suruh budak2 cari sekeliling rumah. Memang fun la rancangan saya tu. Tapi bila tahu anak2 Abang Sepul tak datang sebab diorang balik kampung kakak ipar saya, terus cancel plan. Tak best la kalau main treasure hunt tak ramai budak2, tak meriah la kan? Tak thrill la birthday party kalau rumah tak kecah2 tunggang langgang dengan budak2 kan? Yang lepas tu aku la yang nak patah pinggang mengemasnya kan.. Kaann? Oyah beria2 suruh teruskan plan treasure hunt tu dengan mencalonkan nama beliau sebagai pengganti anak2 Abang Sepul. Walaupun saya bersetuju bahawa bentuk badan beliau memang menyamai 5 orang anak Abang Sepul, tapi memang seronok sangat la kalau kau masuk sekaliii! Kompem kau je la dapat semua hadiah kannn..
Tengok budak2 ni main roller blade, teringat zaman kegemilangan kami adik beradik main roller blade masa sekolah rendah dulu. Dulu baba beli satu je. Maka berebut2 bertarik rambut la kami adik beradik yang terdiri daripada saya, abang saya, Man, Lah dan Oyah. Eh Oyah masa tu baby lagi, mana berani nak berebut dengan kami yang buas ni. Cuba sekarang? Kami semua yang tak berani berebut dengan beliau. Tengok badan la kaaaann.. Keh keh.. Seryes geram tengok budak2 ni main, especially bila tengok diorang macam susah je nak meluncur. Ek eleh, apa ni bro? Tak urban betul tak tau main roller blade?
Last-last...
.....

Haha.. Kami lak yang main! Tu pun lepas berebut2 dengan Ipan yang kelihatan sangat bengkek kat belakang tu. Kaki Ipan kecil la mana muat! Tak faham bahasa betul budak ni. Saya pakai yang Adik punya, Oyah pakai yang Abang punya. Tak sia2 beli besar sikit, boleh Antina dengan Acu main sekali. Hahaha :) Masa kecil berebut dengan adik beradik, dah tua bangka ni berebut dengan anak2 buah lak. Dialog Ipan, "Kenapa Abang dengan Adik je dapat Ipan tak dapat pun??" Puas kami menjelaskan yang dia kena la tunggu birthday dia bulan Mei nanti, pun dia tak faham2 lagi.. Duhh..
Puas main roller blade, kami main basikal pula. Seryes saya tak pandai main, dah lupa la macam mana! Terhuyung-hayang saya kayuh basikal Abang yang besinya rasa macam halus je. Gambar? Tak payah la. Macam la korang tak pernah tengok gajah naik basikal. Nasib baik tak pancit tayar ataupun terbengkok rim, memang jadi bahan jenaka je la aku sampai anak cucu kang.. (-_-")
If life gives you a 100 reasons to cry, show the life that you have a 1000 reasons to smile :)


Monday, January 25, 2010

Perihal friend request at facebook


Ok, mesti korang nak cakap aku poyo kann?? Baru 90 requests nak kecoh. Ok itu bukan isunya. Biar saya cerita sikit kenapa saya liat sangat nak approve friend request ni. Bukanlah nak bajet hot ataupun cool, tapi saya ada pendirian sendiri dalam hal ni. Dulu saya ada account Friendster. Masa zaman2 hingusan la. Saya dulu memang sentiasa approve je friend request. But one day this thing happened.

There's someone adding me up, profile picture Christiano Ronaldo, jantina lelaki. Nama apa entah saya tak ingat. Saya approve je la without even browse through his profile. Sebulan lepas tu saya terima banyak gila message kat inbox marah2 cakap saya ganggu somebody else's boyfriend dari Christiano Ronaldo tu. Dia kononnya acting on behalf of his friend. Macam2 la dia cakap, and after a bit of interrogation plus confrontation, we found that 'he' was actually my friend's ex-girlfriend. Adoyy laa.. Saya bukan jenis bergaduh macam budak2, saya ego tinggi kot untuk disia-siakan dengan benda remeh temeh macam tu. Sumpah saya malas gila nak layan. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan. Saya delete je dia. End of the story. Until now if dapat request dari orang sebarangan, yang profile picture gambar artis/kartun/anything, yang nama pun bukan nama orang i.e The Dark Knight/Mysazadxinsky/Si Comel/whatsover, saya confirm takkan approve punya. Bukan nak menyombong berlagak ke apa, tapi memang wujud insan yang sangat rajin create profile khas untuk stalk other people's life. Betolll~

Mesti korang cakap, kenapa saya tak delete/ignore je? Kenapa perlu tunggu sampai dekat 100? Macam ni, dulu saya ni kalau ada request dari orang yang saya tak kenal memang saya terus ignore. But it happened that orang yang saya dah ignore tu rupanya kawan sekolah saya la, kawan universiti saya la, kawan tadika saya la.. Saya jadi tak recognize bila diorang ni guna nama lain, or diorang dah totally different by then. Because of that i decided to just keep it as it is, in case one day i baru perasan rupanya dia tu one of my old friend. Another thing is, tolong la cik kak cik abang jangan la guna nama bukan2 dalam facebook. It's so 70's ok?

Contoh terdekat:

Man Boyak - ini adalah nama yang digunakan oleh adik saya yang sengal masa mula2 create facebook account. Punya la kena bebel dengan tujuh keturunan baru la dia tukar nama kepada Rahman Hadzarami.


"Ye, akulah Man Boyak yang terkenal itu.. So? Tak puas hati?"
Hehehe :P

So kalau nak add kat facebook tu, kalau rajin selitkan la message sekali. Bagitau la anda rakan tadika saya ke, kawan jumpa kat tepi jalan tadi ke, pembaca blog saya ke.. Saya appreciate readers yang add saya at facebook tau. Ada juga di kalangan blogger yang dah jadi kawan facebook saya macam AJ Nismihan, dila, feeda, kery.. Siapa ya lagi.. Seronok macam tu, rasa lebih rapat and sincere with each other :)

Ok2, tu je. Seryes saya sakit gila kepala sekarang. Bahana meeting yang memaksa kami semua brainstorming tadi laa.. Adeyy tak boleh tidur malam fikir projek kat Kinabatangan tu.. *sigh*




Sunday, January 24, 2010

Ja nak bertunang..

Meet my bestie, Ja. Orang kata kami seiras. Betuahnya Ja seiras dengan saya. Heh heh :PP


Lokasi:
Ruang tamu rumah saya...
Saya: Baca novel
Ja, Mama & Kakak: Bercerita pasal majlis pertunangan Ja.

Well, Ja ni kawan baik saya. Beliau nak bertunang bulan depan. Tadi satu hari saya teman dia cari barang2 untuk hantaran dan baju untuk bertunang nanti. Sampai melecet kaki jalan seluruh KL untuk cari yang cantik, tapi memang sangat fun :) Balik membeli belah Ja lepak rumah saya cerita2 dan update kan saya perkembangan rakan2 yang lain. Seryes rasa macam kera sumbang pula sekarang, apa pun tak tau pasal kawan2. Busy beb. Hidup saya macam banyak dihabiskan untuk kerja je. *sigh*

"Kenapa la nak membazir2, buat sekali je kan senang" leter Mama bila diberitahu yang kakak Ja akan kahwin bulan 6, while Ja akan bertunang bulan 2. Bagi Mama baik sekalikan je perkahwinan Ja dengan kakak dia, kan ke lebih jimat. Suka2 je Mama mengatur..

"Ja tak kisah pun, tapi belah sana tu tak setuju. Melanggar pantang larang katanya.." keluh Ja.

"Ala orang Johor Ma, memang banyak hal sikit. Pantang itulah inilah.." celah saya memandai2. Sesedap rasa je mengata orang Johor. Tapi memang based on my observation orang Johor ni memang macam banyak adat yang wajib dituruti, bagi saya yang buta adat ni la kaann..

"Tu la, tapi Ja ikut je la apa dia nak. Kesian, ayah dia strok. Dia pun taknak la melawan kata2 orang tua dia. Anak tunggal katakan.." Ja kedengaran sangat matang menuturkan kata2, nak tergelak pula aku dengar. Sebagai orang yang dah kenal dia bertahun2, memang agak lucu apabila mendengar sesuatu yang matang keluar dari mulut beliau. Heh heh..

"Eh bakal mertua Ja strok ke? Bahaya la ada history darah tinggi. Benda tu genetik tau!" Mama dah mula mengeluarkan ilmu perubatan beliau.

"Aah, boyfriend Ja pun memang dah ada darah tinggi sekarang ni" Well, boyfriend Ja umur 31 tahun. Muda2 lagi dah kena darah tinggi. Zassss! Cepat je aku teringatkan Abang Zack.

Dengar je pasal darah tinggi Mama pun mula la memberi nasihat gaya penceramah kursus kahwin.
"Nanti kahwin Ja kena jaga makan minum dia tau, jangan bagi melarat2 darah tinggi tu. Kurangkan masin2. Ja ingat, tu tanggungjawab isteri tau.."

"Hahahaha.. Geli la Ma! Meremang Dikna dengar ayat 'tanggungjawab isteri' tu.." seryes saya geli hati, sebab membayangkan rakan gay saya akan menjadi seorang isteri.

Serentak Mama dengan Ja pandang saya, "Kau ni kenapa??"

Lepas tu rancak la Mama dengan Ja cerita2 pasal persiapan kahwin la, pasal family boyfriend Ja la, pasal hidangan untuk majlis tunang la.. Ja siap buka internet lagi untuk tunjuk kat Mama macam mana dia nak gubah barang2 hantaran tu nanti. Saya kat tepi senyap je, cuba fokus pada pembacaan saya, tapi hati rasa semacam je...

"Una meh la sini tengok. Nanti kau kahwin buat la macam ni, cantik tau dengan warna kulit kau.." Mama panggil beria2.

"Dah. Dikna taknak kahwin." terus saya masuk bilik.

Sentap tak pasal2.




Saturday, January 23, 2010

ISO Audit today.. Fuhh..

Berakhirnya satu minggu yang superhectic (why am i feeling that everyweek is just the same-this hectic??). *Sigh*. Preparation for ISO External Audit is damn cut-throat, i tell you. Semalam saya balik rumah pukul 1 pagi, but surprisingly jalan jem betul dekat Dataran Merdeka. Ada apa ye last nite? Ada siapa2 tahu? Nevermind.

So tadi ISO External Audit.. Result? I'm still waiting. Saya dah kena audit tadi. Macam ada problem je drawings and design saya tu. Macam akan kena NCR je. Macam kena rotan dengan boss je nanti.. Wuuu :((

Encik Hanis pun dah kena audit. Sekali dengan saya tadi. Kami duduk berdua depan Auditor tu macam pasangan yang bermasalah rumahtangga pergi kaunseling. Oh ya kami baru pindah ofis, jangan sangka kami dah gembira sebab dapat lari dari Pudu yang jem macam haram tu, sebab kami hanya pindah ke tingkat atas je. Dari tingkat 1 ke ofis baru tingkat 4 (-_-").

Kiri: Ofis lama. Depan saya tempat abang Naim, belakang saya tempat Sha.
Kanan: Ofis baru version tunggang langgang. Depan saya Sha, belakang saya Encik Hanis.. (alaa...)
Encik Hanis: Sayang, nanti seat awak depan saya tau..
Cik Husna: Yeke? Susah la saya nak chatting dengan lelaki lain kalau boyfriend ada kat belakang :(
Encik Hanis: Sabar je la aku.. (-_-")

Ofis baru ni a bit smaller than the former one, but a lot better with happier working environment :) Tapi kalau dah naik sekali tu memang takkan turun2 dah. Mengah weyyy! Mama cakap,

"Una pakai la kasut joging kau tu pergi kerja, anggap la macam exercise hari2 naik tangga"

Saya ketawa la menyangkakan Mama bergurau, sekali tengok muka beliau seryes rupanya. Biar betul Mama ni? Tak anggun langsung pakai kasut joging pergi kerja.. Duhh.. (-_-")

So tadi lunch bos bawa pergi Swiss Garden International Hotel. Yeay! Seronok sementara belum kena marah, result audit tadi belum keluar lagi. Lepas lunch baru sambung audit. One thing i love about this company is, bos suka bawa pergi makan tempat best2. Tempat yang saya akan makan sampai tersandar kekenyangan. Buffet la bro, rugi la makan sikit2! Sebelum ni saya geng dengan En. Hanis je ambil makan banyak2 stok untuk seminggu letak atas meja dan makan dengan girang, tapi sejak ada Accounts Executive baru masuk saya dah berpaling tadah dan lupa daratan. Mana2 pun saya dengan beliau je. Oh, nama beliau Sha. Dia cun. Sejak dia masuk sini semua orang cakap saya dah tak hot lagi.. *sob sob*. Tapi Sha ni sebaya Encik Hanis, so saya masih lagi adik comel di sini. Wakaka :P

Kiri: Saya dan Sha yang telah membuatkan pemilik hotel rugi besar.
Kanan: Ok fine, Encik Hanis tak senang duduk tengok kebahagiaan kami lalu mula kacau daun.

Sebahagian dari kami. Encik Hanis tukang ambil gambar. Nak suruh saya ambil gambar? Jangan harap. Awal2 lagi saya dah senyum and bersedia. Orang nak suruh tolong ambil gambar pun tak sampai hati. Haha :D
Mesti Encik Hanis menyesal ada girlfriend macam saya..

....

Siapa cakaaaapp??

Tengok ni..

"Apa2 pun, yu tetap gojes di hati ai Husna.."
Keh keh keh..
P.S: Proses audit masih lagi berlangsung. Rakan2 sekerja semua diaudit seorang demi seorang. Seryes tengah berdebar gila tunggu result sekarang. Huhu.. Bila nak habis ni.. :(
....................................................................................................................................................
Update at 8.10 pm
We passed! We passed! :) Now this company is certified by ISO9001:2008. Hehe.. Gila la masa closing meeting nak announced result tadi seryes rasa macam tunggu result final exam. Once announced, tak ada apa yang lebih menggembirakan bila tengok bos senyum lebar then we clap our hands and congratulate each other. To ISO team especially Abg Zack the PM, Abg Adi the MR and Encik Hanis the DCO, tahniah la. You guys did a great job. Proud to be part of the team :)
Now i'm home and i just had a very long bath to chill myself out. And i'm sooo long to have a real good rest. Sembap gila dah muka sekarang. Thank you everyone, and congratulations again :)


Friday, January 15, 2010

Aina monki nak pergi playground

Aku sedang menerangkan C&S drawings kepada Electrical Engineer Encik Anuar a.k.a Gary, apabila telefon bimbitku berbunyi dan tertera tulisan H.O.M.E. Ni mesti Mama ni..

"Samekom Ma.." aku memulakan bicara.

"Helo ni sape?" kedengaran suara nyaring Aina.

"Aina, mana boleh telefon orang terus tanya ni siapa, kan Aina yang telefon Antina" aku menasihati beliau.

"Oh, betul ke? Antina, Aina nak pegi playground la. Antina balik la cepat.." suara nyaring dan nyempreng bak kata Oyah tu lancar menuturkan kata2.

Aku tengok jam. Duhh.. Baru pukul 3.. "Tengok la dulu sayang. Antina banyak kerja ni.."

"Ok, nanti Antina balik kita pergi playground tau" beliau memang budak 6 tahun yang tak pernah berputus asa.

"Yela2.. Bye.."

Aku meneruskan kerjaku. Hari ni tak la sepadat semalam, pagi petang ada meeting. 10 minit kemudian handphoneku berbunyi lagi. H.O.M.E lagi.. Duhh.. Apa lagi la budak ni.. I just answered.

"Helo ni sape?" suara nyaring tu lagi.

"Ish Aina ni, Antina cakap apa tadi?"

"Antina dah balik ke?" Aina tanya tanpa menghiraukan soalanku..

"Antina balik pukul 5 laaaa.. Grandma ada situ tak?" tanyaku lemah.

"Ada" Aina menjawab pendek lepas tu diam. Lama aku tunggu dia panggil Mama.

"Antina nak cakap dengan Grandma ke?" eh suara dia lagi? Aduhhhhh!

"Yelaaaaaa.. Antina nak cakap dengan Grandma laaaaaaaaaaa~~~~~!" lepas diberi arahan yang jelas barulah aku dengar sayup2 suara nyaring dia panggil Mama.

"Ma cucu mama tu asyik telefon Dikna je ni... Mama cakap la dengan dia pukul 6 baru boleh pergi.." elok je mama bagi salam aku meluahkan ketidakpuashatianku terhadap budak tu yang kacau hari saya yang sibuk ni..

Adoi la.. Ni baru anak buah, kalau anak sendiri macam mana la.. Apa2 pun tepat pukul 5 aku dah bergegas balik, budak perempuan tu bukan reti bahasa kang beratus kali lak telefon suruh balik... Sampai rumah aku hon dan Aina terus keluar dengan riang.

"Laa.. Kenapa pakai kasut sekolah ni? Mana selipar Aina?" aku berkata bila nampak dia keluar pakai kasut putih.

"Kat rumah Aina la, Aina lumpe nak bawak"

**Lumpe = Lupa

Haish budak ni. Malas nak cerita banyak, malas nak tukar baju, aku terus gerak menuju playground berhampiran. Dalam kereta takyah cakap la betapa bingitnya suara dia ikut lagu2 di radio.. Kalau ada Oyah mesti dah kena tumbuk dah Aina tu, Oyah mana tahan dengan suara nyaring budak kecik tu. Haha..
Buah hati pengarang jantung = Alaina Izzahdurra :)

Balik tu dalam kereta kat radio keluar lagu Party In The USA nyanyian Miley Cyrus.

"Eh lagu ni kan.. Kan.. Macam sama je macam dalam cerita erm.. Hem.. Hema Notana" excited Aina bagitau dengan bangga.

"Hannah Montana lah!" malu besar dia bila aku betulkan. Terus terdiam sepanjang perjalanan. Haha.. Aina ni control cun sikit, pantang dimalukan. Dulu dia terkentot pun cepat2 dia cakap dengan muka serius, "Bukan Aina kentot tau, bukan Aina!" Haha..



Saturday, January 9, 2010

Budak itam dah balik!

Saya la tu si budak itam. Gila sunburn lepas site visit. Oh ya, saya outstation to Sandakan since Thursday. Itulah kali pertama saya melawat construction site kami yang terletak di daerah Kinabatangan tu. Tu daerah Datuk Bung Mokhtar tau. Ok2, taknak komen apa2 :P. What can i say is, the trip was extremely adventurous! Sumpah mencabar betul. I wish i can show you the photos there, tapi saya perlu tunggu our consultants email semua gambar sebab saya tak bawa kamera. Beg kecil saya muat2 wallet dengan my two handphones je. Nak keluarkan handphone saya untuk ambil gambar? Tak mungkin, sia2 je kalau terjatuh dalam hutan belantara tu. Ok sini saya cerita sikit apa yang saya kecoh sangat pasal tu:
  1. First day - Kami yang terdiri daripada 17 orang which include engineers dari SESB, the consultants and also the sub-contractors went to our first site at Kampung Tanjung Batu, Kinabatangan. Site yang ni biasa2 saja. Cuma masa nak masuk dan keluar site tu kena merentas kawasan laut lalu jambatan sepanjang lebih kurang 500 meter. And i'm telling you this; jambatan tu kayu nya jarak2, nampak reput dan lebarnya kurang dari 1 meter (kena jalan satu barisan!). Gila gayat. Jalan tak pandang depan langsung, pandang bawah je takut terpijak kayu reput dan terpelosok jatuh. Huhu..

  2. Hari kedua kami ke tapak kedua, Kampung Kuamut yang lebih pedalaman. 3 hours boat ride merentasi Sungai Kinabatangan. Anda tahukan Sungai Kinabatangan memang banyak buaya? Sepanjang perjalanan atas bot tu bulat je mata saya tengok sekeliling, bersepah buaya bersidai kat pasir. Tu yang kat persisiran sungai, kecut perut saya bayangkan tiba2 bot kami dilibas buaya dari bawah sungai... Waaarrggghhh~~!! Dah la semua orang asal nampak buaya je semua panggil nama saya suruh tengok. Dalam hati saya berfikir, apa yang nak dihairankan sangat, atas bot ni pun semuanya buaya juga. Oh ya, saya seorang je perempuan dalam 17 orang ni..

  3. Turun2 bot kami perlu berjalan kaki meredah hutan belantara pula untuk sampai ke tapak pembinaan powerhouse kami. Jangan tak tau, saya depan sekali tau! Eh tipu la, Project Manager saya si Rohan la depan sekali, dah dia je tau site ni di mana. Saya insan hebat kedua di belakang beliau. Hehe :) Malas saya nak jalan depan sekali, kang tiba2 terbawa semua orang jalan sampai Zimbabwe puas pula saya nak menjawab dengan anak bini mereka. Lepas selesai melawat tapak, kami dijemput menjamu selera di rumah ketua kampung tau, makan daging rusa wa cakap lu! Sini rusa dipanggil payau, tapi bila saya makan tak pula rasa payau, rasa sedap gila adalah. Saya tanpa segan silu menambah nasi sambil memuji2 kesedapan lauk pauk. Betul sedaaap~ :))

  4. Masuk site ketiga, 10 minutes boat ride dari site kedua tadi. Kali ni mendaki bukit pula. Aku ni punyalah penuh perut makan banyak tadi, sumpah senak nak mampos! Mahu saja saya buat2 pengsan supaya dikecualikan naik. Tapi saya tetap control macho di depan dengan Rohan walaupun dalam hati menyumpah2 ikut nafsu makan banyak tadi. Dah la sini susah nak cari tandas. Macam tak bertamadun pula kalau aku ikut gaya orang lain kencing je tepi pokok sebab tak tahan sangat. Kau lelaki boleh la! Wuuu~~ Lupa nak bagitahu, semua site kan, turun je dari bot nak ke tebing sungai yang tinggi tu kena lalu titi yang diperbuat daripada kayu balak yang bulat tu. Gayat tau tak! Puas la saya jalan mengimbangi badan, semua orang melangkah macam penari ballet. Saya yang perempuan ni agak comel la jalan macam tu, bayangkan lelaki2 berbadan sasa jalan selangkah2 terjengket2 sambil mendepakan tangan, lucu juga tengok. Tapi di saat2 genting macam tu memang tak rasa nak ketawa langsung la, tersilap langkah sikit memang tergelincir jatuh dalam sungai. Seram wooo!! Nak2 sungai yang ada Encik Crocs.. Huhu..
Balik tu 2 hours boat ride je, sebab mengikut arus sungai. Masa pergi tadi jadi 3 jam sebab melawan arus. Saya tidur je sepanjang jalan tak minat dah nak tengok buaya. Penat cik kak. Beberapa kali juga saya dikejutkan oleh rakan2 sebab banyak kali siku saya terkeluar dari bot. Letih pula mereka nak menjelaskan kalau saya bangun bising2 sebelah tangan dah tak ada dimakan buaya..
Sampai hotel, masuk lobi je semua mata tertumpu ke arah saya. Mana taknya, punyalah comot dengan kasut berlumpurnya, tudung ikat ke belakang macam minah indon nya, sebijik macam buruh kasar. Mesti mereka ingat aku tak mampu nak duduk hotel macam tu. Memang jenuh la cleaner nak membersihkan karpet The Mark's Lodge Hotel yang cantik berkonsepkan British stail tu. Dah siap mandi bersihkan keladak semua, saya terus terlelap tapi terjaga semula Rohan call suruh bersiap2 pergi dinner ramai2. Saya tak ikut pun, tak larat bangun la. Tapi lapar juga. So saya call Pizza Hut delivery je instead. Makanlah saya sambil berbaring atas katil tengok TV. Macam paus terdampar pun ada kalau korang tengok. Seryes malas gila nak bangun..

Flight balik tadi saya duduk sebelah Mat Saleh lagi, tapi kali ni saya tak la borak2 macam hari tu. Heheh.. Dia senyum kat saya, saya senyum balik dan terus tertidur. Terjaga pun sekejap je bila dikejutkan oleh stewardess cun yang serve makanan..


Azam baru selepas site visit:
Saya perlu berusaha keras untuk siapkan projek ni secepat mungkin supaya orang2 di pedalaman tu cepat dapat bekalan elektrik. Kesian sangat tau, malam2 semua orang berpanas dan bergelap. Ada cahaya lilin je. Kalau yang mampu sikit boleh la pakai generator untuk menjana kuasa elektrik. Tapi most of them memang orang susah tau. Our safety officer Haji Ahmad cerita beliau sampai mengalir airmata bila sembahyang Isyak dengan orang kampung di surau yang pakai lilin je....





Monday, January 4, 2010

Sengal2 la badan sekarang.. Sebelum jogging kena warm up ke eh? Lupa la.. Eh ni baru title rupanya, ingatkan tengah taip content dah. Hahaha..

Hari kedua jogging. Heheh. See? Saya tak hangat2 tahi ayam tau! Erm.. Bro, baru dua hari kot. Kecoh la lu. Saya habis kerja tadi terus berkejar balik, sampai rumah kelam kabut sembahyang Asar, pastu terus siap2 pakai outfit untuk jogging. Aina dan Aicha ada sini, Aina akan duduk secara tetap di rumah Grandma ni sebab beliau akan bersekolah tadika di sini. Memang saya la yang akan menghantar dia pergi tadika hari2 sebelum pergi kerja. Balik biar Grandpa dia ambil, macam tak munasabah pula kalau saya kena keluar ofis semula pukul 11 untuk jemput dia balik. Dah sambung cerita. Tengah2 nak keluar tu tengok2 Aina pun sama2 kelam kabut dengan saya bersiap ambil selipar bagai. Eh aku ada sebut nak bawa dia ke?? Huh, dah Aina ikut, Aicha pun haruslah memberontak nak ikut juga. Terpaksa la saya bawa semua sekali pergi jogging. Mama dah berleter macam2, sebab takut kawasan tu sunyi lepas tu ada orang culik cucu2 beliau.

"Ala kalau tempat tu sunyi Dikna balik terus la Ma, Dikna pun takut kot kalau tak ada orang sangat.." terpaksa la saya meyakinkan mama, padahal saya pun malas juga nak bawa budak2 ni.

Sampai2 sana tengok ramai je orang. Mostly family yang bawa anak2 la, ada juga abang2 hensem yang mengajakku berlari seiringan. Haha tipu je. Siapa nak mengorat? Punya la hodoh saya masa tu, dengan tak mekapnya (jadah la aku nak mekap2 pergi jogging), dengan track bottom singkatnya, dengan T-shirt tak iron nya.. Kalau bukan sebab anak2 buah jerit2 panggil saya Antina sambil main buaian, mesti orang ingat saya ni bibik bawa anak majikan beriadah. Ah pedulikan mata2 kasar, biar nampak comot, asalkan bila berlari nampak sangat anggun. Wakaka! Gambar? Jangan harap saya nak ambil gambar dalam keadaan comot macam tu lepas tu upload pula. Buat bahan jenaka korang je. Saya plan nak berlari keliling tasik hari ni, tapi disebabkan ada anak2 yang perlu dijaga, saya end up lari pusing2 playground tu je. Memang agak tak macho la lari keliling situ je, nampak sangat macam tak larat nak pusing tasik. Dah tu takkan saya nak sedap2 tunjuk hebat lari keliling tasik biar budak2 main sendiri? Saya lari pusing2 tu pun mata saya tak lepas pandang anak2 buah supaya sesaat pun mereka tak hilang dari pandangan. Gila risau. Dah berjangkit dengan sifat overprotective mama la ni. Naik kereta pun saya pakaikan seatbelt pada kedua2 budak perempuan tu lepas tu kunci pintu belakang guna 'child lock'. Bengkek je muka masing2 kena duduk diam, tak la diam mana, mulut tak berhenti2 juga bercakap kan..

On the way balik budak2 merengek2 nak aiskrim, saya buat hati kering je. Takkan saya nak beli untuk budak2 tu lepas tu saya tengok je diorang makan? Sia2 la aku bersenam bagai kalau balik tu membaham aiskrim.

Sampai2 rumah, mama menyambut kami dengan wajah horrified,
"Baru je mama nak suruh Lah pergi turut kau kat sana.. Risau laaa.."

Duhh.. Mama memang macam tu, when it comes to her grandchildren, Mama akan sangat2 protective..

Aicha & Grandma
Grandma berdiri, Aicha berdiri. Grandma ruku', Aicha terus sujud. Hehe..
(Sila abaikan background bersepah, kami baru habis lipat baju masa ni. Hehe. Budak baju kaler hijau Shrek kat belakang tu adalah Aina. Tengah main online games. Kalau setahun dia duduk sini sekolah tadika sini, nampak gayanya tiap2 malam la saya perlu bertekak tarik2 rambut dengan dia berebut2 nak main internet.. Betul tak?)

The apple of my eyes - Arissa Ilhamzahra
Now you tell me, patut tak saya sayang budak kecik ni berlebih-lebihan?


Saturday, January 2, 2010

Cerai? Oh, no..

Saya sedang membaca novel di ruang tamu, apabila saya terdengar suara seseorang (mungkin lebih daripada seorang) memberi salam kepada Baba dan kedengarannya ingin membincangkan sesuatu yang agak serius. Perbualan yang berlaku di beranda rumah saya itu lebih kurang begini.

Watak lelaki yang bermasalah: Ali
Watak kawan kepada lelaki bermasalah: Abu
(Dua-dua bukan nama sebenar)

Abu: Assalamualaikum Ustaz, maaf ganggu. Saya bawa kawan saya jumpa Ustaz ni, nak minta pandangan sikit.

Baba: Walaikumsalam warahmatullah. Tak apa, masuklah. Nama siapa ni?

Abu: Saya Abu. Ni kawan saya Ali. Hah kau cakaplah sendiri dengan Ustaz ni..

Ali: Macam ni Ustaz. Saya ada krisis dengan orang rumah saya. Lepas berbalah2 cakap, saya ada sebut, 'Aku ceraikan hang'.. Lepas tu sambung lagi gaduh. Dan sekali lagi saya sebut, 'Aku ceraikan hang'.. Macam mana ya Ustaz?

Abu: Kawan saya ni nak rujuk balik dengan isteri dia Ustaz.. Macam mana ya? Cerai tu sah ke? Dia ni betul2 nak rujuk balik ni.. Tu dah kira cerai talak dua ke?

Hmm.. Saya terus masuk bilik untuk sambung bacaan saya dengan lebih aman. Malas nak ambil tahu. Ini bukan pertama kali orang2 datang jumpa Baba dengan masalah begini.

*Mengeluh*

Lelaki. Kuasa mutlak berada di tangan lelaki. Hanya lelaki yang berkuasa untuk menceraikan isterinya. Tapi harus diingat, diharamkan syurga bagi isteri yang meminta cerai dari suaminya. Talak adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah (s.w.t). Refer pada kes di atas, bahaya betul kalau seorang suami tak boleh kawal perasaan dan nafsu marah. Talak dua terus jatuh. Kalaupun berjaya rujuk semula, kita ni nak hidup bersama dalam jangka masa yang panjang, mungkin 10-20 tahun lagi. Mampukah si suami itu mengawal amarahnya sekiranya berlaku lagi pertelingkahan yang sama atau lebih teruk lagi di masa depan? Sekali lagi sebut 'Aku ceraikan hang', dah jadi talak tiga. Masa tu baru menggelupur nak cari cina buta kalau nak rujuk..



P.S: Semoga hal cerai-berai ni dijauhkan dari hidup saya. Amin.


Friday, January 1, 2010

01.01.10 - Best! :)

Hari pertama untuk tahun 2010 bermula dengan sangat baik sekali. Bangun awal sebab Lynn mintak tolong hantar dia ke Puduraya, dia nak balik Muar. Lynn nak kahwin 14 Februari ni dengan college sweetheart beliau iaitu Atenk. 2-2 pun kawan baik saya. On the way hantar Lynn tu Ja text ajak lepak Sunway Pyramid, saya cakap tak ingat jalan, tapi saya decide nak redah je pergi. Tak susah pun rupanya. Setengah jam je dari Puduraya yang jem macam haram tu.

Sampai sana, kami terus lunch kat McD. Kenapa McD? Sebab dari pukul 12-3pm kan murah kat sini, saya ni sempena tahun baru dah bertekad nak berjimat cermat dan menguruskan badan. Dua tu je ke azam baru saya? Ermm.. Ye kot, dua tu je. Tak guna betul (-_-"). Makan McD during lunch hour, yes save duit. So azam pertama dah terlaksana. Tapi bukan ke McD tu menggemokkan? Huhu.. Tak boleh pakai betul azam tu..

Tapi betul tau saya nak menguruskan badan. Buktinya saya hari ni berhabis duit beli track bottom dan sport shoes dengan niat untuk berjogging setiap petang Sabtu dan Ahad. Saya dah paksa Ja ikut sekali teman saya, dia yang dah kurus macam lidi tu hanya mampu mengangguk sambil mengalirkan air mata. Mula2 saya masuk butik Elle. Saya ingat nak beli 1 sut of sweatpants and sweater yang kaler pink sebagai outfit jogging saya.

Sweatpants=RM90++.
Sweater=RM120++

Dan saya nak beli lebih dari sehelai. Gila? Dah tu sebulan saya nak makan apa? Selepas dijeling tajam oleh Oyah yang lagaknya tak ubah macam Mama yang mengawal perbelanjaan saya, saya pun membatalkan niat nak beli set jogging dekat Elle tu dan terus melangkah ke Jusco je. Dapat la 2 helai track bottom yang murah dan sesuai untuk berjoging. Then i need to buy a pair of running shoes. Cepat je saya melangkah ke butik Nike. Jumpa satu yang sangat2 cantik, harga pun cantik. 4ratus lebih juga la. Saya dah hampir terbeli dah, then saya call En. Hanis untuk tanya pendapat. Beliau dengan sinisnya berkata,

"Berbaloi sangat la untuk pakai sekali dua bawak pergi joging."

Ni dah kira mencabar semangat saya ni! Huh.. Last2 saya end up beli Adidas je. Saya kurang minat Adidas sebenarnya, design tak cantik. Tapi cheaper la, beza kurang seratus lebih dari harga Nike tadi. OK la tu. Setengah jam lepas tu En. Hanis datang join. Sampai2 je terus bertekak dengan Oyah pasal kasut Crocs masing2.

Teka mana satu Crocs ori?
Lepas dua2 pun menangis kena marah dengan saya yang bertindak sebagai orang yang paling matang pada masa itu, kami ramai2 pergi main boling.

Kiri: Ja dengan gaya maknyah.
Kanan: Oyah bermain boling menggunakan skill bermain netball.
Kiri: En. Hanis berhempas pulas untuk mengalahkan wanita2.
Kanan: Saya melangkah keluar dengan gaya seorang juara. Eh saya yang tengah baling tu la, silap lak. Padan la dari tadi saya asyik fikir bila lak saya keluar freehair ni..
Imej on skrin sebelum main.
(Atas sebab2 teknikal, gambar skrin selepas keputusan akhir tidak dapat diupload. Malas saya nak menunjuk2 saya menang tadi.)


Kepuasan terpapar jelas di wajah Oyah sebab beliau tak perlu keluarkan duit langsung lantaran masih bersekolah.
Habis main boling Oyah merengek2 nak pergi karaoke lak. Kami terus pergi kat tempat karaoke tu dan tanya harga. RM44++/head. Your head la! Combine duit dalam wallet semua orang campur sekali dengan bulu kaki Hanis pun belum tentu cukup nak bayar masuk tau! Semata2 nak dengar kau melalak je. Ceh. Kami2 pun jalan2 la sekitar Sunway tu tengok ada apa lagi yang best. Sepanjang jalan tu En. Hanis tak habis2 cakap, "Banyaknya dah berubah, dah lama tak datang sini". Sebijik macam pakcik2 yang lahir di zaman perang datang melawat Dataran Merdeka lalu menceritakan sejarah kemerdekaan.
Dah lenguh berjalan tu, tiba2 nampak pameran besar-besaran Ogawa di tengah2 foyer Sunway Pyramid tu. Memang pucuk dicinta ulam yang datang la (betul ke peribahasa ni?). Kami berempat berebut2 nak cuba kerusi2 urut yang disediakan.
Sakit kot mesin tu. Geli lak tu! Ke Hanis sengaja tekan button yang akan membuatkan saya cepat2 bangun dan bagi dia duduk??
Hampir sahaja berlaku pertumpahan darah antara Oyah dengan Ja semasa berebut nak duduk kerusi ni. Lenguh gila kaki badan segala lepas main boling tadi..
Selesai berurut, kami ramai2 pergi minum at Oldtown. Lepas tu balik. Esok kerja. Adoyy..