Friday, January 6, 2017

Adam Muaz Bersekolah

Oh hi! Assalamualaikum and Happy New Year everyone!

Okay entri ini wajib untuk setiap anak anak (2 anak je padahal 😋), kenangan untuk dibaca pada masa depan. Tahun ini Adam Muaz sudah mula bersekolah. For the past few months I've been battling with myself samaada nak mula sekolahkan dia (he's only 4 this year) atau tunggu tahun depan je. Mama cakap tak payahlah, dia kecil lagi. Lama sangat di tadika katanya, takut dia bosan belajar benda yang sama selama 3 tahun. Yusuf pun start sekolah masa umur 5 tahun, elok je catch up belajar macam budak lain. Tapi aku ada sebab tersendiri untuk sekolahkan dia sebenarnya. Antara sebabnya;

1. Bila dia sekolah masa umur 4 tahun, Yusuf baru 6 tahun so dia sempat bersekolah sekali dengan abang dia. Kalau 5 tahun dia baru sekolah nanti kesian takde kawan (padahal Abang pun awal awal masuk sekolah dulu takde kawan kekeke biasalah anak bongsu manja lain macam sikit).

2. Zaman dulu Darjah 1 masih belajar ABC 123 lagi, zaman sekarang dah advanced dengan KSSR bagai. So harap harap takdelah Adik rasa bosan Darjah 1 belajar benda yang sama macam tadika.

3. Nak ajar Adik belajar bersosial dan berkongsi barang dan keluar dari prinsip hidup 'The world only revolves around me' dia tu. Lain macam anak bongsu ni, dan to be fair to him kami as parents pun agak memanjakan dia. Tak sampai hatii! 😅

Untuk Adam Muaz bersekolah ni Daddy ambil cuti seminggu untuk bersedia, sebab berdasarkan pengalaman dengan Yusuf dulu 2 minggu menangis pergi school! 😭. Hari Rabu baru baru ini merupakan hari pertama untuk pelajar kelas 4 tahun, pakai baju sukan dulu. Bangun pagi dengan penuh bersemangat. Few days before tu kami dah explain pada dia nanti Adik akan pergi school dulu, Abang pergi minggu depan. Ulang ulang cakap dengan dia and dia cakap "Okay!" je, entah paham entah tidak 😆

So Rabu itu sampai sampai saja di sekolah, OMG penuh dengan tangisan budak budak! Rasanya lebih 50% budak menangis masa itu. Oh no, this is not good. Takut bila tengok ramai sangat menangis Adam Muaz jadi takut pula.



Senior turut datang untuk memberi semangat 😘



Manja Daddy.



Muka senyum, tapi dalam hati tiada siapa yang tahu. Oh I'm talking about myself. Baby Mummy ni tau... 😭


Gambar diambil dari luar grill sekolah. Sekeliling dia semua budak tengah menangis, kami dok suruh suruh dia join geng yang tengah main Lego tu sebab tahu Adik suka main Lego.


Tapi dia diam je tak bergerak pun. Malu lagi. 

To make things easier for teachers, kami lekas pergi sebab selagi ada parents kat situ susah teacher nak pujuk anak anak yang menangis. Lagi satu, lebih baik pergi cepat cepat sebelum Adam Muaz pun terikut menangis sama. Memang kena keraskan hati je, dalam kereta aku dah mula rasa sebak dan started questioning our decision to send him to school that early. Dalam hati dok rasa anak aku tu baby lagi huhu 😢😢

Dalam pukul 10 tu teacher send gambar kids having breakfast kat WhatsApp group;


Adik yang paling kiri, besar nampak anak aku compare to budak lain. Looking good so far.

Dalam pukul 12.30 kami ambil dia, muka sebak sebak tahan menangis tapi ego taknak menangis depan teacher. Teacher kata dia ada senyap senyap berjujuran air mata juga dalam kelas, bila ditanya rupanya nak pergi toilet alah alah anak Mummy. Takpe Dik, first day kan.

Hari kedua, dah pakai uniform. Bangun pagi terus cakap taknak pergi school. 

"Nanti Adik cry lagi," katanya.

Aku pujuk takpelah cry pun sebab Adik baru lagi. Yang penting kena pergi school. Budak big kena pergi school barulah boleh jadi clever boy. Dia still bangun dan mandi juga anyway, at least easier than his brother dulu yang kena seret ke bilik air 😅. Hari kedua datang agak lambat, 8.30am baru sampai dan masih ramai budak yang menangis.


Tengah negotiate untuk masuk kelas. Masa ni teachers dah ramai pujuk pujuk dah ajak masuk dalam. Sabar je cikgu cikgu kat sini, may Allah bless their soul.


Dia senyum senyum tapi mulut cakap taknak tau. Puas pujuk. Dia cakap "Nak Mummy dengan Daddy masuk sekali" alahai mana boleh macam tu anak oi!



Lepas tu dia kata nak bergambar pulak. "Ambiklah gambar Adik, Adik nak ambil gambar". Whatever it takes to make us stay 😅

Bila teacher dah pegang tangan dia, kami terus pergi masa tu dia dah menangis dah alahai. Kesian manja Mummy tu. Balik tu teacher cakap dia menangis sekejap je, tapi dia takde nampak happy la buat aktiviti, suram je muka. Nasib baiklah halfday je, kalau fullday ni macam mana entahlah awak ni.

Hari ketiga (tadi), kami cuba taktik baru. Bagi dia pakai jam Spiderman bawa pergi school.


Spiderman tak boleh cry tau!

Dia bangun pagi masih cakap taknakk pergi school, tapi tetap juga ikut je bila kami bawa dia ke bilik air untuk mandi takdelah meronta ronta ke apa.

Sampai sekolah, salam Mummy Daddy Abang, salam teacher, teacher terus bawa masuk dalam. Kami stay di luar pagar, nampak dia kat dalam diam je setempat sedih tengok 😭😭. Dengan anak bongsu kan kita selalu ada extra soft spot sikit wuuuu.



Solat sunat Dhuha hari ini. Si Muaz ni kalau kat rumah setiap kali solat mesti ketawa ketawa, harap harap tak terbawa bawa ke sekolah 😅

Well, Isnin ni Abang dah start sekolah juga. Harap harap Adik lebih gembira dan tak takut lagi sebab dah ada Abang. Looking for these 3 days, sebenarnya Adam Muaz lebih senang berunding berbanding Ammar Yusuf di awal persekolahan dulu. Nak kejut bangun tidur dah meragam, nak mandi meragam, pakai baju meragam, pergi school meragam sampailah ke depan pagar school. 2 minggu tau! Mungkin sebab Adam Muaz sebelum ini pun dah dibiasakan pergi sekolah Abang, join aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah dan dah biasa dengan muka teachers kat situ,

Anak Mummy Muhammad Adam Muaz, belajar elok elok ya. Belajarlah berkawan, berkongsi barang, bertolak ansur dan berdikari, penting semua ini untuk pembentukan jati diri Adik. Semoga permulaan yang baik ini berterusan dan  menjadikan Adam Muaz anak yang berjaya dunia akhirat inshaaAllah 😇