Thursday, September 30, 2010

Kali Pertama

2 minggu pertama sebagai isteri, biasa-biasa sahaja. Pengalaman biasa yang semua para isteri mesti lalui. Segalanya bermula dengan kali pertama.

Kali pertama memasak dari mula sampai habis. Sejujurnya, aku bukan jenis memasak. 5 tahun setengah sebagai student universiti yang tinggal di hostel dan rumah sewa yang kawan kawan rajin memasak (alasan) dan selepas habis belajar tinggal pula di rumah bersama ibu yang sangat handal memasak where khidmat memasakku seakan-akan tidak diperlukan (alasan lagi) ditambah pula dengan keyakinan diri yang rendah untuk memasak untuk keluarga yang terdiri daripada Baba yang mempunyai kemahiran 'merasa' yang maha hebat (alasan lagi kau ni memang dasar pemalas sddkrgmlppgfftt) membuatkan aku sangat jarang memasak sehinggalah berkahwin. Tapi di rumah sendiri, I really enjoy cooking. Excited semacam nak tackle perut Suami. Apatah lagi apabila Suami sangat tidak memilih dan sangat encouraging kalau sedap dia memang puji dan kalau tak sedap dia diam sahaja ataupun cakap, "Macam masin sikit kan Sayang? Ke lidah saya je yang rasa masin?" Heheh sayang lebih la macam ni :)

Kali pertama membeli perabot, iaitu kabinet gas. Demi untuk menjimatkan wang penghantaran dan pemasangan sebanyak RM30 kami membuat keputusan untuk bawa balik yang belum pasang dan pasang sendiri di rumah. End up rupanya engsel pintu kabinet itu sangat pelik dan jelik (geram gila tak boleh pasang!), akhirnya kabinet itu dibiarkan tidak berpintu. Bukan tak tahu pasang, even bapa mertua juga cuba pasang tapi memang tak boleh langsung bodoh punya syarikat perabot bagi engsel kabinet pelik dan jelik pfftt.. Suami berasa simpati risau aku tidak selesa di dapur dengan kabinet gas tanpa pintu, lalu menawarkan untuk membeli kabinet lain sebagai ganti, aku menolak dengan baik lantaran tidak mahu membazir. It's just a gas cabinet anyway. Terus Suami jadi makin sayang.. *blushed* (walaupun ayat 'Suami makin sayang' adalah perasan sendiri semata-mata).

Kali pertama membeli peralatan memasak adalah set pisau yang disertakan dengan gunting dan chopping board. Beli di Tesco sekali dengan barang keperluan lain. Excited gila masa tu, dengan hanya RM13.90 dapat 4 bilah pisau, 1 gunting, 1 chopping board kecil. Selepas pakai baru tahu set pisau+gunting+chopping board itu sangat tidak berkualiti di mana gunting itu terbelah dua hanya selepas dua kali pakai, pisau pula yang paling besar pun apabila potong potato pisau itu pula tergerak ke tepi sebab lembik sangat besinya. Adakah aku sekarang cuba mengaplikasikan peribahasa 'Tidak tahu menari, dikatakan lantai yang tidak rata'? Tidak tahu memasak, pisau yang dipersalahkan? Bukan la, percayalah cakap aku T__T. Even Suami pun komplen pisau dan gunting itu sangat pathetic. End up pergi IKEA beli gunting dan chopping board baru besar dan tebal gila stok potong tembikai punya heh heh. Oh tidak ketinggalan tuala mandi yang dibeli di Tesco berwarna maroon membuatkan setiap pagi ada banyak gila habuk/bulu halus warna maroon bersepahan di bilik tidur dan bilik mandi menyebabkan Suami yang menyapu rumah setiap pagi potpetpotpet membebel tuala Tesco juga pathetic, seperti pisau.. Dan gunting.. Dan chopping board.. Tssk T__T

Kali pertama membeli cili boh juga boleh dijadikan cerita. Aku ingat nak masak sambal tumis ikan bilis dan telur (issk tak gempak langsung nama lauk), dah excited nak guna blender baru untuk blend cili segala. Tapi dengan jalan dari Pudu ke Puchong yang jem dan hujan lagi, lewat gila sampai rumah. Kalau nak blend cili kena potong cili dululah, then nak rebus dulu baru blend. Suami cadangkan beli cili giling sahaja. End up ambil cili boh. Apa bezanya?? Tak pandai guna cili boh. Sambal tumis jadi warna oren keperangan instead of merah pekat mengancam yang biasa nampak Mama buat. Hati sayu masakan tak jadi. Dengan muka sedih panggil Suami makan sambil beria-ia menjelaskan betapa aku tak pandai guna cili boh. Suami hanya senyum cakap "Tak apa, OK je ni". Ye, beliau makan sahaja. Siap bertambah lagi. Kembang hati aku, hilang sedih tadi :)

Oh rumah kami belum ada meja makan dan perabot di ruang tamu. So kali pertama makan bersama adalah beralaskan kotak besar peti sejuk baru, dan makan di atas kotak lampu hadiah kahwin Abang Zack yang kecil ngam-ngam letak dua pinggan nasi kami. Mula-mula aku suruh guna kotak hadiah periuk belanga yang lebih besar, tapi Suami cakap kotak lampu ini ada jenama IKEA. So gunalah kotak lampu. Haha. Setiap kali makan bersama mesti akan ketawa-ketawa berdua sebab Suami cakap, "Kalau orang Bersamamu Tv3 tu datang tengok kita macam ini mesti kita dapat beras Faiza macam dalam TV tu." But regardless ruang tamu seperti layak join program Bersamamu TV3, bilik tidur dan dapur kami sangat complete tau, lengkap segala keperluan dan peralatan elektronik, hadiah daripada keluarga dan kawan-kawan. Terima kasih kerana melengkapkan kehidupan kami.. *kesat airmata terharu* :')

Segalanya bermula dengan kali pertama. My first time. Our first time. Suami selalu berkata, it's OK untuk membuat kesilapan di kali pertama kerana kali pertama itu adalah permulaan untuk segala-galanya. Dengan demikian baru kita akan belajar sesuatu. Walaupun Kali Pertama kau tu macam pathetic gila, tapi benda itu boleh jadi point best untuk korang suami isteri ketawa besar semasa berbual bual sebelum tidur, dan at least ada sesuatu untuk diceritakan kepada anak cucu kita kelak heh heh annoying gila tiba-tiba sebut anak cucu. Indahnya belajar erti hidup bermula dari bawah bersama-sama orang yang paling kau cintai. Betulll.

Kepada pasangan yang sudah lama bercinta dan asyik bertangguh kahwin dengan alasan belum cukup duit or belum bersedia ke apa, kahwinlah. Duit memang tidak akan pernah cukup, tapi asal niat kau ikhlas untuk membina masjid, Allah pasti akan membantu :)
Gambar hiasan. Oh tudung hitam di tepi itu adalah Oyah. Macam comel pula dia walaupun nampak muka separuh je :p



Wednesday, September 29, 2010

When the husband is a clean freak and the wife is a sloppy, OMG.

Malam tadi letih gila. Sangat sangat. Lepas masak, makan dan mandi (buncit la perut aku hari hari pun makan dulu baru mandi), terus tertidur. Suami ketika itu masih di dapur.

Pagi tadi suami gerak bangun pukul 6 pagi. Kawan-kawan sila jangan annoying, sekarang aku memang sangat suka guna perkataan Suami :)

Selesai sembahyang dan gosok baju, terus ke dapur. OWKAY. Pinggan mangkuk periuk belanga (sengaja sebut periuk belanga supaya nampak macam gempak je memasak heh heh) semua sudah dibasuh bersih. Meja, kabinet dapur gas segala sudah dilap berkilat. Lantai dapur juga sudah disapu dan dimop. Segalanya tersusun. Bersih.

Senyum sorang-sorang aku pagi-pagi buta. Tehehe..

Tiba-tiba terasa nak berlakon letih macam nak pengsan lagi malam ini, mana tahu kali ini dengan tingkap bilik kipas siling semua dia lap :D


Tuesday, September 28, 2010

Fussy me. Haihh.

Bila difikirkan semula tentang my wedding day, I just realized how fussy I am towards people who worked with me.

Kanopi
- The day orang kanopi tengah datang pasang, aku dah start bising kenapa kanopi tak tegang, kendur je. Rupanya belum siap pasang. Then aku tegur lagi kenapa kanopi macam tak bersih, then dia cakap kanopi memang standard macam tu, unless kanopi baru. OK aku terima sebab malas nak bising benda tak penting. Anyway I still love the canopy, sebab warna pink lembut bukan pink mantreng seperti kebiasaannya. Heh.

Photographer

- The night before my nikah day I called and texted my photographer untuk brief serba sedikit tentang apa yang aku inginkan (asalnya nak buat meeting dengan Lan tapi dah Hanis demam campak tak jadilah meeting). Macam-macam aku cakap, yang aku asyik ulang is photographer kena cover semua majlis, banyakkan gambar keluarga dan tetamu jangan semua nak fokus pada pengantin sahaja sebab bila gambar dah siap nanti mestilah nak tengok beramai-ramai dengan keluarga dan sudah tentunya mereka nak tengok gambar mereka sendiri bukan hanya gambar aku dengan Hanis sahaja posing syok sendiri sana sini. Dan aku juga tekankan aku taknak gambar cliche seperti dalam kebanyakan wedding blogs contohnya posing pengantin buat teroponglah, pengantin gabungkan jari buat bentuk love lah, posing pengantin lelaki cium leher pengantin perempuan lah, posing kawan-kawan semua keliling pandang/tunjuk jari pada pengantin lah, gambar pengantin berpelukan pejam mata macam sangap lah.. Tapi dah namanya pun gambar kahwin, sedikit sebanyak haruslah ada gambar romantik sebegitu adoi la.. Selagi boleh aku kurangkan. Belum cerita lagi kedegilan aku taknak ikut cakap photographer suruh posing itu ini. Asyik nak posing cara sendiri je. Tapi Lan, Ekie & Syuk (yes, there are three Official Photographers) memang best, memang professional, very knowledgable pasal gambar kahwin dan sangat sabar melayan karenah. So end up aku mengalah dan mendengar kata je. Hehe.. Kan senang :P

Make up artist
- Orang biasanya dimekap senyap je, aku ni sibuklah nak tahu dia tengah pakaikan apa, pekat ke tidak, lipstik taknak warna bukan bukan, shading kat hidung takyah over sangat sampai nampak fake gila hidung mancung padahal hidung bulat je.. Awal-awal mekap lagi aku dah terjerit sebab Kak Emma tu terus trim kening. Terkejut aku. Dah tercukur sikit terpaksalah biar elokkan, takkan nak biar kening tobek sebelah je. Sebelum tengok cermin banyak kali aku tanya orang sekeliling yang bertenggek tengok aku mekap tu cantik ke, over ke, elok ke.. Sabar jelah. Tapi Kak Emma mekap cantik kot, walaupun rasa muka macam berat gila dan mata nampak separuh je sebab ditutupi bulu mata, tapi dalam gambar nampak tak tebal mana pun. Paling penting, suami cakap cantik.. *blushed*. So silalah hire Emma Pesona, harga pun reasonable :)

- Dah siap mekap, buat hal pula taknak pakai crown/tiara/whatever nama dia. Aku memang taknak pakai, kalau korang perasan masa nikah je aku pakai benda atas kepala tu, tu pun hair band, bukan crown or tiara. Aku tak suka, sebab rasa macam old-fashioned ke apa entah. Ke aku je rasa macam tu? Lagipun aku nak senang bergerak, taknak la stiff je sebab ada benda berat atas kepala. Macam macamlah kau. Banyak cekadak.


Pengantin suka hati :D

Oh. Inilah Shamim Shukor. Hanis' Best Man. Best Man yang memang best. Betul-betul 'jaga' dan atur pengantin lelaki sepanjang ketiga-tiga majlis. Memang favourite cousin la kau Shamim :) (kenapa aku duduk macam vogue tapi Hanis duduk malas-malas??)


Gambar kedua di majlis bertandang itu dimekap oleh mak andam lain. Budak lagi. Macam tak cantik kan? *sigh* Dengan dia pun aku cakap taknak pakai crown, pening mak andam. Tapi aku selesa je, less is more :)

Memang macam macam lagilah, hampir stress juga walaupun malam tu puas bergelak ketawa dengan kawan-kawan. Tidur pun tak cukup, in 48 hours aku tidur 3 jam sahaja. Boleh tak? Berborak punya pasal. Berborak sambil bekerja OK. Lagipun tenaga kerja tak mencukupi memaksa pengantin berusaha keras juga sebelum majlis. Syukur ada adik beradik dan kawan kawan baik yang sangat membantu. Simpati juga, tapi syukur segalanya selesai juga eventually. Dan, pagi Sabtu tu terus muntah muntah. Great.



Monday, September 27, 2010

10 Points of Random Update

Macam bagus bagus je title. OK ini adalah update yang mana jari aku menaip lebih pantas dari otak aku berfikir. So sebarang typo or kalau ada ayat poyo ke apa harap dimaafkan.
  1. Hari pertama ke pejabat sebagai suami isteri dimulakan dengan bangun lambat and aku kelam kabut iron baju kami berdua, basuh pinggan semalam, prepare breakfast, tegangkan cadar katil, mekap dalam kereta, suap Hanis yang tengah memandu sebab tak sempat nak breakfast kat rumah (perlu ke bagitahu adegan ini kepada umum??), jalan dari Puchong ke Pudu jem macam haram, dan aku tertidur (qada' tidur sebab kena bangun lagi awal dari Encik Hanis) sampai dah depan office baru sedar. Heaven betul tak payah drive dah pergi kerja :D

  2. Gambar dari OP belum dapat lagi ye sayang sayang sekelian. Mana Lan hebat ni? Ramai pula yang asyik bertanya T__T

  3. Berat badan kini 53 kg. Turun 3 kg kot. Ke sebab duduk rumah tingkat 4 so badan jadi lebih ringan seperti teori ketika duduk di rumah sewa tingkat 4 zaman belajar dulu?

  4. Kali pertama memasak untuk suami dipuji melambung. Kembang hati. Tapi orang office cakap, "Ala awal awal kahwin kentot pun bau wangi.." Betul ke.. Mungkin Encik Hanis hanya mengambil hati. *sob sob* :(

  5. Atas polisi syarikat, Encik Hanis diminta berpindah ke department lain. Suami isteri mana boleh duduk satu department, conflict of interest nanti. Tapi tak jauh pun, dia tingkat 2 aku tingkat 4, pintu masuk juga berlainan. Tapi takpe. OK apa macam ni, absence makes the heart grow fonder :D

  6. Hidup sebagai isteri sangat best. Tak tahu nak describe macam mana :)

  7. Majlis perkahwinan yang berlangsung selama 3 hari berturut turut minggu lalu benar benar membuka mata aku tentang banyak perkara, tentang erti persahabatan, erti hubungan kekeluargaan, dan pelbagai lagi. Serius rasa 'tersedar' sangat.

  8. Ada banyak lebihan polisterin dan bunga-bungaan yang tidak digunakan (sepatutnya digunakan untuk buat hantaran dan perhiasan lain). Ada sesiapa hendak tak? Nanti aku upload tunjuk apa yang aku ada. In case boleh membantu bakal pengantin yang lain.

  9. Aku ada pesaing hebat yang lebih mantap untuk merebut cinta Encik Hanis --> ASHA. Dia ingat Uncle Hanis tu boyfriend dia laaaa. Tsssk. Kalah la aku macam ni T__T

  10. Walaupun banyak gila drama pasal baju nikah dan entah berapa kali aku perlu diyakinkan oleh Mama dan kawan kawan yang lain, sampai timbul banyak gila konflik dengan tailor bagai, tapi end up rupanya baju tu yang aku paling gemari antara ketiga-tiga majlis. Heh. Betul la. Mother knows best :)
Ni je gambar paling close up yang aku jumpa showing my solemnization dress. Ke kurung moden eh. Aku pun tak tahu apa jenis baju ini. Gabungan kurung moden dengan kebaya kot. Ekor baju tu labuh ke belakang sebenarnya tapi tak nampak dalam gambar ini. Fesyen hentamsajalahlabu hasil mix & match dari pelbagai majalah Pengantin. Biasa biasa sahaja, tapi aku suka. Sebab banyak drama yang berlaku dalam penghasilan baju ini kot. Heh dasar Drama Queen :P
Gambar dicuri dari Facebook page my cousin-in-law, Shamim Shukor.


Bersama adik-adik ipar tersayang. Glad to be your big sister dearest :')
Credit photo: Shamim Shukor lagi.
Upacara menyarung cincin. Nasib baik tak obvious sangat inai di jari yang buruk gila. Nanti aku cerita pasal inai ini. Banyak kali aku ulang pada photographer team supaya jangan close up pada jari. Siap suruh photoshop lagi kalau ternampak inai buruk itu T__T

Kredit gambar: My bestfriend, Nana.


Friday, September 24, 2010

Setelah seminggu..

Oh. Hampir seminggu tak update blog, sangat rare untuk blog-addict macam aku. Dah jumpa perkara lagi best, apa barang nak menghadap blog lagi. Heh heh *senyum gatal annoying gila*

Kami dah pindah ke rumah sendiri. Rumah kecil sahaja tapi sangat membahagiakan apabila tinggal berdua dengan suami yang rajin menyapu dan mengemop lantai (jawatan yang aku pegang selama 25 tahun di rumah Mama, eh adakah nak cakap sejak bayi dah disuruh menyapu??). Rumah belum ada perabot sangat terutama di ruang tamu kosong sahaja kecuali iron board dan lampu sudut IKEA hadiah daripada Abang Zack yang batang lampu dia bagi masa majlis aku dan mentolnya diberi masa majlis Encik Hanis sungguh intelligent strategi beliau. Malam ni gas dan dapur akan siap alamak kena start memasak la!, esok peti sejuk sampai.. Sikit sikit la beli. Hadiah pemberian rakan rakan juga sudah di unwrapped dan sebahagian besarnya sudahpun digunakan seperti microwave oven pemberian rakan-rakan suami yang cool gila membuatkan aku melompat lompat sebaik sahaja hadiah itu dibuka sebab sudah 25 tahun menginginkan microwave oven (adakah nak cakap semenjak bayi sudah pandai sebut microwave??) so bila dapat microwave malam tu beli KFC sengaja buat buat tak ada selera makan supaya boleh simpan sampai esok dan boleh dipanaskan menggunakan microwave oven OK you sound very kampung now please stop it.

Gambar belum dapat lagi. Hari ini Lan Hebat (sengaja cakap hebat supaya rasa bersemangat nak edit cepat cepat dan upload semuanya hari ini juga hehe) baru bagi 2 gambar teaser.

Posing ala majalah Pengantin yang menampakkan diriku seperti kurus tinggi padahal hakikatnya gemok pendek T__T

Ehem ehem. Hensem laki aku :D

Kedua dua di atas adalah gambar majlis di pihak perempuan dan pihak lelaki. Now tengah tunggu gambar nikah. Antara nikah, bersanding, dan bertandang, aku paling suka majlis nikah. Sebab pakai baju sendiri kan. Encik Hanis pun suka majlis nikah, sebab baju juga, serius bila pakai baju sendiri instead of baju sewa rasa lebih berkeyakinan dan lebih 'kemas'. Entah apa apa aku cakap macamkan pakar fesyen but you got the idea right? Dan majlis nikah juga adalah yang paling terindah. Where I see my husband as the most handsome guy in the world :D
Mekap di majlis nikah juga adalah yang paling disukai antara ketiga-tiganya, dan paling tak cantik adalah mekap di majlis bertandang. Betapa tak cantiknya mekap itu sampaikan Baba pun perasan, siap compare lagi cakap mekap di majlis sanding lebih cantik. OK mungkin biasa sahaja orang komplen, tapi bila Baba yang komplen.. Baba OK? The last person I expected to say anything about my make up. Haha. Comel je Baba ni.. Mekap majlis bertandang tu dari butik yang menyediakan baju bertandang, manakala mekap untuk dua majlis sebelum itu adalah dari Emma Pesona. Highly recommended.

Eh dah dah. Sebenarnya sekarang ini di rumah mertua, datang ambil tools untuk pasang gas cabinet. Rumah sendiri belum pasang internet. Terasa seperti tinggal di zaman paleolitik pula hidup tanpa internet. Eh kes Sosilawati tu macam mana? Dah kena gantung ke pembunuh tu? See? Apa perkembangan pun tak tahu *macamlah tak boleh beli suratkhabar*.

Nanti update lagi, dengan lebih banyak gambar gelimat goliden sampai kau rasa menyesal buka blog aku. Haha. Standard la, gambar kahwin! :P



Monday, September 20, 2010

Kini seorang Puan =)

Assalamualaikum..

Ehem ehem.. Entri pertama semenjak bertukar status. Malu la :">

Macam macam nak cerita, tapi masa membataskan segalanya. Pre-wedding banyak kerjanya, post-wedding juga tidak kurang banyaknya. Segalanya kalau boleh ingin diselesaikan sementara masih bercuti ini.

Isteri..
Tarik nafas*
Tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan apabila bergelar isteri..
Hampir segalanya berubah.
Tidak lagi sebebas dulu, bebas di sini bukanlah bermakna apabila menjadi isteri kau jadi terkongkong ke apa. Tapi status ini lebih membuatkan kau membataskan beberapa perkara yang membuatkan diri kau menjadi lebih baik, mungkin.
Terutama dari segi tutur kata dan penulisan, memandangkan lidah adalah sebab paling besar ramai isteri dikategorikan sebagai ahli neraka. Tssk. Tiba tiba takut.

*Pandang beliau yang sedang tidur*

Ala dah tak bolehlah nak funny kan beliau di blog lagi T__T

Gambar?

Masih menunggu dari OP Lan & the geng yang sangat best, yang membuatkan aku rasa sangat selesa dan langsung tak rasa kekok ke apa.

Anyway below are several photos I curi dari album orang lain di Facebook. Heh heh. Just for show :)

Solemnization - Isteri. Hati sebak tatkala dibacakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
Solemnization - Suami. Demi Tuhan, aku cinta dia.
Reception - Gambar ini muka kami funny, tapi ini je gambar kami berdua yang jelas yang dapat dicuri dari album orang lain T__T

Majlis bertandang - Sepatutnya tugas Oyah si pengapit ni is to always remind me to smile, end up aku yang asyik cakap, "Oyah kau janganlah masam sangat, senyum la!" T__T Ramai yang cakap muka aku nampak stress hari itu :(

Pelbagai drama, pelbagai cerita.
But not now, maybe a bit later.

Anyway, thanks a million to everyone who has been so dear along the 3-day event. Its truly a tremendously exhausted days, I know. Yet you manage to get it done wonderfully and very memorable, at least for me.

OK that's it for now, nanti sambung cerita :)



Tuesday, September 14, 2010

Update 3 Hari Sebelum Hari Itu

Baru ada masa sikit. Ye, SIKIT.

3 hari lagi nak kahwin. Yeay! Mungkin boleh menjerit sebegitu jika sudah bersedia sepenuhnya. Hakikatnya? OMMAIGGOSHHH.

Tiba tiba rasa tak cukup tangan.
Tiba tiba rasa emosi kurang stabil.
Sampai nak tersentuh gila babi sehingga mengalirkan airmata jantan bila kawan baik cakap tak boleh datang tolong sebab tak cuti when I really expect her to lend me a helpful hand.
Sampai nak rasa stress tak memasal bila kawan kawan asyik call tanya nak tolong apa sebab bagi aku di saat saat begini I would really appreciate if you just come over here without asking too much then only you know what needs to be done. Tssk.

Namun tetap kucuba untuk tidak menghiraukan perasaan durjana yang cuba menghasutku untuk menjadi lebih stress. Banyak lagi perkara lebih penting untuk difikirkan. Lagipun kau ingat kau VIP sampai orang kena spend masa beria ia untuk kau??? Heh. *baru sedar diri*

Tapi memang ada kawan yang sangat baik hati sanggup ponteng kerja ambil cuti datang sini untuk tolong tolong tak perlu diminta pun *sob sob*.
Dan sanggup berhenti kerja pun ada. Haha. Bengkek je Waie kalau baca ini :P

Anyway rumah dah sangat tak terurus. So kalau ada yang kata nak datang beraya, silakanlah. Tapi jangan membebel sambil makan kerepek bila aku suruh kau staple doorgift beratus ratus or jahitkan korset baju or pakaikan inai ke apa. Boleh?

Ini baru rumah Mama, rumah Kakna belum lagi. Malam esok akan angkat semua doorgift yang dah siap ke rumah Kakna, sambung buat di sana sebab kalau dah buat siap siap di rumah Mama nanti payah pula nak mengangkat. Barang barang hantaran dan keperluan bilik pengantin dah memang ada di sana. Itulah bahana buat kenduri di rumah orang lain T__T. Jenuhlah nak mengangkut ke sana sini. Takpe. Struggle!!

Tadi pergi office buat penunjuk arah.

Something like this:


Mula mula ayat MAJLIS PERKAHWINAN tu nak buat WEDDING RECEPTION konon macam bagus bagus nak cakap English sekali kena sound dengan Encik Hanis,

"Orang orang tua bukan semua tahu bahasa omputih!" sungguh tak patut beliau memandang rendah warga tua T__T.

Then nama NOORUL HUSNA & MUHD HANIS tu asalnya aku buat HUSNA & HANIS je. Kena sound lagi.

"Nanti orang ingat awak gay pulak!" Tak faham kenapa beliau conscious sangat, sepanjang 25 tahun aku hidup, dia orang ke-5 aku jumpa lelaki bernama Hanis. Tak pelik pun. Duh.

Then di bawah nama kami berdua tu, aku dan Oyah asalnya cuba membuat kelainan dengan menambah ayat sokongan moral kepada tetamu yang mencari lokasi perkahwinan seperti,

"Lagi 1km lagi! Dah nak sampai dah!" atau

"Betul la jalan ni, jangan ragu ragu lagi" atau

"Cepat, makanan dah nak habis dah!"

Namun selepas mempertimbangkan baik buruk perbuatan itu kepada masa depan keluarga, kami terus membatalkan niat tersebut. Sesungguhnya matlamat memang tidak menghalalkan cara T__T

Then arrow yang ada ke kiri, kanan dan ke atas tu, pada mulanya kami (aku dan Oyah lagi) ingin menambah lagi arrow U-turn (bersama ucapan "Sila U-turn sekarang, anda salah jalan. Kan dah membazir petrol bla bla bla *berleter tentang kenaikan harga minyak di pasaran*), arrow simpang tiga (letak simbol pangkah di jalan yang tak payah masuk) dan sebagainya, tapi memikirkan kemungkinan tak ada orang sampai kenduri rumah kami disebabkan keliru dengan anak panah pelbagai arah, kami terus membatalkan niat tersebut lagi. Mungkin kekreatifan kami itu boleh diaplikasikan di lain lain majlis nanti.

So hafalkan penanda arah ini ye. Banyak juga aku print tadi, insyaAllah boleh membantu anda semua ke jalan yang benar. Penanda arah ini akan dipacakkan beserta bunga manggar berwarna pink. Sila ingati.

Anyway di bawah ini aku sertakan sekali lagi peta lokasi majlis perkahwinanku, khas buat orang orang yang tak sempat menerima kad di tangan lantaran kepandaian pengantin perempuan mengepos kad last minute. Jemputlah datang ye. Please datang, bawalah bersama kaum keluarga dan sahabat handai tidak lupa hadiah besar doakan segalanya berjalan dengan lancar ye.


Klik gambar untuk pembesaran. Kalau masih tak nampak sila zoom sendiri ye adik adik..

Para bloggers juga sangat dialu-alukan. Kalau datang nanti sila jumpa aku so kita boleh bergambar tak ingat orang sekeliling tapi sebelum itu kenalkan diri dulu ye manalah tahu aku tak cam ke itulah kau siapa suruh edit sangat semua gambar guna Adobe Photoshop sampai hilang jerawat tahi lalat segala kan aku dah tak kenal. Heh.

Eh panjangnya cerita. Nak sambung buat kerjalah. Anything please call/sms/email/message di Facebook. InsyaAllah aku akan reply. Love~





Thursday, September 9, 2010

Esok Raya =)

Woot wooot~~


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Raya ke-9 marilah beramai-ramai serbu rumah aku, eh rumah Kakna, sambil pakai kurung/kebaya/kaftan/papejelah dan untuk orang lelaki sila pakai baju Melayu/jubah/tuxedo (ada ke orang nak pakai tuxedo ni macam nak lawan pengantin nampak??)/baju Yahudi mabuk/papejelah asalkan bukan baju kulit tapi haruslah berwarna pink *paksa* sambil mengendong hadiah besar dan angpau besar heh heh. I'm getting married in 1 week OMG dah pandai masak ke belum ni?? Tadi bergaduh dengan Hanis dia cakap, "Taknak cakap dengan awak sampai hari nikah nanti" lepas tu aku balas, "Mana boleh tak cakap, kan baju majlis bertandang belum fitting lagi nanti mesti kena bercakap juga" dan lama lepas tu (mungkin selepas berfikir panjang dan membuat calculation tempoh yang sesuai untuk bergaduh) dia cakap, "OK lah, taknak cakap dengan awak sampai raya ketiga". Haha tergelak terus aku. Eh tak funny eh ayat tu? OK mungkin aku seorang je rasa funny -_-* (perlu ke masukkan cerita ini dalam ucapan hari raya??)

Dah dah, lupakan kejap pasal kahwin, esok raya yeay yeay esok raya! Raya tahun ini tak best sebab Man tak bawa balik mercun gempak gila Kakna satu family beraya di rumah mertua. Harap harap abang Saiful beraya di rumah kami. Rindu Mukmin the handsome boy (tak faham kenapa Mama cakap tak baik puji puji budak kecil sebab nanti budak itu terkena 'evil eyes' ke apa entah dah lupa). Tapi Mukmin anak abang Saiful memang handsome boy, geram aku.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Amiinn..

(Menaip sebelah tangan sebab sebelah tangan lagi tengah pegang mop lantai)



Wednesday, September 8, 2010

150 Juta


Mungkin ramai dah biasa dengar. Tapi tetap nak paste kat sini. Sebab.. Aku terasa.. Terasa dengan lagu ini. Sebab kena dengan diri sendiri *sob sob*. Especially bahagian 'bengis seperti singa'. Terus teringat AJ panggil aku singa di chatbox blog Encik Hanis. Grr.. Rasa nak tumbuk je AJ ni. Tambah tambah bila one day tengok satu video yang guna lagu ni bersama sama Hanis, asal part garang baran keras kepala semua mesti dia tengok aku sambil senyum senyum sarkastik. Garang sangat ke aku ni T__T
Anyway, enjoy the song. Sangat kena untuk korang awek garang yang selalu baran tak pasal pasal tapi dalam hati ada taman. Eh. Macam cakap depan cermin pula.
Credit: Fynn Jamal


Sunday, September 5, 2010

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox

Macam bagus bagus je aku ni nak bagi tips bagai. OK entri ini adalah sebagai menghargai pelbagai komen dan cadangan bernas dari pelbagai lapisan masyarakat (ni apahal nak cakap macam pengacara 999 ke apa??) bila aku kecoh satu alam tanya macam mana nak hilangkan parut chicken pox.

Ni semua tips dari orang ramai la ye. Aku manalah pandai nak bagi tips best best macam ni. Nak harapkan aku, tips menggemukkan badan atau tips bermulut celupar di jalan raya bolehlah aku bagi eh terbagitahu perangai sebenar pula.

So boleh rujuk gambar di bawah for the tips. Kalau tak nampak tulisan tu kena pakai teropong kot baru nampak siapa suruh rabun ayam haha. OK serius serius. Kalau tak nampak tulisan sila klik pada gambar untuk tumbesaran :)





Yang kat atas ni adalah responses untuk status Facebook aku on how to get over the chicken pox scars. Thanks everyone! :) Sayang lebihlah macam ni. That's why I love Facebook. Useful isn't it? Provided kalau semua orang pun insan insan berhati mulia seperti di atas lah. Bukan jenis orang yang aku tanya "Macam mana nak sembuh dari demam cacar?", dia jawab "Menari caca. Ahakss".... OK ini contoh sahaja. Alang alang dah bagi contoh ni, sini aku nak bagitahu. I hate it when people write this: 'ahaks'. Sebab I tend to read it as: 'kahak'. Euww. Irritating! Ah kau tu eja harharharunsalimbacik ingat orang tak irritating?? *terus terdiam*




Other cool people who trying to help. My junior, Farah Aliaa. And my ex' cousin, Amirah Syaurah. YOU'RE KEWL BABEH. *The word COOL was purposely spell in rempit style. Purposely*

Anyway, pagi tadi aku dan Oyah berpegangan tangan pergi melawat Hanis di rumah beliau. Oh maksud berpegangan tangan di sini adalah aku pegang tangan aku, Oyah pegang tangan Oyah. Dah tu siapa pegang stereng kereta?? Eh aku merepek jelah tak suruh pun kau orang betul betul fikir siapa pegang stereng tehehehehe (macamlah funny sangat). So dengan bangganya aku bagitahu bahawa aku dah hafal jalan ke Subang sekarang, dah pandai pergi sendiri sekarang. Tepuk tangan cepaatt!! *terpesong lagi*. Sebelum pergi singgah Giant dulu. Beli buah buahan. Masuk Guardian beli vitamin C yang sedap punya macamkan Hanis tu budak budak kena beli yang sedap bukan yang pahit kena minum dengan air. And dari rumah dah siap bawa Bio-Oil, saja bawa sementelah Bio-Oil mendapat undian tinggi di kalangan pembaca (bila masa pula orang datang mengundi dah sila diam sekarang)

So basically Hanis nampak sihat. Except that muka dia penuh dengan bintik bintik seperti parut jerawat batu tapi masa aku sampai beliau sengaja sapu ubat warna putih penuh gila di muka dan badan. Saja lah tu tak bagi aku tengok muka bintik besar besar. Bukan senang nak tengok Hanis ada jerawat batu. Dia kan LAWA.

Dari Subang kami merempit pula ke Jalan TAR yang sangat wadehel padatnya. Berjaya beli tudung kahwin dan sebagainya. Malas nak elaborate beria-ia beli apa macamkan kau orang berminat je nak tahu.

Eh tajuk atas tu cakap nak bagi tips je kan? So apahal panjang lebar cerita benda lain? Eheh. Sekian.



Saturday, September 4, 2010

Bahana Chicken Pox

My future husband is now very conscious on his look. Banyak kali dia ulang betapa hodohnya dia sekarang. Kesian sangat :'(

I've been asking Mama on how to get over all the chicken pox scars, Mama mula buka buku perubatan yang dibeli through Reader's Digest long time ago and suggested to tumbuk tepung beras sekali dengan kunyit hidup lepas tu lumurkan pada muka badan segala. Tapi Mama cakap petua tu untuk kanak-kanak mungkin berkesan. Tak pasti untuk orang dewasa sesuai ke tidak.

Mama suruh call je doktor pakar, siapa lagi doktor pakar yang boleh bagi free consultation kalau bukan kakak sendiri kan..

"Kakna macam mana nak hilang parut chicken pox ye?"

"Dia masa demam tu tak dapat ubat makan ke?"

"Dapat je. Tapi dia cakap parut dia teruk sangat. Kat muka la paling teruk.."

"Boleh try Bio-Oil, Mederma semua tu tapi tak berkesan sangatlah Una. And seriously, 2 weeks kau nak expect dia dah hilang parut memang impossible. Kalau dia sihat sepenuhnya masa tu pun dah cukup bagus sebenarnya tau. Chicken pox ni 2 minggu tau sakit badan semua tu. Just hope dia sihat je la."

"Ye ke.." pasrah betul rasanya.

"Takpe takpe nanti Kakna tanya kawan Kakna lah"

Pilu hatiku :(

Aku tak kisah macam mana pun rupa dia di hari perkahwinan kami nanti, tapi dia kisah. Dia betul betul kisah. Even sekarang ni nak keluar rumah pun malu. Sampai jadi moody segala.

Memang ada cara lain yang boleh membantu,
1) Makan Vitamin C 2000mg sehari.
2) Makan extra banyak buah buahan.

Tapi kedua-dua benda di atas ni dia tak ada. Aku nak sangat datang rumah dia hantar buah-buahan ke apa, tapi masa sangat sangat tidak mengizinkan. Aku sendiri dah packed and exhausted dengan urusan sendiri. Pressure betul rasanya. Aku selagi boleh taknak stress sebenarnya, macam mana tertekan pun aku, rasanya Hanis lebih tertekan kot. So nak taknak aku sendiri perlu kuat emotionally, at least for him. On his side banyak lagi benda perlu diuruskan. Dengan keadaan macam tu..... *sigh*

Okay. Aku rasa, solution buat sementara waktu ini satu je. Pakai concealer. Kena ada someone untuk pakaikan pada dialah nanti. Concealer dan bedak sikit sikit je, tak perlu kot nak lantik make-up artist bagai kan?




Friday, September 3, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

What a beautiful advice I just found in one of my favourite wedding blog, check it out please :)

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat pegangan tanganmu.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bahagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri/suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar dengan meningkatnya ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi anda semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14. KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15. KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI
Gunakanlah formula 7 K : 1) Ketaqwaan 2) Kasih sayang 3) Kesetiaan 4) Komunikasi dialog 5) Keterbukaan 6) Kejujuran 7) Kesabaran


[Reposted from
Beautiful & Bright]




Thursday, September 2, 2010

Konon nak buat Khatam Quran/Cukur Jambul

Borrrrringgggg~!!

Hanis dapat MC sampai hari raya. Macam best kedengarannya. Rasa macam nak demam juga supaya dapat cuti sebab dah takde mood langsung nak kerja. Tapi bila membayangkan bercuti dengan muka bintik bintik lebam macam kena sengat tebuan, errr.. takpelah boss, saya nak kerjalah. Taknak cuti :D

Malam tadi adjust baju kahwin. Mama yang adjustkan, sebab kain baju tu tak muat macam sendat sangat. Karang tak bolehlah nak makan banyak masa makan berhadap. Lauk pengantin dah lah sedap sedap, rugilah makan sikit je. Eh ke makan mengadap ye nama dia? Ke makan berhadapan? Heh heh macam candlelight dinner pula makan berhadapan. Dah dah topik kain sendat sangat tak best untuk diperbincangkan.

Masa keluar berbuka puasa dengan kawan baik dan junior baik, mereka memberi idea bernas untuk mengadakan majlis khatam Quran atau cukur jambul masa malam selepas nikah. Well, aku nikah Jumaat pagi in a very close ceremony at home, esoknya baru kenduri. So Jumaat malam Sabtu tu alang alang dah ada khemah bagai maybe boleh buat satu majlis lagi. Sama ada khatam Quran atau cukur jambul.

So kelmarin masa ada Oyah dan Kakna aku pun mencadangkan pada Mama,

"Ma, malam lepas nikah nanti taknak ke buat majlis cukur jambul ke, khatam Quran ke.."

"Siapa nak dicukurnya?" Mama tanya.

"Baby Zizie kan ada. Mama cakap la dengan Abang Sepul," Baby Zizie tu anak Abang Sepul yang bongsu, Zahirah namanya. Sesedap rasa aku bagi nama lain. Asalnya nak panggil Baby Zack, macho sikit, tapi memikirkan abang aku tu sangat Islamik orangnya, aku pun terus membatalkan niat tersebut.

"Dia dah buat kat kampung Kak Sa kau kot. Tak nampak ke kepala dia dah botak hari tu?" Mama membidas sebab risau kena masak masak lagi untuk malam tu.

"Eh Asha belum buat cukur jambul lagi kan? Kita buat untuk Asha je lah.. " bulat mata Oyah mencadangkan.

Ketawa besar semua orang. Tak boleh bayang Asha yang dah besar besar macam tu kepala botak jalan sana sini pakai gown pink masa wedding aku esoknya. Sudahlah budak kecil tu pantang betul kalau pasal rambut.
Nampak tak betapa seryesnya muka dia menjaga rambut? Nampak taakkk???

"OK sekarang majlis cukur jambul tak jadi. Kita buat khatam Quran jelah. Tapi buat untuk Oyah.. Bolehlah kau pakai baju aku yang tak jadi pakai tu" selesai cerita Asha kepala botak, aku ubah topik khatam Quran pula. Baju kahwin yang tak cantik tu masih belum dipulangkan, sebab kakak di butik tu suruh pulangkan sekaligus, so di rumah saya sekarang ada dua baju kahwin lah.

"Ala Kak Una pun khatam sekali la," Oyah merengek rengek.

"Aku dah dua kali join majlis khatam Quran tauuu," kataku dengan riaknya.

"Eh, majlis khatam Quran kena baca apa ye?" Oyah bertanya tanpa menghiraukan kakaknya yang cantik tapi riak tadi.

"Laa, dah nama pun khatam Quran, kenalah baca dari alif lam mim kat depan tu sampai habis satu Quran.." serentak semua orang berkata sambil memandang Oyah dengan muka seryes.

"Betul ke??" Haha Oyah percaya rupanya..

"Nanti sampai majlis kat dewan Hanis pun kau tak habis lagi baca.. Tinggal la kau seorang kat rumah habiskan baca.."

Haha.

Okay kesimpulannya, tak ada apa apa keputusan pun. Semua orang merepek je lebih (-_-")


Eh, kalau buat khatam Quran, jamu orang dengan pulut kuning dan rendang semata je pun OK kan? Tapi macam kesian pula Mama nak masak masak lagi selepas nikah. Nak rebus telur untuk kenduri esoknya lagi. *sigh*



Wednesday, September 1, 2010

A Sincere-True Love..

Find a guy who calls you beautiful instead of hot,
who calls you back when you hang up on him,
who will lie under the stars and listen to your heartbeat,
or will stay awake just to watch you sleep...

Wait for a guy who kisses your forehead instead of your lips,
who wants to show you off to the world when you are in sweats,
who holds your hand in front of his friends,
who thinks you're just as pretty without makeup on..

One who is constantly reminding you of how much he cares,
and how lucky he is to have you...
The one who turns to his friends and says, "THAT'S HER..."

......................................

P/S: Awak, sebab tu lah saya jarang mekap. Nak tengok awak masih sayang ke tidak me without mekap heh heh. *alasan pemalas*. Paling penting baca yang first tu. Call me beautiful instead of hot. Ni tidak, asyik panggil hot je. Tak best betul la awak ni. Haih.. Susah la macam ni.. (Tehehehe :D)

Wake me up when September ends

Entry pertama di September pertama.
Bulan terakhir sebagai si bujang.
Bulan di mana akan bermulanya satu lembaran baru.

Kad jemputan masih belum diedar sepenuhnya, masa yang terhad membataskan banyak perkara. So disebabkan kesuntukan masa, nak taknak this weekend kena setelkan edar semua. Dah call beberapa rakan untuk minta tolong jadi posmen, sebab sangat sangat tak cukup masa nak berjumpa kumpulkan semua orang dan bagi sendiri. Kepada posmen tak rasmi yang sudi membantu tu, thanks a million. You know how much it means to me.

My mood is better than before, tapi masih lagi belum lega sepenuhnya disebabkan Hanis masih belum recover. Ada 2-3 problems lagi here and there, tapi insyaAllah masih boleh handle lagi.

Last week beli inai di Masjid India, inai dalam tiub seperti yang dicadangkan oleh cik manis Scweet Mafis. Tapi I tak beli yang RM5 tu tau, I beli yang RM2 di kedai India dekat area situ. Di kedai itu juga I beli Lotion Patchouly sebagai pewangi bunga rampai/potpouri seperti yang dicadangkan oleh Nurulhuda di blognya, tapi bila dah beli dan bau kenapa terasa macam nak pengsan sebab kuat sangat bau kaf lam ya nga?? Even Mama pun tak suka bau itu. Ke kena gaul dengan daun pandan dan bunga bungaan bagai baru naik bau sebenar?? Eh entahlah. No offense ya Nurulhuda, mungkin kami yang tak berapa serasi dengan bau seperti itu. Last last ikut cadangan Kakna, guna aromaterapi lavender sebagai pewangi bilik pengantin. Kakna sampai call Aster Springs Wangsa Maju untuk tanya apa jenis pewangi yang digunakan di spa itu. Tak tahulah finalnya pakai yang macam mana nanti.

Anyway berbalik kepada cerita inai tadi. Aku beli dua tiub, and nak try dulu tengok cantik ke tak. Nak try pada siapa? Tak perlu cari cari, sebab ada dua budak perempuan dah volunteer dah nak pakai heh heh.
Alaina Izzahdurra a.k.a Aina. Dia memang dah lama nak ada kuku kaler kaler. Baru ni dia suruh Mama belikan pengilat kuku tu, end up Mama yang terlebih sayang cucu pakaikan lipgloss Elianto Oyah ke kuku dia. Haha. Eh Oyah boleh baca ke ni??
Arissa Ilhamzahra a.k.a Asha. Posing habis cun.
Abang Sepul baru balik dari Dubai belikan abaya for all the girls. Aku pun dapat satu, sempat pilih yang paling cantik sebab Oyah kat hostel heh heh. Semangat Mama pakaikan kat cucu cucu terus.

Baru baru ini Asha cuba pakai aku punya tiara/crown/whatever the name is, then aku cakap,

"Asha nak pakai ni kena la kahwin dulu.."

Tiba tiba Aina tanya,

"Antina nak kahwin ke?"

Aku jawablah,

"Mestilah."

"Dengan boffen Antina ke?" tanya Aina lagi dengan muka penuh tanda tanya.

*Boffen = boyfriend

"Mestilah Antina kahwin dengan boffen Antina. Takkan dengan Zainal pulak"

*Zainal = kawan Ikhsan (my first nephew) yang selalu digosipkan dengan Aina.

"Boleh tak.. Aina nak kahwin jugak..." Terus dia tersipu sipu di sebalik langsir.


Duhh.. Entah ikut perangai siapa gatal gelenyar ni. Perangai Oyah agaknya (cepat cepat sebut nama orang lain). Banyak pula sebut nama Oyah dalam entri ini, anggap jelah aku rindu kau ye :D Walaupun semalam baru hantar kau balik hostel dan Jumaat ini kau dah ada di rumah semula -__-"