expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 29, 2010

When the husband is a clean freak and the wife is a sloppy, OMG.

Malam tadi letih gila. Sangat sangat. Lepas masak, makan dan mandi (buncit la perut aku hari hari pun makan dulu baru mandi), terus tertidur. Suami ketika itu masih di dapur.

Pagi tadi suami gerak bangun pukul 6 pagi. Kawan-kawan sila jangan annoying, sekarang aku memang sangat suka guna perkataan Suami :)

Selesai sembahyang dan gosok baju, terus ke dapur. OWKAY. Pinggan mangkuk periuk belanga (sengaja sebut periuk belanga supaya nampak macam gempak je memasak heh heh) semua sudah dibasuh bersih. Meja, kabinet dapur gas segala sudah dilap berkilat. Lantai dapur juga sudah disapu dan dimop. Segalanya tersusun. Bersih.

Senyum sorang-sorang aku pagi-pagi buta. Tehehe..

Tiba-tiba terasa nak berlakon letih macam nak pengsan lagi malam ini, mana tahu kali ini dengan tingkap bilik kipas siling semua dia lap :D


5 comments:

  1. Dasatnya laki kau tolong sapu siap mop lantai dapur Una! Abg Ka kalau tolong cuci pinggan dan lap meja makan tu dah cukup bagus. Kalau dia sapu dapur sekali, agaknya kucing dah nak bertanduk kut!!
    Memang Allah Maha Adil. Kalau sorang malas, partner sorang lagi memang rajin. Tengok Mama dgn Baba; he he!
    But we've come a long way. Dulu abg Ka, buat keje rumah apa pun tak reti, thanks to my over-pampering mother-in-law. Sidai kain pun berkerepot, sapu lantai asyik cicir sana-sini. Tapi dia belajar jugak disebabkan sayang bini. Ha, skrg dia lah paling pembersih, mop lantai kalah cleaner hospital! (ikut mood rajin dia la..)
    Walaupun dalam islam, isteri tak diwajibkan buat kerja rumah melainkan di bayar upah, tapi kau jgn pulak mengambil kesempatan diatas kerajinan laki kau tu! Haishh!! Jgn buat malu kompeni!

    ReplyDelete
  2. wahhhh. rase different bila baca entry u sejak kahwin nih kak una. ;)

    ReplyDelete
  3. haha.. like father like son la kak una..

    ReplyDelete
  4. Grrreat. This entry had just portrait me as a lazy bum now T__T

    ReplyDelete
  5. Boleh bawak bergaduh ni dengan Lord Biohazard ni. Aku tak boleh rumah kotor la. Tu yang aku sapu. Lagipun kesian Kak Una masak. Penat la dia nak buat semua. Kan syg kan?

    ReplyDelete