Friday, July 30, 2010

Justin Bieber punya pasal.

Pulang bekerja, aku memandu seperti biasa. Radio dibuka habis kuat tak dengar pun kalau orang hon atau apa. Tiba tiba.... Yeay! Keluar lagu kecintaanku kegemaran Asha. Dah lama tak dengar..

Oooooohh..
Oooooohhh..
Ooooooohhh..

You know you love me,
I know you care..

Penuh perasaan aku ikut nyanyi. Siap buat gaya yang aku ajar Asha selalu buat lagi.

Sekali tengok sebelah ada kereta yang dipenuhi remaja lelaki sedang memandang sambil tersenyum senyum. Dua penumpang di belakang tengah gelak pandang ke lain.

Damn.

Terus buka dashboard.
Ambil sunglass.
Tapi baru sedar sekarang dah gelap dan tindakan memakai sunglass di dalam kegelapan akan lebih menjatuhkan air mukaku. Tak tahu nak buat apa. Terus buat buat menguap sambil meneruskan perjalanan. Shit. Hilang kemachoanku. Mujur agak gelap di luar.

Ah Justin Bieber (T___T)

Aku tak adalah suka mana JB ni walaupun aku ada semua lagu dia dalam handphone dan hafal semua lirik lagunya. Asha lah ni suka sangat. Nak taknak aku terikut ikutlah juga. Nak buat macam manakan. Dah budak budak suka...




Thursday, July 29, 2010

Dua budak perempuan dan sehari di seminar yang sangat memenuhkan ilmu di dada (heh heh :P)

Aku nak taip entri lain sebenarnya, tapi baru baru nak taip terdengar perbualan Mama dengan Aina.

Aina: Grandma, Yoko Yamashita kata kalau rambut rosak kena pakai Sunsilk.
Mama: Hmm.. (tengah baca magazine)
Aina: Rambut Aina dah rosak la sekarang (sambil buat muka conscious pasal rambut)
Mama: Sunsilk tu bukan untuk baby la sayang.. (sangat harmoni nada Mama bercakap dengan cucu. Cuba kalau aku yang minta, "Mengadalah kau. Membazir je tahu")
Aina: Tapi Aina bukan baby. Nanti Grandma belikan untuk Aina boleh?
Mama: Hmm.. Yelah.. (layankan saja)
Aina: Tapi jangan cakap Antina tau.. (bisik bisik tapi aku dengar)
Mama: Kenapa?
Aina: Nanti Antina pakai.. (bisik lagi perlahan tapi aku tetap dengar)

What??!
Antina: Excusssssse me??? Aina yang selalu pakai shampu Antina okayy! Tak kuasa tau.

**Yoko Yamashita-watak konon pakar rambut dari Jepun dalam iklan Sunsilk.




Aina dengan fesyen rambut leper yang dirasakan sangat 'in' ketika ini. Come on la, orang sekarang fesyen wavy okayy. Budah 6 tahun ini sangat conscious dari segi penampilan terutama rambut dan badan. Tapi dulu pernah mogok taknak buka mulut langsung bila adik lelaki aku tegur gigi depan dia jarang. Bila aku suruh potong rambut pendek macam Ipan dia cakap, "Taknaklah, nanti semua orang laka kan Aina" sambil buat muka sedih. (Translation: laka=kelakar). Aina adalah gadis berimej lembut dan ayu konon (itupun kalau compare dengan budak bawah ni) dan wakil tadika sebagai pembaca sajak. Hari hari praktis baca sajak bertajuk Warisan dengan penuh perasaan yang membuatkan aku sebagai pendengar dan pereka gaya memang gelak gila gila tanpa bunyi di sebalik suratkhabar sebab Mama marah gelakkan dia depan depan takut dia give up baca sajak. Oh sungguh panjang discription untuk si suara nyaring ni so i better stop now.



Bakal mengikut jejak. Asha yang nampak macam fragile dan innocent tapi sebenarnya sangat ganas tahap gigit bontot orang yang tengah tidur. Tak gentlemen langsung doh serang hendap! Rakan sepergaduhanku setiap hari tapi kalau aku kat office telefon rumah untuk cakap dengan Mama memang tak dapat la, manjang kena cakap dengan dia je padahal ayat dia balik balik, "Antina, tadi Asha tido biyek Antina" (Translation: Antina, tadi Asha tidur bilik Antina) dan juga "Antina, Asha nak pigaun" (Translation: Antina, Asha nak pergi playground).

Oh, entri serius tentang alam sekitar akan dipublish kemudian. Sebenarnya baru balik dari seminar di Marriot Hotel Putrajaya tentang Feed-in Tarif pasal tenaga elektrik yang dijanakan dari renewable sources yang berkemungkinan boleh dijual kepada kerajaan. The concept is, instead of we pay the electricity bills everymonth to the TNB as traditional practice for the past whole years, kita pula yang dibayar for the electricity yang dihasilkan oleh alam sekitar seperti solar energy, mini hydro, biomass, solid waste and such. Faham tak ye? Takpelah, panjang pula ceritanya kalau nak explain dari mula.

Tapi yang pastinya, during breakfast, tea break and lunch, aku makan gila punya banyak sampai tak larat nak jalan dan senak perut OMG. Balik balik muka aku la yang sentiasa ada kat tempat buffet tu sambil berulang alik ke meja makan untuk update Encik Hanis, "Awak awak ada kek baru letak la!", "Awak cepat beratur ada lamb chop kat sana", "Awak jom teman kita tambah nasi..", "Awak saya ambil lauk ni lebih sikit kita share ye" konon nak share tapi end up aku makan seorang. Bila dah balik baru rasa betapa kekampungannya perangai aku tadi macamkan tak pernah makan hotel (T__T). Bos dah bayar mahal woh! Rugilah makan sikit sikit! Encik Hanis siap cakap, "Awak kenapa tak bawa plastik? Boleh tapau bawa balik.." Haha.





Okay tipu, aku yang cakap tu. Obviously (-_-")



Monday, July 26, 2010

Kenapa aku selalu ada isu dengan polis?

Kejadian menjengkelkan itu berlaku petang tadi di Jalan Sentul yang sesak gila. Traffic light merah. Aku berhenti (perlu ke cerita step by step?). Sambil menunggu aku melihat sekeliling. Hmm. Hidup di KL memang stress. Sana sini traffic jammed. Padanlah orang KL suka pergi clubbing, sebab stress sangat mestilah nak tenangkan hati kan? Dah lupa agaknya baca Al-Quran lagi boleh menenangkan hati. Tempat maksiat itu juga yang dicari. Ni kenapa perenggan pertama dah ada ayat pedas?

Sambil bermelankoli aku terpandang rear mirror. Kelihatan kereta polis di belakang. Laju. Aku pandang depan. Traffic light masih merah. Nak kejar apa dia ni? Tapi kereta itu tiada tanda tanda akan berhenti. I was like, apakah? Apakah?? (Bahasa sopan untuk wadefak)

Sekelip mata.. DUMMMMM!!!!

"Ya Allah!" Kereta aku yang dah tarik hand brake teranjak ke depan disodok kereta polis tersebut. Oh Tuhan syukur aku tak rapat sangat dengan kereta di hadapan.

Panik. Tapi cuba kumpul kekuatan supaya tak nampak takut sangat. Aku pandang cermin belakang lagi, polis yang memandu itu tunjuk isyarat suruh aku berhenti di tepi. Aku tak fikir apa, mata aku cepat mengingat nombor plat kereta polis tersebut.

Jalan sempit dan sesak, tapi aku tak banyak pilihan sebab aku memang perlu berhenti. Hati aku berkali kali menekankan bahawa aku adalah mangsa so kenapa perlu takut? Tiba tiba teringat isu isu lepas dengan polis. Tiba tiba teringat betapa polis banyak menyusahkan keluarga kami. Tiba tiba terasa darah menyirap ke muka. Terus aku keluar kereta hempas pintu.

"Korang ni bawa kereta macam mana hah??! Traffic light merah kan?" tinggi suaraku. Muka dibuat sehabis samseng. Semangat pendekar entah datang dari mana.

"Sabar cik. Kita tengok belakang kereta cik dulu, sebab saya tengok macam tak ada apa apa.."

Aku terus ke belakang. Eh. Nampak okay je. Tak berpadanan dengan bunyi dentuman. Kuat juga body MyVi rupanya. So kepada yang berhajat nak beli kereta yang kuat dan affordable belilah MyVi, anda tidak akan-- hoy hoy kau ni nak cerita ke nak jadi promoter?

Tapi aku tak puas hati when i spotted that the rear sensor is broken and tear apart from the body (betul ke bahasa mekanik aku ni? Nama benda yang bunyi bunyi bila reverse tu rear sensor kan?)

"Apahal lak tak ada apa apa? Ni sensor terkeluar macam mana ni?" baran aku masih di tahap sama, belum surut lagi. Sambil tu aku dial nombor Encik Hanis. "Awak, kereta kena langgar belakang. Polis pula tu yang langgar. Ni nombor plat kereta WRN 5*95". Kedengaran suara panik Encik Hanis bertanya itu ini tapi tenggelam di sebalik bunyi kereta yang membunyikan hon.

"Cik cik biar saya cakap dengan dia.." si polis nak cakap dengan Encik Hanis. I let them talked, entah apa laki aku cakap yang aku dengar si polis cakap, "Tak ada apa pun, sensor je.. Hah? Bayar? Nak berapa? Okay.. Saya cakap dengan dia nanti.. Okay.."

Dalam pada mereka bercakap di telefon, banyak pula kenderaan lain yang bergerak perlahan dan menyaksikan insiden itu dengan pandangan pelik. Mesti orang ingat aku ni penjenayah bawa dadah kena tahan dengan polis. Damn.

"Macam ni cik. Cik ambil nombor telefon saya. Nanti cik hantar repair, resit claim kat saya"

"Kalau macam tu sekarang juga kita pergi repair"

"Eh tak boleh la sekarang. Saya ada urusan penting ni"

"Dah tu macam mana kalau you tipu, how can i trust you?"

"Jangan risau. Awak ada nombor plat saya, ada nombor telefon saya. So saya nak lari ke mananya"

Sambil bising bising aku ambil nombor dia.

"Nama siapa ni?" Tak nampak pula mamat ni pakai nametag.

"Mizan. Inspektor Mizan"

Ceh. Taknak tinggal title tu. Bila dia tanya nama aku nak je aku jawab,

"Husna. Engineer Husna"

Beria ia kau bagi title bagai, aku save Polis Bodo je nama kau dalam handphone aku.

Dah settle tukar tukar nombor (aku siap ambil gambar kereta dia lagi) kami pun bersurai. Sebelum aku masuk kereta sempat dia berpesan,

"Nanti dah repair call je tau. Kira setel lah ni kan? Sorry ye cik"

"Apa apa je lah" seryes hati aku mudah rasa muak dan jelak jika berlaku sesuatu yang menjengkelkan di kala stress.

Sepanjang perjalanan balik belum lega lagi panas di hati, tiba tiba ada panggilan dari Polis Bodo.

"Cik Husna, saya Inspektor Mizan tadi"
(AAAHHH! Annoyingnya aku kalau orang perkenalkan diri siap dengan title ni!!!)

"Ada apa?" tanyaku hambar.

"Ingat tau nanti dah repair call saya. Tapi jangan tukar satu bumper pula. Sensor je yang rosak kan?"

"Hmm. Tengoklah macam mana"

"Jangan macam tu cik. Mahal tau satu bumper" dia ketawa kecil. Entah apa yang funny entah, rasa nak tumbuk je.

"Laa. Tengoklah macam mana. Dah kalau memang kena tukar bumper i nak buat macam mana?"

"Tapi boleh tu betulkan sensor je"

"Look. Kalau susah sangat you ikut kami pergi repair esok. Then only you know the real condition. Takdelah you cakap i nak pau duit polis whatsoever"

"Okay takpe takpe. You pergi jelah esok. I trust you"

Eceh. I trust you konon. Sampai rumah bising mulut saya cerita dengan Mama, cerita dengan Encik Hanis. Laki aku tu lagilah bagi idea suruh tukar bumper terus, dah alang alang bumper aku memang dah calar balar tu.

Dah dah. Enough dengan kisah polis yang menjelakkan. Malam ni Nisfu Syaaban. Kau orang dah baca Yasin 3 kali? Dah baca doa Nisfu Syaaban? Malaikat tukar buku catitan amal malam ni tau. Baik mulakan buku baru dengan amalan yang baik. Eh jap jap. Amalan baik tu termasuk memaafkan polis tak? Dah tu siapa nak tanggung kos repair sensor?? Mak nak kahwin noq, mana ada duit!

(T__T)


Nota penting: Sekiranya kejadian ini berlaku pada anda ketika lewat malam di tempat yang sunyi, please please please jangan keluar kereta. Ambil nombor plat, ambil gambar kereta yang melanggar dan buat laporan polis sahaja.


Sunday, July 25, 2010

Tentang Pilihan

Ingat tak poem The Road Not Taken ketika sekolah menengah dulu?

Ya. Dalam hidup ni kita sentiasa berdepan dengan pilihan. Nak pilih sekolah selepas UPSR, kemudian PMR, kemudian memilih aliran sains atau sastera, selepas SPM kena pilih jurusan pula, kemudian nak kena pilih universiti, kemudian kelas, memilih kerja, memilih teman lelaki (wah wah konon hot stuff sampai kena pilih bagai), ada yang pilih teman lelaki dulu baru pilih kerja.. Nak pergi kerja pun kena pilih baju, nak berucap perlu pilih perkataan yang sesuai.. Everything is about choosing..

Memilih itu tidak mudah, kerana setiap pilihan yang telah dibuat itu pasti sedikit sebanyak memberikan kesan dalam hidup kita. Pernah tak satu masa kita menoleh belakang dan berkata,

"Kalaulah.."

"Kalaulah dulu aku tak ikut cakap si Senah.."

"Kalaulah aku ambil jurusan itu dulu, kan lebih mudah tak perlu nak pening kepala.."

"Kalaulah aku terima tawaran di syarikat itu, mesti gaji aku dah lima angka sekarang.."

"Kalaulah masa boleh diputarkan semula, tak mungkin aku jatuh cinta dengan lelaki keparat itu!" (ayat biasa selepas putus cinta)

Tapi yakinkah jika kita tidak memilih jalan hidup sekarang, kita akan lebih baik? Atau hidup kita lebih bermakna berbanding sekarang?

Setiap yang telah terjadi pada kita telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Qada' dan Qadar namanya. Jangan sesekali menyesali takdir. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Setiap jalan yang telah dipilih, pasti ada baik buruknya, pasti ada onak duri ranjau berliku OMG please stop me. Tapi itulah yang telah dipilih. Ingatlah, setiap yang hadir dalam hidup kita sesungguhnya mempengaruhi jatuh bangunnya kita.

Kau mungkin menyesal dipertemukan dengan seseorang. Tapi sedarkah kau, jika kau tidak dijumpakan dengan manusia seperti dia, tak mungkin kau sekuat sekarang, tak mungkin kau setabah sekarang, tak mungkin kau sebahagia sekarang. Pengalaman adalah satu pelajaran yang sangat berharga dan tak boleh dijual beli. Apa yang berlaku dalam hidup kita sekarang adalah kesinambungan dari apa yang telah kita lakukan di masa lalu. So face it. Deal with it. Make the best of it. Allah itu kan Maha Adil?


So Muhammad Hanis, untuk menjawab soalan awak hari ini..

Saya tak pernah menyesal memilih untuk bersama awak. Saya tak pernah terfikir wujudnya lelaki lain yang boleh menyayangi dan menghargai saya seperti awak. Apa sahaja ujian dan dugaan yang mungkin berlaku di masa depan, saya akan tetap berpegang teguh pada jalan yang telah saya pilih. Worst come to worst, saya masih ada awak. Dan jangan berani tanya soalan itu lagi..



Thursday, July 22, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita. Iye?

Bila baca entri Wanie-san tentang panggilan untuk orang yang lebih tua ni, terdetik beberapa perasaan-- apahal lak perasaan? Okay entah apa ayat yang sesuai, tapi tiba tiba macam terfikir sesuatu.

Bagi aku ada dua jenis pandangan untuk orang yang tak suka dipanggil kakak. Ni untuk perempuan la ye, malas nak cakap pasal lelaki. Apa barang cakap pasal lelaki eceh tiba tiba.

Dua jenis ya. Satu jenis yang biasa didengari, tak suka dipanggil kakak agar rasa dirinya lebih muda. Ah kalau kau dah terang terang nampak tua biarlah budak budak panggil kau kakak, tak panggil makcik dah cukup bagus.

Jenis kedua yang tak nak dipanggil kakak supaya lebih selesa dan rapat. Mungkin dia rasa panggilan kakak tu menyebabkan ada jurang, dan mungkin baginya tak perlulah formal sangat nak berkakak kakak bagai. Lebih kurang macam orang yang taknak dipanggil encik la. Panggil nama sahaja. Supaya lebih mesra. Ni takpe. Macam officemate saya Sha. Dia sebaya Encik Hanis, maknanya tua 2 tahun dari saya. Tapi dia minta dipanggil Sha sahaja, mungkin supaya lebih mesra and we're fine with it.

Aku? Aku takde hal pun panggil apa apa. Kalau dipanggil kakak pun okay, nama sahaja pun okay, dipanggil Si Jelita apatah lagi. Sangat dialu-alukan. Wakaka! Kalau dah kawan kawan Oyah yang panggil aku kakak, takkan aku nak tergedik gedik, "Eh jangan la panggil kakak. Tua sangat ke aii ni~~~". Tak ke Oyah rasa nak tampar? So panggillah kakak. Tak rasa tua pun dengan panggilan itu. Tapi panggil nama pun tak ada masalah. Dengan most of my juniors di universiti aku cakap aku kau je. Takde hal pun. Kita berdoa pun guna aku kau kan? "Ya Allah, aku mohon padaMu. Kau berikanlah padaku kesihatan yang baik, amal yang soleh....". Eh ke aku seorang je yang doa guna bahasa Melayu? *tiba tiba terasa loser*

Tapi bagi sesetengah orang mungkin panggilan Abang ataupun Kakak itu sebagai tanda hormat. Setuju tak? Dekat dekat nak kahwin ni macam macam aku fikir. Macam mana kasar pun tutur kataku, aku taknak kot anak anak cakap aku kau dengan aku. Huhu. Cili mulut nanti. Eh tertunjuk ciri ciri ibu garang pula. Encik Hanis pun selalu tegur.

"Awak nanti jangan garang sangat tau dengan anak anak"
"Awak nanti jangan selalu marah anak anak tau"

(Semangat nampak mamat ni sebut 'anak anak'? )

So mungkin aku kena menjaga tutur kata nanti. Eh kenapa nanti? Kenapa bukan sekarang? Okaylah kita mulakan sekarang.

Hamba rasa, cukuplah setakat ini kita berbicara. Izinkan hamba melabuhkan tirai.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Wakaka! Sopan tak bahasa ai? Siap berpantun lagi. Kan budi bahasa budaya kita? :D




Saturday, July 17, 2010

Tudung purple kegemaran semua

Aku ada satu tudung purple yang dibeli secara online. Tudung tu memang aku sukalah, sebab senang dan selesa dipakai lagipun boleh match dengan banyak baju. Harganya juga murah dan berpatutan bukan seperti harga tudung Ariani yang mahalnya wtf. Lagi satu muka aku nampak elok dengan tudung itu. Eceh.

Inilah dia tudung purple yang konon best sangat tu.
Di SSF. Kenapa aku nampak tua dan gemok dalam gambar ini? Camera trick kot.
Aku ada banyak tudung macam ni, tapi entah kenapa tudung yang purple ini memang menjadi kegemaran dan hak milik bersama keluarga, terutama Oyah.
Di Giant Batu Caves. Perlu ke Oyah pakai uniform yang sama seperti gambar di atas?? Dan perlu ke Oyah nampak tua dan gemok juga?

Aku takde hal pun share dengan Oyah, sebab kadang kadang aku pun rembat pakai baju dia juga heh heh.

Tapi persoalan yang berlegar legar di kotak pemikiranku sekarang...........


APASAL AKU KENA SHARE DENGAN ASHA SEKALI????
Bergaduh berebut tudung ni hari tu, sebab aku nak pakai pergi jemur kain, dia nak pakai juga tudung yang sama. Sampai ke tidur dia pakai, bila Mama nak buka terus dia terjaga dan pegang kuat tudung itu punyalah taknak bagi aku pakai. Grr..
Antina: Antina nak pakai tudung ni la!
Asha: Ni Asha todong ya! Antina todong dah iyang.

*Translation: Ni tudung Asha la, tudung Antina dah hilang. (Budak ni memang cakap tunggang terbalik -_-" )

Sabar noq, sabaaarrr..



Friday, July 16, 2010

Diari Jumaat

Eh. Dah lama la tak buat entri macam diari :D

Disebabkan banyak perkara penting perlu diuruskan dan masa hanya tinggal dua bulan sahaja, aku dan Encik Hanis sepakat mengambil cuti hari ini. Tapi tak bercuti sama sama pun, dia buat urusan dia aku buat urusan aku. Borang kebenaran berkahwin bagi pihak lelaki dah siap, so sudah tiba giliranku pula untuk isi borang. Kalau tak dapat kebenaran berkahwin macam mana?? Adakah beliau terpaksa kahwin dengan gadis lain? Takpelah, kalau dengan perempuan lain pun mestilah lebih kurang aku juga, seperti Lisa Surihani ataupun Juliana Evans. Wakaka! Okay tak kelakar langsung.

Pagi pagi bangun awal. Bangun bangun ada kaki Asha kat muka. Padanlah mimpi sesak nafas. Bila masa budak ni datang??? Then mandi. Lepas mandi masuk bilik nampak Asha tengah selongkar beg mekap aku.

"Asha kenapa main ikap Antina!!!!"

*ikap=mekap

Kelam kabut dia masukkan semua dan lari ke dapur. Sempat saya ternampak gincu comot di mulut, tapi taklah secomot dulu. Mungkin semakin dewasa beliau semakin bijak mengaplikasikan lipstik. Dem. Kenapa aku sebut mengaplikasikan? Dah lari ke dapur, siap mengadu lagi kat Mama cakap aku marah dia. Mama dah komfem akan marah aku balik. Grrr...

Then aku keluar pergi fotostat dokumen untuk borang kahwin. Tengah buka pintu kereta terdengar derap langkah kanak kanak di belakang. Eh kenapa Asha ikut? Tadikan gaduh dengan Antina?
Manis je muka kau nak ikut kan??


Lepas tu pergi ambil Aina di tadika pula. Terdapat ramai ibu bapa yang sedang menunggu anak masing masing di depan pagar.


Kenapa aku macam mak orang yang baru lepas masak tak sempat nak mandi dah kena datang sekolah jemput anak???


Hah tu dia Aina dah keluar.


Haha. Nasib baik Aina macam nenek orang. Takdelah aku rasa down sangat keluar rumah comot comot.

Sampai rumah, dah bersiap siap nak keluar ke Shah Alam dengan Mama, baru perasan tayar pancit. Pergi kedai tukar dan tampal tayar. Teringat Senarai Perkara Cool Untuk Wanita. Terus rasa tak cool tak pandai tukar tayar sebelum hantar ke bengkel. Ai bukan tak tau, ai taknak kotorkan tangan ai okay~ (Gaya bimbo).



Sebelum tu Encik Hanis called.


"Woi. Kau kena ikut aku pergi tengok rumah doh. Nak kena fikir macam mana nak buat doh. Jom la.. dohh"


Okay tipu. Saja buat dialog ala rempit.


"Awak jom ikut saya pergi tengok rumah? Nak tahu juga awak punya point of view macam mana nak kita nak renovate nanti"


Yeayy rumah dah dapat kunci! Teruja gila aku sampai tak perasan Asha tengah sedap makan keropok Mamee aku. Omaigod. Rumah kami. Our house. Unser haus (bahasa Jerman). Dah dah rasa nak tampar sebut ayat yang sama dalam tiga bahasa.


"Ala nak ikut tapi tak boleh la, dah janji dengan Mama nak pergi Shah Alam"


Serius aku nak ikut. Dari kecil aku dah berangan pasal dekorasi rumah. Tapi dulu adik beradik ramai, nak dekorasi beria pun tak kemana, cepat je jahanam. Jangankan dekorasi, nak mengemas pun seminggu sekali memang pemalas rupanya aku ni eh terpecah rahsia pula.


"Takpe takpe, hari ni saya pergi dulu. Esok pergi sekali lagi bawa awak pula"


Waahh. Ni boyfriend siapa suwit sangat ni? :D Sayang gila doh. Sayang sangat sampai rasa nak tolong basuh kereta hari hari. Walaupun pendapat aku biasanya lebih kepada mengarut dan tak munasabah, dia ni tak pernah bosan minta pendapat aku untuk apa apa yang akan dikongsi bersama. Best la best la. Macam macam idea dah ada dalam kepala ni tinggal duit je tak ada lagi ah diamlah kau tiba tiba nak cakap pasal duit saja la tu nak rosakkan mood aku. Pfft.


So lepas tu hand over semua dokumen untuk borang nikah pada Baba minta tolong pass pada Imam Jurunikah, aku dan Mama terus ke Shah Alam, cari baju raya, cari barang barang lain untuk majlis dan banyak la lagi. Best shopping dengan Mama ni, tapi kesianlah, penat ikut aku jalan ke sana sini. Aku ni lainlah, kalau mood tengah best memang tak rasa penat pun berjalan.


So Oyah kau dengar ni. Aku dengan Mama dah beli baju yang sama untuk kau, Kakak dan Kakna. Mama ye yang decide beli sama. Banyak kali jugalah aku tanya, "Tak funny ke Ma semua sama ni? Macam kumpulan marhaban je". Tapi takpe, funny atau tidak itu tak penting. Yang penting niat tu, niat kena betul. Ada orang pakai baju tak funny, malah elegan sekali, tapi niat tak betul. So apa maknanya? Haha. Baik punya cover line. Tapi jangan risau. Cantik je pakai sama sama adik beradik. Kalau rupa dah cantik, pakai apa pun cantik. Eh eh adakah ayat bodek ni sebagai usaha nak cover line lagi? Haha..

Sayang kau. Cepat la balik.





Wednesday, July 14, 2010

Cinta Sempurna




Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh..

Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan..

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna
Darimu..
Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna
Darimu..
Darimu ohhh




Confession:
Aku jatuh cinta setiap kali terpandang wajah bersih kau selepas sembahyang.




The less you know the better

Suatu malam...

Aku berada di depan laptop.
Mama di meja sebelah, membaca suratkhabar.

"Una kau tengok ni, budak 14 tahun kena hempap dengan konkrit..."

"Erk.. Okay nanti Dikna baca.." Mula terasa semacam. Meremang.

"Macam mana la perasaan abang dia tengok depan mata adik kena hempap kan.."

"Ma taknak laa" lalu tutup kedua belah telinga dengan tapak tangan. "Dikna tak nak dengar lagi". Serius aku meremang.

Mama yang dah masak sangat dengan perangai aku ni mula meleteri sikapku yang tak mahu ambil tahu apa yang terjadi di dunia luar.

....

Aku tak suka baca suratkhabar. Sebab aku lemah semangat, dan susah nak lupa kalau terbaca sesuatu yang mengganggu fikiran.

Kes bayi mati dihurungi semut api di tempat pembuangan sampah,
Kes kemalangan ngeri penunggang motosikal, yang akan berkahwin keesokan harinya.
Kes dera kanak kanak 3 tahun sampai mati.

Asha umur 3 tahun. Siapa yang sanggup dera budak sekecil itu? Celaka gila.

So i've decided, the less you know the better. Lebih baik jangan tahu. Pernah aku menangis seorang diri di dalam bilik sampai basah suratkhabar bila baca tentang bapa yang mengangkat mayat tiga anaknya yang mati lemas tersepit di batu sungai. Berhari hari aku bayangkan perasaan si bapa. Benci doh!

No news is a good news. Tapi kalau terlalu tak ambil tahu keadaan sekeliling pun susah juga.

Mama: World Cup kali ni orang yang famous semua tak menyerlah pun. Rooney, Ronaldo. Kaka lagilah.

Aku: Kaka tu, main team apa eh? (okay aku kenal Kaka, tapi tak tahu negara mana)

Mama: Brazil la! Ish kau ni teruknya, itulah liat sangat baca paper.

Baba: Takpe Husna. Tak tanya dalam kubur pun.

Heh heh.. Baba memang best.

Kalau bola pun tak ambil tahu, gosip artis apatah lagi. Kalau nak cerita pasal artis dengan aku memang buang masa sahaja. Sebab biasanya aku tak kenal pun. Tapi kalau dah ramai ramai satu office bercerita, memang aku angguk angguk kepalalah sambil cuba menyampuk mana yang tahu. Kang orang kata aku ni ketinggalan zaman pula. Dah aku ni kalau sekali sekala baca suratkhabar tu memang sekejap je dah habis satu naskah sebab aku memang skip bahagian gosip artis. Peliklah, kenapa terlalu banyak ruangan gosip? Ada yang baca ke gosip gosip tu?

Tapi kalau ada gambar artis cantik macam Lisa Surihani terpampang besar, mungkin aku berhenti lama sikit kot nak belek muka dia punya pasal. Aku suka dia ni, sebab dia cantik gila. Tanpa mekap pun cantik. Lagipun aku nampak dia macam terpelajar. Cara percakapan pun nampak bijak, bukan gaya bimbo seperti kebanyakan artis. Encik Hanis pun suka dia. Tapi aku faham, mungkin dia suka sebab Lisa Surihani ni suara dia kasar. Macam suara aku. Hahaha. Rasa nak tampar tak?




Tuesday, July 13, 2010

When you think that he got you..

You won't be his first, his last or his only. He was loved before, he will love again but if he loves you, what else matters? He's not perfect and neither are you, and the two of you will never be perfect. But if he makes you laugh, causes you to think twice, admits to being human and making mistakes, hold on to him and give him all you've got. He's not going to quote poetry, he's not going to think about you every moment, but he will give you part of him that he knows you can break.

Don't hurt him, don't change him, don't expect too much from him.. Smile when he makes you happy, cry when he makes you sad.. and miss him when he's not there...




Monday, July 12, 2010

Kambing Hitam

Oh sorry. Tak ada niat langsung nak tiru entri the famous Ladynoe, tapi aku betul betul tak jumpa tajuk lain yang sesuai dengan situasi yang berlaku hari ini. No, bukan hari ini. Rupanya dah berzaman dendam itu wujud, cuma baru aku sedari hari ini (okay aku memang busy gila so tak ada masa nak ambil tahu benda remeh temeh). Situasi yang macam gampang tapi betul betul memberi pengajaran besar dalam hidup aku. Takpe, aku memang suka belajar.


Pengajaran 1
Jika kau seorang yang outspoken or loud or outgoing or harsh, kau memang berpotensi besar untuk dijadikan target utama sebagai dalang sekiranya berlaku salah faham atau tersebarnya gosip buruk tentang seseorang. Tambah tambah bila orang yang konon mangsa itu jenis lemah gemalai dan ratu air mata. Kau yang tutur kata dan gerak langkah pun kasar macam jantan komfem kalah di mata masyarakat yang mudah menghukum sebelum sempat kau menjelaskan apa apa.


Pengajaran 2
Jangan sesekali ambil tahu masalah rumahtangga or percintaan orang lain. Kau dengar ye, aku sebut JANGAN AMBIL TAHU LANGSUNG. Apatah lagi campur tangan. Walaupun sebagai pendengar. Walaupun dia kawan baik kau. Nak nak kalau dia berlainan jantina dengan kau. Kerana apabila berlaku sesuatu yang tidak elok di antara pasangan itu, kau takkan terkecuali dituduh menjadi punca.


Ya. Perasaan dijadikan KAMBING HITAM adalah sangat celaka.




Nota: Berapa kali perlu aku tegaskan. Tak kira apa pun terjadi, jangan jadi bodoh buang kawan hanya sebab boyfriend. Lainlah kalau dia suami kau..

Nota 2: Sifat sesetengah manusia sangat menjelakkan. Aku muak dengan drama.




Sunday, July 11, 2010

A friend is one who knows you and loves you just the same

Ingat tak entri Surat Untuk Kawan Baik tu? We've made up! Heh heh. Wedding Ina today, aku awal awal lagi dah sms Elly untuk menunjukkan aku tak lupa langsung majlis itu. Hee..

Plan asal nak pergi ke sana awal sikit sebab petang tu nak pergi PKNS Shah Alam dengan Mama cari baju raya. So pukul 11 pagi aku dah keluar, pergi basuh kereta dulu sebab kereta dah macam 8 tahun tak berbasuh. Pakai baju kurung tu basuh kereta gilalah panas -_-.

Siap basuh kereta pergi rumah Elly. Dari kecil lagi rumah Elly memang menjadi pusat pengumpulan kami berenam, Elly, Adah, Aja, Mas, Ina, dan aku. Patutlah Elly jadi ketua rombongan. Eh ada kaitan ke?

Anyway it was so much fun! Six of us together, geng ponteng kelas mengaji bak kata Aja, serious i don't realize how much i miss them, until i met them. Bila tengok Ina bersanding, tiba-tiba Mas cakap,

"Rasa nak nangis la. Dulu kita kecil lagi main sama sama. Dah kahwin dah Ina"

Huhu. Aku ingat aku seorang je yang rasa sebak T__T

Lepas dah siap makan semua, tunggu Aja pula. Rasa tak lengkap kalau tak cukup korum. Banyak kali jugalah kami bergilir gilir call Aja, mana taknya rumah sekangkang kera je tapi dari tadi tak sampai sampai. Bertubi tubi call Aja, sekali kena sound,

"Korang senang la takde anak, ni anak aku berak pulak dah"

Haha. Lupa pulak makcik tu dah ada anak :P

Bila Aja sampai lagi meriah. Anak Aja comel. Comel sangat. Geram aku. Bila tengok Aja cakap dengan anak dia dan membahasakan dirinya Mama.. Dem. Jeles doh! Gilalah aku rasa macam cepatnya masa berlalu Aja dah anak dah la! Thrill rasa. Punya seronok sampai call Mama cancel tak jadi pergi PKNS. Sayang nak tinggal, dah lama tak jumpa. Okay anyway why don't we just let the pictures do the talking :)
Dari kiri: Mas, Adah, Elly dan diriku yang kelihatan macam perut buncit tapi sebenarnya baju yang mengelembung (tiba tiba explain walaupun tak ada orang tanya). Ni gambar sebelum pergi. Tiada dalam gambar: Aja si mak orang, dan Ina si pengantin baru.
Gaya Puss In Boots versi eye-bag tebal -_-"
Lepas kenyang makan, jadi penyambut tetamu di pintu gerbang pula.
Aja dah sampai! Dengan anak beliau yang comel serius rasa nak gigit pipi.
Kan aku dah kata. Comel gila doh. Fotostet habis muka Aja. Sebijik!
Berangan duduk atas pelamin sementara tunggu Ina yang busy gila. Taknak ganggu Ina dulu, nanti dia stress. Eh pehal Aja duduk pelamin lagi? Patut bagi Elly tu. Kan dia ketua rombongan.
Pakat belasah Adah!


Last sekali baru ada gambar dengan pengantin heh heh. Ni baru cukup korum! Seorang tengah pegang anak, seorang tengah bersanding. Yang lain lain will be next (very soon kot :p). Apa yang lebih membahagiakan daripada melihat sahabat baik sejak kecil berkumpul macam ni?


Among geng sekolah rendah, kira aku ni nombor 3 la kahwin. InsyaAllah.
Kenapa among geng universiti aku nombor satu yang kahwin?! Gelenyar mu nih.


Dear readers. Value your friendship. Jangan sesekali mengetepikan kawan kawan. Especially kalau sebab boyfriend. Bodoh gila.


Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything (Muhammad Ali).



Saturday, July 10, 2010

Bila keyakinan diri turun menjunam..

Pernah tak kau tiba tiba diserang paranoid melampau?

Kau rasa kaulah yang paling loser di kalangan adik beradik.
Kau rasa kau yang paling tak menyumbang apa apa di tempat kerja.
Kau rasa kau makin membosankan boyfriend kau.
Kau rasa kau tak cantik, tak ada satu pun dalam diri kau yang cantik.
Kau rasa kau langsung tak ada ciri ciri yang elok untuk dijadikan contoh.

Bencilah perasaan ini. Bukan main susah payah aku bina keyakinan diri, tapi senang senang je keyakinan itu lupus.

Sejak kecil aku memang ada low self-esteem yang extreme. Masa darjah satu cikgu memang jenis yang akan umumkan nombor peperiksaan ikut turutan. Aku tak bangun pun bila nama aku disebut dapat nombor satu. Sebab aku rasa aku tak pandai pun. Aku bukan jenis cakap banyak di zaman persekolahan. Sebab aku rasa gigi aku tak cantik, malu nak cakap. Bodohlah.

Sekarang, dah nak kahwin. Aku tiba tiba rasa aku tak ada satu pun ciri ciri wajib pada seorang wanita. Mulalah aku bandingkan dengan orang lain, dengan rakan rakan yang dah berkahwin. Aku rasa loser gila. Sampai satu tahap aku sampai menangis sms Encik Hanis,
I hate myself. I know nothing about being a woman. Are you still gonna marry me?

Syukur dia bagi semangat, even cabar aku macam macam. Dia tahu aku tak suka betul dicabar segala, ego katakan. Terus naik semangat. Sekejap je naik.

Aku nak sangat jadi perempuan baik. Aku nak jadi paling baik untuk bakal suami aku. Tapi kadang kadang keyakinan diri aku rendah gila. Aku terlampau takut aku kecewakan keluarga dia, dan memalukan keluarga aku. Bencilah perasaan ini. Aku sahaja yang mengalami masalah ini, atau semua bakal pengantin memang macam ni? Okay fine, aku seorang je.

Apa benda ni?

Inferiority complex?
Paranoia?

Tolonglah blah dari hidup aku. Ke sebab aku dah lama tak mengaji? Dah lama tak pegang Al-Quran so hati jadi kacau bilau?




Thursday, July 8, 2010

Sister sister. Oyah sila jangan bengkek :p

Settle dah tender! Last night sampai rumah pukul 1:30 pagi. Bangun bangun Kakna yang datang hantar Asha tiba tiba tanya,

"Kau pergi kerja tak mandi ke??"

Mana taknya. Dah siap pakai kemeja dan skirt, tapi muka serabai gila.

"Ni baju semalam lah"

Tertidur dengan baju kerja rupanya malam tadi. Nasib baik tak tidur dengan tudung sekali T_T

Eh dengar cerita blogspot dah gila eh? Comments disappear kan? Ke dah recover? Dah lama tak tengok blog.

Apa apa pun hari ni terasa agak funny bila pagi pagi terima message di Facebook, which is from the same person lagi. This guy pernah message dulu nak kenal kenal ke apa entah tapi aku tak reply pun. Boring la berkenalan di laman web sosial ni. So teenagers okay. Lainlah kalau time tengah makan makan kat restoran mewah sorang sorang (pejadah aku nak pergi makan mewah sorang sorang?) time nak bayar je cashier cakap, "Takpe dik, abang baju oren tu dah bayarkan tadi". Skill tu lebih menarik untuk orang yang jenis never say NO to makan free macam saya ni heh heh. Eh aku dah nak kahwin kan? Okay tukar topik, this time around the message is as below.
Nasib baik dia teka adik or kembar. Kalau kakak or kembar? Haha.

Mana la dapat idea kembar tu. Dah la sebut uncanny, tak kena betul dengan ayat. Aku ni cepat betul rasa berdesing kalau dengar English yang tak berapa nak kena ni.

Okay. Saya dengan Oyah ni beza 8 tahun, dia baru Form 5 this year. Sekolah lagi ye, Cik Farah jangan nak terkejut lagi. Tapi memang biasa je kalau jalan jalan kat shopping complex orang tanya, "Mana satu Kakak?". Adakah dia yang nampak tua atau aku yang nampak muda? Keh keh keh. Ataupun, dia terlebih matang dan aku kebudak budakan? Dem.
Kebudak budakan tak? Ni memang macam kembar T_T

Tapi mungkin sejak aku start pakai tudung indon ni Oyah boleh nampak lebih muda la kot. Tudung tu kan nampak tua matang.
Saya Husna Hadzarami melaporkan bahawa dunia siber telah membawa banyak kemudaratan kepada anak watan hari ini. (Sila sebut siber sebagai si-ber, bukan sai-ber as cyber. Pembaca berita RTM haruslah berbahasa baku)


Tapi macam mana kalau Oyah pun sibuk nak pakai tudung indon jugak???


Mas, kapan mau hantarin guwe pulang? Guwe kangen bangat sama anak anak.

Ha-ha.

Sebenarnya cara berpakaian dan gaya juga mempengaruhi. Hoy hoy aku tak pakai dah baju baju remaja okayy. Oyah la yang suka sangat pakai baju matang. So jangan nak salahkan ai~
Lady Gagap dan Lady Gagal.
Hari Raya yang tema pink. Tengok, walaupun aku yang bagi duit raya tapi nampak macam dia yang bagi aku. Menyesal buat peace.
Okay yang ni aku matang. (Kembang kempis hidung terlampau bangga nampak matang)

Gambar ni membuktikan kegemukan kami setara T_T

Tapi hakikatnya Oyah memang matang pun, kadangkala rasa seperti tak sesuai dengan umurnya. Sebenarnya dia memang kena matang la kan, supaya sesuai dengan tubuh badan beliau.
See? Dengan ketinggian dan ke'sasa'an begini, boleh ke lagi beliau nak menggedik seperti remaja seusia? Nasib baik kau matang.


Bolehlah aku nampak muda :D




Monday, July 5, 2010

Sesungguhnya matlamat langsung tidak menghalalkan cara..

Something caught my attention recently. Okay i'm giving you situation:

Rita dan Aini yang bertudung litup sedang berjalan jalan di sebuah pusat membeli belah yang sangat crowded. Di depan mereka terdapat dua orang gadis seksi gila maut tahap nak terkeluar segala gunung. Mereka berpandangan, dan tiba tiba bercakap dengan kuatnya..

"Aini, best sangat ke tunjuk semua benda kat semua orang? Kesiaaaann. Handbag bukan main branded. Tapi nak beli kain pun tak cukup."

"Itulah Rita. Dia orang ni dah tercabut urat malu kot. Panas kot pakai tutup tutup. Tak takut ke dengan panas akhirat kaaanngg.."

Punyalah kuat suara dua orang ni, sampai semua mata di sekeliling mereka tertumpu pada mereka dan dua gadis seksi itu. Memang hangin satu badan la orang yang diperkatakan tu, terus sahaja menyerang.

"Hoi perempuan, kau jangan nak cakap banyak la. Orang pakai tudung pun bukan baik sangat. Sekurang-kurangnya kita orang tak hipokrit macam kau!"

Dan berterusanlah berbalas balas kata.

Persoalan sekarang. Siapa yang bersalah? Boleh tak Rita dan Aini tu berbangga konon dah menjalankan kewajipan menegur? Dah kira boleh masuk syurga ke macam tu? Dan adakah dua gadis seksi yang cuba membela diri tu digolongkan dalam golongan teraniaya, kerana dimalukan sebegitu rupa? Tapi bukan ke diorang dah ditarik sifat malu dari diri mereka disebabkan berpakaian sebegitu?

Rajakapoor kutuk agama si Sudin. Sudin naik angin, terus dibakarnya kuil si Rajakapoor. Sudin puas, konon berjaya berjuang untuk agama. Terasa macam dah confirm masuk syurga. Tapi sembahyang bukan main liat lagi.

Korang rasa orang Melayu yang tak habis habis emo gila babi bila Islam dihina dan dikutuk tu, ada sembahyang tak?

Bukan aku nak jadi alim atau apa sekarang. Cuma sejak dulu lagi kita didedahkan dengan konsep matlamat menghalalkan cara. Asal kau rasa matlamat kau betul, kau langgar la semua kaedah pun tak kira la halal ke tidak. Betul atau tidak. Berhemah atau tidak.

Sally memang terkenal dengan perangai bitchnya di kalangan masyarakat. Jirannya, Bahrom memang akan kutuk dia gila babi apabila berkumpul bersama rakan rakan. Setiap kali timbul hal Sally, memang habis semua kata kata carutan dan hinaan yang terdapat di dalam kamus digunakan sepenuhnya untuk dirujukkan kepada Sally. Dah habis perkataan dalam kamus, siap digabungkan lagi cursing words moden dan old school, tak puas hati betul la si Bahrom ni pada Sally. Konon malu berjiran dengan perempuan sepertinya.

"Sally tu memang sundal. Macam babi. Babi lagi elok kot dari dia"

Habis, Bahrom tu apa? Elok sikit dari babi? Mungkin dia dah lama tak tengok cermin.




My wedding preparation so far. Entri boring.

Minggu tender lagi. Tender baru. So 2-3 hari ni akan balik lewat malam lagi kot. *sigh*


Anyway taknak cerita pasal tender since i think i have enough stress with my wedding preparation. *sigh* Kenapa baru empat baris dah ada dua kali sigh?


Jumaat
Fitting baju nikah. Nampak okay. Tapi tak berani nak yakin sangat, takut kecewa nanti. Keyakinan terhadap tailor mula bercambah, cewah. Tapi veil macam tak cun. Macam ada yang tak kena. And saya dah jammed otak nak fikir idea veil. Last last aku beli siap je kang.


SabtuSaya, Mama, Oyah dan Mekna (kawan Oyah, kenapa ada watak Mekna? Sebab Mekna la paling gagah bawa barang hari tu bukan macam Oyah harap badan je besar eh dah dah aku tengah puasa ni) pergi shopping barang barang untuk bilik pengantin dan baju untuk family. So basically cadar pengantin dah beli, simple je. Dan garang warnanya. Adakah akan menimbulkan emosi garang si suami di malam pertama? Wakaka! Hoy kata puasa! Tak senonoh. Ala nanti tengok je la. Konsep pun dah ada lebih kurang. Tapi memang simple je la.


Then malam tu saya cuba buat my hantaran, kira that was my first DIY project la. Baru siap satu dulang dah rasa macam disaster je dem saya sangat tak berbakat la! Lagipun saya sebenarnya tak suka basket hantaran saya tu. Beli di Nilai hari tu. Balik rumah baru perasan tak cantik mana pun, dan susah pula nak decorate pehal la aku mabuk beli yang tu hari tu. Dah la jumpa exactly yang sama kat Semua House tapi lagi murah. Dem! So siapa kata Nilai best? Siapa kata Nilai murah? Apa apa pun saya takkan mengalah! Saya tetap akan guna semua yang saya dah beli tu. Malas fikir. Malam ni sambung lagi. Tapi buat awal awal pun nak letak mana nanti? Rumah tu dah serabut sangat dah banyak gila barang belum kira problem nak sorok dari Aina and Ashaa lagi OMG (T_T). Gambar hantaran disaster tu nanti saya tunjuk, tak sempat ambil sebab dah ngantuk gila masa tu.


Ahad
Awal pagi pergi hantar Oyah balik hostel at Cyberjaya. Balik tu terus shoot to Midvalley, ada pameran pengantin. Jumpa Encik Hanis di sana. So dah book catering. Tak jadi pakai catering Pakcik Tahir, sebab takde waiter. Malas nak susahkan saudara mara buat kerja nanti. Tinggal catering untuk majlis nikah je takde lagi. Untuk hari nikah invitation cuma 150 orang sahaja and Mama nak yang selain dari lauk biasa kenduri. Kira nak lauk lauk kampung la. Tengah mencari lagi. Mungkin yang ni pakai catering Pakcik Tahir kot. Baba setelkan nanti. Heh.


Then i ada spot satu butik yang offer pakej sepasang baju lace, pelamin dan 1x mekap with only RM1500. Okay maybe it sounds biasa je. Tapi before this i dah pergi merata, banyak pakej macam ni ditawarkan hanya untuk pelamin tertentu je. Biasanya pelamin pakej ni macam bodo bodo je. But this time for the package, pelamin dia kita boleh pilih mana mana je! Jarang jumpa pelamin panel yang bawah RM1000. Ini RM1500 sekali dengan baju dan mekap sekali. Kalau sewa baju sahaja untuk lelaki dan perempuan RM650. Ok la tu. Bila tengok address OMG dekat je dengan rumah la! Padan la macam biasa nampak je nama tu. Aku selalu macam ni lah, punya jalan merata yang dekat dengan rumah tak pergi lak. Sengal. Ok yang tu balik ni nak pergi butik untuk pilih baju dan pelamin, sebab dia cakap kat butik lagi banyak choice. Best best :D


Lepas habis tengok pameran kami pergi buat facial. Kami? Ye saya dengan Encik Hanis 2-2 buat facial oh beliau sangat gay sekali (T_T). Eh bukan gay, metrosexual. Konon macam David Beckham la metrosexual. I love Beckham, a complete package. Good looking and fatherly-figure. Kalau kau sekadar good looking tapi tak suka budak budak kau takyah la nak perasan perfect. Tiba tiba garang.


...
Tu je update terkini, bosan kan entri ni? Borang nikah tak settle lagi ni. CEPAT LA BANG OI! TAK KAHWIN KITA NI KANG~~ (T_T)




Thursday, July 1, 2010

Reminiscence

I was reading my previous entries back to the very beginning, entri di awal penglibatan saya dalam arena blogging ini wah ayat skema you.


Reading your own writings which are full of yourself, panjang lebar dan penuh dengan ejaan budak budak memang menyenakkan dada. Tapi there are several entries yang membuatkan saya senyum sendiri. Senyum sebab terasa sangat poyo diriku ini. Yelah, dulu tujuan asal blogging adalah untuk improve your English so entri awal awal tu memang full English la. Masa tu tak kerja, masa banyak dihabiskan dengan membaca, so Bahasa Inggeris agak baik la ketika itu. Kononnya la kan.


Contoh entri speaking London:
Mama & Baba
Me as jobless graduate (still?)


I just read, and skipped (kalau terasa macam OMG kenapa aku macam ni dulu??), until i read this entri: Ku mohon

......

Aku single masa tu. Lepas grad aku banyak kawan dengan lelaki je. Or maybe sebab single tiba tiba kawan lelaki jadi banyak? Whatever. Masa tu hati memang keras macam batu. Tutur kata manjang nak kasar. Jiwa kayu, dan kosong. Sebab dah tak ada hati untuk insan bergelar lelaki. Diamlah. Tak habis cerita lagi ni. But there's one thing i've learnt, people treat you better when you're single. Macam mana kasar pun kau, kau tetap dianggap comel. Tah pape. Aku sound gila gila pun dia boleh cakap, "Cute la bila yu marah". WTF.

**Dia = si gatal yang trying too hard.

Bila baca entri itu, banyak benda yang buat aku rasa macam tak sangka sangat, macam cepatnya masa berlalu...


April 2009, aku macam heartless gila konon tak perlukan lelaki dalam hidup. Semua aku nak buat sendiri. Masa tu favourite book: Rich Dad Poor Dad by Robert T. Kiyosaki. Semangat meluap luap nak jadi superwoman. Dengar orang cakap pasal cinta pun meluat, rasa macam "Come on la bro, ini realiti. Bukan fantasi. Tak kemananya cinta kau tu". Okay tak pernah la aku cakap macam tu, tapi lebih kurang macam tu la perasaan ni. Kawan pun nak dengan yang single je, sebab bosan dengan drama cinta yang menjelakkan cewah.


That was only last year.


Today, siapa sangka on July 2010, aku tengah busy tak tentu arah pasal persiapan kahwin OMG. Eh kan ke dah bertekad taknak kahwin? Kalau kahwin pun umur 32 tahun? Even most of my bestfriend cakap, "Tak sangka orang yang frust menonggeng masa final year dulu jadi orang yang first antara kita yang kahwin"


Well, after the massive broke-up i've been through, i was pretty sure that i will be last person getting married. Most of my bestfriends were in steady relationship back then, even there are some of them who already talked about marriage aaahhh tolong taknak dengar!! Me? I tak boleh bayang macam mana nak mulakan bercinta semula after years being with the same person. I don't know. I don't know. And i'm scared.


So, i've become a heartless heart-breaker. I'm not proud of it. Not even once. A year and a half being single, i've been on and off with several guys (3 of them are married now. Just married. Heh heh. Nasib baik kau tak bodoh tunggu aku dulu). On and off means, mula mula kawan bila nampak dia macam lain je aku terus taknak kawan padan muka kau. I was intended to be friends initially, just friends. But the reality is, at the age of 23-24, guys tend to take a relationship with women seriously and its not time to 'just friends' anymore. So kalau kau dah umur lingkungan macam tu, jangan la kau berkenalan or terima salam perkenalan dari lelaki konon dengan niat nak berkawan. Especially kalau dia single. Kau mungkin tak berniat apa apa, tapi kau sure ke dia berfikiran macam kau? That was my mistake, and i learnt a lot from it.


I met Hanis. Which i never thought of falling in love with him. Basically because of the fear of where he's coming from, his past, his social life. He had the image of troublesome-naughty boy in my head. I learnt a lot about him by time, until i truly saw him. His inner side. His family that he claimed to be completely opposite than what he's become at that moment. A beautiful family. I don't know what had gotten my mind, but i feel like nothing make sense anymore. Love makes you out of control and suddenly you lost track. Where's my spirit? Where is the MISS DON'T-LET-A-MAN-INTERFERE?


It took some time for me to see, how beautiful love could truly be. Something i never thought i could be able to feel again. Betul ayat yang Sue bagi masa i broke up dulu: There's one guy who will make you happier than the one you broke up with, even if it seemed impossible. I met him. I met that 'one guy'. I met my THE ONE. Tak perlu bercinta lama lama pun. I know marriage won't be that easy, but what's better than going through the best and the worst moment with the one you love the most?


2 months, 2 weeks and 2 days to go. Please, pray for us..




Bunga OH bunga!

Remember this post? I was actually planned to use fresh flowers for my hantaran. But after deep discussion with Mama, i was advised to use artificial flowers supaya tak terkejar kejar nak buat kerja nanti. Yelah, fresh flowers kan kena buat last minute untuk mengekalkan kesegarannya. Last minute work=STRESS. Sekarang pun dah mula rasa stress, mungkin terbawa bawa dengan stress kerja juga ni. Saya taknak jadi pengantin yang stress, so dengan berat hatinya saya ikut la nasihat Mama tu (T_T)


So kelmarin masa lunch hour saya ajak Encik Hanis ke Petaling Street yang dekat gila dengan office. Tapi kami naik kereta sebab malas nak jalan -_-". Lepas parking di Mydin kami terus memulakan operasi, tapi hampeh tak jumpa pun kedai bunga kat sana. Ke kitorang yang tak pandai cari?? Last last jumpa satu kedai bunga, tapi dia jual fresh flowers. Bila kitorang tanya pasal artificial flowers dia terus suruh pergi Mydin je. So patah balik la ke Mydin. Masuk situ, di tingkat 2 memang banyak gila bunga! Cantik cantik pula tu. Tapi takde yang saya nak. Saya nak warna candy pink, dan rose tu mesti blooming dengan cantiknya. So kami balik ke office dengan tangan kosong sahaja. Bunga jenis yang saya nak tu ada dijumpai di SSF Jalan TAR, tapi mahal gila oh. RM25.90 untuk 3 kuntum wtf?


After office hour, rasa tak puas hati. Teringat Kakna pernah beli bunga plastik di Romantika, Wangsa Walk. So saya terus shoot ke sana seorang diri, tak susah pun nak cari Wangsa Walk ni. Di sana jumpa la lebih kurang yang saya suka tu.

Saya nak yang warna candy pink tu sahaja, which obviously the bigger one. Tapi mahal kot. RM5 untuk 3 kuntum. Ke murah dah? Yang dark pink tu RM7 sedozen. Tapi dark pink tu kat Mydin lagi murah, RM1.70 untuk 5 kuntum. Sebijik doh! So saya fikir untuk lebih jimat saya nak campurkan kedua-dua warna ni cuma yang dark pink tu beli kat Mydin. Apa apa pun ambil gambar dulu tunjuk pada Mama.
Yang macam ni pun ada, sama juga RM7 sedozen. Ni saya snap di rumah Kakna :)


Semalam di pejabat, walaupun tangan ligat buat kerja tapi otak melayang layang fikir mana lagi nak dapat bunga palsu yang cantik. Sebab kalau boleh saya nak guna satu warna je yang candy pink tu. Tapi tak tahu la nak cari mana lagi. So saya announced di Facebook minta pendapat orang ramai. Ramai la yang bagi respons, until there's my seniour recommended Krismaya located at Sri Rampai. Thanks Kak Leez!


So saya apa lagi, tepat jam 5 petang saya terus punch out dan memecut ke sana tak menyempat nak say good bye pun pada Encik Hanis yang tengah sembahyang Asar. Kalau dah kahwin ni memang berdosa la aku keluar tak minta izin suami. Heh heh. Sampai sana je i was like WOW WOW! Banyak gila bunga! Tapi disebabkan saya dah ada satu jenis je yang dalam fikiran saya hanya aim yang tu je. Tapi ada warna peach je, no candy pink as what i wished for. Nevermind, peach pun peach la. Saya borong semua sampai kosong rak untuk bunga warna tu tak bagi chance langsung kat orang lain. Heh heh..
Inilah dia! Cantik tak? RM6 untuk 5 kuntum. Then dapat diskaun 10% for membership, jadi RM5.40 untuk 5 kuntum. Murah kan?


Tapi bila sampai rumah.......


Kenapa jadi warna oren???
Or Ipan sebut, orlennjj???

Dem. Terpedaya dengan cahaya lampu Krismaya rupanya aku ni. Tapi kalau nak cakap bunga ni memang warna oren masa di kedai tu bunga seperti ini yang warna oren ada je di rak lain, bukan yang ini. Saya konfiden saya ambil peach tadi. Ke mata aku yang dah rabun? Korang rasa ni warna oren ke peach? Baik kau cakap peach. Cakap cepat! Heh heh. Nevermind, small matter je. Banyak lagi benda lagi penting nak kena fikir.


Saya sampai rumah pukul 7.30. Pukul 8.15 p.m datang lagi Krismaya, kali ni dengan Mama. Sebab nak minta pendapat Mama tentang kain alas dulang hantaran. Kalau ikut hati saya takyah letak kain pun takpe, trend sekarang banyak yang tak pakai kain alas pun, provided dulang pahar dia cantik la. Tapi Mama kata, "Kena ada kain la, biar ikut adat sikit bagi. Macam kau hidang makanan pada orang, boleh takde alas kain?" Macam nak tergelak Mama sebut pasal adat entah mengapa. Maybe sebab selama ini family saya sangat la condemn adat Melayu yang banyak tiru adat Hindu. Apa apa je la.


So malam tadi dah beli semua peralatan untuk buat hantaran, tapi tak boleh nak start buat lagi sebab tak jumpa polisterin bulat yang sesuai untuk cucuk cucuk bunga tu. Weekend ni la cari kat Semua House. 18kali dah pergi Semua House -_-". Malam tadi sampai lewat malam cerita cerita dengan Mama pasal idea nak buat hantaran. Mama nampak sangat excited sekali, kenapa i macam baru realized yang Mama rupanya sangat berminat pasal gubahan??


Ok topik lain. Encik Hanis final exam hari ni. Serabut je tengok dia semalam. Simpati rasa. Saya seboleh boleh taknak bebankan dia dengan benda benda lain buat masa ni. Apa yang boleh saya selesaikan sendiri saya akan cuba selesaikan sendiri. All the best sayang! Through weakness and strength, happiness and sorrow, i will love you.. with every beat of my heart :)
Nampak kan keserabaian beliau?