expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 22, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita. Iye?

Bila baca entri Wanie-san tentang panggilan untuk orang yang lebih tua ni, terdetik beberapa perasaan-- apahal lak perasaan? Okay entah apa ayat yang sesuai, tapi tiba tiba macam terfikir sesuatu.

Bagi aku ada dua jenis pandangan untuk orang yang tak suka dipanggil kakak. Ni untuk perempuan la ye, malas nak cakap pasal lelaki. Apa barang cakap pasal lelaki eceh tiba tiba.

Dua jenis ya. Satu jenis yang biasa didengari, tak suka dipanggil kakak agar rasa dirinya lebih muda. Ah kalau kau dah terang terang nampak tua biarlah budak budak panggil kau kakak, tak panggil makcik dah cukup bagus.

Jenis kedua yang tak nak dipanggil kakak supaya lebih selesa dan rapat. Mungkin dia rasa panggilan kakak tu menyebabkan ada jurang, dan mungkin baginya tak perlulah formal sangat nak berkakak kakak bagai. Lebih kurang macam orang yang taknak dipanggil encik la. Panggil nama sahaja. Supaya lebih mesra. Ni takpe. Macam officemate saya Sha. Dia sebaya Encik Hanis, maknanya tua 2 tahun dari saya. Tapi dia minta dipanggil Sha sahaja, mungkin supaya lebih mesra and we're fine with it.

Aku? Aku takde hal pun panggil apa apa. Kalau dipanggil kakak pun okay, nama sahaja pun okay, dipanggil Si Jelita apatah lagi. Sangat dialu-alukan. Wakaka! Kalau dah kawan kawan Oyah yang panggil aku kakak, takkan aku nak tergedik gedik, "Eh jangan la panggil kakak. Tua sangat ke aii ni~~~". Tak ke Oyah rasa nak tampar? So panggillah kakak. Tak rasa tua pun dengan panggilan itu. Tapi panggil nama pun tak ada masalah. Dengan most of my juniors di universiti aku cakap aku kau je. Takde hal pun. Kita berdoa pun guna aku kau kan? "Ya Allah, aku mohon padaMu. Kau berikanlah padaku kesihatan yang baik, amal yang soleh....". Eh ke aku seorang je yang doa guna bahasa Melayu? *tiba tiba terasa loser*

Tapi bagi sesetengah orang mungkin panggilan Abang ataupun Kakak itu sebagai tanda hormat. Setuju tak? Dekat dekat nak kahwin ni macam macam aku fikir. Macam mana kasar pun tutur kataku, aku taknak kot anak anak cakap aku kau dengan aku. Huhu. Cili mulut nanti. Eh tertunjuk ciri ciri ibu garang pula. Encik Hanis pun selalu tegur.

"Awak nanti jangan garang sangat tau dengan anak anak"
"Awak nanti jangan selalu marah anak anak tau"

(Semangat nampak mamat ni sebut 'anak anak'? )

So mungkin aku kena menjaga tutur kata nanti. Eh kenapa nanti? Kenapa bukan sekarang? Okaylah kita mulakan sekarang.

Hamba rasa, cukuplah setakat ini kita berbicara. Izinkan hamba melabuhkan tirai.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Wakaka! Sopan tak bahasa ai? Siap berpantun lagi. Kan budi bahasa budaya kita? :D




6 comments:

  1. Kak husna slalu buat ayat wanie tersengeh2.. ok la..nak panggil si jelita la kak husna..hihihi

    tapi sokong yg jenis yg pertama..Memang selalu kena..ada org marah panggil kakak sebab diorg ckp nanti nampak tua..panggil nama dah la..huhu bg wanie, kita nak hormat dia 2la panggil kakak..:)

    ReplyDelete
  2. pecah kaca pecah sampan
    habis baca harap simpan

    mcm nak kentut teringat time budak2

    btw, i love to call older person as kakak. respect2 :P

    ReplyDelete
  3. hai kakak husna~~, nanti tlg kem salam kat farhana ye(supaya lbh mesra) hehehehe

    ReplyDelete
  4. si jelita~~ jelita ker? patut kak si model~ =p

    ReplyDelete
  5. Una..pantun 2 kerat ko tu memang aku tak leh tahan lah..Aku pon macam tak kesah jer org nak panggil aku kakak or nama ker yang penting jgn panggil aku dengan panggilan yg bukan2 udah ler..

    tp mase kat raja ali dulu korang slalu panggil aku labi..hehehe those days..rindu nak jumpe korang semua..nanti aku nak buat gathering lagi la kat umah aku..huhuhu

    ReplyDelete
  6. tapi i dgn 'i,u'. adekah kite western? hahaha.

    i pon rase ade certain things ppl shudnt call me kakak la kan. if zaman sekolah, junior yang bawah setahun tuh mmg i suh panggil nama je. tak payah la nak berkakak bagai. :)

    ReplyDelete