Tuesday, December 31, 2013

2013 Most Memorable Moments

1) Went to Terengganu for my bestfriend’s wedding on January.
 
 

 
2) Saying good bye to my first job after four years.
 
 
3) Hello new job!

  
4) Aquaria on March.
 

 
5) Gold Coast Morib Resort for my birthday on April
 


 
 
6) GIVING BIRTH TO MY SECOND SON ON MAY!
 

 
7) Muhammad Adam Muaz Aqiqah Ceremony on June.

 

 
8) Our Aidilfitri.
 

 
9) Cameron Highlands on August.
 

 
10) Grand Lexis Port Dickson with the whole family on AidilAdha.
 



  
11) Switch to another job HAHA. (No interesting picture to be put in -__-)
 
 
Too much tears, too many heartbreaks, but the blessings beat everything. I’m just going to embrace everything I have went through, keep my head up to the sky because you know, if it doesn’t break you, it will make you.
 
New Year’s resolutions? I have soooo many of them HAHA. I love making resolutions; in fact I have resolution for almost everyday.
 
“Today I’m gonna focus at work, not even a glimpse at Twitter”
 
“Today I’m gonna pray on time, not to perform Zuhur prayer 10 minutes before Asar so that I can just solat Asar with the same wudhu’” ( so bad of me *sigh)
 
I think it’s good to always set new resolutions (even if you might not always stick to it), so that you can keep yourselves on track and focus, just make sure that your resolutions are all realistic and achievable lah kan? 

 
 Happy New Year everyone!
 (The latest awesome foursome, apparently taking family photo is never easy *sigh)
 
 


Saturday, December 28, 2013

Hati Kecil Si Kecil

Ammar Yusuf ni, hati dia memang sensitif. Tak tahulah kesan aku selalu merajuk masa mengandungkan dia dulu ke apa, tapi dengan dia ni memang banyak kena guna psikologi. Kadang kadang aku rasa hati dan perasaan dia tak padan dengan umur. He is matured for his age, membuatkan dia rasa bosan bila berkawan dengan kawan sebaya dia. Dia suka berkawan dengan orang besar, pertuturan pun dia tak padan dengan umur.

Dengan Ammar Yusuf ni, bila dia buat salah tak perlu nak marah marah tinggikan suara ataupun berleter panjang. Cukup dengan teguran tegas diiringi silent treatment. Meruntun runtunlah suara dia datang cakap “I’m sorry Mummy, I’m sorry Mummy.”

He is a very sensitive little boy, that recently I just made to understand how even a simple-silly thing can really affects him.

.

.

Petang Khamis baru baru ini, masa nak ambil anak anak dari rumah Kak Ha, sampai je rumah tu nampak keluarga adik Kak Ha juga ada di situ. Kami memang kenal rapat dengan semua ahli keluarga Kak Ha, so berbual bual la sebentar. Dah lama tak jumpa.

Sambil berbual tu, beria-ialah adik Kak Ha puji Adam Muaz.

“Handsomenyaaa Adik ni. Handsome! Lain betul muka dengan Abang”

Tak tahulah orang lain macam mana, tapi sejak ada anak dua ni, aku rasa macam tersentuh sikit hati bila orang puji anak aku seorang je. Kalau nak puji, kena puji dua dua, ataupun jangan puji langsung huhu. I’m sensitive like that. Tapi aku diam je. Senyum je.

“Handsome la. Kan Abang Yusuf kan? Adik handsome kan..”

Itulah yang diulang ulang. Aku tak marah kan dia pun. I'm sure she didn't mean any harm, mungkin lebih pada nak mengusik Ammar Yusuf.

Tapi Ammar Yusuf diam je.

Bila dah balik, dalam kereta pun dia diam je. Masa tu aku dengan H berpandangan, dan H pun bersuara, ajak Abang berbual.

“Abang tengok tu, banyaknya lori!”

Ammar Yusuf masih diam.

Selepas beberapa waktu yang dia hanya mendiamkan diri, aku pun cakap,

“Abang pun handsome laa. Anak Mummy mestilah handsome..”

“Abang tak handsome..” perlahan dia cakap.

My heart broke into pieces I’ve never felt that much pain in my chest before. He’s just 2 years old! The last thing I want is letting him growing up feeling like he needs to compete with his little brother for something so unnecessary like this!

H then trying so hard to salvage the situation, trying to mend the damage in his son’s tiny heart by saying how cute he is, how intelligent he has been, how much we both love him, how precious he is in our lives. Lucky it didn’t take so long for him to recover. He’s just a toddler afterall, a toddler should never takes something too serious to heart, no? 

Later we asked, “Abang sayang Adik tak?” just to see if there's any chance that he might hold any resentment towards his good looking little brother. And cheerfully, he answered, “Abang sayang Adik” and gave Adik a boyish kiss on the cheek.

He’s such a good boy, with good manners and a good heart.

I solemnly swear, I would never let anybody putting him down again after this.

 


Monday, December 23, 2013

Increasing Ammar Yusuf’s Self-Esteem

Ammar Yusuf ni kan, masa baby baby dulu memang sangat ceria, happy dan friendly sangat dengan outsiders. However, as he grows up dia jadi taknak dengan orang yang dia tak familiar. Bukan taknak, he’s like, ambil masa untuk get used dengan orang yang jarang or baru jumpa. Dulu memang kami pernah agak yang ianya ada kaitan dengan kekerapan dia sakit dan warded sebelum dia setahun dulu, sebab memang sejak balik dari hospital dulu yang dia jadi macam tu. Turns out apa yang kami sangkakan itu memang ada kebenarannya, selepas baca satu blog tentang psikologi anak kecil ni. Kanak-kanak yang ada pengalaman masuk hospital, disuntik, dirawat orang asing, dipaksa makan ubat, memang ada kecenderungan tinggi untuk berasa trauma dan takut dengan orang.
 
So kami plan, every weekend bawa anak anak main kat luar, biar mereka bergaul, terutamanya Ammar Yusuf tu,  perlahan lahan biar develop his confidence-level, ajar dia berkawan. Nak pergi outdoor, hujan pulak. So bawa pergi indoor playground dalam shopping mall saje lah.
 
Sepanjang dalam kereta nak ke sana tu, kami ulang ulanglah cakap dengan dia,
 
“Abang nanti nak jumpa friends, nak main dengan friends. Nanti, kalau jumpa friends, Abang cakaplah, hi! My name is Ammar Yusuf.. Kalau clever boy macam tu baru boleh pergi school” Just to give him an idea of what to anticipate.
 
“Pergi school macam dalam TV ke Mummy?” Sebab dia pernah tengok iklan tadika apa entah kat TV.
 
“Aah, pergi school macam dalam TV”
 

 
Mula mula nampak macam takut takut, but after a while, things went quite well lah, legalah juga tengok. Ammar Yusuf ni memang bukan jenis melasak tak tentu hala kat tempat umum ni, memang biasanya dia akan main dekat dekat dengan kami je. For certain situation, rasa macam blessed juga taklah susah nak jaga. Cuma mungkin keyakinan diri dia perlu dipertingkatkan lagi.
 


 
Sepanjang dia main, biasanya aku duduk dengan Adik, Daddy dia je yang monitor him closely. Daddy cakap, dia taklah takut takut sangat macam dulu, kalau kena tolak tolak tu dia ada lah juga bersuara, “Tak payahlah.. Awak ni..” Alamak sopannya anak aku T__T Memang takat itu jelah, belum ke tahap balas balik.
 
 
Kesian juga tengok kadang kadang, dia ni main sopan je, ada juga masa nak naik tangga gelongsor tu dua tiga budak lari rempuh dan over-take dia. Selalu jugalah aku nak kena tahan Daddy dia daripada marah anak orang HAHA. Kalau takat budak budak baya dia, kami takdelah nak masuk campur sangat, biar dia belajar bangun sendiri dan berdikari. Kalau budak yang melasak tak tentu hala tu lagi besar, apa lagi bila tengok mak bapak dia buat bodoh je anak dia badan macam gergasi berhimpit himpit tolak budak kecil, jangankan Daddy dia, memang aku sendiri akan pergi jadi Mami Monster!
 
Ada juga rasa macam nak je ajar kalau orang tolak dia, tolak balik orang tu.. tapi fikir fikir balik macam tak senonoh la pula ajar anak bergaduh ni. What do you think? How do you deal with this kind of situation? I want him to be brave and be able to stand for himself, because sometimes he can be too reserved and just let people to overpower him. But of course I don’t want him to lose his manners too. Because there’s a possibility that if the lesson goes wrong he might turn out being a bully (be it physically or verbally) later. Even worse isn’t it? It's not easy to teach your children about dealing with challenges in life, when you're also struggling to deal with yours.. *sigh*


Monday, December 16, 2013

Suatu Petang

Khamis petang minggu lepas; sebaik sahaja ambil anak dari rumah pengasuh, kami singgah di gerai char kuew tiaw tepi jalan, H turun order. Dia kemudian masuk semula ke kereta sementara menunggu. 

Ammar Yusuf: Daddy beli nasi ke? 

H: Taklah, Daddy beli char kuew tiaw. 

Ammar Yusuf: Abang nak tengok boleh tak? (His favourite words nowadays, ‘Boleh tak?’. Hehe comel). 

H: Haaa jom Daddy dukung.

Kedua dua mereka keluar kereta, tinggalkan aku dan Adam Muaz di dalam. Malaslah nak ikut. Dalam kereta ada aircond, boleh dengar radio. Aku kan diva, mana boleh panas panas heheh. 

Dari dalam kereta, aku perhatikan mereka berdua duduk di salah satu kerusi makan di situ. Ammar Yusuf nampak teruja betul, mungkin kerana inilah kali pertama dibawa ke gerai yang terbuka macam tu. Tangannya beria-ia tunjuk kereta yang lalu lalang. Tunjuk lori. Tunjuk bas. Mulutnya becok bercerita. H layankan saja. Nampak dia tunjuk langit pula. Mulut masih meriah berkata kata. Tunjuk moon mungkin. Ataupun tunjuk aeroplane. Entah apa diperbualkan. Sekali sekala H usap kepala dia, cium pipi dia. Dan mereka ketawa berdua. Lama aku perhati, sampai timbul rasa sebak. Jiwa terusik, namun kemudiannya terasa lapang sangat. Tenang setenang tenangnya. Aku senyum, dan tarik nafas sedalam mungkin. 

Seikhlas hati… aku bersyukur atas segala dugaan yang telah aku lalui, jika itulah yang diperlukan untuk aku mengecapi bahagia sebegini. 



“I chose to stay with him for all the things that he had done right, and not to leave him for the one thing that he had done wrong. I chose to forgive him” (The Vow, 2012)




Wednesday, December 4, 2013

7-Month-Old Adam Muaz

Adam Muaz my sweet little angel turns 7 months old today! 


Gigi baru nak naik sebatang 3 hari lepas HAHA. Pertumbuhan gigi dia ni awal sebulan je compare to Abang.

Semakin membesar dengan ‘sihat’nya, sangat ceria, lasak dan paling best, manja dengan Mummy hehehe. Enjoy it while it last, sebab Abang pun masa baby baby dulu manja dengan Mummy bila dah besar terus jadi anak Daddy semua benda nak dengan Daddy -____- 


Sekarang tengah lasak mengesot. Nampak tak cushions kami susun sekeliling tu? Haaa itulah kubu untuk halang soldier boy ni, punyalah banyak tempat lain, bawah meja juga dia nak pergi. Pantang lepa, lajuuuu je dia terus ke situ. Cara mengesot berbeza betul dengan Ammar Yusuf, abang dia dulu mengesot macam ulat bulu, yang guna perut tu. Adik ni mengesot macam komando askar tu, guna siku kiri kanan kiri kanan tarik badan dia ke depan. 


Berbeza dengan Ammar Yusuf yang start makan at 7 and a half months, Adam Muaz ni dia masuk 6 bulan je aku dah terus bagi makan hohoh. Tak larat nak supply susu saja oi! Tahu tak berat badan dia masa 6 bulan sama macam berat badan Ammar Yusuf masa 1 tahun? 9.1kg??? Sekarang ni dah makan bubur nasi dah. Aku plan untuk sumber protein dia aku nak bagi ikan je sampai setahun, lepas setahun baru kenalkan dengan ayam. Ikan tu aku akan pelbagaikanlah, ikan sangat bagus untuk perkembangan otak kan, macam Ammar Yusuf dulu sejak awal lagi aku bagi makan bubur salmon lah, pasta salmon lah, grilled salmon lah. Hasilnya… takdelah aku nak puji melambung anak aku ni pandai sangat ke apa, cuma rasa best bila baru baru ini Grandma borak borak dengan Ammar Yusuf lepas tu cakap kat aku, 

“Bagusnya otak anak kau ni. Mesti sebab kau selalu bagi salmon kan dulu? Nanti adik dia ni kau jangan dah malas pulak nak masak, jangan nak bagi nestum nestum pulak. Bagi salmon juga tau!” 

Rasa seronoknya bila Mama yang cakap macam tu. Rasa macam, now at least I’m good at something in her eyes wuwuwu biasalah aku ni kan anak yang dari kecil sampai besar asyik bagi masalah kat ibu bapa, memang bab bab macam ni sangatlah beremosi :p




Adik Muaz sangatlah menjadikan Abangnya sebagai idola. Sangat suka tau kat Abang, kadang kadang kesian aku tengok dia sibuk sibuk nak main dengan Abang, Abang pulak marah dia. Tapi Adik ni pun satu hal, punyalah banyak toys, toys yang Abang tengah pegang tu juga dia nak tarik tarik nak rebut rebut. Dia nak join the crowd agaknya kan?  Abang tu kalau mood dia baik memang dia akan main sama sama, kalau tidak memang hiruk pikuk suara masing masing heesh karang dua dua Mummy rotan baru tahu! 




Tak ada sehari pun yang berlalu tanpa merindui si kecil ni. Kat office tu teringat telatah dua dua orang ni memang boleh tersenyum sorang sorang. Geram je hari hari rasa tak sabar je nak balik rumah :')


Setiap kali lepas solat tak putus putus Mummy doa supaya anak anak Mummy membesar dengan sihat, dijauhkan dan dilindungi dari segala penyakit, dari segala bencana, dari segala hasad dengki manusia. Itulah emak emak ni, bila berdoa memang nama anak jelah yang diulang ulang sebut. Mummy sayang Adik seratus peratus, sama macam Mummy sayang Abang seratus peratus, dan ehem.. Daddy juga, seratus peratus. 

Muhammad Adam Muaz, anak yang sangat menyenangkan hati, sangat menceriakan suasana, penambah bahagia yang ada. Semoga Adam Muaz membesar sebagai anak yang soleh dan taat pada Mummy Daddy, taat pada Allah. Amin..