expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 16, 2013

Suatu Petang

Khamis petang minggu lepas; sebaik sahaja ambil anak dari rumah pengasuh, kami singgah di gerai char kuew tiaw tepi jalan, H turun order. Dia kemudian masuk semula ke kereta sementara menunggu. 

Ammar Yusuf: Daddy beli nasi ke? 

H: Taklah, Daddy beli char kuew tiaw. 

Ammar Yusuf: Abang nak tengok boleh tak? (His favourite words nowadays, ‘Boleh tak?’. Hehe comel). 

H: Haaa jom Daddy dukung.

Kedua dua mereka keluar kereta, tinggalkan aku dan Adam Muaz di dalam. Malaslah nak ikut. Dalam kereta ada aircond, boleh dengar radio. Aku kan diva, mana boleh panas panas heheh. 

Dari dalam kereta, aku perhatikan mereka berdua duduk di salah satu kerusi makan di situ. Ammar Yusuf nampak teruja betul, mungkin kerana inilah kali pertama dibawa ke gerai yang terbuka macam tu. Tangannya beria-ia tunjuk kereta yang lalu lalang. Tunjuk lori. Tunjuk bas. Mulutnya becok bercerita. H layankan saja. Nampak dia tunjuk langit pula. Mulut masih meriah berkata kata. Tunjuk moon mungkin. Ataupun tunjuk aeroplane. Entah apa diperbualkan. Sekali sekala H usap kepala dia, cium pipi dia. Dan mereka ketawa berdua. Lama aku perhati, sampai timbul rasa sebak. Jiwa terusik, namun kemudiannya terasa lapang sangat. Tenang setenang tenangnya. Aku senyum, dan tarik nafas sedalam mungkin. 

Seikhlas hati… aku bersyukur atas segala dugaan yang telah aku lalui, jika itulah yang diperlukan untuk aku mengecapi bahagia sebegini. 



“I chose to stay with him for all the things that he had done right, and not to leave him for the one thing that he had done wrong. I chose to forgive him” (The Vow, 2012)




9 comments:

  1. Eh. Sebak pulak kite baca. Huhu. Semoga kebahagiaan itu menjadi milik kita selamanya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Indahnya....exactly how I feel when looking at my son & husband

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. semoga kak una & keluarga terus-terusan mendapat kebahagiaan & kejayaan dunia & akhirat. amin.. love you!!!

    ReplyDelete
  5. Syukur Alhamdulillah... I am so glad to know u and to be able to read all your wonderful writing! u should be a writer woman n publish ur own book/novel! hahahaa...

    ReplyDelete
  6. Jemput semua shopping handbag online di Kedai Indah yea sis. Thank you

    http://kedai-indah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Salam.kak husna,i was your silent reader back in 2010,for i dont know what reason, i would read your blog before goin to sleep.sangat suka baca your experience esp masa wedding prep etc. maybe sebab masa tu i pon tengah nak kahwin jugak so cedok2 idea etc tiba2 terseronok pulak baca sampaila ammar yusuf lahir then at one moment u decided to stop bloggin,masatu i pon dah tak pernah baca dah your blog.ntah camne bole terbuka your blog tonight.ohmaiii u oredi have 2 beautiful sons.i satu pon belum ada due to phobia ntah napetah.btw my point is congratuations kak husna.im so so so happy for u n ur hubby.eventhough we never knew each other, but tatau nape i excited sgt tgk u dah ade anak 2 org hehe..n i pray semoga Ammar Yusuf and Adam Muaz jadi anak yang soleh, cerdik n balance in life n hereafter insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. You have no idea how much I appreciate having a reader like you..

      Delete