Friday, December 28, 2012

Pengasuh #2

Kesinambungan daripada entri ini.

Tapi ini bukan nak cerita pasal pengasuh aku. Ni apa yang aku rasa perlu untuk kita ambil tahu jugalah

Malam semalam, aku berbual-bual dengan jiran depan rumah. Aku panggil dia Kak Yah je. Kawasan rumah kami tu memang jirannya sepakat membawa berkat, hehe. Kiranya saling mengenali dan bertegur sapa la. Kelebihan duduk rumah flat kan. Okay sambung. Jiran depan ni, merupakan seorang pengasuh budak-budak. Dia babysit ramai juga, rasanya baby (sebaya Ammar Yusuf) ada dua orang kot, dan tengah hari dia jaga budak habis sekolah pula seorang dua. Kiranya budak-budak tu transit di situ sementara tunggu ibu bapa pulang bekerja. Kecuali si baby, yang lain semua anak-anak jiran lain je. 

So kami berbual. Banyak yang aku belajar dari dia, tentang isi hati seorang pengasuh ni. Benda yang mungkin agak susah aku nak berbual dengan Kak Ha, sebab takkan Kak Ha nak complaint itu ini pasal budak yang dia jaga, sebab dia cuma jaga anak aku je kan hehe seganlah dia. So daripada apa yang aku dengar dari Kak Yah, aku cuba belajar, dan cuba untuk perbaiki dengan Kak Ha.

Perkara yang kalau boleh kita elakkanlah bila hantar anak ke rumah pengasuh ni;

Cloth diaper
Ye aku faham. Cloth diaper lebih jimat. Beli banyak-banyak walaupun mahal tapi boleh ulang-ulang pakai sampailah besar. Dan katanya, lebih elok untuk kulit bayi. Tapi, semua itu bagus kalau awak jaga anak awak sendiri, means awak adalah suri rumah. Sebabnya, cloth diaper menyusahkan babysitter. Nak nak kalau dia beli yang murah, bocor. Selalu dah dengar Kak Yah cakap pasal ini. Kalau berak, jadi satu kerja untuk babysitter jirus buang dulu tahi lah apa. Kalau disposable diaper, tinggal nak cabut, buang dan basuh bontot baby je. Apa yang Kak Yah selalu cakap, baby yang pakai cloth diaper ni selalu cepat berbau, sebab kadang-kadang cloth diaper tu jemur tak cukup kering, ataupun mak dia jenis rendam lama-lama baru basuh, so bau dia kepam. Kesian anak kita. Disebabkan kita nak berjimat sangat, orang lain jadi tak suka anak kita. Sebab dia berbau. Budak-budak lain taknak pun main dengan dia. Sebab diaper dia selalu bocor dan babysitter kena basuh pula. Entah. No offense la kepada penyokong cloth diaper di luar sana, mungkin ibu si bayi yang Kak Yah jaga tu beli jenis murah ke apa. Tapi, kita ni berurusan dengan orang yang menjaga anak kita, bukan jaga handbag kita atau even jaga rumah kita pun. So don't compromise your child(ren). Biar orang suka anak kita, biar orang senang jaga anak kita.

Ambil lambat
Kalau di nursery, setiap jam yang kita balik lambat akan dicaj. Berbanding dengan pengasuh, ianya lebih kepada budi bicara. Ni aku risau juga, selalu tanya Kak Ha Ammar Yusuf ada ganggu dia nak solat Maghrib tak, ganggu masak tak. Sebab Kak Yah, mungkin dia jaga ramai budak lain, bila ada parents yang ambil lambat, dia terganggu waktu solatnya, waktu masaknya. Kalau boleh, habis kerja tu teruslah ambil anak kemudian barulah nak pergi dinner ke pergi shopping ke. Kadang-kadang pengasuh ni bukan tak suka anak kita, tapi dia geram dengan sikap ibu bapa anak yang dijaga. Bila baik sangat, diambil kesempatan pula. Dah jumpa pengasuh yang jaga anak kita dengan baik, jangan lepaskan. Sebab zaman sekarang ni dah tak ramai orang yang sanggup bersabar jaga anak orang lain. Sedangkan kita yang ibu bapa ni pun kadang kala boleh hilang sabar jaga anak sendiri, apatah lagi orang lain. 

Syukur juga, Kak Ha cuma jaga anak kita seorang saja. So kasih sayang tu berbeza dengan jaga anak orang ramai-ramai. Tapi, kita tak tahu hati dia macam mana kan? Selalu-selalulah tanya ada apa yang tak cukup ke, anak kita behave ke.. Risau juga, nak-nak bila Ammar Yusuf  dah makin lasak ni. Ni kami baru dapat bonus, dah plan nak bagi Kak Ha bonus juga hehe. Ambil hati sikit. Orang dah jaga anak kita elok-elok kan? ;)

Okay 2 points dululah buat masa ini, nanti aku update lagi. Sekali lagi aku nak ulang pesanan Mama dan ibu mertua. Dengan pengasuh ni, jangan berkira. Jangan berkira. Jangan berkira. Kalau nak berkira, berkiralah dalam hal lain. Cut short perbelanjaan makan malam ke, potong sesetengah channel Astro yang kita jarang tengok ke, tapi bukan dalam hal penjagaan anak kita. 


Nak kemas nak balik, rindu tengok gambar anak dari tadi. Babai!







Wednesday, December 26, 2012

New Direction

Jarang sekali bercerita pasal kerjaya kan. 

Well, tahun ini, inshaAllah merupakan tahun terakhir aku bekerja di sini. After almost 4 years. Wow, dingdongdingdong pressure itu stress ini, lama juga aku bertahan.

Bekerja di sini, everything is great sebenarnya. Colleagues adalah sangat menyenangkan, we're like one big family. Not always a big happy family, but well, macam itulah realiti sebenar sebuah keluarga pun. Gaduh sana masam muka sini, biasalah. 

Banyak perkara perlu diselesaikan sebelum berpindah pertengahan bulan Januari nanti. Company baru insist masuk awal Januari, tapi aku bertegas aku hanya boleh masuk paling cepat pun mid-January. Gila takkan dah dekat 4 tahun kerja sini, aku nak blah macam itu je. Alhamdulillah I'm part with a very good term. The boss is very supportive. Very understanding. Matlamat aku cuma satu; career development. Susah nak berkembang kalau bekerja di tempat yang sama terlalu lama. Sebab most of the time kita akan buat benda yang sama je ulang-ulang kan. Sometimes we need to challenge ourselves, to go out of our comfort zone. Kerja sekarang, dah selesa sebenarnya. Mama pun berleter, "Kenapa nak tukar-tukar? Boss okay, gaji okay. Kan senang kerja satu tempat dengan suami? Hanis okay ke?" Then bila aku kata Hanis okay, dia siap tanya Hanis sendiri, "Hanis okay ke Husna nak tukar kerja ni?"

Iya, sini memang dah selesa. Tapi, selesa, tak semestinya elok untuk kita. Macam kita setiap hari duduk depan sofa tengok TV siang malam makan cekedis tak bergerak-gerak pun. Memanglah selesa, tapi tak elok untuk kesihatan. Kan? Begitulah lebih kurang analoginya.

My boss says, "If it's about salary, I can give you a raise. No problem with that. But you're talking about career enhancement. There's nothing I can do, unless to support you and be proud of you.."

Malu je menangis dalam bilik boss. He's more like a family to me, not to mention a good friend of my father-in-law :')

Daripada bidang Solar Hybrid, ke Oil & Gas industry. An international organization. Ramai yang cakap susah, they say kerja company besar sebenarnya lagi leceh. Can be even longer working hours, or more stressful than now. I don't know. It's too early to judge and to be perfectly honest, I'm scared a little bit too, yelah dah selesa sekarang tiba-tiba nak buat benda baru pula. Like when the first time I learnt to swim. It was so hard that I was like, "What the hell am I doing here??!" Bersusah-payah ambil kelas malam belajar berenang padahal boleh je lepak duduk rumah tengok TV je. Benda baru, of course akan susah at the beginning, nanti dah dapat rentak barulah akan mula rasa seronok. So whatever it is, I'm up for it inshaAllah. I'll try to give my very best. Like I'm trying to give my very best as a mother. As long as we keep on trying and push ourselves harder. Husband is very supportive, in fact masa dapat tawaran kerja tu berkali-kali juga aku tanya Suami.

"Abang sokong B tak?"
"Abang restu B tak?"

"As long as it makes you happy," katanya. Sebenarnya kalau nak diikutkan, mana ada kerja yang happy, tak kerja barulah happy HAHA. Even surirumah pun ada naik turun juga moodnya. But I just want to have a new working environment, a new challenge, kalau stress pun, it's a new stress. And of course, a much better pay. Hehee, semua orang suka gaji banyak kan, who doesn't? ;) Rezeki Allah untuk anak-anak. Tak sangka tengah mengandung pun ada company nak ambil bekerja. Aku dah siap bagitahu awal-awal that I'm 4-month pregnant the moment I received a call to come for interview. Siap demand taknak outstation lagi tu (in case dia hantar aku off-shore karang, naya).

Kalau nak cakap pasal personal issues, office politics ke apa, semua tu..... ala tak ada bendalah. Tak terkesan di hati sangat pun sebenarnya. My heart is way bigger to be affected by all those, sebab bagi aku, semua tu memang ada di mana-mana pun. I have forgiving, and I'm seeking for forgiveness too. Yang penting, hati kena cekal, kena kuat, kena fokus pada apa yang penting dalam hidup kita sahaja. Biar luaran nampak lembik, tapi hati keras. Whoaah..

For now, I can only pray that I'm making a right decision. That this decision would not jeopardize my family-bonding, my bonding with Allah. Itu je yang penting. If it turns out harder than before, I can only hope that I can deal with it professionally. Dah siap-siap plan dah, kalau teruk sangat, tahan jelah 2 tahun kutip ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin, then lompat ke Petronas pulak ke tehehe. Teruk betul awal-awal dah plan nak lompat-lompat company :p Tak apalah, betulkan niat bekerja ikhlas kerana Allah, inshaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.









Thursday, December 20, 2012

My Second Baby Is An XY

So out of an overwhelming curiousity, we did our gender scan yesterday. 

Sebelum pergi tu dah plan nak buat 4D scan sebenarnya, dah call tanya harga semua. And it is way cheaper than other clinics I know, the best part is it is located very near to our place. So this is the details of the clinic:


KLINIK SOFEA 
Address: NO. 36, GROUND FLOOR, 
JALAN PJU 7/3 
BANDAR PUCHONG UTAMA 
47100 SELANGOR
Phone: 03-8061 9628 
(Belakang Carrefour, opposite to 99 Speedmart)

Harga 4D ultrasound:
RM80 (with CD)
RM70 (without CD)

Murah kan??? Dahlah boleh walk-in je, tak perlu nak buat appointment, doktor perempuan dan klinik ini dibuka sehingga jam 12 malam. Bagus betul. Sangat menepati keinginanku.

Masuk-masuk, bagi IC for registration, timbang berat badan (sekarang dah 64kg eh kenapa aku bagitahu ni?), then tunggu tak sampai 5 minit dah dipanggil nama. Masuk bilik bersama Suami dan anak bujang, berdebar. Masa baring tu, skrin diletakkan kat atas hujung kaki tu, so sambil baring pun boleh nampak dengan jelas. Untuk scan jantina, dia buat scan 2D dulu. Scan 4D tu untuk tengok muka dengan lebih jelas, boleh kira berapa batang jari semua tu la. Bila keluar je imej ultrasound 2D tu, Ammar Yusuf terus tunjuk dan jerit, "Babyyyyy!!!" HAHA. Amazed sekejap, sebab selama ni memanglah kalau nampak iklan baby (even budak-budak besar yang bukan baby pun) dia akan cakap baby. Tapi ini cuma imej ultrasound je, 2D pula tu, just nampak kepala sampai kaki jelah. Kelakar je.

Tapi walaupun 2D, imejnya bagi aku sangat jelas, sebab right after keluar je gambar baby kat skrin, aku dah terus nampak jantina dia HAHA tak perlu tunggu doktor tunjuk pun! It's kinda obvious I must say, maybe disebabkan kedudukan bayi, dan mungkin juga sebab dah ada pengalaman sebelum ini kot.


So Doktor tu tunjuk ukur lilit kepala, panjang baby, tulang belakang, kedudukan uri segala. Setakat semalam berat baby 390g, masih normal lagi. Nampak macam besar, tapi kecil je rupanya. Baru 20 minggu pun kan. Hehe. Kedudukan uri agak ketepi sikit, tapi taklah jatuh ke apa, Doktor kata jangan risau pasal tu sebab okay je lagi ni.

The feeling was, amazing. Eventhough it's gonna be my second baby. I guess even anak dah 10 pun perasaan dia tetap sama kot hehe. Bestlah tengok baby dalam perut ni.

Dah siap scan jantina, Doktor tu tanya nak proceed with 4D scan tak? Dia kata nak buat boleh, tapi macam tak bestlah, sebab baru 20 minggu kan. Kecil lagi. Paling cantik kalau buat minggu 26-28. Tapi jangan sampai dah lebih 30 minggu baru nak buat, nanti sempit sangat nampak kat kamera tu, tak best dah. So kami decide untuk hold dulu, tunggu dah besar sikit baru buat. Klinik tu pun dekat je kan, dan buka sampai lewat malam pula. Bila-bila je boleh pergi ;)

Oh, and as expected from the beginning of our scanning process, my baby's gonna be an XY, inshaAllah. Another hero. Seorang lagi yang akan sama-sama mengangkat jenazah kami hingga ke liang lahad nanti mudah-mudahan. Seorang lagi anak yang walau berubah macammana pun statusnya, kedudukan ibu tetap di tangga teratas di dalam hidupnya. Sebak pula rasa. Berderet menantu perempuanlah nanti hehehe.

Nanti Ammar Yusuf ada la geng main-main, takdelah balik-balik Daddy yang kena paksa main dengan dia setiap kali ada game bola kat TV hehe.

Nanti tambah lagi sorang solat saf depan dengan Daddy. Tapi bukanlah sebaris dengan imam macam ni anak oi!

Then bila pergi playground, takdelah kesian sangat main sorang-sorang.......

......lalu ada makwe datang mengurat LOL!

Sebenarnya, bila diketahui jantina baby adalah lelaki, tak adalah terkejut sangat. Dalam keluarga aku memang berderet anak lelaki pun; daripada 13 orang cucu Mama Baba sekarang, 9 daripadanya adalah lelaki tau! Anak Kakna first, second and third semuanya lelaki sebelum lahirnya Aina dan Asha. Anak Abang Saiful pun sulung perempuan, lepas tu berderet 4 orang lelaki baru perempuan balik, dan bongsunya lelaki. Alamak ramainya anak abang dan kakak, adakah aku pun akan mengikut jejak mereka??? T__T


Tapi (walaupun semalam agak jelas jantina itu boleh dilihat dengan mata kasar), semua itu hanyalah jangkaan doktor berdasarkan ilmu dan pengalamannya sahaja. Allah juga yang menentukan segalanya. Kalau dah prepare semua untuk baby boy, sekali keluar baby girl pula, aku terima dengan hati terbuka juga. Pakai jelah dulu baju-baju warna biru tu sementara pun hehehe. Asalkan anak Mummy sihat dan sempurna, cukuplah ;)


Mummy at 19 weeks plus. Can't wait to see you baby Darling!




Wednesday, December 19, 2012

Ammar Yusuf Peniru


Ammar Yusuf sekarang, makin banyak celoteh dia. Setiap yang kita cakap, I mean, SETIAP YANG KITA CAKAP, dia akan ikut. Kadang-kadang geram je rasa. Kita berleter kat dia, dia pun sama berleter kat kita. Macam kita cakap dalam gua pula, ada gema. Gema yang versi pelat dan halus bunyinya.

Contohnya lepas mandi nak ajak dia masuk dalam, kita cakap, "Alright, jom"
Dia pun, "Oyait, jom"

Daddy cakap, sebab terlampau suka makan kismis agaknya. Budak bertuah ni makan kismis macam makan nasi! 

Bila budak dah mula bercakap, sepatutnya segalanya jadi lebih mudahlah. Bila tengah makan, dia sendiri akan minta air sambil tunjuk botol air, so kita tahu bila dia nak minum. Bila lapar, dia akan sebut nak susu, ataupun nak roti, atau nasi. Cuma pelat sikitlah, biasalah masih baby-baby lagi kan. Eheh baby ke?

Tapi, anak yang terlalu cepat bercakap pun, ada cabarannya juga. Sebab dia memang akan tiru 100% apa yang dia selalu dengar ataupun nampak kan.

Hmm... Kena buat sesuatu ni. 

Sebab, dua tiga hari ni...

Ammar Yusuf dah mula panggil Daddy dia, "Abang! Abang!"

Mummy je yang boleh panggil Abang lahh! 



T____________T







Friday, December 14, 2012

Marah Anak

Antara aku dan Suami, sebenarnya, Suami yang lebih memanjakan anak. Suami yang spend lebih banyak masa dengan anak, sebab aku penat, selalu tertidur awal maka memang diakui, bila ambil anak di rumah Kak Ha, anak akan berlari ke arah Daddy dia, bukannya Mummy T__T

Antara kami berdua, aku yang lebih 'keras hati'. Bila anak sakit, aku yang lebih berani bagi anak makan ubat, pegang dan bukakan mulutnya dalam pada dia menangis meraung taknak makan, Daddy dia tak sampai hati.
Masa dia warded Bronchiolitis tu, aku yang keraskan diri bagi dia pakai nebulizer tu, tekapkan benda tu di mukanya, pegang kuat tangan kakinya yang meronta-ronta.

Sebabnya, somebody has to do it, and I think it has to be me. Walaupun aku taklah kuat mana pun. Menitik air mata juga.

Secara luaran, anak memang nampak lebih rapat dengan Suami. Tapi Suami cakap anak lebih 'terkesan' kalau pasal aku. Contohnya, bila aku buat-buat merajuk, anak akan takut, dia cepat-cepat behave, cepat-cepat datang pujuk.. panggil "Mummy... Mummy.." sambil goyang-goyangkan badan aku. Berbanding kalau Daddy merajuk, anak siap ketawa lagi, ingat Daddy tengah main-main dengan dia.

Anak akan cari aku, kalau nak susu, habit dia minum susu mesti pegang muka aku, pegang rambut aku. Anak selalu kiss Mummy secara tiba-tiba, especially lepas makan, mungkin tanda terima kasih ololo. Kalau dengan Daddy, kena disuruh baru dia datang kiss hehe. Kalau nak tidur pun, dia akan senyum senyum datang kat aku "Mummyyy..." lembut suara minta didodoi.
.
.
.

Hmm.... nak cerita pasal marah anak sebenarnya.

Antara kami berdua, aku yang lebih garang. Lebih selalu 'marah' anak. Atau bahasa lembutnya, tegur anak. Nama pun emak kan.

Bila aku ajak tukar pampers tapi dia keraskan badan taknak ikut ke bilik air sebab nak tengok TV padahal bau berak dia dah semerbak satu rumah..
Bila dalam bilik air tengah basuh berak, tiba-tiba dia duduk mencangkung tepuk-tepuk air kat lantai yang masih bersisa tahi dia T_T
Bila aku tengah sapu rumah, masa tu la dia nak lalu lalang atas habuk yang dah berkumpul tu, sambil potpetpotpet tunjuk sampah tu.. 
Bila aku bawa makanan dia dalam mangkuk panas-panas, yang dia tahu benda itu panas sebab dia beria sebut "hotss.. hotsss" (kenapa entah ada 's' kat belakang -__-) tapi sibuk juga nak sentuh mangkuk lepas tu bila rasa betapa panasnya makanan tu dia jadi takut nak makan walaupun dah sejuk pun..
Atau bila aku tengah solat, yang aku dah bentang siap-siap sejadah dia kat sebelah aku supaya dia boleh main atas sejadah dia je, tapi atas sejadah aku juga dia nak landing segala. Sekali-sekala bolehlah dilayankan, tunggu dia beralih, baru sujud. Bila yang aku tengah tergesa-gesa solat di akhir waktu, memang tak ada maknalah nak lengah-lengah layan dia. Aku berhenti solat, angkat dia, letak atas sofa. Suruh dia duduk diam-diam..

Aku manusia biasa saja, typical mother. Ada masa sangatlah happy main dengan anak, ada masa boleh hilang sabar juga. Nak-nak bila badan pun penat, otak berserabut bagai. Tapi yang pasti, kasih sayang dan cintanya aku terhadap anak aku, tetap sentiasa melimpah ruah, tidak terungkap dengan kata-kata.

Seperti ibu-ibu lain, aku pun taknak terlalu memanjakan, maka sekali sekala perlu ditegur, dimarahi, diberitahu apa yang dia buat itu salah dan buat Mummy marah.

Cuma.... ada satu masalah sikit.

Entah kenapa, aku rasa aku je yang boleh marah anak aku. 
Aku je yang berhak marah.
Bila aku marah, tak apa; orang lain marah, tak boleh sama sekali.

Walaupun Daddy dia.

Bila Daddy dia marah dia, walaupun aku tahu memang dia boleh marah/patut marah/kalau aku jadi dia pun aku akan marah---- 

---aku akan rasa sedih.

Aku akan rasa tersentap.
Aku rasa macam, sampai hati marah anak yang aku susah payah dah kandungkan 9 bulan 10 hari.... 
Aku rasa macam, aku ni tak apalah nak marah dia pun, aku yang lahirkan dia.
Aku rasa macam, cukuplah aku seorang je yang marah dia, tak perlulah ramai-ramai nak marah dia.
It's like, aku SAHAJA yang berhak ajar dia.
.
.
.

Malam tadi anak bertuah tu, tonggengkan botol air dia dan siram-siram keliling Daddy dia yang tengah makan, Daddy naik anginlah. Ditegur dan diambil botol air itu.

Aku yang melihat, suddenly, being so defensive, "Dahlah Bang, janganlah marah dia.."

Tak pasal-pasal aku pula yang dimarahi.

Sentap, masuk bilik terus. Merajuk sampai ke pagi. Tertidur sebenarnya ;)

Pagi tadi, dalam kereta, sambil genggam tangan aku, Daddy dia minta maaf, beserta nasihat -__-

"Mummy tak bolehlah tiap kali Daddy tegur Ammar Yusuf, Mummy tegur Daddy balik. Lama-lama dia akan jadi tak kisah tau kalau Daddy marah, sebab dia tahu Mummy mesti akan back up dia. Kalau nak tegur Daddy pun, bukan depan dia.. boleh?"

"Okay lah...." berat lidah aku menuturkan.


Dalam hati, diam-diam aku berdoa agar aku tak jadi emak yang jenis pergi serang cikgu bila anak kena marah kat sekolah (*_____*)






Wednesday, December 12, 2012

Pregnancy: Dulu dan Sekarang

Week 16

Basically, tak banyak perbezaan mengandung kali kedua ini dengan mengandungkan Ammar Yusuf. Kenaikan berat badan tetap mendadak macam dulu LOL, muka tetap tak berapa nak berseri, emosi... emosi rasanya jauh lebih baik kot. Tapi, tetap juga ada beberapa perkara yang berbeza, perkara yang baru aku alami, kiranya new experience lah, perkara yang langsung aku tak pernah rasa ketika mengandungkan budak bertuah banyak cakap tu. Biasalah, lain anak lain pengalamannya kan?

Lenguh Berdiri
Berdiri je lenguh tau, berjalan banyak mana pun tak lenguh. Boleh tak macam tu? Serious aku pelik betul lah.  Kalau berdiri, kaki kena sentiasa bergerak. Tak boleh kaki tegak diam je, 5 minit pun dah rasa lenguh, senak perut, dan sebagainya. So aku memang tak bolehlah kalau nak beratur panjang-panjang, or nak basuh pinggan berlonggok-longgok (ehem ehem Daddyyy). Risau juga kalau ini ada kaitan dengan uri jatuh ke apa, tapi scan hari tu doktor cakap kedudukan uri dah cantik dah. Hmm.. Tapi kalau berlarutan macam ini atau jadi lebih teruk, nak kena refer doctor jugalah. Get a second opinion.

Week 17

Alahan Gatal
Haaaa ini memang tak boleh tahan. Masa pregnantkan Ammar Yusuf dulu ramai yang pesan, jangan garu perut, nanti stretchmark kat perut tu merebak merekah, buruk perut nanti. Masa tu aku tak faham, kenapa nak garu perut bukannya gatal pun? Serius tak rasa apa pun masa tu. Sekarang baru aku alami kegatalan tu. Bukan sekadar perut, malah seluruh badan! Pregnant yang first dulu, sehingga ke saat melahirkan anak, perut aku hanya ada satu garisan halus je kat tengah-tengah. Ramai yang cakap cantiknya perut, tak ada rekahan langsung. Kali ini, baru 4 bulan, dah nampak potensi akan ada ugly stretchmark kat perut ni *sobs*. Gatal laaaaa, macam mana nak buat ye? Tanya kat Kakna, dia cakap perut terlampau kering dan mengembang, sebab tu gatal. Kena try pakai stretchmark lotion, ataupun olive oil je. Sebab rasanya masa mengandung ni, tak boleh sapu krim sebarangan nanti meresap kat baby kan? Ada sesiapa pernah alami tak benda ni? Seriously it bothers me too much! Sometimes sampai tak boleh tidur tau :(

Week 19

Penampilan Lebih Terurus
HEHE.. Mengandung kali pertama dulu, aku adalah sangat tidak terurus okay! Mungkin disebabkan morning sickness yang sangat teruk, buat kita rasa tak bermaya dan macam malaaaaaass je nak bermekap bagai. This time, no morning sickness at all Alhamdulillah. Emosi juga jauh lebih baik. Dan suka betul beli baju menandung santek-santek hehe. Memang rasa nak melaram je. Aku tak beli maternity dress pun, aku just beli dress/blouse biasa yang agak besar di bahagian perut maka boleh dipakai masa mengandung, dan lepas bersalin pun masih boleh pakai lagi cuma perlu sesuaikan dengan belt/jacket saje. Mekap? Selama ini aku bukan jenis bermekap tebal pun, sebab leceh nak solat nanti. Karang kena bawa make up remover bagai ke office, malas! Just a basic facial care (face wash, toner, moisturizer) plus foundation, blusher sikit and lipbalm je. Lipbalm tu dah ada color dah, so tak payah nak pakai lipstick lagi. Cumanya, this time, memang belum pernah lagi selamba pergi office tanpa mekap langsung. Dulu selalu kot pergi office with a bare face je sampai kena tegur dengan bos kenapa pucat sangat T_T


Bahagian mata memang tak pernah tambah apa-apa, even mascara pun. Sebab... tak pandai. Sebab... mata besar sangat.. kalau tambah eyeliner/eye-shadow lagi nampak macam gothic ke apa entah. Tak sesuai :/

*******************

Tentang jantina. Setakat 19 minggu hari ini, belum pernah scan jantina lagi, mungkin next month kot pergi. Well, bila dah ada anak lelaki ni, hati kita of course la sedikit sebanyak ada terbit keinginan nak dapat anak perempuan pula. Macam itulah sebaliknya pun, tanyalah mana-mana ibu pun. Masa mengandungkan Ammar Yusuf dulu, instinct aku sangat kuat mengatakan aku mengandung anak lelaki. Entah mengapa. Kali ini, tak tahulah nak cakap macam mana. Nak kata instinct, mungkin juga terdorong dengan keinginan sendiri, maka ada juga naluri rasa macam mengandung anak perempuan. Entah. Tapi sebenarnya dalam masa yang sama, ada juga berharap this time anak lelaki juga. Sebab boleh pakaikan baju sama dua-dua orang, macam kembar HEHE comelnya.. Lepas tu nanti bila dah besar, aku imagine jalan ramai-ramai satu family macam bodyguard je, Mummy sorang gegirl kat tengah-tengah dikelilingi jejaka-jejaka wahhhh =D

So, kalau ditanya nak anak lelaki atau perempuan, aku seriously macam tak kisah. Both are fine with me, kalau dapat lelaki, ada alasan untuk cuba lagi secepat mungkin kahkahkah. Tak adalah, kalau dapat lelaki sama je perasaannya dengan dapat anak perempuan. Syukur dengan apa saja rezeki yang Allah bagi, orang lain ada yang bertahun kahwin tak ada anak tau. Apa yang aku sangat-sangat harapkan, aku dapat bersalin dengan lebih mudah berbanding dulu, dan anak yang lahir sihat sempurna, itu dah sangat-sangat mencukupi untuk aku. InshaAllah, Amin.











Monday, December 10, 2012

Our First Outing With A Walking Baby

Date: 9th December 2012
Location: IKEA and The Curve
One word to describe: Exhausting! HAHA..

But it was extremely fun I tell you. For him at least ;) Seeing having a real good time.... makes me feel like nothing else in the world matters :')



SAYA DAH BESAR, NAK JALAN SENDIRI. DILARANG PEGANG TANGAN SAYA.


Terjerit-jerit dia, "Dog! Dog!" Mesti amazed sebab 'dog' ni diam je tak lari bila dia pegang. Jangan next time dia nampak anjing betul-betul dia pergi kejar nak pegang sudah :/

Sambil jalan sambil potpetpotpet mengomel itu ini. Komplen agaknya "Kenapa bilik Ammar Yusuf kat rumah tak macam ni pun??" Amboi.


Kalau nak jalan sendiri tapi ikut haluan kita tak apa juga, ni ikut suka diaaaaa je nak pergi mana. Bila kita byebye dia konon nak bagi dia takut kita tinggalkan, tak ada maknanya. Dia siap byebye sekali T__T 


INGAT DADDY TAK ADA KERJA LAIN KE NAK KENA IKUT JE BONTOT AWAK PERGI SANA SINI?? Haaa kan dah kena tangkap.


Nak bergambar dengan dia pun tak boleh duduk diam. Banyak-banyak Daddy snap, satu ni je yang tak kabur T_T

Masuk playground ni, Mummy kena ikut sekali sebab rasanya dia yang paling kecil kat sini. Bimbang ditolak jatuh je. Budak-budak lain main lasak kat sini, lari sana lari sini.


Tapi budak kemetot sorang ni apa kisah. Lagi dia seronok ada.


Best agaknya ramai kawan-kawan baya dia. Daddy kata, "Tak apalah, nanti adik lahir boleh main dengan adik ye. Tak ada la sunyi lagi kat rumah." Alah ingatkan nak cakap, "Tak apa lah, nanti Ammar Yusuf akan ada ramai adik ye jangan risau.." Kehkeh.


Walk with style, baybeh.


Daddy, being an over-protective Daddy, asyiklah risau bila nampak budak lain dekat dengan anak dia, takut kena tolaklah apalah. Mummy chill je, setakat terlanggar sikit-sikit tu tak apalah, biasalah budak-budak main. Tak boboy la kalau tak bergasak sikit. Tapi kalau melampau sangat macam ada sorang Chinese boy tu, around 3-4 years old, asal Ammar Yusuf nak turun gelongsor je mesti dia ada kat belakang tak sabar-sabar suruh turun, Mummy terus jadi Mummy Monster lah. "You don't push, wait here!" Haaa... Geram aku. Balik-balik kau je yang sibuk nak tolak anak aku.


Penat main, dia pandai datang kat kita minta dukung. Minta shushu.
Good boy.


Cas bateri dulu, 'isi minyak'. Masa minum susu ni mata macam dah kuyu, OK dah seronok dah Mummy ingatkan dia nak tidur bolehlah Mummy sambung shopping pula tehehehehe....
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak ada maknanya!!

Habis minum susu je terus bangun jalan laju masuk kedai depan ni ADOI! Nasib baik ada Daddy jadi bodyguard, nak harapkan Mummy memang tak larat la..

I said to my husband, "Nanti anak dah jalan Abang kena kejar dia tau. B nak relax sikit.." 

"Abang sorang je ke kena kejar dia??"

"Mestilah. I already give birth to him. Sakit tau beranak ni.. Tugas Abang pula bersusah payah kejar dia"

HAHA. 



Here's a video of him at the playground. Tengok budak baju pink belang-belang tu, suka betul ajak main dengan Ammar Yusuf kelakar je..

Bestlah. Since dia dah confident nak berjalan dan dah kenal banyak binatang ni, kami ada plan nak bawa pergi zoo, tak pun Aquaria ke.. Anak dah faham ni barulah best nak bawa ke tempat-tempat macam tu, kalau tak kita je yang seronok, dia blur je tak tahu apa-apa ye tak? Budak bertuah ni suka tengok ikan, terjerit-jerit "Fish! Fish!" Hehe.. Seronok kan tengok perkembangan anak ni? Ammar Yusuf jadi good boy tau, semoga terus membesar dengan bijak inshaAllah..










Thursday, November 29, 2012

Otak Bayi Yang Macam Sponge

Otak bayi/anak kecil ni, macam sponge tahu. Sponge bersih yang baru tu, kan sangat mudah menyerap kan? Macam itulah. Aku selalu anggap anak kecil akan sentiasa mendengar dan memerhati segala yang berlaku di persekitaran, maka akan selagi boleh menjaga segala percakapan dan perbuatan. Kadangkala terlepas juga, maklumlah ibu muda (alasan) dah terbiasa perangai dari remaja terbawa-bawa pula. Apa lagilah kalau tengok bola, atau tengok drama yang menyakitkan hati. Boleh sahaja terlepas perkataan yang tak sepatutnya.

Otak bayi/anak kecil macam sponge. Benda itu yang aku selalu terapkan dalam hati. Maka setiap saat yang aku habiskan bersama anak, selagi boleh aku cuba manfaatkan dengan 'pelajaran' yang berguna. Sebab kita ibu bekerja ni, masa bersama boleh dikatakan terhad, kita tak dapat nak kawal sepenuhnya apa yang anak kita pelajari di siang hari kan, maka hanya malam hari sahaja masa yang ada. Tapi bila mengandung ni, cepat penat, Suamilah yang terpaksa layan anak. Kadangkala bila tak larat sangat nak tidur, aku masuk bilik dulu. Biar dia main dengan Daddy taknaklah paksa-paksa dia tidur sekali. Kesian dahlah malam baru jumpa kita, baru nak main-main dengan kita, kita nak paksa-paksa dia tidur pula. Lagipun dia bukan tahan sangat mata pun, paling lewat pukul 11 dia akan tertidur juga. Tapi sejak berjalan ni, dia dah pandai tau. Lately bila aku dah tertidur, tahu-tahu terasa ada tangan kecil tepuk-tepuk badan kita. Buka mata, elok dia berdiri tepi katil, gerak kita bangun suruh ambil dia bawa naik katil ololo. Senang, cium-cium sikit, tepuk-tepuk, usap-usap rambut, tertidurlah dia.

Okay sambung tentang otak bayi yang macam sponge tadi, termelalut pula.

Semenjak dia bayi lagi, aku dah bercakap dengan dia bahasa yang betul. Macam cakap dengan budak besar. Aku dah tunjuk dia itu ini padahal dia bukan faham apa, siap menguap takpun korek-korek muka kita lagi. Setiap yang aku buat, aku sebut dengan jelas (kadangkala dalam bentuk nyanyian lepas tu annoying Daddy ketawa-ketawa cakap "Apa entah lagu-lagu Mummy ni, tak rock langsung." -__-)

Contohnya, bila nak tukar pampers, aku baringkan dia sambil menyanyi "Tukar pampers dulu, tukar pampers dulu" ada la irama dia pandai-pandailah engkau orang lagukan. Nak keluar bilik switch off kipas, aku sebut "Keluar bilik switch off kipas dulu...", means, setiap yang aku buat dengan dia, aku sebut. Supaya dia tahu apa yang berlaku, supaya dia belajar sebab dan akibat. Tekan benda ini, lampu akan tertutup, rumah gelap. Begitulah lebih kurang. Mudah-mudahan dia faham.

Kesan 'ajaran' kita pada anak ini, bukanlah serta merta. Kadangkala benda tu aku dah sebut dari dia bayi lagi, sekarang baru dia faham dan sebut semula. Cuma janganlah bosan mengajar. Selalu je bila ada masa, aku bawa dia duduk di sebelah pegang foam book ABC tu, buka satu demi satu muka ajar A, B, C dan seterusnya. Kalau mood baik, bolehlah sampai J, kadangkala sampai C dah bosan dan mula pusing-pusing bukulah, gigitlah, ketuk-ketuk sofa lah. Ammar Yusuf ni aku perhatikan tak berapa minat sangat kalau ajar tengok huruf-huruf ini, dia cepat bosan dan tak berapa masuk sangat. Dia lebih suka belajar something yang lebih, praktikal. He's a baby, what do you expect? -__- Bila nampak bosan tu, aku berhenti jelah. Main-main pula. Geletek-geletek, kejar-kejar.. Esok lusa sambunglah lagi. Bukan nak suruh pandai dalam masa sehari pun. Kadangkala bila baring berdua, aku angkat tangan ke udara, kembangkan jari, dan tutup satu persatu jari sambil sebut "one... two.. three..". Kalau mood baik, dia akan sama-sama kembangkan jari dan sebut, sampai "ten" je kami sama-sama tepuk tangan. Kalau mood dia lebih kepada nak main-main, dia akan tarik tangan kita masuk mulut dia lah, pusing badan dia dan panjat kitalah.. Bila nampak dia tak berminat tu, berhenti jelah, layan dia main-main guling-guling. Lain kali main kira-kira lagi.

Motif entri ini, bukanlah nak kata aku paling pandai ajar anak atau anak aku yang paling cepat belajar, cuma nak tekankan, otak bayi ini memang macam sponge, mudah sangat menyerap segala benda yang dia dengar dan nampak. Memang sayang kalau tak gunakan kelebihan itu semenjak awal. It's never too early to teach your children valuable lessons. Dulu, rasa macam ridiculous je nak cakap dengan bayi yang tak faham apa-apa tu, kita tertanya-tanya juga, "Budak ni boleh faham ke apa aku cakap ni?", ataupun "Beria aku potpetpotpet ni, dia dengar ke tidak?".. Kalau kau pun jenis macam ini, teruskan saja apa yang kau biasa buat tu, sebab bila satu hari anak kau sebut exactly benda yang kau selalu ulang-ulang sebut tu, ya Allah, nikmatnyaaa... Allah sahaja yang tahu. Buat kita rasa, apa yang kita buat selama ini, langsung tak sia-sia. Buat kita rasa... "Oh never know that I can be a good mother too...!" Kan? ;)

Setiap petang, selepas ambil Ammar Yusuf di rumah Kak Ha, dalam perjalanan balik ke rumah kadangkala aku dudukkan dia di atas riba sahaja instead of his baby seat. Bukan apa, rinduuuu, tak sabar nak peluk. Maka sepanjang perjalanan balik itu, semua yang kita nampak, kita tunjukkan dan sebut pada dia. Selalu yang dia ulang-ulang tunjuk dan sebut, memang "car" la. Motor pun dia kata car, bas pun dia kata car, lori pun dia kata car. Pendek kata semua benda yang bergerak dia ingat car. Maka berulang kali jugalah aku betulkan, "That's not car, that's a motorcycle", yang besar-besar tu semua bukan car, it's a bus, it's a lorry. Tapi esok lusa pun, dia sebut "car" juga. Tak apalah. Take your time.

Pagi tadi, dukung masuk rumah Kak Ha, seperti biasa ada lori Abang Zaki (suami Kak Ha) parking depan rumah dia. Tiba-tiba Ammar Yusuf tunjuk, dan sebut..  "Loyiii.."

Allah.... :')





Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday #7: Walk Like A Boss



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 27, 2012

Bila Anak Dah Berjalan.....

Muhammad Ammar Yusuf My Darling (panggilan aku untuk Ammar Yusuf dan sangat menjengkelkan Daddy Yayang kerana dikhuatiri berkekalan sampai besar dan memalukan anak di depan kawan-kawan) sekarang sudah sangat aktif berjalan ke sana ke sini. Baru dapat kaki katakan. Ke depan ke dapur ulang alik tak henti-henti sampai basah baju berpeluh-peluh HEHE geram je. Kaki ligat berjalan, mulut ligat bercakap. Pening kepala tengok dia, kelakar sangat. Macam mak nenek jalan kedek-kedek sambil potpetpotpet tunjuk segala benda yang dia pandai sebut. Mulut dengan kaki sama aktif. Habislahh.

Sebelum ini, bila anak asyik merangkak kita risau tangan kotor nanti masuk mulut kuman segala, ingatkan bila dah berjalan hilanglah kerisauan, tapi tak ada maknanya! Bertambah pula kerisauan lain! Haaiih being a mother, rasanya kerisauan takkan pernah habis, sampai anak dah besar panjang dah kahwin pun agaknya. Ye tak?? Hee.. Now I feel you, Mama :')

Bila anak dah berjalan, lebih banyak perkara perlu diberi perhatian dan pengawasan, agar tidak mendatangkan bahaya kepada si anak. Antaranya:

  1. Pastikan gas dapur sentiasa ditutup (switch-off), kerana dibimbangi anak akan pergi ke dapur dan putar-putar dapur gas. Bahaya! Boleh terbakar, boleh meletup. Kalau boleh biarlah ada pagar/penghadang yang akan menghalang anak ke dapur. Tapi kami bersyukur, dapur gas kami di luar (balkoni), maka berpintu. Hanya perlu pastikan pintu sentiasa ditutup jelah.
  2. Pasal dapur lagi, dapur ni memang zon bahaya untuk budak-budak lah senang cerita. Kalau masak air panas tu, pastikan di luar capaian anak kecil. Letak dalam-dalam sikit, yang dia jengket-jengket pun takkan sampai. Kalau jenis cerek letrik tu lagilah kena careful, sebab berwayar kan, risau anak tarik wayar, dan tercurah air panas. Tapi kami pakai cerek tradisional yang masak atas dapur tu, yang bunyi memekik-mekik bila dah masak tu haaa.. So lepas masuk air dalam flusk, cerek tu letak semula di dapur, tutup pintu.
  3. Senang cerita, jangan bagi dia ke dapur langsunglah. Karang dia buka drawer pisau, even garpu pun berbahaya juga. Sebab tajam kan. Belum masuk pembuka tin, gunting.. Adoi...
  4. Bilik air/tandas juga kena sentiasa ditutup pintunya (tapi ini hanya berkesan sementara dia belum pandai pusing tombol pintulah!). Dan pastikan jangan biarkan ada air bertakung yang tidak bertutup dalam bilik air. Takut dia main dalam tu, dan terjatuh up-side-down. Lemas. Kes-kes macam ini bukannya baru, dah selalu sangat masuk paper pun, kecuaian ibu bapa :'(
  5. Barang-barang elektrik, khasnya seterika, lepas pakai kena off dan cabut plugnya. Selama ini aku off je, tapi tak cabut pun sebab ketat nak cabut senak perut buncit mak ni bongkok-bongkok (soket kat bawah). Sekarang kena cabut dah. Takut dia switch on, panas, melecur :'(
  6. Barang-barang kaca, haaa ni memang dah patut risau dah. Rumah aku ni banyak pasu bunga kaca yang kurus tinggi tu, kena extra cautious sikit lepas ni. Takut dia main-main kawasan situ, terlanggar jatuh, pecah. Taklah sayang pasu sangat pun, karang pecah luka kaki dia, kan kesian..

Ini setakat apa yang aku nampak sekaranglah. Apa lagi ye yang kita perlu tahu wahai ibu-ibu otai sekalian?? Pesanan yang sama ini juga aku tekankan pada pengasuh juga. Risau bab ke dapur itulah. Tapi kalau kat rumah pengasuh lagilah banyak nak kena risau, sebab landed house kan, karang pintu terbuka tak ada orang perasan dia senyap-senyap keluar rumah........ T___T Semoga Ammar Yusuf sentiasa di bawah pengawasan yang baik, dan dilindungi Allah. Amiinn...









Friday, November 23, 2012

Grow Old With You


One day, while watching Desperate Housewives where there's a scene of Mike Delfino carrying Susan on their wedding night, I said to Hubby,

"Abang kalau B tertidur kat sofa, tak pernah pun dukung angkat masuk dalam bilik.. Tak romantik tau kejut-kejut macam tu je.."

He said,

"Abang bukan taknak dukung, tapi... Abang taknak lah susahkan B jaga Abang kat hospital..... kalau Abang patah tulang belakang nanti.."

And laughed hysterically.





If it's not because I really need someone to do the dishes, the laundry, and sental seluar anak everytime berak yang terbocor kat seluar...........

>_<






Wednesday, November 21, 2012

Entri Ringan: Cam-whore

One of my childhood bestfriends requested to see Ammar Yusuf's new photo.
But I sincerely WhatsApp-ed them, my photo instead. Yeah, in case they actually missed me but too shy to admit.


This photo.

And their reactions are of course, overwhelming. Some of them even thanked me, for being so thoughtful, and straightaway saved as their smartphones' wallpaper. LOL. I lied, obviously.


You guys are so meann... T__T

Oh I miss the girls. Everytime nak ke rumah Mama lalu rumah korang, rasa nak jerit je panggil nama sorang-sorang. But I guess we're not that 10-year-old girls anymore. Thanks for the technology, walaupun jauh di mata namun sangat di hati ececeyy.







Tuesday, November 20, 2012

Ammar Yusuf Learns To Walk



Geli hati aku tengok video ni. Mulut je lebih. "Cepak, cepak.." HAHA keluar bahasa Kelantan awak. Geram aku dengan budak bertuah ni tau. Orang biarlah pandai jalan ke depan dulu barulah belajar pusing ke apa, ni belum master jalan ke depan nak buat aksi fancy-fancy. Lepas tu, mulut kemain bising. Blame the Dadda, yang terlampau banyak potpetpotpet dengan Ammar Yusuf sejak dia dalam perut lagi T__T

Adoi anak Mummy, penghibur hati Mummy. Semakin besar, semakin buat Mummy tak sabar nak balik rumah. Ada je benda baru dia buat, ada je perkataan baru dia belajar. He's not just mumblings with no meaning tau, he says exact-meaningful words! Haiih.. Kalau nak cerita pasal anak ni, memang anak kita jelah segala-galanya kan? Tehehe typical mother :p

Ammar Yusuf kena cepat pandai jalan tau, nanti Mummy beli banyak kasut fancy-fancy. Tahu tak sekarang ni kalau masuk butik-butik sukan ke, Studio R ke, memang kasut awak je yang Mummy semangat nak tengok?? Buying baby shoes is so addictive! Ask other mothers :D


With his first 'fancy' shoes. By Adidas, got this for RM120 only, at JPO. Isn't it the cutest? Konon beli untuk dia pakai masa 2-3 tahun, sebab umur-umur macam tu rasa macam okay dah nak pakai sneakers. Masa baby-baby pakai jelah Kiki Lala ke Baby Kiko ke amboi ingat mak apak awak cop duit nak pakai fancy-fancy sejak baby? Sekali try dah elok-elok dah, longgar sikit je. Cepatnya panjang kaki dia T__T








Friday, November 16, 2012

Amazing Week

Rabu hari tu lagi dah balik. 4 hari 3 malam kat sana, ya Allah sangatlah membahagiakan. The place, for me, is okay, but what matters most is the quality time we spent with our loved ones. Tak ada gangguan kerja (sebab internet wi-fi hanya boleh didapati di lobi hotel thank God), tak fikir apa-apa pun selain bergembira dengan Suami dan anak. Best sangat, Ammar Yusuf pun nampak sangat enjoy la, happy je dia. Seronok kot 24 jam ada Mummy Daddy. Hehe.

Well, Phuket was fine, the weather was Alhamdulillah okay, cuma hujan sikit in the evening. Yang penting, Ammar Yusuf was so behaved sepanjang kat sana, daripada penerbangan pergi, naik ferry, naik canoe, jalan-jalan kat sana, ke penerbangan balik, tak ada masalah langsung. Syukur, good boy anak Mummy. Nantilah cerita, masih terawang-awang lagi ni, have to pull myself together, gotta face a real world now blerghh.

Gambar banyaaaakkkk. Berlambak kalau nak upload semua masuk blog. Senang cerita meh la follow Instagram kitew, hewhewhew.


Looking forward our next vacation, maybe before I deliver my next baby whoaah. Mood nak berjalan je pregnant kali ni LOL. We're thinking of Redang, or Perhentian, or maybe Tioman. Semuanya pulau-pulau je dulu, nak pergi USS or Disneyland (or, Legoland), kena tunggu anak dah besar sikit baru seronok ye tak? Kalau tak mak ayah je yang syok sendiri, anak tak faham apa-apa. Tak bestlah. Dah jadi parents ni, keseronokan anak-anak adalah keutamaan kami ehehe. So for now, we opt for pusat peranginan saja, mungkin lepas ni pergi local dulu kot, dah sarat bawa perut macam tak kuasa pula nak pergi jauh-jauh. Just so anak merasa lain sikit dari suasana sehari-hari, Ammar Yusuf tu mandi swimming pool je pun dah teruja habis, jumpa air laut lagilah, punyalah excited! Langsung tak takut air budak ni. Plus kita pun boleh tenangkan fikiran, focus on what matters most in our life. Our family.

Oh selingan, kat sana Ammar Yusuf dah belajar vocab baru!

Car (setiap kali kat jalan raya semangat dia tunjuk kereta-kereta kat luar)
Armpit (sambil tunjuk ketiak HAHA)
Susu (he says shu-shu)
Lampu (before this dah pandai sebut Kipas, as Kipah :/)
Jatuh (bila nampak ada benda jatuh)

Dan paling best, dia dah panggil "Mummy". Finallyyyyyy!! Setelah sekian lama.... T__T Everytime dia sebut Mummy, dia akan datang dan pegang kat dada aku. Sebab setiap hari aku ajar dia, "This is Mummy" aku akan letak tangan kat dada aku, "And this is Ammar Yusuf", tangan letak kat dada dia pula. He really listens, and learning so fast! Oh Allah, hearing his cute little voice saying it, I feel like the world is already mine. Bahagia sangat :')



Til the next entry, kita cerita pasal Phuket pula okay? Assalamualaikum.










Friday, November 9, 2012

This Weekend!

Duit dah tukar.
Barang-barang dah almost ready. Tapi belum mula packing pun :/
Stroller baru dah beli, oh it's actually a buggy, not exactly a stroller.
Bikini je belum LOL.

I joked with Hubby, "Nak beli bikini lah. Alang-alang pergi tempat asing ni, nak la merasa berjemur kat pantai. Boleh 'tanned' kan kulit."

"Yelah, pastu Abang ni bukan takat 'tanned' je, tapi terbakar hangus kat api neraka," obviously he took it too seriously :/



This is gonna be our first travel with our 15-month-old baby. And I'm pregnant some more. Agak mendebarkan juga, takut ada yang tertinggal, takut ada masalah nak naik aircraft, takut ada benda yang kita ingat boleh bawa tapi sebenarnya tak boleh, lepas tu asyik fikir boleh ke anak duduk diam-diam dalam plane, kat sana anak nak makan apa... Things are totally different, when you have a baby! Barang dia je rasanya dah penuh satu luggage. Have been Googling a lot, reading some very helpful blogs, asked for opinion from experienced mother. It helps a lot in my preparation, bagus betul internet di hujung jari ni :D


Some helpful tips I jotted down after doing some readings and asking. Hopefully everything's gonna be okay and things will run smoothly.


PHUKET, HERE WE COME!!







Wednesday, November 7, 2012

Kenapa Aku Bekerja?

Tak lama dulu, seorang reader pernah bagi aku satu link blog seseorang ni. Berdasarkan jumlah followers dia, nampak macam famous blogger la, entah, yang pasti bagi aku jumlah followers tidak menjamin kualiti blog seseorang pun. Tak apalah, itu tak penting. Cuma yang tak berapa best, blogger itu, yang difahamkan merupakan seorang suri rumah, tidak sudah-sudah menghentam wanita yang bekerja, juga suami yang membiarkan isteri bekerja. Oh Tuhan. Bencinya aku dengan orang jenis macam ini.

Aku, tak pernah langsung memandang hina seorang suri rumah. Malah aku sangat mengkagumi seorang isteri yang sanggup berhenti kerja, atas apa sebab pun, dan duduk rumah jaga anak jaga suami. Sebab aku tahu, semua keputusan yang diambil oleh setiap orang, mesti ada sebabnya.

Isteri bekerja, ada sebabnya.
Isteri jadi suri rumah, ada sebabnya.

Dan walaubagaimana berbeza pun sebab masing-masing, semuanya pun mestilah dibuat demi kebaikan. For a greater good. Aku bukanlah bersuara seolah-olah mewakili wanita bekerja di sini, tapi aku sendiri ada sebab, yang memerlukan aku untuk terus bekerja, at least buat masa ini.

Sebelum kahwin, aku memang dah beli kereta. Dan aku memang dah dibebani hutang belajar. Itu aku tidaklah menyalahkan sesiapa, salah diri sendiri juga kerana terlalu tidak ambil tahu berita semasa sedangkan keputusan Semester 1 Diploma sangat melayakkan aku menerima biasiswa JPA. Tapi sebab tak tahu boleh tukar dari PTPTN ke JPA, maka tak apply. Salah sendiri. Bila dah bekerja pula, aku jenis mewah berbelanja, bukan untuk barang sendiri sahaja, untuk keluarga, adik-adik, anak-anak buah. In fact sampai sekarang pun aku memang ada peruntukan khas untuk Mama Baba setiap bulan. Aku bahagia berbuat demikian, it makes me happy, dan terasa gaji aku lebih berkat.

Maka, aku tahu jenis aku macam mana. Aku perlu bekerja.
Tidak adil untuk senang-senang berhenti kerja, dan mengharapkan Suami sambung bayar kereta.
Tidak adil untuk senang-senang berhenti kerja, dan mengharapkan Suami sambung bayar hutang belajar.
Tidak adil untuk senang-senang berhenti kerja, dan mengharapkan Suami untuk memenuhi kehendak aku yang boleh tahan juga (untuk penjagaan diri je dah annoying belanjanya, kulit sensitif kan), dan adilkah untuk aku meminta Suami untuk menghulur belanja pada kedua orang tuaku dengan amount yang sama aku berikan setiap bulan?

Sebenarnya, Mama pun tak menggalakkan aku berhenti kerja. One day when I was too frustrated with my work and talked to my mother about quitting, she totally disagreed. Walaupun masa tu Suami dah nampak macam membenarkan, just to make me happy and released my stress. Mama ada hujah dia sendiri. Padahal Mama bukanlah jenis minta duit anak pun. In fact walaupun tiap-tiap bulan dihulur belanja pun, Mama masih lagi tanya, "Kau ni cukup ke duit nak belanja ni?". Mama berulang kali cakap untuk kebaikan masa depan kita, kita kena ada pendapatan sendiri, atau paling tidak mesti ada simpanan sendiri (i.e KWSP, takaful, etc). Kita tak tahu apa akan terjadi di masa depan, nauzubillah jika terjadi apa-apa kepada Suami, sekurang-kurangnya aku masih ada sedikit sebanyak sumber kewangan untuk bangkit, untuk membesarkan dan membiayai pendidikan anak-anak, menyelesaikan hutang piutang tanpa meminta-minta dari orang lain. Kita tak harap itu berlaku, nauzubillah, but we never know.

Ini akulah, lain orang lain ceritanya. Ini aku cakap pasal aku, jangan nak cuba pertikaikan, kerana ini adalah hidup aku, aku tahu apa yang aku buat dan aku buat tanpa menyusahkan sesiapa.

Aku hanya akan dan pasti berhenti kerja, jika itu yang diminta oleh Suami. Manalah tahu satu hari nanti Suami tiba-tiba cakap, "B takyahlah kerja lagi, kereta B abang bayarkan, hutang belajar B abang settle terus, and tiap-tiap bulan Abang akan bagi 5 ribu untuk B belanja". Haaaa esok juga aku tender resignation letter ;)

Aku tahu, point utama yang biasa digunakan oleh seorang suri rumah untuk condemn isteri/ibu yang bekerja, adalah kebajikan anak. Jujurnya, aku tak ada apa-apa untuk membela diri dari segi itu. Admit defeat. Aku akui, memang sedikit sebanyak aku cemburu dengan ibu yang dapat spend masa dengan anak 24 jam. Aku belum boleh untuk buat macam itu. Buat masa ini aku hanya mampu berusaha sedaya mungkin, setiap hari pulang dari kerja dengan bermacam-macam perancangan untuk anak, aku cuba manfaatkan sebaik-baiknya masa yang berkualiti dengan anak, dan hanya mampu berdoa agar anak aku membesar sebagai anak yang soleh dan baik budi pekertinya. Tapi macam mana aku cuba buat yang terbaik untuk anak, aku masih merasakan ibu yang tidak bekerja mesti boleh lakukan dengan lebih baik. Anak-anak yang dibesarkan oleh seorang suri rumah, sewajarnya lebih bijak, lebih bagus akhlaknya, kerana memperoleh kasih sayang, perhatian dan pendidikan sepenuh masa dari seorang ibu. Maka kepada suri rumah di luar sana, manfaatkanlah masa bersama anak sebanyak yang boleh. Ini aku tengok si blogger yang mengutuk ibu bekerja tu, amboi kerapnya update blog, sehari boleh publish 2-3 post. Banyaknya masa dihabiskan di depan laptop. Aku kalau weekend jadi surirumah jaga anak sorang-sorang sementara Suami ke kelas, punyalah tak cukup masa nak ber-online bagai, sekadar update Instagram dan Twitter jelah pun. Mana nak buat kerja rumah, mana nak layan anak menyanyi ABC 123, mana nak kejar dia sekeliling rumah, bawa keluar balkoni tengok bird, trees. Awak tu dah diberi kesempatan untuk bersama anak, gunakanlah sebaik-baiknya masa itu. Manfaatkan dengan melakukan perkara yang agak sukar untuk dilakukan oleh seorang ibu yang bekerja. Mungkin selepas selesai kerja-kerja rumah, boleh ajar anak ABC, tengahari boleh ajar anak alif-ba-ta, ajar kenali anggota badan, ajar anak manners, petang bawa anak bersiar-siar kenali dunia luar.. Tak ada gunanya nak berbangga jadi suri rumah dan menghina ibu bekerja konon mengabaikan anak, kalau awak juga melakukan perkara yang sama (mengabaikan anak) sedangkan awak lagilah, tidak bekerja.

Aku bekerja, bukanlah kerana Suami tidak mampu menanggung keluarga, bukan juga kerana Suami paksa bekerja supaya dia boleh tumpang duit aku, please. Sebenarnya kalau diikutkan, Suami dah sediakan keperluan yang mencukupi untuk kami anak beranak. Belanja rumah, insurans pendidikan dan medical anak-anak, perbelanjaan makan aku setiap hari (untungnya kerja sepejabat hihi), dan dia sendiri masih belajar separuh masa. Tapi aku perlu selesaikan bebanan yang aku dah ada sebelum kahwin lagi (dan juga memenuhi keinginan dan nafsu seorang wanita :p). Kadang-kadang nafsu membeli aku bukan untuk diri sendiri semata, untuk anak lagilah. Mainan anak terutamanya, aku ni jenis tak suka bayangkan anak mengalir air liur tengok mainan orang lain. So sementara mampu, beli jelah apa yang boleh. Suami dah sediakan keperluan, biar aku cover keinginan. Haaa.. Well, aku dah buat calculation sendiri, inshaAllah lagi 6 tahun, settle hutang kereta, lagi 7 tahun hutang PTPTN pula akan selesai. Dan aku sekarang pun memang dah ada passive income untuk memanjakan diri. Masa tu mungkin aku akan tidak lagi bekerja, ataupun bekerja dari rumah sahaja. Aku tahu apa yang aku buat. Seperti orang lain aku juga ada perancangan aku sendiri, and as for now I just try to live my life to the fullest. And I hope you can do the same too, live your own life and tak perlu nak butthurt dengan life orang lain. Kita hormati cara hidup yang dipilih masing-masing, boleh?









Monday, November 5, 2012

Botak Ver.2

After constants hints by my father-in-law that Ammar Yusuf needs a hair cut, we finally surrender. Hehe. Ammar Yusuf ni rambut taklah lebat, tapi panjang dan berserabut! Lepas tu blonde tak boleh blah, that's rather obvious. Macam aku masa baby Mama cakap. Rambut nipis dan blonde -__- 


Mat Saleh, who speaks Kelantanese. Recent vocabulary: "Pah.. Kipah.." (sambil tunjuk kipas). Thanks to his Kelantanese babysitter T__T

His fringe panjang dah nak masuk mata, dengan dia yang jenis kuat berpeluhnya, maka sering timbul ruam di kepala dan dahi. Semenjak lahir, Ammar Yusuf is blessed with a very sensitive skin, macam omaknya. Toiletries dia semua mahal-mahal kot, tak boleh sekadar Johnson&Johnson's, Pureen bagai tu. Kena beli khas. Nanti untuk adik pun Mummy dah plan nak bagi pakai toiletries yang sama dari awal, prevention is better than cure. Lepas tu budak bertuah ni tak boleh pakai baju-baju yang beli online; GAP, Carter's, Guess Kids, ZARA segala yang jual online kan mostly fake, kain tak elok, kasar, panas, sekali pakai dah berbulu, nanti naik ruam dan gatal-gatal. That's why awal-awal je aku semangat beli online, then dah stop terus sampailah sekarang. Nak beli baju anak tak boleh dah sebarangan online asal cantik je, nak kena pegang kain dia, sentuh, usapkan kat pipi, biar kain betul-betul elok. Adoi. Untuk baju sendiri pun aku tak particular macam ni. Tapi taklah kena beli dari butik aje, bengkok tulang belakang mak apak kau. Beli Jusco/Metrojaya/Parkson pun boleh, asalkan bukan baju konon branded tapi fake. Dengan orang yang fake pun lagilah tak boleh. Eh.

Okay sambung.

Before this rambut dia yang bahagian belakang, aku dah guntingkan sikit hari tu, nampak slightly better la takde dah those funny tails. Aku takdehal pun anak lelaki rambut panjang, barulah K-Pop tehehe tampar kang. Tapi dilarang keras Suami, "Please jangan nak rempitkan anak Abang okay??" Fine. Tapi bahagian fringe dan sideburn, mak tak beranilah nak gunting, satu hal pula kalau tercucuk mata atau terpotong telinga :/

Kali pertama botakkan kepala Ammar Yusuf adalah masa dia umur 5 bulan dulu, kami minta Ustazah di kawasan kejiranan Subang tu cukurkan. It. Was. A. Complete. Disaster T___________T

Mana taknya! Masa tu dahlah baru lepas azan Asar, budak tu tengah tidur baru like 15 minutes, kami dah angkat dan bawa ke rumah Ustazah tu. Kita yang dewasa pun kalau bangun lepas Asar kan akan moody sekejap, apatah lagi baby. Mengamuk dari mula cukur sampai ke sudah, end up rambut tobek sana sini dan aku pula yang kena habiskan cukur kat rumah. Suami tak berani, lembik sangat kulit kepala katanya. Macamlah aku berani sangat, tapi dah takde choice takkan nak biar rambut anak compang camping ye tak?


Ammar Yusuf, 5 months old. Mengamuk.


Mengamuk.


Nampak macam sedang tidur dalam kesedihan, tapi sebenarnya tengah tersedu sedan menangis.

So now, lesson learnt. Nak cukur rambut anak, mood anak kena okay, kena pastikan dia dah tidur secukupnya, dan kenyang.

Tapi siapa nak buat?

Pilihan yang ada: 
Pertama, bawa pergi salon tempat Daddy biasa potong rambut. Daddy tak setuju, saying that it is too fancy, and costly for someone with... not so much hair :/

Kedua, bawa pergi mamak je nak murah sangat kan? Mother-in-law tak setuju, mamak tak baca Bismillah, and tangan tu entah bersih entah tidak nak pegang-pegang kepala cucu dia. Something we never thought of.

Final choice: "Ala biar Abang buat jelah, senang je rasanya," my husband, seemed to forget about last 8 months disaster :/

We did it last Saturday, expecting for the worst. That he might throw a massive tantrum, menangis mengamuk, dengan tambahan dia yang makin lasak, mesti akan lebih susah berbanding masa dia 5 bulan dulu. Turns out, surprisingly, it was exactly the opposite!


Dia seronok betul HAHA! Like seriously, tak tahu apa yang dia suka sangat, the moment Daddy shave his hair, dia tiba-tiba ketawa. Hehe legaaaa Mummy. It was so easy, and fast. Kejap je siap. Congratulations Daddy, dah boleh buka kedai gunting rambut nampaknya :D


Sebelum mandi. Tersengih-sengih tengok cermin. Kelakar je masa ni, nak tergelak aku.

Dah mandi! Hehe macam shaolin saje, dengan baju oren lagi. Selesa tengok dia botak, takde tergaru-garu dah. Sebelum ni habit dia kalau nak tidur, akan usap-usap rambut sendiri. Sekarang dah takde rambut nak tidur je mesti cari rambut Mummy. Hehe.

Anak bertuah Mummy dah botak! Hehe. Lagi geram tengok dia, muka makin penuh je nampak. Haaii macam ni rasa nak selalu botakkan jelah! Dah ada tukang gunting rambut kat rumah kan?

Til' the next entry, assalamualaikum!