expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 19, 2012

Ammar Yusuf Peniru


Ammar Yusuf sekarang, makin banyak celoteh dia. Setiap yang kita cakap, I mean, SETIAP YANG KITA CAKAP, dia akan ikut. Kadang-kadang geram je rasa. Kita berleter kat dia, dia pun sama berleter kat kita. Macam kita cakap dalam gua pula, ada gema. Gema yang versi pelat dan halus bunyinya.

Contohnya lepas mandi nak ajak dia masuk dalam, kita cakap, "Alright, jom"
Dia pun, "Oyait, jom"

Daddy cakap, sebab terlampau suka makan kismis agaknya. Budak bertuah ni makan kismis macam makan nasi! 

Bila budak dah mula bercakap, sepatutnya segalanya jadi lebih mudahlah. Bila tengah makan, dia sendiri akan minta air sambil tunjuk botol air, so kita tahu bila dia nak minum. Bila lapar, dia akan sebut nak susu, ataupun nak roti, atau nasi. Cuma pelat sikitlah, biasalah masih baby-baby lagi kan. Eheh baby ke?

Tapi, anak yang terlalu cepat bercakap pun, ada cabarannya juga. Sebab dia memang akan tiru 100% apa yang dia selalu dengar ataupun nampak kan.

Hmm... Kena buat sesuatu ni. 

Sebab, dua tiga hari ni...

Ammar Yusuf dah mula panggil Daddy dia, "Abang! Abang!"

Mummy je yang boleh panggil Abang lahh! 



T____________T







17 comments:

  1. Soo cute!...mmg akak gelak baca entry ni...yup makan kismis mcm mkn nasi kut penyebab jd mcm ni, haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geraaaammmm je rasa kadang-kadang tu, dia punya potpetpotpet kalah Mummy Daddy dia. Ada je dia nak tegur, nak cakap. Memang Kak, dia ni sukaaa sangat kismis. Pantang nampak, dia akan tunjuk cakap "Nak nak.. mis mis". Bila dah start makan, susah pula nak berhenti adoi. So stok kismis kena sentiasa ada la kat rumah tu.

      Delete
  2. hahahahha sama macam amani...kuat betul tiru apa org cakap.

    selalu suami akan amik amani balik dr keje.samapi rumah bgsalam "asakum ayang!" "yang mamam!"

    jd skg suami terpaksa tukar panggilan ayang ke mama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHAHA baru je kita cakap dengan husband kita pagi tadi,

      "Nasib baik B tak panggil Abang 'Sayang' or 'Ayang' ke kan? Kalau tak, lagi kelakar bila dia ikut.."

      Betul! Sekarang terpaksa Hubby panggil kita Mummy, kita panggil dia Daddy. Tak romantiknya T_T

      Delete
  3. "Abang?" ahahahahha....tiru mummy. comel je siap tiru mummy panggil daddy abang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah! Seronok la Daddy dia tu, kalau keluar bawa anak orang ingat belum kahwin lagi, sebab anak panggil Abang >_<

      Delete
  4. so cute ammar yusuf. semalam review blog kak una dari tahun 2009. hewhew you are so adorable :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thank you! Ala segannya, dulu entri entah apa-apa, malu je nak baca balik :'(

      Delete
  5. alahai..comey nyer..tp dh susut sket eh badan dia..nmpak pp dia dh tak chubby..tp tetap chomey..wink..!! wink..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan susut sikit Kak, memang susut banyak! Almost underweight dia ni. Makan pun dah main-main sekarang, asyik nak berjalaaaaan je bila nak gemoknya.

      Delete
    2. Ammar tuh tgh syiok dpt kaki..tuh yg x kesah sgt pasal makan kan..

      Delete
  6. haha..somell!!..yup mcm u pnah ckp dulu otak baby ni mcm sponge!! serap2..
    ameer dok panggil i ty..lg geram..sbb dok dgr adik beradik panggil etty!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHAHA this is the funniest one!! Tergelak kuat kat office ni baca komen Etty HAHA! Nasib baik anak tak (or maybe belum lagi) panggil kita Kak Una haha! Adoi kelakar betul la Ameer ni :'D

      Delete
  7. seronok kalau anak cepat cakap...anak 1st kak ina dulu huaaaaaaaa menjerit aje...sampai umur 7 thn baru leh cakap betul...tapi sekarang ni ya ampun kalau bercakap macam nak berceramah pun ye jugak..he he...

    ReplyDelete
  8. Hahaa comel sangat Ammar Yusuf ni..seronok lah daddy dia, anak panggil dia abang..^_^

    ReplyDelete
  9. omg ammar yusuf sooo cuteeeee. just bw here and nvr tot yg akak ni dah kawen, egt mudaa n sngle lagi , hehe :)

    ReplyDelete
  10. salam kak husna..suka sgt baca tntang life akak.. ammar yusuf sgt comel, seriously, mcm mama dia jgak.hehe, kak husna mmg vougle lah. btw, feel free to follow my blog, im still new here, diarimrsmcbride.blogspot.com

    ReplyDelete