expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 10, 2012

Our First Outing With A Walking Baby

Date: 9th December 2012
Location: IKEA and The Curve
One word to describe: Exhausting! HAHA..

But it was extremely fun I tell you. For him at least ;) Seeing having a real good time.... makes me feel like nothing else in the world matters :')



SAYA DAH BESAR, NAK JALAN SENDIRI. DILARANG PEGANG TANGAN SAYA.


Terjerit-jerit dia, "Dog! Dog!" Mesti amazed sebab 'dog' ni diam je tak lari bila dia pegang. Jangan next time dia nampak anjing betul-betul dia pergi kejar nak pegang sudah :/

Sambil jalan sambil potpetpotpet mengomel itu ini. Komplen agaknya "Kenapa bilik Ammar Yusuf kat rumah tak macam ni pun??" Amboi.


Kalau nak jalan sendiri tapi ikut haluan kita tak apa juga, ni ikut suka diaaaaa je nak pergi mana. Bila kita byebye dia konon nak bagi dia takut kita tinggalkan, tak ada maknanya. Dia siap byebye sekali T__T 


INGAT DADDY TAK ADA KERJA LAIN KE NAK KENA IKUT JE BONTOT AWAK PERGI SANA SINI?? Haaa kan dah kena tangkap.


Nak bergambar dengan dia pun tak boleh duduk diam. Banyak-banyak Daddy snap, satu ni je yang tak kabur T_T

Masuk playground ni, Mummy kena ikut sekali sebab rasanya dia yang paling kecil kat sini. Bimbang ditolak jatuh je. Budak-budak lain main lasak kat sini, lari sana lari sini.


Tapi budak kemetot sorang ni apa kisah. Lagi dia seronok ada.


Best agaknya ramai kawan-kawan baya dia. Daddy kata, "Tak apalah, nanti adik lahir boleh main dengan adik ye. Tak ada la sunyi lagi kat rumah." Alah ingatkan nak cakap, "Tak apa lah, nanti Ammar Yusuf akan ada ramai adik ye jangan risau.." Kehkeh.


Walk with style, baybeh.


Daddy, being an over-protective Daddy, asyiklah risau bila nampak budak lain dekat dengan anak dia, takut kena tolaklah apalah. Mummy chill je, setakat terlanggar sikit-sikit tu tak apalah, biasalah budak-budak main. Tak boboy la kalau tak bergasak sikit. Tapi kalau melampau sangat macam ada sorang Chinese boy tu, around 3-4 years old, asal Ammar Yusuf nak turun gelongsor je mesti dia ada kat belakang tak sabar-sabar suruh turun, Mummy terus jadi Mummy Monster lah. "You don't push, wait here!" Haaa... Geram aku. Balik-balik kau je yang sibuk nak tolak anak aku.


Penat main, dia pandai datang kat kita minta dukung. Minta shushu.
Good boy.


Cas bateri dulu, 'isi minyak'. Masa minum susu ni mata macam dah kuyu, OK dah seronok dah Mummy ingatkan dia nak tidur bolehlah Mummy sambung shopping pula tehehehehe....
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak ada maknanya!!

Habis minum susu je terus bangun jalan laju masuk kedai depan ni ADOI! Nasib baik ada Daddy jadi bodyguard, nak harapkan Mummy memang tak larat la..

I said to my husband, "Nanti anak dah jalan Abang kena kejar dia tau. B nak relax sikit.." 

"Abang sorang je ke kena kejar dia??"

"Mestilah. I already give birth to him. Sakit tau beranak ni.. Tugas Abang pula bersusah payah kejar dia"

HAHA. 



Here's a video of him at the playground. Tengok budak baju pink belang-belang tu, suka betul ajak main dengan Ammar Yusuf kelakar je..

Bestlah. Since dia dah confident nak berjalan dan dah kenal banyak binatang ni, kami ada plan nak bawa pergi zoo, tak pun Aquaria ke.. Anak dah faham ni barulah best nak bawa ke tempat-tempat macam tu, kalau tak kita je yang seronok, dia blur je tak tahu apa-apa ye tak? Budak bertuah ni suka tengok ikan, terjerit-jerit "Fish! Fish!" Hehe.. Seronok kan tengok perkembangan anak ni? Ammar Yusuf jadi good boy tau, semoga terus membesar dengan bijak inshaAllah..










6 comments:

  1. hehe..comeeyyy...ameer pung sejak bulih jalan ni..sokmo tokseh dok dukung or dok dlm stroller..jenuh kejar..hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh..suke dia dapat jalan sdiri yer..hihi... yg penting..walk with style tu... comel =)

    ReplyDelete
  3. Wah, Ammar Yusuf jalan sangat chumel!~ geram jek tgk..duk pusing2 playground jek, bkn naik slide sgt pon.ehe. Lgk excited tgk Ammar Yusuf membesar since da ada anak sndrik ni, (he's only 45days.hee) Anyway, 1st time komen kt blog Una ni,setelah sekian lama menjadi silent reader jek.ahaks. So, keep updating kay!~

    ReplyDelete
  4. Comelnya....geram sangat tengok. Betullah..gegirl baju pink tu asyik usha Ammar Yusuf je..jeng jeng jeng..*you know what I mean* hahahaha..

    Bila tengok gelagat Ammar Yusuf tu tak sabar rasa tunggu baby dalam perut ni keluar hihihi..

    ReplyDelete
  5. toddlers mmg excited once dah gagah menapak. seronok sgt melayan keletah diorang but tiring at da same time. sebagai parent and specifically...ibu, itu lah saat yg paling menggembirakan. to see them happy will create da biggest smile on our face too. hilang semua penat n renyah. but then bila semua dah lena, kita duk terkebil sorang2 atas katil sengal sana sini. it's not easy being a mother especially a great one but I will definitely enjoy every second of it coz tak semestinya apa yg kita lalui with our first child akan kita lalui with our second one. pada I setiap satu nya sgt2 berharga and layak disimpan serapi yg mungkin. stay happy together ye Husna. nice blog you have here. ^__^

    ReplyDelete
  6. Afif fav spot mmg playground kat curve..tp serius risau sgt sbb byk budak besar,byk kali afif kene langgar,terpijak tgn la apela..tp budak ni xreti sakit.gelak lg ader..adoi kite yg risau sbb die jalan pnx stabil lg,hehehe

    ReplyDelete