expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 29, 2012

Otak Bayi Yang Macam Sponge

Otak bayi/anak kecil ni, macam sponge tahu. Sponge bersih yang baru tu, kan sangat mudah menyerap kan? Macam itulah. Aku selalu anggap anak kecil akan sentiasa mendengar dan memerhati segala yang berlaku di persekitaran, maka akan selagi boleh menjaga segala percakapan dan perbuatan. Kadangkala terlepas juga, maklumlah ibu muda (alasan) dah terbiasa perangai dari remaja terbawa-bawa pula. Apa lagilah kalau tengok bola, atau tengok drama yang menyakitkan hati. Boleh sahaja terlepas perkataan yang tak sepatutnya.

Otak bayi/anak kecil macam sponge. Benda itu yang aku selalu terapkan dalam hati. Maka setiap saat yang aku habiskan bersama anak, selagi boleh aku cuba manfaatkan dengan 'pelajaran' yang berguna. Sebab kita ibu bekerja ni, masa bersama boleh dikatakan terhad, kita tak dapat nak kawal sepenuhnya apa yang anak kita pelajari di siang hari kan, maka hanya malam hari sahaja masa yang ada. Tapi bila mengandung ni, cepat penat, Suamilah yang terpaksa layan anak. Kadangkala bila tak larat sangat nak tidur, aku masuk bilik dulu. Biar dia main dengan Daddy taknaklah paksa-paksa dia tidur sekali. Kesian dahlah malam baru jumpa kita, baru nak main-main dengan kita, kita nak paksa-paksa dia tidur pula. Lagipun dia bukan tahan sangat mata pun, paling lewat pukul 11 dia akan tertidur juga. Tapi sejak berjalan ni, dia dah pandai tau. Lately bila aku dah tertidur, tahu-tahu terasa ada tangan kecil tepuk-tepuk badan kita. Buka mata, elok dia berdiri tepi katil, gerak kita bangun suruh ambil dia bawa naik katil ololo. Senang, cium-cium sikit, tepuk-tepuk, usap-usap rambut, tertidurlah dia.

Okay sambung tentang otak bayi yang macam sponge tadi, termelalut pula.

Semenjak dia bayi lagi, aku dah bercakap dengan dia bahasa yang betul. Macam cakap dengan budak besar. Aku dah tunjuk dia itu ini padahal dia bukan faham apa, siap menguap takpun korek-korek muka kita lagi. Setiap yang aku buat, aku sebut dengan jelas (kadangkala dalam bentuk nyanyian lepas tu annoying Daddy ketawa-ketawa cakap "Apa entah lagu-lagu Mummy ni, tak rock langsung." -__-)

Contohnya, bila nak tukar pampers, aku baringkan dia sambil menyanyi "Tukar pampers dulu, tukar pampers dulu" ada la irama dia pandai-pandailah engkau orang lagukan. Nak keluar bilik switch off kipas, aku sebut "Keluar bilik switch off kipas dulu...", means, setiap yang aku buat dengan dia, aku sebut. Supaya dia tahu apa yang berlaku, supaya dia belajar sebab dan akibat. Tekan benda ini, lampu akan tertutup, rumah gelap. Begitulah lebih kurang. Mudah-mudahan dia faham.

Kesan 'ajaran' kita pada anak ini, bukanlah serta merta. Kadangkala benda tu aku dah sebut dari dia bayi lagi, sekarang baru dia faham dan sebut semula. Cuma janganlah bosan mengajar. Selalu je bila ada masa, aku bawa dia duduk di sebelah pegang foam book ABC tu, buka satu demi satu muka ajar A, B, C dan seterusnya. Kalau mood baik, bolehlah sampai J, kadangkala sampai C dah bosan dan mula pusing-pusing bukulah, gigitlah, ketuk-ketuk sofa lah. Ammar Yusuf ni aku perhatikan tak berapa minat sangat kalau ajar tengok huruf-huruf ini, dia cepat bosan dan tak berapa masuk sangat. Dia lebih suka belajar something yang lebih, praktikal. He's a baby, what do you expect? -__- Bila nampak bosan tu, aku berhenti jelah. Main-main pula. Geletek-geletek, kejar-kejar.. Esok lusa sambunglah lagi. Bukan nak suruh pandai dalam masa sehari pun. Kadangkala bila baring berdua, aku angkat tangan ke udara, kembangkan jari, dan tutup satu persatu jari sambil sebut "one... two.. three..". Kalau mood baik, dia akan sama-sama kembangkan jari dan sebut, sampai "ten" je kami sama-sama tepuk tangan. Kalau mood dia lebih kepada nak main-main, dia akan tarik tangan kita masuk mulut dia lah, pusing badan dia dan panjat kitalah.. Bila nampak dia tak berminat tu, berhenti jelah, layan dia main-main guling-guling. Lain kali main kira-kira lagi.

Motif entri ini, bukanlah nak kata aku paling pandai ajar anak atau anak aku yang paling cepat belajar, cuma nak tekankan, otak bayi ini memang macam sponge, mudah sangat menyerap segala benda yang dia dengar dan nampak. Memang sayang kalau tak gunakan kelebihan itu semenjak awal. It's never too early to teach your children valuable lessons. Dulu, rasa macam ridiculous je nak cakap dengan bayi yang tak faham apa-apa tu, kita tertanya-tanya juga, "Budak ni boleh faham ke apa aku cakap ni?", ataupun "Beria aku potpetpotpet ni, dia dengar ke tidak?".. Kalau kau pun jenis macam ini, teruskan saja apa yang kau biasa buat tu, sebab bila satu hari anak kau sebut exactly benda yang kau selalu ulang-ulang sebut tu, ya Allah, nikmatnyaaa... Allah sahaja yang tahu. Buat kita rasa, apa yang kita buat selama ini, langsung tak sia-sia. Buat kita rasa... "Oh never know that I can be a good mother too...!" Kan? ;)

Setiap petang, selepas ambil Ammar Yusuf di rumah Kak Ha, dalam perjalanan balik ke rumah kadangkala aku dudukkan dia di atas riba sahaja instead of his baby seat. Bukan apa, rinduuuu, tak sabar nak peluk. Maka sepanjang perjalanan balik itu, semua yang kita nampak, kita tunjukkan dan sebut pada dia. Selalu yang dia ulang-ulang tunjuk dan sebut, memang "car" la. Motor pun dia kata car, bas pun dia kata car, lori pun dia kata car. Pendek kata semua benda yang bergerak dia ingat car. Maka berulang kali jugalah aku betulkan, "That's not car, that's a motorcycle", yang besar-besar tu semua bukan car, it's a bus, it's a lorry. Tapi esok lusa pun, dia sebut "car" juga. Tak apalah. Take your time.

Pagi tadi, dukung masuk rumah Kak Ha, seperti biasa ada lori Abang Zaki (suami Kak Ha) parking depan rumah dia. Tiba-tiba Ammar Yusuf tunjuk, dan sebut..  "Loyiii.."

Allah.... :')





15 comments:

  1. tahniah kak :) entry ni jadi rujukan saya :)) thx..

    ReplyDelete
  2. agree... i kalau dengar kazen i ckp ngan anak diaorang ckp pelat mcm "nak akan x?" means nk makan tak... mmg la kene tegor.. xpayah la ckp pelat... nanti anak pelat kita gak tensen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dengan anak buah, kita cakap juga pelat-pelat sebab macam comel kan hehe. Bila dah ada anak sendiri, macam entah apa-apa pula rasa cakap pelat-pelat ni kan? Nanti anak lambat belajar..

      Delete
  3. Setuju...that's what i've been practising. Kdg2 anak pronounce pelat sy akn tetap ckp dgn dia using the right pronounciation. I notice that he understood, cuma dia tak boleh nak pronounce betul2. Ada msnya sy perhatikan bila words tu dia x biasa, dia baru nk blaja sebut, dia tengok mulut kita ms kita sebut and try to mimic.
    Sy pun selalu ckp dgn dia what he should do, what he shouldnt, what is good and what is not. Mungkin dia nmpk.mcm x fhm, blur...tp i believe benda tu akan terkesan dlm diri dia.
    Yup, mothers should never give up on their children. Usaha yg berterusqn plus doa ibu yg berpanjangan, insyaAllah membuahkan hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe comel je dia tengok mulut kita and try to mimic ;)

      Bagus bagus dari sekarang kena train dia faham the do's and the don't's, kesannya bukan nampak serta-merta tapi bila dia dah selalu dengar inshaAllah sikit-sikit akan meresap dalam diri dia kan?

      Delete
  4. love & setuju sangat dengan apa yang husna tulis. tersebak saya sebab saya berjauh dengan anak. i've been practising this since she's a 3 months baby..tapi itu la.. :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Long distance mother ke ni? Sebab belajar ke bekerja? Sabarlah ye, you're very strong indeed. Kalau saya tak tahulah macam mana berjauhan dengan anak ni. Doa banyak-banyak supaya dipermudahkan segalanya dan lepas ni tak lagi berjauhan dengan anak.. :(

      Delete
  5. napa nor yang rasa terharu ni??? arrgghh
    i'm really excited every time u story about ammar's development
    :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tehehe thanks Nor. Haa bila nak kahwin ni? *soalan cepu mas* :p

      Delete
  6. Spot on Husna! Like you, I pun biasakan bebelan non stop kat rumah. yelah duduk berdua aje. 24 jam dgn dia. Each and every thing that I do, I will explain to him hehe. Kadang dia layan, kadang cakap sorang2 aje... pot pet pot pet...Betul, they won't immediately ikut. But percayalah they absorb everything! It's only a matter of time before they imitate us, or learn to identify/say things on their own =) Semoga anak2 kita membesar menjadi bijak dan soleh, amin!

    ReplyDelete
  7. Hehehe bestlah SAHM! Siang malam boleh bercakap dengan anak. Mesti bila sesekali berjauhan ZA akan rindu suara Mommy dia. Yes very true, it's only the matter of time kan, just keep on doing what is right to do, don't wait!

    Amiinn.. InshaAllah. Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang bijak, taat dan soleh ;)

    ReplyDelete
  8. Hello Husna, I've been a silent reader. Tiba-tiba rasa nak comment today. Hee.
    So true, I speak to my daughter all the time. It's amazing how toddlers can absorb and imitate everything we say or do.
    It also helps me to be more aware of what I say and do in front of her, don't want her to be following a bad example. :)

    Hope your pregnancy's going well. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Melissa! Have been a silent reader for your blog too! Hehe.

      Amazing kan? Rasa macam kecil je lagi, dah ikut-ikut kita cakap. Kadang-kadang risau juga bila terlepas cakap, takut je kalau dia dengar and terikut T_T

      Thank you! =)

      Delete
  9. I learnt from eldest sister sbb tgk anak2nya petah cakap penuh fakta. Rahsianya mcm apa husna buat, cakap, cakap dan bercakap. Tak kisahla dia faham ke tak kan..asalkan kita tak jemu ajar dia dan kita pun sama sama faham belajar drpd dia.

    Hasil drpd m sister selalu berckp dgn anak anaknya, alhamdulillah tgk anak2 dia mmg byk reasoning. Cth bila my sister baru bersalin..kan kita tak solat kan. So i asked her daughter umur 5 tahun kenapa mamanya tak solat. Dia boleh jawab yang mamanya dalam nifas. Nnt sebelum hari ke 60, inshaAllah da suci, da boleh solat. Oh my..masa tu rasa kena penampar kat muka sebab dia baru 5 tahun kut..dan apa i tanya mcm berat je utk dia jawAb, tapi dia sgt mampu jawab. Anak anak kecil bukan saja span, tapi observer.

    Dan ada few times, i said 'Alah kete depan ni siut la. Slowwwww sangat', dia akan jwb..siut tu tak baik kan?? Helooo..sgt span dan pasang telinga okeiii!

    Makanya ms baby dalam hari, i dah sibuk pot pet pot pet berckp dgn my baby. Explaining every single thing sampaikan my mom pun senyum tgk. Ye la, baby kecik sgt lagi. Tp maknya asek cakap je . Hihi. Yes..thats e only way supaya inshaAllah anak kita juga belajar. Mula drpd awal. Bukak tutup lampu, kipas, aircon..semua pun ckp..

    Keep on writing good entry mcm ni Husna sbb Malaysian need this..iinstead of cursing sana sini ;)

    ReplyDelete