Tuesday, July 31, 2012

Rumah Sewa dan Outstation

Pagi tadi, pengasuh Ammar Yusuf, Kak Ha sebak-sebak bagitahu, dia sekeluarga kena berpindah. Sebab tuan rumah nak duduk rumah yang mereka duduki sekarang. Runsing, dia tak nak pindah jauh-jauh. Sebab dah pertengahan tahun, takkan nak tukar sekolah anak-anak. Dan yang paling buat aku tersentuh, bila dia peluk Ammar Yusuf, dan cakap,

"Lagipun, Yusuf macam mana nanti.. Siapa nak jaga dia... Kak Ha sayang kat dia ni.." 

Kesian sangat. Dahlah bulan puasa. Untuk sementara mereka sekeluarga akan tumpang rumah bujang kat tingkat bawah blok depan. Tapi sampai bila nak duduk situ? Nak raya nanti macam mana? Adoi susah hati aku. Kesian sangat, sedih aku hari ni. 

Kami suami isteri sedang berusaha membantu mana yang boleh. Kalau ada sesiapa yang tahu, atau ternampak iklan, atau ada rumah untuk disewa sekitar Puchong, boleh tolong inform aku tak? Kalau boleh yang sewanya di bawah RM500 la ye.

**********

Esok aku akan ke Bangkok, urusan kerja. Ammar Yusuf tinggal berdua dengan Suami. Macam mana entah tidur malam nanti. Stok susu memang tak banyak. Campur dengan susu formula lah nampaknya. Tak apalah, asalkan dia kenyang, malas aku nak stress pasal susu. Makanan dia, Kak Ha akan tolong masak. Dah hantar semua bahan mentah pun tadi. Paling sedih, birthday pertama anak, aku tak ada :'( Nanti Mummy balik kita celebrate belated ye sayang, maybe we can have a small-private party, just the three of us. Runsing hati, macam-macam aku fikir, macam-macam notes aku dah prepare untuk Suami. Pasal susu, makanan, pakaian, penjagaan kalau demam... Nasib baik Suami memang biasa je tidurkan anak, layan anak. Tak apalah, inshaAllah, Allah jaga.


Mummy's gonna miss you, Sayang. Ammar Yusuf please be a good boy k.. Tunggu Mummy balik tau.. *sobs*





Monday, July 23, 2012

Ramadhan Ketiga

Lahirnya anak bertuah, hanya lagi sejam nak masuk waktu berbuka. Daddy yang baru selesai menduduki peperiksaan akhir semester malah keluar dewan setengah jam lebih awal, hanya berjaya sampai hospital hampir pukul 8 malam - 4 jam mengharungi kesesakan lalu lintas, terus pergi ke tempat di mana bayi diletakkan beramai-ramai. Anak bertuah belum diazankan lagi. Sampai-sampai, ada dua bayi sahaja di situ. Seorang sedang menangis kuat, seorang lagi diam je terkebil-kebil tengok sekeliling. 

Daddy mula diserbu rasa bersalah, 'Anak Daddy menangis sebab Daddy lambat sampai ke..?' fikirnya, sebal.

Sekali ditegur nurse, "Encik, anak encik yang ini" dengan tangan ditunjuk pada baby yang diam goodboy mata sepet K-Pop.

Salah baby daaaa.. Nasib baik Daddy tak tergopoh gapah terus azankan anak orang lain hihi :P


Masa baru lahir tersangatlah K-Pop. Macam mana boleh mata bulat pula sekarang? ;)

Ikut bulan Islam, hari ini genaplah setahun Ammar Yusuf diamanahkan kepada kami. Selamat hari lahir Sayang. Jadi anak soleh ya.. Bak kata Daddy, anak yang boleh imamkan solat jenazah kami nanti, yang boleh membantu meringankan azab kubur kami dengan bacaan al-Quran.. 

Mummy sayang Ammar Yusuf. Terima kasih Allah, sudah setahun Kau pinjamkan kami amanah yang sangat berharga ini. Mohon sangat, agar tempoh ini dipanjangkan lagi. Hanya Kau yang Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang.










Saturday, July 14, 2012

Berjaya

Dalam hidup ini, ada dua cara yang sering dipilih manusia untuk naik ke atas.

Satu
Dengan usaha bersungguh-sungguh. Setiap yang dilakukannya, akan dilaksanakan dengan cemerlang. Usaha dan usaha. Dia naik pangkat, naik gaji, bina keluarga, dan berjaya, semua atas usaha, dan juga dengan izin Allah semestinya. Dan tanpa merosakkan silaturrahim dengan sesiapa pun.

Dua
Dengan menjatuhkan orang lain. Sesiapa yang dikhuatiri akan menghalang laluannya, akan dijatuhkan dengan apa cara sekalipun. Satu-satu kepala dipijak. Dan sampailah dia ke takhta. Takhta yang baginya dianggap satu kejayaan. Mesti kena menjatuhkan orang, takut sangat rezeki Allah itu tak cukup untuk dinikmati semua orang. Macamlah kalau orang itu jatuh, rezeki orang itu akan dapat padanya.


Tak apalah. Buatlah macam mana pun. Pilihlah mana-mana pun yang kau rasa akan buat kau 'berjaya'. At the end of the day, it actually doesn't matter anymore. At the end of the day, kita semua akan dibawa ke hadapan-Nya. Ketika itu, baru kita faham.. apa sebenarnya makna 'kejayaan'.








Thursday, July 12, 2012

A Mother's Hope

This morning, I have this conversation with Husband about our childhood memories. About how we grew up, how silly we have been (we always have this kinda conversation actually). Then, I came to realize one thing.

I was actually born smart. HEHE self-declared. No, like seriously, I mula bercakap sangat awal, I kenal huruf when I was 2, and at 4 years old, I dah boleh baca kitab masa ta'alim (a kind of usrah we have at our home, 10 minutes everyday and 2 hours at the weekends where people around will come over and join us) di tengah-tengah kelompok orang dewasa lain. Bottom line is, I grow up very fast. I am a fast learner. No, I was a fast learner, to be exact. It continues until I was in primary school. Darjah 1 sampai Darjah 3, aku dapat nombor 1 straight. Darjah 4, masuk kelas pandai, kenal dengan budak pandai (who has been one of my bestfriend until now), Siti Rahmah, aku dah tak dapat nombor 1. I got a second place instead. Always in top 3, or at least top 5.

But unfortunately, it just stopped there. Sampai darjah 6 saja. Bila masuk sekolah menengah, I was no longer a smart girl. At least, not the smartest in class, what more in school. I got only 4As for my SPM, and just so-so for the other subjects. Same goes to my time in the university. I was just an average student, graduated second class upper with CGPA of 3 something, and that's it. What happened to the brightest student at school? What happened to the girl who used to be a fast learner when she was a baby and a toddler? Kenapa kepintaran itu tidak berkekalan? Even worse (or I might have to say, even better), pelajar terbaik di universiti adalah pelajar yang sangat corot ketika di zaman persekolahan :/

Itulah, yang inshaAllah aku akan cuba terapkan dalam diri aku dan aplikasikan pada anak aku. Anak yang sangat bijak dan pintar ketika kecil, belum bermakna akan terus bijak dan pintar sampai dewasa. Anak yang lemah belajar, lambat, belum tentu akan kekal lemah dan lambat belajar sehingga dewasa. Berjaya hari ini, belum tentu terus berjaya selamanya, dan gagal hari ini belum tentu akan gagal selamanya. Jangan cepat berpuas hati, jangan cepat berputus asa.

Usaha.
Pemakanan.
Hubungan dengan ibu bapa.
Hubungan dengan Allah.

Mungkin semakin meningkat umur, semakin aku kurang empat perkara ini. Kurang usaha. Kurang menjaga pemakanan. Kurang menjaga hubungan dengan ibu bapa. Kurang menjaga hubungan dengan Allah.


Sebagai ibu, semestinya kita sentiasa akan berharap sesuatu untuk anak kita. Mana-mana ibu pun, seteruk mana pun anak dia, walaupun mulut kata dah tak harap apa pun pada si anak, hakikatnya jauh di sudut hati mesti ada secebis harapan yang disandarkan untuk anak itu. Untuk anak itu menjadi lebih baik. Untuk anak itu berubah. Untuk anak itu berjaya. That's what mothers are. 

Aku.. tipulah kalau aku kata harapan aku pada anak tidak setinggi gunung. Lebih tinggi dari gunung rasanya. But reality check, aku rasa, mungkin sudah lebih dari cukup, kalau Ammar Yusuf membesar sebagai anak yang sangat menjaga hubungan dengan kami ibu bapanya, dan sangat menjaga hubungan dengan Allah. 

Jadilah apa pun yang dia inginkan, selagi dua perkara itu terjaga, inshaAllah dia akan berjaya, dunia dan akhirat.


"Alamak, peningnya kepala fikir besar nanti nak jadi apa.."








Wednesday, July 11, 2012

Baby-led Weaning (BLW)

Assalamualaikum,

Actually dah lama juga Ammar Yusuf mula BLW ni. Masa awal-awal dia start solid foods, I dah train dia self-feeding with steamed carrots/potatoes. Bagi dia pegang dan biar dia hisap (masa tu tak ada gigi lagi hihi) tapi at that time, I tak tahu pula ada term khas untuk ini, which is Baby-led Weaning, until I baca blog Hani. So kalau nak tahu lebih mendalam tentang BLW, boleh Google atau baca je blog Hani, dia dah elaborate perfectly dah. Hee.. Thanks Hani! Now I learn a new term in mommyhood ;)



Ni masa dia 7 ke 8 bulan entah. BLW with steamed pear. Cut the pear into several slices (saiz agak-agak dia boleh pegang), steam, agak-agak dah suam bagi dia pegang. He loves it to bits! He loves all foods anyways -__-



Dulu hisap-hisap je sampai kering buah, sekarang dah ada gigi memang makan sampai habislah. This is his recent photos, BLW with slices of  steamed Washington Apple. Eceh Washington, cakap Red Apple je sudah. Adalah sangat penting untuk bersama anak anda ketika dia sedang BLW, for the fear of choking. Budak bertuah ni kadang-kadang bukan main besar dia gigit, and kulum dalam mulut sampai lembik. Risau tengok. 




And this time with papaya. Makan buah yang lembik-lembik ni, memang kena beralas beria lah sebab meleleh-leleh kan. Hee. Tapi I prefer buah-buahan yang memang dah sedia lembut macam betik, mangga, honeydew, pisang, etc. Sebab boleh bagi terus je tak perlu stim or rebus heh heh dasar pemalas mak awak ni. 


Bekalan buah-buahan untuk si juara sebagai snek/dessert selain makanan utama (bubur) dan biskut. Two slices of papaya, and honeydew. Ke honeymelon korang panggil?



Itu dia cerita BLW Ammar Yusuf. Nanti nak beli babychair lah, asyik bertangguh je nak pergi IKEA. Dah ada babychair senang, taklah bersepah kat lantai masa makan dan takdelah Daddy berleter kena mop lantai setiap kali Ammar Yusuf lepas makan kehkeh. Nanti nak ajar guna sudu garpu makan bubur sendiri pula. Wah dah besar anak Mummy! 

Alhamdulillah sejak start solid foods Ammar Yusuf tak pernah lagi ada masalah buang air besar, sebab biasa baca kat group ibu-ibu kat Facebook tu, bila dah mula makan je mesti baby susah berak ataupun berak keras. Aku memang bagi dia makan banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan, sebab risau sangat kalau dia sembelit. Juga kena bagi minum banyak air masak selepas makan. Baru usus dia bersih. That's my humble opinion about feeding your baby, I pun masih belajar lagi tentang pemakanan anak ni. Comments and recommendations are welcome! =)













Tuesday, July 10, 2012

Deactivate

For some reasons, I've deactivated my Facebook account yesterday. It is for temporary, perhaps. Nak kena buat screening semula. Pilih semula mana satu kawan, mana satu lawan. Mana yang perlu disimpan, mana yang tidak bermakna apa-apa. My bad, approve friend request tanpa tapisan (I've approved all the girls yang request, call me sexist :p), dengan beranggapan kenapa perlu memilih kawan? Tapi hakikatnya, bukan semua yang nak berkawan dengan kita tu, berniat baik... Well nevermind, let's not go there. 

I still have Twitter and Instagram anyway. Too tempting to pass up! Lebih selesa di sini, sebab berada di dalam kelompok orang-orang yang kita biasa, yang kita kenal sedikit sebanyak, orang-orang yang bermakna di dalam kehidupan kita.

My husband loves this idea so much, because it has been so long he wished to have an exclusive life. Yang jauh dari orang lain. Hidup dalam dunia kami, jatuh bangun, bercinta bergaduh ketawa menangis, hanya kami yang tahu. Tapi jujurnya, dulu aku agak susah nak terima konsep itu sebenarnya, being an ordinary urban girl (poyo), dah terbiasa jadi hamba laman sosial ni. Blame the smartphone! Hee. Maybe it's not wrong to share, only with close friends and family. Hence, the screening ;) This is just a beginning, a good start hopefully. Slowly, the same thing might be applied to Twitter, Instagram, and this Blog. Ohh my... can I survive? I'll give it a try, tak boleh berjanji sangat, aku hanya manusia biasa :D

But deep inside, rasa lapang sedikit dada ini. Hati rasa macam, aman damai. Hidup terasa lebih 'real'. Tak apalah, biarkan mereka dengan cara mereka. Kami dengan cara kami.










Monday, July 9, 2012

Not So Black Monday

My man.. is a 'new' man.
If he has been the best before, he is now better than the best.
I'm so glad. I'm touched beyond words.. I feel so blessed. 
Alhamdulillah.
It's a very long way to go, but it's going there. At least. 
Semoga semuanya dipermudahkan, inshaAllah.

You're the answer to my prayers, from up above.













Friday, July 6, 2012

11 Bulan 3 Hari

Setiap pagi sampai-sampai rumah babysitter, mesti dia nak tekan loceng. Kalau sekali je tak apa, ni berkali-kali pula -__-

Dah pandai tunjuk pintu sekarangggg.. Dah pandai ajak keluar sekaranggggg.... Ah sudah.

Bila dia dah bangun dan duduk bersila tetapi kami suami isteri masih enak dibuai mimpi Suami kahwin tiga, maka bersedialah untuk menerima tamparan si kenit. Sedap je dia tepuk-tepuk muka kita suruh bangun. Tapi kadangkala dia baik sangat, diam je tengok kita sampai kita bangun, bila kita buka je mata haa tersenyum bukan main lebar lagi :D

Terlampau suka makan kismis. Kalau lalu meja makan nampak bekas kismis, beria-ia dia tunjuk. Kalau nak suruh dia datang dekat kita duduk diam, ambil bekas kismis tunjuk dekat dia. Laju dia datang dengan senyum lebar nampak semua gigi. Err. 4 batang je pun :p Baguslah, daripada makan snek bukan-bukan kan. Makan kismis kan sunnah ;)

Disebabkan ramai yang asyik cakap dia dah makin susut saje, nah ambik kau gambar duduk selonggok ni. Taklah susut mana sebenarnya, cuma dia selalu di dress up ala hiphop baju macam besar sikit tu yang nampak kurus ;) 


"Mummy, mana ada orang pakai hiphop la sekarang. Sekarang trend skinny jeans tau!" Tak payah nak rempit sangatlah pakai skinny jeans -__-


Ammar Yusuf belum boleh berjalan lagi. Semalam ada orang cakap, "Budak lelaki memang lambat sikit berjalan." I straightaway protested, "Baru 11 bulan lah! Biasa je umur macam ini belum boleh jalan lagi." Dulu bolehlah aku diamkan saje bila orang cakap pasal anak aku, sekarang, here comes a defensive and over-protective mother. Don't mess with me.


Sekarang ni dia dah pandai tau, kalau nampak je Mummy Daddy duduk sebelah-sebelah romantik-romantik, mesti tiba-tiba dia datang susah-susah panjat redah segala, duduk tengah-tengah antara kami. Cancel nak bercinta T_T


Bercinta dalam kereta sajelah sekarang =B Aku selalu macam ni tau, pagi-pagi pakai rembat je baju apa nak gosok, sekali dah pakai baru perasan rupanya terambil warna sama. Macam couple remaja pula pakai sedondon pergi dating, eh pergi kerja -__-


Remaja kan? Ambik gambar sendiri pakai sunglasses dalam kereta :D Nampak sangat over-edit, flawless gilew muka and it explains why I love Instagram so much LOL!










Thursday, July 5, 2012

Wordless Wednesday #5: Ammar Yusuf and Monkey



"Monkey ni annoying la asyik peluk Ammar Yusuf saje..!"






Wednesday, July 4, 2012

Girlfriends

It was all started when I saw Sue's Instagram last night. And I was like, ala rindunyaaaaaa......!


Actually, we laughed till we cried, and we cried till we laughed, together. It was that crazy :')

Dulu kalau nak pergi mana-mana mesti nak kena discuss pakai baju apa. Mesti nak tau yang ni nak pakai baju apa, sorang lagi pakai baju apa. Sebab pernah semua terpakai kemeja yang warna sekayu dengan tudung sampai ada orang tegur, "Ni kumpulan nasyid ke apa?" Tssk malu betul. Dari jauh macam geng Tallytubes saje T_T. And lepas cuti raya, mesti ada satu hari tu kita wajibkan satu rumah pergi kelas pakai baju raya :/ 

Dulu, kita selalu buat hal sendiri saje. Ketawa beria sampai jadi bahan umpatan, masuk kelas lambat sampai kena kunci luar kelas, masuk dewan lambat masa AGM Civil Engineering sampai kena sound dengan Chairman baru lantik, duduk belakang sekali tiap-tiap kali ada meeting batch dan tak hirau pasal agenda mesyuarat lepas tu sama-sama menanggung malu bila Ja dilantik jadi sekretari tapi Ja tolak dengan alasan nak enjoy HAHAHA, masa Civil Engineering Family Day satu batch pakai baju merah kita satu geng pakai baju hitam, mana orang tak benci kahkahkah! Rebel tak pasal-pasal.




When lectures get too long and bored, mesti akan ada seorang yang start melukis dan paksa yang lain teka siapa watak yang dilukis dan apa yang berlaku di dalam lukisan. It got so hilarious yang mana hanya kami yang memahami lawak itu dan masing-masing terhenjut-henjut bahu tahan ketawa. Actually bila tengok balik buku Gossip Girls tu sampai sekarang pun aku masih ketawa lagi tau!


Bila ada seorang nak dating dengan pakwe baru, yang lain-lain akan sibuk pilihkan baju, tudung, kasut, accessories segala, dan bila balik dating masing-masing busy body suruh cerita HAHA langsung tak ada privacy tahu! Paling tak boleh lupa masa duduk flat hantu seksyen 6, ada seorang tu nak turun bawah jumpa kawan baru kenal, yang lain-lain mengintai dari celah tingkap dan tergelak besar bila tengok kawan baru tu badan sangat besar siap berambut afro. Jahatnya dulu diskriminasi habis. Macamlah pakwe masing-masing hensem sangat HAHA.

Ingat tak, dulu orang pandang enteng je kat kita kan. Sebab kita banyak main, banyak huhahuha. Nobody takes us seriously T_T Tak apalah, hanya kita yang tahu siapa kita kan. Tak kenal tak cintalah kan? In fact, first impression kau orang kat aku dulu pun bukan elok pun kan?

Nor: Masa baru-baru masuk Jengka dulu, aku tak suka kau tau. Sebab kau nampak macam budak KL yang sombong. Tak senyum pun pandang orang.

Sue: First time jumpa kau kat blok H dulu, masa tu kat bilik siapa entah. Semua orang tegur aku. Kau je tak tegur. Sombong.

Nana & Ja: Una dulu awal-awal masuk Jengka mana nak kawan dengan kitorang. Masa orientasi ke sana sini dengan budak TESL je.

Heee. Guilty! Dulu aku memang jenis air muka sombong. But actually, aku bukan sombong, tapi aku tak ada keyakinan diri nak tegur orang T_T. Tapi bila dah kenal, terus jatuh cinta kan? Kan?? :D

Dulu, kita berani buat apa sahaja. Sebab kita tahu, apa-apa pun, kita sentiasa ada untuk satu sama lain. Seorang kena kutuk, yang lain mesti semangat back up each other, sampai orang yang tidak berkaitan pula yang bermusuhan. Together we stand. We were always fun, being funny and laugh histerically,  setiap kutukan dari orang sekeliling mesti akan dijadikan bahan jenaka supaya tak ada benci dalam hati. Senang kan? ;)

Terlampau banyak kenangan; main buai lewat malam kat playground Blok 5 Seksyen 7 sambil bercerita kisah sedih masing-masing siap pasang lagu sedih (untuk menambah kedramatikan suasana), tolong pakwe kau orang buat surprise birthday party (supaya dapat tumpang sekaki makan sedap free), merajuk taknak berbuka puasa sama-sama lalu makan biskut dalam bilik sahaja sambil tertanya-tanya, "Diorang taknak pujuk kita ke Sue?" HEHE, merajuk taknak makan adalah benda paling merugikan bagi seorang student! Bila tengah boring paksa semua orang pakai cantik-cantik, mekap beria-ia, set kan rambut masing-masing lepas tu buat photoshoot dalam rumah perasan The Pussycat Dolls kahkah tak boleh blah. Paling tak tahan siap buat video klip lagu Jaclyn Victor ke apa entah punyalah bising sampai dengar kat rumah Lynn kat blok sebelah. Lepas tu bila laptop Nana hilang kena ragut, masing-masing cuak tahap gaban, risau video klip tu tersebar dalam Youtube ha baru tahu takut! Adoi. Alhamdulillah, it has been 3 years, tak pernah lagi keluar video Pelajar UITM Suara Sumbang Perasan Artis (mungkin ada but it wasn't us :/)  

We were too close sampai nampak muka pun dah jadi macam seiras heh heh. Betul lah. Bila rapat sangat dengan seseorang, kita akan nampak macam seiras dengan dia. Macam aku dan Suami. Eh ;)
  
We loved, laughed together, cry together, fight with each other, forgive one another, remind each other, console each other and we loved back. Apa je benda gila kita tak pernah buat? You name it, semua kami pernah buat. But of course, benda gila tu taklah termasuk ambil dadah ke apa what's wrong with you??

Banyak benda yang kita buat, yang apabila diingat semula boleh tergelak sendiri. Dan boleh terkutuk diri sendiri, "Bodohnya la kita dulu kan?"."Malu je dulu kan?".. Banyak perkara yang kita hargai, ada juga yang kita sesalkan kalau boleh nak patah balik dan perbaiki. Tapi kita semua tahu, semua itulah yang mengajar kita semua. Mengajar kita erti hidup, membentuk keperibadian kita dan mengajar kita mengenali siapa kita dan siapa orang sekeliling kita. Hence, no regret. Not at all.

Kalau nak cerita pasal kami sahaja, satu blog ni pun tak cukup, mungkin kena create blog lain dan cerita A-Z (still counting) dan blog itu mungkin hanya akan dibaca oleh kami berenam sahaja :D Dan thanks for the technology nowadays, we can still be in touch. WhatsApp kan tak payah bayar? Still berkongsi cerita, still update each other gosip terkini dalam WhatsApp Group Gossip Girls but as we're now a bunch of grown ups, gosip itu tidak lagi gosip yang kebudak-budakan. Ianya lebih kepada "Wehh ada orang tu beli kereta baruuuu bila nak bawa kitorang jalan-jalan??" ataupun "Weh malam ni korang masak apa?" ataupun membincangkan krisis pekerjaan lalu masing-masing sepakat untuk melepaskan jawatan engineer dan memohon untuk menjadi kerani sahaja. Tapi tak ada siapa pun buat, propa je :/



Girlfriends, as my bridesmaids.

And these are our most recent photos together. Tak cukup corumn ni, 2 orang lagi kat Terengganu :( This was taken after one of our coursemate's wedding. Now 3 of us are married, and one of us has a baby. Eh akulah tu, sebab paling awal kahwin HEHE gatai ;)






I've always missed you, girlfriends :')







Tuesday, July 3, 2012

11 Months and Manners

Ammar Yusuf genap 11 bulan hari ini. Sekejap je, tau-tau dah big boy.


When I said that you're big boy, doesn't mean you can drive a car tau -__-. Pantang Daddy berhenti parking mana-mana terlompat-lompat dia tengok stereng kereta, ingat Daddy stop sebab nak tukar turn dengan dia agaknya -__-

Bulan depan dah genap setahun, ya Allah cepatnya masa berlalu. Birthday Ammar Yusuf masa bulan puasa, tak sure lagi nak buat birthday party ke tidak. Mungkin buat lepas raya ke. We'll see how. Belum fikir pun lagi, hee orang lain punyalah semangat untuk first birthday anak, kita boleh relax saje.

As for now, we're in the middle of teaching him manners. Yeah I believed it's never too early to teach the little one good manners. Benda simple-simple je, like saying thank you, excuse me, please, I'm sorry.. Dan juga belajar passing things using right hand, passing things properly (since the way I see it, Ammar Yusuf has a big potential to be left-handed). Bila dia pegang sesuatu dan I nak barang itu, just say nicely to him,

"Can Mummy have my handphone please?"

or

"Give it to Mummy please?"

Mula-mula dulu dia akan campak je ke arah I, then I'll ask him to collect the thing back and pass it properly using his right hand. Bila dia dapat buat dengan baik sampai ke tangan I, I'll say thank you, cheer "Clever boy!" and my husband and I will clap our hands just to encourage him and make him feels like he's doing a right thing. Masa tu mesti dia pun akan tepuk tangan juga, HEHE. Begitu juga kalau dia mahukan sesuatu dari tangan I, I'll asked him to say please eventhough dia belum boleh bercakap pun, just so he'll get used to say nicely and appropriately everytime he wants something from us or anybody else ;) But later, bila kita ulang lagi buat perkara yang sama dan dia nampak dah bosan and mula campak barang lagi, I'll just let him be.  Macam tu juga kalau ajar membaca. Masa mood dia tengah baik, tengah happy, I akan ajar dia sebut few letters/words. Bila dia nampak dah bosan, I'll just stop and let him play. No force. Of course, I don't expect Ammar Yusuf tidak akan buat salah, it's just unfair to him. Kita yang dah tua ni pun masih belajar, apatah lagi dia. 

Dan untuk membentuk peribadi yang baik dalam anak, of course kami berdua juga kena tunjuk contoh terbaik (it's a lifelong learning I tell you, at our age now we both still learning!). Children learn best by example, and they will learn most of what they learn about respect from watching the parents. Maka kami sangat perlu jaga percakapan dan perbuatan. The way my husband treats me and vice versa, semua tu ada pengaruhnya pada anak kami. Kami belajar sama-sama, we make mistakes some times, and we learn again. Tak apalah, new parents kan, takkan nak terus perfect right? ;) Since Ammar Yusuf is (obviously) a boy, I memang expect my husband to play a major role in educating my son about manners and respect, to be a father-figure. Studies have shown that a lack of a father-figure in a child's life can have severe negative psychological impacts upon a child's personality and psychology. Sebab anak lelaki ni usually memang akan copy his father's behaviour/attitude. InshaAllah you can do it kan, Abang? ;)

That's about it so far. How about you? Let's share tips on how to teach our kids manners :)







Monday, July 2, 2012

Mimpi #2

Satu

Sekeliling aku penuh dengan ribuan biri-biri warna putih. Kelihatan beberapa serigala besar berwarna hitam berlegar-legar di antara semua ini. Dari pandangan atas, nampak seperti tompokan hitam yang bergerak di atas karpet putih.

Biri-biri putih semua kelihatan tenang. Tapi hati aku berdegup kencang. Sebab aku tahu, serigala hitam itu tak pandang pun biri-biri putih. Mereka hanya nak biri-biri kelabu.

Dan hanya aku seorang, eh seekor, eh entah, yang berwarna kelabu dalam beribu-ribu ekor serigala putih ni.

Tak guna betul. Balik-balik aku yang dapat watak tak best.

Dua

Dalam bilik solat sebuah shopping mall, baru nak solat, tiba-tiba nampak Sazzy Falak masuk, bawa dua anak kembar dia tu.

"Eh you tolong tengok-tengokkan anak I kejap boleh? I nak solat lah.."

I was dumbfounded. But still be able to speak, "Tapi I pun nak solat juga, tak apalah, anak-anak you jadi makmum I saje."

Sazzy, "Okay then."

Habis cerita :/

Tiga

Segala yang aku buat untuk dia, semua dia tak pandang. Aku panggil, dia ingat bini nombor 3 dia yang panggil. Aku panggil dia sayang, semua dia jawab tapi sebut nama isteri lain. 

Laju air mata.. menangis beria aku.

Tiba-tiba terasa rambut diusap. Buka mata, nampak dia yang tercinta. Tutup mata semula..



**************


Tengahari itu, 

"Pagi tadi Abang ada usap-usap rambut kita ke?"

"Yelah, nak gerak awak bangun sebab tengok muka awak tidur kerut-kerut dahi, tapi awak buka mata sekejap je and pejam balik.."

"Kita mimpi Abang kahwin tigaaaaa..." T___T

"Cun tak wife yang lain tu?" beria muka beliau bertanya.

"TAK."

Aku memang selalu, sangat selalu mimpi yang bukan-bukan. Yang pelik-pelik. Mimpi kena kejar, mimpi perang, mimpi yang menakutkanlah, yang membuatkan jantung aku berdegup kencang dan bila terjaga aku akan, "Alhamdulillah nasib baik mimpi saje..". Nak kata tak basuh kaki, tak mungkin. Sebab aku OCD wajib basuh kaki sebelum naik atas katil. Walaupun bukan untuk tidur pun. Nak kata tak baca doa tidur, aku sentiasa baca, siap mengucap lagi in case, yeah.. in case dah tak bangun lagi. Tapi aku memang sentiasa tidur yang bermimpilah, setiap pagi mesti akan cerita pada Suami aku di dalam kereta. Biasanya dia hanya ketawa, sebab kelakar katanya. Mungkin ada yang kelakar, tapi mimpi madu tiga memang langsung tak kelakar >:(