expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 14, 2012

Berjaya

Dalam hidup ini, ada dua cara yang sering dipilih manusia untuk naik ke atas.

Satu
Dengan usaha bersungguh-sungguh. Setiap yang dilakukannya, akan dilaksanakan dengan cemerlang. Usaha dan usaha. Dia naik pangkat, naik gaji, bina keluarga, dan berjaya, semua atas usaha, dan juga dengan izin Allah semestinya. Dan tanpa merosakkan silaturrahim dengan sesiapa pun.

Dua
Dengan menjatuhkan orang lain. Sesiapa yang dikhuatiri akan menghalang laluannya, akan dijatuhkan dengan apa cara sekalipun. Satu-satu kepala dipijak. Dan sampailah dia ke takhta. Takhta yang baginya dianggap satu kejayaan. Mesti kena menjatuhkan orang, takut sangat rezeki Allah itu tak cukup untuk dinikmati semua orang. Macamlah kalau orang itu jatuh, rezeki orang itu akan dapat padanya.


Tak apalah. Buatlah macam mana pun. Pilihlah mana-mana pun yang kau rasa akan buat kau 'berjaya'. At the end of the day, it actually doesn't matter anymore. At the end of the day, kita semua akan dibawa ke hadapan-Nya. Ketika itu, baru kita faham.. apa sebenarnya makna 'kejayaan'.








1 comment: