expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 6, 2012

11 Bulan 3 Hari

Setiap pagi sampai-sampai rumah babysitter, mesti dia nak tekan loceng. Kalau sekali je tak apa, ni berkali-kali pula -__-

Dah pandai tunjuk pintu sekarangggg.. Dah pandai ajak keluar sekaranggggg.... Ah sudah.

Bila dia dah bangun dan duduk bersila tetapi kami suami isteri masih enak dibuai mimpi Suami kahwin tiga, maka bersedialah untuk menerima tamparan si kenit. Sedap je dia tepuk-tepuk muka kita suruh bangun. Tapi kadangkala dia baik sangat, diam je tengok kita sampai kita bangun, bila kita buka je mata haa tersenyum bukan main lebar lagi :D

Terlampau suka makan kismis. Kalau lalu meja makan nampak bekas kismis, beria-ia dia tunjuk. Kalau nak suruh dia datang dekat kita duduk diam, ambil bekas kismis tunjuk dekat dia. Laju dia datang dengan senyum lebar nampak semua gigi. Err. 4 batang je pun :p Baguslah, daripada makan snek bukan-bukan kan. Makan kismis kan sunnah ;)

Disebabkan ramai yang asyik cakap dia dah makin susut saje, nah ambik kau gambar duduk selonggok ni. Taklah susut mana sebenarnya, cuma dia selalu di dress up ala hiphop baju macam besar sikit tu yang nampak kurus ;) 


"Mummy, mana ada orang pakai hiphop la sekarang. Sekarang trend skinny jeans tau!" Tak payah nak rempit sangatlah pakai skinny jeans -__-


Ammar Yusuf belum boleh berjalan lagi. Semalam ada orang cakap, "Budak lelaki memang lambat sikit berjalan." I straightaway protested, "Baru 11 bulan lah! Biasa je umur macam ini belum boleh jalan lagi." Dulu bolehlah aku diamkan saje bila orang cakap pasal anak aku, sekarang, here comes a defensive and over-protective mother. Don't mess with me.


Sekarang ni dia dah pandai tau, kalau nampak je Mummy Daddy duduk sebelah-sebelah romantik-romantik, mesti tiba-tiba dia datang susah-susah panjat redah segala, duduk tengah-tengah antara kami. Cancel nak bercinta T_T


Bercinta dalam kereta sajelah sekarang =B Aku selalu macam ni tau, pagi-pagi pakai rembat je baju apa nak gosok, sekali dah pakai baru perasan rupanya terambil warna sama. Macam couple remaja pula pakai sedondon pergi dating, eh pergi kerja -__-


Remaja kan? Ambik gambar sendiri pakai sunglasses dalam kereta :D Nampak sangat over-edit, flawless gilew muka and it explains why I love Instagram so much LOL!










2 comments:

  1. Husna! hehe... ape yang kurusnya Ammar Yusuf tu? tgk perut dia tu... ke depan tu... haishh... Zabi Aydan pun slalu kena tuduh2 kurus. padahal bila si penuduh dukung, dia complain pulak x larat. kalau bising budak tu kurus, ha dukung la lama2 right? hehe. x faham mentaliti org kita suka puji2 baby obese. mak bapak bg cukup makan katanya. then if baby x obese dia ckp ni sbb minum susu badan la ni, susu ko x cukup. saje nak provoke the overprotectiveness in us.. hehe. Aunty Dina got a crush on you lah AY!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Dina. Mula-mula tak rasa apa pun bila orang cakap dia dah kurus, tapi lama-lama boleh stress juga. Sebab Ammar Yusuf ni makannya banyak, tapi dah dia memang aktif, even dia tidur pun boleh berpeluh. So apa yang dia makan tu macam tak sempat pun nak jadi lemak hehe. Baby yang gemuk ni nampak comel sebenarnya, tapi bila gemuk sangat pun tak elok juga. Especially bila dah jadi toddler and membesar nanti. Silap-silap boleh obese. Tak apalah, asal kita sendiri tahu kan :)

      Delete