expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 2, 2012

Mimpi #2

Satu

Sekeliling aku penuh dengan ribuan biri-biri warna putih. Kelihatan beberapa serigala besar berwarna hitam berlegar-legar di antara semua ini. Dari pandangan atas, nampak seperti tompokan hitam yang bergerak di atas karpet putih.

Biri-biri putih semua kelihatan tenang. Tapi hati aku berdegup kencang. Sebab aku tahu, serigala hitam itu tak pandang pun biri-biri putih. Mereka hanya nak biri-biri kelabu.

Dan hanya aku seorang, eh seekor, eh entah, yang berwarna kelabu dalam beribu-ribu ekor serigala putih ni.

Tak guna betul. Balik-balik aku yang dapat watak tak best.

Dua

Dalam bilik solat sebuah shopping mall, baru nak solat, tiba-tiba nampak Sazzy Falak masuk, bawa dua anak kembar dia tu.

"Eh you tolong tengok-tengokkan anak I kejap boleh? I nak solat lah.."

I was dumbfounded. But still be able to speak, "Tapi I pun nak solat juga, tak apalah, anak-anak you jadi makmum I saje."

Sazzy, "Okay then."

Habis cerita :/

Tiga

Segala yang aku buat untuk dia, semua dia tak pandang. Aku panggil, dia ingat bini nombor 3 dia yang panggil. Aku panggil dia sayang, semua dia jawab tapi sebut nama isteri lain. 

Laju air mata.. menangis beria aku.

Tiba-tiba terasa rambut diusap. Buka mata, nampak dia yang tercinta. Tutup mata semula..



**************


Tengahari itu, 

"Pagi tadi Abang ada usap-usap rambut kita ke?"

"Yelah, nak gerak awak bangun sebab tengok muka awak tidur kerut-kerut dahi, tapi awak buka mata sekejap je and pejam balik.."

"Kita mimpi Abang kahwin tigaaaaa..." T___T

"Cun tak wife yang lain tu?" beria muka beliau bertanya.

"TAK."

Aku memang selalu, sangat selalu mimpi yang bukan-bukan. Yang pelik-pelik. Mimpi kena kejar, mimpi perang, mimpi yang menakutkanlah, yang membuatkan jantung aku berdegup kencang dan bila terjaga aku akan, "Alhamdulillah nasib baik mimpi saje..". Nak kata tak basuh kaki, tak mungkin. Sebab aku OCD wajib basuh kaki sebelum naik atas katil. Walaupun bukan untuk tidur pun. Nak kata tak baca doa tidur, aku sentiasa baca, siap mengucap lagi in case, yeah.. in case dah tak bangun lagi. Tapi aku memang sentiasa tidur yang bermimpilah, setiap pagi mesti akan cerita pada Suami aku di dalam kereta. Biasanya dia hanya ketawa, sebab kelakar katanya. Mungkin ada yang kelakar, tapi mimpi madu tiga memang langsung tak kelakar >:(






3 comments:

  1. hehehe!bl bc entry tibe2 rs nk bt entry psl mimpi gak..aku lak jrg mimpi, tapi lately selalu sngt mimpi..tp bl nk citer kt osmet mst dah lupa mimpi ape...ZZzzzzz....

    ReplyDelete
  2. Hehe siap boleh ingat details esp psl bini 3 tu.lol..husband kita pun rasanya akan tnya soalan yg sama gedik tau diaorg nihh..tp mcm jarang ingat mimpi laa..ada sekali mimpi suri menangis nak susu tapi nape ntah i tak layan biar jeh dia nangis smpai sedar betul la dia tgh menangis kat tepi T___T rasa bersalah gile huhu

    ReplyDelete
  3. salam husna=)
    saya kerap mimpi jugak lg2 time 2nd pregnen neh
    tp x penah pulak mimpi suami kawen 3...huhu
    *cuma mimpi saje kan*

    ReplyDelete